R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
• PELAN PENGILHAKAN TEBING BARAT TERUS TERIMA BANTAHAN GLOBAL
• IRAN, RUSSIA, TURKI RUNDING MASA DEPAN SYRIA
• IRAN DAKWA TRUMP ATAS PEMBUNUHAN QASEM SOLEIMANI
• ADAKAH HAGIA SOPHIA AKAN KEMBALI SEBAGAI SEBUAH RUMAH IBADAT UMAT ISLAM?
• REAKSI NEGARA ASIA PASIFIK TERHADAP UNDANG-UNDANG KESELAMATAN CHINA
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
• MODEL PEMBELAJARAN HIBRID DI SEKOLAH SUATU KEPERLUAN
• PENGGILIRAN KAEDAH PEMBELAJARAN ANTARA TIGA MODEL OPERASI SEKOLAH
• AKSES TEKNOLOGI TERHAD PUNCA PDP ATAS TALIAN KURANG BERKESAN
• TELITI KAEDAH TERBAIK BEKERJA DARI RUMAH
• TOLAK SARANAN BANK DUNIA, KWSP KEKAL HAD UMUR PENGELUARAN
EKONOMI & KEWANGAN
• PENJANA TERUS MEMANFAATKAN RAKYAT
• EKONOMI MALAYSIA TAHUN INI DIJANGKA MEMULIH
• EKSPORT MALAYSIA PADA MEI 2020 MENINGKAT
• RAKYAT MASIH TERBEBAN WALAUPUN EKONOMI DIBUKA
• KEMEROSOTAN MENDADAK INDUSTRI PELANCONGAN GLOBAL
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
• VIRUS BAHARU DI CHINA MAMPU MENCETUSKAN PANDEMIK
• TRAUMA COVID-19 TERDEDAH KEPADA SAKIT MENTAL
• COVID-19: 160,000 KES SEHARI
• TANGANI KRISIS TULANG RAPUH
• SAMAN PENGGUNAAN CRS DITANGGUHKAN
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
• HUTAN SIMPAN KEKAL DIJADIKAN MONOKULTUR PERLU DIHENTIKAN
• USAHAWAN AGRO MUDA PERLU MENGAMBIL PELUANG DALAM INDUSTRI NANAS
• PENCEMARAN DAN WARGA ASING DI CAMERON HIGHLANDS ANTARA ISU YANG DIPANDANG SERIUS
• DISKAUN BIL ELEKTRIK DILANJUTKAN HINGGA 31 DIS 2020
• TOPENG MUKA DAN SARUNG TANGAN ANTARA PENCEMARAN PLASTIK BAHARU DITEMUI
POLITIK
• KERAJAAN KEDAH ANGKAT MARTABAT WANITA
• TERENGGANU MODEL PEMELIHARAAN SUMBER LAUTAN
• LEBIH BANYAK PELUANG KERJA USAHAWAN AGRO MUDA
• KESELAMATAN PERTANIAN AGENDA KERAJAAN PN
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
PELAN PENGILHAKAN TEBING BARAT TERUS TERIMA
BANTAHAN GLOBAL Rancangan Kerajaan campuran Israel
untuk mengilhakan Tebing Barat terus
menerima bantahan secara besar-
besaran daripada pemimpin dunia
yang lain. Perdana Menteri UK dan
Menteri Luar German masing-masing
menegaskan bahawa tindakan Tel
Aviv itu telah melanggar undang-
undang antarabangsa. Kenyataan
yang sama turut dijelaskan badan
antarabangsa Amnesty. Pemimpin
Australia dan Perancis juga
mengemukakan bantahan secara tidak langsung terhadap langkah tersebut selain
turut menegaskan bahawa tindakan unilateral pengilhakan tersebut akan memberikan
implikasi terhadap usaha damai di rantau berkenaan.
Pelan pengilhakan Tebing Barat itu adalah sebahagian daripada perancangan pelan
damai “the deal of the century” seperti yang pernah dibentangkan oleh Presiden
Trump pada Januari yang lalu. Ironinya tindakan tersebut hanya bersifat sepihak
bukan sahaja dari sudut tindakan, malah proses rundingan juga tidak pernah
melibatkan pemimpin Palestin (Al-Jazeera, 2 Julai 2020)
www.aljazeera.com/news/2020/07/global-reaction-israel-imminent-annexation-plans-
200701173435774.html
IRAN, RUSSIA, TURKI RUNDING MASA DEPAN SYRIA Iran, Russia dan Turki mengadakan rundingan secara dalam talian bagi
membincangkan mengenai masa depan Syria. Antara intipati utama rundingan
tersebut adalah persetujuan mengenai usaha sama untuk menyelesaikan krisis di
Syria menerusi jalan pendamaian. Syria menghadapi konflik berpanjangan sejak
gelombang kebangkitan Arab (Arab Spring) melanda dunia Arab pada tahun 2011.
