i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelia : En. Yusof bin Boon
Tarikh : NOVEMBER, 2007
ii
PERSEPSI , MINAT DAN FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU
E PEI SZE
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : E PEI SZE
Tarikh : NOVEMBER, 2007
iv
Untuk suami saya, Shu Jin, yang sentiasa berada di sisi dan telah memberikan sokongan
yang sepenuhnya kepada saya.
Tidak lupa juga anak-anak kesayangan saya, Khai Hern dan Kwang Siang
yang telah memberikan semangat kepada saya.
Akhirnya, untuk ibu bapa saya
yang sentiasa memberikan galakan kepada saya
v
PENGHARGAAN
Bersyukurlah kerana kajian ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada En. Yusof bin Boon, selaku penyelia kajian. Beliau
telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, galakan, kesabaran dan
nasihat sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah
Universiti Teknologi Malaysia yang sudi memberi ilmu pengetahuan untuk menjayakan
kajian ini.
Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar
tingkatan empat SMKTBI yang dipilih sebagai responden kerana membantu dan
memberikan kerjasama erat demi menjayakan kajian ini. Saya mendoakan agar kalian
berjaya dalam pelajaran.
Penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam penyelidikan ini.
Terima kasih !
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi, minat dan faktor-faktor
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah
Johor Bahru. Seramai 100 responden dipilih secara rawak kelompok, terdiri daripada
pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik yang mengandungi 52 item pernyataan
digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical
Pakage For Social Science) bagi mendapatkan Peratusan dan min. Persoalan yang dikaji
ialah untuk mengetahui apakah persepsi responden terhadap aktiviti kokurikulum dan
pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain itu, adakah faktor minat, rakan sebaya, ibu bapa
dan guru mempengaruhi penglibatan responden dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan
kajian telah menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum lebih didorong
oleh faktor ibu bapa, diikuti oleh faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor guru. Di
samping itu, menurut kajian didapati pelajar India merupakan kaum yang paling kuat
dipengaruhi oleh ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum.
vii
ABSTRACT
This study is carried out to determine the perception , interest and the contributory
factors that lead to student participation in the field of co-curiculumn in a secondary
school in Johor Bahru. A total of one hundred respondents consisting of form four
students have been selected at random to participate in this study. The intrument for this
study is a set of questionnaire consisting of 52 items. The data collected is analysed using
Statistical Package for Social Science to obtain the percentage and min. The survey is
conducted to study the impact of factors such as , student interest, peer group influence
and parental influence on student participation in the field of co-curriculumn in a school
in the city of Johor Bahru. The findings revealed that parental influence has the most
impact on student participation and involvement in co-curricular activities. This is
followed by peer group influence and lastly, teacher factor . In addition, it is found that
parental influence is greatest in the Indian community.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Penutup 11
2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori-teori Yang Berkaitan 13
2.3 Kajian Yang Berkaitan 25
2.4 Penutup 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Populasi Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 31
ix
BAB PERKARA HALAMAN
3.5 Prosedur Kajian 33
3.5.1 Kajian Rintis 34
3.6 Analisis Data 35
3.7 Penutup 37
4 ANALISIS DATA KAJIAN
4.0 Pengenalan 38
4.1 Demografi Responden 38
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 39
4.2 Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap Persepsi 39
Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum?
4.3 Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap Minat 41
Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum?
4.4 Persoalan Kajian 3 : Apakah faktor Pendorong 43
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti
Kokurikulum?
4.4.1 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan 43
Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
4.4.2 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 44
Penglibatan Responden dalam Aktiviti
Kokurikulum
4.4.3 Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan 46
Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
4.4.4 Analisis Faktor-faktor Terhadap Penglibatan 47
Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
x
BAB PERKARA HALAMAN
4.5 Persoalan Kajian 4 : Apakah Pendapat Pelajar 48
Tentang Pengurusan Aktiviti Kokurikulum?
4.6 Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat Perbezaan 50
Signifikan Antara Persepsi Pelajar Terhadap
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
dan Kaum?
4.6.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 50
Signifikan Antara Persepsi Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina
4.6.2 Adakah terdapat Perbezaan Yang Signifikan 52
Antara Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Kaum
4.7 Persoalan Kajian 6 : Adakah Terdapat Perbezaan 52
Signifikan Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum?
4.7.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 53
Signifikan Antara Minat Pelajar Terhadap
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
4.7.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan 54
Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Kaum
4.8 Persoalan Kajian 7 : Adakah Terdapat Perbezaan 55
Yang Signifikan Antara Faktor Guru, Rakan
Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum?
xi
BAB PERKARA HALAMAN
4.8.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 55
Signifikan Antara Faktor Dorongan
Guru Terhadap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina?
4.8.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 57
Signifikan Antara Faktor Dorongan
Guru Terhadap Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Kaum
4.8.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 58
Signifikan Antara Faktor Dorongan
Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina
4.8.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 59
Signifikan Antara Faktor Dorongan
Rakan Sebaya Terhadap penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Kaum
4.8.5 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 60
Signifikan Antara Faktor Dorongan
Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut
Jantina
xii
BAB PERKARA HALAMAN
4.8.6 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 61
Signifikan Antara Faktor Ibu Bapa
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum
4.9 Rumusan 62
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 64
5.1 Perbincangan 64
5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 64
Kokurikulum
5.1.2 Minat Pelajar Terhadap Aktiviti 66
kokurikulum
5.1.3 Faktor Dorongan Guru Terhadap 66
Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum
5.1.4 Faktor Dorongan Rakan Sebaya 67
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
5.1.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 68
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum
5.1.6 Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan 70
Aktiviti Kokurikulum
5.1.7 Analisis Perbezaan Persepsi Pelajar 71
Terhadap Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina dan Kaum
xiii
BAB PERKARA HALAMAN
5.1.8 Analisis Perbezaan Minat Pelajar 72
Terhadap Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina dan Kaum
5.1.9 Analisis Perbezaan Faktor-faktor 72
Yang Mendorong Pelajar Terhadap
Aktiviti Kokurikulum Mengikut
Jantina Dan Kaum
5.2 Cadangan Tindakan 73
5.2.1 Cadangan Kepada Pihak Pentadbiran 73
Sekolah
5.2.2 Cadangan Kepada Guru 74
5.2.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 75
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.4 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78
LAMPIRAN 82
xiv
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 33
3.2 Peringkat Skala Likert 33
3.3 Tahap Persepsi Pelajar Mengikut Skor Min 36
3.4 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 36
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 39
4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum 40
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Persepsi Secara 41
Keseluruhan
4.5 Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum 42
4.6 Taburan Responden Mengikut TahapMinat Secara 42
Keseluruhan
4.7 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar 43
Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Guru 44
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum
4.9 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 45
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Rakan 45
Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
xv
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.11 Faktor Dorongan ibu bapa Terhadap Penglibatan 46
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan 47
Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
4.13 Taburan Responden Mengikut Faktor Guru, 48
Rakan Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti kokurikulum
4.14 Taburan Min Faktor Penglibatan Pelajar Dalam 48
Aktiviti Kokurikulum
4.15 Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan 49
Aktiviti Kokurikulum
4.16 Taburan Responden Mengikut Tahap Pandangan 49
Terhadap Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
4.17 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 51
kokurikulum mengikut Jantina Pelajar
4.18 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 52
kokurikulum mengikut kaum
4.19 Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Aktiviti 53
Kokurikulum Mengikut Jantina
4.20 Perbezaan Minat Terhadap Aktiviti Kokurikulum 55
Mengikut Kaum
4.21 Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap 56
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina
xvi
4.22 Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap 57
Penglibatan Pelajar Dalam Akitiviti Kokurikulum
Mengikut Kaum
4.23 Perbezaan Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 58
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina
4.24 Perbezaan Faktor Dorongan Rakan Sebaya 59
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Kaum
4.25 Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 60
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina
4.26 Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 61
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Wawasan 2020 telah memberi gambaran bahawa menjelang tahun 2020,
Malaysia mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dengan
masyarakat yang bersatu-padu, progresif dan makmur, dinamis serta mempunyai
rasa keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh yang demikian, Sistem
Pendidikan Negara bukan sahaja bermatlamat melahirkan warganegara yang
terpelajar tetapi mendidik dengan nilai-nilai dan pengalaman amali. Natijah dari
keadaan ini, akan lahirlah suatu perubahan yang optimum dari segi mental, fizikal,
emosi dan sosial. Justeru itu, sistem pendidikan yang berorientasikan kepada
kejayaan dalam peperiksaan semata-mata haruslah dikurangkan dengan
mengambil kira perkembangan keseluruhan setiap pelajar.
Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum yang penting
dalam memberi sumbangan kepada pelajar dari segi penyuburan fizikal, mental,
emosi dan sosial pelajar. Pendapat ini sesuai dengan pendapat Arnold(1968) yang
menyatakan kegiatan sukan dapat menambahkan dan mengharmonikan aspek-
aspek fizikal, intelek, sosial, emosi dalam personaliti seseorang individu terutama
melalui kegiatan fizikal yang diarahkan.
Ahli-ahli pendidikan dan falsafah mengakui bahawa kokurikulum yang
melibatkan aktiviti sukan dan permainan adalah suatu kuasa sosial dan pendidikan
yang positif. Kenyataan ini telah diakui oleh Hancock(1968):
“Kemajuan intelektual ditentukan pada tiap-tiap langkah oleh tenaga jasmani untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan latihan fizikal mesti disertai dalam kumpulan mental.”
Manakala menurut Hanafi (1984) menyatakan persatuan boleh berperanan
untuk mendidik pelajar ke arah latihan berdikari, cerdas berfikir, mengisi masa
lapang dengan lebih berfaedah terutama kepada mereka yang tidak mempunyai
minat bersukan atau melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang lain.
Kegiatan kokurikulum di sekolah dapat mempercepatkan proses pergaulan dalam
kalangan pelajar, membolehkan usaha-usaha memupuk integrasi dalam kalangan
kaum dan masyarakat sekolah, membantu mewujudkan suasana iklim sekolah
yang mendorong pembelajaran dan pembudayaan manusia, melatih dan menyemai
nilai-nilai kepimpinan serta memberi dorongan diri.
Berdasarkan kepentingan tersebut, pelaksanaan aktiviti kokurikulum telah
diberi penekanan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Laporan ini telah
mencadangkan supaya semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian
aktif dalam kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kebudayaan kebangsaan serta
kegiatan sukan dan pasukan seragam (perakuan 44, 50, 51, 53). Dalam hal ini
kegiatan kokurikulum seharusnya dianggotai oleh semua kaum. Rancangan dan
aktiviti kokurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan aspirasi negara, Falsafah
Pendidikan Negara, Rukunegara serta menepati dengan dasar-dasar kerajaan dalam
pembangunan negara, khususnya Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menuju ke
arah wawasan 2020. Lantaran tersebut, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di semua peringkat institusi pendidikan,
sekolah, maktab dan universiti.
