ISLAM DALAM TAMADUN
MELAYU
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU DAN PENGARUHNYA
TERHADAP BUDAYA DAN CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
JANUARI 2011
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
ASIA( WAJ 3101 )
Nama Pensyarah:JOOHARI BIN HASHIM
TEORI KEDATANGAN ISLAM• Pelbagai teori yang diutarakan oleh para
sejarahwan apabila membicarakan mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu
• Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah bermula sejak dari abad ke-7 atau ke -8 masihi
• S.Q Fatimi berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah secara berperingkat-peringkat.
• Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dapat dihubungkan melalui tiga teori iaitu Islam dibawa dari tanah India, China dan Arab.
INDIA
ARABCHINA
TEORI KEDATANGAN ISLAM
ISLAM DARI INDIA
• Islam datang dari daerah Gujerat. • kajian yang dijalankan terhadap batu nisan di
Pasai yang bertarikh 1428 Masihi dan 1419 Masihi.
G.P Moquet
te •berpendapat bahawa Islam yang dibawa itu secara khusus datangnya dari India.
Snouck Hurgron
je.
•Islam telah dibawa masuk oleh pedagang India Muslim dari Banggala atau dari Malabar•Menggunakan hujah perbezaan dari segi mazhab alasan
Thormas Arnold
•berdasarkan pada bahagian di India•dua bahagian; sumber tempat datangnya pendakwah
A. H. Hill
ISLAM DARI CHINA
Islam dibawa dari China melalui Canton dan Hainan
pada kurun ke -9; penemuan batu bersurat di
Campa bertarikh 1039, serta penemuan batu
bersurat di Terangganu yang bertarih 1303
laporan orang China Islam ; orang Arab- Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan
Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang.
Tercetusnya pemberontakkan di Canton
pada tahun 878 Masihi; orang Arab-Islam mencari perlindungan di Nusantara
– penyebaran islam
ISLAM DARI ARABSir
John Crawf
ord
Niemann dan
de Hollan
der
-Islam dibawa terus dari
Semenanjung Tanah Arab pada kurun
ke-7. -sejarah
China menyebutkan bahawa pada abad pertama Islam iaitu 7 Masihi orang orang Arab
Prof.
Syed
Muham
mad Naquib al-
Attas
• cara bacaan al-Quran di Nusantara adalah sama dengan tatabacaan di Timut Tengah
• menekankan konsep dan istilah serta sistem tulisan Jawi yang digunakan
Prof Dr. Ha
mka
• merujuk pada istilah “kafura” yang terdepat di dalam surah al-Insan ayat 5
• kafura merupakan kalimah asing ( ‘ajam ) yang merujuk kapur barus
C.A Man
jul
• perkembangan Islam di alam Melayu pada peringkat awalnya berasal dari India
• perkembangan Islam ini masih dilakukan oleh para pedagang Arab
Catatan Marco Polo
orang Arab yang bertanggungjawab dalam
mengislamkan penduduk di Perlak
orang Arab yang bertanggungjawab dalam
mengislamkan penduduk di Perlak
Pengaruh kedatangan Islamterhadap budaya dan cara hidup rakyat Malaysia
PENGENALANKedatangan Islam telah membawa banyak
perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat Malaysia.
Agama Islam telah membawa ajaran dan tamadun yang lebih lengkap,lebih rasional dan logik serta
mudah diterima oleh masyarakat Melayu.
Pengaruh yang kuat daripada Islam telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Malaysia
dari segi sosial, budaya dan pemikiran masyarakat Melayu.
PENGARUH AKIDAH DAN PEMIKIRAN
• Islam telah membawa perubahan yang besar dalam mengubah kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat.
• Islam telah membawa unsur-unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya mempercayai Allah yang Maha Esa.
• Pandangan serta falsafah pemikiran masyarakat Tanah Melayu juga turut berubah setelah mereka menerima ajaran Islam.
PENGARUH DARI SEGI ASPEK SOSIAL
• Berikutan perkembangan Islam di Tanah Melayu, ciri-ciri sosial Islam telah berjaya mengambil tempat ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat Melayu ketika itu.
• Islam telah memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, serta berjaya mewujudkan perpaduan di antara kaum.
• Ajaran agama Islam telah mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
• Selain daripada itu, institusi-institusi baru kemasyarakatan juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan peranan utama dalam perhubungan sosial harian.
PENGARUH DALAM ASPEK POLITIK
• Islam yang tiba di Tanah Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi untuk menjaga masalah rakyat keseluruhannya.
• Pentadbiran Islam berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini.
• Sultan sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat.
• Kedatangan Islam berjaya mengubah watak dan sifat raja atau sultan daripada yang negatif kepada sifat yang lebih positif dan keagamaan.
PENGARUH UNDANG-UNDANG ISLAM
• Salah satu aspek perubahan penting yang telah dicetuskan oleh Islam di rantau ini ialah bidang perundangan.
• Jika dikaji mengenai Kanun Melaka, ternyata bahawa Islam telah berjaya mempengaruhi sistem perundangan di Melaka.
• Islam juga memainkan peranan yang besar dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu.
• Pada catatan di atas Batu Bersurat Terengganu, terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 M lagi.
• Ternyatalah bahawa undang-undang Islam telah dilaksanakan di negeri tersebut.
PENGARUH MENGENAI KESEDARAN TENTANG ILMU
PENGETAHUAN• Kedatangan Islam ke rantau ini banyak memberi kesedaran dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu.
• Kedatangan Islam berjaya memberi kesedaran ke arah bersifat ilmiah, saintifik dan berbentuk realistik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan.
• Secara tidak langsung telah mengubah persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.
• Institusi pondok sebagai pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi institusi tumpuan masyarakat serta tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam.
PENGARUH MELALUI PERKEMBANGAN BAHASA DAN
PENULISAN• Kedatangan Islam juga berjaya memartabatkan
bahasa Melayu dengan cara membentuk para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan persoalan metafizik, falsafah dan saintifik.
• Bahasa Melayu diguna pakai dalam pertuturan oleh berbagai bangsa yang datang dan berurusan di pelabuhan Melaka. Malah bahasa ini dikatakan telah menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan penggunanya.
• Kedatangan Islam di rantau ini telah memperkenalkan tulisan jawi dalam bahasa Melayu, tulisan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan atau huruf Arab sebagai bahasa Al-Quran dan huruf Parsi.
PENGARUH DALAM SISTEM KEKELUARGAAN
• Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.
• Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.
• Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam.
• Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur.
• Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
PENGARUH DALAM ADAT DAN CARA HIDUP
• Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam.
• Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam, adat-adat dalam masyarakat Melayu mula mengalami perubahan dan diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
• Islam telah mengubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam.
• Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya.