Download - propsal kajian tindakan
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
1.0PENDAHULUAN
Bahagian pendahuluan merangkumi pengenalan, refleksi pengajaran dan
pembelajaran dan juga refleksi nilai pendidikan. Pengenalan merupakan garapan
secara ringkas kepada penyelidikan tindakan yang dijalankan. Refleksi pengajaran
dan pembelajaran pula sesuatu yang didapati oleh penyelidikan sewaktu
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, refleksi nilai pendidikan pula
berkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan
penyelidik (Rosinah Edenin 2011).
1.1 Pengenalan
Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal
terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah
kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi
ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan.
Umum perlu mengetahui bahawa, di dalam beberapa permainan seperti Bola
Sepak, Bola Baling dan juga Badminton (Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 6) amat
memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk
bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untuk
menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak.
Merujuk kepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagai
kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah
pergerakan dengan cepat dan tepat.
Jika melalui pandangan Clake di dalam Adrian Chew (2009) pula , ketangkasan
ialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan.
1 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh di dalam Wong Ling Syu (2004) pula
menyatakan ketangkasan ialah kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan
secepat yang boleh untuk membantunya dalam situasi permainan dan ketika
kecemasan bertujuan mahu menyelamatkan diri.
Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan.
Latihan litar ini telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson pada tahun
1953.
Menurut Fox dan Matthew di dalam Liliana Wong (2011) latihan litar dapat
dikatakan sebagai satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu.
Aktiviti-aktiviti stesyen ini dilaksanakan dalam masa tertentu yang telah ditetapkan. Satu
litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan.
Jadi saya telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihan
litar bagi membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.
2 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Setelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, saya
dapat mengesan satu masalah yang ketara di kalangan murid-murid tahap dua
yang diajar oleh saya. Murid-murid ini, seolah-olah tidak dapat menguasai
ketangkasan. Melalui pemerhatian saya sewaktu menjalankan pengajaran,
beberapa masalah yang timbul antaranya ialah :
Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untuk
melompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan dan
murid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor.
Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti dan
mengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dan
kembali berlari ke permulaan.
Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilih
untuk menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapat
mengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan
berlawanan.
Keadaan seperti ini, mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan
ketangkasan. Saya ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah satu
aspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan usaha, dapat membantu
mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi.
3 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Kajian berkaitan ketangkasan yang ingin dijalankan oleh pengkaji ini menerapkan
aspek peniruan. Di mana, subjek kajian akan melihat, memerhati dan juga cuba
untuk memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji tentang bagaimana
mahu menjalankan Ujian Illinois dan cara untuk melengkapkan latihan litar yang
telah dipilih untuk dijadikan intervensi.
Teori Albert Bandura (1986) menyatakan bahawa, terdapat empat unsur
utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan. Pertama
ialah, perhatian, kedua mengingat, kemudian menuju kepada reproduksi dan
seterusnya ke peringkat peneguhan atau motivasi.
Subjek kajian perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi yang
ditunjukkan pengkaji. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perhatian
subjek kajian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Contoh faktor yang
mempengaruhi perhatian subjek kajian ialah, umur, jantina, status dan hubungan
subjek kajian dengan pengkaji. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, subjek
kajian diajar untuk menerima dengan baik tentang arahan yang diberikan oleh
pengkaji. Jadi, sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah terlebih dahulu meminta
persetujuan daripada subjek kajian. Ini bertujuan untuk memupuk hubungan baik
antara pengkaji dan subjek kajian demi untuk memastikan kelancaran perjalanan
kajian yang telah dijalankan.
Seterusnya, subjek kajian perlu mengingat setiap butiran dan demonstrasi
yang ditunjukkan pengkaji. Perkara ini dapat dilakukan dengan bantuan pengkaji,
secara verbal atau imagineri mental dan pemerhatian serta lakuan fizikal.
Demonstrasi secara fizikal dilakukan dengan bantuan penerangan secara verbal.
Selain itu, kad-kad bertulis dilihat dapat membantu meningkatkan ingatan subjek
kajian berkaitan lakuan yang dikehendaki. Melalui kad-kad yang disediakan ini,
pengkaji akan memilih kata kunci yang mudah diingati untuk membantu subjek
4 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
kajian. Selain itu, pengkaji akan mendorong subjek kajian untuk membina imaginasi
bagaimana untuk melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar tersebut.
Peringkat ketiga dalam teori Permodelan oleh Albert Bandura ialah,
reproduksi. Ini ialah keadaan dimana, subjek kajian akan cuba untuk melakukan
semula setiap perkara yang telah didemonstrasi oleh pengkaji. Kecekapan subjek
kajian mengulang semula dan membuat lakuan sama seperti pengkaji bergantung
kepada perhatian dan usaha untuk mengingat yang dilakukan oleh subjek kajian.
Semakin tinggi perhatian yang diberikan, semakin berjaya subjek kajian meniru
lakuan pengkaji dan hasilnya, semakin berjaya usaha yang dilakukan oleh subjek
kajian. Sebagai contoh, melalui latihan litar yang mempunyai Lompat Kuadran, jika
Lompat Kuadran ini dilakukan dengan urutan yang betul, ia dapat membanyu
meningkatkan ketangkasan subjek kajian, sekali gus akan membantu membuktikan
kajian untuk meningkatkan ketangkasan melalui latihan litar ini, telah berjaya.
Peringkat seterusnya ialah peneguhan atau motivasi. Pengkaji perlu
membantu subjek kajian dengan memberi peneguhan terhadap lakuan mereka.
Peneguhan boleh dibuat secara langsung dan tidak langsung. Peneguhan langsung
ialah, pengkaji memuji lakuan yang dilakukan dengan betul. Jika terdapat subjek
kajian yang melakukan kesilapan sewaktu melaksanakan Ujian Illinois dan latihan
litar, pengkaji perlu terus menegur dan membetulkan lakuan mereka. Ini bagi
memastikan kajian berjalan seperti sepatutnya.
5 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.0FOKUS KAJIAN
2.1Isu Kajian
Aspek ketangkasan telah diterapkan di dalam kelas Pendidikan Jasmani seawal Tahap
Satu, iaitu Tahun Tiga. Kegagalan murid-murid yang telah berusia sebelas tahun untuk
menguasai ketangkasan ini menimbulkan tanda tanya di dalam diri pengkaji. Beberapa
masalah yang dikesan ialah, murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang
melibatkan ketangkasan dengan baik. Sebagai contoh, murid tidak dapat mengubah
arah dengan baik ketika melakukan larian ulang alik. Selain itu, ketangkasan amat
penting dalam membantu murid-murid menguasai permainan seperti bola sepak dan
bola jaring.
Pengkaji ingin mengkaji bagaimana mahu meningkatkan ketangkasan yang tidak
dapt dikuasai oleh murid-muridnya.
6 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.1.2 Tinjauan Awal
Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umur
kanak-kanak menjangkau 8 tahun hingga 12 tahun (Gallahue1996). Jadi, sepatutnya,
pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif yang telah
dikuasai sewaktu Tahap Satu ke dalam situasi permainan yang dipelajari pada Tahap
Dua.
Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati murid-murid tidak dapat mengubah
arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan seperti teragak untuk menukar arah dan
kembali ke permulaan sering berlaku. Keadaan ini saya perhatikan berulang kali
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Tahun 5 di salah sebuah
sekolah di daerah Hulu Langat.
Bagi mengesahkan kemusykilan saya, saya telah memilih untuk melaksanakan
satu ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan murid-murid didikan saya ini. Seramai
30 orang ahli kelas tersebut mengikuti ujian yang saya laksanakan. Saya telah memilih
Ujian Illinois untuk dijadikan sebagai instrument yang boleh membantu saya untuk
mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid itu.
Sebelum ujian dilakukan, pengkaji telah menjelaskan kepada murid-murid
tentang tujuan ujian ini dijalankan. Selesai penerangan tersebut, saya mula membuat
demonstrasi tentang cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid
dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini
bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan keadaan litar ujian.
Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap murid dengan rehat selama sepuluh minit
diantaranya sebelum bermula semula.
Keputusan ujian telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan
untuk mengetahui tahap ketangkasan mereka.
