Download - Report CTU
-
1
1.0 Definisi Demokrasi
Demokrasi asal daripada perkataan Yunani iaitu demokratia: Demos rakyat; Kratia
pemerintah. Oleh itu demokrasi pemerintahan oleh rakyat , selain itu demokrasi ialah suatu
bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah
ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat
atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem
demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
2.0 Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen
a) Perlembagaan
Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Pemerintahan Malaysia
bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan
perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan
sesebuah kerajaan.
Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan
dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti
politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di
dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183
perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri
dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan,
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
-
2
b) Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan
dalam perlembagaan malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia. Dalam
pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem
pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat
Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian
kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada
sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun
1957. Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan
rakyat di negara ini. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di
negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta
rakyat yang dinaungi oleh raja.
-
3
c) Parlimen
Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang
unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
i. Yang Di-Pertuan Agong
ii. Dewan Negara
iii. Dewan Rakyat
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Terdapat
berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara
seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis
pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi
pemerintahan negara.
Selain itu juga terdapat pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk
terlibat dalam urusan pemerintahan negara. Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi
sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang
memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi
kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat.
Unsur penting dalam demokrasi ialah pemerintahan rakyat. Dalam sistem demokrasi yang
berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.
-
4
Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan
pemerintahan negara.
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-
undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan
kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
d) Pilihan Raya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat unuk memerintah samada pada peringkat negeri
mahupun persekutuan . Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang
telus dan teratur.
Pemerintahan Malaysia memaparkan amalan demokrasi berparlimen dan raja
berpelembagaan telah menjadikan pilihan raya sebagai proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri penting sistem
demokrasi berpalimen di Malaysia.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang
mendapat undi terbanyak dikira menang yang dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan
raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditubuhkan untuk
-
5
menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-
Raja Melayu.
Fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,
menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum
atau pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli
Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan
Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan
hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil
mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan
Sabah selepas kekosongan itu.
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari dan boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur
21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli
Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda
tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah
pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-
undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga
berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan
tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara,
mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan
-
6
atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah
di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu
merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
e) Kuasa Pemerintahan
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Kuasa pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan
perundangan ,badan pelaksana dan badan kehakiman.
Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan
yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak
yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Ianya Fungsi badan perundangan adalah menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat
merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69
orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator i mewakili setiap negeri dan mereka
dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya.
-
7
Dewan Negara ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti
perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu
kumpulan minoriti seperti Orang Asli. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan
pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima
tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat.
Badan pelaksanaan merupakan Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan
pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-
dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau
beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap kementerian
diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan
Setiausaha Politik.
f) Parti parti politik
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk
mencapai malamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa
pemerintahan. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekuimpulan orang yang
mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.
-
8
Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran
keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain
ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli
parti.Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah
Melayu (MCA)dan Parti Islam Semalaysia (PAS) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan
dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
-
9
3.0 Hak Kebebasan Rakyat Malaysia
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata
Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta
membentuk persatuan. Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
demokratik---bukannya penindas rakyat ataupun penyekat kepada hak-hak dan kebebasan
mereka.
Bagaimanapun, seluruh hak dan kekebasan ini pastinya mempunyai had dan sekatan yang
berpaksikan kepada soal ketenteraman awam dan keselamatan nasional. Had dan batasan ini
diwujudkan selaras dengan sensitiviti, persekitaran serta komposisi rakyat Malaysia yang
berbilang latarbelakang. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan pertembungan, perbalahan,
pertelingkahan dan konflik di kalangan rakyat di negara yang majmuk. Had dan batasan
kebebasan ini juga selaras dengan beberapa peruntukan di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia
Sejagat yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948.
Contohnya, Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan, setiap
individu mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan pendapat. Tetapi, Perkara 29(2)
deklarasi yang sama pula memaktubkan bahawa dalam melaksanakan seluruh hak dan
kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh
undang-undang khusus.
Sekatan-sekatan ini adalah bagi memastikan keperluan-keperluan yang saksama terhadap
moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat yang
demokratik. Perkara 29(3) deklarasi berkenaan pula menegaskan bahawa seluruh hak dan
kebebasan tidak boleh mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip PBB.
Menurut Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB adalah pengamalan toleransi dan
kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa;
menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan-tindakan ganas; dan
bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan persengketaan atau
lain-lain tindakan yang menjejaskan keamanan.
-
10
Perkara 30 deklarasi yang sama pula memaktubkan bahawa tiada peruntukan dalam
Deklarasi yang boleh ditafsirkan sebagai menggambarkan sesebuah negara, kumpulan atau
individu mempunyai hak untuk melakukan apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa tindakan
yang bertujuan untuk menghancurkan seluruh hak dan kebebasan yang termaktub dalam
deklarasi.
Kesimpulannya, hak dan kebebasan setiap insan manusia, walau di mana mereka berada,
waimah di Malaysia, adalah terhad dan terbatas. Had dan batasan ini pula bukan disebabkan
pihak yang mengenakan sekatan adalah tidak demokratrik. Sebaliknya kerana pihak yang
mengenakan sekatan adalah bertanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan
ketenteraman awam, keselamatan masyarakat, keselamatan nasional dan kelangsungan negara
4.0 Sejarah Perlembagaan Malaysia
Dari perspektif sejarah, Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara
yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri
daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September
1959.
Berikut adalah kronologi peristiwa-peristiwa penting ke arah pembentukan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen:
1867
Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat dtubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran Negeri-
negeri Selat (Pulau Pinang , Singapura dan Melaka) dari Syarikat India Timur Inggeris ke
Pejabat Kolonial. Majlis merupakan institusi pertama di negara yang mengadakan perbahasan
dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden.
1896
Negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan membentuk satu
-
11
gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perkembangan ini merintis jalan ke arah
pembentukan satu sistem Kerajaan Persekutuan bagi seluruh negara seperti yang ada sekarang.
Badan Perundangan Pusat masih belum wujud dan setiap negeri bergantung kepada Dewan
Undangan Negeri masing-masing untuk membuat undang-undang.
1909
Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Council) bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk
dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas- Parlimen. Majlis ini mempunyai 13
orang ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen
Jeneral British, keempat-empat Residen British serta empat orang ahli tidak rasmi. Penubuhan
Majlis ini merupakan satu langkah ke arah pemerintahan sistem demokrasi berparlimen.
1927
Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Tempat Raja-raja digantikan dengan empat orang ahli tidak rasmi. Perubahan terus berlaku
melibatkan bilangan serta tanggungjawab ahli Majlis. Majlis merupakan satu-satunya badan
yang dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perand Dunia Kedua pada Diesember 1941.
1942
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) menyebabkan terhalangnya perkembangan
perlembagaan tetapi peristiwa itu telah melahirkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat.
1946
Sebuah Majlis Penasihat (Advisory Council) dibentuk dan dianggotai oleh 13 oang ahli mewakili
Neger-negeri Melayu dan dua buat Negeri Selat Melaka dan Pulau Pinang.
British cuba menyatukan ketiga-tiga sistem pentadbiran (Negeri Melayu Bersekutu, Negeri
Melayu Tidak Bersekutu , Negeri Selat Pulau Pinang dan Melaka) Melalui rancangan Kesatuan
Malaya (Malayan Union). Malayan Union ditentang hebat terutama oleh orang-orang Melayu
yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Yang Dipertua UMNO ketika itu, Malayan Union
ditentang kerana diyakini akan menggugat kedaulatan Raja-raja Melayu.
1948
Penentangan terhadap Malayan Union menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
-
12
1948. Melalui perjanjian ini Majlis Penasihat digantukan dengan Majlis Perundangan
Persekutuan (Federal Legislative Council) dengan jumlah ahli yang dilantik seramai 75 orang (3
hali ex-officio, 11 orang ahli dari Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, 11 orang
pegawai British dan seramai 50 orang ahli tidak rasmi). Buat pertama kali Majlis Perundangan
mempunyai kelebihan dua pertiga bilangan suara ahli tidak rasmi
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan satu langkah British untuk merangka
dasar-dasar asas kerajaan berparlimen.
1951
Sistem Ahli (Member System) yang menjadi perintis kepada sistem kerajaan berkabinet/ Jemaah
Menteri seperti yang ada pada hari ini diperkenalkan. Dalam sistem ini ahli-ahli diberikan
beberapa portfolio di bawah tanggugjawab mereka.
1952
Raja-raja Melayu telah mengurniakan sebuah cCokmar kepada Majlis Perundangan Persekutuan.
Cokmar mempertingkatkan lagi status Majlis kerana Cokmar merupakan satu lambang
keagungan, kehormatan sinonim dengan kebesaran sistem demokrasi berparlimen.
1953
Persuruhjaya Tinggi berhneti mempengerusikan Majlis dan tempat beliau digantikan dengan
Yang di-Pertua yang dilantik iaitu Dato Sir Mahmud bin Mat.