Ramai pengkaji hubungan antarabangsa menjustifikasikan konflik berpanjangan di
sana selain campur tangan pihak luar telah mendorong kepada kegagalan terhadap
Arab Spring (Al-Jazeera, 1 Julai 2020).
www.aljazeera.com/news/2020/07/iran-russia-turkey-talks-find-political-solution-syria-
200701140115437.html
(Sumber: United Press International,2020)
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
IRAN DAKWA TRUMP ATAS PEMBUNUHAN QASEM
SOLEIMANI Tehran mengambil langkah agresif untuk menuntut bela di atas kematian Jeneral
Qasem Soleimani. 36 individu telah dikenal pasti terlibat dalam pembunuhan tersebut
dan Iran telah mengarahkan International Criminal Police Organization (Interpol) yang
berpengkalan di Perancis supaya mengeluarkan “red notice” bagi melakukan
penahanan terhadap kesemua individu yang terbabit. Mereka turut menamakan
Presiden US sendiri, Donald Trump sebagai individu yang bertanggungjawab
memberikan arahan terhadap serangan yang membunuh Soleimani.
Jeneral Qasem Soleimani adalah seorang figura ketenteraan yang penting bagi Iran.
Beliau telah dibunuh ketika berada di Banghdad pada Januari yang lalu dan dipercayai
atas arahan secara langsung oleh Trump. Trump mengulas bahawa Soleimani adalah
watak yang bertanggungjawab menyebabkan ramai orang terbunuh secara langsung
atau tidak (Global Research, 30 Jun 2020).
www.globalresearch.ca/iran-issues-murder-terrorism-arrest-warrant-trump-over-soleimani-
assassination/5717405
ADAKAH HAGIA SOPHIA AKAN KEMBALI SEBAGAI SEBUAH
RUMAH IBADAT UMAT ISLAM? Majlis Negara Turki menangguhkan
pengumuman mengenai keputusan
untuk membangunkan semula Hagia
Sophia sebagai sebuah masjid.
Badan pentadbiran tertinggi di
negara republik itu akan
mengeluarkan keputusan dalam
tempoh 15 hari akan datang selepas
sesi pendengaran yang berakhir
selama 17 minit.
Hagia Sophia merupakan bangunan ikonik yang dijadikan sebagai gereja ketika
pemerintahan Empayar Rom Timur sebelum bertukar fungsi sebagai sebuah masjid
pasca penguasaan Sultan Muhammad Al-Fateh di Konstantinopel pada tahun 1453.
Namun, ia akhirnya tersadai sebagai sebuah muzium di bawah pemerintahan
sekularist Mustafa Kamal Ataturk (BBC, 2 Julai 2020).
www.bbc.com/news/world-europe-53232110
(Sumber: BBC,2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
REAKSI NEGARA ASIA PASIFIK TERHADAP UNDANG-
UNDANG KESELAMATAN CHINA Tindakan China memperkenalkan
Undang-undang Keselamatan
Negara (National Security Law)
terhadap Hong Kong menerima
reaksi yang berbeza dari negara-
negara Asia Pasifik. Jepun
menolak langkah Beijing tersebut
kerana bertentangan dengan
prinsip “Satu Negara, Dua
Sistem”. Malah, ia juga bakal
memberikan kesan terhadap dasar
luar Shinzo Abe yang mahu menstabilkan hubungan luar Tokyo-Beijing. Australia dan
New Zealand turut tidak bersetuju dengan tindakan Beijing menggubal undang-
undang tersebut. Begitu juga India, negara yang sedang berhadapan pertikaian
sempadan dengan China ketika ini.
Walau bagaimanapun, negara Asia Tenggara masih tidak bersuara membantah
tindakan Beijing. Penganalisis melihat hubungan ekonomi dan politik yang erat China
dengan negara-negara ASEAN menyebabkan mereka tidak mengeluarkan
pandangan agresif terhadap isu tersebut. Ini ditambah lagi dengan norma tidak
campur tangan (non-interference) negara-negara Asean itu sendiri. Namun, Kemboja,
Laos, Vienam, Myanmar dan Pilipina secara terbuka menjelaskan mereka
menghormati kedaulatan China serta menyokong undang-undang tersebut (South
China Morning Post, 3 Julai 2020).
www.scmp.com/week-asia/opinion/article/3091633/why-most-asian-countries-have-not-
spoken-out-against-hong-kongs
(Sumber: Google Image)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
MODEL PEMBELAJARAN HIBRID DI SEKOLAH SUATU
KEPERLUAN Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai model
pengoperasian sekolah merangkumi tiga model operasi iaitu Model Satu Sesi, Model
Dua Sesi dan Model Penggiliran dipersetujui pelbagai pihak. Antaranya, Dr Rahimah
Jamaluddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM yang berpendapat
bahawa model pembelajaran hibrid merupakan peluang terbaik bagi Kerajaan untuk
melihat kaedah ini adalah mekanisme terbaik untuk pelajar.
