1 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
MANUAL PENGGUNA
SISTEM TEMUJANJI
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
2 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN……………………………………………………………………………………………….1
2. PENERANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN……………………………2
3 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
PENGENALAN
Sistem Temujanji merupakan aplikasi web yang dibangunkan bagi sistem
permohonan temujanji dengan YB SUK. Ianya merupakan suatu sistem yang
membolehkan orang awam atau jabatan luar membuat permohonan temujanji
secara atas talian. Sistem ini mesra pengguna dan mudah digunakan.
Melalui sistem ini, pemohon boleh melihat paparan jadual kalendar Ketua Jabatan,
membuat permohonan temujanji, melihat status permohonan yang telah
dikemukakan serta mendapat makluman terkini berkaitan permohonan temujanji
yang telah dibuat. Manual ini akan memberi panduan tentang cara menggunakan
fungsi-fungsi yang terdapat dalam Sistem Temujanji ini. Sistem ini boleh diakses
melalui lawan web berikut: http://temujanji.selangor.gov.my
Rajah 1: Muka Hadapan Sistem Temujanji
4 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
PENERANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN
Bagi pengguna yang baru pertama kali mengakses sistem temujanji dan ingin
membuat permohonan temujanji, pengguna perlu mendaftar dahulu dengan
menekan butang daftar pengguna. Rajah 2 menunjukkan halaman daftar
pengguna baru bagi Sistem Temujanji.
Rajah 2: Daftar Pengguna Baru
1. Pengguna perlu mengisi kesemua maklumat pada ruangan yang disediakan
dan menekan butang daftar untuk daftar pengguna.
2. Setelah selesai mendaftar, mesej notifikasi akan dihantar pada emel
pengguna.
3. Selepas itu, pengguna yang telah mendaftar boleh masuk ke dalam sistem
dengan menekan butang log masuk.
5 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
Rajah 3: Log Masuk Pengguna
4. Paparan log masuk pengguna akan dipaparkan. Pengguna perlu memasukkan
alamat emel dan katalaluan pada ruangan yang disediakan dan menekan
butang log masuk untuk masuk ke dalam sistem.
5. Setelah pengguna berjaya log masuk, paparan dashboard kalendar akan
dipaparkan.
Rajah 4: Dashboard Kalendar
6 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
6. Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan temujanji, pemohon perlu
menekan butang permohonan baru yang terdapat pada menu permohonan.
Rajah 5: Menu Permohonan
7. Selepas itu, borang permohonan temujanji akan dipaparkan. Pemohon perlu
mengisi kesemua makluma yang diperlukan dalam borang permohonan baru.
Rajah 6: Borang Permohonan
7 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
Rajah 7: Pengisian Maklumat Temujanji Pada Borang Permohonan
8. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat permohonan, pengguna perlu
menekan butang hantar untuk menghantar permohonan temujanji.
9. Selepas borang permohonan dihantar, mesej notifikasi berkenaan status
permohonan baru akan dihantar pada emel pengguna.
Rajah 8: Senarai Permohonan Pemohon
8 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
10. Permohonan yang berjaya dihantar automatik akan tersenarai dalam senarai
permohonan pengguna.
11. Pemohon boleh melihat maklumat permohonan dengan menekan pautan
tajuk bagi permohonan tersebut.
Rajah 9: Maklumat Permohonan Temujanji
12. Rajah diatas menunjukkan paparan maklumat permohonan temujanji yang
telah dihantar. Pengguna boleh mengemaskini permohonan dengan
menekan butang kemaskini permohonan dan mencetak maklumat
permohonan dengan menekan butang cetak permohonan. Bagi pengguna
yang ingin membatalkan permohonan yang telah dibuat, butang batal
permohonan akan membatalkan permohonan tersebut.
13. Pengguna perlu menunggu maklumbalas status dari Setiausaha Pejabat
berkenaan kelulusan permohonan dan menyemak semula status berkenaan
permohonan temujanji tersebut pada menu permohonan.
14. Mesej notifikasi maklumbalas status permohonan juga akan dihantar pada
emel pemohon setiap kali status dikemaskini.
9 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
Rajah 10: Paparan Status Permohonan Temujanji
15. Jika status permohonan temujanji yang dikemukakan berstatus lulus,
pengguna boleh menyemak maklumat berkenaan temujanji pada menu
senarai temujanji.
16. Pengguna juga boleh klik pada pautan tajuk permohonan temujanji yang
telah lulus untuk melihat maklumat berkenaan temujanji.
Rajah 11: Senarai Temujanji
10 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
Rajah 12: Maklumat Temujanji Pemohon
17. Rajah 12 menunjukkan maklumat temujanji pemohon.
18. Bagi pengguna yang ingin mengemaskini profil atau menukar katalaluan,
boleh menekan menu profil untuk mengemaskini maklumat profil pengguna
dan menekan butang kemaskini.
Rajah 13: Borang Kemaskini Profil Pengguna
11 | M a n u a l P e n g g u n a S I S T E M T E M U J A N J I
19. Butang log keluar digunakan bagi pengguna yang ingin keluar dari sistem.
Rajah 14: Log Keluar