Download - Proposal Amalan Terbaik Kaunseling Daerah
-
1
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
2
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah satu sub organisasi yang ada di semua
sekolah menengah dan sebahagian besar sekolah rendah di Malaysia. Sebagai
organisasi yang memberi khidmat bantuan menolong kepada warga sekolah,
adalah menjadi satu keperluan untuk mewujudkan satu bilik pengurusan dan
perkhdidmatan yang selaras dan sesuai dengan khidmat yang diberikan.
Keberkesanan perkhidmatan kaunseling bergantung pada pengurusan dan
persekitaran bilik bimbingan dan kaunseling tersebut. Bilik bimbingan dan
kaunseling di sekolah seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang kondusif,
teraputik, selesa dan menenangkan. Hal ini penting memandangkan klien utama
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terdiri daripada murid-murid
dan ibu bapa yang mempunyai pelbagai masalah atau situasi yang berbeza.
Oleh itu, suasana bilik kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam
memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. Secara
tidak langsung, keadaan ini membantu untuk menyediakan klien agar berada
dalam keadaan yang tenang bagi menangani masalahnya dengan berkesan.
Persepsi pertama yang bermain di fikiran klien apabila datang ke bilik bimbingan
dan kaunseling amat penting. Suasana yang kondusif dapat meyakinkan dan
memberi ketenangan dalam diri klien.
Melalui pemerhatian yang telah dibuat, banyak bilik bimbingan dan kaunseling
berada dalam keadaan tidak kondusif dan teraputik termasuk bilik kaunseling
sekolah ini juga. Keadaan ini wujud atas beberapa faktor seperti susun atur
perabot dan penggunaan ruang yang tidak sesuai. Bilik juga terlalu padat dan
pemilihan warna yang digunakan tidak menarik. Sebelum ini juga bilik bimbingan
dan kaunseling mempunyai terlalu banyak maklumat yang ditampal di dinding
hingga menyebabkan suasana bilik kelihatan sesak dan tidak kondusif.
-
3
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Justeru itu, kami telah mengambill inisiatif untuk melakukan transformasi terhadap
bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Transformasi ini bukan sahaja telah
memberi wajah baru kepada bilik bimbingan dan kaunseling bahkan juga kepada
perkhidmatan itu sendiri. Setelah transformasi berlaku, terdapat perubahan
terhadap bilangan kehadiran pelajar ke bilik ini. Maklum balas yang diperolehi
juga amat menggalakkan. Beberapa elemen terapi juga telah ditambah bagi
menepati visi dalam memastikan bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini
teraputik dan kondusif.
1.2 FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan
secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber
dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,
jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
1.3 VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun
2015
1.4. MISI PERKHIDMATAN
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan
dengan jayanya :
a) Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan
cekap dan berkesan.
-
4
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
b) Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (iq), emosi
yang tinggi (eq) dan berakhlak mulia (sq)
c) Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
e) Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
f) Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan
murid.
1.5 Piagam pelanggan
a) Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan
teraputik.
b) Menerima klien tanpa syarat.
c) Memenuhi temujanji klien.
d) Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-
kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
e) Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan
profesionalisme.
f) Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit
bagi setiap sesi individu atau kelompok.
g) Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
h) Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan
bertanggungjawab
-
5
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
1.6 Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Unit Bimbingan dan kaunseling ini dikendalikan oleh tiga orang guru bimbingan
dan kaunseling yang berpengalaman. Bermula dari tahun 2008, kami telah mula
berganding bahu menggerakkan unit ini dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelajar. Selain memberikan perkhidmatan yang terbaik, kami juga
sentiasa menambahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang bimbingan dan
kaunseling ini.
Pada tahun 2012, dua daripada kami telah memperolehi lesan kaunselor
berdaftar dan perakuan amalan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia. Kami
juga telah menjadi ahli kepada Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar
Malaysia (PAKAR MALAYSIA). Berikut dilampirkan maklumat peribadi peribadi
guru bimbingan dan kaunseling yang ditugaskan di sekolah ini:
-
6
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
NAMA : PUAN SURAYA BT SAMSUDIN
ALAMAT : RUMAH WARDEN,
SMK PANGLIMA BUKIT
GANTANG, 34200 PARIT
BUNTAR, PERAK
GRED JAWATAN : PPPS DG 44
PENGALAMAN : 13 TAHUN
MENGAJAR
**** Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling
-
7
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
NAMA : PN NURUL ISLAH BT ABD WAHID
ALAMAT : LOT 1099, JALAN TANAH KEBUN,
SIMPANG LIMA, 34200 PARIT
BUNTAR, PERAK
GRED JAWATAN : PPPS DG 44
PENGALAMAN : 13 TAHUN
MENGAJAR
**** Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan (KBPA)
-
8
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
NAMA : EN AZUAN BIN AMUNIDDIN
ALAMAT : 19, LORONG SERI BAYU 2,
TAMAN SERI BAYU,
14300, NIBONG TEBAL.
