Penulis mapan yang prolifik dalam dunia penulisan tanah air, iaitu Mohd Faizal Musa
atau lebih dikenali sebagai Faizal Tehrani berjaya membawa pulang wang tunai RM74,000.00 daripada RM439,000.00 jumlah hadiah yang ditawarkan dalam Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Tiga karya beliau yang berjaya memenangi hadiah ialah Bedar Sukma Biru yang meraih tempat pertama bagi kategori novel dewasa, Manikam Kalbu tempat kedua bagi
kategori novel remaja dan Rindu Ini Luar Biasa juga tempat kedua bagi kategori cerpen. Azizi Haji Abdullah dengan novel Harga Sebuah Maruah meraih tempat kedua, sementara Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan novel Mahabbah meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM30,000.00.
Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP ini diadakan dengan tujuan menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan ber
daya saing, liberal, progresif, harmoni serta dipandang tinggi oleh negara luar.
Sayembara ini dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok novel, novel remaja dan skrip drama pentas bertemakan sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan adat resam serta masyarakat Malaysia yang mempunyai nilainilai moral dan etika yang tinggi bagi memenuhi satu daripada cabaran Wawasan 2020. Kelompok kedua ialah kategori cerpen dan puisi yang bertemakan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.
Sebanyak 559 karya mencakupi 424 puisi, 87 novel, 59 novel remaja, 42 skrip drama, dan 160 cerpen menyertai Sayembara ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 53 buah karya telah terpilih memenangi hadiah, iaitu 10 buah manuskrip novel, 7 manuskrip novel remaja, 10 buah skrip drama pentas, 13 cerpen dan 13 puisi.
25 orang penilai yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masingmasing telah dilantik seperti Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman, Prof. Dr. Solehah Ishak, Prof. Madya Dr. Samat Salleh, Dr. Misran Rokimin, A. Ghafar Ibrahim, Haji Hamzah Hamdani, Zakaria Ariffin, Ismail Sarbini, A. Wahab Hamzah, Salamiah Ismail Abdul Rahman Yusof, Siti Aisah Murad dan lainlain.
Laporan panel penilai yang disampaikan oleh Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman menegaskan, “ratarata penulis cerpen cuba membawa tema memartabatkan bahasa kebangsaan sempena Sambutan 50 Tahun DBP meskipun cerpen yang dihasilkan mengetengahkan persoalan semasa yang kurang imaginasi, penggunaan bahasa yang agak jumud dan jalan ceritanya kurang meyakinkan. Namun, ada kalangan para peserta yang mampu menzahirkan gejolak jiwa, obsesi tentang kedudukan, identiti dan masa depan bahasa Melayu serta suara perjuangan dalam puisi mereka. Novelnovel remaja yang terpilih memenangi hadiah mengandungi nilainilai sastera yang berupaya menggabung
jalinkan ilmu bahasa yang indah dengan nilainilai murni yang dapat membina sahsiah dan memperjuangkan idealisme. Sementara skrip drama yang terpilih berjaya diolah dengan teknik yang luar biasa yang mempunyai potensi untuk menjadi teater yang menarik dan mencabar khalayak.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBP, Y Bhg Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah bagi kategori puisi dan cerpen manakala bagi kategori novel remaja, skrip drama pentas dan novel, hadiah telah disampaikan oleh Sasterawan Negara Y Bhg Datuk A. Samad Said pada 23 Februari 2007 di Dewan Bankuet, Menara DBP.
Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007
SASTERA PENGGERAK BAHASA
Faizal Tehrani Bolot Tiga Hadiah Sayembara
BH PILIH L10 21 emel
DBP SETENGAH ABAD
PEMAKLUMAN
Program Pembinaan Penulis
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengan-jurkan enam bengkel
penulisan bagi membina penu-lis dan memupuk bakat sastera dalam kalangan masyarakat. Bengkel yang dianjurkan ialah "Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda", "Bengkel Pe-nulisan untuk Bakal Pesara", "Bengkel Penulisan Skrip Drama Adaptasi", "Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif", "Bengkel Penulisan Cerpen Pelbagai Kaum" dan "Bengkel Penulisan Karyawan DBP". Bengkel ini akan memberi-kan tumpuan kepada genre cerpen, novel dan skrip drama adaptasi karya sastera, dan akan dibimbing oleh pence-ramah yang mempunyai kepa-karan dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing seperti Zaharah Nawawi, Faizal Tehrani, A. Wahab Hamzah, Zakaria Ariffin dan Marlenny Denerwan.
Penyertaan hanya dibu-ka kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap bengkel. Setiap peserta bengkel dike-hendaki menghantar cerpen, skrip adaptasi dan lima hala-man sinopsis novel untuk dini-lai oleh pe-nganjur.
Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan adalah percuma.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 April 2007. Hantarkan penyertaan anda kepada Urus Setia, Program Pembinaan Penulis/Pemupukan Bakat Sastera, Bahagian Pengem-bangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera, Aras 22, Menara DBP, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon 03-2148 2558 (Mohd. Zamri), 2148 2567 (Abdul Aziz), 2148 2614 (Fatin Suraya), 2148 2623 (Rafidah) atau e-mel [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] atau layari laman web: www.dbp.gov.my.
Dalam keluaran yang lepas, ruangan ini telah menyentuh beberapa jenis gaya
bahasa yang sering ditemui dalam sajak. Kali ini kita akan membincangkan salah satu jenis gaya bahasa yang lazim digunakan oleh penyair dalam penulisan sajak, iaitu simile.
Kata simile berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “persamaan antara dua benda yang berbeza”. Dharmawijaya dalam buku Gurindam Alam (1994:192) menyatakan simile ialah satu ragam atau sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu membandingkan sesuatu benda, peristiwa, keadaan atau suasana dengan jelas.
Menurut Henry Guntur Tarigan pula dalam bukunya Pengajaran Gaya Bahasa (1985: 910), simile ialah perbandingan dua hal yang pada hakikatnya berlainan dan yang sengaja kita anggap sama. Perbandingan yang dibuat berbentuk eksplisit atau langsung dengan menggunakan katakata tertentu, iaitu “seperti”, “bagai”, “bak”, “laksana” dan “umpama”.
Untuk lebih jelas lagi, mari
kita lihat contoh penggunaan simile dalam sajak T. Alias Taib “Pandangan dari Sebuah Taman” dari kumpulan puisi Piramid, 1990: hlm. 26. "Pandangan dari Sebuah Taman"
matahari tropika tergantung di atap pagi kupu-kupu berenang dalam lautan sinar
pohon-pohon tersusun bagai sirih dalam tepak bangku-bangku dingin bagai nisan sejuk di kuburan
bayang-bayang memanjang bagai berus pelukis bayang-bayang hitam yang mengecat rumput
udara jernih mengisi ruang dan petak yang dikosongkan oleh hujan subuh
seseorang menghadamkan Allan Bloom dengan lahap sambil mendengar Paul Mauriat
dua orang berbaring di atas baldu hijau sementara langit mendoakan
mereka sejahtera
di kejauhan bukit tua membongkok bak sabut dikelilingi anak kelapa sawit masih ingusan.
(Kumpulan Puisi Piramid, 1990: hlm. 26.)
Dalam sajak di atas, penyair menggunakan gaya bahasa simile untuk membandingkan sesuatu suasana dengan sesuatu yang lebih konkrit. Contohnya dalam rangkap kedua, baris kedua “pohonpohon tersusun bagai sirih dalam tepak”. Melalui perbandingan itu, pembaca akan dapat membayangkan suatu pemandangan dengan pohonpohon yang tersusun, yang dapat dibandingkan dengan daundaun sirih yang disusun dalam sebuah tepak. Secara tidak langsung, penggunaan simile ini dapat menghidupkan imaginasi pembaca untuk samasama menghayati suatu pemandangan melalui barisbaris sebuah sajak.
Sebagai kesimpulan, penggunaan gaya bahasa simile dalam sajak adalah untuk menguatkan sesuatu perkara yang ingin diperkatakan oleh seseorang penyair.(bersambung...)
SimileOleh Saifullizan Yahaya
Oleh Mohd Zamri Hj Abdul Hamid
PEDOMAN SASTERA MAKLUMAT SASTERA
Novel Salina , kar ya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said asalnya dina-mai Gerhana sebagai pe-nyataan simbolik tentang kandungannya. Judul novel tersebut kemudiannya ditu-karkan kepada Salina, iaitu nama pelakon utama yang menjadi nadi kepada sega-la peristiwa dan tragedi yang diolah menjadi satu kehidupan dalam novel tersebut.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhamed Said dilahir-kan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berusia enam bulan, keluarganya berpindah ke Singapura.
Penulis yang prolifik dan cukup dihormati ini meneri-ma pengiktirafan sebagai Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1979), penerima Anugerah Sastera Negara (1985), penerima Anugerah ASEAN (1989), dan pelbagai anuge-rah lain.
Pada tahun 1996, A. Samad Said dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Pemenang bergambar bersama-sama sasterawan negara Datuk a. samad said dan Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka.