Download - SEJARAH Ting 3
INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN
Nama rasmi institusi yang saya kaji ialah Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor atau
dalam singkatannya ialah MPPG. Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini terletak di Majlis
Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700, Pasir Gudang, Johor.
Matlamat lokasi ialah Menguruskan alam sekitar dengan berkesan dan dinamik, memastikan
masyarakat mendapat manfaat melalui aktiviti dan projek pembangunan yang dijalankan,
menekankan pembangunan yang holistic berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan, mengetengahkan masyarakat Bumiputera yang
berpotensi sebagai usahawan berjaya, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota
pekerja melalui latihan yang berterusan, mempertingkatkan kerjasama dengan masyarakat
bagi memperkasa komuniti.Visi mereka pula ialah menjadi pihak berkuasa tempatan yang
professional, berwibawa, dan berdaya maju. Misi pula ialah merancang, mengurus, mengawal
selia dan menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan
kualiti hidup komuniti. Carta organisasi mereka pula adalah seperti berikut
Yang Di Pertua MPPG ialah Encik Hj. A. Rahim Bin Hj. Nin. Manakala, setiausahanya
ialah En. Md. Za’nal Bin Misran. MPPG mempunyai 5 bahagian yang terdiri daripada
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam yang diketuai oleh Puan Noorhayati Bte
Sarmoen. Yang kedua pula iaitu Bahagian Pengurusan Kontrak yang diketuai oleh Puan
Zuraine Bte Mahmood. Yang ketiga iaitu Unit Undang-Undang yang diketuai oleh En
Nurazam Bin Razali. Yang keempat pula iaitu Unit Audit Dalam yang diketuai oleh En
Abdul Malek Bin Mohamed. Yang terakhir pula iaitu Unit Pusat Setempat(OSC) yang
diketuai oleh En. Abdul Ghapar Bin Dahlan.
Terdapat 9 jabatan di dalam institusi pentadbiran ini. Yang pertama iaitu, Jabatan
Kemsyarakatan yang diketuai oleh Tuan Hj. Adnan Bin Abd Ghani. Yang kedua pula iaitu
Jabatan Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Puan Rahamah Bte Mahmood. Yang ketiga
pula iaitu Jabatan Kewangan yang diketuai oleh Puan Mariaton Bte Ibrahim.
Seterusnya, yang keempat, Jabatan Perancang Bandar yang dimpimpin oleh En Abdul
Ghapar Bin Dahlan. Yang kelima pula iaitu Jabatan Landskap oleh Puan Zanariah Bte Kadir.
Yang keenam, Jabatan Bangunan yang dipimpin oleh Tuan Hj. Ismail Bin Hj. Mat Taib.
Selanjutnya, yang ketujuh, Jabatan Kejuruteraan yang diketuai oleh En Abd Majid Bin
Sapihe. Yang kelapan, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Hartanah dipimpin oleh Tuan Hj.
Mohd Ali Bin Abu Backer. Yang terakhir iaitu Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan
Perlesenan yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd Yusuf Bin Abd Wahab.
LATAR BELAKANG
SEJARAH PENUBUHAN
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah
Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG
berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan
sebahagian Mukim Plentong. Sejarah penubuhan MPPG ini bermula pada 1 Julai 1977
apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan
Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen
Lembaga Bandaran (Bil 118). Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation
(dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah
dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis
Bandaran Pasir Gudang ini dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.
Mulai 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju PBT Pasir Gudang ditadbir di
bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan
Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118). Johor Corporation telah diamanahkan oleh
Kerajaan Negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran
yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari 1 Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.
Apabila PBT Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis
Perbandaran, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai
2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Dua orang pegawai
Johor Corporation telah dipinjamkan sebagai Yang DiPertua dan Setiausaha MPPG bagi
mentadbir MPPG dalam tempoh peralihan, iaitu Tuan Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar,
Pengurus Besar Kanan Johor Corporation telah dilantik sebagai Yang DiPertua dan Encik
Mohamad Mazlan Bin Ali, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation dilantik sebagai
Setiausaha MPPG. Mulai 1 September 2009 tampuk pengurusan MPPG berhijrah ke era baru
apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pentadbiran MPPG daripada Johor
Corporation dengan menempatkan dua orang Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu Tuan Haji A.
