Download - Pesona siswa edisi pertama
1
PESONA MALAYSIA April 2015 Edisi Pertama
Kenali personaliti Gaya anda
Athirah ‘Blog hiburan dikala sunyi’
Persediaan Mengahadapi
Temuduga
10 Minit
solekan
natural
Air untuk Cantik
siswa
Pencarian Puteri
Pesona Hormati Ruang
Personal
Tren Warna
2015
Bentuk Muka Vs
Gaya Hijab
Dari Meja Editor
Salam sayang kepada semua pembaca terutama siswa siswi yang sedang di ambang bahagia menempuh alam remaja. Pesona Siswa hadiah dari hati khas buat semua pelajar institusi pengajian tinggi yang bergelar siswa dan siswi mahupun bakal siswa dan siswi. Pesona Siswa mengupas isu berkaitan imej ABC (Appearance, Behaviour & Communication). Sebuah cetusan idea yang menjanjikan pengisian tentang perihal kecantikan secara berterusan yang bersandarkan ilmiah. Sempena dengan edisi pengenalan, saya dengan penuh rasa kasih ingin meraikan barisan penulis yang terdiri daripada perunding imej bertauliah. Semangat mereka beserta azam yang tinggi dengan penuh dedikasi telah merealisasikan kelahiran Pesona Siswa. Barisan profesional ini hadir dengan pengalaman dan latar belakang yang pelbagai dalam aspek imej dan personaliti. Besar harapan untuk Pesona Siswa menjadi teman setia para siswa walau dimana sahaja anda berada. Lagi besar harapan untuk mendapat maklum balas yang membina bagi tujuan penambahbaikan demi kepentingan bersama. Jumpa lagi di bulan hadapan dengan topik yang lebih menarik dan menghiburkan! Salam Sayang, Sue Suri
2
Edisi Pertama Dari Mata Turun ke Hati
Asas Pesona Gaya
Penjagaan Kulit Wajah
T ips mengatasi kulit berminyak
5 Kesilapan Berpakaian
T ren Warna 2015
10 minit solekan ke kuliah
D ilema Tali Pinggang
Bentuk M uka vs Gaya H ijab
3
Diet Siswa Air untuk sihat dan cantik
Siswa Pilihan Athirah dan dunia blog
Etika Etika M enghadiri Temuduga
Hormat perlu ada
Etika Pergaulan
ASAS PESONA GAYA Perlakuan, kecenderungan, kekuatan, kelemahan dan juga emosi diri kita diinterpretasikan
dengan jelas melalui pemilihan pakaian yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Impak dari pemakaian, kita sebenarnya memberi persepsi kepada orang lain yang melihat
kita dan tanpa sedar menanam impresi diri kita di dalam minda mereka sama ada baik atau
tidak. Hasilnya dapat dilihat di mana kita akan lebih disukai, senang dihampiri dan
mempunyai ruang pergaulan yang luas atau sebaliknya. Gaya personaliti adalah gabungan
gaya fesyen dan personaliti anda yang mempengaruhi gaya pemakaian dan kecenderungan
memilih satu gaya daripada gaya yang lain.
Mengapakah gaya personaliti
penting bagi seseorang? Ianya
kerana gaya personaliti seseorang
yang telah digarap kearah
menunjukkan sisi mereka yang
terbaik, akan menentukan
kejayaan seseorang itu dalam
menaikkan pesona penampilan,
pengaruh dan kredibiliti.
Apabila anda mengetahui gaya
personaliti diri anda, dengan
pemahaman tersebut ianya akan
dapat membantu anda dalam lebih
memahami diri anda ,
menjimatkan wang ketika
membeli –belah dari membeli
barang yang tidak sesuai dengan
anda, membantu membina impresi
baik ketika majlis sosial,
meningkatkan keyakinan ketika
melakukan perbentangan atau
berada di majlis formal.
4
Fae Firdaus
CREATIVE CONSULTANT /TRAINER
METRA PESONA IMAGE CONSULTANCY
Sukakakan pakaian yang selesa dan
mudah digayakan.
Penggunaan aksesori yang sangat
minimal. Suka kelihatan ringkas, anda
semestinya bukan seorang pengikut arus
fesyen terkini.
Berkeyakinan tinggi individualistik dan
unik, Suka expretasi diri melalui pakaian
dan aksesori yang sarat. Sukakan rekaan
yang menonjol dengan kontras yang
tinggi.
Sangat kreatif dalam mencampurkan
warna, gaya, corak dan tekstur bersama
untuk menghasilkan gaya yang unik dan
menarik termasuklah menggayakan gaya
vintaj dan gaya moden bersama.
Gemar kelihatan elegan, klasik. Suka
potongan ringkas ,berstruktur dan
berpadanan seperti suit, jaket dan seluar.
Aksesori ringkas dan harus berpadanan
dengan pakaian , kasut dan beg.
Sangat mementingkan kualiti pada
barangan yang dibeli.
Gaya anda sering dipengaruhi oleh gaya
fesyen selebriti, majalah fesyen dan
pereka fesyen terkemuka.
Kelihatan feminin atau metroseksual.
Anda tidak sukakan stail lama.
Anda sangat suka pada perincian dan
aksesori merupakan teman baik anda.
