Download - Refleksi Mae

Transcript

REFLEKSIISMAIL BIN MORAD

Assalammualaikum W.B.T, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya dan rakan-rakan menyempurnakan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI ) ini dengan lancar dan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada. pensyarah Bahasa Melayu kami En.Bahtiar bin Omar di atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dan tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang lain diatas komitmen yang diberikan.Terdapat tiga prosedur pelaksanaan tugasan projek ini, iaitu pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan pemindahan ilmu. Bagi pemerolehan ilmu, kami telah bekerjasama mencari maklumat mengenai keselarasan vokal, diftong dan konsonan berangkap dari pelbagai sumber media cetak dan elektronik iaitu buku-buku dan internet. Daripada maklumat yang kami diperolehi, kami gunakan untuk menjelaskan maklumat tersebut secara lebih teperinci. Kami juga sering merujuk kepada pensyarah penasihat bagi membetulkan cara penulisan ilmiah kami agar lebih sempurna. Berkat kerjasama ahli kumpulan dan tunjuk ajar pensyarah Bahasa Melayu kami, tugasan pemerolehan berjaya disiap pada tarikh 24 ogos 2010.Dalam tugasan pemindahan ilmu, kami dikehendaki menghasilkan satu teks berita televisyen yang memperlihatkan sistem ejaan, penulisan kata dan bahasa yang tepat. Pada mulanya kami agak buntu untuk menghasilkan teks berita tersebut kerana masing-masing tidak mempunyai pengalaman dalam menyampaikan berita. Namun hasil daripapada ketekunan setiap ahli kumpulan kami saling bantu-membantu menghasilkannya dengan melihat beberapa video penyampaian berita di internet dan televisyen. Alhamdulilah akhirnya kami Berjaya menghasilkannya.

Daripada tugasan ini, saya mendapati bahawa kemahiran bahasa dalam komunikasi sebagai seorang guru amat penting. Sebagai seorang guru. proses komunikasi di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama ada dengan pihak pentadbiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling utamanya adalah interaksi antara guru dan pelajar. Proses komunikasi ini tidak terikat dalam bentuk sehala sahaja dan lebih menarik jika proses komunikasi dijalankan secara komunikasi dua hala di dalam bilik darjah. Malah ada masanya, guru juga bertindak sebagai penerima dan pelajar pula bertindak sebagai penyampai. Ini bergantung kepada proses interaksi yang dicorakkan oleh mereka. Disamping itu, para guru juga haruslah menguasai kemahiran bahasa yang betul dalam komunikasi agar dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian yang penuh di dalam kelas.

Akhir kata, tugasan ini telah banyak membantu saya menigkatkan kemahiran bahasa dalam komunikasi selain pelbagai pengalaman dan ilmu yang baru dapat kami pelajari. Sememangnya tidak dapat dinafikan pelbagai kepayahan dan kesulitan yang telah saya tempuhi dalam menyempurnakan projek ini. Namun semua ini saya jadikan sebagai satu cabaran yang patut ditempuhi sebagai bakal pendidik pada masa hadapan.


Top Related