Rahim Bin Nin sebagai Yang DiPertua dan Encik Za’nal Bin Haji Misran sebagai Setiausaha
bagi mentadbirkan MPPG. Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli
majlis telah dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon. Peranan ahli majlis adalah
sebagai penghubung di antara masyarakat setempat dengan pengurusan MPPG.
Undang-undang tubuh/Undang-undang kecil
Terdapat beberapa undang – undang kecil penubuhan MPPG . Antaranya ialah Undang-
Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Pasir
Gudang) 1988 , Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah
Sarap (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) 1989 - Undang-Undang Kecil Pemungutan,
Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Pindaan) (Majlis Perbandaran Pasir Gudang)
2004 dan Undang – undang kecil Iklan pilhanraya ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang )
1990 .
Selain itu , undang – undang kecil yang telah ditubuhkan ialah Undang – Undang Kecil
Taman ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 1993 , Undang – Undang Kecil Pelesenan
Anjing ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 1993 , Perintah Lalulintas Jalan ( Peruntukan
Tempat Letak Kereta ) ( Majlis Pebandaran Pasir Gudang ) 2001 dan Undang – Undang Kecil
Vandalisme ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 2003 .
Selanjutnya , Undang – Undang Kecil Tandas Awam ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang )
2003 , Undang – Undang Kecil Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan ( Majlis
Perbandaran Pasir Gudang ) 2006 , Undang – Undang Kecil Penjaja ( Majlis Perbandaran
Pasir Gudang ) 2010 dan Undang – Undang Kecil Mencegah Kekotoran ( Majlis Perbandaran
Pasir Gudang ) 2010 .
Seterusnya ,Undang – Undang Kecil Pasar Awam / Persendirian ( Majlis Perbandaran Pasir
Gudang ) 1989 , Undang – Undang Kecil Iklan ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 1989 -
Undang – Undang Kecil Iklan ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) ( Pindaan ) 1990 ,
Undang – Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut ( Majlis
Perbandaran Pasir Gudang ) 2010 , Undang – Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan Akta
Kerajaan Tempatan 1976 ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) ( Akta 171 ) 2010 dan Undang
– Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 )
( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 1990 .
Akhir sekali , Undang – Undang Kecil Pengendali Makanan ( Majlis Perbandaran Pasir
Gudang ) 2010 , Undang – Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian
( Majlis Perbandaran Pasir Gudang ) 2010 dan Undang – Undang Kecil Mendapatkan
Tunggakan Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) 2010 .
Perincian peranan/Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
Yang DiPertua adalah Ketua Jabatan yang bertanggungjawab dalam menjalankan
kewajipan-kewajipan jawatan Yang DiPertua dengan sah di sisi Undang-undang. Yang
DiPertua bertanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif Majlis. Yang DiPertua juga merupakan
seorang Ahli-ahli majlis. Yang DiPertua bertanggungjawab mengesahkan dengan
menandatangani meteri Pihak Berkuasa Tempatan. Yang DiPertua adalah bertanggungjawab
kepada Majlis dalam perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan dan peraturan-peraturan serta
keputusan Majlis dijalankan dengan sempurna. Yang DiPertua adalah bertanggungjawab
mempengerusikan Mesyuarat dalam sidang Mesyuarat Penuh dan Mesyuarat Jawatankuasa
Tetap seperti Jawatankuasa Kewangan dan Am, Jawatankuasa Pelan dan Perancang,
Jawatankuasa Kerjaraya dan Pembangunan, Jawatankuasa Bantahan, Jawatankuasa Lembaga
Tender/Sebutharga, Jawatankuasa Lembaga Lantikan dan Kenaikkan Pangkat, Jawatankuasa
embaga Tatatertib, Jawatankuasa Lembaga Kurniaan Tambang Haji, Jawatankuasa
Temuduga Gerai dan lain lain mesyuarat yang dibentuk dari masa ke semasa.
Yang DiPertua MPPG bertanggungjawab menandatangani segala dokumen mengnai
tender yang dikeluarkan dan juga surat-surat perjanjian yang berkaitan dengannya. Yang
DiPertua bertanggungjawab menandatangani pelan-pelan yang diluluskan oleh Majlis seperti
pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan infrastuktur/jalan/perparitan, layout dan kebenaran
merancang dan surat-surat kelulusan mesyuarat. Yang DiPertua bertanggungjawab
meluluskan dan menandatangani Sijil Kelayakan Menduduki(CFO). Yang DiPertua
bertanggungjawab menimbangkan serta meluluskan ke Mahkamah setelah diperakukan oleh
Pembantu Undang-indang dan mendapat kebenaran bertulis dari Pendakwaraya. Yang
Dipertua bertanggungjawan mengarahkan kes-kes untuk dibawa ke Mahkamah setelah
diperakukan oleh Pembantu Undand-undang dan mendapat kebenaran bertulis dari
Pendakwaraya. Yang DiPertua bertanggungjawab menyemak dan membaiki stuktur
organisasi dan system pentadbiran Majlis untuk mencapai pengurusan yang berkualiti.
Yang DiPertua bertanggungjawab menghadiri mesyuarat-mesyuarat Negeri termasuklah
Jawatankuasa Pembangunan Negeri. Yang DiPertua bertanggungjawab memastikan
perkhidmatan yang baik diantara Majlis dengan lain-lain Jabatan dan Agensi termasuk
Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan orang ramai. Yang Dipertua
bertanggungjawab ke atas Belanjawan Tahunan Majlis. Yang Dipertua bertanggungjawab
sebagai Ketua Pengurus Kerja, ia mempunyai kuasa ke atas semua pegawai dan anggota
pekerja Majlis untuk melaksanakan dengan licin dan berkenaan program dan dasar Majlis.
Yang Dipertua bertanggungjawab menyemak dan membaiki system organisasi dan
pentadbiran Majlis untuk mencapai pengurusan yang berkesan. Lain-lain kuasa yang diberi
oleh undang-undang dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Ketua-ketua Dan Fungsi Jabatan
Terdapat 18 jabatan yang ada di institusi pentadbiran ini. Antaranya ialah Ketua Jabtan
Khidmat Pengurusan. Diketuai oleh Puan Rahamah Binti Mahmood. Fungsinya adalah
sumber manusia, pentadbiran Am, penguatkuasaan, dan teknologi maklumat. Seterusnya,
Ketua Jabatan Penialian dan Pengurusan Harta. Diketuai oleh Haji Mohamed Ali Bin
Mohamed Abu Backer. Fungsinya adalah pengurusan dan penyewaan bangunan percukaian,
penyewaan khemah, tanah kosong dan kebayan. Selanjutnya, Ketua Jabatan Perancangan
Bandar. Dipimpin oleh Encik Abdul Ghapar Bin Dahlan. Fungsinya, meluluskan pelan
bangunan, kebenaran merancang, pusat setempat(OSC), dan mengawal aktiviti
pembangunan. Selain itu, Ketua Jabtan Kemasyaraktan yang diketuai oleh Tuan Haji Adnan
Bin Haji Abd Ghani. Fungsi jabatan adalah mengadakan program pembasmian kemiskinan
Bandar, menyelaraskan aktiviti sukan, perpustakaan awam, pelancongan, kesenian dan
kebudayaan. Seterusnya, Ketua Jabatan Landskap yang diketuai oleh Puan Zanariah Binti
Kadir. Funginya adalah melaksanakan kerja-kerja pembangunan landskap, pengurusan
penyelenggaraan landskap, pengurusan taman permainan kanak-kanak, pengurusan
pengendalian operasi tapak semaian dan pengurusan tapak rekreasi. Seterusnya, Ketua
Jabatan Bangunan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Mat Taib. Fgisinya ialah memporses dan
meluluskan permohonan pelan bangunan, menydeiakan lukisan senibina, memberi khidmat
nasihat kepada orang awam dan menyelenggaraan bangunan.
Selain itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan. Diketuai oleh Tuan
Haji Mohd Yusuf Bin Abd Wahab. Fungsinya, memantau alam sekitar, keselamatan industry,
pengurusan tapak, pelupusan sampah, perkhidmatan kebersihan dan kawasan sector
pelesenan. Seterusnya, Ketua Jabatan Kejuruteraan. Diketuai oleh Encik Abd Majid Bin
Saphie. Fungsinya ialah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pelan, lampu, jalan, parit
awam, loji kumbahan, pengurusan projek, memproses permohonan kerja-kerja tanah, parit,
jalan, lampu jalan, dan menyediakan projek kemudahan awam dan infrastuktur. Ketua
Jabatan Kewangan pula diketuai oleh Puan Mariaton Binti Ibrahim. Fungsinya ialah
pengurusan kewangan, pengurusan akaun, pengurusan kaunter bayaran dan kos belanjawan.
Selain itu, Ketua Unit Undang-undang yang dipimpin oleh Encik Nurazam Bin Razali.
