Download - Sains Sosial dalam Cabaran Globalisasi
1
PENGENALAN
Sains sosial merujuk pada disiplin ilmu yang menjurus pada pengkajian struktur beserta sifat
dalam kelompok manusia. Dalam masa yang sama, pengkajian yang dilaksanakan adalah
menjurus pada bagaimana sesebuah kelompok manusia tersebut berinteraksi sesama sendiri
berserta keadaan sekeliling. Secara konseptualnya, sains sosial adalah laras disiplin akademik
yang mengkhususkan tentang persoalan yang berkaitan dengan aspek kemanusiaan yang
tergolok dalam konteks sosial. Manakala secara literalnya, sains sosial telah menetapkan
pengkajian yang khusus terhadap pembelajaran yang merangkumi kehidupan sosial yang
berkait rapat dengan tingkah laku lazim yang sering dilakukan oleh sekelompok manusia.
Dalam masa yang sama, sains sosial juga menimbulkan persoalan tentang
kemanusiaaan dalam konteks sosial yang mengkhususkan tentang pembelajaran kehidupan
sosial. Dalam hal ini, ilmu sains sosial merupakan bentuk pengkajian tentang kelompok
manusia dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini menyebabkan laras bidang sains sosial
mempunyai aspek pengkajian yang begitu luas. Oleh yang demikian, bidang sains sosial ini
dibahagikan kepada beberapa cabang yang lebih kecil agar ia lebih mudah dikaji.
Pembahagian kepada unit ini disebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik,
sejarah, ekonomi dan psikologi. Laras-laras bidang ini menunjukkan bagaimana manusia
mampu berinteraksi dan mengadaptasikan kehidupan seharian mereka melalui unit-unit
disiplin ini (Rohana Yusof, 2006).
Selain itu, globalisasi merujuk pada istilah yang membawa maksud fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan kecil dari aspek perhubungan manusia. Hal ini disebabkan
berlakunya penyebaran teknologi secara pantas. Selain itu, globalisasi juga merujuk kepada
proses yang membolehkan sesuatu aktiviti yang merangkumi aspek ekonomi, kebudayaan,
pendidikan, politik dan sebagainya. Ianya disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa atau ke seluruh dunia. Perkara ini berlaku disebabkan adanya kemudahan sistem
telekomunikasi, dasar langit terbuka dan sebagainya (Rohana Yusof, 2006).
Dalam hal ini, sains sosial dalam era globalisasi merujuk pada perkara yang saling
berkait dalam membentuk sesebuah peradaban. Dengan adanya globalisasi, bidang kajian
sains sosial mampu diperluaskan dan diperincikan aspeknya. Namun begitu, sekirnya
globalisasi tidak digunakan sewajarnya ia mampu menimbulkan perkara yang negatif lantaran
globalisasi merujuk pada sesuatu yang bersifat universal dan luas (Rohana Yusof, 2006).
2
SAINS SOSIAL
Sains sosial merupakan suatu bidang yang mengkaji mengenai fenomena sosial dan sifat-sifat
kelompok manusia iaitu hubungan antara manusia dengan menggunakan metodologi kajian
secara saintifik dan sisitematik. Bidang sains sosial ini wujud apabila berlakunya hubungan
dan interaksi antara manusia yang berlaku secara kompleks. Maka, wujudlah masalah sosial
manusia. Namun tumpuan utamanya sains sosial terdapat sifat, fungsi dan perkembangan
masyarakat manusia dalam fenomena yang berlaku dalam masyarakat. Sains sosial ini
merupakan suatu bidang yang memerlukan pengkajian yang luas dan kompleks (Rohana
Yusof, 2006).
Oleh sebab itu, para ahli sains sosial berperanan untuk memahami pencapaian dan
limitasi manusia dan bagaimana untuk mempertingkatkan kehidupan manusia. Selain itu,
mereka cuba membuat ramalan berkenaan dengan masa hadapan masyarakat manusia.
Disebabkan pengetahuan sains sosial sangat luas, wujudnya pembahagian kepada beberapa
sub-bidang yang berlainan. Sub-bidang tersebut secara khususnya dapat memberikan
pengkhususan yang tertentu terhadap sesuatu perkara. Setiap disiplin yang dikaji memberikan
penekanan kepada aspek yang berlainan tetapi masih berkaitan dengan tingkah-laku (Rohana
Yusof, 2006).
Terdapat beberapa ilmu yang utama dalam disiplin sains sosial iaitu Antropologi,
Ekonomi, Geografi, Psikologi, Sosiologi, Sejarah dan Politik. Secara umumnya, sains sosial
ialah mengkaji manusia dalam konteks sosial mereka. Namun ia berbeza mengikut pecahan
disiplin ilmu itu sendiri. Setiap bidang mempunyai fokus dan kepentingan yang berbeza dan
minat dalam diri manusia itu akan mendorong manusia itu untuk meningkatkan tahap
kefahaman terhadap setiap ilmu yang dipelajarinya (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin
2011).
Disiplin-disiplin ilmu sains sosial antaranya ialah disiplin Sains Politik, disiplin
Sejarah, disiplin Ekonomi, disiplin Geografi, disiplin Komunikasi, disiplin Agama, disiplin
Undang-Undang, disiplin Pendidikan, dan disiplin Linguistik. Dalam ilmu sains sosial ini
terdapat pelbagai teori dan pendekatan yang berfungsi memberi penjelasan saintifik terhadap
fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat. Teori dan pendekatan sains sosial tersebut
telah wujud sejak abad ke-19 Masihi dan telah menyatukan disiplin sains sosial yang berbeza
di bawah gagasan ilmu kemanusiaan. Teori mempunyai peranan yang tersendiri dan
merupakan sebahagian daripada prosedur penyelidikan.
3
GLOBALISASI DALAM ASPEK POLITIK
Globalisasi telah memberikan kesan kepada sesebuah Negara dalam pelbagai aspek.
Antaranya ialah daripada aspek politik. Semua negara di dunia ini adalah sebuah entiti politik
dan pada era globalisasi ini setiap negara perlu berwaspada. Namun, terpulanglah kepada
kebijaksanaan seseorang pemimpin negara tersebut menguruskan sistem politik negaranya.
Kesilapan dalam menguruskan sistem politik negara akan menyebabkan sesebuah negara
hilang kedaulatannya. Akibat daripada globalisasi beberapa konsep telah diperkenalkan
seperti dunia tanpa sempadan, demokrasi liberal, hak asasi melampaui batas, dan campur
tangan kuasa asing. Globalisasi juga telah memperlihatkan betapa pentingnya hubungan
antarabangsa dengan adanya pertubuhan serantau, separuh rantau serta organisasi
antarabangsa yang telah memainkan peranan aktif dalam memelihara hubungan antarabangsa
(Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Pada era globalisasi ini juga sesebuah negara harus menjalankan hubungan
antarabangsa dengan negara lain. Hal ini bertujuan untuk membangunkan sosial ekonomi
serta kepentingan politik sesebuah negara. Justeru itu, didapati kebanyakan negara di dunia
ini termasuk Malaysia mempunyai hubungan dengan negara luar. Sesebuah negara seperti
Malaysia juga sememangnya menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, KOMANWEL, OIC dan sebagainya. Keadaan ini
secara tidak langsung menyebabkan segala tindak-tanduk setiap negara adalah tertakluk
kepada peraturan dan norma antarabangsa yang dipersetujui bersama. Apabila sesebuah
Negara menyertai pertubuhan antarabangsa seperti ini, secara tidak langsung negara tersebut
akan menerima ketetapan dan peraturan badan-badan lain. Semuanya adalah untuk manfaat
politik global (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Apabila wujudnya hubungan antarabangsa dengan negara lain, salah satu masalah
yang timbul adalah wujudnya pula pergantungan antara negara. Pada era globalisasi
pergantungan antara negara adalah satu perkara yang biasa. Apabila wujudnya pergantungan
antara negara, wujud pula unsur-unsur yang menekn, mengeksploitasi serta penindasan
ekoran daripada wujudnya norma, peraturan serta protokol yang perlu diikuti oleh semua
negara. Dalam hal ini, ada sesebuah negara bangsa itu ada kalanya tidak dapat mengelak
daripada dijajah dalam aspek-aspek tertentu dan disinilah penjajahan bentuk baharu telah
menapak disesebuah negara tanpa disedari. Walaubagaimanapun, sesebuah negara itu boleh
4
‘melarikan diri’ daripada penjajahan baharu itu dengan syarat sesebuah negara mempunyai
sifat-sifat berikut :
1. Mempunyai teknologi yang canggih dan tinggi daripada negara lain.
2. Meujudkan sistem politik, ekonomi, dan sosial yang unggul daripada masyarakat lain.
3. Peranan organisasi antarabangsa.
4. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
5. Peranan syarikat-syarikat transnasional.
Secara umumnya, globalisasi boleh dilihat daripada pelbagai aspek dan antaranya adalah
seperti Globalisasi Politik dan Globalisasi Ekonomi disamping itu membawa kepada
Globalisasi Budaya dan Globalisasi Teknologi (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Sains politik merupakan kajian tentang peraturan sosial untuk menjaga keamanan dan
perundangan dalam sesebuah masyarakat. Kajian dalam sains politik ini adalah mengenai
sumber kuasa, penggunaan kuasa, pengagihan kuasa, perolehan kuasa, perebutan kuasa,
proses mengawal dan menghadkan penggunaan kuasa. Bidang ini juga merupakan bidang
sains sosial yang membincangkan teori dan amalan politik serta penghuraian dan pengupasan
sistem dan kelakuan politik. Ahli sains politik "menganggap diri sebagai terlibat dalam
pendedahan hubungan yang tersirat di sebalik peristiwa dan keadaan politik, dan berdasarkan
pendedahan inilah mereka cuba membina prinsip-prinsip am mengenai cara perjalanan dunia
politik. Sains politik terdiri daripada beberapa sub-bidang iaitu seperti teori politik, dasar
awam, politik negara, hubungan antarabangsa, dan politik perbandingan. Sains politik
terdapat banyak cabangnya, antara disiplin-disiplinnya termasuk teori pilihan rasional,
falsafah politik klasik, positivisme, interpretivisme, strukturalisme, pasca-strukturalisme,
behaviouralisme, realisme, pluralisme, dan institutionalisme. Sains politik sebagai salah satu
cabang sains sosial, menggunakan kaedah dan teknik yang berkenaan dengan jenis-jenis hasil
penyelidikan yang dicari seperti dokumen bersejarah dan catatan rasmi, mahupun sumber
sekunder seperti rencana jurnal ilmiah, penyelidikan tinjauan, analisa statistik, kajian kes dan
pembinaan model (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Ahli sains politik mengkaji hal-hal berkenaan peruntukan dan peralihan kuasa dalam
pembuatan keputusan, peranan dan sistem tadbir urus termasuk kerajaan dan pertubuhan