7 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Jadual 1
Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Perempuan
Mata / Umur Bawah 13 Tahun
13-14 Tahun
15-16 Tahun
>16 Tahun
6 <16.5 <16.1 <16.0 15.854
16.5 - 18.0 16.1-17.8 16.0 -18.0 15.8 – 18.018.1- 19.6 17.9 - 18.4 18.1- 18.6 18.1- 18.6
Jadual 2
Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Lelaki
Mata / Umur Bawah 13 Tahun
13-14 Tahun
15-16 Tahun
>16 Tahun
6 <15.8 <15.4 <14.8 <14.354
15.8-16.5 154-16.1 14.8-15.8 14.3-15.416.6-18.0 16.2-17.4 15.9-16.9 15.5-16.5
Sumber : North West Atheletics : Talent Identification Norms 2001
8 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Jadual 3
Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki
Mata Bilangan Murid
6 0
5 5
4 4
<4 9
Jumlah Murid 18
Jadual 4
Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Perempuan
Mata Bilangan Murid6 05 34 3<4 7Jumlah Murid 12
Jadual 5
Keputusan Keseluruhan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki dan Perempuan
Mata Lelaki Perempuan Jumlah6 0 0 05 5 3 84 4 2 6<4 9 7 16Jumlah Besar 30
9 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.1.1 Analisis Tinjauan Awal
Jadual 6
Peratusan Tahap Ketangkasan Lelaki dan Perempuan
Mata Lelaki Perempuan5 28 254 22 17<4 50 58Jumlah 100 100
Graf 1
Graf Peratusan Tahap Ketangkasan Murid Lelaki dan Perempuan
5 4 <40
10
20
30
40
50
60
70
LP
/ M
10 |
PERATUS / MASA TAHAP KETANGKASAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Keputusan Ujian Illinois yang telah dilaksanakan menunjukkan tiada murid
berjaya mendapat skor tertinggi iaitu 6 bagi lelaki dan perempuan. Skor 5 mencatatkan
masing-masing 28% bagi murid lelaki dan 25% daripada murid perempuan. 22%
murid-murid lelaki mendapat skor 4. Murid perempuan yang mendapat skor yang sama
berjumlah secara peratusan ialah 17%. Skor kurang daripada 4 mendominasi graf
palang keputusan. Sejumlah 9 orang murid yang mewakili 50% daripada murid-murid
lelaki. Bagi murid perempuan pula yang mendapat skor kurang daripada 4 ialah
sejumlah 58%.
Ini membuktikan bahawa, anak-anak didik penyelidik mengalami masalah dalam
menguasai aspek ketangkasan. Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap
ketangkasan mereka.
11 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Sebelum menjalankan kajian, enam faktor berikut telah diambilkira bagi memastikan
keberhasilan kajian. Faktor-faktor tersebut ialah kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kolaborasi, kerelevanan dan juga kawalan.
Kebolehtadbiran
Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan. Permainan ini boleh dilaksanakan di
padang dan juga gelanggang badminton sekolah. Padang merupakan kawasan yang
terbaik untuk menjalankan intervensi dengan selamat. Jika terdapat peralatan yang
tiada, saya boleh membina alat reka ganti untuk digunakan semasa kajian
dilaksanakan. Perancangan yang baik seperti menetapkan masa, tarikh, lokasi dan
juga tempoh perlaksanaan akan membantu kelancaran kajian ini.
Kepentingan
Usaha untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid di sekolah akan
membantu memenuhi keperluan fizikal murid-murid dan juga sekolah. Jika
murid-murid ini dapat menguasai ketangkasan, mereka telah memenuhi salah
satu aspek kecergasan. Seterusnya, sekolah juga amat memerlukan murid-
murid yang tangkas untuk mewakili sekolah dalam permainan seperti Bola
Sepak, Bola Baling dan juga Badminton.
Kebolehgunaan
Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap Dua di sekolah
rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan litar ini dapat digunakan
dengan menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa Kemuncak
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji penguasaan murid-
murid berkaitan tajuk ketangkasan.
12 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Kolaborasi
Kajian ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa pihak. Pihak
yang terlibat antaranya ialah, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru
pembimbing dan juga pensyarah pengkaji itu sendiri. Pihak sekolah perlu
membenarkan murid-murid terpilih membantu menyelesaikan kajian yang dijalankan.
Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga pensyarah terlibat akan menjadi
rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan kajian serta intervensi
yang telah dicadangkan ini. Murid-murid serta ibu bapa juga perlu memberikan
kebenaran sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang bakal
dijalankan ini.
Kerelevanan
Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta
pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai ketangkasan.
Kemungkinan peningkatan prestasi mereka di dalam permainan-permainan yang
dipertandingkan akan meningkat dari masa ke semasa.
Kawalan
Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian, peralatan, lokasi
serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal. Subjek kajian terdiri daripada
murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi subjek kajian dengan izin
ibu bapa. Peralatan yang digunakan pula mudah didapati di stor sukan sekolah.
Kawasan padang akan digunakan secara maksimum untuk menjalankan intervensi
yang telah dirancangkan. Intervensi akan diadakan pada waktu PnP Pendidikan
Jasmani sahaja dan tidak mengganggu waktu PnP yang selainnya.
13 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.2 Tinjauan Literatur berkaitan Isu Kajian
2.1.2 Teori/Model/Pendekatan/Strategi Berkaitan
Kajian ini dilihat melibatkan Teori Kecergasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh
Howard Gardner. Menurut pandangan Howard, setiap individu mempunyai potensi
mereka yang tersendiri. Tiada individu yang sama seperti individu yang lain. Tujuh
kategori Kecergasan Pelbagai ini ialah, linguistik, logikal-matematikal, visual-spartial ,
muzik, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Kajian berkaitan ketangkasan ini
melibatkan kecergasan tubuh kinestatik dan juga interpersonal.
Kecergasan tubuh kinestatik ialah bagaimana badan dapat membuat gerakan
tertentu seperti gimnastik, mengawal tubuh badan dalam sukan dan permainan tertentu.
Kajian ini ingin mengetahui, bagaimana intervensi latihan litar yang dilaksanakan dapat
membantu subjek kajian menjadi lebih tangkas dengan lebih efisien. Ketangkasan ini,
membantu subjek kajian untuk lebih cemerlang dalam sukan seperti bola sepak atau
bola jaring serta sukan-sukan lain yang diceburi subjek kajian.
Kecergasan berkaitan interpersonal juga terlibat dengan kajian ini. Subjek kajian
belajar bagaimana mahu menerima, memproses arahan dan melaksanakan aktiviti
seperti yang dikehendaki oleh pengkaji. Komunikasi yang berkesan akan membantu
mempermudahkan perjalanan kajian yang hendak dilaksanakan. Ketika ini, subjek
kajian menerima input dan belajar melalui permodelan atau peniruan perlakuan yang
dilakukan oleh pengkaji. Sebagai contoh, perhatian sepenuhnya yang diberikan kepada
lakuan pengkaji sewaktu demonstrasi pelaksanaan Lompat Kuadran akan
meningkatkan kefahaman subjek kajian bagaimana mahu menjalankan akitiviti
ketangkasan ini. Jadi, kesan daripada itu, Lompat Kuadran akan berjaya dilaksanakan
dengan jayanya dan mampu membantu membuktikan bahawa intervensi yang
dirancang ini sesuai untuk meningkatkan tahap ketangkasan subjek kajian.
14 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.1.3 Kajian Lepas yang Berkaitan
Rusedawatty Bt Osman telah melaksanakan kajian berkaitan ketangkasan dan
bentuk tubuh badan pemain Bola Jaring mengikut posisi di dalam pasukan. Kajian
tersebut membuktikan ketangkasan pemain dalam pasukan dipengaruhi oleh
ketangkasan. Tanpa tahap ketangkasan yang baik, pemain tidak akan dapat beraksi
secara maksimum dalam permainan yang disertai mereka.
Jika melihat kajian yang dijalankan oleh Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim dan
Mariana Binti Abd Manan yang memilih untuk menjalankan kajian tentang tahap
ketangkasan atlet peninju peringkat negeri, keputusan kajian mencatatkan hasil yang
sama. Di mana, ketangkasan yang baik amat perlu dalam membaca gerakan tangkas
dari pihak lawan. Jika peninju dapat membaca gerakan pihak lawan, mereka akan
bergerak dan bertindak pantas seperti mengelak atau menghadiahkan semula gerakan
yang diterima kepada pihak lawan.
Melalui kedua-dua kajian ini telah dibuktikan bahawa, ketangkasan sangat
penting dalam memastikan kejayaan atlet secara individu mahupun berpasukan.
Gambetta (2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti
kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain. Jadi,
jika aspek seperti ketangkasan tidak dikuasai, prestasi individu akan menurun.
Ini mendorong pengkaji untuk melaksanakan satu intervensi bagi meningkatkan
ketangkasan setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak didik
pengkaji.
15 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
2.1.4 Istilah Kajian
Berikut merupakan penerangan kepada beberapa istilah kajian yang digunakan
sepanjang pelaksanaan kajian ini.
Ketangkasan
Menurut Johnson dan Nelson, ketangkasan ialah kebolehan fizikal seseorang yang
dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat.
Latihan Litar
Menurut Fox dan Matthewse, latihan litar ialah satu program latihan yang dirangka
dengan stesen-stesen tertentu. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang
dirancang telah dilaksanakan.
16 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Objektif umum bagi kajian yang ingin dilaksanakan ini ialah meningkatkan tahap
ketangkasan murid-murid Tahun Lima melalui latihan litar.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini ingin dilaksanakan bagi :
i. Meningkatkan ketangkasan murid-murid Tahun Lima sebuah sekolah di
daerah Hulu Langat menggunakan latihan litar yang merangkumi aspek
ketangkasan.
ii. Membantu murid-murid melepasi had masa mengikut norma ketangkasan
kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun
3.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ialah persoalan yang dapat dijawab melalui kajian yang bakal
dijalankan ini menggunakan pendekatan yang telah dipilih. Berikut merupakan
beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab melalui kajian :
i. Adakah latihan litar dapat membantu meningkatkan ketangkasan subjek
kajian?
ii. Adakah permainan kecil dapat membantu murid memenuhi norma
ketangkasan subjek kajian yang berusia 10 hingga 12 tahun?
17 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada murid-murid Tahun Lima di
sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 10 orang daripada 30
responden awal telah dipilih untuk menjalankan intervensi ini. Murid-murid ini dikesan
tidak dapat menguasai kemahiran ketangkasan melalui ujian Illinois. Pengkaji memilih
untuk menjalankan kajian tentang keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan
ketangkasan dengan subjek kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima
orang murid perempuan.
Jadual 7
Subjek kajian, Jantina serta Kelas
Subjek Kajian Jantina Kelas
A L 5 Amanah
B L 5 Amanah
C L 5 Amanah
D L 5 Amanah
E
F
L 5 Amanah
P 5 Amanah
5 AmanahG P
H
I
P 5 Amanah
P 5 Amanah
5 AmanahJ P
18 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Bahagian ini bakal membincangkan tentang kitaran kajian pertama, cara data akan
dikumpulkan, cara menganalis data dan perancangan bagaimana tindakan ingin
dilaksanakan.
5.1 Kitaran Kajian 1
Model Kurt Lewin (1984)
Sumber : Rosinah Edinin 2011
19 |
PERANCANGAN
TINDAKAN
PEMERHATIAN
REFLEKSI
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
5.1.1 Kitaran Pertama
Kitaran Pertama ini mengandungi empat fasa yang perlu dilengkapkan. Fasa pertama
ialah perancangan, diikuti oleh tindakan. Fasa ketiga dan keempat pula ialah
pemerhatian dan refleksi.
Perancangan
Pengkaji telah merancang untuk menggunakan latihan litar bagi meningkatkan
ketangkasan murid Tahun 5. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk melengkapkan
latihan litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, Bangkit Tubi, Meleding serta
Lari Ulang Alik 10 Meter.
Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow dan
McGee di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat ditingkatkan
dengan menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot,kepantasan, deria
kinestetik serta koordinasi.
Ujian pra akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan dapatan yang
sah tentang tahap ketangkasan subjek kajian. Setelah itu, intervensi akan dimulakan.
Sebelum latihan litar dilaksanakan, pengkaji akan mengendalikan sesi aerobik
sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku kepada subjek kajian. Ia juga membantu menyediakan subjek
kajian kepada aktiviti berintensiti yang telah dirancang.