Fungsinya, khidmat nasihat perundangan, menjalankan pendakwaan di mahkamah,
menyediakan dari menyemak kertas-kertas smana pertuduhan dan aduan dan mengadakan
pendidikan perundangan pegawai-pegawai Majlis. Ketua Audit Dalaman oleh Encik Abdul
Malek Bin Mohamed. Fungsinya, member kepastian dan khidmat perundingan secara objektif
untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi mencapai matlamanya
melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai. Seterusnya, Ketua
Bahagian Pengurusan Kontrak oleh Puan Zuraine Binti Mahmood. Fungisnya, mengurus
pengeluaran tender dan sebutharga, membuat penialian sebutharga, dan perlantikan
kontraktor. Akhir sekali, Ketua Bahagian Korporat dan perhubungan Awam yang dipimpin
oleh Puan Noorhayati Binti Sarmeon. Fungsinya ialah perhubungan awam, perhubungan
dengan media, perhubungan kerajaan, pengurusan aduan awam, perkhidmatan pelanggan dan
pengurusan mesyuarat, menguruskan penerbitan rasmi jawatan, pengurusan acara rasmi, dan
pengurusan kualiti.
Cara perlantikan pentadbiran tempatan.
Perlantikan pentadbir tempatan MPPG dilantik oleh pihak Bandaraya Majlis Perbandaran
dan Majlis Daerah. Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli majlis telah
dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon.
Peranan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang berperanan dalam beberapa bidang. Antaranya ialah
kebajikan, pelancongan, perayaan, dan pendidikan.
Dari segi kebajikan, ini bermaksud membantu ibu atau bapa tunggal mahupun golongan
yang tidak mampu dengan kerjasama PUSPANITA. Kebajikan juga menyumbangkan barang
makanan dan keperluan harian. Seterusnya, menyediakan tuisyen percuma kepada pelajar
miskin di kawasan perumahan sekitar Pasir Gudang.
Manakala dari segi pelancongan pula, Sebagai salah satu langkah untuk menjadikan Pasir
Gudang sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di Selatan Johor, PBT Pasir
Gudang telah mengambil langkah bagi mempromosikan pelbagai program dan aktiviti sama
ada yang telah atau akan dijalankan bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke
Pasir Gudang Satu-satunya muzium seumpamanya di negara ini yang mempamerkan koleksi
pelbagai jenis layang-layang tradisional dan moden dari dalam dan luar negara. Muzium yang
dibuka pada tahun 2002 ini juga turut menceritakan sejarah permainan tradisional rakyat
tersebut.
Selain itu, terdapat juga Sarang Buaya Tanjung Langsat. Sebanyak 12 buah kolam khas
telah di bina yang akan menempatkan sebanyak 592 ekor Buaya Tembaga yang telah
diluluskan permit khas pemeliharaan oleh PERHILITAN. Buaya Tembaga yang akan di
pelihara adalah terdiri daripada pelbagai saiz dan peringkat umur. Buat masa ini sebanyak
144 ekor buaya telah diperolehi dan ditempatkan di dalam 6 buah kolam buaya di Sarang
Buaya Pasir Gudang ini. Berukuran dari 1’6” inci hingga 10 kaki, berumur antara 1.5 tahun
hingga 15 tahun.
Seterusnya, peranan dari segi perayaan pula. Pihak majlis telah mengadakan acara Festival
Layang-layang Antarabangsa. Festival yang mula dianjurkan pada tahun 1995 ini menjadi
medan perhimpunan pelayang-pelayang dengan mempamerkan pelbagai jenis dan aksi
layang-layang dari seluruh dunia. Acara yang dianjurkan pada setiap tahun di Bukit Layang-
layang ini diiktiraf sebagai festival utama pelancongan di Malaysia dan Festival Layang-
layang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, festival yang memasuki tahun ke 13
penganjurannya itu berjaya menarik penyertaan 185 peserta antarabangsa dari 27 buah negara
serta lebih daripada 500 peserta tempatan.
Selanjutnya, dari segi pendidikan, pihak majlis telah membina sebuah perpustakaan bagi
member pelajar lebih selesa mengulangkaji di tempat tersebut. Perpustakaan Awam Pasir
Gudang telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad, Menteri
Besar Johor pada 24 Februari 1986. Perpustakaan ini terletak di bawah pentadbiran PBTPG.
Penubuhan Perpustakaan Awam ini adalah satu sumbangan sosial PBTPG kepada masyarakat
di Pasir Gudang dan sekitarnya. Perpustakaan ini terletak di Tingkat 3, Kompleks Pusat
Bandar Pasir Gudang dengan kira-kira 8,783 kaki persegi, dan dibahagikan kepada bahagian
kanak-kanak dan bahagian dewasa. Sehingga Jun 2003, perpustakaan mempunyai sebanyak
57,429 buah buku dan keahlian seramai 10,711 orang.
Perkembangan
MPPG telah mencapai banyak perkembangan. Antaranya ialah dari segi sumber kewangan.
Sumber kewangan dariapada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan dalam bentuk
geran. Contoh geran ialah geran pelancaran sebanyak RM 1.56 Juta, sumbangan membantu
kadar pada tahun 2010 bernilai RM 98387.50.
Selain itu, dari segi pembangunan prasarana pula. Sebagai contoh, pengangkutan awam di
Pasir Gudang. Syarikat Pengangkutan maju Sdn. Bhd. telah memulakan perkhidmatannya di
kawasan Pasir Gudang pada 1 Mac 1987. Perkhidmatan bas ini telah dapat memberi
kemudahan kepada orang ramai terutamanya pekerja-pekerja kilang yang bekerja di kawasan-
kawasan berhampiran. Untuk menambah kemudahan yang terdapat di Kompleks Pusat
Bandar Pasir Gudang, sebuah perhentian teksi telah memulakan perkhidmatannya pada tahun
1993 untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Pasir Gudang. Dengan adanya
perkhidmatan ini, laluan Pasir Gudang ke Masai, Johor Bahru dan kawasan-kawasan lain
akan lebih mudah. Orang ramai mempunyai pilihan samada untuk menggunakan
perkhidmatan teksi atau bas.
Seterusnya bagi aspek pembangungan prasarana, terdapat juga kompleks sukan. Stadium
Tertutup dan Padang Latihan. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam
Stadium Tertutup ini ialah :- Tempat duduk penonton (galeri) yang boleh memuatkan 3,000
orang penonton dalam suatu masa. Arena yang memuatkan 8 gelanggang badminton boleh
digunakan untuk tujuan permainan bola keranjang, jimnastik, bola tampar, pameran dan
hiburan. Arena ini boleh diubahsuai untuk upacara-upacara tertentu. Bilik persalinan, pejabat
pentadbiran, pusat penerangan, ruang rehat, stor, bilik pemberita, jimnasium, kaunter jualan
tiket, bilik kecemasan, bilik kawalan keselamatan, surau dan tandas. Kemudahan ‘PA
System’ dan kemudahan berhawa dingin yang selengkapnya. Kemudahan lain seperti
kafetaria, kios dan kedai peralatan sukan. Pembinaan fasa I ini dimulakan pada bulan Julai
1990 dan telah siap pada tahun 1992.
Selanjutnya, pengiktirafan yang diperoleh MPPG, pada tahun 1991, cabinet bersetuju
menjadikan PBT Pasir Gudang sebagai model penswataan bagi PBT lain seluruh Negara.
Pengiktirafan itu telah membawa kejayaan kepada perbandanan Johor apabila dianugerahkan
kualiti Perdana Menteri bagi sector awam 1997. Pengiktirafan paling penting ialah
pengisytiharaan MPPG pada Julai 2010. Antara anugerah yang diperoleh MPPG ialah
Anugerah Inovasi, Anugerah Landskap Johor 2011, Anugerah Landskap Kategori Masjid,
mendapat tempat kedua dalam pertandingan Laman Malaysia 2004 dan Anugerah Laman
Web 2003.
Akhirnya, perancangan masa hadapan. Mengikut teras strategik, MPPG mengamalkan
Transformasi 6P iaitu Perkhidmatan, Pembangunan modal insan, Pengukuhan kedudukan
kewangan, Pasir Gudang di persada antarabangsa, Pembangunan mampan, dan Persekitaran
kehidupan yang kondusif. Teras strategik sebagai tonggak kepada fungsi dan peranan ke arah
merealisasikan visi dan misi MPPG.
Saya amat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Dalam melasanakan kerja kursus ini banyak pengetahuan dan nilai
murni yang telah saya pelajari dan terapkan dalam jiwa saya.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenali dan memahami lokasi MPPG dan bagaimana
MPPG beroperasi. Kajian ini juga member saya maklumat tentang struktur pentadbiran
MPPG. Saya juga berasa kagum dengan binaan Menara Aqabah yang cantik dan indah serta
boleh menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Pasir Gudang.
Selain itu, saya juga dapat mengetauhi peranan dan tanggungjawab Majlis Perbandaran
Pasir Gudang terhadap masyarakat sekitarnya.Setelah mengetauhi tentang latar belakang dan
peranan Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang sentiasa mementingkan serta meningkatkan
kualiti hidup komuniti masyarakat telah menyedarkan saya akan kepentingan Majlis
Parbandaran Pasir Gudang terhadap masyarakat.
Oleh itu, saya telah menyokong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan memainkan
peranan saya dalam setiap program atau aktiviti yang di anjurkannya dan melalui program ini
saya dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain lantas dapat mengukuhkan
perpaduan kaum.
MPPG Gemilang
Demi Masa Depan Pasir Gudang
Kita Bersama Membangunkannya
Kita Memperkasa Kominiti
Beridentiti Budaya Teras Malaysia
Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang
Berwibawa Dan Berdaya Maju
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Khidmat Dan Bakti Untuk Masyarakat
Pasir Gudang Terus Maju
Masyarakat Hidup Aman Sentosa
Penuh Semangat Serta Jatidiri
Teguh Menjulang Kecemerlangan
Kualiti Menjadi Teras Budaya Kerja
Barsatu Manuju Hala Kejayaan
Pembangunan Holistik Jadi Cabaran
Di Bandar Indusri Sejahrera
Pasir Gudang Indah Dan Menghijau
Bandar Pilihan, Aman Dan makmur
Tumpuan Sukan Dan Pelancongan
Jadi sebutan Serata Dunia
Pasir Gudang Terus Maju
Masyarakat Hidup Aman Sentosa
Penuh Semangat Serta Jatidiri
Teguh Menjulang Kecemerlangan
Lampiran ini menunjukkan Lagu Rasmi MPPG.
Orang sumber
Encik Mohammad Norazli bin Ahmad, 23 tahun, 1173 Blok 8, Felda Sening, 81900, Kota
Tinggi, Johor.
Cik Nurulain Binti Mohamad Hamid, 25 tahun, No 371, Felcra Bukit Kepong, 84030, Muar,
Johor
Melawat tempat kajian
Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, Jalan Bandar 81700
Pasir Gudang.
Sumber lain
Risalah info korporat Majis Perbandaran Pasir Gudang, Risalah Bukit Layang-layang
Internet
http://www.mppg.gov.my
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi
nasional di negara kita?
Institusi Pentadbiran Tempatan adalah sebuah organisasi yang mentadbir sebuah daerah.
Satu pentadbiran tempatan mempunyai fungsinya yang tersendiri sentiasa berusaha untuk
memberi kehidupan yang selesa dan sempurna kepada penghuninya sama ada dari segi
politik, ekonomi dan alam sekitar.
Sebagai sebuah organisasi yang menyokong Gagasan 1 Malaysia. Institusi Pentadbiran
Tempatan selalu menganjurkan aktiviti setempat yang melibatkan pelbagai kaum. Contoh
aktiviti gotong-royong dikawasan perumahan. Aktiviti seumpam ini dapat mewujudkan
semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat di kawasan yang
terlibat.
Disamping itu, institusi pentadbiran tempatan yang turut mengadakan pelbagai program
bagi mewujudkan intergrasi kaum. Contoh, pesta layang-layang yang dianjurkan oleh MPPG
telah berjaya menarik penglibatan pelbagai kaum. Ini dapat mewujudkan semangat muhibah
antara kaum. Aktiviti kemasyarakatan ini secara tidak langsung juga membantu memajukan
bidang pelancongan dan seterusnya membantu dalam pembangunan negara. Jelaslah bahawa
peranan dan usaha yang dimainkan oleh institusi tempatan dapat mewujudkan intergrasi
nasional dan dapat merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
Kita hendaklah bersyukur menjadi warganegara Malaysia kerana dapat menikmati
kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah
berganding bahu membangunkan negara supaya negara kita Malaysia setanding dengan
negara-negara maju yang lain.
Lampiran ini menunjukkan bukti bahawa kami telah melawat tempat kejadian di Menara
Aqabah. Saya berada di hujung kiri yang kedua.