REFLEKSI KEMAHIRAN
KEPIMPINAN DAN KERJA
BERPASUKAN
OLEH: NUR AIDA BINTI ARASID ( A149184 )JAWATAN: PENGARAH CENDERAMATA
( MINGGU KEUSAHAWAN KOLEJ AMINUDDIN BAKI)
PENGENALAN
OBJEKTIF PROGRAM
1. Membentuk pelajar yang komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan
oleh sesebuah organisasi.
2. Melahirkan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pelajar.
3. Melahirkan seseorang pemimpin yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi semasa program berlangsung.
4. Mengertkan hubungan silaturahim antara ahli dengan ketua.
5. Mewujudkan budaya keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa/i.
6. Meningkatkan tahap kesedaran mengenai dunia keusahawanan dalam kalangan
mahasiswa/i.
7. Melahirkan mahasiswa/i yang boleh menguruskan masa dengan sistematik
PERJALANAN PROGRAM MINGGU KEUSAHAWANAN KAB
1. TARIKH DAN MASA
Program berlangsung pada 10-13 November 2014
2. TEMPAT PROGRAM
Program berlangsung di Taman siswa-siswi Kolej Aminuddin Baki
3. SEBELUM HARI KEJADIAN
Sebelum program ini berlangsung. Kami telah membuat perjumpaan untuk
menyelesaikan beberapa masalah unuk melancarkan program itu dan untuk
memantapkan lagi program tersebut.
Masalah yang dihadapi sebelum program yang berlangsung:
o Post cenderamata tersesat semasa membeli hadiah untuk aktiviti yang
diadakan, cabutan bertuah dan hadiah cenderamata untuk pengetua.
o Sukar untuk memilih hadiah yang berpatutan dengan aktiviti yang
dianjurkan.
4. SEMASA HARI SEBENAR PROGRAM
Program ini berkampung selama 4 hari iaitu (isnin-khamis). Majlis penutupan
diadakan pada hari khamis bertarikh 13 November 2014.
Masalah yang dihadapi semasa program berlangsung ialah:
o Hadiah untuk permaianan di FOYER tidak mencukupi.
o Semasa memberikan hadiah hadiah tempat pertama dan kedua
bertukar.
5. SEMASA HARI TERAKHIR PROGRAM
Program berakhir pada 13 November 2014.
o Program berjalan lancar .Cuma mempunyai masalah semasa pemberian
hadiah.
PENCAPAIAN MELALUI MINGGU KEUSAHAWANAN
Program minggu keusahawanan KAB menekankan semangat kepimpinan dan berpasukan
Program ini bukan sahaja mengajar saya untuk menjadi seorang pemimpin tapi mengajar saya
untuk berfikiran kritis dalam menangani masalah yang timbul. Selain itu, progam sedemikian
rupa mengajar saya untuk bertolak ansur dengan orang lain serta mengajar saya untuk
mendengar pendapat orang lain. Program ini juga, mengajar diri saya untuk menguruskan
masa dengan sistematik. Melalui program ini saya mulai mengatur masa dengan belajar,
membuat tugasan yang diberikan dan komited dengan program ini.
Seterusnya, melalui program ini juga saya mulai berasa bertanggungjawab dengan mandat
yang diberikan kepada saya. Walaupun, pada awalnya saya agak kekok memengang jawatan
sebagai post cenderamata dalam program minggu keusahawanan KAB tapi hasil dorongan
dari orang lain terutamanya, rakan sepasukan saya sendiri dan ibubapa saya. Oleh itu,
menyebabkan saya yakin dan bertaggungjawab dengan tugas yang diberikan dan saya
Berjaya menjalankan tugas dengan sempurna. Maka dengan ini saya yakin yang saya mampu
menguruskan sesebuah kerja dengan baik dan mampu menjadi ketua yang komited dengan
tanggungjawab yang diberikan.
Dalam program ini juga mengajar saya untuk bekerja dalam satu pasukan. Dimana, semasa
program ini dijalankan saya harus bergabung dengan post lain untuk menyiapkan hadiah
untuk pemenang. Semasa menjadi ketua dalam pasukan tersebut, pelbagai rintangan yang
berlaku antaranya, salah faham dengan rakan pasukan yang lain, ada yang tidak bertolak
ansur, bergaduh tapi akhirnya hal ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa berlaku
pergaduhan. Tapi, perkara sedemikian rupa mengajar kita menjadi orang yang lebih baik dan
sabar dalam bekerja berpasukan. Selain itu, bekerja dalam pasukan juga dapat dilihat semasa
post saya dengan post-post lain menyiapkan hiasan pameran di Foyer, menyusun meja di
Taman siswa-siswi untuk melancarkan majlis diesok hari beerja dalam kumpulan banyak
memberi saya pengajaran.
Kemahiran berpasukan dapat dibentuk melalui program-progrram seperti ini. Oleh itu, untuk
menghasilkan pelajar yang berkepimpinan haruslah bermula dari menyediakan program atau
menjadi ketua dalam sesebuah program atau organisasi. Selain itu kerja berpasukan juga
dapat dicapai melalui minit mesyuarat yang dilakukan, membeli barang bersama-sama untuk
menyediakan hadiah cenderamata dan sebagainya.
REFLEKSI
Saya berharap program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dibincangkan dalam
minit mesyuarat sebelum ini. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan
mendapat komen positif daripada pengunjung sendiri dan mendapat pujian dari pengetua
Kolej Aminuddin Baki itu sendiri.
Program ini juga sangat menekankan semangat berpasukan dalam sesebuah organisasi. Jika
semangat berpasukan itu tidak lahir dalam diri individu itu sendiri atau sesebuah organisasi ,
maka program tersebut itu tidak akan berjalan dengan lancar kerana tidak mempunyai kata
sepakat dari ahli-ahli lain. Seterusnya, program yang dianjurkan juga sangat menekankan
semangat kepimipinan. Kemahiran kepimpinan dapat dilihat apabila saya harus mengarahkan
ajk-ajk dibawa saya. Maka, melalui ini mengajar diri saya untuk berani tampil kehadapan dan
bersuara dihadapan ahli-ahli dibawa kita. Tapi, untuk menjadi seseorang pemimpin kita tidak
boleh menindas ahli-ahli dibawa kita kerana itu bukan ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat.
Melalui program ini juga, kemahiran berkomunikasi saya semakin meningkat dan terus
meningkat dan tahap keberanian saya juga turut meningkat dalam mengemukakan pendapat
dan berhadapan dengan orang atasan atau ahli-ahli dibawa jagaan kita.hal ini kerana, saya
dahulu seorang yang pendiam tidak berani menyuarakan pendapat tapi akhirnya transformasi
diri berlaku semasa saya mengikuti program ini.
Akhir sekali, saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana program ini memberi
banyak impak yang positif terhadap diri saya dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dan
berpasukan dalam diri saya sendiri. Oleh itu program seperti ini harusllah dianjurkan untuk
menghasilkan anak muda kelas pertama yang dapat mencapai wawasan 2020.