1 2
3 4
5
PENJAGAAN KULIT WAJAH
Kulit Wajah sentiasa kelihatan kusam, tidak bermaya.sentiasa kelihatan penat, mata layu dan
kuyu? Penjagaan kulit wajah sangat penting, tetapi ramai diantara kita terutama kaum wanita
tidak begitu prihatin terhadap kulit wajah mereka apa lagi kaum lelaki. Percaya atau tidak,
memiliki kulit wajah yang kusam dapat memperburukkan penampilan kita. Akibatnya kita pula
akan merasa minder atau tidak merasa percaya pada diri dalam bergaul atau tampil dihadapan
orang ramai.
Pada dasarnya tubuh manusia sudah mempunyai mekanisme regenerasi terhadap kulit, dengan
kata lain tubuh kita mampu mengembalikan kulit kusam agar kita menjadi lebih segar semula,
kebiasaannya proses tersebut mengambil selama 21 hari. Namun seiring dengan usia, maka
kemampuan sel-sel kulit kitapun akan menurun. Lama kelamaan proses regenerasi pada kulit kita
pun menjadi lebih lambat dan muncul proses penuaan diwajah kita.
Antara faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi suram dan kelihatan letih :
1. Faktor Genetik (Keturunan)
Faktor keturunan dari kedua ibubapa, jika kedua ibubapa anda memiliki kulit yang kusam
atau berminyak, maka ada kemungkinan bahawa anda sebagai anaknya juga akan memiliki
jenis kulit wajah yang sama.
2. Corak Kehidupan
Corak kehidupan yang baik tentu akan menampakkan positif terhadap kesihatan dan
sebaliknya. Corak hidup yang tidak menentu atau tidak teratur maka akan tidak sihat. Untuk
kelihatan lebih cergtas & sihat kita perlukan keseimbangan hidup, contoh, berolahraga,
pemakanan yang sihat, pergaulan yang sihat dan sebagainya.
6
3. Pemakanan
Terlalu banyak makan makanan yang mengandung banyak lemak seperti, makanan ringan, gorengan, makanan yang mengandung banyak santan yang kurang berkhasiat juga makan segera.
4. Keadaan Sekeliling
Jika kita terbiasa berada ditempat-tempat penuh dengan debu-debu serta pencemaran yang juga dapat menyebabkan kulit kita menjadi tidak sihat, kerana debu akan melekat pada kulit yang berminyak, sehingga pori-pori kulit kita akan tersumbat dan menyebabkan jerawat.
7. Air Mineral/Air Kosong
Kurang pengambilan air kosong/mineral boleh menyebabkan kulit kelihatan kering dan kusam. Pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
5. Pemilihan produk kosmetik
Kulit kusam juga kebiasaannya
disebabkan oleh penggunaan kosmetik
yang kurang tepat, sehingga tidak sesuai
untuk kulit kita dan akibatnya kulit
menjadi kusam.
6. Tidur yang tidak teratur
Waktu tidur yang tidak teratur atau
kurang tidur, juga akan menyebabkan
kulit kelihatan pucat dan kusam. Oleh
itu, ia juga akan menampakkan
kegelapan disekeliling mata.
7
Rina Baha
Perunding Imej & Warna Bertauliah/Pelatih Korporat Bertauliah
RinaBaha Image World
Tips untuk mengatasi kulit
wajah yang kusam dan berminyak 8
1. Perbanyakkan meminum air
kosong/mineral
Seperti yang sudah kita ketahui, bahwa air
kosong atau mineral sangat bermanfaat dalam
menjaga kesihatan organ tubuh kita termasuk
dalam merawat kesihatan kulit. Air dapat
mencegah dehidrasi dan menjaga kebersihan
tubuh. Orang yang banyak meminum air
kosong/mineral biasanya akan memiliki kulit
wajah yang segar dan sihat. Maka dari itu,
usahakan untuk meminum air 8 gelas
seharinya.
2. Bersihkan tubuh secara teratur
Mandi secara teratur misalnya 3 kali dalam
satu har.. Jika anda adalah seorang muslim,
maka anda sudah tidak akan risau dengan
masalah ini, kerana dalam islam kita
diwajibkan untuk melaksanakan ibadah solat
sebanyak 5 waktu. Sebelum kita melaksanakan
solat, kita diwajibkan untuk mengambil
wudhu, membersihkan diri sebelum solat. Jadi
jika dalam 1 hari kita melaksanakan solat 5
waktu, maka itu sama dengan kita sudah
membersihkan tubuh kita sebanyak 5 kali
dalam sehari.
8
3. Penjagaan kulit wajah yang teratur
Pastikan kulit wajah sentiasa dicuci sebelum tidur. Ini adalah kemestian kerana penggunaan
kosmetik akan menyebabkan penuaan yang cepat.
4. Lotion Pelembab
Pakailah lotion pelembab untuk membantu melembabkan kulit yang kelihatan kusam. Tapi
ingat berhati-hatilah dalam memilih produk lotion pelembab. Lebih baik jika meminta
pandangan dari doktor terlebih dahulu, karena keadaan / jenis kulit setiap orang itu berbeza.
5. Hindari Stress
Stress juga merupakan salah satu penyebab mengapa kulit anda terlihat kusam dan kering.
Maka dari itu hindari hal-hal yang membuat anda menjadi stres. Misalnya dengan melakukan
hal-hal yang menyenangkan. Jangan terlalu sibuk bekerja, luangkan juga waktu untuk
refreshing.