GRED JAWATAN : PPPS DG 44
PENGALAMAN : 14 TAHUN
MENGAJAR
**** Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan (KBPA)
-
9
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
10
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
2.0 IDEA
2.1 Keaslian
Idea untuk melakukan transformasi ini tercetus setelah mendapat komen dan
maklumbalas daripada beberapa orang guru dan pelajar berkenaan bilik dan
perkhidmatan yang diberikan. Bilik bimbingan dan kaunseling sebelum ini
dikatakan tidak berseri dan kelihatan suram menyebabkan pelajar kurang
berminat untuk masuk ke bilik kaunseling. Hasil daripada keadaan tersebut,
kesemua guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah mengadakan
perbincangan meja bulat untuk mencari jalan bagi mengubah persepsi warga
sekolah. Kami telah membuat keputusan untuk mengubah wajah bilik kaunseling
agar pelajar dan warga sekolah yang masuk ke bilik ini akan selesa seolah-olah
mereka berada di rumah.
2.2 Inovasi / Transformasi
Sebelum ini banyak bahan dan maklumat ditampal di dinding-dinding bilik
dengan andaian pelajar dan warga sekolah akan lebih mudah untuk membaca
dan mendapatkan maklumat. Namun, setelah beberapa lama bahan tersebut
ditampal dan ditukar, maklum balas yang diperolehi sebaliknya. Pelajar dan
warga sekolah kurang membaca bahan yang ditampal kerana maklumat yang
ditampal di dinding tidak menarik minat walaupun cantik.
Oleh yang demikian kami membuat keputusan untuk mengubah keadaan bilik
supaya lebih menarik minat warga sekolah untuk masuk ke bilik ini sekali gus
mendapatkan khidmat yang diberikan.Ruang tamu bilik ini diubahsuai agar
berkonsepkan moden supaya kelihatan menarik. Selain itu bilik dan ruang untuk
menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok juga diubaisuai agar
kelihatan lapang dan menenangkan.
-
11
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Bagi menjadikan bilik ini sebagai bilik berinformasi, kami juga telah mengambil
inisiatif untuk mendaftar pakej percuma siaran televisyen ASTRO NJOI. Pakej ini
termasuk dengan siaran TutorTV yang mana siaran ini dapat dimanafaatkan oleh
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan untuk mengulangkaji. Selain itu
semua maklumat yang selama ini ditampal di dinding-dinding bilik telah letakkan
di ruangan khas iaitu di bahagian sudut maklumat. Oleh itu, bilik ini tidak lagi
kelihatan padat dengan tampalan sebaliknya maklumat diolah dan disusun
dengan lebih teratur. Maklumat dibahagian mengikut kategori tertentu bagi
membantu warga sekolah mencari dengan lebih mudah.
2.3 Kumpulan Sasaran
Program transformasi ini dilaksanakan untuk memberi kemudahan dan
keselesaan kepada seluruh warga sekolah bukan sahaja pelajar, bahkan juga
kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir ke bilik ini.
2.4 Praktikal / Kesesuaian
Tranformasi yang dilakukan ini perlu diteruskan dari masa ke semasa demi
memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan hati warga sekolah. Bilik yang
kondusif dan teraputik akan memberi gambaran awal yang menenangkan kepada
klien. Ini akan membantu klien yang bermasalah dalam menjalani proses khidmat
menolong yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Selain itu maklumat yang disusun dengan kemas dan berkategori juga akan
membantu pelajar dan warga sekolah mencari dengan lebih mudah dan cepat.
-
12
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
13
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
3.0 KREATIVITI
3.1 PENYELESAIAN MASALAH
Dalam amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, transformasi bilik yang
dibuat, menjadi penyelesaian masalah kepada perkhidmatan dan pengurusan
pelajar, sekolah dan juga komuniti setempat serta ibu bapa pelajar. Transformasi
ini telah menjadikan bilik bimbingan dan kaunseling berubah wajah. Struktur
peletakkan susun atur perabut yang teratur dan menjadikan ruang lebih praktis
untuk digunakan oleh pelajar. Ini dapat menyelesaikan permasalahan yang mana
bilik bimbingan dan kaunseling kurang dilawati oleh pelajar sama ada untuk
pembacaan atau pun menghadiri sesi kaunseling individu / kelompok. Selepas
suasana bilik berubah, kehadiran pelajar dan bilangan sesi kaunseling secara
sukarela meningkat. Pelajar sering datang ke bilik ini dan kelihatan amat selesa
dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan pada awal tahun ini, kehadiran pelajar
ke bilik ini sama ada bagi mengadakan pembacaan bebas atau menghadiri sesi
kaunseling secara sukarela / dirujuk meningkat. Unit bimbingan dan kaunseling
tidak mengalami permasalahan seperti sukar mendapatkan pelajar bagi sesi
kaunseling sukarela atau pun kehadiran pelajar yang dirujuk oleh unit disiplin
sekolah.
Begitu juga faktor sudut kehadiran pelajar bagi pembacaan luas atau pun
menonton televisyen / video. Sebelum ini, bilangan pelajar yang hadir bagi
pembacaan dan tontonan ini, tidak begitu ramai. Ianya hanya terdiri daripada ahli
kelab Bimbingan dan Kaunseling dan anggota PRS sekolah sahaja. Apabila
transformasi bilik kepada lebih kondusif ini dilakukan, ramai di kalangan pelajar
biasa berkunjung ke bilik Bimbingan dan Kaunseling ini. Tambahan pula unit ini
juga menyediakan perkhidmatan ASTRO NJOI yang mana totur TV disediakan
bagi pelajar yang ingin membuat ulangkaji (bukan dalam waktu persekolahan
rasmi).
-
14
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Selain itu juga, suasana yang kondusif dan teraputik telah diwujudkan selaras
dengan visi unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Untuk itu, menjelang tahun 2015,
unit ini Insya Allah akan menjadikan visi unit bimbingan dan kaunseling ini
sebagai suatu kenyataan dengan jayanya.
Usaha mewujudkan transformasi dan inovasi kepada perkhidmatan dan
pengurusan bilik ini juga mampu menjadikan suasana yang padat bermaklumat
dalam bentuk tampalan ditukarkan kepada perletakan suatu ruang khas untuk
pembacaan, pencarian maklumat dan perbincangan. Ianya menjadi penyelesaian
kepada rasa yang tidak selesa apabila klien datang untuk temujanji dan dilihat
oleh ramai pelajar lain yang membuat pembacaan. Rasa kebimbingan klien akan
hilang. Kepercayaan kerahsiaan akan timbul antara klien bersama guru
bimbingan dan kaunseling kerana ruang sesi tidak diganggu oleh pelajar lain.
Jika sebelum ini bilik kelihatan agak biasa dan suram dengan susunan perabut
yang biasa, selepas transformasi ini keadaan menjadi sebaliknya. Ini
membuatkan masalah suasana yang suram bertukar menjadi lebih kreatif,
kondusif dan teraputik. Peletakkan sofa yang menarik dan suasana eksklusif
menjadi daya penarik kepada bilik ini.
3.2 NILAI TAMBAH
Unsur teraputik dan kondusif kepada bilik merupakan nilai tambah yang
disediakan. Di sini kami menyediakan banyak sudut yang memperlihatkan unsur
teraputik. Antaranya disediakan pewangi yang mempunyai aroma terapi, lilin
aroma terapi, terapi muzik dengan alunan zikir, bekas air terjun yang boleh
menenangkan dan juga kerusi urut bagi yang ingin melakukan relaxiologi.
-
15
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Ini semua sebagai permulaan bagi usaha transformasi ini. Banyak penambahan
yang telah dijalankan antara lain seperti jadual dibawah.
BIL NILAI TAMBAH
1. Televisyen yang dilengkapkan dengan ASTRO NJOI dan
pemain DVD
2. Lilin aroma terapi
3. Kerusi urut relaxiologi
4. Pewangi aroma terapi
5. Sofa yang lebih moden dan stail
6. Perletakkan maklumat dan info di suatu sudut yang luar dari
ruang kelompok dan individu
7. Ruangan menunggu / menonton yang sangat selesa dan
moden
8. Ruangan kelompok yang lebih selesa
9. Bilik sesi kelompok yang amat menenangkan jiwa.
3.3 MENARIK MINAT
Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, pelbagai reaksi diterima
hasil daripada inovasi dan transformasi yang telah dijlalankan oleh unit Bimbingan
dan Kaunseling ini. Reaksi pelajar yang diterima antaranya adalah seperti
dibawah :
Bil. Reaksi pelajar
1. Cantik! Saya rasa tenang dan selesa bila berada di bilik Bimbingan dan Kaunseling ini.
2. Kalau macam ni, selalu masuk pun x pe
3. Cikgu.. terasa seperti duduk di dalam rumah sendiri.
4. Tenang sangat.. rehat dalam bilik kaunseling..
5. Seronoknya.. best dapat duduk dalam bilik ini.
-
16
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Selain itu, diperhatikan guru dan pentadbir makin kerap melawat ke bilik ini.
Ramai di kalangan guru yang menjadikan bilik ini sebagai tempat berehat
seketika sebelum terus ke kelas masing-masing. Ini kerana kedudukan bilik ini di
aras 1, berdekatan dengan tangga bangunan 3 tingkat. Ianya sangat praktikal
dengan suasana bilik yang kondusif ini dan sangat menarik minat guru untuk
singgah sebentar di bilik ini.
Hasil dapatan temubual dengan rakan guru yang lain dan pentadbir, mereka
menyatakan bilik ini amat selesa dan mampu menarik minat sesiapa sahaja yang
datang berkunjung. Reaksi yang pertama diterima hasil daripada transformasi ini
sangat positif. Rata-rata guru teruja dengan perubahan yang berlaku dan sangat
menarik minat mereka.
3.4 MESRA PENGGUNA
Apabila mengadakan transformasi perkhidmatan dan pengurusan bilik ini, kami
telah mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan unit ini mampu
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti sekolah. Aspek paling
penting ialah wujud suasana yang paling kondusif dan teraputik kepada komuniti
sekolah amnya dan pelajar khasnya.
Suasana dan perletakan perabut yang diubahsuai menjadi satu suasana baru ini
amat mudah diakses. Terdapat dua pintu yang menjadi laluan untuk masuk ke
bilik ini. Pintu pertama akan terus kepada ruang tamu dan ruang menonton.
Selain itu juga bilik sesi kaunseling individu dan ruang kelompok juga sedia
diakses melalui pintu ini.
Jika terdapat pelajar yang ingin membuat pembacaan dan mendapatkan
maklumat kerjaya serta lain-lain informasi, pelajar boleh terus mengakses pintu
yang kedua. Bilik ini lebih memberi ruang kepada pelajar yang datang secara
berkumpulan bagi sesi perbincangan dan pembacaan. Kedua-dua bilik ini dibuka
setiap hari persekolahan bermula 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Ini bagi
memudahkan kunjungan pelajar ke unit bimbingan dan kaunseling ini.
-
17
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Bilik pengurusan dan pentabdiran bagi semua guru bimbingan dan kaunseling
merupakan penghubung kepada dua pintu ini. Ianya sangat sesuai dan praktikal
dengan kedudukannya ditengah-tengah ruangan di antara bilik kaunseling
individu / kelompok dengan ruang bilik pembacaan dan perbincangan.
Penyediaan kerusi urut bagi menimbulkan rasa ketenangan dan relaxiologi ini
juga sangat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Guru dan pelajar yang
menggunakan kerusi ini tidak memerlukan prosedur untuk menggunakannya
kecuali di luar waktu perkhidmatan (selepas jam 6.30 petang).
Selain itu , transformasi ini juga dirangka sebagai mudah untuk pelajar dan rakan
guru akademik yang lain masuk dan mendapatkan perkhidmatan. Ianya sangat
mudah dan sangat mesra pengguna. Bilik ini tidak pernah dikunci pada waktu
persekolahan walaupun tanpa kehadiran guru bimbingan dan kaunseling (7.30
pagi hingga 6.30 petang). Ianya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada semua warga sekolah dan komuniti luar.
-
18
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
19
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 OBJEKTIF
4.1.1 Menyediakan ruang/ Bilik Sesi yang memenuhi etika Kerahsiaan
Bilik bercermin yang dilengkapi dengan tinted bagi memberi
ketenteraman, ketenangan kepada klien apabila sesi dijalankan tanpa
merasakan diri mereka sedang diperhatihan. Suasana ini akan membantu
sesi kaunseling yang dijalankan mencapai objektif. Selain itu sebarang
gangguan misalnya gangguan pandangan orang lain terhadap klien dapat
dielakkan.
4.1.2 Melengkapkan bilik bimbingan dan kaunseling dengan elemen-elemen
semulajadi
Unsur-unsur semulajadi yang diwujudkan di bilik kaunseling akan menjadi
salah satu alat bantu yang dapat memberi satu suasana yang
menenangkan dan mententeramkan kepada klien. Misalnya mini air terjun
dan pokok-pokok hijau. Elemen semulajadi ini mampu membantu klien
untuk menghilangkan dan menenangkan segala tekanan dan stress yang
dihadapi. Oleh itu, suasana kondusif dapat dirasai oleh klien. Selain itu
elemen semulajadi ini turut ditonjolkan melalui gambar-gambar yang
menjadi hiasan dinding.
