Download - Rph p.moral thn 3
1
FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral Tahun 2 Bestari
2. Tema / tajuk : Berterima kasih / Inilah Caranya!
3. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60 minit)
4. Standard Pembelajaran : 4.1.1, 4.1.2
5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i. menyatakan cara memberi penghargaan kepada keluarga
ii. menyatakan kepentingan memberi penghargaan kepada
keluarga
6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Menjana idea beberapa cara memberi penghargaan kepada keluarga secara lisan atau
dengan menggunakan bahan.
ii. Sumbang saran berkaitan kepentingan memberi penghargaan kepada keluarga.
iii. Murid menghasilkan kad sempena Hari Ibu /Hari Bapa dengan menggunakan komputer.
7. EMK:
i. Kreativiti – menjana idea
ii. TMK - Menggunakan pemprosesan kata (MS Word)
8. Bahan Bantu Belajar:
Contoh Kad ucapan Hari Ibu/Bapa, gambar hadiah, jambak bunga, lembaran kerja, gam
dan gunting
9. Penilaian P dan P:
i. lembaran kerja (Padankan gambar dengan ucapan yang berkaitan dengan
penghargaan)
ii. Kad Hari Ibu/bapa yang dihasilkan oleh murid bagi menunjukkan cara memberi
penghargaan kepada keluarga.
10. Refleksi
i. 36 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.
ii. 4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.