Download - Projek Inovasi Internship
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI BDAN P&P
Disediakan oleh : Halimatun Saadiah Binti Ramli
TAJUK INOVASI:
KAEDAH EKSPERIMEN MENGGUNAKAN PAPAN PENGUJI LITAR UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 TOPIK KONDUKTOR DAN
PENEBAT ELEKTRIK
1.0 PENGENALAN2.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Pada Awal Ogos 2015 di kelas 4 Arift, Saya telah melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit bagi topik Sifat Bahan, dalam
subtopik bahan konduktor dan bahan penebat.
Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran, saya cuba mencungkil
pengetahuan sedia ada murid dengan bertanyakan sifat konduktor dan penebat
bahan yang telah mereka belajar sebelum ini. Saya berpendapat bahawa sifat
konduktor dan penebat bagi sesuatu bahan perlu dikaitkan dalam hal ini kerana
kesemua pengujian bahan untuk menentukan kedua-dua sifat tersebut adalah dalam
bentuk pepejal. Apabila dikaitkan tentang hal tersebut, murid-murid mempunyai
gambaran awal tentang apa yang dikatakan sebagai konduktor dan penebat.
Pengetahuan sedia ada murid yang dicungkil pada fasa pencetusan idea
dilaksanakan dalam bentuk pertanyaan soalan. Antara soalan yang diajukan adalah
seperti, „Kamu ingat tak lagi bahan konduktor dan penebat yang kamu sudah
belajar? Apakah yang kamu faham tentang konduktor? Apakah itu penebat?
Pernahkah kamu menguji bahan untuk menentukan sama ada bahan tersebut
adalah konduktor atau penebat? Meja adalah penebat atau konduktor? Karbon
pensel merupakan penebat atau konduktor? Bagaimanakah pula dengan tin
minuman? Adakah tin minuman bersifat penebat? Kenapakah kamu berkata
demikian?‟. Apabila diajukan soalan-soalan sebegini, terdapat sebilangan murid
memberikan jawapan yang salah. Mereka juga kelihatan tidak yakin dengan jawapan
sendiri dan masih mencari jawapan yang betul melalui perbincangan dengan rakan
di sebelah mereka
Berdasarkan sesi soal jawab tersebut, pengkaji mendapati terdapat
sebahagian murid menyatakan bahawa konduktor merupakan bahan yang
mengalirkan haba manakala penebat pula ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan
haba. Jawapan yang diberikan murid berkenaan mendapat tentangan daripada
murid-murid yang lain. Sebahagian besar murid di dalam kelas tersebut menafikan
jawapan rakan mereka dan cuba memperbetulkannya semula dengan menyatakan
bahawa konduktor ialah bahan yang mengalirkan elektrik dan penebat ialah bahan
yang tidak mengalirkan elektrik.
Melalui pemerhatian terhadap jawapan-jawapan murid ini, pengkaji melihat
murid tersebut masih belum dapat memahami maksud konduktor dan penebat.
Mereka menganggap konduktor elektrik dan konduktor haba merupakan dua konsep
yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.. Jadi, pengkaji
memandang topik konduktor dan penebat merupakan suatu topik yang sangat
penting untuk dikaji dan diperbetulkan. Sebagai langkah penyelesaian kepada
masalah ini, pengkaji cuba memikirkan satu inisiatif dan transformasi yang boleh
dibuat untuk meningkatkan kefahaman murid tentang topik Konduktor dan Penebat
iaitu melalui penggunaan “Papan Penguji Litar”.
3.0 MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI3.1 Saya telah
4.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
5.0 PENILAIAN TERHADAP PELAKSANAAN INNOVASI5.1 Analisis data5.2 Perubahan tingkahlaku
6.0 KESIMPULAN/PENUTUP