Download - Qgj3023 (penyakit osteoarthritis)
QGJ 3023 FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA
TAJUK : PENYAKIT OSTEOARTHRITIS
(OA)- SAKIT SENDI
DEFINISI OSTEOARTHRITIS (OA)Osteoarthritis berasal dari kata Yunani “osteo” yang bererti “tulang”, “arthro”, yang bererti “bersama”, dan “itis” yang bererti peradangan.
Osteoarthritis juga dikenali sebagai penyakit degenerasi (kemerosotan) sendi.
Osteoarthritis juga didefinikan sebagai fenomena di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi .
PENGENALAN OSTEOARTHRITIS
Osteoarthritis terjadi kerana kekurangan bendalir sinovia untuk melicinkankan hujung-hujung tulang yang bergerak di sendi yang membekalkan nutrient kepada rawan artikular yang meliputi hujung-hujung tulang maka tulang akan bergeser antara satu lain.
Geseran itu akan membuat lapisan semakin nipis dan lusuh pada akhirnya menimbulkan kesakitan yang teruk.
OSTEOARTHRITIS
Biasanya, individu yang berusia lanjut atau menegangkan sendi mereka seperti individu yang bekerja keras atau yang terlampau gemuk akan menghidap osteoarthritis.
OSTEOARTHRITIS
Secara umumnya, osteoarthritis didapati pada sendi lesung (bahu, pinggul) atau sendi engsel (lutut, siku).
CONTOH OSTEOARTHRITIS
TULANG BELAKANG TULANG PINGGUL
CONTOH OSTEOARTHIRITIS
TANGAN KAKI
CONTOH PERINGKAT OSTEOARTHRITIS
Tulang yang sihat menjadi semakin nipis atau haus.
Osteoarthritis terbahagi kepada 5 peringkat. Gambar di bawah hanya menunjukkan 3
peringkat pada lutut.
TANDA DAN SIMPTOM
Di peringkat awal, osteoarthritis mungkin tidak memperlihatkan sebarang tanda dan simptom.
Lama-kelamaan, pesakit mengadu rasa sakit, sengal dan ngilu pada sendi khususnya pada cuaca sejuk dan lembap.
Pembengkakan dan peradangan pada sendi Persendian sakit itu kemerah-merahan Mengeluarkan bunyi krepitus (retak) khasnya
pada lutut mungkin kedengaran.
TANDA DAN SIMPTOM Osteofit iaitu penonjolan tulang di bahagian tepi
sendi mungkin dirasai. Pemeriksaan sinar–X pada sendi mungkin
menunjukkan adanya osteofit dan penyempitan ruang pada sendi tersebut kerana berkurangannya isipadu tulang rawan.
Osteofit penyempitan ruang pada sendi
PUNCA OSTEOARTHRITIS
• Cartliage menipis,
Kepadatan otot berkurang,
• Memberi tekanan kepada sendi
• Bersukan, Mengangkat benda berat, Pergerakan berlebihan
• Mencederakan otot dan sendi
• Perubahan mekanikal pada sendi (patah & Dislokasi sendi)
Kema-
Lang-an
Kece-dera-
anProse
s Penua
an (Usia)
Obesiti
PUNCA OSTEOARTHRITIS
Faktor Keturunan: cacat genetik pada tulang rawan sendi.
Perubahan aktiviti serta fungsi sel-sel tulang rawan Pembebesan bahan kimia oleh sel-sel rawan yang
sedikit sebanyak mengangggu metabolisme sel-sel rawan yang seterusnya meningkatkan proses katabolismenya.
Kandungan air dan garam kondroitin sulfat di dalam rawan meningkat manakala kandungan proteoglikan dan keratin sulfat menurun (apabila umur meningkat lebih 40 tahun) maka menyebabkan osteoarthiritis.
JENIS OSTEOARTHRITIS
Terdapat dua jenis Osteoarthritis iaitu :
a. Osteoarthritis Primer
b. Osteoarthritis Sekunder
OsteoarthritisPrimer
Tidak diketahui puncanya
trauma
inflamasiPerubahan
anatomi sendi
Gangguan metabolisme
OsteoarthiritisSekunder
OsteoarthritisSekunder
RAWATAN PERUBATAN Rawatan diberi bertujuan untuk
mengurangakan rasa sakit dan meningkatkan fungsi dan pergerakan sendi.
Pada peringkat awal rawatan, ubat analgesik seperti Panadol dan Tramadol boleh digunakan.
Panadol Tramadol
RAWATAN PERUBATAN
Jika rasa sakit tidak dikurangkan dengan kedua-dua ubat, ubat NSAID ( mengandungi aspirin, ibuprofen, and naproxin) yang lain bolehlah digunakan.
Walau bagaimanapun, pilihan ubat NSAID bergantung keberkesanan, harga dan kekerapan pengambilannya setiap hari.
RAWATAN PERUBATAN
Memberi ubat sapu yang berbentuk gel seperti “Voltaren gel” atau dalam bentuk plaster seperti “plaster ketotop”
RAWATAN PERUBATAN
Suntikan Steroid bercampur dengan agen anestetik setempat diperlukan untuk menghilangkan rasa sakit yang teruk.
Suntikan ini hanya boleh diberi sekali setiap 3 atau 4 bulan
kerana ada
kesan
sampingan.
