Download - Psikososial acoiii 1
1.0 PENDAHULUAN
Dalam Konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah
dua konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah
berbeza dan memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza.
Walaubagaimanapun kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu
sama lain dan juga berkait rapat dengan stress.
Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state (state anxiety)
atau stress berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane
(1992) pula menyatakan kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi
atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan.
Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan
stress dalam sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai
sesuatu yang memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada
perasaan atlet bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya,
atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud
dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih
kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang
penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan
ini boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai
tahap keyakinan dan penghargaan diri yang rendah.
Keupayaan mengatasi tekanan dan kebimbangan semasa menyertai
kejohanan kompetitif amat penting, terutama di kalangan atlet elit (Hardy, Jones
dan Gould, 1996; Orlick dan Partington, 1988). Pengkaji telah melaporkan
bahawa lebih 50 konsultansi yang dijalankan di kalangan atlet pada Sukan
Olimpik, mendapati mereka mengalami tekanan dan kebimbangan serta masalah
lain berkaitan kebimbangan dan tekanan yang dialami yang boleh menyebabkan
prestasi menurun (Murphy, 1988).
1
2.0 DEFINISI KEBANGKITAN, TEKANAN DAN KEBIMBANGAN
2.1 DEFINISI KEBANGKITAN
Cox (1998) mendefiniskan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi
yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada
keseronokan yang terlampau. Cratty (1989) pula mendefinisikan kebangkitan
sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perceptual.
Menurut LeUnes dan Nation (1989) pula, kebangkitan merujuk kepada aktivasi
psikologi individu. Wann (1997) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap
kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perceptual
yang tidak dipengaruhi oleh emosi.
Berdasarkan definisi yang diutarakan di atas, terdapat persamaan yang
nyata tentang kebangkitan. Ia merujuk kepada tahap kesediaan seseorang
individu dalam menghadapi stimulus yang terdapat di persekitaran. Menurut
Wann (1997), kebangkitan sebenarnya bersifat neutral, sementara kesannya
sama ada positif atau negatif bergantung kepada tafsiran individu terbabit.
Secara keseluruhannya, ia didefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi
individu untuk bertindak secara fizikal mahupun mental.
2.2 DEFINISI TEKANAN
Menurut Hans Selye (1982), stres merupakan respons tubuh badan tanpa
emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitran. Antara
bentuk tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang
berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal; tekanan mental seperti rasa
sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk
tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.
Sekiranya individu tersebut membuat interpretasi bahawa stres yang
dialaminya bersifat positif, maka ia disebut sebagai eustres. Contohnya,
perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan
saat namanya diumumkan sebagai pemenang serta dikalungan dengan pingat
2
emas. Dalam contoh ini, stres yang dialami dalam bentuk debaran ditafsirkan
sebagai positif oleh atlet tersebut.
Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang
dialaminya bersifat negative, maka ia disebut distres. Dalam konteks ini, individu
tersebut merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan
atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Contohnya apabila seorang ahli
Gimnastik terjatuh dari balance beam. Walaupun ahli gimnastik tersebut
meneruskan semula rutin beliau, rasa takut jatuh untuk kali kedua serta
kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata akibat jatuh pada awal rutin
memberikan kesan kepada beliau. Persepsi negatif ini boleh menjejaskan
prestasi ahli gimnastik tersebut. Ia juga menimbulkan kesan negatif yang dikenali
sebagai kebimbangan.
2.3 DEFINISI KEBIMBANGAN
Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang
terhasil daripada persepsi terhadap situasi yang dihadapi. Hal ini dilahirkan
dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti
kekalahan, ugutan fizikal dan rasa malu (Shaharudin, 2001). Menurut
Weinberg dan Could (1999), kebimbangan adalah keadaan emosi yang
negatif, merangkumi keresahan dan kerisauan yang berhubungkait dengan
keaktifan seseorang dalam sesuatu bidang.
Biasanya, situasi kebimbangan tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah.
Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan dalam
situasi-situasi tertentu. Kebimbangan boleh mengganggu konsentrasi atlet malah
mampu untuk menjejaskan corak persembahan dan prestasi mereka dalam
pertandingan yang disertai. Semasa bertanding, perasaan bimbang bukan hanya
dialami oleh atlet sendiri, tetapi juga dialami oleh jurulatih, penyokong dan
penonton.
3
3.0 SUMBER KEBIMBANGAN DAN TEKANAN
Menurut Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima
faktor. Antara faktornya adalah seperti berikut:
1. Tekanan terhadap ego. Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang
atlet tewas sesuatu perlawanan khususnya kepada lawan yang lebih
rendah rankingnya. Ego atlet ini akan tercabar serta tertekan. Beliau juga
akan merasa kurang yakin untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap kebimbangan
seketika atlet itu.
