REKA CIPTA ALAT TEKAN TUBI BAGI UJIAN KECERGASANJASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI KEKUATAN
TANGAN.
LEM SZE HUANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: REKA CIPTA ALAT TEKAN TUBI BAGI UJIANKECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUKMENGUJI KEKUATAN TANGAN.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LEM SZE HUANG
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : BT 32,Bukit Bruang, P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR Kuala Sg Baru, Nama Penyelia 78200 Melaka.
Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR
Tarikh : 26 FEBRUARI 2004
REKA CIPTA “ALAT TEKAN TUBI” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI KEKUATAN TANGAN.
LEM SZE HUANG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tanda tangan : ………………….
Nama Penulis : Lem Sze Huang
Tarikh : …………………..
iii
Dedikasi
Buat Mama dan Papa yang disayangi dan diingati selalu Segala jasa dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan
Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan Akhirat
iv
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera. Saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan dapat
saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan meskipun terdapat pelbagai rintangan dan kesulitan di sepanjang masa saya
menjayakan projek ini.
Pertama sekali,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya yang tidak
terhingga kepada keluarga tersayang terutama Ayah dan Emak yang memberi restu dan
sokongan yang tidak ternilai harganya buat saya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa
ditujukan buat ahli keluarga saya yang lain yang sering memberi sokongan kepada saya.
Penghargaan khas dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya kepada penyelia
projek iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz Haji Omar banyak memberi tunjuk ajar yang
berguna dan banyak membantu dalam menjayakan projek ini.
Seterusnya, Buat Encik Mazan yang banyak mambantu dalam penciptaan alat,
kerjasama yang diberikan sungguh bermakna. Terima kasih juga kepada Encik Arif
serta pensyarahnya yang banyak membantu dalam bahagian elektronik. Penghargaan
juga ditujukan kepada pensyarah Sains Sukan, Tuan Haji Hamid, Encik Yunos, Encik
Anizu, Encik Hafiz dan Encik Syarul di atas segala nasihat dan bimbingan yang
diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat
membalas segala budi dan jasa yang diberikan.
Terima kasih atas segala-galanya………
Sekian,………
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Tekan Tubi beralat pengesan
untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Tekan Tubi beralat
pengesan yang direkacipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji kekuatan tangan
seseorang. Alat ini menggunakan teknologi eletronik sensor untuk mengesan bilangan
kali melakukan tekan tubi apabila pengguna menggunakan Alat Tekan Tubi ini.
Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat Tekan tubi untuk menguji
kekuatan tangan seseorang dalam masa 30 saat. Selain daripada itu, penyelidik juga
mendapat persepsi siswajah-siswajah Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sians Sukan), Universiti Teknologi Malaysia terhadap alat ini. Sebanyak 100 orang
subjek telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan 10 orang subjek daripada 100
subjek tadi dipilih untuk melakukan ujian kekuatan tangan dengan menggunakan Alat
Tekan Tubi yang direkacipta oleh penyelidik. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat
Tekan Tubi berkesan untuk menguji kekuatan tangan seseorang dalam ujian kecergasan
jasmani kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga mendapat
sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Dalam kajian ini juga akan membincangkan tentang masalah-
masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan penyelidik turut
dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada
masa yang akan datang.
vi
ABSTRACT
This research is a project to design a push – up equipment with sensor for the
National Fitness Test (UKJK). This equipment is used to test one’s arm strength. It uses
electronic sensor technology to track down the amount of push – up done when one
uses the equipment. The main objective of this research is to find out the effectiveness
of the equipment on testing one’s arm strength within 30 seconds. Besides this, the
researcher also obtains perceptions from undergraduates in Sport Science, UTM
towards this equipment. A hundred subjects were picked to fill out questionnaires and
out of the hundreds, ten subject were chosen to carry out arm strength test using the
push – up equipment, designed by the researcher herself. Data collected were then
analyzed using Microsoft Excel. From the findings, it can be said that the push – up
equipment is effective to test one’s arm strength in the UKJK. The equipment designed
by the researcher also received great response from sport science undergraduate. In this
research also, discussion about problems faces by the researcher on the research and the
researcher’s suggestion were also given in order to correct and better the quality of the
research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
BORANG KELULUSAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Kenyataan Latar Belakang Masalah 1
1.2 Objektif Kajian 4
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Kepentingan Kajian 5
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Definisi Operasional 6
1.7 Penutup 7
BAB II SOROTAN KAJIAN 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Teori Rekabentuk 8
2.3 Kaedah Rekabentuk 11
ix
2.4 Kajian Mengenai Kekuatan Otot 13
2.5 Penutup 15
BAB III METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Subjek Kajian 17
3.4 Tempat Kajian 18
3.5 Instrumen Kajian 19
3.5.1 Kemudahan dan Peralatan 19
3.5.2 Prosedur Kajian 19
3.6 Norma Kajian Watita (Dalam 30 saat) 20
3.6 Norma Kajian Lelaki (Dalam 30 saat) 21
3.7 Kaedah Pengumpulan 22
3.8 Kaedah Penganalisis Data 22 3.9 Penutup 23
BAB IV PENGANALISAAN DATA 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Penganalisisan Data Deskriptif 24
4.3 Latar belakang Responden 25
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 42
x
5.1 Pengenalan 42
5.2 Ringkasan Kajian 42
5.3 Perbincangan 43
5.4 Masalah Yang Dihadapi 45
5.5 Cadangan 47
6.0 Kesimpulan 48
BIBLIOGRAFI 49
LAMPIRAN 64
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Umur Responden 40
4.2 Tahap Kesukaan Responden Terhadap
“Alat Tekan tubi” 44
4.3 Kesesuaian Penggunaan “Alat Tekan Tubi”
Kepada Responden 45
4.4 “Alat Tekan Tubi”Membantu Menguji
Kekuatan tangan. 46
4.5 “Alat Tekan Tubi” Membantu Meningkatkan
Kekuatan tangan 47
4.6 “Alat Tekan Tubi” Selamat Digunakan 48
4.7 Kesesuaian Penggunaan “Alat Tekan Tubi”
di Sekolah Menengah 49
4.8 Kesesuaian ‘Alat Tekan Tubi”
dalam Kelas Pendidikan Jasmani 50
4.9 “Alat Tekan Tubi” akan Mendapat Sambutan
Baik di Sekolah 51
4.10 Ujian dengan “Alat Tekan Tubi” Lebih Baik
xii
daripada Ujian Tanpa “Alat Tekan Tubi” 52
4.11 “Alat Tekan Tubi” Mudah Dialihkan 53
4.11 “Alat Tekan Tubi” Jimat Ruang dan
Mudah disimpan 54
4.13 “Alat Tekan Tubi” Boleh Diperbaiki Lagi. 55
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jantina Responden 39
4.2 Bangsa Responden 41
4.3 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 42
4.4 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 43
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan Alat 65
B Borang Soal Selidik 66
C Gambar 69
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Kenyataan Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan di Malaysia melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) memastikan pelajar-pelajar sekolah menengah mengikut mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Objektif Pendidikan jasmani antaranya ialah untuk mendedahkan
serta memberi peluang kepada semua pelajar supaya dapat mengembangkan kebolehan
dan kemampuan individu dalam pelbagai jenis aspek pendidikan jasmani termasuk tekan
tubi (push up).
Matlamat ini diharapakn dapat dicapai melalui kegiatan sukan dan senaman
beramai-ramai (Kementerian pelajaran Malaysia,1991). Melalui senaman beramai-ramai
ini pelajar dapat memperolehi serta menguasai kemahiran tekan tubi, di samping itu
pelajar juga dapat mengekalkan tahap kecergasan fizikal.
Kemahiran tekan tubi (push-up) ialah kemahiran untuk menguatkan otot di kedua-
dua belah tangan dengan melakukan tekan tubi. Bagi mencapai matlamat menguasai
kemahiran untuk melakukan tekan tubi, sukatan pelajaran pendidikan jasmani sekolah
menengah digubal dengan menyediakan butiran kemahiran tekan tubi dalam sukatan
pelajaran pendidikan jasmani sekolah menengah. Dalam jangka masa 5tahun di sekolah
menengah, pelajar diharap dapat menguasai kemahiran tekan tubi. Pelajar di peringat
2
umur 13-15 tahun sudah mempunyai koordinasi mata dan tangan, mata dan kaki yang
baik dan dapat melakukan aktiviti tekan tubi dengan baik. (Wall, 1990)
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani untuk pelajar sekolah menengah
akan terus diperkukuhkan lagi dengan menggunakan kemahiran asas termasuk tekan tubi.
Diperingkat ini, pelajar diberi penekanan kepada cara penguasaan kemahiran tekan tubi
yang betul dan hubungannya dengan kemahiran sukan.
Pelajar tahun ini mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran
tekan tubi. Kadar pertumbuhan dan perkembangan saiz badan serta kekuatan otot dengan
umur semakin meningkat dengan kadar yang cepat. Pelajar di peringkat ini dapat berlari,
melompat, memukulbola, membaling dan menangkap bola dengan baik.
Walaubagaimana pun, kumpulan pelajar perempuan mempunyai prestasi yang
lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam aktiviti yang melibatkan aspek kelembutan.
(Corbin, 1980).
Sebenarnya di peringkat umur 10-12 tahun, plajar sudah boleh menguasai dan
menggunakan kemahiran tekan tubi dengan baik di dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Di peringkat tersebut pelajar sudah bersedia untuk memilih jenis permainan yang
diminati dan dapat menguasai kemahiran tekan tubi yang spesifik. (Gallahue, 1982 &
grineski, 1992)
Pelajar di peringkat ini sudah boleh menguasai kemahiran tekan tubi yang telah
dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Mereka telah
bersedia untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani yang lebih kompleks dan bersifat
pertandingan. (Graham, 1987)
Kebolehan menguasai kemahiran tekan tubi yang baik memberi kelebihan kepada
pelajar untuk memilih jenis sukan yang digemari. Pemilihan seumpama ini dapat
memberi kepuasan dan keseronokan bermain dalam semua jenis sukan dan permainan.
3
Untuk menguasai kemahiran tersebut, maka matapelajaran pendidikan jasmani haruslah
diajar dengan mengambil kira aspek domain kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu,
pemilihan guru yang benar-benar berpengetahuan tentang kemahiran tekan tubi bagi
mengajar matapelajaran pendidikan jasmani sungguh diperlukan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1991). Sekiranya guru tidak berkelayakan, maka ini akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Kesan daripada fenomena ini,
pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran tekan tubi dengan baik.
Sumbangan matapelajaran ini bertindak secara menyeluruh terhadap pendidikan
yang meliputi domain psikomotor, kognitif dan efektif. Untuk menentukan pencapaian
objektif pengajaran, maka matapelajaran pendidikan jasmani memerlukan suatu alat
pengukuran dan pengujian yang sistemati, mantap dan sesuai digunakan untuk tujuan
menilai prestasi kemahiran tekan tubi pelajar sekolah menengah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Telah menjadi lumrah kehidupan, pelajar ingin mengetahui tentang pertumbuhan
fizikal daan tahap pencapaian kekuatan mereka yang berkaitan dengan aspek prestasi
(Siedentop, 1986). Setakat ini, matapelajaran pendidikan jasmani sekolah menegah di
Malaysia tidak mempunyai alat pengukuran dan penilaian yang tekal dan sesuai
digunakan untuk semua sekolah menengah. Kemahiran tekan tubi tidak boleh dinilai
berdasarkan pemerhatian sahaja dan memberi markah mengikut skala abjad yang
berlandaskan kepada penilaian subjektif secara global semata-mata. Pada hakikatnya
penilaian prestasi kemahiran tekan tubi boleh dinilai dengan objektif dan berkesan
melalui proses pengukuran dan penilaian perubahan tingkah laku yang mantap (Wuest,
1991).
Mengikut Petray, Blazer & Leads (1989), penilaian adalah sebahagian daripada
proses prngajaran dan pembalajaran serta tujuan untuk mendapatkan data yang boleh
4
digunakan oleh guru bagi menilai status pencapaian kemahiran tekan tubi pelajar. Konsep
pendidikan sekolah menengah menjelaskan bahawa aktiviti penilaian hendaklah
disepadukan dengan aktiviti di dalam bilik darjah. Penilaian itu sendiri mempunyai
peranan untuk membantu palajar dan guru meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992).
Prestasi kamahiran tekan tubi dapat dinilai setelah objektif aktiviti tersebut
dinyatakan dengan jelas. Tanpa alat pengukuran dan penilaian yang mantap sukar bagi
guru pendidikan jasmani untuk menentukan kejayaan dan peningkatan sesuatu mata
pelajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah. Rekod pencapaian pelajar yang
diperolehi sangat berguna sebagai panduan kepada guru dalam menilai prestasi
kemahiran tekan tubi palajar. Di samping itu, dijadikan maklumbalas kepada guru,
pelajar dan ibu bapa untuk memperbaiki, mengekal dan meningkatkan prestasi pelajar
dalam kemahiran tekan tubi mereka. (Cooper & collingwood, 1984; Stewart & Corbin,
1988).
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
a). Menguji keberkesanan alat tekan tubi yang telah direkacipta oleh penyelidik.
b). Mendapatkan maklum balas mengenai alat tekan tubi daripada pengguna yang
mengetahui melihat, meneliti serta menggunakan alat tekan tubi yang telah direka
cipta.
c). Mengenal pasti samaada alat ini dapat mambantu guru-guru dan jurulatih atau tidak.
5
1.4 Persoalan kajian
1.4.1 Adakah alat tekan tubi yang telah direkacipta oleh penyelidik ini mempunyai
keberkesanan yang tinggi?
1.4.2 Bolehkah alat tekan tubi ini mandapat maklum balas daripada pengguna yang
mengetahui, meneliti serta cuba untuk menggunakan alat ini?
1.4.3 Adakah alat tekan tubi yang telah direkabentuk ini dapat membantu guru-guru
atau jurulatih dalam latihan menguatkan tangan pelajar dan atlit?