Kesimpulanya, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam membantu perkembangan fizikal,
sosial, emosi dan intelektual. Selain daripada itu, aktiviti kokurikulum juga dapat
membina sikap kepimpinan, tanggungjawab, semangat bekerjasama dan
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pelajar merupakan satu aset yang penting dalam sesebuah institusi
pendidikan. Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di
dalam sesebuah institusi pendidikan akan dapat memberi gambaran atau imej yang
baik kepada masyarakatnya di mana dia menuntut Memandangkan salah satu
faktor kecemerlangan pelajar adalah dipengaruhi oleh suasana kehidupannya di
alam persekolahannya yang seiring dengan proses perkembangan dan
pembangunan mereka. Menurut Drum (1977) , proses pembangunan pelajar
melibatkan tingkah laku seseorang pelajar berubah ke arah yang lebih kompleks
akibat pertambahan kematangan dalam kehidupannya. Oleh itu, dapat kita lihat
bahawa pelajar yang aktif, sama ada berpersatuan akademik, sosial, agama
mahupun bidang sukan semasa menuntut di sekolah biasanya akan dapat
menampilkan dirinya dengan cemerlang dalam masyarakat mahupun ketika
melanjutkan pelajarannya di universiti.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga merupakan salah satu aspek yang
penting dalam memenuhi keperluan individu pelajar ketika dalam proses
perkembangan mereka. Keperluan individu pelajar dalam memenuhi cabaran pada
abad ke- 21 dapat kita lihat seperti di bawah :-
i. Pengisian rohani
ii. Pembangunan personaliti
iii Mencari identiti
iv. Pengetahuan tentang seks
v. Pembangunan moral
vi. Pantas dan tangkas bertindak
vii. Kebahan fizikal dan mental
viii. Jurang perbezaan antara cemerlang dan gagal
Bagaimanapun rungutan demi rungutan biasa didengar dan kerap
diperbincangkan pada masa kini bahawa kebanyakan pelajar sekolah di negara ini
lesu, jumud, pasif dan pelbagai istilah lagi yang menggambarkan kemurungan atau
tidak aktif para pelajar hari ini dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Manakala, ibu bapa pula ragu-ragu terhadap fungsi kegiatan kokurikulum.
Mereka akhirnya tidak menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam
kokurikulum dan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian dalam aspek
akademik (Rosli, 1989).
Selain itu, pengurusan kokurikulum yang kurang berkesan menyebabkan
kegiatan seperti penglibatan pelajar tidak menyeluruh, pencapaian kokurikulum
yang rendah serta terdapat sebahagian guru-guru yang gagal menjalankan kegiatan
kokurikulum. Akibatnya matlamat pendidikan memerlukan masa yang lama untuk
mencapai tujuan yang sebenar.
Berdasarkan kepada laporan penilaian aktiviti kokurikulum tahun lepas
yang telah disediakan oleh guru penyelaras kokurikulum di tempat kajian ini,
memang terlalu banyak jumlah aktiviti yang telah dilaksanakan. Ada antaranya
telah mencapai kejayaan yang sangat baik. Begitu juga sebaliknya, ada antaranya
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Persoalannya, apakah faktor yang
menjadi sebab bagi kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti kokurikulum. Adakah
faktor ini hanya tertumpu dari segi minat pelajar terhadap jenis aktiviti tertentu
ataupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya?
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan dapat lihat
bahawa walaupun betapa pentingnya aktiviti kokurikulum kepada seseorang
pelajar ketika dalam proses perkembangan mereka, namun keadaan ini tidak
disedari oleh pelajar mahupun ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung
menyebabkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh
pihak sekolah secara keseluruhan tidak mendapat sambutan yang memuaskan
mengikut data atau laporan penilaian aktiviti kokurikulum yang disediakan oleh
guru penyelaras kokurikulum.
Berhubungan dengan perkara di atas, kajian ini perlu dilakukan untuk
mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum dan pengurusan aktiviti
kokurikulum serta mengenal pasti adakah faktor ini hanya tertumpu dari segi minat
pelajar ataupun terdapat faktor-faktor lain (faktor rakan, ibu bapa dan guru) yang
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti supaya langkah-langkah
yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.
Selain itu, punca kurang penglibatan pelajar dalam sesutu aktiviti perlu
dikenal pasti dahulu oleh pihak sekolah sebelum membuat perancangan untuk
sesuatu aktiviti supaya dapat menyediakan konteks yang sesuai untuk pelajar-
pelajar dan secara langsung mendatangkan manfaat kepada mereka.
1.3 Objektif Kajian Terdapat tujuh objektif dalam kajian ini iaitu : i. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum.
ii. Mengetahui minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
iii. Mengetahui faktor-faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan guru)
yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
iv. Mengetahui pendapat pelajar tentang pengurusan aktiviti kokurikulum.
v. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum mengikut jantina dan kaum.
vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum mengikut jantina dan kaum.
vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan faktor yang mendorong
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina dan kaum.
1.4 Persoalan Kajian Persoalan yang timbul di sini adalah : i. Apakah persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum?
ii. Adakah pelajar minat terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa dijalankan?
iii. Apakah faktor-faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan guru) yang
mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum?
iv. Apakah pendapat pelajar tentang aktiviti kokurikulum yang biasa
dijalankan?
v. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum
mengikut jantina dan kaum?
vi. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum
yang biasa dijalankan mengikut jantina dan kaum?
vii. Adakah terdapat perbezaan faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan
guru) yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
mengikut jantina dan kaum?
1.5 Kepentingan Kajian
Adalah menjadi harapan agar segala maklumat yang diperolehi daripada
kajian ini akan dapat dijadikan panduan kepada beberapa pihak antaranya ;
i. Pihak sekolah dan para guru sebagai pelaksana dapat mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap aktiviti pembangunan pelajar yang mereka
laksanakan selama ini dengan itu para guru dapat meningkatkan persediaan
mereka sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan dan psikologi mereka
dalam menjalankan aktiviti.
ii. Pihak sekolah juga sebenarnya dapat mewujudkan kerjasama yang baik
dengan ibu bapa pelajar dengan memberi penjelasan agar golongan ibu
bapa dapat bersama-sama memberi dorongan kepada pelajar dalam aktiviti
pembangunan pelajar sama ada dalam bentuk wang ringgit ataupun
kemudahan lainnya kepada anak-anak mereka untuk aktiviti kokurikulum
yang dijalankan oleh pihak sekolah.
iii. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang sebagai perancang utama
dapat meneliti dan mengkaji dari segi kemudahan infrastruktur bagi aktiviti
kokurikulum di sekolah yang tidak begitu sempurna, yang mana ianya
mungkin menyebabkan kurangnya minat pelajar untuk menyertai aktiviti
kokurikulum.
Hasil daripada kajian ini akan menunjukkan sejauhmanakah minat pelajar
serta faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Di samping itu, persepsi pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum mengikut kaum dan jantina akan ditinjau dalam kajian ini. Andainya
didapati maklum balas positif, maka para pendidik, ibu bapa dan masyarakat
seharusnya meningkatkan usaha bagi menggalakkan, memperkembangkan serta
membuat perancangan yang lebih tersusun dan jitu bagi meningkatkan minat
pelajar seterusnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan lebih
jayanya.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan empat sahaja
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.
1.7 Definifi Istilah 1.7.1 Penglibatan
Bermaksud pendaftaran dan penyertaan pelajar di dalam sesuatu aktiviti
pembangunan pelajar yang dirancang dan dijalankan di sekolah.
1.7.2 Pelajar
Pelajar atau murid bermaksud seseorang tanpa mengira umurnya, yang
kepadanya pendidikan atau latihan diberikan di suatu institusi pendidikan. (Rang
Undang-undang Pendidikan, 1995)
1.7.3 Kokurikulum
Gerak kerja yang dilakukan di luar bilik darjah dan dibenarkan oleh pihak
pentadbir. Aktiviti kokurikulum dalam kajian ini merangkumi kelab/persatuan,
badan beruniform dan sukan / permainan.
1.8 Penutup
Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian yang
dinyatakan adalah diharapkan agar kajian ini akan dapat membantu menempatkan
aktiviti kokurikulum di sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan di dalam tujuan pelaksanaannya. Peranan aktiviti bukan
hanya sebagai pelengkap agenda pendidikan tetapi perlu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan berketerampilan dalam semua bidang.
BAB II
TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Remaja merupakan pelapis yang akan menggantikan golongan dewasa dan bakal
mengambilalih semua urusan negara sebagai pemimpin negara, bekerja dalam bidang
profesional ataupun tenaga pekerja yang mahir. Namun, golongan tersebut sering dikaitkan
dengan karenah dan masalah. Mungkin disebabkan faktor biologi dan usia mereka
antara 12 hingga 21 tahun yang tidak matang. (Ibrahim, 1997).
Oleh sebab kepentingan ini, maka golongan ini harus diberi perhatian supaya
perkembangan mereka dari segi fizikal, rohani, emosi dan intelektual dapat
berkembang dengan seimbang sekaligus dapat memberi sumbangan yang positif
terhadap kemajuan negara.. Perkembangan pelajar menggambarkan teori perkembangan
manusia dan pengaruh persekitaran seperti peluang pembelajaran personal melalui aktiviti
kokurikulum perlu diaplikasikan ataupun dalam perkataan lain intipati perkembangan pelajar
adalah interaksi antara pelajar dengan pendidikan persekitaran.. Teori perkembangan pelajar
adalah kesepaduan semulajadi, ia memerlukan kematangan, kesamaan, kerjasama dan
usahasama antara semua pihak. (pelajar, pihak pentadbiran, ibu bapa dan masyarakat).
2.2 Teori-Teori Yang Berkaitan
2.2.1 Teori Perkembangan Moral Kohlberg
Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang
telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang
dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss)
dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan
tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga
akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis
aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.
Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori
perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang
sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan
kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur
dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap
satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada
bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran
serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia.
Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan:
"Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi lelaki tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz, suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang secukupnya untuk membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah daripada jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa dengan lelaki yang membuat ubat itu dan mengatakan bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah sedikit ataupun membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki tersebut mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelaki tersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81)
Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan
sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg
tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses
bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian
beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan
tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah).
BIL UMUR TAHAP PERINGKAT 1. Orientasi hukuman dan taat 1. 0 – 9
tahun Prakonvensional
2. Orientasi ganjaran personal 3. Orientasi budak baik 2 9 – 20
tahun Konvensional
4. Orientasi peraturan dan undang-undang 5. Orientasi kontrak sosial 3 Lebih 20
tahun Poskonvensional
6. Orientasi prinsip etika universal
Dalam Tahap Prakonvesional, Kohlberg menghuraikan kebolehan kognitif
seseorang adalah berdasarkan pada operasi konkrit Teori Piaget. Keputusan moral
adalah egosentrik (berdasarkan diri-sendiri) dan konkrit. Oleh itu, kita dapat lihat
bagaimana ganjaran dan hukuman adalah asas tipikal terhadap fikiran dalam
peringkat ini, maka kelakuan kanak-kanak dalam peringkat ini hanya menuju
kepada apa yang dikatakn betul / salah atau baik / buruk bergantung kepada
peraturan-peraturan dan apakah akibat jika mereka melanggar peraturan tersebut.
i. Peringkat 1 : Orientasi Hukuman – Taat
Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di
mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan
dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah
untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai
sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima.
Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada
harapan masyarakat.
ii. Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Personal
Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.
Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap
kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau
menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip
keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada
kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk
berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.
Seterusnya, dalam Tahap Konvensional ini adalah berdasarkan kebolehan
kanak-kanak untuk ‘decenter’ moral alam semesta dan mengambil pandangan
moral daripada ibu bapa atau ahli masyarakat.
iii. Peringkat 3 : Orientasi Budak Baik
Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang
yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam
kumpulan rakan sebaya.
iv. Peringkat 4 : Orientasi Peraturan dan Undang-undang
Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang
individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini
menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-
undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat
seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang
kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran
moral peringkat ini.
