Download - rph. sejarah . psv
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN
TUGASAN PROJEK
SENI DALAM PENDIDIKAN
(WAJ 3073)
SIDANG AKADEMIK 2013- SEMESTER 4
NAMA : NITHIA A/P GENASAN
NO K.PENGENALAN : 860304-38-5852
ANGKA GILIRAN : 2013242340076
NO MATRIK : 28649
UNIT : M5
NAMA PENSYARAH : DR. KASRAN BIN MAT JIDIN
TARIKH SERAHAN : 27 MAC 2015
PENGHARGAAN
Salam sejathtera,
Bersyukur kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi Subjek Seni dalam Pendidikan. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis
yang amat berharga dan bermakna dalam dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Justeru itu , saya juga
telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci
tentang kepentingan seni dalam pendidikan. Dalam kesempatan ini saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En. Kasran Bin
Mat Jidin. kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli
keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan
bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
sokongkan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempuna.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik
mahupun seni lakonan. Hal Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima
bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini
mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil
dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak
kecil, mahupun golongan yang lebih tua.
Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir.
Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih
merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya
golongan tertentu sahaja yang benar-benar menghayati seni visual dalam erti kata
penghayatan estetika selayaknya.
Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun
masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam
membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali
sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka
sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya
masih diletakkan pada tempat yang sama.
Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu
menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur
berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas
kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di
sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi.
Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat
mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.
Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
RANCANGAN PENGAJARAN SEJARAH TAHUN
Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 4 Maju
Tema / tajuk Sejarah Awal Negara / Zaman Para Sejarah
Msa / Tarikh 8.40 – 9.40 pagi / 15 April 2015
Standard Kandungan 3.1 Kehidupan manusia prasejarah
Standard Pembelajaran: 3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarahK3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, murid akan dapat :i. menghuraikan maksud prasejarahii. melengkapkan jadual berhubung zaman-zaman utama pra
sejarah melalui permainan Misteri Dirikuiii. menghasilkan sebuah model kehidupan manusia pada zaman Prasejarah.
Aktiviti1. Menonton tayangan video tentang zaman pra sejarah2. Bercerita tentang situasi zaman pra sejarah 3. Penghasilan model pepatung ”kehidupan manusia
Prasejarah”4. Menghasilkan duan rangkap pantun tentang zaman
prasejarah.5. 5. Penutup kognitif dan sosial
Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
Nilai Murni: bersyukur Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah Elemen Kewarganegaraan: Menghargai sejarah asal usul segara Bahasa: kemahiran mencipta pantun
Bahan Bantu Komputer, LCD,DVD, buku teks, bahan permainan Misteri Diriku, kad arahan
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video berhubung zaman pra sejarah
2. Murid menjawab soalan guru secara lisan berkaitan klip video yang ditayangkan:
a) Siapa tahu tajuk cerita ini?b) Apakah yang awak faham tentang video
tadi?c) Bagaimana kehidupan pada zaman itu?
3. Murid mendengar penerangan guru yang mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk pelajaran hari ini.
Nilai murni:
-bersyukur membuat
interpretasi
-TMK
Kemahiran Berfikir:
-Menjana Idea-menghubung kait
BBM:
-Komputer riba,
LCD, DVD
Aktiviti 1 (10 minit)
1. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan duduk dalam stesen.
2. Guru meminta murid membuka buku teks m.s 72 - 77 kepada setiap kumpulan.
3. Murid diminta membaca bahan tersebut secara senyap
4. Guru bersoal jawab dengan murid berhubung zaman pra sejarah
5. Murid diminta menjelaskan maksud pra sejarah
Nilai
menghargai sejarah
awal
KB:
menjana idea
Aktiviti 2 (25 minit)
1. Guru bercerita tentang kegiatan manusia pra
sejarah
2. Murid diminta mengahasilkan Model
pepatung kehidupan manusia pada zaman
prasejarah
3. Dengan bantuan dan bimbingan guru, murid
akan menghasilkan sebuah ”model pepatung”
lengkap yang menceritakan kehidupan manusia
pada Zaman Prasejarah.
4. Murid – murid menggunakan polisterin dan
kepingan kotak untuk menghasilkan model
Nilai:
bekerjasama
menghormati kawan
memberi sebab
menerokai bukti
Menjelaskan kegiatan
masyarakat prasejarah
kepercayaan manusia prasejarah
pepatung tersebut.
6. Murid diminta menceritakan tentang
kehidupan manusia berdasarkan model yang
telah dihasilkan.
Aktiviti 3 (15 minit)
1. Guru bercerita tentang kegiatan manusia pra sejarah
2. Murid diminta mencipta dua rangkap pantun mengenai sikap masyarakat pra sejarah.
3. Beberapa orang murid diminta membacakan pantun yang dihasilkan.
EMK – bahasa
MI- interpersonal
dan verbal linguitik
KB:
menjana idea
kreatif
menghasilkan dua rangkap pantun berhubung sikap manusia pra sejarah yang perlu dicontohi.
Penutup (5 minit)
1. Guru menunjukkan semula video zaman pra sejarah
2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.
Nilai
menghargai
seajarah awal
bekerjasama
Penilaian PdP Murid memberi penerangan tentang maksud pra-sejarah melalui aktiviti soal jawab dan sesi penerangan untuk menunjukkan kefahaman berkaitan kehidupan manusia prasejarah.2. Murid menunjukkan lokasi dan menyenaraikan kegiatan manusia prasejarah melalui sessi permainan bagi menggambarkan penguasaan maklumat tentang kehidupan manusia prasejarah dan menghubungkaitkan dengan kehidupan masa kini.
3. Murid Menghasilkan ”model pepatung kehidupan manusia zaman prasejarah untuk menggambarkan keupayaan murid membuat penilaian tentang kehidupan manusia prasejarah dengan kehidupan masa kini.
Refleksi Kekuatan, kelemahan PdP dan cadangan penambahbaikan