Download - Seni Moden
2
Pengenalan
• Secara umumnya, terdapat 3 faktor penting yang mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia.
Penjajahan Inggeris
Penghijrahan
Status pendidikan
3
• Tidak seperti seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco, dan catan yang hebat dan panjang, seni lukis moden malaysia lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat.
• Susur galur seni lukis moden malaysia boleh dilihat daripada era pramerdeka hingga pascamerdeka.
4
Rentetan Peristiwa Seni Moden Malaysia
Wednesday Art Group (1952)
Angkatan Pelukis Semenanjung
(1956)
Thursday Art Group (1957)
Pembukaan BLSN (1958)
Seni Lukis avant-garde (1960)
The New Scene Artists (1970)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971)
Kumpulan Anak Alam (1974)
Persatuan Pelukis Malaysia (1981)
Tajuk: Pago-PagoTahun: 1964
Pengkarya: Latiff MohidinMedia: Cat minyak
Lukisan ini mewujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang
mencerminkan pengertian terhadap alam setempat.
menjaga dan menghargai alam sekitar
Tajuk: Semangat LedangTahun: 1999
Pengkarya: Syed Ahmad JamalMedia: Akrilik
Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung
Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam
semulajadi dan alam sekitar. Karya ini turut menyentuh
tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur
dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan Tun
Mamat.
Tajuk: Musim BuahTahun: 1968
Pengkarya: Chuah Thean TengMedia: Lilin & pewarna batik
Musim buah merupakan situasi yang sinonim dengan negara kita
yang mewah dengan buah-buahan tempatan. Subjek
wanita dan kanak-kanak, atau ibu dan anak tampak begitu
mesra berkongsikan buah rambutan. Ini merupakan
gambaran tentang perlunya kasih sayang diwujudkan
samada sesama insan mahupun kepada alam sekeliling.
Tajuk: Menjemur KainTahun: 1961
Pengkarya: Patrick Ng Kah OnnMedia: Goauche atas kertas
Penggunaan imej yang menyerupai rupa iaitu imej yang tidak
mempunyai bentuk lengkap dapat dilihat dari catan ini.
Tajuk: KelambuTahun: 1964
Pengkarya: Dzulkifli BuyongMedia: Pastel
Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjadi tajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak
yang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul
memainkan watak sebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam
karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis. Kesemua gambar
didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga.
Tajuk: Murid SekolahPengkarya: Dzulkifli Buyong
Media: Pastel
Pengkarya mengetengahkan tema zaman kanak-kanak dalam karyanya. Ia menggambarkan kenakalan dan
sifat kanak-kanak yang suka bermain.
Tajuk: Fabric in Red, Blue, and Green
Pengkarya: Syed SyaharuddinMedia: Lilin & pewarna batik
Menggunakan teknik batik, imej yang dipaparkan oleh pengkarya
masih baru dan berbeza. Terdapat imej pucuk rebung yang cuba
diketengahkan oleh pengkarya.
Tajuk: Vietnam IITahun: 1980
Pengkarya: Nirmala Shanmughalingam
Media: Akrilik atas kanvas
Tema kemanusiaan sejagat menjadi subjek penting dalam kajian Nirmala. Imej-imej yang
dipaparkan ialah dari rupa yang menggambarkan penderitaan
dan kesengsaraan.
Tajuk: Catching The FowlsTahun: 1962
Pengkarya: Chuah Thean TengMedia: Lilin dan pewarna batik
Karya catan ini menggunakan teknik batik. Pelukis
memaparkan imej dari konsep rupa masih jelas kelihatan.
Pelukis berjaya menampilkan rupa kepada bentuk hanya
melalui kawalan teknik titik yang terdapat pada bentuk yang ingin
ditonjolkan. Contohnya figura manusia.
Tajuk: PalmPengkarya: Tay Mo Leong
Media: Lilin dan pewarna batik
Karya catan ini menggunakan teknik batik. Catan beliau
merupakan contoh karya seni visual yang boleh dikenal pasti
mengandungi unsur-unsur garisan. Pelukis menggunakan
sumber rujukan dari alam semulajadi.
Tajuk: Bersilat IIIPengkarya: Amron Omar
Media: Cat minyak
Imej lelaki di dalam karya ini di biarkan tidak berbaju bertujuan untuk menunjukkan tubuh lelaki
yang sasa sebagai lambang kekuatan bangsa Melayu. Otot –otot yang sasa melambangkan
kejantanan dan kegagahan seorang lelaki sebagai wira. Palitan warna-warna coklat
kekuningan seperti warna senja ataupun warna alam dari cat minyak begitu menarik dan sesuai dengan tema yang di
bawa iaitu kesenian silat melayu
Tajuk: Potret DiriTahun: 1982
Pengkarya: Amron OmarMedia: Cat minyak
Potret Amron ini satu drama diri yang handal, sebuah penegasan identiti Melayu yang sifat lemah
lembutnya langsung tidak tertutup oleh cara agresif dia
duduk di atas kerusi malas rotan. Potret ini dirakam dari atas, nampak dahi, tulang hidung, satu mata, dan sedikit mulut
Rujukan
• Muliyadi Mahamood, 2007. Modern Malaysian Art. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
• Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Susurmasa: 1958-2008. Balai Seni Lukis Nagara.