Tahap ketiga ialah peringkat Poskonvesional. Tahap Poskonvesional
adalah merujuk pada kebolehan dewasa berpandukan kebenaran pada logik
terhadap prinsip membuat keputusan berdasarkan standard universal dan tidak
bergantung kepada kebudayaan.
v. Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial
Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan,
persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan.
Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan
ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-
undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk
kesejahteraan umat atau manusia.
vi. Peringkat 6 : Orientasi Prinsip Etika Universal
Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral
berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan
maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada
peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya
tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak
kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang
dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
Seringkali, para nabi, dan tokoh-tokoh seperti Martin Luther King dan
Mahatma Gandhi dirujuk oleh individu yang membuat penilaian di peringkat 6.
Ini dilakukan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada kutukan serta
hukuman yang akan dikenakannya sendiri ke atas dirinya. Tingkah laku mereka
sering diarahkan oleh prinsip etika dan kebenaran.
2.2.2.1 Aplikasi Teori Kohlberg Dalam Aktiviti Kokurikulum
Teori Perkembangan Moral Kohlberg mencadangkan bahawa pengajaran nilai
yang berkait rapat dengan perkembangan personaliti murid-murid membantu murid-murid
melalui keenam-enam peringkat perkembangan pemikiran moral supaya mereka sedar akan
keperluan keseimbangan dan kesejahteraan masyarakat dan diri sendiri.
Pengajaran nilai di sekolah dengan melalui sesuatu aktiviti kokurikulum bertujuan
untuk membimbing murid-murid mencapai satu tingkat pemikiran dan kesedaran yang
lebih tinggi. Guru boleh mempelajari proses dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh
Kohlberg untuk membantu murid-murid dalam membuat keputusan. Di mana murid-murid
harus didedahkan kepada keadaan konflik nilai untuk membolehkan mereka berfikir
secara kritis dalam proses pertimbangan dan pemikiran dengan berbincang dan
membuat keputusan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti memberi hujah-hujah
justifikasi pemikiran sesuatu nilai.
Satu lagi aspek perkembangan moral ialah berkenaan pembentukan murid-murid
supaya sedar akan kerencaman situasi sosial serta tanggungjawabnya dalam negara yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Kesedaran ini boleh diwujudkan dengan cara membina
kemahiran berfikir secara perkaitan bagi memahami rasional dasar-dasar kepercayaan
dan pegangan nilai antara etnik. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan teori Kohlberg
untuk membimbing murid-murid berfikiran secara kekitaan .
2.2.2 Teori Perkembangan Identiti Chikering
Berdasarkan perkembangan identiti Eric Erikson dan peringkat identiti
Konfusion, Arthur Chickering telah mencadangkan tujuh vektor perkembangan
dengan melukiskan suatu gambaran menyeluruh tentang perkembangan
psikososial pada peringkat remaja yang menyumbangkan kepada pembentukan
identiti. (Chickering, 1969) menggunakan istilah ‘vektor perkembangan’ kerana
setiap satu mempunyai arah dan magnitut.
i. Vektor 1 : Perkembangan Kompetensi ( Developing Competence )
Vektor ini termasuk Kompetensi Intelektual, Kompetensi fizikal dan
manual dan Kompetensi sosial / interpersonal.
Kompetensi Intelektual merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran pemikiran kritik dan Keupayaan untuk menganalisis, mensintisis,
menilai dan mencipta idea. Seterusnya, kompetensi fizikal dan manual
menggunakan tubuh badan untuk menguasai kemahiran yang tidak dapat dicapai
sebelumnya. Kompetensi sosial / interpersonal pula merangkumi kemahiran
interaksi / komunikasi.
Perkembangan kompetensi memberi peningkatkan kebolehan ke atas
pelajar untuk mengurus pelbagai situasi sosial dari boleh berinteraksi dalam kelas
sehingga berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
Para pendidik boleh membuat sumbangan signifikan kepada pertumbuhan
pelajar dalam kompetensi intelektual dengan penekanan ke atas pelajar supaya
lebih aktif dalam proses pembelajaran, sama ada melalui pembelajaran koperatif
yang diterangkan oleh Myers, peruntukan peluang pembelajaran tambahan atau
cara pengajaran kreatif yang lain. Para pendidik juga boleh memperkenalkan
pemikiran kritik dan kemahiran penyelesaian masalah semasa mengajar kemahiran
tertentu dalam bahagian kandungan. Pembelajaran koleboratif juga boleh
meningkatkan kompetensi interpersonal.
ii. Vektor 2 : Mentadbir / Mengurus Emosi ( Managing Emotions )
Vektor ini termasuk peningkatan kesedaran terhadap perasaan seseorang
supaya mempunyai kesedaran terhadap julat dan pelbagai dorongan atau tolakan
dari dalaman. Selain itu, Vektor ini juga membolehkan seseorang mempunyai
integrasi perasaan, yang membenarkan kawalan fleksibel dan pengucapan. Di
mana seseorang itu akan cuba untuk mencari cara pengucapan yang baru, mampu
mentaksir akibatnya dan tahu bagaimana hendak mengatasi perasaan yang berbeza.
Kebolehan yang terhad untuk mentadbir emosi seseorang pelajar selalunya
digambarkandalam masalah umum seperti konflik rakan sebilik, penyalahgunaan
bahan, kerisauan terhadap akademik yang melampau.
iii. Vektor 3 : Perkembangan Autonomi ( Developing Autonomy )
Vektor ini akan mewujudkan autonomi emosi iaitu mampu mengawal
terhadap alam sekitar. Selain itu, seseorang trersebut akan mencapai autonomi
instrumental iaitu berkebolehan untuk membuat rancangan supaya mencapai
matlamat, mengenal pasti punca dan menyelesaikan masalah sendiri.
Pelajar-pelajar harus mempercayai kebolehan dan perasaan mereka sebagai
sumber maklumat yang bernilai supaya matang dalam vektor ini.
iv. Vektor 4 : Mewujudkan Identiti ( Establishing Identity )
Vektor ini termasuk :-
i. Wajib berkembang bersama-sama dengan tiga vektor yang pertama
ii. Berkebolehan mengintegrasikan pengalaman seseorang dari banyak aspek
iii. Berunding secara realistik dan imej sendiri yang stabil
iv. Perubahan adalah perceptual dan attitudinal
v. Menggalakkan percubaan dalam dunia yang memerlukan keputusan dibuat :
perhubungan, tujuan dan integriti
vi. Mengetahui jenis pengalaman yang diutamakan atau dikehendaki
Apabila seseorang pelajar telah mencapai kestabilan dan realistik imej
sendiri, apa-apa perubahan baru pun tidak akan menakutkannya. Pelajar tersebut
seharusnya telah bersedia untuk bertindak dengan idea dan konsep baru atau nilai
konflik dan kepercayaannya.
vi. Vektor 5 : Perhubungan Interpersonal Yang Bebas ( Freeing
Interpersonal Relationships )
Vektor ini termasuk meningkatkan toleransi dan menerima perbezaan
antara seseorang individu, meningkatkan kematangan dan perhubungan yang
mesra serta saling faham-memahami.
Untuk mengekalkan perhubungan interpersonal yang matang, pelajar-
pelajar mesti berupaya berkomunikasi secara percaya-mempercayaai, terbuka dan
jujur serta ambil berat antara satu sama lain secara positif.
vii. Vektor 6 : Perkembangan Matlamat ( Developing Purpose )
Vektor ini termasuk memberi haluan kepada hidup seseorang melalui
pentaksiran dan klasifikasi terhadap minat, pendidikan dan pilihan kerjaya serta
gaya hidup yang diidami. Selain itu, vektor ini juga menggaris dan
mengintegrasikan dengan fahaman identiti.
Walaupun vektor ini melibatkan pendidikan, rancangan kerjaya dan
membuat pemilihan gaya hidup, ia juga memfokus kepada kewujudan hak
istimewa. Apakah yang betul-betul penting dalam hidup? Apa yang hendak anda
capai? Apa yang membuat hidup itu bermakna?
viii. Vektor 7 : Perkembangan Integriti ( Developing Integrity )
Vektor terakhir menentukan set nilai sebagai panduan tindakan yang
merangkumi nilai kemanusiaan dan nilai personalitlai kemanusiaan. Nilai
personaliti merujuk kepada proses “seseorang menegaskan kepada nilai dan
kepercayaan sendiri tetapi menghormati pandangan orang lain.”
Menurut Chickering(1977), persekitaran pendidikan adalah sangat
mempengaruhi perkembangan pelajar. Beliau mengutarakan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan pelajar, iaitu
i. Objektif institusi
ii. Saiz institusi
iii. Perhubungan fakulti-pelajar
iv. Kurikulum
v. Pengajaran guru
vi Persahabatan dan komuniti pelajar
vii. Perkhidmatan dan program pembangunan pelajar
viii. Integrasi terhadap bekerja dan pembelajaran
ix. Pengakuan dan penghormatan kepada perbezaan individu
x. Penerimaan konsep pembelajaran dan perkembangan adalah merupakan
satu kitaran semulajadi.
2.2.2.1 Aplikasi Teori Chickering Dalam Aktiviti Kokurikulum
Teori Chickering khususnya sangat berkesan dalam perkembangan
keseluruhan program keutamaan dan strategi. Evans (1982) telah menggunakan
vektor perkembangan Chickering sebagai asas kepada instrumen pentaksiran
keperluan yang akan digunakan dalam rancangan program dewan tempat
kediaman.
Teori Chickering juga boleh digunakan untuk menilai dan menerangkan
kesan ke atas usaha programmatic. Chickering (1977) telah membincangkan
cara-cara dalam program kesatuan kolej yang melibatkan pelbagai aspek
perkembangan, kecekapan yang tertentu, autonomi, hubungan interpersonal dan
hal yang berperikemanusiaan.
Teori Chickering tidak hanya dapat menerangkan isu-isu dan mengambil
berat terhadap pelajar yang terlibat tetapi juga mencadangkan langkah-langkah
yang boleh diambil oleh para pendidik untuk menggalakkan pertumbuhan pelajar.
Teori Chickering memberi kesan yang signifikan pada perkembangan
proaktif dan campur tangan dari pusat pengajian tinggi. Ini adalah kerana mereka
telah menggunakan pendekatan praktikal Chickering, teori ini telah menjadi lebih
senang digunakan dan senang untuk difahami. Oleh itu, teori Chickering ini telah
menjadi satu teori perkembangan pelajar yang dipandang tinggi sehingga hari ini.
2.3 Kajian-kajian Berkaitan
Banyak kajian lepas telah dijalankan mengenai aktiviti kokurikulum.
Misalnya penyelidikan yang dijalankan oleh Burton(1991) tentang penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Didapati terdapat perubahan dari segi taraf
atau kadar penyertaan dalam kokurikulum semasa mereka berada di sekolah
menengah, peringkat kolej atau universiti. Walaupun demikian akhirnya, selepas
meninggalkan kolej atau alam persekolahan , pelajar tidak mahu melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang
mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di sekolah menengah semata-
mata hanya kerana mahu mendapat sijil sahaja.