Menurut beliau juga, Kerajaan perlu mengkaji model yang lebih fleksibel merangkumi
kedua-dua kaedah pembelajaran atas talian dan secara bersemuka. Selain itu kaedah
pembelajaran hibrid ini juga boleh dimanfaatkan oleh para guru dan murid ketika cuti
sekolah. (Astro Awani, 2 Julai 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-di-malaysia-perlu-terap-model-pembelajaran-
hibrid-249536
PENGGILIRAN KAEDAH PEMBELAJARAN ANTARA TIGA
MODEL OPERASI SEKOLAH Pembukaan semula sesi
persekolahan bermula 15 Julai
ini bakal dilaksanakan menerusi
tiga model pengoperasian iaitu
Model Satu Sesi, Model Dua
Sesi dan Model Penggiliran.
Model Satu Sesi dan Dua Sesi
masing-masing khusus untuk
sekolah yang mempunyai ruang
mencukupi bagi menampung
kesemua pelajar dalam satu
masa dan juga sekolah yang
telah sedia ada beroperasi
secara dua sesi. Manakala
Model Penggiliran pula terpakai untuk sekolah yang tiada ruang mencukupi untuk
menempatkan pelajar walaupun dilaksanakan secara dua sesi (Astro Awani, 1 Julai
2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-model-pembukaan-semula-sekolah-ikut-saranan-
kkm-mkn-249380
(Sumber: Astro Awani, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
AKSES TEKNOLOGI TERHAD PUNCA PDP ATAS TALIAN
KURANG BERKESAN Kekangan akses teknologi terhad yang dihadapi guru dan murid dalam pelaksanaan
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian sejak penutupan sekolah
akibat pandemik COVID-19 menjadikan mekanisme PdP tersebut kurang berkesan
berbanding belajar di sekolah. Didapati, secara purata pelajar akan menghadapi
kesukaran mencapai tahap minimum penguasaan dalam setiap mata pelajaran jika
situasi tersebut berterusan, seterusnya memberi kesan kepada minat dan motivasi
murid untuk terus belajar.
Selain itu, hubungan antara murid dan sekolah juga bakal terkesan kerana mereka
terasing dari suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang, seterusnya
bakal memberi kesan terhadap kemahiran sosial murid itu sendiri. Susulan
kebimbangan ibu bapa berhubung penularan COVID-19 di sekolah, pihak KPM akan
merujuk sepenuhnya kepada KKM berhubung langkah-langkah yang wajar diambil.
(Sinar Harian, 1 Julai 2020)
www.sinarharian.com.my/article/90286/BERITA/Nasional/PdP-secara-dalam-talian-kurang-
berkesan
TELITI KAEDAH TERBAIK BEKERJA DARI RUMAH Kajian mengenai kaedah bekerja dari
rumah bagi memastikan hak pekerja
dan majikan sentiasa terbela dijangka
bakal dilaksanakan Oktober depan
dengan meneliti pandangan pakar
perundangan sebelum apa-apa
keputusan dibuat berhubung isu
tersebut. Antara fokus utama kajian
adalah mengenai klausa dalam Akta
Kerja 1955 yang menyentuh
mengenai hak pekerja dan majikan
melalui cara bekerja tersebut. (Berita
Harian, 1 Julai 2020)
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/706248/kaji-kaedah-bekerja-dari-rumah
(Sumber: Berita Harian, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TOLAK SARANAN BANK DUNIA, KWSP KEKAL HAD UMUR
PENGELUARAN Terbaharu, tular berita bahawa
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) bakal menaikkan had umur
pengeluaran penuh wang caruman dari
umur 55 tahun kepada 65 tahun secara
berperingkat. Walau bagaimanapun,
KWSP menjelaskan pendiriannya untuk
tidak mengikuti saranan Bank Dunia
tersebut dan mengekalkan had umur
asal iaitu 55 tahun bagi mengeluarkan
wang caruman penuh akaun satu dan
dua.
Jelas KWSP, pada ketika ini tiada
sebarang perbincangan dilakukan bersama mana-mana pihak untuk mengubah apa-
apa polisi sedia ada. KWSP juga senantiasa mengambil langkah berhemat dalam
menetapkan apa-apa polisi penting terutama apabila ia melibatkan kepentingan ahli
secara menyeluruh. (HR HUB.my, 29 Jun 2020)
hrhub.my/pengeluaran-penuh-kwsp-kekal-umur-55-tahun/
(Sumber: HR HUB.my, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
PENJANA TERUS MEMANFAATKAN RAKYAT
Sehinga 26 Jun, seramai 10.22 juta rakyat
Malaysia telah menerima Bantuan Prihatin
Nasional yang berjumlah RM 10.9 Billion sebagai
sebahagian inisiatif yang terdapat di dalam Pakej
Rangsangan Ekonomi (PRE) Malaysia,
PRIHATIN dan PENJANA. Berdasarkan Laporan
Penjana ke-11, terdapat peningkatan pada
bilangan rakyat yang mendapat manfaat dari dua PRE yang dilaksanakan. Selain itu,
sebanyak RM 1.63 Billion telah diagihkan kepada 544,500 perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) semenjak ia dijalankan.
