Transcript

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PARAS 2 BLOK E2 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA .

TEL: 03-88849190 FAX: 03-88886659 LAMAN WEB: www2.moe.gov.my/~jpk

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2010

TAJUK PROGRAM KAJIAN PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN MURID SINDROM DOWN MELALUI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KUMPULAN.

PENYELIDIK DR. AB.HALIM BIN SULONGPROF MADYA DR. SHARIFAH ZAINIYAH BT SYED YAHYA

DR. HJH NORAINI BT ZAINAL ABIDIN CIK PAIZAH BT ZAKARIA PN MASNIAH BT ZAMHARI

KELOLAAN JAWATANKUASA PROGRAM RINTIS DAN KAJIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KUMPULAN MURID SINDROM DOWN. BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1

1. TAJUK KAJIAN: PROGRAM KAJIAN PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN MURID SINDROM DOWN MELALUI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KUMPULAN. 2. JAWATANKUASA TEKNIKAL Pengerusi Tn.Hj.Mohd Idris Bin Ramli (Timbalan Pengarah CPPK) Penyelaras Program Dr. Ab.Halim Bin Sulong (Penolong Pengarah-CPPK) Setiausaha Pn.Masniah Bt Zamhari (Penolong Pengarah-CPPK) AJKTn.Syed Abdillah Bin Syed Kamaruddin (Ketua Sektor Pembestarian ICT dan Instruksional) Prof Madya Dr. Sharifah Zainiyah bt Syed Yahya (Jabatan Kesihatan & Komuniti, UPM)

En.Wan Hanizan B. Wan Rahman (Presiden Persatuan sindrom Down Malaysia) Pn. Hanizan Bt Husin (Setiausaha Persatuan sindrom Down Malaysia)Dr. Hjh Noraini bt Zainal Abidin (Penolong Pengarah-CPPK) Cik Paizah bt Zakaria (Penolong Pengarah- CPP) Mohd Dzafir bin Abd Hamid (JU SMK Kepala Batas, P.Pinang) En. Zainul Alam Bin Yaacob (SMK Cheras Jaya, Selangor) En. Muhammad Azizi bin Jazmi (JU .SK Bandar Rinching, Semenyih) En. Abdul Rahman bin Ramly (JU.SK (1) Sultan Alam Shah, Selangor)

2

En. Mohd Zabid Bin Omar (JU. SMK Bukit Cheras Jaya, Selangor.) Pn. Rosmaliliy bt Salleh (Guru PPKIBP SK Pengkalan Pagoh, Perak) Pn. Roshadah bt Ahmad (Guru PPKIBP SK Pendang, Kedah) Pn. Zaharah bt Samad (Guru PPKIBP SK Bukit Payung, Terengganu) Pn. Rafidah bt Omar (Guru PPKIBP SK Taman Pasir Putih, Johor) Pn. Siti Mariam bt Kasim (Guru PPKIBP SK Taman Koprasi Polis, KL.)

3. NAMA PENYELIDIK 3.1 DR. AB.HALIM BIN SULONG 3.2 PROF.MADYA DR. SHARIFAH ZAINIYAH BT SYED YAHYA 3.3 CIK PAIZAH BT ZAKARIA 3.4 DR.HJH NORAINI BT ZAINAL ABIDIN 3.5 PN MASNIAH BT ZAMHARI 4. SEKOLAH YANG TERLIBAT 4.1 SK Bukit Payong, Kuala Terengganu, Terengganu. 4.2 SK Pendang, Pendang, Kedah. 4.3 SK Pasir Putih, Johor Bahru, Johor. 4.4 SK Pangkalan Pegoh, Ipoh, Perak. 4.5 SK Taman Koprasi Polis, Kuala Lumpur. WP 5. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 5.1 Jawatankuasa (JK) Pelan Tindakan Program Peningkatan Kualiti Pendidikan Murid Sindrom Down (SD) 2008 telah merancan beberapa objektif dan strategi bagi pendidikan murid SD. Di antara objektif tersebut ialah menyediakan pendidikan khas yang spesifik untuk murid SD. Strateginya ialah mengendalikan kelas berasingan untuk setiap jenis ketidakupayaan murid.