antarabangsa, kelakuan politik dan dasar awam. Mereka mengukur kejayaan tadbir urus dan
dasar-dasar tertentu dengan mengkaji pelbagai faktor, termasuk kestabilan, keadilan,
kekayaan, dan keamanan. Ada ahli sains politik yang hendak memajukan tesis-tesis positif
5
(cubaan menghuraikan keadaan sedia ada daripada yang sepatutnya) dengan menganalisa
politik, manakala yang lain memajukan tesis-tesis normatif dengan membuat cadangan dasar
tertentu. Ahli-ahli sains politik menyediakan kerangka untuk para wartawan, kumpulan minat
khusus, ahli politik, dan para pengundi mengupas isu. Menurut Chaturvedy, "Ahli sains
politik boleh berfungsi sebagai penasihat kepada ahli politik tertentu, ataupun bertanding
untuk merebut jawatan sebagai ahli politik. Ahli sains politik boleh ditemui bertugas dalam
kerajaan, parti politik atau sebagai kakitangan awam. Mereka boleh terlibat dengan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pergerakan politik. Ketika memikul pelbagai tugas,
sesiapa yang terdidik dan terlatih dalam sains politik boleh menambah nilai dan kepakaran
kepada perbadanan. Perusahaan swasta seperti kumpulan pemikir, institut penyelidikan, firma
tinjauan dan perhubungan awam juga sering menggaji ahli sains politik (Mardiana Nordin
dan Hasnah Hussin 2011).
GLOBALISASI DALAM ASPEK TEKNOLOGI
Teknologi adalah sesuatu ciptaan yang dapat memberi kemudahan kepada manusia dalam
melakukan sesuatu perkara yang biasa mahupun yang jarang dilakukan. Penggunaan
teknologi oleh manusia telah bermula dengan penciptaan yang bercorak perubahan iaitu
mengubah sesuatu kepada teknologi yang canggih yang boleh digunakan oleh manusia
sebagai kemudahan alatan yang maju. Perkembangan teknologi terbaru iaitu mesin cetak,
telefon, dan internet telah memberikan kemudahan kepada manusia dalam komunikasi untuk
berinteraksi secara bebas dalam skala global. Namun, tidak semua teknologi digunakan untuk
tujuan yang aman seperti kecanggihan senjata dan kemajuan sistem komputer kini (Mardiana
Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Kemajuan teknologi yang semakin canggih dari masa ke masa melalui ciptaan-ciptaan
manusia ini manusia dapat menyebarkan maklumat dengan pantas. Munculnya panggilan
video dimana individu dapat menatap dan berbual dan bersemuka dalam talian walaupun
berada di tempat yang jauh. Kecanggihan alat komunikasi ini dapat merapatkan jurang antara
masyarakat dan dunia tanpa sempadan hanya bermula di hujung jari sahaja. Maklumat yang
ingin dicari juga mudah didapati di laman web sesawang yang bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Oleh itu, kemudahan yang tercipta ini perlu digunakan ke arah pembangunan
masyarakat yang positif.
6
GLOBALISASI DARIPADA ASPEK BUDAYA
Dari perspektif sosiobudaya, menurut Waters 1993 “Globalisasi merupakan proses sosial
yang memperlihatkan kekangan geografi yang semakin berkurang terhadap hal ehwal
kemasyarakatan dan budaya. Manusia sedar bahawa kekangan tersebut semakin berkurang
(Jeniri Amir, 2009).
Perubahan budaya ini merupakan peninggalan nilai-nilai peradaban yang tradisional,
oleh bangsa atau masyarakat yang lemah untuk disisihkan, sama ada sebahagian ataupun
sepenuhnya, nilai-nilai, unsur-unsur dan seumpamanya dari Barat. Hal ini dikenali sebagai
‘Budaya Barat’. Justeru, perbincangan ini lebih menfokuskan kepada globalisasi budaya.
Antara aspek yang ingin dibincangkan adalah globalisasi budaya dari aspek budaya fesyen,
makanan, dan juga bahasa.
FESYEN
Gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Di samping itu,
menurut contoh yang terdapat dalam kamus, gejala (petanda) ialah masalah. Walau
bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti
gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada
hal-hal yang berkaitan kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda
tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau
hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
Gejala sosial turut ditakrifkan sebagai perlakuan dalam kalangan anggota masyarakat,
khususnya dikalangan muda mudi yang berlawanan dengan ajaran agama atau nilai etika
sesuatu tamadun. Tamadun Barat juga turut memberikan cabaran yang kuat dalam budaya
atau cara hidup masyarakat dunia.
Ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek budaya seperti fesyen dimana dunia fesyen
sekarang yang terlampau mengghairahkan. Keghairahan ini mendatangkan keberahian
kepada penontonnya. Semakin ditunjuk semakin hendak dilihat dan sebaliknya. Oleh
disebabkan itu, gejala berfesyen ini merebak dalam kalangan para remaja dan dewasa
mahupun orang tua sendiri. Pelbagai jenis fesyen ditonjolkan. Bukan sahaja melibatkan
pakaian tetapi juga merangkumi solekan muka, berambut palsu, gaya dan warna rambut,
warna kuku dan pelbagai lagi yang mengerikan seperti suntikan botox, pakai subang
dihidung, kening, lidah, bibir dan bertatu (Ahmad Hj Baharudin, 2007).