2. Tekanan terhadap fizikal individu. Seseorang atlet akan berasa bimbang
sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak lawan
untuk menewaskan beliau secara fizikal. Contohnya, seorang atlet acara
sukan tempur (silat, tae kwon do, tinju) lazimnya mempunyai tahap
kebimbangan seketika yang tinggi khususnya apabila menentang lawan
yang lebih handal. Ini kerana wujudnya tekanan terhadap fizikal secara
langsung yang sedang dihadapi di gelanggang.
3. Ketidaktentuan. Keputusan yang tidak pasti, perlawanan yang berlarutan
kepada sudden death serta saat-saat mencemaskan yang menentukan
menang-kalah sesebuah pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini.
Kita tidak akan berasa bimbang sekiranya tahu kita akan menang atau
tidak mempunyai harapan untuk menang. Sesuatu yang sudah pasti tidak
akan membuat kita tertanya-tanya. Sebaliknya ketidaktentuan akan
menyebabkan kita rasa tertekan serta akan meningkatkan tahap
kebimbangan seketika.
4. Perubahan. Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan
kita menjadi kurang selesa dengan persekitran kerana ia bukan dari rutin
4
seharian. Contohnya, seorang pemain yang sudah biasa dengan kaedah
latihan seorang jurulatih akan merasa tertekan dengan kehadiran seorang
jurulatih baru yang membawa pendekatan serta corak latihan dan
matlamat yang baru. Perubahan dan tekanan ini akan meningkatkan lagi
tahap kebimbangan seketika pemain tersebut.
5. Penilaian atau perbandingan sosial. Kita akan merasa tertekan sekiranya
kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai atau dibandingkan dengan
orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan permulaan, sebelum
masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika mengambil
peperiksaan merupakan ciri-ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan
menerusi penilaian. Justeru itu, kemampuan mengubah tafsiran
merupakan elemen penting untuk menangani masalah ini.
4.0 KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN MEMPENGARUHI PRESTASI
Secara umumnya, terdapat dua jenis kebimbangan. Antaranya adalah
kebimbangan situasi semasa atau state atau trait kebimbangan (Speilberger,
1966). State lebih kepada keadaan semula jadi dan sering dirujuk kepada
kebangkitan atau arousal sistem saraf autonomi. Manakala trait individu
menggunakanya untuk mengatasi situasi yang menyebabkannya terasa tertekan
(Speilberger, 1966). Kebimbangan trait mempengaruhi prestasi individu yang
tinggi tahap kebimbangannya akan lebih banyak memperoleh maklumat
berkaitan kebimbangan state (Hardy et al., 1996). Kajian di luar psikologi dan
sukan juga telah menunjukkan bahawa individu yang kebimbangan trait tinggi
akan mendapat kurang maklumat (MacLeod, 1990). Dalam konteks pertandingan
sukan, individu yang dapat mengawal kebimbangannya tidak akan menghadapi
banyak masalah mencapai prestasi kemuncak (Hardy et al., 1996).
5
4.1 Hipotesis Inverted-U
Hipotesis Inverted-U (Broadhurst, 1957;Hebb, 1955). Model ini
menyatakan bahawa peningkatan kebangkitan juga akan meningkatkan prestasi,
tetapi jika kebangkitan terlalu tinggi, prestasi akan terganggu dan turut menjadi
teruk. Dengan kata lain, jika tekanan mulai terbentuk pada atlet, tetapi individu
masih yakin dan dapat mengawal tekanan berkenaan, prestasi akan menurun.
Walaupun teori ini menyatakan prestasi menurun sekirannya individu berasa
tertekan, tetapi ia tidak menyatakan atau mengambil kira perbezaan prestasi
atlet yang menghadapi tekanan yang sama.
Rajah 1 : Teori Inverted –U
Sumber: Cox R.H, 1998. Sport Psychology. Concepts and
Applications, 4th Edition. Boston: WCB/McGraw-Hill Co.
6
4.2 Drive Teori
Ia berkaitan dengan kebangkitan/ arousal dan prestasi. Menurut teori ini,
pada peringkat awal pembelajaran kemahiran, peningkatan tahap kebangkitan
akan menyebabkan kualiti prestasi kurang memuaskan tetapi lama-kelamaan
apabila kemahiran dapat dikuasai, peningkatan kebangkitan tidak menjejaskan
prestasi tetapi semakin meningkatkan prestasi atau kualiti prestasi semakin
memuaskan.
Carta 2: Drive Teori
4.3 Teori Pembalikan
Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara
prestasi dan kebimbangan, interprestasi individu atau atlet yang terbabit perlu
diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap
kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif
mahupun negative bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan
“mengelakkan kebimbangan” atlet biasanya ingin berada pada tahap
kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam
7
keadaan “mencari tahap kebangkitan” atlet lazimnya mencari keseronokan atau
sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlet boleh membalikkan
interprestasi mereka terhadap kebangkitan. Tahap kebangkitan yang tinggi atau
rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negative pada
ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan
yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlet dan tahap
kebangkitan yang sebenarnya.