4.1.3 Memastikan keceriaan dan kebersihan sentiasa terpelihara
-
20
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Aspek keceriaan dan kebersihan merupakan aspek yang tidak boleh
diambil ringan dalam memastikan klien berada dalam kondisi yang tenang
dan mendamaikan. Dihiasi dengan perhiasan berbentuk gambar-gambar
berbentuk pemandangan dan abstrak di ruang bilik kaunseling mampu
menghadirkan suasana yang selesa. Keselesaan klien menjadi fokus
penting agar sesi kaunseling dapat dijalankan dengan baik. Klien juga
dapat memberi tumpuan semasa sesi dijalankan. Ruangan di bilik
kaunseling tampak lebih menarik perhatian apabila ruang dinding yang
sebelum ini penuh dengan bahan yang ditampal dihiasi dengan wall
paper melatari ruangan dinding di bilik kaunseling dengan corak-corak
yang mampu mempengaruhi emosi klien.
4.1.4 Memastikan susun atur bahan bacaan dan informasi yang berkaitan dalam
keadaan mesra pengguna
Sebelum ini bahan informasi ditampal di dinding-dinding bilik. Pelajar
kurang membaca bahan tersebut kerana kelihatan padat dan penuh. Oleh
yang demikian satu ruangan khas telah dibuat untuk menyusun maklumat
ini. Terdapat ruangan di papan informasi ditampal dengan informasi-
informasi yang menjadi bahan rujukan kepada pelajar. Selain itu, terdapat
poster-poster yang berkaitan dengan anti dadah, kata-kata motivasi dan
sebagainya ditampal di ruangan yang dinamakan sebagai Sudut Info.
Selain itu, bilik ini juga menyediakan koleksi-koleksi bahan bacaan yang
berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling . bahan-bahan bacaan juga
disusun mengikut kategori untuk memudahkan pelajar mencari bahan
bacaan tersebut.
4.1.5 Memastikan susun atur perabot serta kemudahan bilik
Susun atur perabot mengikut kesesuaian bilik juga perlu diambil perhatian.
Susunan yang teratur dan sistematik juga memberi gambaran yang positif
-
21
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
kepada sesiapa sahaja yang hadir ke bilik kaunseling. Rak atau almari
yang menyimpan fail-fail yang berkaitan pengurusan diletakkan di bahagian
bilik pengurusan. Fail-fail ini diletakkan di bilik pengurusan bagi
memudahkan guru-guru bimbingan dan kaunseling untuk mengambil fail
apabila diperlukan. Set sofa diletakkan di bahagian ruangan tetamu dan di
sudut sesi kelompok. Susun atur set kerusi sofa juga mampu mewujudkan
suasana semi-formal yang tenang. Disamping itu, ruangan santai yang
disediakan tanpa meletakkan sebarang perabot juga dapat memberi
peluang kepada klien lebih selesa. Berhampiran sudut kelompok juga
terdapat kerusi urut untuk sesi relaksologi yang merupakan satu
pembaharuan yang dilakukan oleh unit ini bagi memastikan elemen
teraputik dapat dizahirkan melalui perkhidmatan baru yang disediakan ini.
Kemudahan lain seperti komputer, televisyen yang dilengkapi siaran NJOI,
cermin muka, cermin dinding dan lain-lain lagi akan menjadi pelengkap
kepada bilik ini .
4.2 SASARAN
Warga sekolah merupakan sasaran yang paling utama dalam
merealisasikan visi dan misi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Penggunaan bilik seoptimum yang mungkin akan menjadi kayu ukur
kepada sejauhmana keberkesanan perkhidmatan ini dijalankan dan
diterima oleh warga sekolah amnya dan para pelajar khususnya.
Pelajar yang hadir ke bilik kaunseling diharapkan mendapat celik akal bagi
menguruskan permasalahan yang dihadapi dengan bantuan oleh guru
bimbingan dan kaunseling dalam membuat pilihan atas alternatif yang telah
disenaraikan.
Selain pelajar yang dikatakan sebagai pelanggan yang paling
diutakamakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, ibubapa
dan guru juga tidak ketinggalan dalam proses interaksi ini.