Program subsidi gaji pula menyaksikan sejumlah RM 7.07 Bilion telah diluluskan untuk
307,518 majikan yang memberi keuntungan kepada lebih daripada 2.46 juta pekerja.
Tambahan pula, moratorium pembayaran pinjaman mempunyai nilai anggaran
sebanyak RM 47.5 bilion. Dari angka ini, sebanyak 35% digunakan oleh sektor
perniagaan manakala baki 65% digunakan oleh individu melalui fasiliti pembiayaan
yang disediakan oleh pihak bank. (The Malaysian Reserve, 1 Julai 2020)
themalaysianreserve.com/2020/07/01/mof-more-than-10m-benefitted-from-bpn-aid-worth-
almost-rm11b/
EKONOMI MALAYSIA TAHUN INI DIJANGKA MEMULIH Badan penarafan antarabangsa, S&P Global Rating meramalkan prestasi ekonomi
Malaysia bagi tahun ini bergantung kepada suku ketiga. Ketua Ekonomi bagi Asia
Pasifik berpendapat bahawa kadar pegangguran yang semakin menaik agak
membimbangkan walaupun ekonomi tempatan dilihat semakin memulih. Namun,
melihat kepada keberkesanan Malaysia dalam membendung wabak COVID-19 serta
perlaksanaan langkah sekatan pergerakan yang efisyen, beliau percaya bahawa
negara mampu mencatakan pemulihan pada suku ketiga tahun ini.
Berdasarkan rekod, kadar pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama 2020
adalah pada kadar 0.7%, lebih rendah dari suku keempat 2019 yang berkadar 3.6%.
Selain itu, KDNK Malaysia pada tiga tahun berikutnya dijangkakan sebanyak 7.5%
(2021), 6.1% (2022) dan 4.7% (2023). Tambahan pula, tinjauan yang dibuat terhadap
lima bank tempatan menunjukkan Malaysia mempunyai daya tahan yang kuat
berbanding beberapa negara serantau lain di atas faktor nisbah pinjaman tidak
berbayar yang rendah dan nisbah modal yang tinggi. (Berita Harian, 2 Julai 2020)
www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/706431/prestasi-ekonomi-malaysia-suku-
ketiga-jadi-penentu-sp
(Sumber: Kementerian Kewangan, 2020)
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKSPORT MALAYSIA PADA MEI 2020 MENINGKAT
Bulan Mei 2020 menunjukkan Malaysia
merekodkan lebihan dagangan melebih RM 10
Billion selama empat bulan dengan menyaksikan
keseluruhan pertumbuhan dagangan meningkat
sebanyak 14.7% (RM 10.41 Billion) berbanding
April 2020 yang menunjukkan defisit sebanyak RM
3.63 Billion. Menurut Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), peningkatan itu
disumbangkan oleh permintaan sarung tangan
getah yang mendapat kelebihan daripada pandemik COVID-19. Eksport pengeluaran
sarung tangan getah mencatatkan pertumbuhan bagi dua bulan berturut-turut dengan
peningkatan sebanyak 20.5% atau RM 461 Juta pada bulan Mei yang lepas. Dari
sudut rakan perdagangan, Malaysia mencatatkan perdagangan yang rendah dengan
lima negara lain iaitu Thailand, Singapura, India, China dan Hong Kong manakala
perdagangan dengan Korea Selatan dan Indonesia menunjukkan peningkatan yang
positif. Namun begitu, jika dibandingkan dengan bulan Mei 2019, jumlah keseluruhan
perdagangan negara menunjukkan penurunan sebanyak 25.5% dan ia selari dengan
prestasi perdagangan negara serantau yang turut terkesan akibat wabak COVID-19.
(Harian Metro, 30 Jun 2020)
www.hmetro.com.my/bisnes/2020/06/594962/eksport-pada-mei-jatuh-255-peratus
RAKYAT MASIH TERBEBAN WALAUPUN EKONOMI DIBUKA Kebenaran untuk kembali bekerja menjadi sinar harapan kepada kebanyakan rakyat
yang rata-ratanya semakin dihimpit risiko pengurangan gaji dan pemberhentian
sementara. Namun begitu, dalam jangka masa terdekat, masih ramai yang mengaku
terbeban dengan situasi ekonomi semasa. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan
oleh JobStreet, ari jumlah keseluruhan tenaga buruh Malaysia yang berjumlah 1.6
juta, sebanyak 48% yang bersamaan dengan 768,000 pekerja berasa tertekan
dengan bebanan gaji dan ekonomi. Selain komitmen kewangan bulanan yang perlu
dilunaskan, kebimbangan terhadap pelepasan hutang (moratorium) yang bakal
berakhir September nanti, turut menjadi kerisauan kebanyakan rakyat.