3

5.2 JK Pelaksanaan Program P&P Murid SD bersetuju untuk tidak melaksanakan tenaga pengajar. 5.3 Berdasarkan pengalaman guru Program Pendidikan Khas Integrasi murid-murid ini Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) mendapati kelas berasingan bagi setiap jenis ketidakupayaan murid kerana ianya memerlukan ruang pembelajaran dan pertambahan

menjadi agak pasif dalam pembelajaran apabila bersama dalam kategorinya tetapi lebih aktif apabila belajar bersama dalam kumpulan yang pelbagai kategori. 5.4 Namun begitu JK P&P Murid SD telah memutuskan untuk melaksanakan satu pendekatan yang berbentuk kajian dan rintis untuk menilai keberkesanan P&P dalam kumpulan murid SD. 5.5 Pencapaian murid SD dalam menguasai kemahiran 3M dan Transisi Vokasional agak lemah, sedangkan ekspektasi dari ibu bapa terhadap masa depan anak mereka terlalu tinggi. 5.6 Ada beberapa kemungkinan yang menjadi faktor penyebab kepada kegagalan P&P seperti kegagalan atau kelemahan pihak ibu bapa, guru, pentadbir, PPD, JPN atau BPKhas dalam merancang, mengurus dan melaksana program P&P yang efektif. 5.7 Guru juga perlu melihat kelemahan dan kekuatan murid melalui pemerhatian dan kajian. Kegagalan guru mengesan keperluan P&P murid berdasarkan masalah kecacatan yang dialami menyebabkan proses P&P gagal dilaksanakan dengan jayanya. 5.8 Amalan guru mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran mengikut keupayaan murid amatlah diperlukan dalam usaha membantu murid SD menguasai kemahiran 3M. Oleh yang demikian, 5.9 Program P&P Dalam Kumpulan Murid Sindrom Down adalah satu usaha untuk mencari kesesuaian sebenar tentang pendekatan, kaedah, teknik serta keperluan peralatan dan bahan pembelajaran bagi P&P murid PPKIBP, khususnya murid SD.

4

6. FOKUS KAJIAN 6.1 Ramai guru PPKIBP yang mengeluh kerana sebahagian besar anak murid mereka terutama murid SD masih lagi lemah dalam penguasaan 3M dan mereka mudah lupa untuk mengingat pelajaran yang diajar. 6.2 Berkemungkinan ini berlaku disebabkan mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru dan tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sempurna. 6.3 Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung pelaksanaan proses P&P tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. 6.4 Di antara objektif P&P di PPKIBP ialah memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas 3M. 6.5 Terdapat masih ramai lagi dalam kalangan murid PPKIBP gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. 6.6 Bagi kemahiran membaca, murid masih lemah dalam mengecam huruf dan membunyikan huruf vokal dan suku kata. 6.7 Bahagian Pendidikan Khas, KPM bercadang untuk melaksanakan satu program rintis dan kajian terhadap P&P PPKIBP dalam 2 kumpulan murid. Kumpulan pertama ialah kumpulan murid SD sahaja dan kumpulan kedua pula terdiri daripada murid pelbagai kategori termasuk dua orang murid SD. Tujuan kajian ini ialah selain dari mengenal pasti kesesuaian pendekatan P&P dalam kumpulan murid SD atau sebaliknya, ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid PPKIBP secara menyeluruh. 6.8 Pemilihan beberapa buah sekolah untuk program rintis dan kajian ini berdasarkan kepada ramainya bilangan murid SD mengikut kategori luar bandar dan dalam bandar. 6.9 Kajian tindakan ini akan memberi fokus kepada aspek Komponen Bahasa Melayu yang lebih menekankan kepada aspek perkembangan dalam kemahiran membaca. 7. OBJEKTIF KAJIAN. i. Mengenal pasti Pendekatan P&P bagi murid SD sama ada sesuai dalam kumpulan murid SD sahaja atau sesuai dalam 5 di sesebuah PPKIBP itu. Pilihan sekolah juga haruslah memenuhi keseimbangan

kumpulan murid yang pelbagai kategori kecacatan seperti yang diamalkan sekarang. ii. Menilai keberkesanan kaedah AFON iaitu gabungan kaedah abjad dan kaedah fonetik bagi P&P dalam perkembangan kemahiran membaca untuk murid-murid sindrom down. iii. Menilai kesesuaian Alat Bantu Mengajar (ABM) yang

mengabungkan bahan maujud, model, gambar dan kad huruf serta penggunaan LCD bagi membantu proses P&P murid PPKIBP khususnya murid SD. iv. Meninjau pandangan guru dan ibu bapa murid SD terhadap pelaksanaan pendekatan P&P dalam kumpulan murid SD setelah kajian ini dibuat. 8. KUMPULAN SASARAN i. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan kajian ini adalah sekolah PPKIBP yang mempunyai murid SD yang ramai agar dapat menampung keperluan kajian iaitu 5 orang murid SD 2 orang lagi ditempatkan dalam satu kumpulan manakala

ditempatkan dalam kumpulan pelbagai kategori murid SD. ii. Bagi memberi lebih ketepatan dan kejituan kajian, 7 orang murid akan dipilih dalam kalangan murid SD sendiri berdasarkan kepada tahap pembelajaran dari segi perkembangan membaca yang hampir sama. iii. 5 buah sekolah PPKIBP akan dipilih program rintis dan kajian ini. untuk untuk melaksanakan

3 buah sekolah dari kawasan bandar

dan 2 buah sekolah dari kawasan luar bandar.

6

9. TINDAKAN YANG CADANGKAN 9.1 Kaedah Kajian 9.1.1Temu bual a. Kaedah temu bual diguna pakai untuk mengumpul maklumat secara langsung. b. Jenis temu bual yang digunakan adalah temu bual tak berstruktur di mana proses ini dijalankan dalam suasana yang tidak formal. c. Tujuan temu bual dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan guru tentang Kaedah P&P murid SD dalam kumpulan. d. Kaedah ini juga menyokong kaedah kuantitatif secara trigulasi. 9.1.2 Soal selidik. Soal selidik adalah bertujuan untuk : a. Menilai keberkesanan P&P dari segi Pendekatan, kaedah dan peralatan yang digunakan. b. Melihat sejauh mana guru-guru PPKIBP bersetuju dengan kaedah, modul dan ABM P&P dalam kumpulan murid SD. c. Menilai kajian tindakan ini secara komprehensif. 9.1.3 Ujian Pra dan Post a. Ujian Pra ini dibina khas bagi menjalankan kajian tindakan yang bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal huruf. b. Mana kala Ujian Post bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan P&P yang menggunakan modul, pendekatan

kumpulan, kaedah dan ABM yang dibina.

7

9.1.4 Modul a. Modul Kemahiran Asas Membaca dibina dan akan digunakan oleh guru untuk P&P bagi perkembangan dalam kemahiran mengenal abjad. b. Jangka masa penggunaan modul ini ialah 6 bulan. 9.2 Konsep a. Kajian ini menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri (PM). b. PM merupakan satu pendekatan P&P di mana murid dapat menguasai apa yang diajar sebelum menguasai kemahiran seterusnya. c. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom (1960) berasaskan pada satu prinsip bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya i) masa yang mencukupi untuk murid menguasainya dan ii) P&P adalah berkualiti. d. Dalam proses Pembelajaran Masteri,semua murid dapat menguasai sesuatu perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit atau tajuk yang lain. e. Masa untuk murid menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan melalui : i. ii. iii. iv. kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, galakkan belajar dengan tekun dan tabah, ransangan dan dorongan untuk belajar, latihan dalam kemahiran belajar dan menjadi pelajar berdikari. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya : i. menggunakan kaedah mengajar yang menarik dan berfikir supaya mereka

menyeronokkan serta P&P berpusatkan kepada pelajar. ii. menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. 8

iii.

mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara.

iv.

penilaian formatif dijalankan untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar.

v.

aktiviti pemulihan dan pengayaan perlu dijalankan.

