Download - RTPJ1 Proposed Amendment Dec 2013
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
i
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 TUJUAN 1
2.0 PERUNTUKAN PERUNDANGAN 2
3.0 PROSEDUR PENYEDIAAN PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN 3
4.0 KEPERLUAN PENGUBAHAN 4
5.0 PELAN KESELURUHAN LALUAN DAN STESEN REL DI PETALING 5
JAYA
6.0 CADANGAN ZON PERANCANGAN TRANSIT DI DALAM DRAF 6
RTPJ 1 (PENGUBAHAN 2)
7.0 KESIMPULAN 7
Senarai Rajah
Rajah 3.1: Prosedur Penyediaan Pengubahan Rancangan Tempatan 3
Di Bawah Subseksyen 16 (1) Akta 172
Rajah 5.1: Pelan Keseluruhan Laluan Dan Stesen Rel Di Petaling Jaya 5
Rajah 6.1: Cadangan Zon Stesen LRT Taman Jaya 6
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
1
1.0 TUJUAN
Laporan ini disediakan untuk tujuan pemeriksaan semasa program publisiti
awalan terhadap Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) 1
(Pengubahan 2). Laporan ini boleh dijadikan asas kepada pemilik tanah,
pemaju, orang awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak - pihak
yang berkepentingan untuk mengemukakan sebarang cadangan dan
pandangan sepanjang tempoh program publisiti dijalankan.
Penyediaan Draf RTPJ 1 Pengubahan (2) oleh Majlis adalah mengikut
peruntukan subseksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta
172). Perkara ini telah dipersetujui didalam Jawatankuasa Pembangunan
Mampan Majlis Bil. 4 Tahun 2013 pada 17hb Jun 2013 dan disahkan di dalam
Mesyuarat Penuh Majlis pada 26 Jun 2013.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 2/2013 pada 22hb.
Julai 2013 telah membuat keputusan seperti berikut:
i) Bersetuju Konsep TOD (Transit Oriented Development) di dalam
perancangan pembangunan Petaling Jaya
ii) Bersetuju cadangan Garis Panduan Pemberian Nisbah Plot Di Kawasan Zon
TOD dengan mengambilkira keperluan penyediaan kemudahan-kemudahan
awam dan penyediaan kawasan lapang yang mencukupi berdasarkan
keperluan kawasan lapang / orang bagi pembangunan berbentuk vertical.
iii) Bersetuju supaya zon-zon TOD diambilkira di dalam penyediaan RTPJ 2
(Pengubahan 1) 2020 dan RTPJ 1 (Pengubahan 2).
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
2
Draf Laporan RTPJ1 Pengubahan (2) ini mengandungi cadangan perubahan
intensiti pembangunan di dalam tapak yang dikenalpasti sebagai zon
Perancangan Transit. Selain daripada perubahan yang dicadangkan tersebut,
kandungan lain yang terdapat di dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1
(Pengubahan 2) dikekalkan dan tidak melibatkan sebarang perubahan atau
pembatalan.
2.0 PERUNTUKAN PERUNDANGAN
2.1 Berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172), pengubahan Rancangan Tempatan boleh dilaksanakan
merujuk kepada peruntukan-peruntukan berikut :
a) Subseksyen 16(1), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh
pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan,
pembatalan atau penggantian suatu Rancangan Tempatan.
b) Subseksyen 16(2), iaitu Jawatankuasa boleh memberi arahan
kepada PBPT berkaitan pengubahan, pembatalan atau
penggantian sesuatu Rancangan Tempatan dan PBPT hendaklah
melaksanakan arahan tersebut dengan secepat mungkin.
c) Subseksyen 16(3) dengan mematuhi peruntukan subsekyen 12(8)
dan (9), seksyen 13, 14 dan 15 berhubung cadangan pengubahan
tersebut.
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
3
3.0 PROSEDUR PENYEDIAAN PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN
Rajah 3.1: Prosedur Penyediaan Pengubahan Rancangan Tempatan Di Bawah
Subseksyen 16 (1) Akta 172.
Inisiatif dan usaha untuk meminda RT
daripada PBPT
Merujuk kepada Mesyuarat Majlis
Penuh PBT untuk kelulusan
Keputusan / Arahan JPN subseksyen 4
(7) dan Seksyen 16 (3), Akta 172
Memastikan pindaan adalah selaras
dengan RSN dan membuat apa-apa
pertimbangan lain yang berkaitan atau
yang telah ditetapkan oleh JPN.
Seksyen 12 (8) Akta 172
Mengadakan Publisiti Awal Seksyen
12A Akta 172
Pewartaan Rancangan Tempatan
(Pengubahan) Subseksyen 15 (4), Akta 172
Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri
Subseksyen 15 (1C) Akta 172
Keputusan Jawatankuasa Perancang
Negeri Seksyen 15, Akta 172
Jawatakuasa Siasatan Tempatan dan Pedengaran Awam Seksyen 14, Akta 172
Program Publisiti dan Penyertaan Awam DRT Seksyen 13, Akta 172
Pindaan mengikut Blok-Blok Perancangan Kecil
Laporan Draf Rancangan Tempatan
(Pengubahan) Seksyen 12 (3) Akta 172
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
4
4.0 KEPERLUAN PENGUBAHAN
Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 1) telah diwartakan pada
14hb Jun 2007 (No.Warta 1542).
Keperluan pengubahan kepada Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1
(Pengubahan 2) adalah berdasarkan justifikasi-justifikasi seperti berikut:-
(i) Kawasan komersil seperti yang ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan
Petaling Jaya 1 (RTPJ 1) (Pengubahan 1) yang diwartakan pada
14.6.2007 (No. Warta 1542) yang berada di dalam jarak 400 meter atau
kurang daripada stesen-stesen transit rel ringan (LRT) dan MRT.
(ii) Senarai lokasi Zon Perancangan Transit adalah seperti berikut:
(a) Stesen LRT:
Stesen Taman Jaya
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
5
5.0 PELAN KESELURUHAN LALUAN DAN STESEN REL DI PETALING JAYA
Rajah 5.1: Pelan Keseluruhan Laluan Dan Stesen Rel Di Petaling Jaya
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
6
PELAN KUNCI PELAN LOKASI
U
Zon Perniagaan dan Perkhidmatan
Zon Perumahan
Institusi dan Kemudahan Masyarakat
Lain-Lain Gunatanah
Stesen LRT
Laluan LRT
PETUNJUK:
Zon TOD
JALA
N 2/57 JA
LAN 2/54
Jala
n
SS
2/4
4
Jalan SS 2/54
MALAYSIAN OXYGEN
SHELL
Lingkungan
400m
Lingkungan 800m
6.0 CADANGAN ZON PERANCANGAN TRANSIT DI DALAM DRAF RTPJ 1
(PENGUBAHAN 2)
Rajah 6.1: Cadangan Zon Stesen LRT Taman Jaya
-
Laporan Addendum Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2)
7
7.0 KESIMPULAN
Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2) ini
adalah selaras dengan peruntukan Akta 172. Cadangan dalam Draf Rancangan
Tempatan Petaling Jaya 1 (Pengubahan 2) ini adalah mengambilkira
penyelarasan semula zon gunatanah dan potensi tapak untuk dibangunkan serta
mengambilkira dasar-dasar terkini kerajaan.