Download - rph bm
2.0 Kaedah Pengajaran tatabahasa secara tidak langsung (Rancangan Pengajaran Harian)
Berikut merupakan sebuah rancangan pengajaran harian bahasa Melayu yang
menggunakan kaedah tidak langsung dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu, mengikut
Noraini (2003), pengajaran secara tidak langsung merupakan satu penekanan dibahagian yang
penting dan memerlukan latihan agar dapat memberikan kesan terhadap murid tersebut.
Rancangan Pengajaran Harian
Tahun : 4 Nilam
Bilangan murid : 30 orang
Masa : 7.30-8.30 pagi
Tema : Keluargaku sayang
Tajuk : Keluarga Bahagia
Fokus utama : 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul
Fokus sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Objektif :
Akhir pembelajaran, murid dapat :
i) membaca kuat teks “Keluarga Bahagia” dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi perbualan
iii) membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja dengan betul.
SISTEM BAHASA
Tatabahasa – Kata panggilan dan kata ganti nama diri
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori
ALAT BANTU MENGAJAR
Video “Lagu Keluarga Bahagia-Saujana”
Teks cerita “ Keluarga Bahagia”
Komputer
LCD
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.
Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Video “Lagu Keluarga Bahagia- Saujana”.
Soalan :
Apakah keluarga?
Keluarga terdiri daripada?
Set Induksi (5 minit)
Murid menonton tayangan video “Lagu Keluarga Bahagia”
Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan video dan lirik lagu tersebut.
Kemahiran berfikir
Nilai : Kasih sayang
BBM :
Klik di bawah untuk paparan video "Lagu Keluarga Bahagia"
Video "Lagu Keluarga Bahagia"
Teks “Keluarga Bahagia”
Soalan :
Apakah peranan ayah?
Apakah sifat ibu?
Langkah 1 (20 min):
Murid membaca kuat teks tentang “Keluarga Bahagia” secara kelas, kumpulan dan individu.
Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.
Kemahiran membaca
BBM
Klik di bawah untuk paparan teks "Keluarga Bahagia"
Teks Keluarga Bahagia
Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri
Langkah 2 (20 min):
Guru menerangkan kegunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri.
Murid mengeluarkan kata panggilan dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan.
Murid melakonkan satu situasi yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata panggilan dan kata ganti
Kemahiran Lisan