PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.
MOHD RASTOM BIN MOHD PAUZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potongyangtidakbertenffit** J€nis t;is ioi illl,ff dan TERHAD, sila tampirkan sumt daripada pihak bed<uasa/orguisasi
berkenaan dengln menyatakan sekali sebab dar terrpoh rcsis ini perlu dikelaskan sebagai
SLILIT atau TERIIAD.o Tenis dimaksudkan sebagai t€sis bagi ljazdr Doktor Falmfatr dan Sarjana secara pmyelidikan
afau dis€rtasi bagi pengjian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda 8SM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS'
JUDUL: PEITSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENqGI.}NAAN
ALAT BAIVTU MENGAJAR DALAM PENG+,JARAN KEMAIIIRAN
1.
2.
J.
SESI PENGAJIAN: 201U2011
Saya MOEDBASTOMBINMOHDPAUZI
mengaku membenarkan tesis (PSIW@* ini disimpan di Perpu$akaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
Tesis adalatr halmilik Universiti Teknologi Malaysia.p€rpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi Pengajian ringgi.
4. r'*Sifa tandslcrn ( { )
|-] sur,rr
[-| TERrrAn
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepntingan Malaysia s€perti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditartulranoleh organisasi/badan di mana penyelidikan di$alankan)
TIDAKTERHAI)
AlamatTetap:
No I lkmpungKokKialsJsbn BukitBaker'1 8500 lllechqng |ft lentan.Tarilr*r: Il I EA
EN MOHI) RrZAL BrN MOHD SArr)NamaPenyelia
t/Tarit*r: lr l{ /*
tI
JOIIOR"
FENGESANAN PEI\TYELIA
iSsya dnd @wa *ya *d& e&ca *g,Ee inidm @ @nepnsaya ka4ra ini adalah meinadai dari segi skop dm hnntiti untuk hrjuan
p€ngffi€srahan ljazah Sarjm h,ftda T€loologi S€rta
Pendidikan Ge'matriran Hidtry)"
Ta@nNrua Peiryelia
TdtfiRiAl Bin Mobd SaidTlrt
i
PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.
MOHD RASTOM BIN MOHD PAUZI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
1t
ffiSGAICUAI{
'$ayaalnri krye iai adalahhasil kaja q'a diri k€otnli nt*ilm dm riryksnjang tiaptiap sehrn)rs tclah saya jelrekm t*tt*y"'.
T@ruNana Pqnfi
Tarikh
MOIS} RASTC}MBIN MOTID PAUZI
..t\. [.f. L :.t............
iii
DEDIKASI
Buat Bonda Tersayang
Segala Jasa Dan Pengorbanan Yang Di Curahkan Akan Di Ingati
Semoga Anakanda Akan Beroleh Kejayaan Yang Cemerlang
Sekalung Al-Fatihah Kepada Arwah Ayahanda.
Buat Keluarga Tercinta
Kepada Kakak-Kakak Dan Abang Segala Dorongan Yang Di Berikan Sangat Berharga
Dorongan Dan Sokongan Yang Di Berikan Akan Di Jadikan
Pengangan Untuk Terus Maju Dan Berjaya Di Masa Depan.
Buat Rakan-Rakan Seperjuangan
Kepada Rakan-Rakan Semoga Ikatan Persahabatan Di Antara Kita
Akan Kekal Untuk Selama-Lamanya.
Semoga Kita Akan Memperolehi Kejayaan Bersama-Sama
Dan Sentiasa Cemerlang Dan Berjaya Di Masa Hadapan
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat serta
hidayah-Nya, maka penyelididkan ini dapat di sempurnakan seperti yang telah
dirancangkan. Tidak lupa juga selawat serta salam ke atas junjungn besar kita Nabi
Muhammad S.A.W kekasih Allah yang amat dikasihi.
Di samping itu, setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada penyelia penyelidikan saya iaitu Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said yang telah
sudi menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan daripada
beliau amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga di hulurkan kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Gelang Patah kerana sudi membenarkan kajian di jalankan di sekolahnya.
Selain itu terima kasih juga kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menyiapkan
penyelidikan ini.
Akhir sekali ucapan terima kasih juga kepada keluarga, saudara mara dan rakan-
rakan yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalanlan untuk mengetahui persepsi pelajar – pelajar orang asli
terhadap penggunaan alat bantu mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang
Patah , Johor terhadap pengajaran Kemahiran Hidup. Sampel kajian adalah 43 orang
pelajar-pelajar orang asli yang menuntut di tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah
tersebut. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah merupakan
berbentuk set borang soal selidik (temuduga berstruktur) yang di edarkan kepada
pelajar-pelajar orang asli di sekolah tersebut. Hasil daripada analisis kajian rintis
menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi (α = 0.75). Segala
data yang diperolehi akan di analisa dengan menggunakan perisian komputer Statistical
Package for Social Science (SPSS 16.0) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan.