1955
Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dibubarkan untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat
pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili wakyat di Majlis Perundangan
Persekutuan. Dalam pilihan raya umum pada Julai 1955 Parti Perikatan, gabungan UMNO,
MCA dan MIC berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dan beliau membentuk kKabinet atau Jemaah Menteri Pertama Tanah Melayu. Ahli Majlis
Perundangan Persekutuan bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan
raya umum (menggantikan 50 orang ahli tidak rasmi), 35 oang ahli yang dilantik mewakili
-
13
kepentingan kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi terdiri daripada Menteri Besar dan wakil-
wakil negeri. Ini ialah satu tanda kemajuan yang besar dalam perkembangan sistem demokrasi
berpalimen tanah air.
1956
YTM Tunku Abdul Rahma Putra, Ketua Menteri Tanah Melayu mengetuai satu misi ke London
untuk menuntuk kemerdekaan. Kerajaan British bersetuju seupaya sebuah kerajaan sendiri yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal dalam negeri dimulakan dengan serta merta.
1957
Satu Perlembaganan bagi Tanah Melayu telah digubal oleh badan bebas terdiri daripada pakar
undang-undang beberapa buah negara Komanwel yang diketuai oleh Lord Reid. Perlembagaan
diterima sebulat suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen
yang berpandukan model Wetminster adalah yang terbaik bagi negara ini.
1956
YTM Tunku Abdul Rahma Putra dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dengan Jemaah
Menteri seramai 12 orang.
Pada 31 Ogos 1957 pengisytiharan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka.
Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan Parlimen
sehingga dibubarkan pada Jun 1959.
Dengan Tercapainya kemerdekaan, negara buat pertama kali mempunyai lambang tumpuan taat
setia iaitu Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah DYMM Tuanku
Abdul Rahman ibni Al -Marhum Tuanku Muhammad. Mengikut Perlembagaan Persekutuan,
yang di-Pertuan Agong ialah seorang Raja yang berperlembagaan dan dipilih oleh Majlis Raja-
Raja.
1959
Satu pilihan raya umum diadakan. Berikutn itu sistem Parlimen dua Dewan yang mengandungai
institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
dibentuk.
-
14
Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada
11 September 1959. Dewan Rkyat dengan 10 orang ahli yang dipilih rakyat mula bersidang buat
pertama kalinya pada hari itu. Dewan Negara yang mengandungi 38 orang ahli yang dilantik
juga bersidang pada hari yang sama. Pada hari bersejarah itu bermulalah sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di tanah air yang merdeka.
1961
Usul untuk menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura oleh YTM
Tunku Abdul Rahman diluluskan oleh Dewan Rakyat dan pada 18 Oktober 1961 pertemuan
diadakan antara YTM Tunku dengan Perdana Menteri Great Britain di London. Kedua-dua pihak
bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia.
1962
Suruhajaya Cobbold di bawah pimpinan Lord Cobbold ditugaskan untuk mengkaji pendapat
rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan negeri tersebut ke dalam Malaysia. Sebahagian
besar rakyat negeri berkenaan bersetuju dengan konsep Malaysia dan Penyata Suruhanjaya
Cobbold diterima.
1962
Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom of Great Britain dan
Ireland Utara, Sabah dan Sarawak telah dicapai. Semua pihak bersetuju dengan terma Malaysia
Agreement. Dewan Undangan Sabah, Sarawak dan Singapura meluluskan resolusi yang
membolehkan penubuhan Malaysia. Pengisytiharan Malaysia diadakan pada 16 September 1963.
Dewan Rakyat ketika itu mempunyai 159 orang ahli iaitu 104 orang Tanah Melayu, 16 orang
dari Sabah, 24 dari Sarawak dan 15 orang dari Singapura manakala Dewan Negara pula
mempunyai 50 orang ahli iaitu 28 orang mewakili 14 Dewan Undangan Negeri dan 22 orang
dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
1963
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong III merasmikan pembukaan bangunan Parlimen
berhampiran Tasik Perdana pada 2 November 1962.
-
15
Parlimen pertama dibubarkan pada 1 Mac 1964 dan pilihan raya umum diadakan pada 25 April
1964. Bilangan kerusi Dewan Rakyat terus bertambah hingga kepada 222 kerusi pada Parlimen
yang ke-12.
5.0 Perlembagaan Malaysia
Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip
sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau
bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh
Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam
perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa
perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-
undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah
atau akan dibuat.
Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut
belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai
konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau
pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab
persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan
tajuk yang dibincangkan ini. Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama
melalui badan perundangan. Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:
i. Perlembagaan bertulis
ii. Perlembagaan tidak bertulis
Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting:
i. Mengekalkan keharmonian masyarakat
ii. Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar
iii. Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
-
16
6.0 Konsep Perlembagaan
Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, dapati agak
banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu,
antaranya:
1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary.
Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan
prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.
Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian
tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.
3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.
Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang
menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.
4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.
Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting
berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-
undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.
5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.
Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan
hubungan antara keduanya akan diubah.
6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.
Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat
mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi
kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini. Pada asasnya,
perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan
-
17
memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang
atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi
peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan
perlembagaan adalah:
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip
sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasa dan mentadbir negara Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam
bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan
bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan
kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta
menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan
dan undang-undang dasar yang penting . Perlembagaan menentukan bidang kuasa
pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat . Perlembagaan juga menyatakan
kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .
7.0 Konsep Ketinggian Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak
kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan
perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak
sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan
Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang
diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.
-
18
8.0 Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis
Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia .
Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan.
Contoh-contoh perlembagaan bertulis :
i. Perlembagaan Persekutuan
ii. Perlembagaan Negeri
iii. Akta
iv. Enakmen
v. Ordinan
vi. Perundangan subsidiari
vii. Undang-undang Islam
Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan
tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri .
Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :
i. Undang-Undang Lazim(Common Law)
ii. Keputusan-Keputusan Mahkamah
iii. Undang-Undang Hindu
iv. Undang-Undang Adat :
Adat Perpatih
Adat Temenggung
-
19
9.0 Pindaan Perlembagaan Malaysia
Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke
semasa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah.
Kadangkala keputusan mahkamah juga menyebabkan perlembagaan dipinda. Sejak
Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu digubal, ianya telah mengalami beberapa perubahan
dan pindaan. Namun begitu, pindaan dan perubahan yang dibuat itu, sehingga kini masih kekal
dengan sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu.
Perubahan dan pindaan yang dilakukan dalam perlembagaan itu adalah didasarkan
kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara kita. Ini merupakan suatu perkara yang biasa,
lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu perkara dalam perlembagaan yang dirasakan tidak begitu
sesuai lagi. Contohnya, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dengan
kemasukan Sabah dan Sarawak, perlembagaan telah dipinda supaya dapat disesuaikan sesuatu
undang-undang itu dengan konsep Malaysia. Satu lagi peristiwa yang membawa kepada pindaan
perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. ianya berkaitan dengan soal kebebasan hak
asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan.
Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan sewengang-
wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan
Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak
keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10
Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Terdapat
empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang dianggap
sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa
Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan Malaysia juga sentiasa dikaji dari semasa ke semasa. Jika perlu ianya akan
dipinda dan diubah mengikut kehendak pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Kali terakhir
berlaku pindaan Perlembagaan ialah semasa Dewan Rakyat bersidang pada bulan Ogos 1983
yang lalu. Dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Julai 1983, Dewan telah meluluskan
beberapa rang undang-undang yang kemudian diluluskan oleh Dewan Negara.
-
20
10.0 Isu-Isu Semasa Berkaitan Amalan Demokrasi Di Malaysia
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan mutlak yakni tidak dapat dibantah atau
dilangar. Oleh sebab itu mana perundangan atau hukum yang tidak mematuhi atau bercanggah
dengan Perlembagaan persekutuan akan terbatal secara automatik. Walaupun pelembagaan
adalah satu alat yang terbaik bagi menjaga keamanan Negara namun ianya disalah guna oleh
orang yang tidak bertanggungjawab. Perlembagaan juga diguna untuk melawan hukum islam
yang diguna pakai dalam mahkamah syariah kerana hukum syariah terletak dibawah
perlembagaan. Oleh itu banyak isu yang terjadi didalam Negara diselesaikan secara tidak
rasional.
Muzakarah jawatankuasa Majlis fatwa kebangsaan Malaysia yang bersidang untuk kali
ke 82 pada 5-7mei 2008 telah memutuskan ALLAH ialah kalimah suci bagi agama islam dan
hak mutlak bagi orang islam.Namun disebabkan islam tidak dijadikan agama rasmi di sabah dan
Sarawak, undang ini tidak dapat dilaksanakan di sana. Oleh itu orang yang bukan beragama
islam boleh mengunakan ALLAH untuk merujuk kepada tuhan mereka. Selain itu kitab bible
yang ditulis dalam bahasa melayu juga boleh digunakan disana dan mengunakan ALLAH untuk
membawa maksud tuhan kepada mereka. Ini akan menyebabkan kekeliruan kepada orang yang
baru memeluk agama islam atau tidak begitu arif dengan ajaran islam. Keadaan ini tidak dapat
dihalang kerana dalam perjanjian perkara 20 Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia
pada 16 September 1963 perkara 1 merujuk kepada agama islam tidak akan menjadi agama
rasmi di semua wilayah borneo dan tiada agama yang diiktiraf sebagai agama rasmi di borneo.