7
Hal ini turut dapat dilihat melalui kemasukan fesyen berlandaskan budaya barat.
Antaranya ialah anak-anak muda terpengaruh dengan fesyen Barat yang menggayakan
pakaian berjenama terkenal tetapi mahal nilainya seperti Levis, Versace, Lee Cooper dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, mereka turut terpengaruh dengan jenama alat-alat solek yang
tinggi nilainya seperti Maybeline, Cristine Dior, Mac dan sebagainya. Bertepatan dengan
prinsip mereka ‘biar papa, asalkan bergaya’.
Sebenarnya terdapat sesetengah budaya fesyen yang masih boleh ditiru oleh lapisan
masyarakat. Asalkan ianya menepati syariat Islam iaitu memakai pakaian yang menutup aurat
sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Hal ini kerana, pemakaian seseorang
menggambarkan keperibadian seseorang. Apabila mereka memakai pakaian yang baik, maka
pandangan masyarakat terhadap mereka turut berubah. Jikalau tidak, semestinya mereka akan
dikritik atau dicemuh oleh orang lain berdasarkan pemakaian tersebut.
Di samping itu, terdapat juga fenomena minat sementara dan budaya pop yang sama
di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube,
MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
MAKANAN
Pada era globalisasi, masyarakat mempunyai pelbagai pilihan jenis makanan dan minuman.
Antara yang ditawarkan seperti makanan segar, makanan segera, dan makanan segera (fast
food) dari luar negeri. Makanan segera dan cepat saji merupakan makanan yang cukup
digemari. Hal ini kerana, praktikal dan sesuai dengan keadaan masyarakat pada era
globalisasi yang cukup sibuk. Kita harus memerhatikan pola pemakanan yang kita makan. Ini
kerana tidak semua makanan segera berkhasiat, baik dan menyihatkan. Makanan tradisional
jauh lebih baik dan sihat untuk dimakan.
Malaysia semakin mencapai tingkat kemajuan yang sama tarafnya dengan dunia-
dunia maju yang lain seperti Jepun, Amerika dan sebagainya. Bak kata pepatah, Malaysia
sudah hampir ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara- negara tersebut
apabila globalisasi semakin berkembang pesat. Oleh yang demikian, negara- negara yang
terasa bahawa negara mereka akan terancam oleh kemajuan globalisasi ini telah menjalankan
beberapa taktik antaranya dengan menguasai sumber makanan masyarakat Malaysia.
Atas sebab globalisasi inilah munculnya McDonalds, Coca-cola, Pizza Hut, Wendy
Hamburgers di Malaysia, yang telah menyebabkan masyarakat Malaysia semakin mengikut
8
pemakanan ala barat sekaligus melupakan budaya makanan Malaysia seperti nasi lemak,
rendang, ulam-ulaman dan sebagainya yang berkhasiat. Francais makanan segera boleh
dikatakan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Hal ini kerana, kita boleh dapati terdapat
banyak cawangan francais di merata tempat di dalam Malaysia. Makanan-makanan ini
mendapat sambutan yang hebat atas beberapa faktor antaranya adalah sumber makanan yang
mudah didapati, ringkas dan cepat berbanding makanan yang perlu dimasak.
Di samping itu, dengan wujudnya globalisasi juga, semakin banyak makanan telah
dijadikan sebagai makanan segera. Hal ini amat terkenal bagi rakyat Malaysia. Sebagai
contoh makanan segera adalah roti canai segera, karipap segera, kari segera, sate segera dan
pelbagai lagi. Makanan segera mendapat sambutan hebat kerana makanan tersebut boleh
disimpan lama. Di sini dapat kita ketahui bahawa makanan tersebut pastilah telah
dicampurkan dengan bahan pengawet yang membolehkan makanan tersebut tahan lebih lama
berbanding bahan makanan yang tiada bahan pengawet. Keupayaan mempertahankan
keutuhan budaya tempatan ini, bagaimana pun, semakin tergugat kerana angkara suatu proses
baru yang dipanggil globalisasi, meskipun dil
Era globalisasi bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan (lihat misalnya
Ugarteche, 2000). Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun
terglobal seperti budaya makan-makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika
pula semakin popular di Jepun. Contohnya, McDonalds (McD) mempunyai 10,500 restoran
di 50 buah negara di dunia, Kentucky Fried Chicken atau KFC mempunyai lebih daripada
7,750 restoran di 58 buah negara.
BAHASA
Akhir-akhir ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-
satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Kini, kita dapat mengirim berita
pantas melalui e-mail dan SMS iaitu dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian
perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet yang
dikenali ‘online bisnes’.
Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu
ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu dan separuh
Bahasa Inggeris. Di kalangan pekerja sektor swasta, pertuturan adalah lebih kurang 70
peratus dalam Bahasa Inggeris dan hanya 30 peratus dalam Bahasa Melayu, itu pun adunan
9
bahasanya dalam keadaan lintang-pukang dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut
dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu Bahasa Inggeris. (Mardiana
Nordin dan Hasnah Hussin 2011)
Justeru, nisbah perkataan baru yang diceduk dari Bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian
bahasa rojak kita. Dewasa ini dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita, maka wujudlah
laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, Yahoo Massenger dan telah menyebabkan
wujudnya bahasa rojak dan juga bahasa singkatan yang telah menyebabkan rosaknya bahasa
kebangsaan kita.
Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan
"Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk
Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tanpa mengenali pun bahasanya.
Dewasa ini, bahasa Sains dan Teknologi menggunakan Bahasa Inggeris dan begitu
juga dengan bahasa Ekonomi di peringkat global juga adalah bahasa Inggeris. Oleh itu,
globalisasi mempromosikan bahasa Inggeris. Hari ini semua negara mengejar kemajuan.
Justeru, untuk maju mesti menguasai sains dan teknologi, dan mantap ekonominya dan mahu
atau tidak, sama ada secara terpaksa atau tidak, bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh sebuah
negara bangsa itu. Tuntutan ini perlu dipenuhi jika tuntutan ingin maju mahu dicapai. Perkara
ini juga tidak terkecuali kepada negara-negara berbahasa Melayu seperti Brunei, Malaysia
dan Indonesia yang memang sudah sekian lama sejak wujudnya tamadun bangsa menjadikan
bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang berharga.
Di samping itu, Malaysia amat berhajat untuk melibatkan negara ke arah globalisasi.
Hal ini dapat dirujuk dalam bidang pendidikan di Malaysia. Malaysia telah menggunakan
kaedah peralihan bahasa dalam sistem pendidikan nasional. Malaysia menggunakan Bahasa
Inggeris bagi menggantikan Bahasa Malaysia. Peralihan bahasa ini secara konsistennya
dikaitkan dengan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan rakyat Malaysia,
khususnya para pelajar. Agar tidak ketinggalan dalam dunia globalisasi, pada Januari 2003,
Malaysia menggunakan bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan
teknologi (melalui dua subjek, iaitu sains dan matematik di peringkat sekolah). Ia dikenali
sebgai PPSMI. Melalui peralihan ini, bahasa Melayu yang semenjak kemerdekaan pada 1957,
merupakan bahasa perantaraan untuk kemajuan bangsa dan negara di dalam dan di luar
Malaysia, tidak boleh dianggap sebagai aset lagi.(Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011)
10
GLOBALISASI DARIPADA ASPEK EKONOMI
Globalisasi politik sebenarnya berkait rapat dengan globalisasi ekonomi. Hal ini kerana,
sesebuah negara itu akan mengadakan jalinan mesra dengan negara lain untuk mendapatkan
keuntungandan kerjasama dari segi ekonomi.
Globalisasi ekonomi adalah merujuk pada peningkatan pergantungan ekonomi negara
di seluruh dunia melalui penambahan pantas dalam gerakan lintas sempadan barangan,
perkhidmatan, teknologi dan modal. Ia adalah proses menambah integrasi ekonomi di antara
negara, membawa munculnya pasaran global atau pasaran dunia tunggal. Bergantung pada
paradigma, globalisasi dapat dilihat sebagai suatu fenomena positif atau negatif.
Dari perspektif sejarah, Malaysia telah memulakan sistem perdagangan bersama
dengan negara luar sejak abad ke-13 dengan kemunculan pedagang-pedagang daripada Asia
Barat, China, India, Kepulauan Melayu serta beberapa buah negara lain. Fenomena hubungan
perdagangan dengan negara luar telah berkembang seiring dengan berkembangnya Melaka
sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15. Jadi, fenomena ekonomi terbuka ini bukanlah
fenomena yang bermula pada abad ke-20 malah fenomena ini telah berlaku lebih awal
daripada itu. Akibat pengaruh globalisasi, ekonomi bebas atau liberalisme telah
diperkenalkan. Ekonomi pada masa kini menjadi lebih terbuka serta mampu meninggalkan
impak yang besar terhadap negara penerima. Melalui konsep ini, semua negara mengamalkan
prinsip langit terbuka iaitu mereka bebas melakukan perdagangan dan pelaburan modal
dengan sesiapa pun tanpa sekatan. Secara umumnya, kewujudan ekonomi bebas mampu
memberikan manfaat yang besar kepada negara yang terlibat tetapi sekiranya berlakunya
kemelesetan ekonomi, seluruh negara terkena tempiasnya. Hal ini dapat kita lihat semasa
berlakunya kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1990-an, Malaysia juga tidak terkecuali.
Pada masa itu, nilai mata wang Malaysia telah jatuh merundum disebabkan permainan
ekonomi liberal yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat merupakan sebuah
kuasa besar yang sangat berpengaruh dalam hal ekonomi. Krisis yang melibatkan Asia Timur
dan Asia Tenggara merupakan krisis paling teruk yang pernah di alami. Antara negara yang
terlibat ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Korea (Hasnah Hussein, 2011).
Seterusnya ialah berlakunya pelaburang asing atau FDI. FDI masih baru dalam
ekonomi di Malaysia tetapi ia telah mengembangkan sektor ekonomi negara khususnya
dalam bidang perimdustrian. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bertindak
sebagai titik permulaan perhubungan untuk para pelabur yang berhasrat mengadakan projek-
11
projek dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan di Malaysia.
Pelabur asing amat berminat untuk berlabur di negara kita atas faktor-faktor tertentu.
Antaranya ialah:
Kestabilan politik dan ekonomi
Hal ini kerana pelabur akan memikirkan risiko yang bakal dihidapi kerana setiap pekerjaan
akan ada risikonya. Justeru, mereka perlu memikirkan faedah yang mereka bakal perolehi
sekirang berlabur di negara ini.