Kajian telah juga dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997) yang bertujuan
mengenal pasti masalah-masalah yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan di daerah Pasir
Mas. Hasil kajian mendapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah
kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi di samping
penjadualan yang tidak bersistem yang menghalang kegiatan ini dijalankan dengan
baik. Kajian ini juga menunjukkan kebanyakan guru kokurikulum tidak
mempunayai kemahiran yang diperlukan. Seterusnya kajian menunjukkan
kebanyakan pelajar yang melibatkan diri secara aktif didorong oleh diri sendiri,
guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat pula memberi alasan bahawa
mereka terpaksa membantu ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh
kekurangan peralatan dan kemudahan kokurikulumdi sekolah.
Kajian yang dilakukan oleh Matros ( Ishak, 1998) mengenai sikap pelajar
terhadap kegiatan kokurikulum mendapati faktor yang menyebabkan pelajar tidak
menyertai kegiatan kokurikulum kerana pembiayaan atau kos dalam menyertai
kegiatan tersebut. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan beberapa pemboleh
ubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti tidak dapat memberikan
keseronokan dan faktor kewangan telah menyebabkan pelajar tidak menyertai
aktiviti kokurikulum.
Zulkafli (1997) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan
antara faktor sekolah (faktor saiz, faktor kemudahan , guru dan pentadbiran
sekolah) dengan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Kajian telah
dijalankan ke atas 40 sekolah menengah di Kota Setar dan Kubang Pasu, Kedah
menunjukkan bahawa terdapat signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan
guru dan pentadbiran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Ujian regresi berganda yang dijalankan menunjukkan hanya satu
faktor sahaja yang benar-benar memberi sumbangan kepada angkubah bersandar
iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan bilangan kelas
amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai aktiviti kokurikulum,
sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.
Kajian Eisa (1998) tentang faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam
aktiviti kokurikulum pula mendapati, faktor kegiatan kokurikulum diwajibkan
menjadi sebab utama pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini, iaitu
sebanyak 91.10 peratus. Ini diikuti oleh faktor ingin meluaskan pengalaman
sebanyak 89.70 peratus, minat dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan
sebanyak 85.05 peratus, kegiatan kokurikulum menyihatkan badan sebanyak 79.40
peratus, kegiatan kokurikulum menyeronokkan sebanyak 72 peratus dan ingin
mengisi masa lapang sebanyak 57.60 peratus.
Kajian Eisa (1998) juga menunjukkan bahawa faktor penglibatan pelajar
yang dikaitkan dengan ciri pengurusan agak kurang menjadi pilihan pelajar dalam
melibatkan diri dalam kegiatan ini. Contohnya faktor kemudahan dan kelengkapan
yang mencukupi sebanyak 50.70 peratus, faktor penglibatan guru sebanyak 65.40
peratus dan faktor pengiktirafan pihak sekolah keatas pencapaian pelajar sebanyak
76.70 peratus.
Gill (1986) yang mengkaji kecenderungan seseorang menceburkan diri
dalam bidang sukan mendapati mereka menyertai bidang ini kerana faktor
motivasi intrinsik. Motivasi pencapaian yang dimaksudkan adalah keseronokkan,
kegembiraan yang dialami semasa latihan, menyertai pertandingan dan setelah
mencapai kejayaan dalam pertandingan yang disertai. Gill juga mendapati
sebahagian ahli sukan memang mempunyai kecenderungan terhadap cabaran.
Mereka sentiasa ingin cabaran terutamanya di peringkat tertinggi seperti di
Kejohanan Dunia ataupun peringkat Sukan Olimpik.
Spritzer dan Synder (1976), dalam kajiannya mendapati bahawa seseorang
individu akan terus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan
kepada pengalaman, penglibatan semasa kecil dan dorongan daripada keluarga
mereka. Mereka mendapati bahawa keluarga yang menggalakkan anak mereka
melibatkan diri dalam sukan mengalami perubahan gaya hidup bersesuaian dengan
bidang sukan yang diceburi. Selain daripada ibu bapa yang mempunyai kemahiran
dalam bidang sukan yang diceburi oleh anak mereka, sikap dan dorongan yang
diberikan akan mempengaruhi penglibatan anak mereka.
Kajian yang telah dijalankan oleh George (1976) mendapati begitu banyak
kemudahan yang disediakan oleh pihak pendidikan di Amerika Syarikat berkaitan
dengan aktiviti kokurikulum. Di samping itu budaya masyarakat mereka yang
menerima kokurikulum sebagai faktor yang penting dalam kehidupan seseorang
pelajar di sana. Selain daripada itu, ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh pelajar
adalah lumayan dan menjadi sumber motivasi kepada mereka untuk melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum tanpa mengabaikan pencapaian
akademik mereka.
2.4 Penutup
Memandang kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak manfaat kepada
pelajar, semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah haruslah berganding
bahu menjayakan setiap aktiviti kokurikulum agar mencapai matlamat sistem
pendidikan negara yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
BAB III
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji akan akan membincangkan beberapa keadaan
seperti reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, kajian rintis dan cara
menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan, data yang diperlukan dalam kajian ini akan
dikumpul dan dianalisis melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden kajian. Penggunaan kaedah ini dijangka akan dapat memudahkan
pengkaji mengumpulkan data. Selain itu, sampel kajian hanya memerlukan masa
yang singkat untuk melengkapkan soal selidik yang diberikan.
3.3 Populasi Kajian
Populasi kajian adalah terdiri daripada semua pelajar SMK Taman Bukit
Indah terlibat dalam semua aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan kelab,
unit beruniform dan permainan.
Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah rawak
kelompok bagi sampel pelajar iaitu rawak berdasarkan rumpun kelompok populasi
(Mohd. Najib, 2003). Rumpun kelompok populasi dalam kajian ini adalah pelajar
tingkatan empat.
Melalui kaedah ini jumlah pelajar tingkatan empat yang dipilih sebagai
wakil kepada pelajar di SMK Taman Bukit Indah adalah sebanyak 100 orang.
Pelajar tingkatan empat dipilih dalam kajian ini adalah kerana mereka sekurang-
kurangnya sudah belajar dan berada di sekolah ini selama empat atau lima tahun.
Mereka juga telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang kokurikulum, dan
bukan merupakan kelas peperiksaan. Berdasakan keadaan ini mereka lebih arif
dalam membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum di sekolah ini.
3.4 Instrumen Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, instrumen yang digunakan ialah soal selidik.
Kaedah ini menggunakan soal selidik ini akan memudahkan pengkaji
mengumpulkan maklumat dan juga ianya merupakan satu cara yang membolehkan
pengkaji mendapat hasil yang tepat terhadap apa yang ingin dikaji.
Borang soal selidik ini dibina dalam dua bahagian iaitu :
3.4.1 Bahagian A
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan latar
belakang pelajar dan maklumat peribadi mereka iaitu, soalan no.1 hingga no.4.
3.4.2 Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 52 item soalan yang berkaitan dengan maklum
balas mengenai perkara berikut ;
i. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum di SMK Taman
Bukit Indah.
ii. Mengetahui minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa
dianjurkan di SMK Taman Bukit Indah.
iii. Mengetahui faktor-faktor yang mendorong penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah. (pengaruh rakan sebaya ,
dorongan ibu bapa dan guru)
iv. Mengetahui pandangan pelajar terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum
di SMK Taman Bukit Indah
Pembahagian soalan mengikut persoalan kajian adalah seperti berikut :-
Jadual 3.1 : Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian
Persoalan Kajian No. Soalan
Jumlah Soalan
Persepsi 1-15 15 Faktor Dorongan guru Dorongan rakan Dorongan ibu bapa
16-21 22-26 27-32
6 5 6
Minat 33-41 9 Pengurusan aktiviti kokurikulum
42-52 11
Soal selidik bahagian B ini mengehendaki responden menjawab soalan
berdasarkan kepada skala Likert yang disediakan seperti jadual berikut :-
Jadual 3.2 Peringkat Skala Likert
Pengkelasan Skor Singkatan Sangat Setuju 5 SS Setuju 4 S Tidak Pasti 3 TP Tidak Setuju 2 TS Sangat Tidak setuju 1 STS
3.5 Prosedur Kajian
Borang-borang soal selidik akan diagihkan kepada respoden pada
pertengahan tahun iaitu pada selepas semester pertama cuti persekolahan. Ini
hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan membuat kajian daripada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah. Melalui bantuan
daripada guru kanan bahagian kokurikulum, borang soal selidik akan diedarkan
kepada responden. Responden telah diberikan penerangan ringkas bagaimana
hendak mengisi borang soal selidik tersebut. Pengkaji telah mengagihkan borang
tersebut. Borang ini telah dikumpulkan semula oleh pengkaji pada hari yang sama
setelah responden selesai menjawab soal selidik tersebut.
3.5.1 Kajian Rintis
Menurut Polit et. al.(2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian
kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih
besar atau utama. De Vaus (1996) pula menyatakan tujuan kajian rintis adalah
untuk menguji kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik kajian serta
mengurangkan ralat dalam kajian sebenar. Kelebihan menjalankan kajian rintis
adalah untuk membantu penyelidik memperoleh pertunjuk awal tentang mana-
mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Ianya juga dapat
membantu penyelidik mengenal pasti mana-mana kaedah atau instrumen yang
tidak betul atau kurang tepat ( Baker, 1994 ).
Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji dan dengan itu kajian rintis
perlu dilaksanakan untuk menguji kebolehpercayaan soalan di dalam soal selidik.
Penyelidik telah melaksanakan kajian rintis di Sekolah Menengah Seri Perling.
Sebanyak 20 orang pelajar telah terlibat dalam kajian rintis. Data kajian rintis telah
diproses dengan menggunakan program SPSS 11.5 (Statistical Package for the
Social Sciences).
Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh daripada analisis tersebut ialah
bahagian persepsi pelajar sebanyak 0.88, minat pelajar sebanyak 0.86, faktor
penglibatan pelajar sebanyak 0.87 dan pengurusan aktiviti kokurikulum sebanyak
0.88.
Menurut Najib ( 1999 ), sesuatu instrumen adalah bolehpercaya dan sah
digunakan jika nilai Cronbach Alphanya melebihi 0.6. keempat-empat bahagian
soal selidik telah mencapai nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.6, maka
instrumen kajian memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan
dalam kajian sebenar.
3.6 Analisis Data
Data-data yang diperolehi daripada responden diproses dengan
menggunakan program SPSS 11.5 (Statistical Package for the Social Sciences).
Bahagian A merupakan analisis berkaitan biodata responden. Hasil analisis
bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk jadual peratusan.
Bahagian B pula, pengkaji cuba menjawab dan mengulang setiap persoalan
kajian yang dikemukakan mengikut aspek kajian yang telah ditentukan. Hasil
analisis dijelaskan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan mengikut aspek
kajian yang ditetapkan untuk memudahkan kerja menganalisis. Selain itu, takrifan
min skor adalah berpandukan skala Roslan (2004) seperti dalam Jadual berikut :
Jadual 3.3 : Tahap Persepsi Mengikut Skor Minat
Min Skor Tahap persepsi
1.00- 2.33 Rendah
2.34- 3.66 Sederhana
3.67- 5.00 Tinggi
Data-data yang diperolehi daripada responden dalam bahagian B mengikut
persoalan kajian akan dianalisis seperti jadual berikut :
Jadual 3.4 : Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian
Persoalan Kajian Analisis Data
i. Apakah persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah.
Statistik Deskriptif
Min, peratus ii. Adakah pelajar minat terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa diadakan di SMK Taman Bukit Indah.
