Download - Rancangan Pengajaran Harian PSV T5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tahun : 5
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Alat Pertahanan Diri – Model Keris
Masa : 8:00 pagi – 9:00 pagi
(60 minit)
Media : Alat – Gunting pen, marker
Bahan – kertas lukisan/ Kad manila
Bahan Bantu Mengajar : Klip video, contoh gambar keris
Carta alir/ Langkah
EMK : TMK, Keusahawanaan, Kreativiti dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN:
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan jalinan
rupa, bentuk imbangan ritma dan pergerakan yang terdapat pada
objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model alat
pertahanan diri.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual
menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan karya.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi
dalam melukis rupa bentuk keris.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal,
menamakan dan
memahami bahasa seni
visual yang ada pada model
keris.
4.1.1 Unsur Seni
4.1.1.1 Garisan – melengkung
atau lurus
4.1.1.2 Jalinan – sentuh atau
tampak
4.1.1.3 Bentuk – konkrit
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.1.1 Imbangan – tidak simetri
4.1.1.2 Penegasan – bentuk
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan
memahami bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik dalam
penghasilan model keris.
4.2.1Mengenal dan menyatakan jenis – jenis media
4.2.1.1 Alat – gunting
4.2.1.2 Bahan – kertaslukisan/kad manila,
pen marker
4.2.2Mengetahui penggunaan media serta teknik
dan proses dalam penghasilan karya
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran media, proses dan
teknik dalam penghasilan model alat pertahanan diri secara
kreatif
4.3.1Memilih dan memanipulasi media
secara kreatif
4.3.2Menggunakan bahasa seni visual
dalam penghasilan karya
4.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik
yang sesuai dalam
penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat
apresiasi seni terhadap karya sendiri dan rakan
dengan memberikan penekanan pada
bahasa seni visual.
4.4.1Mempamerkan karya yang
dihasilkan
4.4.2Menghargai dan menceritakan
karya sendiri dan rakan secara
lisan
4.4.3Menyatakan fungsi alat
pertahanan diri
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Menyatakan bahasa seni visual seperti garisan, jalinan,
rupa, bentuk, imbangan, warna dan pergerakan yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam
penghasilan model alat pertahanan diri.
2. Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
bahasa seni visual menerusi penentuan media dari teknik
dalam penghasilan karya.
3. Menghasilkan karya dengan kemas secara mengolah idea
melalui pelbagai sumber kajian dan teknologi dalam
melukis rupa bentuk keris.
4. Membuat apresiasi mudah terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya.
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Catatan
10 minit
PERSEPSI EKSTETIK
Guru menayangkan klip video. Murid
menonton cerita Hang Tuah yang
dimainkan.
Guru menyoal murid mengenal alat yang
digunakan dalam video yang ditayangkan.
Guru menanyakan soalan yang berkaitan
dengan alatan yang tajam.
Murid menjawab soalan yang diberikan
oleh guru secara lisan.
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran
pada hari ini.
- Menghasilkan satu alat
mempertahankan diri – Model Keris
Soalan: Apakah alat yang
digunakan oleh watak
dalam video?
Jawapan: Keris.
Soalan: Apakah kegunaan
alat yang digunakan oleh
watak dalam video?
Jawapan: Alat untuk
mempertahankan diri
Soalan: Selain keris
nyatakan jenis – jenis alat
tajam yang jamu tahu.
Jawapan: Pisau, parang,
sabit, kapak
BBM, LCD, komputer riba,
klip video
Kecerdasan pelbagai –
Muzik dan linguistik
Bubble Map (KBAT)
Alatan
tajam
Pisau
Parang
Kapak
Sabit
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Catatan
10 minit
APLIKASI SENI
Guru menunjukkan alat dan bahan yang
digunakan untuk membuat model keris (EK1, EK2)
Guru menerangkan senarai alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan keris.
Guru membuat demonstrasi cara menghasilakan
model keris melalui carta alir.
Guru menerangkan kepada murid – murid bahawa
mereka akan membuat keris yang diperbuat
daripada kertas lukisan.
Guru memberi penerangan mengenai bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan keris.
Murid mendengar penerangan guru berdasarkan
demonstrasi yang ditunjukkan melalui carta alir.
Senarai alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan
keris iaitu:
Gunting, penmarker
Kertas lukisan atau kad
manila
Proses Penghasilan
Strategi:
Penerangan
Pemudahcara
EMK: Kreativiti,
Keusahawanan (EK1 dan
EK2)
TMK dan nilai murni
Carta Alir (KBAT)
Langkah 1Lukiskan rupa keris di atas kertas lukisan/ kad manila
Langkah 2Kemudian, warnakan rupa
keris dengan menggunakan pen marker
Langkah 3akhir sekali, gunting rupa keris
dengan kemas
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Catatan
25 minit
EKSPERESI KREATIF
Guru membahagikan murid – murid kepada 10
kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai
dua orang murid.
Guru memberi arahan supaya murid mula
menghasilkan model keris.
Murid menyediakan alat dan bahan yang dibawa
sendiri.
Murid menghasilkan model keris dengan pelbagai
saiz dan bentuk.
Murid manghasilkan model keris dengan kreativiti
mereka sendiri (EK3 dan EK4)
Murid mewarna dan menghias keris yang
dihasilkan dengan warna pen marker yang
menarik.
Langkah 1: Melakar
Langkah 2: Melukis
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Catatan
10 minit
APRESIASI SENI
Murid mempamerkan hasil karya mereka.
Guru mengarah murid mempamerkan hasil
karya masing – masing di hadapan kelas.
Murid menceritakan perihal model yang
dihasilkan kepada rakan sekelas.
Guru membuat penilaian hasil karya murid.
Model keris telah siap.
Membuat penilaian
berdasarkan bahasa seni
visual, kekemasan,
kekereatifan dan
kebersihan.
- Unsur seni
- Prinsip rekaan
Kriteria:
- Penggunaan alat
bahan
- Kemahiran teknik
- Keaslian idea
berdasarkan tema
- Kreativiti
- Kemasan
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Catatan
5 minit PENUTUP
Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan
menerapkan nilai murni yang bersesuaian.
(EK4 dan EK5)
Merumuskan tajuk dan
menerapkan nilai
- Nilai menghargai
warisan