Selain itu, bagi golongan pekerja selain B40, laporan mendapati bebanan kerja
mereka semakin bertambah. Contohnya seperti sektor pendidikan, selain
perlaksanaan SOP tertentu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka juga
perlu memastikan setiap pelajar juga mengikut SOP yang ditetapkan. Ramai
mencadangkan agar Kerajaan meneliti semula untuk membantu rakyat, sekurang-
kuangnya dengan perlanjutan tempoh moratorium sehingga ke akhir tahun ini. (The
Outlook, 1 Julai 2020)
theoutlook.asia/gaji-rakyat-masih-terjejas-walau-ekonomi-telah-dibuka/
(Sumber: Harian Metro, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KEMEROSOTAN MENDADAK INDUSTRI PELANCONGAN
GLOBAL Industri pelancongan antarabangsa bakal mengalami kerugian berjumlah RM 5.136
Trillion (US$ 1.2 Trillion) berikutan Great Lockdown yang berlaku pada ketika ini.
Kebimbangan ini disuarakan di
dalam Persidangan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
pada 1 Julai yang lalu. Kerugian
yang bersamaan dengan 1.5%
ekonomi dunia ini dijangka
meningkat sehingga RM 14.124
Trillion (US$ 3.3 Trillion) jika
sekatan antarabangsa masih
berlanjutan sehingga Mac 2021.
Kemerosotan ini bakal menjejaskan kebanyakan negara paling kurang membangun
(Least Developed Countries) yang mana peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) mereka bergantung kepada sektor pelancongan melebihi 10%. Contohnya
adalah seperti Seychelles (21%), Malta (14%), Mauritius (11%), Barbados (11%) dan
Jamaica (11%). Bahkan negara membangun seperti Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol
dan Korea Selatan yang mempunyai kebergantungan terhadap sektor pelancongan
kurang dari 3% KDNK mereka pun merasai kehilangan berbillion dolar akibat sekatan
besar-besaran. (The Edge Markets, 1 Julai 2020)
www.theedgemarkets.com/article/global-tourism-industry-losses-may-exceed-us12-tril
(Sumber: Google)
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
VIRUS BAHARU DI CHINA MAMPU MENCETUSKAN PANDEMIK Penyelidik di China telah menemui jenis
selesema babi baharu yang berupaya
mencetuskan pandemik. Ia nya digelar
sebagai G4 dan secara genetik berasal
daripada virus H1N1 pada 2009. Virus
tersebut mempunyai ciri penting yang boleh
menjangkiti manusia.
Oleh itu, Malaysia mengambil keputusan
untuk tidak mengimport babi dan produk
babi daripada negara terjangkit dan berisiko dijangkiti Swine Influenza virus H1N1
(SIV H1N1) bagi mengelak penularan wabak itu di negara ini. Selain itu, sebagai
langkah kesiapsigaan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menjalankan
survelan untuk mengesan SIV H1N1 dan H1N1pdm09 pada babi komersil dan babi
hutan menerusi program survelan kebangsaan (Astro Awani, 2 Julai 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/virus-selesema-babi-dikesan-pada-ternakan-tiada-
risiko-jangkiti-manusia-jabatan-veterinar-249459
TRAUMA COVID-19 TERDEDAH KEPADA SAKIT MENTAL Dua golongan yang terdedah dengan ancaman stress pasca COVID-19 ialah
golongan ‘frontliner’ dan golongan pesakit pulih serta ahli keluarganya. Berdasarkan
kenyataan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, barisan hadapan tidak
mustahil akan menghadapi gejala gangguan stres pasca-trauma (PTSD) disebabkan
rawatan yang diberikan kepada pesakit tidak berjaya dan membawa kepada kematian.
Antara simptom pasca intensif yang boleh dilihat seperti ganguan fizikal dan mental
sekaligus menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan normal.
Selain itu, stigma sebagai pesakit COVID-19 juga sedikit sebanyak mempengaruhi
kesejahteraan mental seseorang. Malah kemurungan juga boleh terjadi kepada
saudara-mara si mati akibat daripada perasaan bersalah atau kesedihan yang
berpanjangan atau kesedihan patologi. Oleh itu, maklumat yang tepat mengenai virus
tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan diskrimasi sosial terhadap
barisanhadapan dan mangsa COVID-19 serta saudara-mara terdekat (FMT, 1 Julai
2020).
www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/07/01/covid-19-trauma-can-cause-
mental-problems-experts-warn/
(Sumber: Astro Awani 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
COVID-19: 160,000 KES SEHARI Penularan kes jangkitan COVID-19 secara
global menyaksikan peningkatan kes yang
semakin meningkat hari demi hari. Malah,
jangkitan ini merekodkan kes tertinggi dalam
masa 24 jam iaitu sebanyak 160,000 kes
dilaporkan seluruh dunia. Di Amerika Syarikat
sahaja, kes tertinggi yang direkodkan dalam
tempoh yang sama adalah sebyak 40,000 kes.