Statistik Deskriptif
Min, peratus iii. Apakah faktor-faktor yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah. (pengaruh rakan sebaya , dorongan ibu bapa dan guru serta pengurusan aktiviti kokurikulum) .
Statistik Deskriptif
Min, peratus
vi. Apakah pendapat pelajar tentang aktiviti kokurikulum yang biasa diadakan di SMK Taman Bukit Indah.
Statistik Deskriptif
Min, peratus v. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah mengikut jantina dan kaum.
Statistik inferens Ujian-T dan
ANOVA v. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa dianjurkan di SMK Taman Bukit Indah mengikut jantina dan kaum.
Statistik inferens Ujian-T dan
ANOVA vi Adakah terdapat perbezaan faktor yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah mengikut jantina dan kaum. (pengaruh rakan sebaya , dorongan ibu bapa dan guru).
Statistik inferens Ujian-T dan
ANOVA
3.7 Penutup
Kesimpulanya, dapat kita lihat bahawa daripada proses pengumpulan data
sehingga penganalisian data adalah begitu penting memandangkan ia akan
mempengaruhi kejayaan penghasilan sesuatu kajian. Oleh itu, pengkaji amat
mengharapkan kajian tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai
objektifnya.
BAB IV
ANALISIS DATA KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan latar belakang responden dan dapatan berdasarkan
persoalan kajian.
4.1 Demografi Responden
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Daripada
jumlah seramai 100 responden, didapati sebanyak 46 peratus responden adalah
lelaki manakala sebanyak 54 peratus responden adalah perempuan. Hasil analisis
menunjukkan pelajar perempuan merupakan golongan majoriti.
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 46 46.0
Perempuan 54 54.0
Jumlah 100 100
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kaum
Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut kaum. Didapati
sebanyak 28 peratus responden adalah kaum Melayu, 65 peratus responden adalah
kaum Cina dan sebanyak tujuh peratus responden adalah kaum India. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar kaum Cina merupakan golongan majoriti.
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Kaum
Jenis Kaum Bilangan Peratus
Melayu 28 28.0
Cina 65 65.0
India 7 0.7
Jumlah 100 100.0
4.2 Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti
Kokurikulum?
Data kajian menunjukkan min keseluruhan bagi persepsi pelajar terhadap
aktiviti kokurikulum bernilai 3.80 dan bererti berada pada tahap yang tinggi. Oleh
yang demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap persepsi pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah terhadap aktiviti kokurikulum didapati
berada pada tahap yang tinggi.
Jadual 4.3: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 1. Saya mempunyai lebih ramai kawan apabila menyertai aktiviti
kokurikulum. 4.18
2 Ketegangan emosi boleh diredakan dengan melibatkan diri dalam kokurikulum.
3.83
3. Dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dapat membantu membentuk fizikal yang sihat.
4.31
4. Badan saya lebih cergas selepas mengikuti aktiviti permainan dan sukan.
4.08
5. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kokurikulum dapat membentuk mental yang sihat.
4.05
6. Melalui kegiatan kokurikulum saya dapat membentuk perlakuan mengikut kehendak sekolah dan masyarakat.
3.62
7. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum lebih berjaya dalam pelajaran.
3.20
8. Aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik saya. 3.50 9. Aktiviti yang dijalankan dalam kegiatan kokurikulum dapat
menambah pengetahuan saya berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam kelas.
3.48
10. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan daya ingatan saya. 3.30 11. Kegiatan kokurikulum mendedahkan saya tentang sifat
berdisiplin 3.92
12. Dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum saya berasa yakin terhadap diri
3.77
13. Kegiatan kokurikulum dapat merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.
4.00
14. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kokurikulum dapat memupuk sikap persefahaman di kalangan pelajar.
3.80
15. Penglibatan dalam kokurikulum dapat membentuk semangat setiakawan.
3.90
Min keseluruhan 3.80 Sisihan piawai = 0.34
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Tahap Persepsi Secara Keseluruhan
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 67 67.0
Sederhana 32 32.0
Rendah 1 1.0
Jumlah 100 100
Taburan tahap persepsi responden ditunjukkan dalam Jadual 4.4 didapati
sebanyak 67.0 peratus responden mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap
aktiviti kokurikulum. Sebanyak 32.0 peratus responden pula mempunyai tahap
persepsi yang sederhana terhadap aktiviti kokurikulum dan hanya seorang
responden yang mempunyai tahap persepsi yang rendah terhadap aktiviti
kokurikulum.
4.3 Persoalan Kajian 2: Apakah Tahap Minat Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum?
Data kajian menunjukkan min skor minat pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum ialah 3.54, dan berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang
demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap minat pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti
kokurikulum didapati berada pada tahap yang sederhana.
Rajah 4.5: Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 33. Saya memberi perhatian yang baik ketika guru penasihat
memberi tunjuk ajar dalam aktiviti kokurikulum. 3.92
34. Saya bersemangat ketika menjalankan aktiviti kokurikulum. 3.85 35. Saya sedia meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti
kokurikulum. 3.67
36. Saya akan menghadiri setiap perjumpaan aktiviti kokurikulum. 3.53 37. Saya sentiasa cuba mencapai kejayaan dalam setiap
pertandingan aktiviti kokurikulum 3.96
38. Saya sering meminjam buku dari perpustakaan untuk menambahkan pengetahuan berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang disertai.
3.58
39. Saya sering memberi pendapat yang bernas dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum.
3.21
40. Saya sedia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum.
4.05
41. Saya sedia mengorbankan masa bersama keluarga untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
3.13
Min Keseluruhan 3.54 Sisihan Piawai = 0.4
Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Tahap Minat Secara Keseluruhan
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 48 48.0
Sederhana 48 48.0
Rendah 4 4.0
Jumlah 100 100
Berdasarkan taburan tahap minat responden didapati sebanyak 48 peratus
responden mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap aktiviti kokurikulum.
Seramai 48 orang responden mempunyai tahap minat yang sederhana terhadap
aktiviti kokurikulum. Manakala hanya terdapat empat peratus responden berada
pada tahap minat yang rendah terhadap aktiviti kokurikulum.
4.4 Persoalan Kajian 3: Apakah Faktor Pendorong Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum?
4.4.1 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor guru sebagai pendorong
penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ialah 3.40, iaitu berada pada
tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa faktor guru
sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru didapati berada pada
tahap yang sederhana.
Jadual 4.7: Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 16. Guru memberi galakan kepada saya supaya melibat diri dalam
kegiatan kokurikulum. 3.73
17. Kemesraan guru penasihat menarik minat saya untuk mengikuti aktiviti kokurikulum.
3.38
18. Guru penasihat memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada saya semasa aktiviti kokurikulum
3.27
19. Pelbagai aktiviti kokurikulum menarik yang dijalankan oleh guru telah mendorong saya menyertainya.
3.53
20. Kesediaan guru penasihat membimbing pelajar ketika dalam menjalankan aktiviti kokurikulum telah menarik minat saya untuk menyertainya
3.28
21. Saya selesa mengikuti aktiviti kokurikulum kerana guru penasihat sentiasa membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
3.23
Min Keseluruhan 3.40 Sisihan Piawai = 0.69
Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 42 42.0
Sederhana 44 44.0
Rendah 14 14.0
Jumlah 100 100
Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar iaitu
sebanyak 42 orang atau 42 peratus berpendapat bahawa mereka mendapat banyak
dorongan daripada guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Manakala, hanya terdapat 14 orang atau 14 peratus pelajar yang menyatakan
mereka kurang mendapat dorongan daripada guru untuk menyertai aktiviti
kokurikulum.
4.4.2 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor rakan sebaya sebagai
pendorong penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ialah 3.41, dan
berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa
faktor rakan sebaya sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru
didapati berada pada tahap yang sederhana sahaja.
Jadual 4.9: Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 22. Rakan yang terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum
telah menarik minat saya untuk menyertainya. 3.72
23. Rakan sering memberi dorongan supaya saya aktif dalam aktiviti kokurikulum.
3.55
24. Rakan membantu saya dalam membuat pilihan aktiviti kokurikulum yang ingin disertai.
3.34
25. Saya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kerana mengikut rakan-rakan.
3.92
26 Kejayaan yang dicapai oleh rakan dalam aktiviti kokurikulum menarik minat saya untuk menyertainya.
3.51
Min keseluruhan 3.41 Sisihan Piawai = 0.57
Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 44 44.0
Sederhana 45 45.0
Rendah 11 11.0
Jumlah 100 100
Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan rakan sebaya terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan
seramai 45 orang atau 45 peratus pelajar berpendapat bahawa mereka mendapat
banyak dorongan daripada rakan sebaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Manakala hanya terdapat 11 orang atau 11 peratus menyatakan
mereka kurang mendapat dorongan daripada rakan sebaya untuk menyertai
aktiviti kokurikulum.
4.4.3 Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor ibu bapa sebagai pendorong
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah 3.58, iaitu berada pada tahap
sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa faktor ibu bapa sebagai
pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru adalah berada pada tahap yang
sederhana sahaja.
Jadual 4.11: Faktor Dorongan ibu bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 27. Ibu bapa sering memberi penghargaan atas kejayaan saya dalam
aktiviti kokurikulum yang diceburi. 3.28
28. Ibu bapa sering membantu saya dalam menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
3.33
29. Ibu bapa tidak menghalang saya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
3.91
30. Bapa atau ibu saya sering menghantar dan menjemput saya untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
3.54
31. Ibu bapa sering bertanya tentang aktiviti kokurikulum yang saya ikuti di sekolah.
3.36
32. Ibu bapa membenarkan saya menyertai aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
4.05
Min keseluruhan 3.58 Sisihan Piawai = 0.54
Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 54 54.0
Sederhana 40 40.0
Rendah 6 6.0
Jumlah 100 100
Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan ibu bapa terhadap penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar
iaitu sebanyak 54 orang atau 54 peratus berpendapat bahawa mereka mendapat
banyak dorongan daripada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Manakala hanya terdapat enam orang atau enam peratus pelajar
menyatakan mereka kurang mendapat dorongan daripada ibu bapa untuk
menyertai aktiviti kokurikulum.
4.4.4 Analisis Faktor-faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Yang Paling Dominan
Jadual 4.13 menunjukkan taburan min faktor penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Secara keseluruhan, min bagi faktor ibu bapa adalah paling
tinggi iaitu 3.58 dan diikuti oleh min bagi faktor rakan sebaya iaitu 3.41. Manakala
min bagi faktor guru adalah paling rendah iaitu 3.40.
Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Faktor Guru, Rakan Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Bilangan/Peratus Faktor Penglibatan
Tinggi Serdehana Rendah
Guru 48 44 14
Rakan 44 45 11
Ibu Bapa 54 40 6
Jadual 4.14: Taburan Min Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Faktor Penglibatan Min Sisihan Piawai
Guru 3.40 0.69
Rakan Sebaya 3.41 0.57
Ibu Bapa 3.58 0.54
4.5 Persoalan Kajian 4 : Apakah Pendapat Responden Tentang
Pengurusan Aktiviti Kokurikulum.
Dapatan kajian menunjukkan min skor pendapat pelajar tentang
pengurusan aktiviti kokurikulum adalah 3.54, iaitu berada pada tahap yang
sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap pendapat pelajar-
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap
aktiviti kokurikulum adalah berada pada tahap yang sederhana.