-
22
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Kejayaan dalam mengendalikan sesi bimbingan atau kaunseling juga turut
dipengaruhi oleh suasana di segenap ruang dalam bilik kaunseling. Ini
kerana suasana yang teraputik iaitu kewujudan suasana yang aman dan
tenang tanpa gangguan akan membolehkan perbincangan, penghayatan
perasaan dan penglahiran idea tanpa terasa terancam ini akan membantu
menjayakan sesuatu sesi dan meyakinkan ketenteraman dalam diri klien
.Ia akan meninggalkan emotional impact kepada klien yang hadir untuk
mendapatkan perkhidmatan.
4.3 KECEKAPAN SUMBER ( TENAGA, FLEKSIBEL,
KEWANGAN )
Dalam usaha untuk mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling
yang dijanakan dengan unsur teraputik dan kondusif, beberapa pihak juga
turut membantu dalam merealisasikan usaha ini. Bantuan dan sokongan
dalam bentuk kewangan, idea serta tenaga merupakan asas yang utama
dalam merealisasikan sebuah bilik yang kondusif yang dilengkapi dengan
elemen-elemen terapi. Misalnya kerusi relaksologi, aroma terapi , muzik
terapi serta tampalan wall paper yang mendamai dan menenangkan.
Sokongan yang ditunjukkan oleh guru-guru SMK Panglima Bukit Gantang
juga mencerminkan bahawa mereka juga sebahagian daripada Unit
Bimbingan dan Kaunseling. Mereka turut sama-sama menyumbang dari
segi kewangan dan pandangan-pandangan yang positif bagi meletakkan
bilik kaunseling ini sebagai tempat yang menjadi rujukan komuniti sekolah.
Bukan itu sahaja, mereka turut menjadikan bilik kaunseling sebagai bilik
guru kedua kerana bilik kaunseling dijadikan sebagai satu tempat untuk
membincangkan permasalahan pelajar-pelajar bersama guru-guru
bimbingan dan kaunseling. Kesepaduan yang ditunjukkan ini juga memberi
-
23
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
impak yang positif dalam perhubungan antara unit ini dengan warga
sekolah , guru-guru khususnya.
Selain sokongan daripada komuniti sekolah, tidak ketinggalan juga pihak
Persatuan Ibubapa dan Guru serta ALUMNI SMK Panglima Bukit Gantang
turut membantu dari segi kewangan bagi menambahbaik bilik ini.
Sokongan ini diharapakan sedikit sebanyak dapat mewujudkan kolaborasi
yang positif dari semasa ke semasa demi satu matlamat iaitu memberikan
yang terbaik kepada warga sekolah amnya dan pelajar khususnya.
Diharapkan kolaborasi yang terjalin ini akan berterusan bagi memastikan
keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat
dipertingkatkan.
-
24
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
25
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
5.0 IMPAK
5.1 KEBERHASILAN
Apabila menjurus kepada keberhasilan usaha transformasi dan inovasi bilik
bimbingan dan kaunseling ini, perkataan yang paling sesuai gunakan adalah telah
berjaya dilaksanakan dengan baik. Hasil yang ketara dapat dilihat pada setiap
sudut bilik kaunseling ini. Terdapat banyak perubahan besar yang dilakukan dan
akan dilakukan. Ruang tamu dan menonton telah berubaha wajah sepenuhnya.
Pelajar dan guru-guru berasa sangat selesa berada di bilik ini. Rasa seperti
berada di rumah dan kondusif.
Transformasi ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Rakan guru bimbingan
dan kaunseling di daerah kerian juga turut membantu memberikan pandangan.
Jadi transformasi pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling ini menunjukkan
hasil yang positif. Komitmen guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini yang
sangat baik, juga menunjukkan keberhasilan transformasi yang positif. Setiap kali
pelajar yang datang bagi sesi kaunseling individu dan kelompok akan
mengatakan perkataan selesa dan seronok. Inilah hasil yang sangat positif
kepada unit bimbingan dan kaunseling setelah melakukan transformasi ini.
Perkhidmatan kami kepada pelajar lebih efisyen dan menarik minat pelajar.
5.2 BUKTI YANG DISAHKAN
Bilik bimbingan dan kaunseling ini menjalankan usaha transformasi bilik ini
dengan sokongan kuat pentadbir dan guru-guru. Selain itu juga, pelajar turut
membantu menjayakan usaha transformasi ini. Berikut adalah graf yang
menunjukkan transformasi ini memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada
pelajar.
Sila lihat sebelah.
-
26
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
SOAL SELIDIK 20 ORANG PELAJAR YANG DATANG
KE BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.3 PENCAPAIAN
Usaha transformasi ini telah sampai kepada hampir 70%. Unit ini akan
terus berusaha menjalankan semua usaha ke arah menjadikan bilik ini kondusif
dan teraputik. Dalam pada itu juga, kami memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelajar. Pencapaian yang diperolehi sepanjang tempoh ini dapat
dibuktikan dengan sijil-sijil yang dianugerahkan kepada unit ini dan dilampirkan
bersama-sama dokumentasi ini untuk rujukan. Kami percaya, tanpa kesepaduan
dari pelajar dan guru, nescaya tiada kejayaan akan dicapai. Oleh itu, unit
bimbingan dan kaunseling telah berjaya menjadi bench mark kepada sekolah
lain selama beberapa tahun. Pada tahun 2013 pula, sekali lagi bilik ini diangkat
menjadi penerima Anugerah Pengurusan Terbaik Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Daerah Kerian.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Menarik Minat
pelajar
Sangat
Kondusif
Suasana Yang
Mendamaikan
Selesa Apabila
Mengadakan
Sesi
Perkhidmatan
Lebih
Sistematik
Cemerlang
Baik
Memuaskan
-
27
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
5.4 TEMPOH MASA
Unit bimbingan dan kaunseling ini telah menjalankan usaha mentransformasikan
bilik ini bermula dari akhir tahun 2013 hinggalah ke penghujung tahun 2014. Ini
bermakna usaha ini masih belum berakhir dan sedang ditingkatkan dari masa ke
masa. Biarpun suasana bilik sudah berubah wajah, namun masih banyak lagi
yang perlu diperkemaskan dari segi perkhidmatan dan informasi. Tempoh yang
diperuntukkan ini penting kerana sejajar dengan visi Bimbingan dan Kaunseling
iaitu menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana teraputik dan kondusif
di sekolah menjelang tahun 2015.
5.5 KESAN DARI INOVASI / TRANSFORMASI
Namun begitu, dalam tempoh yang sedia ada sekarang ini, telah banyak kesan
dari transformasi ini dilihat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling makin
dikenali, mudah mendapatkan kerjasama rakan guru dan pelajar apabila
mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok dan sebagainya.
Pemahaman mengenai prosedur sesi menjadi semakin lancar. Dengan
transformasi ini juga, unit bimbingan dan kaunseling menjadi lambang dan
manifestasi kepada sekolah ini. Unit ini juga berjaya membuka ruang kepada
pihak pentabdir dan PPD untuk mengadakan lawatan.
Kehadiran pelajar dan lawatan guru serta pentadbir juga dilihat semakin
bertambah dari tahun sebelumnya. Terdapat sokongan daripada rakan guru
akademik mengenai usaha mewujudkan suasana selesa ini dengan ramai di
kalangan guru memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit serta barangan
yang boleh diguna pakai untuk disumbangkan kepada unit ini. Ini kerana mereka
yakin dengan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelajar. Ini membuatkan bilik bimbingan dan kaunseling ini dikongsi bersama
seluruh warga sekolah kerana merasakan perasaan kepunyaan yang tinggi. Bilik
ini bukan lagi menjadi kunjungan ahli PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling,
bahkan pelajar lain turut hadir ke bilik ini pada waktu petang.
-
28
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Apabila bercakap mengenai impak dan kesan, orang yang paling penting sekali
dalam skala kepentingan sudah pasti bersandarkan kepada pelajar. Kesan
kepada pelajar amat besar. Rata-rata pelajar selesa berada di bilik kaunseling
sama ada untuk sesi individu atau kelompok. Pengumpulan maklumat dan
informasi secara sistematik juga banyak membantu pelajar membuat pembacaan
dan mencari makumat.
Impak dan kesan dari transformasi ini juga menjadikan bilik ini dikenali sebagai
one stop centre itu menyediakan perkhidmatan yang selamat, selesa dan tempat
rujukan yang berinformasi. Pelajar sering berkunjung ke bilik ini apabila ada
ruang dan peluang.
Sesi kaunseling / bimbingan individu dan kelompok juga menjadi lebih terkesan
dengan adanya beberapa terapi seperti terapi jiwa (alunan zikir), terapi muzik dan
aroma terapi yang memberikan klien lebih tenang sebelum memulakan sesi.
Ramai di kalangan klien merasakan mereka tenang dan mudah mesra dengan
guru bimbingan dan kaunseling ini sebelum sesi dimulakan.
5.6 KETERLIBATAN
Penglibatan pelbagai pihak bagi menjayakan visi transformasi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ini terdiri daripada pentadbir, guru-guru, ibubapa, dan
para pelajar disekolah ini. Penglibatan secara holistic ini akan menjadikan
perlaksanaan visi dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berjaya mencapai
objektif. Rakan guru akademik membantu dari segi idea dan sumbangan
peribadi. PIBG sekolah dan Persatuan Alumni sekolah turut juga mambantu
dalam memberikan sumbangan untuk menghias bilik ini.