f. Kajian ini juga menggunakan kaedah AFON. i. Kaedah AFON adalah gabungan daripada kaedah abjad dengan kaedah fonetik. Kaedah AFON berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan di antara nama, bunyi dan lambang yang dilihat. ii. Kaedah AFON ini menekankan kepada setiap nama dan bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. iii. Murid-murid didedahkan dengan nama dan bunyi abjad. Murid diperkenalkan terlebih dahulu dengan nama objek yang terdapat di persekitarannya yang ada hubungan dengan nama dan bunyi huruf tersebut. iv. Untuk memperkenalkan 3 huruf vokal seperti a, u dan i, benda maujud diperkenalkan terlebih dahulu, model dan gambar yang ada kaitan dengan nama dan bunyi huruf tersebut seperti ayam, ulat dan ikan. v. Kemudian barulah memperkenalkan benda-benda maujud, model dan gambar yang berkaitan dengan huruf konsonan berkenaan. vi. Kaedah ini akan mencapai tahap membaca sehingga suku kata kvkv. vii. Alatan Bantu Mengajar (ABM) yang akan diselaraskan berasaskan modul seperti bahan maujud atau benda sebenar, model, bahan tiga dimensi, gambar, kad-kad gambar, kad huruf bergambar, kad huruf, komputer dan LCD.

9

10.BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

Strategi Pelan Pelaksanaan Kajian 2010/2011.4/10 29 / / / / / / / / / / / / / 5/10 6/10 7/10 8/10 9/10 10/1 0 11/10 12/10 1/11 2/11 3/11

AKTIVITI Mesyuarat Pemantapan Modul Ujian Pra Pelaksanaan Modul dan Kajian Ujian Formatif 1-7 Ujian Post Refleksi Kajian Analisis Data Kajian Menghasilkan Laporan Kajian Pembentangan Dapatan Kajian

/ / / /

/

11.NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 24

Kos kajian.PERKARA HARGA(RM) 15.90 15.90 15.90 9.90 9.90 9.90 9.90 15.90 5.90 1.00 15.90 0.50 2.90 2.90 4.90 13.90 19.90 2.50 49.00 0.60 160.00 95.00 8.90 5.50 29.90 PESANAN 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 10 PCS 20 PCS 2 BTL 6 BTL 2 SET 1 REAM 30 PCS 1PCS 1 PCS 2 PCS 20 PCS 50 SET JUMLAH 159.00 159.00 159.00 99.00 99.00 99.00 99.00 159.00 59.00 10.00 159.00 50.00 29.00 29.00 49.00 27.80 119.40 5.00 49.00 18.00 160.00 95.00 17.80 110.00 1,495.00

MODEL AYAM MODEL IKAN MODEL UDANG MODEL BUAH EPAL MODEL BUAH OREN MODEL JAGUNG MODEL NANAS MODEL ROTI YOYO TALI (SEMETER) BOLA GETAH GULI CAWAN PLASTIK WISEL PLASTIK POLISTREN - PUTIH GAM POLISTREN - 1 LITRE MURAL COLOUR - 1KG BERUS WARNA - 3 SIZE A4 LAMINATING FILM MANILAKAD - PUTIH POLISTREN CUTTER- ELEKTRIK CUTTER PAPER-BESAR PEMBARIS 1 METER - KAYU VCD-KOSONG FILE BOX PENSEL WARNA LUNA 12's- 1 KTK PEMADAM - 1 PCS PENSEL 2B - 2 PCS PENGASAH PENSEL - 1 PCS PEMBARIS - 1 PCS

10

GUNTING KECIL - 1 PCS GAM KECIL - 1 PCS TOTAL (RM) 3,514.00

11.1 Perbelanjaan bagi membeli keperluan peralatan PROGRAM KAJIAN PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN MURID SINDROM DOWN MELALUI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KUMPULAN ialah RM3514.00. Kos telah ditanggung oleh Persatuan Sindrom Down Malaysia atas dasar program kerjasama pintar. 12 HASIL DAPATAN KAJIAN Penyeliaan Perlaksanaan P&P dalam kumpulan murid Sindrom Down di jalankan sebanyak 11 kali. Bilangan Penyeliaan Dalam Kumpulan P&P murid Pelbagai : 11 kali. 1. Peratusan suasana bilik darjah Pengajaran Dan Pembelajaran. Item 7. Tidak sesuai Kurang Sesuai Sesuai 22.7 Amat Sesuai 77.7