Latihan litar ini mengandungi 4 stesen yang perlu dilengkapkan oleh subjek
kajian. Stesen pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua, Meleding. Stesen ketiga
dan keempat pula ialah Lari Ulang Alik 10 Meter dan juga Bangkit tubi.
Intervensi ini akan dijalankan sebanyak 1 set dengan 3 ulangan pada minggu
pertama, penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga
minggu intervensi yang terakhir iaitu, minggu keempat.
20 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Setelah intervensi ditamatkan, ujian pasca akan dilakukan bagi melihat kesan
daripada intervensi yang telah diikuti oleh subjek kajian.
Tindakan
Pengkaji akan menjalankan Ujian Illinois terlebih dahulu sebelum melaksanakan latihan
litar yang telah dirancang.
Ujian Illinois
Bagi melaksanakan ujian ini 8 kon penanda akan disusun seperti rajah diatas.
Lebar kawasan ujian ini ialah 5 Meter, sementara panjangnya pula ialah 10 Meter.
Kemudian, pada jarak kelebaran 2.5 Meter, akan disusun 4 kon penanda. Jarak setiap
kon tersebut ialah 3.3 Meter setiap satunya.
Subjek kajian akan bermula di Mula. Berlari sepanjang mungkin untuk
menyudahkan ujian seperti yang tertera di atas. Subjek tidak dibenarkan untuk
21 |
5 Meter
3.3 Meter Meter
10 Meter
MULA TAMAT
STESEN 1 :LOMPAT KUADRAN
STESEN 3 :LARI ULANG ALIK 1O METER
STESEN 2 :LENTIK BELAKANG
STESEN 4 :BANGKIT TUBI
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
menjatuhkan kon yang telah didirikan. Setelah subjek kajian tiba di penamat. Jam
randik akan dihentikan.
Seterusnya, selepas pemanasan badan. Sesi pemanasan badan akan divariasikan
dengan pelbagai aktiviti. Contohnya, permainan kecil yang mempunyai unsur
ketangkasan dan aerobik. Sesi intervensi menggunakan latihan litar yang telah
dirancang untuk membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.
22 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Pelaksanaan Intervensi Latihan Litar
Stesen Cara Pelaksanaan
1. Lompat Kuadran Berdiri dalam keadaan selesa di hadapan petak
Lompat Kuadran
Apabila wisel dibunyikan, mula melompat selama
satu minit dan berhenti apabila wisel sekali lagi
dibunyikan.
2. Lentik Belakang Meniarap di atas tilam dan mula melentikkan
badan selam 1 minit hingga wisel berhenti
dibunyikan.
3. Lari Ulang Alik 10 Meter Berdiri dan bersedia untuk berlari.
Berlari dan apabila tiba di kawasan B, mengambil
bongkah kayu dan berpatah balik semula
Mengira jumlah ulangan yang mampu dilakukan
dalam masa 1 minit.
4. Bangkit Tubi Berbaring di atas tilam dalam keadaan selesa
Tangan diletakkan di dada
Mula membuat bangkit tubi apabila wisel
dibunyikan dan berhenti apabila wisel sekali lagi
dibunyikan
23 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Pemerhatian
Sebelum ujian pra, intervensi dilaksanakan, pengkaji akan membuat demonstrasi
bagaimana setiap satunya perlu dilaksanakan. Ini bagi memberi gambaran jelas tentang
perjalanan aktiviti yang mahu dilakukan. Pengkaji akan menekankan perkara-perkara
yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Setelah itu, subjek kajian diberi peluang
untuk membuat percubaan dan menyesuaikan diri dengan kehendak kajian.
Pemerhatian akan dilaksanakan sewaktu percubaan ini dan juga sepanjang kajian
dijalankan. Sewaktu percubaan, guru akan memerhatikan lakuan subjek kajian. Jika
terdapat sebarang kesilapan, pengkaji akan serta merta membetulkan kesilapan subjek.
Ini bertujuan bagi memastikan keberkesan program intervensi yang akan dilaksanakan.