Ketelusan sistem pentadbiran
Antara faktor yang menarik minat pelabur asing ialah kemampuan Malaysia membentuk
pemerintahan yang demokratik. Hal ini kerana, pelabur memerlukan undang-undang yang
adil untuk mengiktiraf pelaburan mereka di negara kita serta menjalankan perniagaan dengan
baik.
Potensi pasaran
Untuk menarik pelabur asing, Malaysia perlu mempunyai pasaran yang baik dan boleh
diterima di peringkat global. Justeru, Malaysia perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap
dan moden serta membekalkan bekalan tenga buruh yang mencukupi untuk pelabur asing.
Malaysia perlu fikir adakah negara kita mampu menyediakan tenaga buruh yang berkualiti
tinggi serta berprofesional kerana pihak pelabur memerlukan buruh yang berkemahiran
tinggi khususnya dalam bidang teknikal untuk membantu mereka memajukan pelaburan
mereka.
Sistem komunikasi yang berkesan
Sistem komunikasi yang berkesan mampu menarik minat pelabur asing. Terutamanya seperti
syarikat-syarikat multinasional (MNCS). Ia merangkumi sistem pengangkutan dan
perhubungan yang moden mengikut keadan semasa. Sistem perhubungan yang berteknologi
tinggi mempengaruhi aliran modal antaranbangsa ke sesebuah negara seperti FDI senang
diadakan.
Malaysia amat memerlukan bantuan pelabur asing atau FDI kerana faktor-faktor
kekurangan teknologi tinggi, kekurangan kepakaran, pasaran dan sumber tenaga. Sehingga
kini antara negara yang menjadi pelabur ialah Jepun, Asia Barat, Amerika Syarikat dan
China. Dalam hal ini, Malaysia sepatutnya tidak boleh terlalu bergantung dengan bantuan
12
pemodal asing untuk selama-lamanya. Jadi untuk meningkatkan ekonomi negara, Malaysia
perlulah memberikan tumpuan terhadap peningkatan eksport, penambahan produktiviti, di
samping pertingkatkan pelaburan domestik (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011).
Di samping itu, wujudnya organisasi antarabangsa yang berpengaruh juga
mempengaruhi globalisasi. Globalisasi telah mewujudkan beberapa buah badan antarabangsa
yang boleh memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi secara global. Antaranya
ialah, WTO, IMF, World Bank dan juga OPEC. Setiap badan tersebut bertanggungjawab
dalam menentukan pola, perjalanan serta pengurusan kewangan dunia melalui cara
memberikan pinjaman kepada negara yang memerlukannya. Kebiasaannya kepada negara
yang kurang maju serta negara miskin. Mereka juga bebas menetapkan kadar faedah dan
adakala negara peminjam terus menjadi miskin dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada
badan ini terutamanya International Monetary Fund (IMF). IMF merupakan suatu organisasi
antarabangsa yang dibentuk pada tahun 1947 yang berusaha untuk menjaga kerjasama dan
menetapkan mata wang yang teratur antara negara anggota. (Mardiana Nordin dan Hasnah
Hussin 2011).
KESAN-KESAN GLOBALISASI
Kesan-kesan positif
Sebagaimana yang kita sedia maklum, globalisasi banyak menyumbangkan kemajuan kepada
negara di samping menjadikannya sebagai salah satu kuasa yang mampu membuatkan negara
lain ingin mendapatkan khidmat serta bekerjasama dengannya. Dalam pada itu, Malaysia kini
juga merupakan sebuah negara yang kian dikenali sebagai sebuah negara membangun yang
rancak mengusahakan pelbagai bidang termasuk teknologi, ekonomi dan pertanian.
Justeru itu, banyak kesan positif yang boleh dihuraikan melalui globalisasi yang
bertindak sebagai agen kemajuan negara. Salah satunya ialah ekonomi negara semakin
berkembang meluas. Hal ini kerana, kemajuan bidang teknologi maklumat serta komunikasi
memberi impak yang sangat besar. Ini boleh dilihat melalui bagaimana perdagangan
antarabangsa masa kini yang kebanyakannya menggunakan teknologi yang maju. Para
peniaga mampu memasarkan produk-produk mereka hingga ke pasaran antarabangsa. Urusan
jual beli dan perbincangan untuk mencapai persetujuan akan diadakan menerusi persidangan
video. Kerana banyaknya kemudahan serta inovasi dalam perkembangan ekonomi masa
kinilah yang menyebabkan kemunculan peniaga-peniaga baru di laman sosial umpama
13
cendawan yang tumbuh selepas hujan. Perkara inilah yang merancakkan lagi kepesatan
ekonomi Negara.(Fadhli Ismail, 2013)
Selain itu, antara kesan positif daripada globalisasi yang berlaku ialah berjaya
mewujudkan kesefahaman sejagat yang mana sistem komunikasi memudahkan interaksi
antara dua pihak yang saling berhubung. Dalam pada itu, komunikasi yang berkesan antara
dua pihak mampu menggalakkan pertukaran ilmu pengetahuan disamping memberi informasi
tentang budaya sesebuah masyarakat. Maka dengan itu, perhubungan yang dijalinkan akan
bertambah erat dan utuh selain berupaya mengurangkan salah faham. Dengan kewujudan
pelbagai laman sosial masa kini yang mempunyai pengaruh yang kuat, pelbagai berita boleh
tersebar dengan cepat dan pantas. Di samping itu, sekiranya berlaku bencana alam atau
penindasan terhadap penduduk sebagaimana yang berlaku di Palestin, Syria serta Rohingya,
bantuan dapat disalurkan dengan segera. Hal ini kerana, masyarakat menyebarkan berita
melalui pelbagai saluran komunikasi sehingga menjadi viral (Fadhli Ismail, 2013).
Seterusnya, globalisasi yang berlaku di sesebuah negara mampu meningkatkan
teknologi sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat apabila pelaburan asing membawa masuk
teknologi yang baru ke negara anggota kerjasamanya. Berikutan dengan itu, pelabur-pelabur
luar akan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di mana boleh
meningkatkan peluang pekerjaan di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk
mempelajari dan memiliki teknologi baru dan canggih. Hal ini akan memberi semangat baru
untuk rakyat tempatan untuk menggunakan teknologi canggih ini selain mampu menjalankan
penyelisikan dan pembangunan yang baharu pula (Fadhli Ismail, 2013).
Selain itu, globalisasi turut memberi kesan terhadap politik sesebuah negara.
Hubungan erat antara Malaysia dan negara-negara luar seperti Sweden, Jerman, Brunei,
Tunisia dan negara-negara lain dari pelbagai benua dalam bidang politik memberi kesan yang
baik dalam bidang-bidang seperti bidang ekonomi dan bidang sosial. Dalam pada itu, ada
juga kerajaan yang telah menggubal peraturan bagi menangani isu-isu seperti isu
perdagangan, hak asasi dan isu alam sekitar yang giat diperkatakan hari ini.
Tambahan lagi, kesan positif lain ialah berdasarkan sistem sosialnya yang mana
perkembangan sistem pendidikan dengan adanya internet berkembang dengan pesat.
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf
dunia dapat dilaksanakan di negara ini disamping mampu menggiatkan pembelajaran
sepanjang hayat yang mana rakyat tidak terhalang untuk mendapat pendidikan dari pelbagai
14
sumber dan teknologi terbaharu. Di samping itu, globalisasi yang berkembang di sesebuah
negara juga memberi pendedahan kepada rakyat perihal pelbagai pengetahuan seperti ilmu
tentang pemakanan seimbang, cara mendidik anak dan lain-lain. Hal ini memberi kesan
kepada cara pemikiran rakyat dan menjadikan rakyat berfikiran lebih terbuka dan
berwawasan.
Kesan-kesan negatif
Walau bagaimana pun, globalisasi juga mendatangkan kesan negatif yang seharusnya
dikawal oleh kita sebagai pengguna dan juga objek yang harus bergerak seiring dengan
globalisasi ini. Antaranya, globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi di mana negara
yang mundur akan senantiasa dilihat mundur dan negara yang maju terus dilihat maju. Hal ini
disebabkan oleh, negara maju mampu memanipulasi ekonomi negara-negara lain demi
kepentingan mereka.
Selain itu, globalisasi juga boleh menyebakan pencemaran budaya disebabkan oleh
penggunaan teknologi tanpa kawalan. Budaya liar yang langsung tidak ditapis dapat dilihat
melalui video-video yang mudah dijumpai di laman-laman sesawang akan menyebabkan
generasi muda yang bersifat ingin tahu dan suka mencuba mudah terikut-ikut. Budaya kuning
ini akhirnya akan dilihat sebagai satu kebiasaan yang tidak lagi menjadi isu pada suatu masa
akan datang. Generasi tua tidak lagi mampu untuk membentuk anak muda kerana ianya akan
menjadi budaya yang dominan dalam masyarakat kita. Hal ini akan memberi impak yang
besar kepada negara di mana rakyat tempatan tidak lagi punya identiti diri dan mengalami
keruntuhan akhlak. Hal ini begitu merisaukan kita kerana kita merupakan sebuah negara yang
amat tinggi nilai budi dan adatnya (Fadhli Ismail, 2013).
Di samping itu, implikasi terhadap tingkah laku negatif ini ialah boleh meningkatkan
statistik jenayah siber yang berlaku pada masa kini. Bermacam-macam jenayah siber yang
berlaku di Malaysia hari ini. Menurut data yang dikeluarkan pada 2014 melalui laporan yang
dibuat oleh Ancaman Keselamatan Sophos (2013), Malaysia merupakan negara ke-6 yang
sangat terdedah kepada jenayah siber. Hal ini amat merisaukan semua pihak. Perkara ini
sering kali berlaku kerana wujudnya individu yang mementingkan diri untuk mendapatkan
keuntungan berlipat ganda hasil dari penipuan dan propaganda yang direka-reka. Ramai juga
yang sudah mengetahui taktik ini namun tetap juga terpedaya kerana tertarik dengan
pulangan yang dijanjikan.
