DOK.BPO.Bil. 2/2005
BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
Definisi - Definisi
Ringkasan Bilangan Agensi Sektor Awam
Bilangan Agensi / Jabatan / Badan Berkanun Dan Penguasa Tempatan Di Perkhidmatan Awam Persekutuan
Bilangan Agensi / Jabatan / Badan Berkanun Dan Penguasa Tempatan Mengikut Perkhidmatan Awam Negeri
Carta: Bilangan Agensi Sektor Awam Mengikut Kumpulan Perkhidmatan (PAP, BBP, PAN, BBN dan PBT)
Carta: Jumlah Keseluruhan Agensi Sektor Awam Di Dalam Kerajaan Persekutuan, Semenanjung, Sabah & Sarawak
1 Jabatan Perdana Menteri ... .
2 Kementerian Belia Dan Sukan ..... .
3 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ... .
4 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah .....
5 Kementerian Kerja Raya ..........
6 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan ......
7 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ...
8 Kementerian Kesihatan ......... .
9 Kementerian Kewangan ...........
10 Kementerian Luar Negeri ....... .
11 Kementerian Pelajaran ..
12 Kementerian Pelancongan ..
13 Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ... 14
14 Kem.Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat . 14
15 Kementerian Penerangan ........
16 Kementerian Pengajian Tinggi ......... .
17 Kementerian Pengangkutan .....................
18 Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ....
19 Kem. Perdagangan Dlm Negeri & Hal Ehwal Pengguna ....
20 Kementerian Pertahanan ..
21 Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani .........
22 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan .......
23 Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi ......
24 Kem. Sains, Teknologi Dan Inovasi ...............
25 Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ..........
26 Kementerian Sumber Manusia ........ .
27 Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi ........
28 Kementerian Wilayah Persekutuan ...... .
12
13
13
11
11
12
12
11
12
19
20
20
19
17
18
18
18
16
17
17
Badan Berkanun Persekutuan Dan Pihak Berkuasa Tempatan
13
14
14
16
15
9
4
5
6
7
8
Senarai Agensi Sektor Awam, Kementerian, Jabatan,
Kedudukan Pada 31 Disember 2005
KANDUNGAN
TAJUK
1
M / SURAT
1 Perlis .
2 Kedah .
3 Pulau Pinang ..
4 Perak .
5 Selangor .
6 Negeri Sembilan
7 Melaka .
8 Johor .
9 Pahang .
10 Terengganu ...
11 Kelantan .
12 Sabah .
13 Sarawak .
37
41
30
32
34
35
29
21
22
24
25
27
28
...
Senarai Agensi Sektor Awam, Jabatan
Dan Badan Berkanun Negeri Pada 31 Disember 2005
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
M / SURAT
DEFINISI - DEFINISI
1. KEMENTERIAN
1.1 Mengikut Pekeliling Am Bil. 2/82.
1.1.1 Kementerian adalah organisasi yang diwujudkan untuk menggubal dasar, merancangkan
program-program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang Menteri;
1.1.2 Ibu Pejabat Kementerian mengandungi Pejabat Menteri yang dianggotai oleh Menteri
(termasuk Timbalan-Timbalannya dan Setiausaha Parlimen), Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua
Agensi di bawahnya;
1.1.3 Agensi-agensi Pelaksana adalah termasuk Jabatan-Jabatan dan Badan-Badan Berkanun di
bawah Kementerian;
1.1.4 Ketua Setiausaha Kementerian ialah Eksekutif Utama yang mempunyai kuasa Pegawai
Pengawal dan perakaunan di atas Agensi-Agensi Pelaksana Kementerian.
1.2 Kementerian dibahagi kepada dua jenis:-
1.2.1 Kementerian Bersepadu : Kementerian Bersepadu ialah Kementerian di mana unit/bahagian
yang tidak mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan Ketua
Unit/Bahagian itu tidak menjadi pegawai pengawal di dalam urusan kewangan. Fungsi-fungsi
tersebut adalah dipusatkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian itu. Unit/Bahagian tersebut
ada yang dipanggil Unit, Bahagian, Biro dan Ketua Jabatannya adalah dipanggil Pengarah, Ketua
Pengarah dan lain-lain. Contoh Kementerian Bersepadu ialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.
1.2.2 Kementerian Tidak Bersepadu : Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian di mana
salah satu unit/bahagiannya menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi urusan pentadbiran,
kewangan dan kakitangan dan Ketua Unit/Bahagian itu adalah menjadi pegawai pengawal dalam
urusan kewangannya. Oleh yang demikian unit/bahagian tersebut mempunyai kumpulan
kakitangan yang tertentu untuk menjalankan fungsi-fungsi tersebut. Sungguhpun begitu
tanggungjawab secara amnya dalam fungsi-fungsi tersebut adalah terletak kepada Ketua
Setiausaha Kementerian. Unit/bahagian tersebut ada yang dipanggil Unit, Bahagian, Biro dan
Jabatan dan Ketuanya adalah dipanggil Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain. Pada lazimnya
unit/bahagian yang berkenaan itu adalah yang besar-besar dan dipanggil Jabatan. Contoh
Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
2. JABATAN
2.1 Dari segi susunan Pentadbiran, Jabatan adalah merupakan Agensi Pelaksana bagi sebuah
Kementerian atau Pentadbiran Negeri. Tugas Jabatan adalah tertakluk di bawah objektif dan dasar
Kementerian atau Pentadbiran Negeri, di mana ianya diletakkan. Ia tertakluk kepada peraturan-
peraturan dan arahan-arahan daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan
Negeri. Di samping itu, Jabatan juga setengahnya mempunyai Akta dan Ordinan yang perlu
dikuatkuasakan. Di dalam melaksanakan Akta dan Ordinan seperti untuk kes-kes tertentu, Jabatan
dikehendaki merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau/dan Setiausaha Kerajaan Negeri
untuk mendapatkan keputusan.
4
untuk mendapatkan keputusan.
3. PERBADANAN AWAM (PUBLIC CORPORATION)
3.1 Perbadanan-perbadanan Awam (Public Corporation) atau Agensi-agensi Separa Kerajaan
(Semi-Government Agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan
oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Misalnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (FINAS) di mana ia adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan
Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri.
3.2 Tujuan ditubuhkan Perbadanan Awam dapat dilihat dari dua segi:-
3.2.1 Untuk membolehkan Kerajaan melibatkan dengan secara terus di dalam bidang
pembangunan sosio-ekonomi negara dan di dalam kegiatan di mana sektor swasta enggan
menceburi kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar. Dengan cara
penglibatan secara ini, pembangunan yang lebih pesat, teratur dan adil dapat dipastikan oleh
Kerajaan.
3.2.2 Tujuan yang hendak dicapai oleh Kerajaan itu lebih sesuai dijalankan oleh Perbadanan
Awam daripada sebuah Jabatan, oleh kerana Perbadanan Awam adalah lebih bebas daripada
peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan yang biasa dan oleh itu, dapat bergerak dengan lebih
pantas seperti syarikat sektor swasta. Perbadanan ini terbahagi kepada dua jenis:-
(i) Badan-Badan Berkanun: Badan-Badan Berkanun adalah sebuah Agensi Separuh Kerajaan
yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan
Negeri. Tujuan penubuhan Badan-Badan Berkanun ini ialah untuk memberi kebebasan yang lebih
luas bergerak dan mengendalikan program dari yang terdapat jika dikendalikan oleh Jabatan-
Jabatan Kerajaan yang biasa. Badan-Badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa dari
Akta/Enakmen-enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar
Lembaga, Majlis atau lain-lain. Contoh Badan-Badan Berkanun bagi peringkat Persekutuan ialah
Lembaga Kemajuan Perindustrian dan Perkhidmatan Malaysia (MIDA), Lembaga Getah Malaysia
(LGM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Di peringkat Negeri
pula ialah seperti Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan Air Negeri. Ada
di antara Badan-Badan Berkanun ini dipanggil Perbadanan Awam (Public Corporations) seperti
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-Negeri (PKEN).
(ii) Badan-Badan Tidak Berkanun : Badan-Badan Tidak Berkanun ialah Syarikat-Syarikat Kerajaan
yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965 (Akta 125). Badan-Badan ini adalah bersifat
dan bergerak sebagai Syarikat Perniagaan yang biasa, hanya dari segi hak milik sahaja dipunyai
oleh Kerajaan. Syarikat ini seperti juga syarikat perniagaan boleh juga menubuhkan anak syarikat
di bawahnya. Sekiranya ini berlaku syarikat-syarikat tadi dipanggil Syarikat Induk (Holding
Company) misalnya Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan anak syarikatnya seperti Pernas
Properties Sdn. Bhd., Pernas Trading Sdn. Bhd. dan Pernas Edar Sdn. Bhd.
5
4. PIHAK BERKUASA TEMPATAN/PENGUASA TEMPATAN
4.1 Pihak Berkuasa Tempatan/Penguasa-Penguasa Tempatan adalah dikenali sebagai Majlis
Perbandaran atau Majlis Daerah. Ia ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
yakni sebuah kanun yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan tetapi diambilpakai oleh
Kerajaan-Kerajaan Negeri. Bagi Sabah, Pihak Berkuasa Tempatannya adalah ditubuhkan
berdasarkan kepada Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Authority Ordinance) 1961 dan