Daripada hasil dapatan yang diperolehi maka didapati kebanyakan pelajar-pelajar orang
asli mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan alat bantu mengajar semasa
pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut. Dalam kajian ini juga
terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukan dalam usaha untuk
mempertingkatkan lagi keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam
matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah yang terdapat pelajar-pelajar orang
asli.
vi
ABSTRACT
The study was conducted to determine native students perceptions on the use of
teaching aids in Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor on the Living
Skill’s teachings. Sample of study were 43 of native students enrolled in standard one,
two and three in the school. The instrument used in this study is a form of a
questionnaire (structured interview) that distributed to those generally available to native
students in the school. The results from the pilot test showed value of reliability is high
(α = 0.75). The data of the study were analyzed using the computer software Statistical
Package for Social Science (SPSS 16.0) to obtain frequencies and percentages. From the
findings, the most of native students have positive perceptions towards in using teaching
aids for the teaching Living Skill subject in the school. In this study, there are several
proposals that were tabled in an effort to improve the effectiveness of using teaching
aids in Living Skill subject in schools that have native students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop/Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Persepsi 9
viii
1.8.2 Orang Asli 9
1.8.3 Pelajar Orang Asli 0
1.8.4 Penggunaan 10
1.8.5 Alat Bantu Mengajar 10
1.8.6 Minat 11
1.8.7 Kefahaman 11
1.8.8 Kemahiran Berfikir 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 15
2.3 Kemahiran Hidup 16
2.4 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 18
2.5 Alat Bantu Mengajar Mampu Menarik
Minat Pelajar 21
2.6 Alat Bantu Mengajar Menambahkan
Kefahaman Pelajar 23
2.7 Alat Bantu Mengajar Menjana Kemahiran
Berfikir Pelajar 25
2.8 Penutup 27
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
ix
3.3 Kerangka Operasi 31
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.7 Kesahan Soal Selidik 37
3.8 Kajian Rintis 37
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38
3.10 Prosedur Kajian 41
3.11 Analisis Data 42
3.12 Penutup 45
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data Bahagian A 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Suku Kaum 48
4.2.3 Umur 49
4.2.4 Tingkatan 50
4.3 Analisis Data Bahagian B 51
4.3.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 52
Menarik Minat Pelajar Orang Asli
Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup
4.3.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 56
Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang
Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.
4.3.3 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 60
Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar Orang
x
Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.
4.4 Analisa Mengikut Soalan Kajian 64
4.5 Penutup 66
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 68
5.2.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 68
Menarik Minat Pelajar Orang Asli
Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup
5.2.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 70
Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang
Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.
5.2.3 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 72
Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar Orang
Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.
5.3 Rumusan Kajian 75
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Kepada Pihak Sekolah atau Guru 77
5.4.2 Kepada Pihak Kementerian Pendidikan 78
5.4.3 Kepada Pihak Jabatan Hal Ehwal Orang 78
Asli
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Penutup 80
BIBLIOGRAFI 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Item –item Mengikut Soalan Kajian 35
3.2 Bilangan Pelajar Orang Asli di SMK Gelang Patah 36
3.3 Pekali Alpa Cronbach 39
3.4 Keputusan Ujian Statistik Alpha Cronbach 40
3.5 Kriteria Menganalisis Data 43
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 44
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Jantina Responden 47
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 48
Suku Kaum
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 49
Umur
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 50
Tingkatan
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 52
Mengajar Mampu Menarik Minat Pelajar Orang Asli
Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 56
Mengajar Mampu Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang
Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 60
Mengajar Mampu Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar
Orang Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.
4.8 Taburan Purata Peratusan Bagi Dapatan Kajian Keseluruhan 64
Kajian.
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi. 31
3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41
xiii
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 86
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 92
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia (EPRD)
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 93
D Surat Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Orang 94
Asli Johor (JHEOA)
E Surat Kebenaran Fakulti 95
F Surat Pengesahan Pelajar 96
G Borang Pengesahan Soal Selidik 97
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
KBSM - Kemahiran Belajar Sekolah Menengah
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
SMKGP - Sekolah Menengah Kebangsaaan Gelang Patah
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KH - Kemahiran Hidup
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PTV - pendidikan teknik dan vokasional
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah
Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur
dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami
semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Mohd Fauzi
Yaacob,2006).
Menurut Jasman Ahmad (1997), kehadiran suku kaum berkenaan mungkin
bermula lebih kurang 5000 tahun dahulu. Orang Melayu Asli yang pertama ialah Proto-
Malays yang di katakan menetap di Semenanjung Tanah Melayu kira-kira 1000 tahun
dahulu. Selepas beberapa kurun berlaku penghijrahan beramai-ramai. Mereka di
2
lengkapi dengan kemahiran bertani dan pertukangan logam. Justeru itu disini jelas
menunjukan bahawa orang asli telah mempunyai kemahiran sendiri.
Masyarakat Orang Asli membentuk penempatan mereka jauh di pedalaman.
Kehidupan mereka yang secara nomad dan menjalankan ekonomi sara diri telah
menjadikan masyarakat Orang Asli tersisih daripada dunia luar. Perkara ini telah
menyebabkan belakunya perbezaan sosio-budaya antara satu sama lain. Di antaranya
ialah sistem kepimpinan , corak ekonomi, corak penempatan dan perumahan, pandangan
terhadap dunia luar, pembalasan sosial, sistem kepercayaan dan bahasa (Mohd
Fadzil,1994).
Justeru itu, di dalam pendidikan masyarakat Orang Asli juga sedikit ketinggalan.
Walaupun pelbagai kemudahan di berikan tetapi masih terdapat anak-anak Orang Asli
dari perspektif pendidikan masih ketinggalan. Kurang minat di kalangan anak-anak
orang asli telah menyebabkan mereka sedikit ketinggalan dalam arus pendidikan pada
masa kini.
Pendidikan amat penting dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan
berpendidikan. Pendidikan yang sempurna akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan
bermotivasi. Sesuatu pendidikan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini
dan juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu. Alat Bantu Mengajar (ABM)
merupakan sebahagian daripada komponen yang penting di dalam membantu
penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Robiah,1993).
Menurut Noraziah (1981), menyatakan bahawa ABM itu mestilah dianggap
sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah
kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan juga murid sesama murid serta
membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Penggunaan ABM
merupakan faktor utama dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
paling konduksif di mana penggunaan ABM dapat mengatasi masalah-masalah seperti
3
kekurangan tenaga pengajar, masalah kekurangan masa dan masalah mengadakan
pengajaran untuk kumpulan yang besar (Kamarudin,1986).
Proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks, kapur
tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan ABM yang
mampu menyediakan pembelajaran itu secara interaktif bagi menarik minat pelajar.
Pengajaran yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai teknik agar tidak hanya
menghasilkan pengajaran yang membosankan dan menjadikan pembelajaran pelajar
tidak menarik (Mohd Sobri ,2000).
Penggunaan ABM amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah
bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Ini bagi
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu berada di dalam keadaan dua hala. Ia
bagi mengelakkan berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran satu hala yang mana
berpusatkan guru. Pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala)
di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah
menjadikan pelajar peserta pasif. Ini akan menyebabkan pelajar akan merasa mudah
bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk belajar (Mohd
Fazreen,2003).
Penggunaan ABM yang menarik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh
guru akan menarik minat serta perhatian pelajar untuk belajar dan memahami isi
pelajaran dengan mudah. Secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan mutu
serta kualiti pengajaran dan pembelajaran itu. Pengajaran yang hanya menggunakan
sumber semata-mata seperti buku teks, papan hitam dan buku latihan di anggap sebagai
mengenepikan teknologi serta kemudahan yang disediakan. Justeru itu, penggunaan
ABM mampu menarik minat dan perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi
pelajaran dengan mudah, mewujudkan suasana pengajaran yang aktif dan menarik.
4
Pelajar juga dikatakan akan terus tertarik untuk belajar dan berinteraksi dengan aktif
(Asri ,2000).
Oleh itu, penggunaan ABM amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu
kaedah bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Malah,
penggunaan ABM juga akan memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran itu
lebih menarik dan menyeronokkan kepada pelajar. Begitu juga proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan pelajar-pelajar Orang Asli yang mana guru seharusnya
mempunyai kaedah yang baik dalam usaha menarik minat, kefahaman di samping
menjana kemahiran berfikir pelajar-pelajar Orang Asli dalam menerima isi pengajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masyarakat orang asli juga mendapat kemudahan yang sama rata dengan kaum-
kaum lain yang terdapat di negara ini. Pelajar-pelajar anak-anak orang asli juga di
sediakan dengan pelbagai kemudahan yang secukupnya untuk memberi peluang kepada
mereka untuk belajar. Di tempat-tempat yang tiada sekolah pihak Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) telah menyediakan sekolah-sekolah di bawah kelolaanya (Jimin
Idris, 1972). Menururt JHEOA masih lagi terdapat pelajar-pelajar orang asli yang tidak
berminat untuk ke sekolah bagi menerima pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan seseorang
pelajar itu akan cepat merasa bosan dan tidak dapat memahami isi pengajaran yang di
sampaikan oleh guru. Adalah menjadi matlamat serta kehendak KBSM dalam
membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang aktif, kreatif, berkemahiran berfikir,
dan berilmu pengetahuan tanpa mengira bangsa. Penggunaan ABM yang sesuai dan
menarik adalah salah satu kaedah yang boleh di gunakan oleh guru-guru untuk
5
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik disamping membantu
memudahkan pelajar memahami isi pengajaran begitu juga dengan pelajar-pelajar orang
asli. Namun masih terdapat guru-guru yang tidak menggunakan kaedah ini walaupun
mereka mempunyai kemahiran untuk menyediakan ABM dan menggunakanya tetapi
bilangan yang berketerampilan ini masih lagi kecil jika di bandingkan dengan guru-guru
sekolah. (Halimah, 1998).