Jadual 4.15: Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
No Kenyataan Min 42. Peralatan sukan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah
mencukupi untuk pelajar. 2.43
43. Tempat perjumpaan ahli persatuan adalah selesa untuk ahli menjalankan aktiviti kokurikulum.
2.64
44. Sijil kokurikulum diberi kepada semua pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti kokurikulum
3.87
45. Guru penasihat sering menghadirkan diri untuk memantau perjalanan aktiviti kokurikulum.
3.21
46. Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurang dua aktiviti kokurikulum.
4.25
47. Pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti kokurikulum diberikan insentif dalam Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah.
3.91
48. Majlis Pengiktirafan Pemimpin diadakan sebagai penghargaan kepada pelajar yang memegang jawatan dalam aktiviti kokurikulum.
4.13
49. Latihan atau perjumpaan ahli sentiasa dijalankan pada masa yang sesuai
3.39
50. Aktiviti dalam kegiatan kokurikulum adalah menyeronokan. 3.54 51. Guru penasihat mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
sesuatu aktiviti kokurikulum 3.12
52. Aktiviti kokurikulum sentiasa dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
3.32
Min keseluruhan 3.44 Sisihan Piawai = 0.41
Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendapat Tentang Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
Tahap Bilangan Peratus
Tinggi 47 47.0
Sederhana 46 46.0
Rendah 7 7.0
Jumlah 100 100
Berdasarkan taburan tahap pendapat pelajar terhadap pengurusan aktiviti
kokurikulum didapati sebanyak 47.0 peratus pelajar mempunyai tahap pendapat
yang tinggi terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum. Sebanyak 32.0 peratus
pelajar pula mempunyai tahap pendapat yang sederhana terhadap pengurusan
aktiviti kokurikulum dan hanya tujuh orang pelajar yang mempunyai tahap
pendapat yang rendah terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.
4.6 Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Antara Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum ?
Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 5 sama ada terdapatnya pebezaan
yang signifikan persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina
dan kaum, pendekatan yang diambil ialah dengan menggunakan analisis ujian-t
dan ANOVA telah digunakan untuk menganalisis data. Ujian-t digunakan untuk
menganalisi sama ada terdapat perbezaan perspesi mengikut jantina responden.
Manakala ujian ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis sama ada
terdapat perbezaan persepsi mengikut jenis kaum responden. Paras signifikan yang
digunakan adalah 0.1.
4.6.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Persepsi Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum mengikut Jantina ?
Jadual 4.17 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap perbezaan min
persepsi mengikut jantina pelajar.
Jadual 4.17 : Perbezaan Persepsi Responden Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina Pelajar
Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Piawai Min
Persepsi pelajar Lelaki 46 3.8232 0.62130 0.09161 Perempuan 54 3.7765 0.54794 0.07456
T-test for Equality of Means
Levene's Test for
Equality of Variances
90% Confidence Interval of the
Difference
F
Sig. t df Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference Lower Upper
EI Equal variances 1.295 0.258 0.399 98 0.691 0.0466 0.11693 -.18540 0.27869
Equal variances not assumed
0.395 90.611 0.694 0.0466 0.11812 -.18799 0.28128
Berdasarkan jadual 4.17 didapati min skor lelaki ( 3.82 ) lebih tinggi
daripada min skor perempuan ( 3.78 ). Walau bagaimanapun, nilai p yang
diperoleh adalah 0.258 dan lebih daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan terhadap aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru
terhadap aktiviti kokurikulum.
4.6.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Persepsi Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum ?
Jadual 4.18 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min
persepsi mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.075. Nilai ini
kurang daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna terdapat perbezaan yang
signifikan antara persepsi pelajar Melayu, Cina dan India.
Jadual 4.18 : Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum
Sumber df SS MS F α
antara sampel 2 1.735 0.868 2.663 0.075*
dalam sampel 97 31.602 0.326
Jumlah 99 33.337
*Paras signifikan α = 0.1 (ujian 2 hujung)
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan persepsi yang
signifikan antara pelajar berdasarkan kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.
4.7 Persoalan Kajian 6 : Adakah Wujudnya Perbezaan Yang Signifikan
Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina Dan Kaum?
Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 6 sama ada terdapatnya pebezaan
yang signifikan antara minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut
jantina dan kaum, analisis telah dilakukan dengan menggunakan ujian-t dan
ANOVA. Ujian-t digunakan untuk menganalisis sama ada terdapat perbezaan
minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Manakala ujian
ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis sama ada terdapat
perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jenis kaum . Paras
signifikan yang digunakan adalah 0.1.
4.7.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Minat Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina ?
Jadual 4.19 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap perbezaan min
minat mengikut jantina pelajar.
Jadual 4.19 : Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Piawai Min
Minat Pelajar Lelaki 46 3.5473 0.52377 0.07128 Perempuan 54 3.5411 0.76394 0.11264
T-test for Equality of Means
Levene's Test for
Equality of Variances
90% Confidence Interval of the
Difference
F
Sig. t df
Sig. (2-
tailed) Mean
Difference Std. Error Difference Lower Upper
EI Equal variances 1.499 0.224 -0.048 98 0.962 -0.0063 0.12946 -.26318 .25065
Equal variances not assumed
-0.047 77.679 0.963 -0.0063 0.13329 -.27165 .25912
Berdasarkan jadual 4.19 didapati min skor lelaki ( 3.5473 ) adalah lebih
tinggi daripada min skor perempuan ( 3.5411 ). Walau bagaimanapun, nilai p yang
diperoleh adalah 0.224 dan nilai tersebut lebih besar daripada nilai α = 0.1 yang
dipilih. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar lelaki
dan pelajar perempuan terhadap aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor
Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.
4.7.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Minat Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum?
Jadual 4.20 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min
minat mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.985. Nilai ini
adalah lebih besar daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara minat pelajar Melayu, Cina dan India terhadap
aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan
minat yang signifikan antara pelajar mengikut kaum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah , Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.
Jadual 4.20 : Perbezaan Minat Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum
Sumber df SS MS F α
antara sampel 2 .012 .006 .015 .985 dalam sampel 97 40.790 .421
Jumlah 99 40.802
*Paras signifikan α = 0.1 (ujian 2 hujung)
4.8 Persoalan Kajian 7 : Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Faktor Guru, Rakan Sebaya dan Ibu
Bapa Terhadap Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina dan Kaum?
Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 7 sama ada terdapat pebezaan yang
signifikan antara faktor-faktor guru, rakan sebaya dan ibu bapa terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina dan kaum,
analisis data telah menggunakan ujian-t dan ANOVA. Ujian t digunakan untuk
menganalisis sama ada terdapat perbezaan faktor pendorong mengikut jantina
responden. Manakala ujian ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis
sama ada terdapat perbezaan faktor pendorong mengikut jenis kaum responden.
Paras signifikan yang digunakan adalah 0.1.
4.8.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Faktor Guru
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut
Jantina ?
Jadual 4.21 menunjukkan hasil analisis ujian-t ke atas faktor dorongan guru
terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina.
Jadual 4.21 : Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Piawai Min
Faktor Guru Lelaki 46 3.3225 0.83252 0.12275 Perempuan 54 3.4722 0.82654 0.11248
T-test for Equality of Means
Levene's Test for
Equality of Variances
90% Confidence Interval of the
Difference
F
Sig. t df
Sig. (2-
tailed) Mean
Difference Std. Error Difference Lower Upper
EI Equal variances 0.003 0.959 -0.959 98 0.370 -0.1498 0.16639 -.47996 .18044
Equal variances not assumed
-0.900 95.268 0.371 -0.1498 0.16649 -.48027 . 18075
Didapati min skor lelaki ( 3.3225 ) adalah lebih rendah daripada min skor
perempuan ( 3.4722 ). Nilai p yang diperoleh adalah 0.959 iaitu nilai yang lebih
tinggi daripada nilai α = 0.1. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum mengikut jantina. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
4.8.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Faktor Dorongan Guru
Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Kaum ?
Jadual 4.22 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min
faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.610. Nilai ini adalah
lebih besar daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tiada terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
Jadual 4.22 : Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Akitiviti Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum
Sumber df SS MS F α
antara sampel 2 .688 .344 .496 .610 dalam sampel 97 67.266 .693
Jumlah 99 67.954
*Paras signifikan α = 0.1 (ujian 2 hujung) Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak ada perbezaan antara faktor
guru terhadap penglibatan pelajar dalam kegiatan akitiviti kokurikulum mengikut
jenis kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
4.8.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Faktor Dorongan
Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Mengikut Jantina?
Jadual 4.23 menunjukkan hasil analisis ujian-t ke atas faktor rakan
terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina responden.
Jadual 4.23 : Perbezaan Faktor Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Piawai Min
Faktor Rakan Lelaki 46 3.3304 0.88365 0.13029 Perempuan 54 3.4741 0.62682 0.08530
T-test for Equality of Means
Levene's Test for
Equality of Variances
90% Confidence Interval of the
Difference
F
Sig. t Df
Sig. (2-
tailed) Mean
Difference Std. Error Difference Lower Upper
EI Equal variances 9.134 0.003 -.947 98 .346 -.1436 .15162 -.44452 .15724
Equal variances not assumed
-.922 79.451 .359 -.1436 .15573 -.45358 .16630
Didapati Min skor lelaki ( 3.3304 ) adalah lebih rendah daripada min skor
perempuan ( 3.4741 ). Nilai p yang diperoleh adalah 0.003 dan nilai ini adalah
kurang daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor dorongan rakan sebaya terhadap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya terhadap aktiviti
kokurikulum mengikut jantina di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit
Indah, Johor Bahru. Pelajar perempuan didapati lebih kuat didorong oleh rakan
sebaya untuk melibatkan diri dalam aktivti kokurikulum.
4.8.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Faktor
Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum ?
Jadual 4.24 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min
faktor dorongan rakan sebaya terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.960. Nilai
ini lebih daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara faktor dorongan rakan sebaya terhadap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar Melayu, Cina dan India.
Jadual 4.24 : Perbezaan Faktor Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum
Sumber df SS MS F α
antara sampel 2 .047 .024 .041 .960
dalam sampel 97 56.426 .582
Jumlah 99 56.474
*Paras signifikan α = 0.1 (ujian 2 hujung) Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan
faktor dorongan rakan sebaya terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum mengikut kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit
Indah, Johor Bahru.
4.8.5 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Faktor Dorongan Ibu
Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina?
Jadual 4.25 menunjukkan bahawa hasil analisis ujian-t ke atas faktor
dorongan ibu bapa terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
mengikut jantina.
Jadual 4.25 : Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Piawai Min
Faktor ibu bapa Lelaki 46 3.5326 0.71113 0.10485 Perempuan 54 3.6173 0.75279 0.10244
T-test for Equality of Means
Levene's Test for
Equality of Variances
90% Confidence Interval of the
Difference
F
Sig. t df
Sig. (2-
tailed) Mean
Difference Std. Error Difference Lower Upper
EI Equal variances .204 .652 -.575 98 .567 -.0847 .14726 -.37691 .20756
Equal variances not assumed
-.578 96.927 .565 -.0847 .14659 -.37561 .20626
Berdasarkan jadual 4.25 didapati min skor lelaki ( 3.5326 ) lebih rendah
daripada min skor perempuan ( 3.6173 ). Nilai p yang diperoleh adalah 0.652, iaitu
nilai yang lebih besar daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan ibu bapa terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina resopenden.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara faktor dorongan ibu bapa terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum mengikut jantina di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit
Indah, Johor Bahru.
