Download - SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
1/8
SAHAM AMANAH KONVENSIONAL : AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)
Pendahuluan:
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk
membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya
ialah dengan mengumpulkan dana dari kaum bumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-
syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan
pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istimewa
kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras
yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah
kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah,
sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi
penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.
Sehingga hari kemerdekaan, ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakansebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah
menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang
dilaksanakan di Negara ini . Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi
agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang di namakan
Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) ini.
Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di
samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra
di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Dasar Ekonomi Baru sudah
tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai
tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu
hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan
kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai
sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
2/8
mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang
kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak
dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh
dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka
tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini
ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah
sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.
Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini,
bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan
semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan
wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-progrem amanah sepertiASB ini.
Permasalahan
Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif
yang ada menghadapi berbagai rintangan termasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara
rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat
dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter
haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudian, pengambilan riba dan
sebagainya.
Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian
keuntungan, iaitu suatu alternatif yang memberi jaminan halal berbanding kaedah
konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak,
kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah
perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi
skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan
oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang
lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.
Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB
dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
3/8
Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan
kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.
Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidak
halal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah yang
bermaksud apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram
akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan
dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur denga sesuatu yang haram.
Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah
gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan
menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan
ASB di kaunter - kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh
menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim
berkenaan menjadi haram.
Kekeliruan
Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada kaedah penentuan hukum
yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan
kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum
ini merupakan suatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu
sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan
sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan
aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal . Dengan kata lain, pandangan di
atasadalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut
praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Secara ringkasnya, hubungan antara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para
pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang
bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung.
Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang
halal. Ia bukan suatu badan tidak halal , seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat
kerjanya sendiri haram.
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
4/8
Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di
Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas
halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia
menawarkan khidmat kepada masyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti
gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.
Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh
bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam
secara umum tidak akan bertukar menjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat
yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma
orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak
Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetapboleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.
Samalah juga dengan kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya.
Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya
sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak.
Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana
perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.
Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh
dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air
mustamal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah .
Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan
bukan Islam dibolehkan ,bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air
itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak
boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.
Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasidal-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan
ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali
kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang
dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
5/8
Status Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan
bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah
Saham Bumiputera (ASB) adalah harus. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul
Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim
berkenaan juga adalah harus.
"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi
terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," - Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin
Hasil keputusan Fatwa Kebangsaan ini menimbulkan keraguan kepada orang ramai kerana
terdapat beberapa institusi islam lain yang mempunyai keputusan yang bercanggah dengankeputusan Fatwa Kebangsaan ini . Majlis Fatwa Selangor , Majlis Fatwa Kedah dan Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti antara yang menolak status kehalalan ASB dan ASN
kerana terdapat elemen percampuran yang melebihi sukatan yang dibolehkan. Status 37%
haram dalam percampuran pelaburan ASB dan ASN terlampau tinggi dengan nilai yang
dibenarkan iaitu sebanyak 5% , 10% dan 25% . Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan
Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang
bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah
daripada sektor kewangan konvensional.
Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah
mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan
akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti
Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.
Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing
untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung
kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih
berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Hujjah utama Majlis Fatwa yang digunakan dalam penentuan status Halal ASB dan ASN
adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara
pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau
kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
6/8
mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar) , hasilnya ia difatwakan
harus.
Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang
amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti
penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar
dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk pengaruh (influence) dunia
dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak
yang dikehendaki oleh Islam.
Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri
kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau
menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru
ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai
hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya
(jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.
Terdapat cadangan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syariah di Permodalan Nasional
Berhad dan ia merupakan satu cadangan yang baik. Diharapkan majlis Shariah akan datang
ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan
'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak
perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang
agak longgar.
Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya, ia pasti ada hasil dalam dividen.
Nabi s.a.w kata :-
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah
harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ;
Riwayat Ibn Hibban, 11/312)
Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar
37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
7/8
Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk
mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Kriteria Saham Amanah yang Dibenarkan.
Secara umumnya, untuk memastikan pelaburan yang dijalankan mematuhi prinsip-prinsip
Syariah dan amalan fiqh muamalat, maka ia mestilah mematuhi kriteria sepertimana yang
telah digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti. Dalam
mengklasifikasikan sekuriti yang diluluskan, MPS telah menggunakan kaedah aktiviti utama
sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut
Harga Automasi Malaysia (MESDAQ).
Antara kriteria yang telah digariskan oleh MPS dalam mengklasifikasikan sekuriti yang
diluluskan adalah seperti berikut:
1) Aktiviti utama syarikat mestilah tidak berteraskan riba.
2) Aktiviti utama syarikat adalah tidak termasuk dalam kategori perjudian.
3) Aktiviti utama syarikat adalah tidak terlibat dengan pengeluaran dan penjualan barangan
dan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam.
4) Aktiviti utama syarikat adalah tidak mempunyai elemen-elemen gharar (ketidakpastian)
seperti perniagaan insurans konvensional.
Manakala bagi syarikat yang mana aktiviti utamanya adalah terdiri daripada aktiviti yang
dibenarkan Syariah, tetapi terdapat juga aktiviti sampingan yang haram dengan nisbah yang
kecil (syarikat bercampur), MPS telah mempertimbangkan beberapa kriteria tambahan
sebelum memasukkannya dalam senarai sekuriti yang diluluskan Syariah, iaitu :
1) Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
Syariah sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, manakala unsur haram adalah amat
kecil berbanding dengan aktiviti utamanya.
-
8/2/2019 SAHAM AMANAH KONVENSIONAL
8/8
2) Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik.
3) Aktiviti utama syarikat perlulah mempunyai maslahah, iaitu untuk kepentingan umum
umat Islam dan negara. Manakala unsur haram yang ada adalah amat kecil, hanya melibatkan
perkara umum balwa ,uruf dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.
Di samping itu, MPS juga menggariskan beberapa ukur rujuk tertentu bagi memastikan unsur
haramnya adalah sangat kecil dan berkaitan dengan perkara-perkara yang dimaafkan oleh
Syarak. Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras dengan prinsip Syariah
melebihi ukur rujuk yang telah ditetapkan, maka sekuriti tersebut akan diklasifikasikan
sebagai sekuriti
yang tidak lulus Syariah. Ukur rujuk tersebut ialah:
1) Ukur rujuk 5 %
Ukur rujuk ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas
keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti
bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.
2) Ukur rujuk 10 %
Ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur
umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan ramai orang dan sukar untuk
dielakkan. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.
3) Ukur rujuk 25 %
Ukur rujuk ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara
umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam,
namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara
aktiviti yang mempunyai ukur rujuk ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat
peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya, kerana aktiviti tersebut
berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.