Oleh itu, beberapa negeri di AS mengenakan
kuarantin 14 hari kepada mana-mana
pelancong luar negara terutama menjelang musim perayaan 4 Julai ini.
Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, penularan virus ini memberi impak yang
besar kepada sektor pelancongan global yang sehingga kini kerugian sebanyak 1.2-
3.3 trillion US dollar. Oleh itu, walaupun kes sedang meningkat, namun di sesetengah
negara terpaksa menamatkan ‘lockdown’ mereka dengan membuka kembali sektor
pelancongan. Antaranya negara Sepanyol dan Portugal begitu juga dengan
Nevertheland yang akan membuka sektor tersebut pada Rabu depan (NST, 2 Julai
2020).
www.nst.com.my/world/world/2020/07/605231/who-world-recording-160000-covid-19-
infections-daily
TANGANI KRISIS TULANG RAPUH Kadar ketumpatan tulang khususnya tulang belakan mula mengalami penyusutan
sedikit demi sedikit apabila umur memasuki angka 40. Keadaan ini cukup
membimbangkan kerana ia nya boleh membawa kepada kerapuhan tulang terutama
bagi individu yang menghidap osteoporosis atau turut dikenali sebagai tulang rapuh
susulan faktor tidak boleh ubah seperti kumpulan etnik, saiz badan dan sebagainya.
Menurut kenyataan Pakar Bedah Tulang (Tulang Belakang) Hospital Pantai Kuala
Lumpur, masalah ini terjadi disebabkan dua faktor. Faktor tidak boleh ubah dan faktor
boleh ubah. Terdapat tiga faktor tidak boleh ubah, Terdapat tiga jenis faktor primary
osteoporosis iaitu pasca-menopaus, umur dan idiopatic atau faktor yang tidak
diketahui. Manakala faktor boleh ubah pula kebiasaannya mempunyai faktor seperti
masalah hormon, pengambilan ubat seperti steroid, kegagalan buah pinggang dan
sebagainya.Oleh itu, bagi mengelakkan penyakit ini menghidap mana-mana individu,
masyarakat sewajarnya mengamalkan melakukan senaman, tak merokok, tidak
mengambil minuman beralkohol dan memperbanyak makanan serta minuman yang
tinggi kalsium dan vitamin D (Harian Metro, 2 Julai 2020).
www.hmetro.com.my/sihat/2020/06/594280/rawat-keretakan-tulang
(Sumber: NST, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SAMAN PENGGUNAAN CRS DITANGGUHKAN Kerajaan dibawah Kementerian
Penganggkutan mengumumkan penangguhan
pelaksaan saman ke atas mana-mana ibu bapa
yang gagal menggunakan kerusi keselamatan
kanak-kanak atau CRS kepada anak-anak. Hal
ini berikutan penularan COVID-19 selain
Kerajaan memberi ruang kepada ibu bapa
membuat persediaan. Namun begitu, peraturan
ini masih diteruskan dan sebagai langkah
permulaan, Kerajaan memfokuskan kepada
aspek mendidik, menasihat dan mengingatkan
orang ramai mengenai kepentingan
penggunaan CRS.
Hasilnya, kajian yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS) mendapati sehingga kini lebih 40% ibu bapa telah menggunakan
kerusi keselamatan ini. Ini adalah bukti kesedaran ibu bapa terhadap kewajiban
menjaga keselamatan anak-anak dibawah tanggungjawab mereka dan tidak
sewajarnya memperjudikan keselamatan anak masing-masing. Penggunaan CRS
wajar diberi perhatian oleh semua pihak kerana produk itu mampu menyelamatkan
nyawa kanak-kanak seandainya kemalangan jalan raya berlaku (Sinar Harian, 3
Julai 2020).
www.sinarharian.com.my/article/90191/LAPORAN-KHAS/Kerajaan-tidak-jadi-laksana-
saman-kompaun-CRS-hari-ini
(Sumber: Sinar Harian, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
HUTAN SIMPAN KEKAL DIJADIKAN MONOKULTUR PERLU
DIHENTIKAN NGO alam sekitar terutama Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak Kerajaan agak
memansuhkan kaedah penanaman ladang hutan (monokultur) secara komersial
terutama penanaman getah mahupun durian di hutan simpan kekal (HSK) dalam
negara ini. Hal ini kerana, memusnahkan hutan semula jadi memberi impak yang
buruk terhadap ekosistem hutan itu sendiri terutama spesies pokok hutan yang
dilindungi diancam kepupusan dan hidupan liar turut terjejas. Pada masa yang sama,
penduduk masyarakat setempat seperti Orang Asli yang bergantung pada hutan untuk
kelangsungan hidup juga akan terjejas.