Penggunaan ABM ini boleh membantu guru-guru di dalam usaha untuk
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar. Penggunaan ABM
merupakan salah satu altenatif dalam usaha untuk menjayakan usaha tersebut. Menurut
Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992), ABM boleh bertindak sebagai pendorong
kehadapan bagi memprihalkan dengan lebih cepat sesuatu penyampaian oleh guru. ABM
merupakan bantuan kepada guru-guru untuk menarik minat pelajar-pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, mereka perlulah sedar
bahawa ABM ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengajaran tetapi bertindak
sebagai pengukuh bagi membantu seorang guru itu menjayakan proses komunikasi atau
pengajarannya kepada murid-murid (Daud, 1983).
ABM merupakan suatu komponen yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk semua subjek. Penggunan ABM merupakan faktor utama dalam
mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Dengan
menggunakan ABM masalah-masalah seperti disiplin belajar, kekurangan masa,
kawalan kelas, kurang minat belajar dan juga rasa ingin tahu pelajar juga dapat di
tingkatkan. Menurut Gaunter, Estes dan Schab (1990) di petik dari Yeo Kee Jiar (1996)
menegaskan bahawa asas dalam perancangan pengajaran adalah sikap prihatin terhadap
pelajar itu sendiri yang membolehkan pelajar untuk belajar serta menunjukan
kesangggupan untuk belajar. Justeru itu, penggunaan ABM boleh membawa pelajar
dengan lebih dekat kepada perkara yang ingin disampaikan oleh guru dan menyediakan
peluang kepada pelajar untuk lebih memahaminya.
6
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pendapat dan penyataan yang telah di
sebutkan itu maka dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan ABM merupakan aspek
yang penting di dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran untuk semua
peringkat pelajar-pelajar termasuklah pelajar-pelajar daripada golongan masyarakat
orang asli. Maka, atas dasar kepentingan penggunaan ABM tersebut telah mendorong
saya untuk membuat kajian terhadap pelajar-pelajar orang asli tentang persepsi pelajar
orang asli terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Kemahiran Hidup di Sekolah
Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama En Dzulkifli Bin Mahmood,
Pengawai Bahagian Penyelidikan dan Penerangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA), Johor, yang mana beliau telah menjelaskan bahawa antara masalah- masalah
pelajar orang asli di dalam menerima pendidikan ialah kurang minat untuk belajar, sukar
memahami isi pengajaran, masalah kewangan keluarga, dan tempoh belajar yang lama.
Selain itu, pelajar orang asli juga beranggapan proses pembelajaran itu membosankan
dan tidak menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik minat,
kefahaman, dan mendorong kemahiran berfikir mereka ialah dengan penggunaan ABM
yang menarik dan berkesan yang mampu untuk menarik minat pelajar-pelajar Orang
Asli untuk belajar. Maka, jelas menunjukan bahawa penggunaan alat bantu mengajar
boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Oleh yang
demikian, penyelidik ingin mengenalpasti sejauhmana persepsi pelajar orang asli
terhadap penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.
7
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik telah menyatakan beberapa persoalan kajian yang
cuba untuk di rungkaikan oleh penyelidik bagi menjawab pernyataan masalah iaitu :
i. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menarik minat pelajar
orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?
ii. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menambahkan
kefahaman pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?
iii. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menjana kemahiran
berfikir pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?
1.5 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah dan persoalan kajian yang telah
dinyatakan, maka objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tentang perkara-perkara
berikut iaitu :
i. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu
menarik minat pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup.
ii. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu
menambahkan kefahaman pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran
Hidup.
8
iii. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu
menjana kemahiran berfikir pelajar orang asli dalam pengajaran
Kemahiran Hidup.
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik ingin melihat persepsi pelajar orang asli terhadap penggunaan alat
bantu mengajar oleh guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang
Patah, Johor. Di harap hasil kajian ini akan dapat :
i. Memberi panduan kepada penyelidik tentang kepentingan penggunaan
ABM di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah Orang
Asli.
ii. Memberi kesedaran kepada pihak pentadbiran sekolah Orang Asli tentang
kepentingan penggunaan ABM semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Memberikan maklumat kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Kementerian Pendidikan tentang pengurusan ABM di sekolah Orang
Asli.
iv. Memberikan maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk
meninjau masalah-masalah di kalangan pelajar Orang Asli di dalam
pendidikan