6. Olahraga secara teratur
Luangkan waktu untuk olahraga misalnya setiap hari, atau setiap 1 minggu 1 kali, kerana
dengan berolahraga tubuh akan menjadi sihat. Tidak perlu melakukan olahraga yang berat tapi
cukup hanya dengan melakukan gerakan ringan setiap kali bangun tidur atau melakukan
jogging atau berjalan laju.
7. Pemakanan
Jagalah pemakanan anda agar hidup anda menjadi sehat. Jangan terlalu banyak memakani
makanan yang kurang mengandung zat, terlalu banyak mengandung lemak dan santan.
Pengambilan santan terutamanya akan menyebabkan paras kolestrol yang tinggi.
8. Air batu
Anda juga boleh menggunakan ais batu untuk menghaluskan wajah. Caranya sangat mudah,
kita hanya perlu mengosok-gosokan ais batu pada wajah kita dari bawah ke atas. Lakukannya
berulang-ulang kali selama lebih kurang 15 minit.
9
KESILAPAN BERPAKAIAN
“Cantiknya makcik dengan blaus biru tu”. Sapa kita kepada makcik yang kelihatan anggun
mengenakan blaus biru gelap paras lutut dengan skirt panjang potongan A. Terfikirkah kita
bagaimana pula tanggapan orang jika baju yang sama dipakai oleh kita yang berusia 18 tahun?
Sudah tentu lain komennya bukan.
Ramai yang memandang remeh tentang aspek berpakaian. Siswa bakal menjadi orang penting
dalam masyarakat atau organisasi. Siswa perlu tampil dengan berpakaian yang bersesuaian
untuk lebih dihormati. Namun masa yang sama, perlu mengenakan pakaian yang sesuai dengan
umur yang masih muda. Ada beberapa kesilapan berpakaian yang menyebabkan siswa tampak
tua sebelum usia. Antaranya:
Tua Sebelum Usia 5
1. Memakai Pakaian Yang Tidak Sesuai
Pemilihan pakaian bukanlah berdasarkan
personaliti semata-mata. Jenis bentuk dan saiz
badan juga perlu diambil kira. Jika tidak memilih
pakaian yang sesuai, siswa yang berumur antara
19 – 23 tahun mungkin tampak terlalu matang dari
usia. Memakai pakaian yang terlalu besar
membuatkan samada anda nampak mempunyai
saiz badan yang besar. Manakala yang memakai
pakaian yang terlalu kecil pula boleh
menyebabkan tidak selesa sewaktu ke kuliah.
2. Pemilihan Warna Pakaian Yang Tidak Kena
Ramai juga para siswa yang ingin nampak
langsing dan lebih kurus terutama mereka yang
mempunyai saiz badan yang besar. Warna hitam
dan warna gelap biasa dikatakan pakaian magik
yang boleh menampakkan si pemakai tampak
lebih kecil dari saiz sebenar. Tetapi jika tak kena
gaya, pemakai boleh kelihatan lebih tua dari usia.
Ini kerana memakai warna hitam sahaja dari atas
ke bawah boleh menyebabkan si pemakai
kelihatan pucat.
10
3. Aksesori Yang Berlebihan
Sentiasa pilih gaya pakaian ringkas
dengan aksesori minima untuk tampil
kemas dan bergaya. Keronsang adalah
tergolong sebagai aksesori dan jika
lebih dari tiga, adalah sudah
berlebihan. Wanita yang berusia sahaja
yang sukakan asksesori yang
berlebihan.
4. Tampil Dengan Imej Berbeza-beza
Ada juga golongan siswa terutama wanita sudah mula
meminati fesyen dan suka mencuba-cuba. Siswa sebenarnya
masih mencari identiti diri dan kecelaruan itu sering
diekpresikan dari segi pakaian yang diakai. Memakai gaya
fesyen yang berubah-ubah dan bercampur aduk
menyebabkan imej anda juga celaru.
5. Berfesyen Ikut-Ikutan
Berlumba-lumba mengikut fesyen terkini tanpa mengambil kira
pakaian yang dikenakan sesuai atau tidak dengan badan sendiri.
Ada juga yang berpakaian mengikut pengaruh kawan-kawan.
Hal ini terjadi terutama apabila sekumpulan sahabat baik pergi
membeli belah. Walaupun bentuk dan saiz badan setiap orang
berbeza, tapi kerana bersahabat baik, anda membeli fesyen
yang sama. Ia mungkin sesuai untuk sebahagian dari anda,
tetapi mungkin tidak sesuai untuk yang lain. Bila tersilap gaya,
anda yang mahu kelihatan trendy, sebaliknya kelihatan lebih tua
dari usia.
11
Azaliha Abdullah
Executive Director
Ayus Line Sdn Bhd
Tren Warna
Pasti anda ingin tambah warna-warna baru dalam
“closet “ anda bukan? Bagi penggemar fesyen,
anda boleh mencuba warna Marsala untuk
menyerlahkan lagi gaya anda. Marsala adalah
warna merah kecoklatan yang menjadi tren 2015.
Marsala adalah warna yang dipilih oleh Pantone
Color Institute untuk tahun 2015 kerana
mempunyai keunikan tersendiri yang boleh
digabungkan dengan warna lain. Marsala adalah
warna magis landskap dunia tropika yang
berfungsi sebagai warna universal yang sesuai
oleh lelaki dan wanita . Marsala adalah warna
yang versatile dan terdapat sentuhan
sophisticated di sebalik rona tanah semulajadi.