Suasana bilik darjah didapati kondusif dari segi infrastruktur fizikal. Walau bagaimanapun maklumbalas didapati daripada guru menunjukkan sokongansokongan lain terhadap P & P amat diperlukan seperti PPM, nisbah guru:murid yang lebih bersesuaian (1:3 mengikut pelan tindakan penambahbaikan P&P murid SD (2008)). 2. Peratusan kelancaran Pengajaran Dan Pembelajaran . Item 9. Tidak lancar 4.5 Kurang lancar 4.5 Lancar 54.5 Amat Lancar 36.4

Hasil kajian ini mendapati tiada masalah di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

3. Peratusan Minat murid untuk belajar dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . 11

Item 10.

Tidak menarik Minat 0

Kurang menarik minat 4.5

Menarik Minat 54.5

Sangat menarik minat 40.9

Kajian ini mendapati modul yang telah dibina bersesuaian serta berjaya menarik minat murid untuk belajar. 4. Peratusan penggunaan ABM Pengajaran Dan Pembelajaran . Item Bahan Maujud Model Gambar Carta Lembaran Kerja Kad huruf Audio Visual Kad huruf bergamba r Penggunaan ABM oleh guru adalah bahan maujud (100%), gambar (95.5%), lembaran kerja (81.8%), model, kad huruf audio visual, kad huruf bergambar (72.7%) dan carta (50%) 27.3 4.5 50 18.2 27.3 22.7 22.7 Tidak guna Guna 100 72.7 95.5 50 81.8 72.7 72.7 72.7

5. Peratusan penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran . Item Pemusatan Murid 72.7 Tidak guna Guna 27.3 12

Pemusatan Bahan Pemusatan Guru Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif Pendekatan Elektif Pendekatan Masteri Pendekatan Tematik Pendekatan Penyebatian

27.3 95.5 27.3 18.2 4.5 27.3 95.5 90.9

77.3 4.5 77.3 81.8 95.5 72.7 4.5 9.1

Kajian ini mendapati, majoriti guru lebih selesa menggunakan pendekatan elektif (95.5%). Ini bersesuaian dengan Akta Pendidikan Khas (1997) guru boleh mengubahsuai kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai Matlamat Pendidikan Khas. 6. Peratusan Penglibatan Murid dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Item Keseluruhan Aktiviti 1 murid terlibat 0 2 Murid Terlibat 9.1 3 Murid terlibat 9.1 4 Murid Terlibat 4.5 Semua Terlibat 77.3

Majoriti daripada murid terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (77.3%) 7. Peratusan Aktiviti Permainan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Item 25. Tidak menarik Minat 0 Kurang menarik minat 0 Menarik Minat 31.8 Sangat menarik minat 40.9 Tiada aktiviti 27.3

Aktiviti Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid (40.9%)

8. Peratusan Tindak Balas ABM Pengajaran Dan Pembelajaran . Item Benda Maujud Model Gambar Huruf Bergambar Carta Audio Visual Tidak menarik Minat 0 0 0 0 0 0 Kurang menarik minat 0 4.5 4.5 4.5 0 0 Menarik Minat 31.8 9.1 45.5 59.1 27.3 9.1 Sangat menarik minat 68.2 63.6 50 36.4 40.9 77.3 Tiada aktiviti 0 22.7 0 0 31.8 13.6 13

Kajian ini mendapati penggunaan audio visual sangat berkesan dan menarik minat murid untuk belajar (77.3%). 9. Peratusan Tindak Balas pada aktiviti dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Item Menyebut nama benda Menyebut nama huruf Mengeja suku kata Lembaran kerja 0 0 63.6 0 Tiada aktiviti 2 murid boleh 4.5 4.5 18.2 22.7 3 murid boleh 45.5 50.0 4.5 40.9 4 murid boleh 13.6 18.2 0 27.3 Semua boleh 36.4 27.3 0 9.1

Modul yang dibina tidak mencapai tahap kemahiran mengeja suku kata. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan murid yang dapat mencapai tahap ini (22.7%) 10. Peratusan keberkesanan keseluruhan Pengajaran Dan Pembelajaran. Item 26 Tidak berkesa n 0 Kurang berkesa n 4.5 berkesa n 63.6 Amat berkesa n 31.8

Kajian menunjukkan P & P secara keseluruhannya berkesan dengan penggunaan modul, kaedah dan BBB secara konsisten (63.6%).1. PELBAGAI BI NAMA L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 KUMPULAN MURID KATEGO RI SL CP SD SD SL SD CP SL SD % %UJIAN % UJIAN POST PENINGKA PRA TAN 30 53 23 11 36 25 11 25 14 8 18 10 39 98 59 90 99 9 57 79 22 99 100 1 98 100 2

ZIKRY ZULAKRAM HAFIZAM ZAHIRAH ANISYA ALICIA Dzulhelmi FAREZ Ros

14

10 SAKINAH 11 HARITH 12 ZAID 13 ZULHELMI 14 SYAMIL 15 IKHMAL 16 NOR FARISHAH 17 FAIZ FIKRI 18 AMER 19 MUSLIM JUMLAH

SD SD AUTISM E AUTISM E SL SD SD AUTISM E SL SL

10 37 51 0 0 11 0 33 39 20 644

23 45 58 11 3 33 10 67 60 53 971

13 8 7 11 3 22 10 34 21 33 327

UJIAN PRA DAN POS 1. KUMPULAN MURID SINDROM DOWN BI NAMA KATEG % UJIAN %UJIAN L ORI PRA POST 1 HAFIZUL 2 YUAZMA N 3 NURHAI N 4 SYAHIRA H 5 CHAN SD SD SD SD SD 12 6 1 12 37

% PENINGKAT AN 27 15 12 6 8 17 52 7 5 15

15

6 AMEER 7 NINE 8 NG WAI KEE 9 NORANI SAH 1 AQILAH 0 1 AIMAN 1 1 DANIAL 2 1 ZULFIKR 3 I 1 AISHA 4 1 FATIN 5 1 HAMIZI 6 1 ZUHAIRI 7 E 1 FAZRIN 8 1 NORADI 9 AH JUMLAH

SD SD SD SD SD SD SD SD SD SD SD SD SD SD

77 19 92 77 78 0 3 0 2 0 3 10 25 9 463

82 46 95 79 84 4 12 2 6 2 10 48 42 25 653

5 27 3 2 6 4 9 2 4 2 7 38 17 16 190

GRAF PENINGKATAN PENCAPAIAN P&P MURID SINDROM DOWN DALAM KUMPULAN PELBAGAI Rajah 1

16

GRAF PENINGKATAN PENCAPAIAN P&P MURID SINDROM DOWN DALAM KUMPULAN MURID SINDROM DOWN Rajah 2

Kedua-dua graf menunjukkan peningkatan pencapaian p&p murid sindrom down dalam kumpulan pelbagai dan kumpulan murid sindrom down.

Sejumlah 23 orang guru telah memberi maklumbalas terhadap instrumen tahap persetujuan bagi kaedah pengajaran murid Sindrom Down 12.1 Peratusan Guru Menjawab Setiap Item Tahap Persetujuan Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Murid sindrom Down Dalam Kumpulan Murid sindrom Down. Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 *10 11 Tidak Pasti 4.3 4.3 0 0 0 0 0 4.3 8.7 0 0 Tidak Setuju 0 4.3 0 0 0 0 4.3 0 0 0 0 Kurang Setuju 8.7 13 0 4.3 4.3 4.3 0 0 4.3 0 4.3 Setuju 65.2 30.4 47.8 30.4 30.4 30.4 43.5 43.5 39.1 34.8 43.5 Sangat Setuju++ 21.7 47.8 52.2 65.2 65.2 65.2 52.2 52.2 47.8 65.2 52.2 17