Oleh itu rakyat borneo bebas mengamalkan mana-mana agama.
-
21
Seterusnya, isu melayu murtad. Istilah melayu murtad bukan bermaksud melayu keluar
dari melayu tetapi membawa maksud melayu yang keluar daripada ajaran islam kepada fahaman
lain. Semasa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 januari 1948 dimana orang
Melayu hendaklah beragama islam. Ini menyebabkan Islam itu sinonin dengan orang Melayu.
Masalah timbul apabila ramai melayu murtad pada masa kini. Berdasarkan perundangan Islam
sesiapa yang murtad boleh dibunuh selepas tempoh bertaubat telah habis atau sesorang itu tidak
mahu menerima islam selepas diajar. Namun yang demikian oleh kerana perlembangaan
Malaysia perkara 3(1) membenarkan mana-mana rakyat Malaysia bebas menganuti dan
mengamalkan mana-mana agama yang mereka hendaki tanpa sebarang halangan selagi tidak
bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
Oleh disebab itu undang islam tidak dapat dilaksanakan bagi membendung masalah ini.
Masalah ini juga membawa kepada penukaran status agama didalam kad pengenalan dan
dokumen pegenalan yang lain. Disebabkan melayu itu islam jadi timbul masalah apabila
seseorang melayu yang murtad itu ingin menukar status agamanya kepada agama lain tidak
diluluskan oleh mahkamah. Ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap status agama seseorang
itu. Masalah ini dirumitkan lagi apabila seorang yang murtad ingin berkahwin dengan pasangan
yang bukan beragama islam secara sah mengikut undang-undang tidak dapat dilakukan kerana
seseorang yang berstatus islam hendaklah mengahwini orang islam. Oleh itu timbul kecelaruan
dalam sistem perundangan dan pendaftaran di Malaysia.
Penyebaran fitnah dan gambar-gambar yang mengaibkan melibatkan pemimpin bukan
sahaja dikalangan pemimpin kerajaan malahan pemimpin pembankang dan yang terbaru
-
22
melibatkan yang dipertuan agong. Kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh perlembagaan telah
disalah guna dan disalah tafsirkan oleh segelintir golongan yang cuba mengambil kesempatan
untuk kepentingan sendiri. Kewujudan Media sosial meburukkan lagi keadaan seperti mecurah
minyak kedalam api. Pemansuhan akta hasutan memburukan lagi keadaan kerana meberi ruang
yang lebih luas untuk seseorang itu meyebar fitnah. Walaupun ada tindakan diambil oleh pihak
berwajid namun dia tidak menyeluruh dan bersikap pilih bulu. Seharusnya kerajaan sepatutnya
memandang serius perkara ini. kadang kala perkara ini berlaku disebabkan kerajaan tidak peka
kepada aduan rakyat atau dasar kerajaan yang dilakukan tidak dapat diterima rakyat. Oleh itu
rakyat bertindak memberontak untuk memdapat perhatian kerajaan.
Pada 7 november 2014 mahkamah rayuan membuat satu kejutan kepada seluruh raykat
Malaysia dimana mahkamah rayuan menerima rayuan daripada 3 lelaki bersabit dengan
hukumun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah syariah negeri Sembilan dibawah seksyen 66
enekmen jenayah syariah negeri Sembilan iaitu berpakain silang jantina. Disabitkan kesalah ini
mereke boleh dikenakan denda maksimun RM1000, penjara sehingga 6 bulan atau kedua-
duanya. Tindakan mahkamah menerima rayuan menyebabkan hukuman yang dijatuhkan oleh
mahkamah syariah negeri Sembilan terbatal. Ini kerana seksyen 66 ini didapati bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia perkara 5(1) kebebasan diri , perkara 8(1&2) kesamarataan,
perkara 9(2) larangan buang negeri dan kebebasan bergerak dan perkara 10(1) kebebasan
bercakap berhimpun dan bergerak. Keputusan mahkamah ini menunjukan bahawa undang-
undang manusia lebih tinggi dari undang-undang islam. Keputusan ini jugak menimbulkan rasa
tidak puas hati umat islam dengan sistem perundangan Malaysia.
11.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan adat resam
perlu menyedari hak dan tanggujawab kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap rakyat mempunyai
hak dan harus menggunakan hak itu dengan sebaiknya. Tambahan pula, kita sebagai rakyat
Malaysia harus mengekalkan amalan demoksai agar ianya telus serta menghormati pemimpin-
peminpin kerana mereka adalah tulang belakang negara Malaysia tercinta ini.