Kajian yang telah dilakukan oleh Raedeke dan Stein (1994) ke atas ahli
ski Slalom menyokong gagasan teori ini. Mereka mendapati bahawa ahli ski
yang mengalami tahap kebangkitan yang tinggi berserta mood yang positif
melaporkan bahawa prestasi mereka juga berada pada tahap yang terbaik. Ini
selari dengan gagasan Kerr (1990) yang menyatakan bahawa kebangkitan dan
tafsirannya oleh atlet bergabung mempengaruhi Prestasi.
Carta 3 : Teori Pembalikan
8
4.4 Model Kebimbangan Catastrophe
Model Kebimbangan Prestasi dan kebimbangan Catastrophe melihat
kesan-kesan interaksi kebangkitan fisiologi dan kebimbangan kognitif terhadap
prestasi (Fazey dan Hardy, 1988; Hardy, 1990). Salah satu alternative terhadap
hipotesis Inverted-U ialah Teori Catastrophe yang menyatakan peningkatan
kebimbangan state akan memudahkan prestasi mencapai ke tahap optimum.
Teori ini menyatakan bahawa terdapat dua subkomponen kebimbangan
iaitu kebimbangan kognitif dan kebangkitan fisiologi. Kebangkitan fisiologi boleh
mempengaruhi prestasi akibat interpretasi individu tentang symptom-simptom
fisiologi. Menurut Model ini, kenaikan kebimbangan kognitif memberi faedah
kepada prestasi pada tahap rendah kebangkitan fisiologi tetapi memberi kesan
buruk kepada kebangkitan fisiologi tinggi . ( Hardy et al., 1996).
Tambahan pula, apabila kebimbangan kognitif di tahap rendah,
perubahan dalam kebangktian fisiologi boleh memberi sama ada kesan negatif
atau positif ke atas prestasi bergantung kepada beberapa banyak atau tinggi
kebangkitan yang dialami (Hardy et al., 1996). Sekali kebangkitan fisiologi terlalu
tinggi, itulah langkah penurunan prestasi yang hanya boleh berundur atau
kembali semula hanya dengan pengurangan kebangkitan fisiologi (Hadry et al.,
1996). Walaupun model ini gagal untuk mengambil kira keyakinan diri,
pendekatan interaktif dilihat sebagai penjelasan terbaik dalam melihat tingkah
laku.
9
Carta 4 : Model Castastrophe
5.0 CARA MENGATASI MASALAH KEBANGKITAN, TEKANAN DAN
KEBIMBANGAN
Kebangkitan fisiologi yang berlebihan dan kebimbangan merupakan salah
satu elemen yang boleh menggugat prestasi individu dalam sukan. Antara
contoh terbaik yang dapat kita lihat adalah kegagalan pasukan Belanda kepada
pasukan Itali di peringkat separuh akhir kejohanan Bola Sepak Euro 2000 yang
lalu. Walaupun di peringkat awalnya pasukan Belanda merupakan salah satu
daripada pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut serta prestasi
mereka dalam beberapa perlawanan sebelumnya begitu memberangsangkan,
tekanan yang dihadapi apabila beraksi di hadapan penonton sendiri
menyebabkan mereka tewas kepada Itali menerusi sepakan Penalti. Kegagalan
beberapa orang pemain ternama yang berpengalaman mengawal kebimbangan
serta tekanan yang hadir semasa mengambil sepakan penalti telah
menyebabkan pasukan belanda berputih mata.
Satu contoh yang dapat menunjukkan tekanan dan kebimbangan adalah
pertandingan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan yang menjadi
10
tumpuan seluruh dunia. Pelawan yang sengit bagi Lee Chong Wei dan
kecederaannya adalah perkara yang akan menambah tahap tekanan dan
kebimbangannya.
Senario yang sama juga wujud dalam beberapa jenis sukan yang lain
serta melibatkan beberapa orang ahli sukan ternama dunia. Kegagalan
melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali menjadi
penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan
melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari
tekanan, kebangkitan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga
menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta
berfikir dengan baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan
yang dibuat di bawah tekanan sering kali memakan diri.
Terdapat dua bahagian dalam mengatasi masalah kebangkitan dan
kebimbangan. Antaranya adalah strategi untuk mengurangkan kebangkitan serta
strategi untuk meningkatkan individu tersebut. Penggunaan strategi yang betul
dalam usaha membantu atlet mengurangkan atau meningkatkan tahap
kebangkitan lazimnya membuahkan hasil yang positif. Penggunaan proses
intervensi yang sesuai dengan symptom kebimbangan yag wujud biasanya dapat
mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh individu berkenaan. Contohnya,
individu yang menghadapi masalah kebimbangan sehingga menyebabkan
ketegangan otot seharusnya dibantu dengan proses intervensi yang dapat
mengurangkan ketegangan otot yang terbabit agar mereka menjadi relaks serta
dapat beraksi dengan baik. Sebaliknya, individu yang menghadapi masalah
kebimbangan kognitif yang tinggi harus dibantu bagi mengawal pemikiran
mereka.
5.1 Strategi mengurangkan Kebangkitan
Terdapat empat teknik yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap
kebangkitan:
11
12