Warna Marsala yang mengangkat konsep
minimalis ini juga mampu menyuntik elemen
berani si pemakai, yang mampu memancarkan
keyakinan dan kestabilan badan, minda dan jiwa.
Pemakaian jaket warna dan sepatu warna marsala
menyerlahkan gaya mewah si pemakai. Gaya ini
mampu membuatkan mata tertumpu ke arah
anda.
2015
12
Padanan Warna Pelengkap Gaya Si Marsala
Gaya Segar (Rona Seafoam & MARSALA)
Bagi mereka yang berfikir bahawa
marsala kelihatan tua dan suram dan
terlalu keras, padanan warna Seaform
yang sejuk dan Marsala adalah yang
paling sesuai untuk remaja untuk segar.
Gaya Aktif (Rona Sand Tone & MARSALA)
Batu pasir adalah naungan yang stabil
dan mendalam. Ia merupakan warna
yang lasak dan berhubung dengan hutan,
Warna tanah dan sebenar, rona batu pasir
memberikan kita kembali ke alam
semula jadi .
Gaya Cool (Rona Biru klasik & MARSALA)
Biru Klasik mampu memberikan
inspirasi tenang, keyakinan dan
keharmonian. Warna ini adalah warna
yang sangat bijak bila dipadankan
dengan Marsala.
13
Lieya Marzuki
Pensyarah , Perunding Imej Professional
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Penyertaan terbuka kepada semua siswi IPT Malaysia yang merasakan
dirinya gadis biasa namun mempunyai azam yang luar biasa!
Hantarkan ke
[email protected]: 1. Gambar selfie
2. Maklumkan tentang hobi 3. Penulisan “Kenapa saya adalah
Bintang Pesona 2015”
Adakah Anda
14
Bintang Pesona
SOLEKAN UNTUK KE KULIAH
Anda pasti pernah ternampak rakan-rakan kolej anda datang ke kelas dengan solekan yang
terlebih tebal. Amboi macam kita pula yang berada di kenduri kahwin. Anda mesti tidak mahu
diperkatakan oleh rakan-rakan kolej terutama kaum lelaki mengata “Dia ini nak ke kelas atau nak
buat show”. Tentu anda ingin tampil ke kelas dengan wajah yang segar, kemas dan solekan yang
tipis namun masih cantik di pandangan. Betul tak? Bak kata petikan ini “The fact that you have
to put on make up to look natural”.
Tujuan solekan adalah untuk menyerlahkan lagi kecantikan asli pada wajah malah jika anda
mempunyai kulit wajah yang sempurna, anda juga masih memerlukan solekan bagi menaikkan
seri wajah agar tidak nampak letih atau kusam.
Justeru itu, ingin saya kongsikan 10 minit solekan langkah demi langkah untuk tampil ringkas
dan cantik sesuai untuk hadir ke kuliah:
15
Nittie
Certified Professional Image Consultant
Shaherazi Sdn Bhd
16
Langkah 1 Bersihkan wajah dengan
pencuci muka, pakai toner
dan moisturizer.
Langkah 2 Pakai Foundation dari
bawah ke atas dengan
sapuan ringan dan
sekatakan.
Pakai Concealer untuk
menghilangkan cela-cela
atau parut jerawat pada
wajah
Langkah 3 Sapukan Face Powder
dengan menekapkannya ke
wajah
Langkah 4 Eyebrow, Eyeshadow,
Eyeliner dan Mascara
Langkah 5 Sapukan blusher ikut
kesesuaian dengan bentuk
wajah.
Langkah 6 Sapukan lipstick dan juga
lip gloss
TIDAK dalam Solekan
4. Eye shadow perlu menggunakan dalam keluarga warna yang sama dengan warna yang sedang dipakai pada pakaian mahupun aksesori.
17
3. Warna kening tidak boleh lebih gelap daripada warna rambut.
2. Lipliner tidak boleh lebih gelap daripada warna bibir.
1. Kompleksi berwarna merah jambu tidak perlu memakai foundation berasaskan warna merah jambu.
Tali Pinggang Tali pinggang adalah aksesori wajib yang harus dipakai apabila menyarungkan seluar. Biasanya
pemilihan warna dan ‘buckle’ berkait rapat dengan personaliti individu. Tali pinggang yang
berwarna terang atau bercorak (statement belt) dipilih oleh individu yang mempunyai personaliti
dramatik yang sangat berani dan menyerlah.
Tidak hanya sebagai pelengkap gaya atau keperluan (apabila seluar sedikit longgar), selain jam
tangan tali pinggang sangat melambangkan personaliti seseorang lelaki (biarpun mereka tidak
‘tuck in’ baju). Paling penting apabila berpakaian formal, jangan lupa memakai tali pinggang!
Nampak janggal berseluar tanpa tali pinggang.
18
JENIS – JENIS TALI PINGGANG
Formal : warna lebih konservatif dan diperbuat
daripada kulit atau yang seakannya (hitam, coklat
gelap) dan ‘buckle’ adalah yang ringkas. Sesuai
untuk ke tempat kerja, menghadiri majlis formal
danke sesi temuduga.
Kasual : Saiz, warna dan corak pada buckle
lebih banyak pilihan. Ada yang daripada jenis
kain, ada yang seakan dianyam dan sebagainya.
Tali pinggang jenis ini sesuai dipakai ketika
bersantai bersama kawan-kawan atau menghadiri
majlis-majlis seperti majlis hari lahir rakan.