4.8.6 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Faktor
Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum
Jadual 4.26 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min
faktor dorongan ibu bapa mengikut kaum pelajar. Didapati bahawa nilai p
keseluruhan = 0.016. Nilai ini lebih kecil daripada nilai α = 0.1 yang dipilih. Ini
bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan ibu bapa
terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
Jadual 4.26 : Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum
Sumber df SS MS F α
antara sampel 2 4.312 2.156 4.298 .016*
dalam sampel 97 48.658 .502
Jumlah 99 52.970
*Paras signifikan α = 0.1 (ujian 2 hujung)
Oleh itu, dapat dirumuskan daripada hasil analisis bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan ibu bapa terhadap penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut kaum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
4.9 Rumusan
Kajian ini melibatkan sebanyak 100 orang responden sebagai sampel.
Antaranya, pelajar perempuan lebih banyak daripada pelajar lelaki, pelajar Cina
lebih banyak daripada pelajar Melayu dan pelajar India, dan pelajar yang
beragama Buddha lebih banyak daripada pelajar yang beragama Islam dan Hindu.
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru mempunyai persepsi
yang tinggi (positif) terhadap aktiviti kokurikulum. Sementara itu, pada umumnya
tahap minat pelajar dan pendapat pelajar tentang pengurusan aktiviti kokurikulum
adalah pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian juga menunjukkan pada umumnya pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah mendapat lebih banyak dorongan
daripada ibu bapa, diikuti oleh rakan sebaya dan akhir sekali guru untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dorongan daripada ketiga-tiga faktor
ini adalah pada tahap sederhana.
Dari segi perbezaan persepsi dan minat pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala dari segi faktor
dorongan guru, rakan sebaya dan ibu bapa, kajian ini mendapati hanya dorongan
rakan sebaya yang menunjukkan adanya perbezaan yang signifikan antara pelajar
lelaki dan perempuan dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.
Hasil analisis ANOVA pula menunjukkan persepsi pelajar terhadap
penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum mempunyai perbezaan yang
signifikan berdasarkan kaum. Didapati pelajar Melayu mempunyai persepsi yang
paling tinggi terhadap aktiviti kokurikulum diikuti pelajar Cina dan India.
Dari segi faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam aktiviti
kokurikulum pula, ibu bapa pelajar India lebih banyak mendorong anak-anak
mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, berbanding
ibu bapa pelajar Melayu dan Cina.
BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji akan membincang dan merumuskan dapatan kajian
yang telah diperoleh dalam Bab IV . Ini termasuklah penjelasan dan perbincangan
mengenai implikasi kajian mengenai persepsi dan faktor-faktor penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.
Cadangan juga dikemukakan di akhir bab untuk tindakan dan kajian lanjutan yang
boleh dilaksanakan .
5.1 Perbincangan 5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum didapati berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.8. Ini
secara tidak langsung juga telah menunjukkan bahawa pelajar sedar akan
kepentingan aktiviti kokurikulum dan mempunyai persepsi yang positif.
Hasil analisis item 3 , 4 dan 5 menunjukkan bahawa majoriti pelajar
bersetuju bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dapat
membantu pembentukan fizikal dan mental yang sihat. Ini sesuai dengan pendapat
Lim Yen Yen (1991), yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum adalah
penting dan pelajar perlu melibatkan diri secara aktif kerana ia dapat
meningkatkan kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani secara seimbang.
Seterusnya item 1 juga menunjukkan min skor yang tinggi iaitu sebanyak
4.18 iaitu kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mereka mempunyai lebih ramai
kawan apabila menyertai aktiviti kokurikulum. Tambahan pula mereka dapat
berbincang dan berbual dengan kawan-kawan mereka. Keadaan ini merupakan
faktor penggalak kepada pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
Kajian ini turut mendapati pelajar-pelajar berpendapat kegiatan
kokurikulum juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sesama
pelajar dan guru. Menurut Omar (1992), aktiviti kokurikulum memberi peluang
kepada pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalin persahabatan dan
mewujudkan persahabatan.
5.1.2 Minat Pelajar Terhadap Aktivti Kokurikulum
Analisis data menunjukkan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum
hanya berada pada tahap yang sederhana sahaja iaitu dengan min skor 3.54.
Kajian ini turut mendapati majoriti pelajar yang menyertai aktiviti
kokurikulum adalah kerana mereka ingin dan bersedia menjawat jawatan dalam
pertubuhan yang disertai. Jawatan yang dipegang menyebabkan mereka berasa
bangga dan mempunyai rasa tanggungjawab. Seterusnya pelajar akan melibatkan
diri secara aktif dalam semua aktiviti kokurikulum.
5.1.3 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar dalam Aktivti
Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor dorongan guru terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Bukit Indah, Johor Bahru didapati berada pada tahap yang sederhana iaitu
min skor 3.40.
Selain itu, dapatan kajian daripada item 16 dengan min skor 3.73
menunjukkan guru merupakan penggalak kepada pelajar supaya melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu, guru memainkan peranan bukan
sahaja sebagai pembimbing malah juga sebagai pendorong kepada pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang akan memanfaatkan pelajar pada
masa akan datang.
Sehubungan dengan itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting
dalam menentukan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang mereka
selaraskan. Sebagai guru, mereka haruslah mempunyai kemahiran dan minat yang
mendalam dalam bidang kokurikulum. Guru juga haruslah mempunyai ciri seperti
mudah didampingi dan bertolak ansur supaya dapat menarik minat pelajar-pelajar
untuk menyertai aktiviti tersebut.
5.1.4 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar dalam
Aktivti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor dorongan rakan sebaya
terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru didapati berada pada tahap yang
sederhana iaitu min skor 3.41.
Kajian ini menunjukkan bahawa item 25 menunjukkan kebanyakan pelajar
mengikuti rakan sebaya mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Ini adalah
kerana rakan merupakan orang yang mudah mempengaruhi dan dipengaruhi. Oleh
sebab remaja ingin diterima dalam sesuatu kumpulan dan tidak mahu disisihkan
maka mereka akan terikut-ikut sama dengan rakan menyertai aktiviti kokurikulum.
Selain itu, rakan yang melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
kokurikulum akan menarik minat pelajar lain untuk menyertainya. Ini kerana rakan
tersebut telah dijadikan idola atau role model untuk dicontohi supaya dapat
mencapai kejayaan yang sama dengan rakan mereka pada masa depan. Oleh itu,
pihak sekolah harus memberi insentif dan penghargaan kepada mereka yang aktif
dalam aktiviti kokurikulum supaya penglibatan dan kejayaan mereka dalam
sesuatu bidang dapat dicontohi oleh pelajar lain dan dihargai oleh pihak sekolah.
5.1.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar dalam Aktivti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor dorongan ibu bapa terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah antara yang tertingi dengan
min skor 3.58.
Ibu bapa merupakan individu yang rapat dengan pelajar selain rakan
mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi dorongan kepada
anak-anak mereka agar menceburi bidang yang akan memberi manfaat kepada
mereka. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka menyertai aktiviti
kokurikulum adalah kerana ibu bapa mereka memberi dorongan kepada mereka
agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Item 32 menunjukkan min skor
yang tinggi di mana ibu bapa membenarkan mereka menyertai aktiviti
kokurikulum di luar sekolah . Pelajar juga bersetuju bahawa ibu atau bapa mereka
yang sering menghantar dan menjemput mereka dari sekolah juga merupakan
faktor penggalak kepada mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
iaitu dengan min skor 3.54 . Selain itu item 29 pula membuktikan ibu bapa tidak
menghalang pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum menjadi
faktor penggalak kepada pelajar-pelajar.
Hasil daripada ketiga-tiga item yang dikaji jelas menunjukkan bahawa
majoriti pelajar bersetuju bahawa ibu bapa merupakan pendorong utama untuk
mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Menurut Faridah Karim
(1978), ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap persepsi dan sikap anak
mereka terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum. Berpandukan kenyataan ini
jelas membuktikan pengaruh ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
memberi motivasi dan perangsang kepada anak-anak mereka untuk bergiat cergas
dalam kegiatan kokurikulum. Kenyataan ini juga disokong oleh Spritzer dan
Synder (1976), dalam kajiannya yang mendapati bahawa seseorang individu akan
terus menceburkan diri dalam kegiatan sukan berdasarkan pengalaman,
penglibatan semasa kecil serta dorongan daripada keluarga mereka. Mereka
mendapati bahawa keluarga yang menggalakkan anak-anak mereka melibatkan
diri dalam bidang sukan mempunyai gaya hidup yang bersesuaian dengan bidang
sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tidak mempunyai
kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi oleh anak mereka, tetapi mempunyai
persepsi yang positif dapat mempengaruhi penglibatan anak mereka dalam bidang
kokurikulum.
Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan faktor pendorong yang paling utama
dalam menentukan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di samping faktor-
faktor lain. Justeru, adalah diharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan
mereka dengan sebaik mungkin dalam mendorong pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum yang banyak manfaatnya kepada anak-anak.
5.1.6 Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
Dapatan kajian menunjukkan min skor pendapat pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Indah tentang aktiviti kokurikulum didapati berada pada tahap
yang sederhana iaitu bernilai 3.44 dengan sisihan piawai 0.41 .
Berdasarkan hasil kajian, item 46 menunjukkan kebanyakan pelajar
menyertai aktiviti kokurikulum kerana pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar
menyertai sekurang-kurang dua aktiviti kokurikulum. Dengan kata lain, pihak
sekolah haruslah menetapkan peraturan dan memastikan penglibatan setiap pelajar
dalam aktiviti kokurikulum agar pelajar-pelajar ini memperoleh manfaatnya.
Selain itu , majlis seperti Majlis Pengiktirafan Pemimpin dan Majlis
Anugerah Cemerlang perlu diadakan oleh pihak sekolah kerana penghargaan dan
insentif yang diberikan oleh pihak sekolah akan menggalakkan pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum seperti yang dapat dibuktikan dalam item 47 dan item 48.
5.1.7 Analisis Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum Dapat dirumuskan daripada hasil analisis bahawa tidak terdapat perbezaan
persepsi yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Johor Bahru terhadap penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum. Ini adalah kerana pelajar telah diberi pendedahan tentang
aspek kokurikulum sejak sekolah rendah lagi tanpa mengira jantina.
Analisis data juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi
yang signifikan antara pelajar berdasarkan kaum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.
Kedudukan min skor persepsi pelajar berdasarkan jenis kaum ialah pelajar Melayu
(3.9667), pelajar Cina (3.7631) dan pelajar India (3.4476).
Pelajar Melayu mempunyai min skor yang lebih tinggi berbanding
dengan kaum lain kerana berkemungkinan pelajar Melayu telah diberikan
pendedahan dan mendapat dorongan daripada ibu bapa mereka untuk menyertai
kegiatan kokurikulum sejak kecil lagi. Ibu bapa yang kaum Melayu lebih
menitikberatkan aspek ini jika dibandingkan dengan kaum Cina yang lebih
mengharapkan anak mereka menumpukan perhatian dan mencapai kejayaan dalam
bidang akademik. Oleh itu, pelajar Melayu mempunyai persepsi yang lebih positif
dan lebih aktif penglibatannya dalam bidang kokurikulum.