Seterusnya, pengkaji akan membuat pemerhatian berstruktur terhadap subjek sewaktu
intervensi dijalankan. Tamat intervensi, subjek kajian akan melakukan aktviti kenduran
dan kemudian, pengkaji akan menegur perkara yang sepatutnya ditegur demi
keberkesanan intervensi yang telah dirancang.
Refleksi
Setelah menjalankan ujian sewaktu tinjauan awal, kesimpulan yang boleh dibuat ialah,
murid- murid hampir secara keseluruhannya tidak menguasai ketangkasan setelah
keputusan dibandingkan dengan skor tahap ketangkasan mengikut umur.
5.2 Cara Pengumpulan Data/Penganalisasi Data
Cara pengumpulan data
Data penyelidikan akan dikumpul melalui ujian. Dua ujian yang akan dilaksanakan ialah
Ujian Pra dan Ujian Pasca. Di samping itu, Ujian Rintis juga akan dilaksanakan bagi
menentukan kesesuaian instrumen yang akan digunakan pada kajian akan datang.
24 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
Ujian
Ujian rintis akan dijalankan bagi melihat kesesuaian latihan litar yang telah direka untuk
kajian ini. Seramai 10 orang murid akan dipilih secara rawak untuk melaksanakan
intervensi yang telah dirancang. Ujian rintis ini meliputi, ujian pra dan intervensi seperti
yang dirancangkan. Setelah tamat intervensi, ujian pasca akan dilaksanakan bagi
melihat kesesuaian dan perubahan tahap ketangkasan pada subjek yang dipilih secara
rawak itu.
Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama
seperti dilaksanakan di dalam ujian rintis dan seterusnya menyelesaikan kajian dengan
ujian pasca. Ini bermakna, subjek kajian akan diuji dengan Ujian Illinois untuk
menentukan tahap ketangkasan mereka. Subjek kajian perlu melengkapkan latihan litar
seperti yang disarankan oleh guru mengikut bilangan set yang ditentukan mengikut
minggu-minggu intervensi. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani Ujian Pasca
yang sama seperti Ujian Pra.
5.3 Cara Menganalisis Data
Ujian
Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut
subjek. Ini bagi memudahkan pengkaji melihat keberkesanan latihan litar yang
dijalankan kepada setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min
sewaktu ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan
bagi melihat dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap
kajian.
Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi
memudahkan perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
25 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan
5.4.1 Jadual Perlaksanaan
Minggu Perkara
Minggu 1 Ujian Pra ( Ujian Illinois)
Intervensi Minggu 1 Latihan Litar 3 Set Ulangan
Minggu 2 Intervensi Minggu 2
Latihan Litar 4 Set Ulangan
Minggu 3 Intervensi Minggu 3 Latihan Litar 4 Set Ulangan
Minggu 4 Intervensi Minggu 4 Latihan Litar 5 Set Ulangan
Ujian Pasca ( Ujian Ilinois)
26 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
5.4.2 Kos kajian
Kos kajian ialah wang dan keperluan lain yang perlu dibelanja dan disediakan bagi
menjalankan kajian ini.
Bil
Perkara Harga seunit(RM)
Bilangan Unit diperlukan
Jumlah keseluruhan
(RM)
1. Skital Penanda (Besar) 10 10 1002. Skital Penanda (Kecil) 2 20 403. Marker 1 20 200
604. Tilam Gimnastik 30 2
Rumusan
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan membantu subjek kajian dalam meningkatkan
ketangkasan diri mereka. Intervensi yang dipilih ialah intervensi menggunakan latihan
litar yang telah disesuaikan dengan subjek kajian. Murid-murid tahun lima dari kelas
yang diajar oleh pengkaji dipilih untuk menjadi subjek kajian. Latihan litar digunakan
sebagai intervensi dengan empat aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji.
27 |
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012
RUJUKAN
Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim & Mariana Binti Abd Manan. (2008) Kajian Terhadap
Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Johnson, Barry L., & Nelson, Jack K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in
Physical Education ( 4th ed. ). New York : Macmillan Publishing Company.
Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan Alam Belajar . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Procedure for conducting the Illlinois Agility Run for athletes. Tarikh akses: 11
Februari 2012. http://www.topendsports.com/testing/tests/illinois.htm
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (edisi
kedua).Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Rusedawatty Osman.(2008)Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti
28 |