15
Seterusnya, globalisasi yang memecut laju pada era ini turut menyumbang kepada
kejatuhan kerajaan sedia ada di dunia. Ini kerana campur tangan atau bantuan kumpulan-
kumpulan tertentu yang memberi pelbagai alasan yang anataranya ialah untuk
membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas. Hal
pernah tejadi kepada negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan dan Mesir. Di samping itu,
kemajuan teknologi yang dikecapi hari ini boleh memberi implikasi besar kepada
keselamatan negara apabila adanya kemungkinan berlaku pengintipan bagi mendapatkan
maklumat musuh-musuh oleh negara-negara maju yang mempunyai sistem pengintipan
tercanggih. Merekaa juga mapumenggodam sistem pertahanan negara yang lemah sambil
mencari kekuatan dan kelamahan sistem pertahanan sesebuah negara. (Fadhli Ismail, 2013)
Dalam pada itu, globalisasi turut memberi kesan terhadap pendidikan dan sosialisasi
masyarakat hari ini. Sebagai contoh, bahasa kebangsaan semakin dipinggirkan dek
penggunaan bahasa pasar dan bahasa rojak yang melampau. Tambahan lagi, kerap kali
penggunaan Bahasa Inggeris diutamakan sebagai bahasa pengantar di internet. Selain itu,
berlaku juga pengkormesialan pendidikan bila mana buku-buku dan bahan ilmiah boleh
dimuat turut dan di beli dengan sewenang-wenangnya dengan harga yang murah. (Fadhli
Ismail, 2013)
Tambahan lagi, antara kesan buruk globalisasi ialah sikap kebergantungan manusia
terhadap teknologi semakin serius. Kita semakin mengharapkan kecekapan teknologi
daripada kepandaian yang ada pada minda kita sendiri. Terlalu banyak perkara yang
dilakukan hari ini bergantung kepada mesin dari mula mencelikkan mata di pagi hari
sehinggalah kepada kembali melellapkan mata ada malamnya. Sikap terlalu bergantug
kepada mesin ini boleh membuatkan manusia semakn malas dan tidak lagi peka terhadap
perihal-perihal sensitif yang berlaku di sekelilingnya. (Fadhli Ismail, 2013)
Seterusnya, dari aspek ekonomi, globalisasi menghakis dasar untuk melindungi
produk keluaran tempatan. Produk-produk tematan terpaksa bersaing dengan produk-produk
import yang ternyata lebih dikenali serta mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Begitu
juga dengan syarikat-syarikat kecil yang baru tumbuh. Mereka akan ketinggalan hasil
daripada monopoli syarikat multinasional yang menapak di negara ini dan hasilnya syarikat
tempatan yang baru bertatih terpaksa gulung tikar kerana tidak mendapat tempat di hati
penguna. Di samping itu, akan berlakulah kesukaran dalam mengawal aliran modal asing
yang mana lebih banyak wang dialirkan ke luar berbanding masuk ke poket negara sendiri.
16
Hal ini akan menyebabkan kemelesetan ekonomi apabila nilai mata wang jatuh. Maka, akan
berlakulah manipulasi dalam pasaran saham dunia (Fadhli Ismail, 2013)
KESIMPULAN
Secara rasionalnya, globalisasi merupakan satu cabang usaha dalam aspek penerapan budaya
dan cara hidup. Ianya bergantung pada agenda kuasa besar dunia yang mahukan perubahan
secara drastik dan menyeluruh. Dalam hal ini, sekiranya globalisasi tidak diambil dari sudut
positif, ianya akan menjadi sebuah cabaran yang besar kepada masyarakat dunia amnya. Bagi
mengelakkan permasalahan globalisasi timbul secara tidak sihat, adalah diwajarkan untuk
menerima globalisasi dengan cara yang bijaksana. Masyarakat dunia wajar menanganinya
dengan proses saringan. Proses saringan ini menggalakkan kemasukan globalisasi mengikut
keperluan.
Secara konseptualnya, globalisasi merupakan aspek yang sangat penting dalam
meningkatkan ekonomi negara. Justeru itu, rakyat marhaen harus bijak dalam
mengaplikasikan globalisasi dalam kehidupan lantas menggarap globalisasi dalam aspek
kebaikan. Dalam masa yang sama, teknologi merupakan alat globalisasi yang ampuh. Hal ini
kerana, dengan adanya teknologi, istilah globalisasi dapat digarap dengan mudah. Bertepatan
dengan istilah globalisasi yang mencirikan pada pemusatan sesebuah masyarakat lantaran
kepesatan teknologi yang memudahkan lagi hubungan antara masyarakat. Oleh yang
demikian, kemudahan ini perlulah digunapakai seiring dengan keperluan agar ianya
dimanfaatkan sebaiknya. Masyarakat juga perlu cakna agar kemajuan yang berlaku tidak
ditolak secara mentah-mentah kerana kemajuan yang wujud mampu mendatangkan kebaikan
seandainya digunakan dengan sewajarnya.
Dalam hal ini, masyarakat dunia khususnya seharusnya bersedia dalam menghadapi
globalisasi. Hal ini kerana, globslisasi merupakan sebuah wacana yang mampu merubah
sesebuah ketamadunan dunia. Manusia sejagat seharusnya menggunakan globalisasi dengan
sewajarnya supaya globalisasi yang ada pada masa kini akan benar-benar mendatangkan
faedah kepada penduduk ketamadunan dunia.
17
RUJUKAN
Fadhli Ismail. 2013. Kesan-kesan Globalisasi. http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/isi-kesan-kesan-globalisasi.html
Kholidah Nastain. 2013. Dampak Perkembangan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Era Globalisasi http://nastaui.blogspot.com/2013/01/dampak-perkembangan-teknologi-informasi.html
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2011. Pengajian Malaysia. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Rohana Yusof. 2006. Asas Sains Sosial. Kuala Lumpur. Dawama Sdn Bhd.