RAWATAN PERUBATAN (HYLAN TERHAD PADA SENDI LUTUT)
Selain Steroid, suntikan dengan menggunakan cecair kenyal pekat seperti Hylan, iaitu terbitan Hyaluronan, (sejenis polisakarida yang biasanya terdapat di dalam cecair sendi) .Suntikan Hylan untuk meningkatkan cecair sendi (cecair sinovial) supaya konsisitensinya sama dengan sendi normal. Suntikan dengan Hylan (Synvisc) sebanyak 2ml setiap minggu dapat menghilangkan rasa sakit dan meningkatkan pergerakan sendi selama 8 bulan.
.
RAWATAN PERUBATAN
Penggantian sendi dengan menggunakan sendi palsu.
Pesakit menghidap Osteoarthritis yang teruk, sendi berkenaan mungkin perlu diganti dengan prostesis khas bagi menggantikan sendi yang rosak.
Contohnya: Penggantian sendi palsu untuk lutut. (Rujuk: http://keselekbatu.blogspot.com/)
PENGGANTIAN SENDI PALSU UNTUK LUTUT
RAWATAN LAIN
Krioterapi: penggunaan ais selama 20-30 minit untuk melegakan sakit setempat.
“ice box” pada lutut ais pada leher
Rangsangan elektrik pada kulit dan akupunktur juga dapat melegakan rasa sakit.
RAWATAN LAIN
Urut pada otot sekitar sendi boleh menolong mengurangkan rasa sakit dan ketegangan sendi.
Penggunaan pad panas, tuala basah yang panas, botol air panas pada sendi untuk membekalkan haba agar menolong mengurangkan sakit sendi, Penggunaan haba ini dapat dilakukan 48 jam selama 10 minit hingga 20 minit.
Tidur di atas tilam air mungkin membantu sesetengah pesakit. Jika Osteoarthritis ini melibatkan tulang belakang, tidur di atas tilam
yang pejal(firm) atau meletakkan sekeping papan lapis setebal ¾ inci di antara lantai katil dengan tilam boleh membantu tidur yang lebih sempurna pada waktu malam.
Penggunaan sepasang topang ketiak,pejalan kaki(walker) dan splin menolong mengurangkan tekanan pada sendi.
TINDAKAN PENCEGAHAN
Penurunan berat badan dapat mengurangkan masalah lebihan tampungan berat badan pada sendi. Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Penggunaan kasut yang dapat melapik tumit bagi mengurangkan tekanan sewaktu berjalan.
Penggunaan tongkat atau alat sokongan dapat mengurangkan beban dan mengurangkan sakit pada sendi.
PEMAKANAN
Pengambilan kalsium yang cukup seperti susu, keju, yogurt, ikan salmon,ikan sardin dengan tulang atau sayuran yang berdaun hijau gelap (kangkung,bayam dan brokoli) untuk membantu membentuk tulang.
PENGAMBILAN KALSIUM DAN VITAMIN D
PENGAMBILAN KALSIUM VITAMIN D
Pengambilan suplemen kalsium untuk memperkuat tulang dan terhindar dari patah.
Pengambilan glucosamine sulphate untuk memperbaiki
sendi
Pengambilan vitamin D yang cukup agar membantu tubuh menyerap kalsium dengan mudah.
Menurut Yayasan Osteoporosis Nasional ,kita memerlukan 400 international unit (IU) vitamin D setiap hari atau menjemur di bawah sinaran matahari pagi selama 30- 60 minit.
SENAMAN
Senaman seperti berjalan, berenang, berbasikal dan aktiviti aerobik boleh menguatkan otot dan menyokong sendi yang terlibat.
KESELAMATAN DAN KESELESAAN TEMPAT TINGGAL
Untuk menghindari jatuh, tempat tinggal yang aman diperlukan.
Tidak menggunakan karpet/permaidani yang mudah menyebabkan terjatuh atau terseliuh.
Pasang lampu malam dan pegangan di bilik mandi atau pelapik pencegah jatuh.
Letaklah barang-barang yang sering digunakan pada ketinggian yang mudah dicapai supaya tidak memanjat.
Tempat tinggal mempunyai cahaya yang bagus.
TINDAKAN PENCEGAHAN LAIN
PEMERIKASAN KEPADATAN TULANG
GAYA HIDUP BERUBAH
Apabila umur kita meningkat 30 tahun, kita haruslah menjalankan pemeriksaan kepadatan tulang. Bahkata:”Mencegah lebih baik daripada merawat”.
Berhenti merokok dan minuman keras.
Istirehat yang mencukupi. Pendidikan tentang penyakit
tersebut dan kesannya serta menanam sikap yang positif.
BIBLIOGRAFINik Rahimah Nik Husain,(2005). “Penyakit Keturunan”. Selangor:Dawama Sdn Bhd.
Masbah Omar Kamsiah Jaarin,(2002).”Artritis”.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Susan Mansfield &Mohd,Azwar Aizam.”Kecergasan Fakta Pintar Sains”.Kuala Lumpur:SA Majeed&Co. Sdn. Bhd
Sumber Internet
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
http://www.healthline.com/health-slideshow/exercises-to-beat-oa-pain#5
http://www.athealth.com/consumer/disorders/osteoarthritis.html
http://www.qwinerveprotector.com/ThumbOA.html
http://Goggle Image
http://merawatpenyakit.com/tag/punca-sakit-sendi/
http://onesupplement.blogspot.com/2013/01/apakah-osteoarthritis-sakit-sendi.html
http://simplicityarea.blogspot.com/2012/09/jurnal-osteoartritis.html
http://ejournal.litbang.depkes.go.id/index.php/BPK/article/view/45 )