12 13 *14 *15 16 *17 18

0 8.7 8.7 17.4 8.7 13 8.7

0 0 0 0 0 4.3 4.3

0 0 0 8.7 0 13 0

17.4 21.7 26.1 52.2 30.4 30.4 39.1

82.6 69.6 65.2 21.7 60.9 39.1 47.8

Hasil kajian menunjukkan semua guru bersetuju dengan semua item yang terdapat dalam instrumen Tahap Persetujuan Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Murid sindrom Down Dalam Kumpulan Murid sindrom Down. Item 10: Murid PPKIBP ditempatkan dalam kumpulan pencapaian memudahkan guru menjalankan P&P mengikut modul. Peratusan persetujuan guru menunjukkan 34.8% bersetuju dan 65.2% sangat setuju dengan penyataan ini. Item 14: Guru-guru PPKIBP yang terlatih dan berpengalaman lebih memahami keperluan P&P murid-murid SD. Peratusan persetujuan guru menunjukkan 8.7% tidak pasti, 26.1 bersetuju dan 65.2% sangat setuju dengan penyataan ini. Item 15: Murid SD mempunyai tahap kefungsian (aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah) yang sama dengan murid-murid kategori lain. Peratusan persetujuan guru menunjukkan 17.4% tidak pasti, 8.7% kurang setuju, 52.2% setuju dan 21.7% sangat setuju dengan penyataan ini. Item 17: Mengasingkan P&P murid SD dengan murid kategori lain secara tidak langsung boleh menyekat keperluan pembelajaran dan sosial mereka. Peratusan persetujuan guru menunjukkan 13% tidak pasti, 4.3% tidak setuju, 13% kurang setuju, 30.4% setuju dan 39.1% sangat setuju dengan penyataan ini. Bagi item 12: Murid SD sentiasa diberi peluang oleh guru bagi menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan, rekreasi dan lawatan. 82.6 % guru sangat bersetuju dengan pernyataan ini.

14 Rumusan Kajian menunjukkan Pendekatan P&P bagi murid SD adalah sesuai dan berkesan dalam kedua-dua kumpulan murid SD sahaja dan dalam kumpulan murid yang pelbagai kategori ketidakupayaan seperti yang diamalkan sekarang. bagaimanapun murid perlu menjalani ujian Walau diagnostik bagi menentukan tahap

18

pencapaian dan kefungsian mereka untuk mendapatkan p&p yang lebih berkesan dan optima. Penggunaan modul yang telah dibina berjaya menarik minat murid serta berkesan dalam pelaksanaan p&p. Kajian mendapati peningkatan pencapaian murid di dalam p&p. Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang mengabungkan bahan maujud, model, gambar dan kad huruf serta penggunaan audio visual menunjukkan sesuai dan berkesan dalam proses P&P murid PPKIBP khususnya murid SD . Guru PPKIBP lebih selesa menggunakan pendekatan elektif dalam P&P. Ini

menepati peruntukan di dalam akta pendidikan 1997 yang memberi kelonggaran untuk guru-guru menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi tujuan p&p. Faktor nisbah guru dan murid perlu diambil kira dalam melaksanakan p&p. Semakin kecil bilangan murid semakin berkesan p&p guru dan semakin meningkat pencapaian murid. Kajian mendapati terapi pemulihan seperti terapi air (hydrotherapy), berkuda (hippotherapy), terapi carakerja (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy) yang dijalankan secara serentak dengan p&p dapat kajian mendapati pencapaian murid meningkat sehingga 32%. Sebagai kesimpulan kajian ini menunjukkan pencapaian murid-murid SD meningkat sekiranya diberi modul, kaedah dan BBB juga suasana pembelajaran yang bersesuaian dan kondusif. 15. Cadangan membantu dalam peningkatan prestasi murid. Hasil temubual dengan guru yang melaksanakan modul

Jadual waktu p&p guru yang tidak terlalu padat membolehkan guru merancang kaedah pengajaran dengan lebih berkesan. dicadangkan nisbah guru dan murid dikurangkan kepada 1:3.

19

-program intervensi awal SD -guru yang berpengalaman -layanan yang sama rata kepada murid SD dan pelbagai kategori -slot perkongsian bersama ibu bapa untuk mendapatkan maklumat -membekalkan bahan-bahan, modul kepada semua sekolah -RPI yang seragam -menyediakan pakar untuk murid -sesi perbincangan antara guru dan KPM/JPN/PPD

Kertas PROGRAM KAJIAN PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN MURID SINDROM DOWN MELALUI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KUMPULAN ini dibuat untuk mendapat persetujuan daripada pengerusi dan ahli mesyuarat bagi meluluskan peruntukan dan membenarkan agar kajian ini dilaksanakan dengan jayanya.

20


Top Related