Menurut kenyataan Pengerusi SAM, dasar
yang berkait dengan pelaksanaan ladang
hutan di dalam kawasan HSK perlu
dihentikan. Hal ini kerana, mengikut
pembentangan oleh Pengerusi SAM
tersebut menunjukkan dasar yang sedia
ada iaitu Dasar Perhutanan Malaysia,
Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia
dan Dasar Industri Kayu Nasional seolah-
olah pihak kerajaan menggalakkan ladang monokultur atau ladang hutan
dilaksanakan di dalam hutan simpan kekal. Perkara ini menunjukkan bahawa status
tanah di dalam hutan simpan kekal masih dikekalkan, namun dari aspek penggunaan
tanah telah ditukarkan kepada ladang (Malaysiakini, 30 Jun 2020)
www.malaysiakini.com/news/532421
USAHAWAN AGRO MUDA PERLU MENGAMBIL PELUANG
DALAM INDUSTRI NANAS Pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan
kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam menggalakkan
golongan belia khususnya menceburi bidang pertanian dalam penanaman nanas
yang dilihat mampu menjana pendapatan selain sumber kekayaan baharu negara.
Melalui Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang diperkenalkan, berpotensi menjana
ekonomi dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun mahupun pengusaha.
(Astro Awani, 3 Julai 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/usahawan-agro-muda-digesa-manfaat-industri-nanas-
sebagai-kekayaan-baharu-negara-249562
(Sumber: Malaysiakini,2020)
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENCEMARAN DAN WARGA ASING DI CAMERON HIGHLANDS
ANTARA ISU YANG DIPANDANG SERIUS Isu yang melibatkan warga asing dan pencemaran di Cameron Highlands amat
dikesali oleh Menteri Besar Pahang apabila dalang yang terlibat ialah rakyat tempatan
yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Antara isu yang dipandang serius oleh
kerajaan negeri apabila pekebun sendiri yang membuka tanah secara haram dan
memberi sewaan kepada warga asing untuk diusahakan tanpa mengikut SOP yang
ditetapkan.
Oleh hal yang demikian, kerajaan negeri telah mengambil tindakan proaktif dalam
mengawal selia kegiatan bertani secara komersial di Cameron Highlands. Antara
salah satunya adalah menaikkan kadar sewa tanah untuk tujuan pertanian sebanyak
RM4,500 setahun. Malah, kadar sewa tanah yang dinaikkan langsung tidak
membebankan pekebun dengan anggaran pulangan yang mereka perolehi adalah
antara RM5,000 hingga RM15,000 sebulan bagi setiap ekar tanah. Namun, bagi
pekebun yang berhasrat ingin menyewakan tanah tersebut kepada warga asing akan
merasakan satu bebanan. (Harian Metro, 2 Julai 2020)
www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595841/isu-warga-asing-pencemaran-di-cameron-
highlands-diberi-perhatian
DISKAUN BIL ELEKTRIK DILANJUTKAN HINGGA 31 DIS 2020 Merujuk kenyataan Menteri Tenaga dan
Sumber Asli, pemberian diskaun bil elektrik
yang diumumkan sehingga September
dalam Pakej PRIHATIN pada 27 Mac akan
dilanjutkan kepada pengguna domestik
sehingga akhir tahun ini di bawah Bantuan
Prihatin Elektrik (BPE) di seluruh negara.
Kerajaan bersama TNB telah
mengumumkan pemberian BPE sebagai
pakej bantuan tambahan kepada
pengguna domestik pada 20 Jun lalu.
Pada masa yang sama, pengguna juga akan mendapat perincian BPE yang diterima
pada bulan April hingga Jun melalui Penyata Terperinci yang akan diperolehi bulan ini
bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter
dibuat. Selain itu, pengguna juga dapat melihat penyata tersebut di laman web dan
aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman. (Astro Awani & Berita
Harian, 2 Julai 2020)
astroawani.com/berita-malaysia/diskaun-bil-elektrik-pengguna-domestik-dilanjut-sehingga-
disember-2020-shamsul-anuar-249578
(Sumber: BERNAMA, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TOPENG MUKA DAN SARUNG TANGAN ANTARA
PENCEMARAN PLASTIK BAHARU DITEMUI Semenjak wabak pandemik Covid-19 menular di seluruh dunia, terdapat beberapa
kajian seperti Marine conservation organisation OceansAsia yang telah menemui
topeng muka dan sarung tangan di lautan yang merupakan pencemaran plastik
baharu selain plastik sekali guna di Kepulauan Soko, Hong Kong.