Statement : Warna-warna yang terang dan
bercorak. Pemilihan ‘buckle’ juga lain dari
kelaziman. Khusus untuk mereka yang sukakan
perhatian.
Zati Nani
Certified Professional Image Consultant
Inspirasi Ideal Resources
19
BENTUK MUKA BULAT
(ROUND SHAPE)
Ciri- ciri: Jarak dahi ke dagu adalah sama dengan
jarak kedua pelipis serta tidak jelas
kelihatan tulang rahang di kedua- dua
belah pipi.
Cadangan Gaya Hijab: Hijab dengan awning keras dan panjang
di kedua- dua belah pipi dapat mencipta
ilusi wajah yang lebih bujur.
Larangan: Hijab yang melekat di dahi kerana hanya
akan lebih menampakkan bentuk muka
bertambah bulat.
BENTUK MUKA BUJUR
( OVAL SHAPE)
Ciri- ciri: Muka kelihatan lebih panjang dari lebar,
dan rahang kelihatan bulat. Outline
wajah kelihatan seperti bentuk telur
ayam yang terbalik. Bentuk muka ideal.
Cadangan Gaya Hijab:
Tiada masalah untuk mengenakan
sebarang gaya tudung. Bentuk muka
idaman setiap wanita sesuai
menggayakan semua jenis hijab. Tudung
dengan awning menyerlahkan si bujur
sireh.
Larangan: Anda bertuah! Tiada larangan dalam
menggayakan hijab.
Kenali Bentuk Muka Secara umum, manusia mempunyai beberapa bentuk muka dan itu sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan anda dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi mereka yang mengenakan hijab. Sekiranya permilihan hijab yang salah dan tidak bersesuaian dengan bentuk muka, maka penampilan juga tidak menarik. Jom kenali bentuk muka !
Za Afiza
Hijab Muslimah Inspire Style
Hijab Community Malaysia
20
BENTUK MUKA BENTUK HATI
( HEART SHAPE )
Ciri-ciri: Bentuk muka hati lebih menonjol. wajah
kelihatan lebih panjang dari lebar.
Manakala dahi pula adalah yang paling
lebar. Rahang kelihatan bulat.
Cadangan Hijab: Tudung bawal, shawl dan tudung dengan
awning.
Larangan: Elakkan dari mengenakan selendang
Syria, ini kerana bentuk muka sebegini
memiliki dahi yang tidak luas, serta anak
rambut mudah kelihatan.
BENTUK MUKA SEGIEMPAT
( SQUARE SHAPE)
Ciri-ciri: Bahagian yang lebih lebar di antara pangkal
rahang dan tulang rahang. Ia akan kelihatan
lebih menonjol dan bahagian dagu agak
rata.
Cadangan Hijab: Pilih selendang atau tudung yang mampu
menutupi bahagian rahang dan tulang pipi.
Larangan: Turban, selendang dan tudung yang
mengarah ke belakang dan menampakkan
sepenuhnya ciri wajah dan menampakkan
tulang rahang.
21
BENTUK WAJAH SEGI TIGA
( INVERTED TRIANGLE )
Ciri-ciri: Memiliki dagu panjang serta jarak pelipis yang
lebih lebar dibandingkan pangkal rahang.
Cadangan Hijab: Bagi menampakkan bentuk wajah tampil
ramping, gunakan tudung yang boleh ditarik
sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di
leher agar bahagian rahang tampil terbuka.
Untuk bahagian kening kelihatan terangkat,
gunakan cekak rambut sebelum menggunakan
anak tudung.
Larangan: Hati-hati semasa dengan pemakaian selendang
supaya dapat menutupi kekurangan wajah.
BENTUK WAJAH PANJANG
(OBLONG)
Ciri-ciri: Ukurannya adalah tinggi muka adalah lebih
panjang dari lebar muka.
Cadangan Gaya Hijab: Pakai tudung yang melekap di dahi. Ini sebagai
menyembunyikan dahi anda yang luas dan
memberi illusi bujur. Tarik ke belakang tudung
anda rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan
rahang pipi anda. Anda juga seorang yang sesuai
menggayakan shawl berbanding tudung dengan
awning.
Larangan: Pastikan anda tidak menutup pipi anda kerana
pipi memainkan peranan penting untuk
membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang..
Untuk Cantik & Sihat Ekosistem memerlukan air untuk meneruskan
kehidupan.Kajian menunjukkan bahawa tubuh badan
seorang manusia seperti otot memerlukan 75% air,tulang
pula 22% dan 83% kandungan air diperlukan dalam
darah.Tahukah anda tubuh badan manusia akan hilang 1.7
liter sehari akaibat proses perkumuhan dan pernafasan?Oleh
itu,adalah penting kita minum mengikut sukatan yanag
disarankan iaitu 1.9 hingga 3 liter sehari atau kira-kira 8
cawan gelas air putih.Tubuh badan memerlukan 1 liter air
bagi setiap 25kg berat badan anda.
Apakah kesan terhadap kesihatan dan kecantikan seseorang
jika air tidak mencukupi?Bagi kesihatan sudah tentu system
perkumuhan kita terganggu seperti sembelit,masalah buah
pinggang,tekanan darah tidak seimbang,ketegangan
otot,sakit kepala yang kerap atau migraine dan jika
dehidrasi yang teruk boleh membawa kepada kematian.
Air
Dari sudut kecantikan pula,kulit akan kering dan masalah lain seperti kedutan ,pigmentasi akan
segera muncul dengan tabiat pemakanan kita yang kurang mengambil air kosong.Sebaiknya kita
mengambil air sejuk kerana proses penyerapan ke seluruh badan adalah lebih mudah berbanding
minuman panas dan air sejuk lebih cekap dalam proses penggantian cecair.
Kebaikan yang didapati apabila minum air yang mencukupi adalah dapat memastikan agar organ
seperti mulut,mata,hidung sentiasa keadaan lembap dan dapat berfungsi dengan baik.Selain
itu,dengan meminum air ianya dapat memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan dapat mengawal
suhu pada tahap yang normal.Air juga bertindak sebagai agen pelincir bagi sendi dan untuk
jangka masa panjang dapat menghindarkan dari mendapat penyakit sendi.Tanggungajawab kita
memelihara buah pinggang dan hati dengan meminum air dengan kadar yang mencukupi agar
proses penyingkiran bahan toksin dan bahan buangan menerusi air kencing berjaan lancar.Air
juga berperanan menjadi gen pembawa nutrient dan oksigen kepada semua sel tubuh yang
memerlukan.
22
Sarah Hata
Makeup, Hijab Style,
Grooming for men & women.
Sarahata Resources
Tahukah anda dengan pengambilan
air minima mengikut berat badan
anda mampu membuat anda kurus
semulajadi tanpa mengambil pil
kurus dan melalui regim diet yang
ekstrem?Ini adalah kerana air putih
tiada kandungan gula,kalori dan
lemak dan akan bertukar untuk
perkumuhan mahupun diserap ke
bahagian tubih yang lain.Selain itu
ia dapat menambah baik penghasilan
hormone testosteron bagi lelaki dan
hormone estrogen bagi wanita untuk
meningkatkan tahap kesuburan.Air
sejuk juga dapat menjadi alternatif
kepada mereka yang mengalami
masalah otot,lumpuh mahupun strok
kerana air dapat memperkuatkan
kembali otot-otot dan ligamen serta
melancarkan system peredaran darah
dan system pernafasan.
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air
sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai
manfaat. Japanese Medical Society, misalnya
berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu.
Amalan ini mampu memulihkan penyakit
termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam
penyelidikan persatuan di negara matahari terbit
ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system
jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas,
epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi,
meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air
kencing.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih
di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan
lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga
bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat.
Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan
tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan
menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.
23
ATHIRAH Blog hobi di masa lapang
Sebagai gadis remaja, Athirah
tidak terlepas dari mencari
keseronokan dan hiburan bagi
mengisi masa lapang. Antara
hobi lain yang sering
dilakukan adalah laman
sosial.
Boleh dikatakan kerap juga
Athirah mengisi masa
terluang dengan melayari
internet. Selalunya, Athirah
lebihkan kepada mencari
input-input baru seperti
keadaan berita semasa. Beliau
bependapat, kebaikan laman
sosial ini dapat menjadi
medium hebahan pelbagai
maklumat sama ada dalam
bidang politik, ekonomi dan
sosial. Selain itu, boleh juga
mendapat kenalan baru dan
berkongsi pendapat antara
satu sama lain. Perniagaan
juga dapat dijalankan dengan
cara mengiklankan produk di
laman sosial.
Selain itu, antara
keburukkannya pula adalah
akan berlakunya banyak
penipuan atau pemalsuan dan
juga golongan remaja akan
menjadi lalai dalam sesuatu
tugasan sekaligus merosakkan
hubungan silaturrahim.
Bersahaja dan bijak menyusun kata-kata ketika berbicara, inilah
siswi Politeknik Muadzam Shah, Pahang Athirah. Pelajar tahun
akhir jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
ini merupakan anak kelahiran Sarawak yang dibesarkan di Pulau
Pinang dan Johor Bahru. Pengalaman demi pengalaman yang
ditempuh gadis berusia 21 tahun ini menjadikan medium blog
sebagai tempat meluangkan masa lapangnya.
Blog merupakan tempat untuk mengekspresi diri dalam bentuk
penulisan. “Dalam blog kita boleh berkongsi maklumat dan
informasi kepada pembaca. Blog juga adalah medium untuk
menjana pendapatan sebagai contoh syarikat pengiklanan yang
menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ialah NuffNang.
Selain itu, minat dalam blog melatih kemahiran saya dalam seni
reka digital, terutamanya design blog, kod CSS atau Blog Skin
dan lain-lain. Semua ilmu dalam blog diperolehi dari blog-blog
lain antaranya blog yang sering saya lawati ialah blog LYSAA
FAIZUREEN yang menyajikan tutorial blog yang amat berguna”
Blog athirahlov3.blogspot.com menyajikan kepada para pembaca
tentang isu semasa dan juga pengalaman serta pendapat sebagai
pelajar dalam jurusan Pelancongan.
24
Etika
Salam Sejahtera siswi dan siswi.
Saya percaya, mereka yang akan menamatkan pengajian,
sudah tidak sabar lagi untuk meneroka alam kerjaya.
Walaubagaimanapun, anda perlu menempuhi fasa
ditemuduga. Persaingan mendapat pekerjaan hari ini, sangat
mencabar. Bukan sahaja anda perlu memperkasakan diri di
dalam keputusan akademik, malah anda perlu
mempersiapkan diri serta imej anda untuk kelihatan hebat
dan berketerampilan. Terutamanya semasa menghadiri
temuduga kerja. Di ruangan ini, saya akan konsikan
bersama anda, tips-tips yang sangat berguna semasa
menghadiri temuduga.
Etika menghadiri temuduga kerja bolehlah di bahagikan
kepada 3 fasa iaitu :
Fasa 1 : Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga
Fasa 2 : Etika Semasa dan Ketika Menghadiri Temuduga
Fasa 3 : Selepas Menghadiri Temuduga
Antara Saat-saat penting dalam hidup
anda adalah menghadiri temuduga.
Justeru, anda perlu mengetahui dan
memahami Etika sebelum, semasa dan
selepas menghadiri temuduga.
Fasa 1
Persediaan Menghadiri Temuduga
Objektif Temuduga
Kesediaan Dokumen
Pengetahuan Tentang Agensi/Syarikat
Pemahaman Tentang Jawatan yang
dipohon
Penghayatan Tentang Tugas
Fasa 2
Etika Semasa Menghadiri Temuduga
Asas Penampilan ketika Menghadiri
Temuduga
Etika Pakaian Lelaki semasa
mengahadiri Temuduga
Etika Pakaian Wanita Semasa
Menghadiri Temuduga
Etika& Adab ketika Temuduga
Larangan Ketika Temuduga
Fasa 3
Selepas Menghadiri Temuduga
Follow Up
Persaingan dalam dunia kerjaya hari ini
sangat mencabar. Anda perlu menjadi
hebat , Nampak hebat dan kelihatan
hebat untuk merebut segala peluang.
Banyak info yang sangat penting dan
menarik yang akan saya kongsikan
mengenai fasa 2 nanti untuk anda
kelihatan hebat.
26
Menghadiri Temuduga
1. Obj ekt if Temuduga
Temuduga merupakan satu cara bagaimana
bakal majikan memperoleh seberapa
banyak maklumat berkaitan calon samada
dari segi pengetahuan, kemahiran,
kebolehan dan pengalaman calon.
Melalui temuduga, bakal majikan dapat
melihat fizikal dan personaliti calon samada
mereka sesuai untuk jawatan yang dipohon.
Bakal majikan juga dapat menilai
kematangan dan kejujuran calon semasa
sesi temuduga.
2. Persediaan Dokumen
Dokumen penting yang diperlukan untuk
menghadiri temuduga ialah seperti Kad
Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil
Kewarganegaraan (jika berkaitan), Sijil-sijil
Akademik, seperti SPM, STPM, Diploma,
Ijazah, Master (jika ada) serta sijil-sijil ko-
kurikulum yang asal. Sebaiknya semua
dokumen dibuat salinan beserta cop
pengesahan. Anda perlu merujuk kepada
surat tawaran atau iklan permohonan bagi
memastikan semua dokumen yang diminta
disediakan. Tidak ketinggalan, resume
lengkap dan padat perlu juga disediakan.
Dokumen yang disebutkan ini hendaklah
disediakan di dalam satu clear folder. Ia
akan memperlihatkan anda sebagai seorang
yang lebih teratur dan kemas. Ini
merupakan impresi awal tentang sikap
profesional anda.
3. Penget ahuan Tent ang
Agensi / Syarikat
Anda perlu mengetahui samada pekerjaan yang
dipohon itu adalah dari agensi kerajaan atau
syarikat swasta. Anda perlulah membuat sedikit
kajian tentang latar belakang agensi atau syarikat
berkenaan. Kebiasaannya, bakal majikan akan
bertanya sedikit sebanyak pengetahuan anda
berkenaan agensi/syarikat mereka.
Jika anda dapat menjawab dengan betul, ia
menunjukkan anda seorang yang bersedia dan
berminat untuk bekerja di agensi/syarikat
mereka.
4. M enghayat i Jaw at an
Bakal majikan juga sering bertanyakan soalan-
soalan seperti skop tugas bagi pekerjaan/jawatan
yang dipohon. Soalan lazim ini, dapat
menentukan sama ada anda memahami dan
menghayati tugas pekerjaan yang dipohon. Bakal
majikan memandang serius perkara ini. Justeru
pastikan anda melakukan sedikit ‘revision’
mengenai skop tugas bagi jawatan yang dipohon.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon
yang membuat persediaan/persiapan yang rapi
sebelum temuduga mempunyai peratusan yang
tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras
membuat pesediaan dan tidak bergantung kepada
nasib. Semoga tips kali ini membantu anda untuk
bersedia. Semoga Anda Berjaya.
Fasa 1
Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga
Pn Baia Salihin Senior Lecturer Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Certified Professional Image Consultant 27
Selfie Geek of the Month
Syarat-syarat penyertaan:-
• Terbuka kepada semua siswa & siswi seluruh Malaysia.
• Gambar selfie seorang.
• Pose yang sangat kreatif
• Mencerminkan pelajar yang gigih dan tekun belajar.
• Gambar yang menunjukkan anda menjaga penampilan diri.
• Emel ke [email protected]
28
Dunia sentiasa berubah. Saban
hari ada sahaja perubahan dan
kemajuan yang dicapai. Dan
kadang-kadang kita terlalu
mengejar pembangunan yang
tidak ada titik hentinya itu
sehingga kita alpa dengan batas-
batas dan ilmu-ilmu
kemanusiaan.
Sebagai insan yang bergelar
Mahasiswa, generasi yang bakal
memimpin negara dan
meneruskan kecemerlangan
bangsa, kita juga tidak terlepas
daripada ruang lingkup
permasalahan dan persoalan ini.
Hidup perlu beretika. Etika itu lahir dari perlakuan yang berasaskan perasaan ‘hormat’
sesama manusia. Secara umumnya, perkataan etika itu berasal daripada bahasa Inggeris
“Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
Bila kita berbicara tentang etika sosial, sebenarnya banyak perkara di sekeliling kita yang
perlu kita ‘hormat’. Hormat dalam erti kata lain adalah perbuatan atau perlakuan memberi
layanan yang sepatutnya terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebagai contohnya, etika
pergaulan kita sebagai mahasiswa sesama masyarakat kampus termasuklah rakan-rakan
sekuliah, pensyarah-pensyarah, kakitangan serta pihak pengurusan tertinggi kampus. Selain
daripada itu, etika pergaulan ketika bersama-sama ahli keluarga serta cara kita
berkomunikasi dengan masyarakat luar secara keseluruhannya.
Apabila kita faham falsafah etika ini secara umumnya, dalam segala perlakuan dan
perbuatan kita pasti akan wujud secara tidak sedar satu garisan yang memisahkan serta
membezakan antara mana perbuatan yang baik dan mana yang buruk.
Hormat perlu ada dalam semua perkara
29
Menghulurkan tangan bersalaman sebagai tanda hormat kepada seseorang amat digalakkan. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini, adakalanya bersalaman di antara lelaki dan wanita menjadi satu masalah dan kejanggalan apabila pihak yang lagi satu tidak mahu menyambut tangan pihak yang menghulurkan tangan untuk bersalaman ketika bertemu. Perbuatan tidak mahu menyambut tangan untuk bersalaman terutamanya di antara individu yang berlainan jantina dibenarkan, tetapi haruslah dilakukan dengan teknik yang betul. Kita cuma perlu tundukkan sedikit kepala dan bongkokkan badan sambil meletak tangan kanan di atas dada. Pihak yang menghulurkan tangan akan faham mesej yang disampaikan dan secara tidak langsung merasa tidak dimalukan. Apa yang penting, HORMAT perlu ada dalam semua perkara.
Sememangnya menjadi amalan kebiasaan masyarakat Malaysia sejak dari dahulu lagi bersalam-salaman apabila bertemu. Dan kini, seolah-olah menjadi ‘trend’ bagi kaum wanita bersalaman sambil melagakan pipi sebanyak tiga setiap kali bertemu terutamanya jika mereka mempunyai hubungan yang rapat. Walaupun ini dilakukan atas dasar kemesraan di antara satu sama lain, ruang peribadi yang bersesuaian haruslah dijaga. Walaupun sesama wanita, adakalanya ia menimbulkan rasa kurang selesa salah satu pihak lebih-lebih lagi jika ia dilakukan pada kali pertama bertemu.
Harry Hamid Certified Professional Image Consultant
HARRY HAMID TRAINING & CONSULTANCY 30
uang Sosial Ruang Sosial atau juga dikenali
sebagai ruang umum adalah jarak
yang melibatkan cara komunikasi
secara beramai-ramai contohnya
ketika sesi pembelajaran di dalam
bilik atau dewan kuliah serta
tempat-tempat awam yang lain.
Jarak yang paling selesa
sekurang-kurangnya adalah 3
meter atau lebih.
Ruang Peribadi (Personal Space)
Etika Pergaulan
Dalam kesibukan dan keseronokan kita beraktiviti seharian bersama rakan-rakan sekuliah
mahupun komuniti kampus yang lain, terdapat tiga ‘ruang peribadi’ yang kita perlu tahu dan
hormati. Ruang peribadi ini boleh berubah-ubah serta berbeza mengikut keperluan, masa dan
tempat. Apa yang penting, kita memahami dan menghormatinya. Tiga ruang peribadi yang perlu
difahami adalah Ruang Intim, Ruang Personal dan Ruang Sosial.
uang Intim Ruang Intim hanya dibenarkan secara etikanya di antara
ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, suami dan isteri,
adik-beradik atau teman-teman rapat yang sejenis.
Anggaran jarak yang dibenarkan adalah 0.5 meter. Ruang
intim ini wajib dihormati terutama dalam pergaulan
seharian yang melibatkan lelaki dan wanita. Sekalipun
dibenarkan, keintiman yang keterlaluan terutamanya jika
dilakukan secara terbuka di tempat-tempat awam juga
merupakan sesuatu yang dianggap melanggar etika dan
adab kesopanan.
uang Personal Ruang Personal pula adalah jarak
yang biasanya melibatkan
pergaulan dan komunikasi harian
kita sesama rakan sekuliah
termasuklah ketika bersama para
pensyarah. Jarak selesa yang harus
dijaga adalah di antara 1 hingga 1.2
meter antara satu sama lain. Jarak
ini jugalah yang sesuai digunakan
dalam aktiviti yang melibatkan
perbincangan secara berkumpulan,
selain merupakan jarak yang sesuai
apabila kita berurusan atau
berkomunikasi dengan orang yang
tidak atau baru kita kenali.
R R
R
31
Ruang untuk iklan, sila emel butiran berikut ke
Nama:____________________
No Tel:____________________
32