Download - PERSIAPAN KEMATIAN
Bismillah,
Sudah 35 tahun Allah beri rezki bernafas dan hidup dengan baik di dunia ini, semalam di satu majlis ilmu baru terhegeh-hegeh mahu buat persiapan kematiaan πππ
Pesan ustaz:
1) Banyakkan bersyukur
2) Banyakkan bertaubat.
Saya ni memikul bergelen-gelen dosa yang perlu mohon ampun pada Allah πππ
3) Banyakkan sedekah.
Subhanallah immediately lepas ni saya perlu aplikasi terus menjadi SUPER pemurah πππ walaupun sangat
jauh
4) Bermaafan.
Dengan rendah hati, saya mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri saya atas segala sikap yang tidak sempurna, perbuatannyang menyakitkan hati. Sungguh saya memohon ampun dan maaf sangat-sangat kepada semua.
Kepada yang ada membuat apa-apa kesalahan, saya sudah maafkan ππ
5) Redha Ibubapa
Subhanallah, perlu perlu mencari masa melawat ibubapa sendiri dan pasangan sekerap mana yang boleh dan menggembirakan dan membahagiakan mereka.
Ya Allah permudahkanlah kami πππ
6) Lunas hutang
Bismillah, seandainya saya ada berhutang kepada sesiapa yang mengenali saya mohon hubungi saya segera, PM, whatsapp, dan apa sahaja medium.
Jika Tuan Puan ada berhutang dengan saya, dan saya sudah lupa saya sudah halalkan Insyallah
7) Banyakkan berzikir
Subhanallah yang ni memang saya perlu banyak berusaha ππ kerana di akhir zaman nanti makanan orang
beriman hanya zikir ππ
Ya Allah tariknya nyawa kami saat Engkau redha pada kami yang Allah πππBagilah kami sempat
mengumpul amalan-amalan yang Engkau redhai.
Ya Allah permudahkanlah.
Amin
Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad