Download - Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 1/10
BAHAGIAN A
[15 Markah]
Jawab semua soalan
1. Antara berikut, yang manakah faktor penentu Dasar Luar Malaysia ?
I Keselamatan negara
II Perkembangan ekonomi Malaysia
III Ideologi sesebuah negara
IV Keadaan ekonomi negara luar
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2 Yang manakah tujuan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)diumumkan dalam sidang kemuncak ASEAN?
A Menjadikan ASEAN bebas daripada sebarang ancaman senjata nuklear
B Menjadikan ASEAN sebagai negara yang bebas untuk membuat senjata nuklear
C Menjadikan ASEAN sebagai tempat perbincangan tentang bahayanya senjata
nuklear
D Menjadikan ASEAN bebas untuk membuat penyelidikan dan pembangunan
senjata nuklear
3. Antara yang berikut, yang manakah jawatan yang pernah disandang oleh Malaysia
dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
I Setiausaha Agung
II Ahli Majlis Keselamatan
III Pengerusi Perhimpunan Agung
IV Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 2/10
4. Antara yang berikut, yang manakah komitmen Malaysia melalui Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC)?
I Penubuhan Lembaga Tabung Haji
II Penubuhan Bank Pembangunan Islam
III Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia
IV Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
5. Antara berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang Kumpulan Lapan
Negara Membangun (D-8)?
I Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan
II Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik
III Mewujudkan peluang-peluang baharu dalam hubungan perdagangan
IV Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
6. Yang manakah merupakan matlamat pembentukan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM)?
I Menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan penjajahan
II Mengelakkan campurtangan dalam urusan pentadbiran negara-negara anggota
sahaja
III Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua anggota
IV Menggesa semua negara anggota memainkan peranan aktif dalam menghadapi
pencemaran alam sekitar
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 3/10
7.
Merealisasikan maklumat Kerjasama Selatan-selatan
Sidang Kemuncak yang pertama diadakan di Kuala Lumpur
Penyataan di atas berkaitan dengan mesyuarat
A Kumpulan Lima Belas (G15)
B Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
C Pertubuhan Negara-negara Komanwel
D Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
8. Yang manakah benar tentang matlamat penubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik?
A Perdagangan bebas dan pasaran terbuka
B Membangunkan kerjasama dengan negara anggota
C Mewujudkan suasana aman dan sejahtera dalam zon serantau
D Meningkatkan keupayaan dan kerjasama serta pertukaran maklumat dan data
9. Objektif Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ialah
I membina hubungan politik yang lebih utuh
II mewujudkan peraturan-peraturan keselamatan seimbang
III menyediakan suatu forum dialog tentang isu serantau dan globalisasi
IV menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang pembangunan sosioekonomi dan
politik
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 4/10
10.
Pusat Pangkalan Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan
(SITTDEC)
Kumpulan Pakar Pertukaran Maklumat tentang Dasar Ekonomi Negara
(EINEP)
Organisasi di atas ditubuhkan di bawah
A Kumpulan 15
B Dialog Utara -Selatan
C Suruhanjaya Selatan-selatan
D Sidang Kemuncak Asia Timur
11. Yang manakah matlamat Suruhanjaya Selatan-selatan (G77)?
A Mengadakan inovasi kesihatan dengan negara membangun
B Memberikan bantuan makanan kepada negara mundur
C Mengadakan dialog dengan negara maju
D Mengadakan latihan ketenteraan dengan negara maju
12. Berikut yang manakah mendapat bantuan Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia?
I Negara-negara Afrika
II Negara Amerika Syarikat
III Negara-negara Pasifik Selatan
IV Negara Sepanyol
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
13.
Pulau Batu Putih
Pulau Ligitan dan Sipadan
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pulau-pulau di atas ?
A Zon Ekonomi Eksklusif
B Pembinaan rumah api
C Hak mencari gali minyak
D Tuntutan bertindih antara negara
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 5/10
14. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam isu keganasan antarabangsa ?
I Menentang pendudukan Iraq terhadap Kuwait
II Menyokong Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar
III Menyertai pasukan pengaman antarabangsa di LebanonIV Menyokong tindakan ketenteraan Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan
di Afghanistan
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV
15.
Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)
Penyataan yang manakah merujuk kepada pertubuhan di atas ?
A Setiap anggota ASEAN boleh membuka pasaran di luar negara
B Setiap anggota ASEAN bersatu dalam menghadapi isu ekonomi antarabangsa
C Setiap anggota ASEAN mengenakan cukai ke atas barangan yang diimport sahaja
D Setiap anggota ASEAN mengehadkan pengeluaran barangan yang dibuat oleh
rakyat tempatan
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 6/10
BAHAGIAN B
[15 Markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
16. Jelaskan mengapa keadaan import Malaysia dari Republik China dari tahun 2009
hingga tahun 2011 seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah.
MALAYSIA : IMPORT MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARITAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2011
Tahun
Negara
Nilai Import (RM juta)
2009 2010 2011
Republik China 61,025.7 66,429.8 75,612.6
Jepun 54,316.4 66,534.8 65,321.9
Singapura 49,359.1 60,277.8 73,515.1
Kesatuan Eropah 50,770.7 54,122.3 59,967.6
Asia Barat 14,800.7 18,888.7 27,336.5
(Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Perangkaan Tahunan Malaysia, 2012)
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 7/10
17. Berdasarkan maklumat daripada carta pai di bawah, jelaskan perubahan eksport Malaysiake negara-negara ASEAN terpilih pada tahun 2009 hingga tahun 2011. Kemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan pengeksportan Malaysia ke negara-negaratersebut.
MALAYSIA : EKSPORT KE NEGARA-NEGARA ASEAN TERPILIHANTARA TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2011
Tahun 2009
Jumlah : RM132,340.2 juta
Tahun 2010 Anggaran Tahun 2011
Jumlah : RM148,883.7 juta Jumlah : RM156,386.8 juta
Petunjuk :
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2012 )
Negara Singapura
Negara Indonesia
Negara Thailand
Negara Vietnam
58.19%
22.84%
56.37%
22.52%
22.93%
57.26%
12.15%13.32%
7.66%
13.03%
7.47%
6.26%
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 8/10
BAHAGIAN C[50 markah]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300hingga 350 patah perkataan.
18. Selat Melaka penting dari sudut ekonomi namun wujud cabaran kepada negaradalam mengawalnya. Huraikan penyataan ini.
19. Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsatermasuk Malaysia untuk sekuriti makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkahyang diambil Malaysia dalam menangani fenomena ini.
20. Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin (PATI) ialah
mengaplikasikan sistem biometrik. Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi oleh
faktor-faktor luar negara. Huraikan penyataan ini.
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 9/10
8/14/2019 Soalan Penilaian Pa Penggal 3 Smk Bm Set 1 A
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-penilaian-pa-penggal-3-smk-bm-set-1-a 10/10