Umum mengetahui bahawa jumlah topeng
muka dan sarung tangan sekali pakai yang
semakin meningkat dibuang di
persekitaran yang akan menambahkan
masalah pencemaran baharu yang
sebelum ini tidak pernah berlaku. Hal ini
tidak mustahil akan mengundang
pencemaran alam sekitar terutama di
lautan sekali gus memperuntukkan dana
yang tinggi oleh kerajaan dalam
menguruskannya.
NGO alam sekitar seperti di UK juga turut melaporkan bahawa jumlah Personal
Protective Equipment (PPE) yang dibuang semakin meningkat dengan drastik
terutama di lautan. Penggunaan PPE adalah tidak salah dalam dunia berhadapan
dengan virus Covid-19, namun begitu amat dikesali apabila PPE dibuang merata
tempat sehingga mengundang pelbagai risiko. (Al Jazeera, 2 Julai 2020)
www.aljazeera.com/indepth/features/face-masks-gloves-breed-plastic-pollution-
200701154052002.html
(Sumber: Al Jazeera,2020)
2 9 J u n – 2 J u l a i 2 0 2 0 | 18
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
POLITIK
KERAJAAN KEDAH ANGKAT MARTABAT WANITA Kerajaan Kedah memperuntukkan insentif program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA)
kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah tanpa pendapatan tetap bagi
mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup akibat penularan wabak pandemik
Covid-19. Usaha yang diambil itu menunjukkan betapa kerajaan baru itu tetap
mengiktiraf peranan wanita sebagai tonggak dalam institusi kekeluargaan.
Penerima KIDA fasa satu telah dikeluarkan daripada program KIDA setelah penerima
berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah. Antara program yang disediakan ialah
latihan kemahiran dan keusahawanan. Usaha yang dilakukan ini turut menjana
ekonomi setempat. Pendekatan serampang tiga mata, berasaskan strategi
mengutamakan pembangunan modal insan dan komuniti bagi memulihkan kembali
ekonomi negeri tersebut. (Sinar Harian, 2 Julai 2020)
www.sinarharian.com.my/article/90440/EDISI/Utara/Program-KIDA-iktiraf-peranan-wanita
TERENGGANU MODEL PEMELIHARAAN SUMBER LAUTAN Peruntukan berjumlah RM300,000 setahun
disumbangkan kerajaan Terengganu untuk program
melabuhkan unjam di sepanjang perairan negeri itu,
bermula tahun 2018. Inisiatif yang diambil itu
menjadikan Terengganu sebagai satu-satunya
kerajaan negeri yang menyumbang untuk program
memperkaya hasil laut melalui pelabuhan unjam
dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.
Menerusi usaha pelabuhan unjam terbukti telah memberikan suatu impak positif
apabila sumber lautan diperkayakan sekaligus meningkatkan hasil nelayan. Justerus
itu, masalah kekurangan sumber dapat diatasi dengan lebih berkesan. (Teganukita,
29 Jun 2020)
www.teganukita.net/2020/06/terengganu-negeri-tunggal-bantu-perkaya.html
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 19
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
LEBIH BANYAK PELUANG KERJA USAHAWAN AGRO MUDA Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyatakan
komitmen untuk terus memperkasakan pengeluaran nanas negara dengan menarik
lebih ramai usahawan agro muda untuk terlibat dalam pertanian nanas yang
dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara. Kementerian berkenaan
dengan sokongan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berperanan besar
dalam menjayakan agenda tersebut.
Inisiatif ini merupakan suatu nilai tambah baru kepada sektor pertanian negara seperti
Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang dilihat mampu menjana ekonomi dan
pendapatan lebih baik kepada pekebun dan pengusaha. Seruan kerajaan ini selaras
dengan kemudahan dana pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(TEKUN) Nasional dan pinjaman mikro kredit yang dikendalikan oleh Agrobank.
(Bernama, 2 Julai 2020)
www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1856769
KESELAMATAN PERTANIAN AGENDA KERAJAAN PN Melalui Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12), kerajaan memperuntukkan
RM10 juta untuk menggalakkan program
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
bagi mendapatkan hasil pertanian yang
berkualiti dan jaminan keselamatan.
Usaha yang dilaksanakan melalui sistem
IPM, hasil industri pertanian negara
dapat dipelihara daripada serangga
perosak dan pencemaran sisa racun.
Pada masa yang sama, pendekatan IPM
secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan racun kimia dan
pencemaran alam sekitar juga dapat dikurangkan. Kementerian menerusi Jabatan
Pertanian yang menjalankan fungsi sebagai Organisasi Perlindungan Tumbuhan
Kebangsaan juga berusaha memastikan pelaksanaan biosekuriti tanaman dan
tumbuhan menjadi keutamaan dalam memacu usaha ke arah pertanian mampan
(Sinar Harian, 3 Julai 2020).
www.sinarharian.com.my/article/90502/BERITA/Nasional/Jamin-kualiti-keselamatan-
pertanian