Kami juga beruntung kerana memiliki ahli PRS dan ahli Kelab Bimbingan dan
Kaunseling yang sangat ringan tulang. Mereka inilah yang membantu guru
bimbingan dan Kaunseling dalam menjayakan perubahan wajah pada bilik
bimbingan dan kaunseling ini.
-
29
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
30
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
6.0 PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Unit bimbingan dan kaunseling SMKPBG ini telah banyak mencapai
kemenangaan dan juga pengiktirafan. Bermula dari tahun 2008 lagi, unit
bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah menunjukkan kejayaan dari segi
pencapaian dalam pertandingan yang diadakan sama ada pada peringkat daerah
atau pun di peringkat negeri. Atas komitmen dari semua guru bimbingan dan
kaunseling, unit ini mampu menggerakkan pelajar untuk lebih proaktif, kreatif dan
berketrampilan dalam setiap pertandingan yang diceburi. Antara pencapaian yang
telah dimenangi adalah seperti:
BIL AKTIVITI / PERTANDINGAN TAHUN
1. Naib Johan Folio Kerjaya, Karnival Pendidikan Kaunseling
Kerjaya Daerah Kerian
2008
2. Naib Johan Eksplorasi Alam Kerjaya, Karnival Pendidikan
Kaunseling Kerjaya Daerah Kerian
2008
3. Johan Facebook, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
4. Johan Pengurusan, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Bilik Kaunseling Peringkat Daerah Kerian
2011
5. Johan Kaunselor Muda, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
6. Johan Video Korporat, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
7. Johan Video Korporat, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
2011
8. Ketiga Facebook, Karnival Merekayasa Bimbingan dan
Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
2011
9. Ketiga Pengurusan Bilik Kaunseling, Karnival Merekayasa
Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
2011
-
31
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Bilik ini sudah beberapa tahun diiktirafkan sebagai Bench Mark kepada sekolah
lain di dalam daerah Kerian dari segi pengurusan bilik dan sistem fail.
Pengiktirafan yang paling berharga kepada unit bimbingan dan kaunseling ini
adalah Anugerah Pengurusan Bilik Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
Terbaik Daerah Kerian, yang dianugerahkan pada tahun 2013. Ini merupakan
kenangan manis dan imbuhan buat unit bimbingan dan kaunseling ini. Ianya telah
meningkatkan semangat dan motivasi unit ini untuk terus memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah amnya dan pelajar
khasnya.
Pada tahun ini pula, sekali lagi unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
telah diberi kepercayaan untuk mewakili Daerah Kerian dalam pertandingan
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Ini
menunjukkan komitmen yang tinggi telah diberikan oleh semua guru Bimbingan
dan Kaunseling sekolah ini sehingga mendapat pengiktirafan sebegini. Faktor
yang penting ialah memberikan suatu perkhidmatan yang baik dan berkesan
khasnya buat pelajar dan warga sekolah ini..
BIL AKTIVITI / PERTANDINGAN TAHUN
10 Johan Puisi Dan Lagu, My Talent, Peringkat Daerah Kerian 2012
11 Ketiga Pertandingan Azan, My Talent, Peringkat Daerah
Kerian
2012
12 Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling Terbaik Daerah Kerian 2013
13 Johan E-Kaunseling PPDa Peringkat Negeri Perak 2014
-
32
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
33
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
7.0 PENUTUP
Transformasi Unit Bimbingan dan Kaunselingdi sekolah ini amat penting bagi membantu
murid-muriddan warga sekolah mendapat khidmat bimbingan dan khidmat nasihat yang
baik dan berkesan.
Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk menghadapi pelbagai
cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid
juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi
dan berkeyakinan. Seterusnya memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang
cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah. Justeru itu,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini perlu berada pada tahap yang cemerlang
dan berkesan.
-
34
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
35
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
RUANG TAMU /
MENONTON
RUANG
KAUNSELING
INDIVIDU
RUANG
KELOMPOK
KAUNTER
PERKHIDMATAN
BILIK PENGURUSAN
DAN PENTADBIRAN
BILIK PENYIMPANAN
FAIL PERIBADI
PELAJAR
RUANG PANTRY /
SANTAI
RUANG INFORMASI
DAN PEMBACAAN
LUAS
-
36
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
37
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
38
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
39
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
40
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
41
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
42
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
43
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
44
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
45
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
46
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
47
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
48
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
49
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang
-
50
Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan & Kaunseling SMK Panglima Bukit Gantang GGukitGantang