5.1.8 Analisis Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Aktivti Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum
Dapat dirumuskan daripada analisis data menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara minat pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum
mengikut jantina dan kaum.
5.1.9 Analisis Perbezaan Faktor-faktor yang Mendorong Pelajar dalam
Aktiviti Kokurikulum mengikut Jantina dan Kaum Analisis kajian membuktikan bahawa perbezaan faktor guru, rakan
sebaya dan faktor ibu bapa yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
perempuan. Didapati min skor pelajar lelaki ( 3.3304 ) lebih rendah daripada min
skor pelajar perempuan ( 3.4741 ). Pelajar perempuan didapati lebih banyak
dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam penglibatan diri mereka dalam aktivti
kokurikulum. Ini adalah kerana majoriti pelajar perempuan mempunyai sifat yang
lebih suka menjadi pengikut dan tidak suka bersendirian malah lebih berasa selesa
sekiranya berada dalam kumpulan. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya semasa melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Hasil analisis ANOVA, didapati pelajar India paling kuat dipengaruhi oleh
faktor ibu bapa terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
berbanding dengan pelajar Melayu dan Cina. Ini berkemungkinan dapat dikaitkan
dengan faktor agama dan tradisi hidup kaum India yang secara tidak langsung
menyebabkan pelajar India lebih mudah dipengaruhi oleh ibu bapa dalam
penglibatan aktiviti kokurikulum berbanding dengan kaum lain. Melalui
pemerhatian, kita dapati bahawa majoriti pelajar kaum India akan mengikuti ibu
bapa mereka ke kuil atau sesuatu majlis pada hari tertentu sejak kecil lagi.
5.2 Cadangan Tindakan Hasil daripada dapatan kajian yang diperoleh, beberapa tindakan perlu
diambil khasnya oleh pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk mempertingkat
dan mempergiat penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
5.2.1 Cadangan Kepada Pihak Pentadbiran Sekolah Memandangkan hasil daripada dapatan kajian taburan responden mengikut
tahap pendapat terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Bukit Indah secara keseluruhan hanya berada pada tahap
sederhana (3.44), maka beberapa cadangan dikemukakan khusus untuk pihak
pentadbiran sekolah dengan harapan untuk mempertingkat pengurusan aktiviti
kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.
i. Kejayaan kegiatan kokurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan
teratur daripada semua pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian adalah
dicadangkan supaya pihak pengurusan sekolah yang dipertanggungjawab
untuk mengurus kegiatan ini dapat mengatur strategi pelaksanaan serta
pengurusan yang berkesan agar kegiatan ini berjalan dengan berkesan
sepanjang masa.
ii. Selain itu, pemilihan guru-guru yang berkebolehan dan berminat
melaksanakan dan menjadi pengurus kegiatan kokurikulum perlu dilakukan
dengan teliti sebelum seorang dilantik untuk memegang jawatan dalam
satu-satu aktiviti kokurikulum. Ini adalah kerana kemahiran dan kebolehan
seseorang guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum akan
mempengaruhi minat seterusnya penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.
Oleh yang demikian adalah dicadangkan juga guru-guru diberi pendedahan,
kursus dan sebagainya dalam bidang yang berkaitan agar guru-guru
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan
dalam perjalanan kegiatan kokurikulum di sekolah.
iii. Perancangan jangka panjang dan berterusan memainkan peranan yang
penting dalam menentukan perjalanan kegiatan kokurikulum berjalan
lancar dan berkesan. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu
kegiatan dapat memenuhi keperluan dan minat pelajar. Oleh itu,
dicadangkan agar pihak sekolah merancang semua aktiviti kokurikulum
dengan teliti menggunakan pendekatan tertentu seperti Management By
Objective(MBO), Pengurusan Strategik, Total Quality Management
(TQM), Sistem Pengurusan Berkualiti Berasaskan ISO atau sebagainya.
iv. Kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk pelajar mengikuti
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga akan mempengaruhi
minat mereka. Daripada data kajian didapati penyediaan kelengkapan oleh
pihak sekolah adalah kurang memuaskan kerana min skor hanyalah pada
tahap sederhana iaitu 2.43. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak
sekolah untuk menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi
untuk pelajar-pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum.
5.2.2 Cadangan Kepada Guru Guru sebagai individu yang berperanan membimbing pelajar seharusnya
dapat membimbing pelajar memahami betapa pentingnya aktiviti kokurikulum
terhadap diri mereka. Guru berperanan memimpin dan membimbing pelajar
menjadi insan yang seimbang selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan.
Oleh itu, guru haruslah mempertingkat usaha mereka bagi menarik minat dan
seterusnya mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar. Guru juga harus
sentiasa berusaha meraih pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan.
5.2.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa Peranan ibu bapa tidak kurang pentingnya. Ada segelintir ibu bapa yang
tidak menggalakkan anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Ibu bapa
sewajarnya berperanan memberi galakan dan menyediakan kemudahan kepada
anak mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Dapatan kajian menunjukkan
banyak ibu bapa atau penjaga yang menyediakan kemudahan untuk pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum serta membenarkan pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar sekolah. Ini jelas menunjukkan
bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Bukit Indah menyedari akan kepentingan penglibatan anak mereka dalam aktiviti
kokurikulum. Bagi mempertingkat lagi tahap penglibatan dan kesedaran ibu bapa
atau penjaga sendiri akan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah.
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang dijalankan ini memfokuskan responden secara rawak terhadap
pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.
Adalah diharapkan supaya kajian yang dilaksanakan pada masa akan datang dapat
melibatkan populasi yang lebih besar bagi mendapat gambaran yang lebih jelas
dan menyeluruh.
Kajian terhadap persepsi guru terhadap aktiviti kokurikulum juga perlu
dijalankan. Ini kerana guru merupakan sumber tenaga yang menjalankan sesuatu
program dalam sesebuah institusi memainkan peranan yang penting dan akan
mempengaruhi seterusnya menentukan pencapaian kejayaan sesuatu aktiviti.
Kajian juga perlu dilakukan ke atas ciri-ciri pelaksanaan pengurusan
aktiviti kokurikulum cemerlang dan cara pelaksanaannya. Ini kerana pengurusan
yang cemerlang diharapkan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.
Kajian terhadap kesan yang diperoleh oleh pelajar daripada aktiviti
kokurikulum di sekolah juga harus dilakukan. Ini kerana daripada kesan tersebut
kemungkinan satu strategi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dapat dirancangkan dengan lebih sistematik.
5.4 Penutup Aktiviti kokurikulum merupakan satu aspek penting dalam falsafah
pendidikan negara kita. Melaluinya pihak sekolah dapat mengasah bakat yang
terpendam dalam diri pelajar-pelajar dan dapat memupuk sikap diri yang lebih
positif. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar warga pendidik khususnya guru-guru
dan ibu bapa dapat memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar-
pelajar agar dapat menjuruskan diri mereka ke arah yang lebih cemerlang. Dapatan
kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap
aktiviti kokurikulum manakala ibu bapa harus memberi dorongan kepada pelajar
untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah begitu juga dengan rakan dan
para guru. Justeru, adalah menjadi harapan kecemerlangan penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa
hadapan demi melahirkan generasi muda yang berketrampilan dalam semua aspek
kehidupan dan seterusnya mengorak langkah ke arah pembentukan negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
BIBLIOGRAFI
Arnold, P.J. (1986). Education, Physical Education and Personality Development.
Heinemann Education Books Ltd. hlm. 1.
Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur :
Pustaka Antara.
Abdul Fatah Malek (1985). Pengukuran Pendidikan Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur : Nurin Enterprise.
Baker, T. L. ( 1994 ). Doing Social Research. 2nd ed. New York: McGraw-Hill.
Burton, M.D.(1993). Identifiying Potential Participants For College
Extracurricular Activities. Jounal of College Student. 15(3). 251-254.
De Vaus, D. A. (1996). Survey in Social Research. 4th ed. London: UCL Press
Limited.
Faridah Karim (1991) . “Peranan Ko-kurikulum Ke Arah Pembinaan Generasi
Berdisiplin.” Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Groundlund, N.E.,& Linn, R.L. (1990). Messurement And Evaluation In Teaching.
New York : Mc Graw –Hill.
Hancock, T.C. (1968). “The Effact of Various Levels of Intensity of Athtetics
Participations Upon Academic Achievement in High School”. Ph.D
Diddertation, Colorado State College, Dissertation Abstracts. P. 1121-1122.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Panduan Penyelesaian Ko-kurikulum
Sekolah Menengah. Terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. 1989.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Lazarus R.S (1961). Patterns at adjustment and Human Effectiveness. New York.
Mc. Graw : Hill Ins.
Lowenfield, M. (1953). Play in Childhood, dalam Teng Boon Tong, Pendidikan
Jasmani di Sekolah Redah. Hlm. 2. Kuala Lumpur : Heinemann Asia.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang (1991). Pengujian dan Penilaian dalam
Pendidikan (Cetakan ke-2). Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Lim Yen Yen, (1991). “Fokus” dalam Dewan Siswa, hlm. 19, Jun 1991.
Mohd. Nor Che Noh (1985). Beberapa Pertimbangan Dalam Pengelolaan Dan
Pentadbiran Program Ko-kurikulum Di Sekolah, Jurnal Kementerian
Pendidikan Malaysia, keluaran 67, m/s 49.
Mohd. Suzli Abdullah (1997). Pemasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-
Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan di Daerah Pasir Mas.
Universiti Utara Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd. Najib Abdul Ghafar, (1999). “Penyelidikan Pendidikan” Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Taat bin kasim (2005). “Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya
dengan Penglibatan dan Pencapaian Kokurikulum Pelajar : Satu Kajian
Kes”. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai, Malaysia:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
NancyJ.Evans, Deanna S. Forney, and Florence Guido-DiBrito. Student
Development In College.Jossey-Bass Publisher.
Omar Bin Saad (1992). Pengurusan Masa Sekolah Menengah Swasta. Seminar
Nasional Ke 2 Pengurusan Pendidikan di Institusi Aminuddin Baki. 26-28
Nov. hlm. 8-9.
Polit, D. F., Beck, C. T. & Hungler, B. P. ( 2001) Essentials of Nursing Research:
Methods, Appraisal And Utilization. 5th. Philadelphia: Lipponcott Williams
& Wilkins.
Roslan Hj. Atan (2004) Hubungkait Bentuk Komunikasi Dan Tingkah Laku
Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru-Guru Sekolah
Menengah Daerah Muar Dari Persepsi Guru. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.
Snyder,E.E., and Sprietzer, E. (1978). Social Aspect of Sports, New Jersey :
Printice Hall Ins.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1991). “Penilaian Penerapan Dan Sikap Nilai-
Nilai Murni Untuk Membina Insan Berdisiplin” Dalam : Disiplin Dalam
Pendidikan Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Zuraidah binti Awaludin (2003). “ Peranan Aktiviti Kokurikulum dan Faktor-
faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar : Satu Tinjauan Terhadap
Pelajar Tingkatan Empat Di sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut
Pahang”. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.
Zulkifli mansor (1997). Hubungan Antara Faktor Sekolah Dengan penglibatan
Kokurikulum Di kalangan Pelajar, Universiti Utara Malaysia : Tesis
Sarjana.
PERSEPSI , MINAT DAN FAKTOR-FAKTOR
PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
AKTIVITI KOKURIKULUM
DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU
E PEI SZE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA