Download - Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Moden.doc
PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN MODEN
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa
Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah
kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia
(dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia
pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia,
Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-
kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada
golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak,
Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba,
Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong
ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah
Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara.
Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.
Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan
pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu
Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka
juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut
jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak
golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke
tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah,
tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji
Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari
1 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran
terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan
suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R.
Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di
daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan
ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk
kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia
Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di
barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang
mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang
membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak
daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih
perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak,
mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu
Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum
kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya
memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti
yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara
pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan
Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di
sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam.
2 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh
702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan
wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.
Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di
Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa
tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat,
Sumatera Utara dan Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang
dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara
banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa
kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa
Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu
bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui
penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat
Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu
dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman
kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal
ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk
kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.
Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu
Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di
beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah
surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh
tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqa’id al-Nasafi
yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti
Tutinameh(1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton
(1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris,
King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
3 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang
sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada
tiga sahaja, iaitu ‘i’, ‘a’ dan ‘u’ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian
dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal
sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’,
dan ‘u’. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan
Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden.
Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf “ra” dalam
bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan
bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik.
Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa
Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan
dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan
empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan
Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
ialah:
a. Ayat yang panjang dan berbelit-belit
b. Banyak ayat pasif
c. Menggunakan bahasa istana
d. Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul dan sebagainya
e. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula,
alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
Kajian Asmah Haji Omar tentang kitab ‘Aqai’id al-Nasafi, iaitu teks tertua
Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa
4 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit.
Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa
Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakiandan seumpamanya.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal
ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-
araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya
cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem
tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang
meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa
Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu
agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran
serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata
pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya
bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya
agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.Kitab
ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu,
keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini
merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan
diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi
membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau
Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu
dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya
prosa sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi danSharabul-
Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair
Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.
5 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa
Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan
Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai
asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan
pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.
BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu Moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga
sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia
Tenggara. Dalam tempoh ini, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti
bahasa Belanda, dan kemudiannya bahasa Inggeris, bertapak di Nusantara, dan
seterusnya mempengaruhi Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu
klasik, tetapi bahasa ini menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Walaupun
begitu, bahasa ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa itu, dan tidak juga
mengetepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang diguna pakai sebelumnya.
Bahasa Melayu Moden menerima banyak istilah daripada bahasa Inggeris agar
dapat mengungkapkan pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari semasa ke semasa,
kerana Bahasa Melayu dan tamadun Melayu tidak mempunyai keupayaan dalam hal itu.
Keupayaan Bahasa Melayu Moden menerima unsur asing menjadikan Bahasa Melayu
dinamik dan dapat meneruskan kelangsungan hayat.
Bahasa Melayu Moden tidak berkembang secara bersendirian seperti Bahasa
Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa
Melayu Moden mengalami perancangan oleh badan bahasa yang ditubuhkan khas, iaitu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, Bahasa Melayu Moden diberi status
sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu, yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
6 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Sebelum kemerdekaan, Bahasa Melayu Moden mengalami dua fasa
perkembangan. Fasa pertama, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu moden
mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya.
Walaupun British mentadbir Tanah Melayu, pegawainya dikehendaki mempelajari
Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa itu agar dapat berhubung dengan penduduk
tempatan dengan mudahnya. Tidak hairanlah apabila banyak pegawai tinggi British,
seperti Winstedt, Wilkinson, Brown, Maxwell, Marsden, Dussek, Shellabear, dan
Skinner, dapat menguasai bahasa Melayu dengan cemerlang.
Namun demikian, selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasarnya
dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Orang yang
dapat berbahasa Inggeris diberi keutamaan untuk bekerja dengan orang Inggeris.
Kesannya, ramai pelajar Melayu diberi pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di
England, dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Hal itu terjadi kerana
orang yang dapat berbahasa Inggeris dianggap orang yang bijak dan bertaraf tinggi.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, status Bahasa Melayu dikembalikan.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan perlu digunakan dalam sebarang urusan rasmi. Bahasa Melayu juga
dijadikan bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat
universiti. Hal ini diperkukuh dengan penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Selain institusi pendidikan, Bahasa Melayu juga diperkasa dengan baiknya dalam
perbicaraan di semua mahkamah, dan persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan
Rakyat, dan Dewan Negara.
Sungguhpun demikian, setelah hampir setengah abad di puncak kegemilangan,
Bahasa Melayu diancam oleh pengenalan Akta Pendidikan 1995 yang membenarkan
bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Teknikal di pusat
pengajian tinggi awam. Hal yang sama dilaksanakan di peringkat sekolah apabila
diperkenalkan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) mulai 2003.
7 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN
1. PERBEZAAN DARI SEGI SINTAKSIS (AYAT)
1.1 Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik
terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang.
Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal
adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata
sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan
sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan
juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan.
Contoh: Maka syahdan, bermula tersebut pula pada perkataan Seri Rama
dan Laksamana berjalan mencari Siti Dewi.
Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan
kata pangkal ayat yang sedemikian.
1.2 Struktur Ayat
Bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Moden kerana
struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.
Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan
menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan
"atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik
sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka
apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi
terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya,
diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela
akan dia baik-baik”.
8 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan
daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi
dengan orang Melaka (Hikayat Hang Tuah)
Contoh lain, adalah seperti berikut:
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu
kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan
parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali
kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia
kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur
dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku. (Hikayat
Abdullah halaman 16)
Maka jawabnya, “Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada
susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris
pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan
keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun
terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.” (Hikayat Abdullah
halaman 69)
Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat,
sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah
fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan moden.
1.3 Bentuk Pasif
Dalam bahasa Melayu Klasik terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat
yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk
ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau
subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka
Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib
9 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
kepada mualim ……” dan “Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi
seperti warna emas…”
Dalam penulisan bahasa Melayu Moden tidak menggunakan ayat pasif
dengan terlalu berleluasa. Sebaliknya, ayat aktif sering digunakan.
Penulisan sejarah dalam bahasa Melayu Moden menghilangkan bentuk
ayat pasif yang berasal dari penulisan bahasa Melayu Klasik dengan
menukarkannya menjadi ayat aktif.
1.4 Bahasa Istana
Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih
bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan
dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat,
dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil
penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di
istana.
Oleh kerana penulisan bahasa Melayu Moden tidak lagi hanya tertumpu
kepada penceritaan dalam kalangan raja di istana, maka sifat bahasanya
telah berkembang dan telah mengalami pemodenan. Bahasa Melayu
Moden pada hari ini, lebih bersifat bahasa ilmu. Sebagai bahasa ilmu,
bahasa Melayu Moden perlu mempunyai dua ciri penting iaitu
keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa
tersebut mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran
yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan
kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kemuncak pencapaian
taraf keintelektualan bahasa telah berada di dalam suasana 'saintifik' yang
boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan
pemikiran yang logik.
10 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
1.5 Penggunaan Kiasan, Perbandingan Serta Penggunaan Laras Bahasa
Puisi
Bahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan
perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair,
seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak
dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat
sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan
dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan
suasana penceritaan.
Dalam bahasa Melayu Moden, penggunaan unsur-unsur ini tidak lagi
terlalu kerap digunakan. Penggunaannya hanya pada tempat-tempat
tertentu berdasarkan penceritaan yang hendak disampaikan. Oleh kerana
penulisan bahasa Melayu Moden yang telah mengalami perubahan dan
pemodenan, maka unsur-unsur yang lebih bersifat nyata lebih kerap
digunakan.
2. PERBEZAAN DARI SEGI MORFOLOGI (PERKATAAN)
2.1 Partikel Atau Kata Penegas ‘Lah’ Dan ‘Pun’
Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.
Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti
“adapun, bertitahlah, dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan
partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun
hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (dalam Sejarah
Melayu Halaman 55), “Batu pun habis berpelantingan, Syahbandar pun
turunlah.”
Dalam bahasa Melayu Moden, penggunaan partikel tidak terlalu banyak.
2.2 Kosa Kata Bahasa Arab, Sanskrit Dan Klasik
11 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu
Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit
bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama
Islam. Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum,
mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah
“dosa, pahala, dan raja”. Bagi bahasa Melayu Klasik, berahi (cinta),
gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita,
sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dan sebagainya. Bahasa Melayu
Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh
perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.
Unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang
ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dan lain-lain.
Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa
tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walaupun
begitu, penggunaannya tidak terlalu banyak. Berbanding dengan pengaruh
bahasa Arab, bahasa Sanskrit hampir terhapus pengaruh penggunaannya
ke dalam bahasa Melayu Moden hari ini.
2.3 Jenis Aksara
Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu
mengimbas kembali teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi,
prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan
sebagainya. Jenis aksara yang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu
Klasik seperti karya Hikayat Abdullah, menggunakan tulisan Jawi. Tulisan
atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah
dengan huruf baru seperti pa dan (ث) nya ,(ک) ga ,(غ) nga ,(ف)
ca (چ). Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan
menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi.
12 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Dalam bahasa Melayu Moden, penggunaan jenis aksara seperti yang
digunakan ini dalam bahasa Melayu Klasik, tidak lagi digunakan. Jenis
aksara telah berubah kepada sistem tulisan rumi. Penggunaan aksara dan
sistem ejaan jawi, tidak lagi meluas tetapi hanya pada ruang dan keadaan
yang tertentu sahaja.
2.4 Sistem Ejaan
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu dalam bahasa Melayu
Moden, sistem ejaan Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik
menggunakan tanda-tanda baris seperti yang terdapat dalam karya Hikayat
Abdullah. Contohnya seperti;
(maka) َم�گ
(dia) ِدَي�
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan dalam sistem ejaan bahasa
Melayu Moden menjadi;
(maka) َمک
(dia) دَي
Selepas itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini
mengandungi dua tahap. Tahap pertama dengan meletakkan huruf saksi
(vokal) dan tahap kedua dengan meletakkan huruf saksi (vokal) pada
kedua-dua suku kata.
Walau bagaimanapun, penggunaan sistem ejaan jawi dalam kebanyakan
penulisan bahasa Melayu Moden pada hari ini, hampir ditiadakan dan
telah digantikan dengan sistem ejaan rumi.
2.5 Kata asli
13 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Penggunaan kata asli dalam bahasa Melayu Klasik seperti dalam Hikayat
Abdullah sangat ketara. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa
lama tetapi struktur ayatnya juga adalah cerita hikayat. Sebagai contoh
dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10;
Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah
seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya
Haddad, maka adalah ia itu aulia, mak sangatlah dipermulia orang akan
dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah
berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga
tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang
mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat
tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal
bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-
anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “Baiklah, pergi engkau
katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi
Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak,
engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta
mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka
bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.
Struktur ayat lama ini dikuatkan lagi dengan penggunan kata-kata asli
seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka
apabila’.
Kata asli dalam bahasa Melayu Moden seperti yang terdapat dalam bahasa
Melayu Klasik ini, sudah tidak digunakan lagi.
2.5 Kata Pinjaman
Hampir keseluruhan dalam bahasa Melayu Klasik, menggunakan kata
pinjaman dari bahasa Arab dan Sanskrit. Ini kerana karya-karya dalam
bahasa Melayu Klasik banyak pengaruh dari bahasa Arab dan Sanskrit.
14 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Kepulauan Melayu pada ketika itu, bahasa Arab dan Sanskrit telah
bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama
Islam. Contoh; Perkataan ”Syaaban, Khatib, Sayid” dan banyak lagi.
Berbeza dengan bahasa Melayu Klasik, pengaruh bahasa Inggeris dalam
penulisan bahasa Melayu Moden telah menyebabkan banyak perkataan
yang digunakan adalah kata pinjam dari bahasa Inggeris bersama dengan
kata pinjam bahasa Arab. Misalnya ”diksi character, enjineer, secretaries
governments, electricity, arithmetic, commission” dan sebagainya.
2.6 Penggunaan Penjodoh Bilangan
Bahasa Melayu Klasik menggunakan penjodoh bilangan yang tidak tepat.
Contoh: “……..maka ditambangkannya suatu geliga sakti lalu…..”
Oleh kerana penggunaan penjodoh bilangan yang tidak tepat ini dalam
bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden memperbaiki sebaik
mungkin kesalahan seperti ini. Oleh itu, dalam bahasa Melayu Moden
penggunaan penjodoh bilangan mesti betul dan tepat.
2.7 Perkataan Yang Sukar Difahami
Penggunaan perkataan yang sukar difahami dalam bahasa Melayu Klasik
sangat banyak.
Contoh: Ditambangkan (dibaling), Genta (loceng), Cerpu (sejenis lapik
kaki).
Perkataan-perkataan yang sukar difahami dalam bahasa Melayu kalsik
adalah perkataan yang berasal daripada kata pinjam bahasa lain seperti
bahasa Sanskrit.
Dalam penulisan bahasa Melayu Moden, perkataan-perkataan ini telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Moden yang senang difahami.
2.8 Penggunaan Kata Ganti Diri Sultan
15 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
Terdapat penulisan dalam bahasa Melayu Klasik yang menggunakan kata
ganti diri Sultan yang tidak tepat. Seperti dalam beberapa karya klasik,
kata ganti diri “nya” juga dirujuk kepada Sultan. Dalam penggunaan
bahasa istana kata ganti nama diri “nya” tidak boleh digunakan untuk
Sultan. Oleh itu, wajar diperbetulkan.
Contoh: ”…. Sultan Mansor Syahpun kembali ke istananya…”
Penulisan yang betul, sepatutnya ialah “…… Sultan Mansor Syah kembali
ke istana baginda”
Dalam bahasa Melayu Moden, kelemahan ini sudah diperbaiki. Semua
gelaran atau kata ganti diri pembesar, telah digunakan dengan cara yang
betul.
RUMUSAN
Perkembangan Bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap sebagaimana yang
telah dijelaskan sebelum ini. Kini Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan
oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia
tentang bahasa ini tidak dapat dinafikan amat tinggi kerana hubungan sosial atau
hubungan dagang mengutamakan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat
umum di luar bandar. Perkembangan ini juga menyaksikan era pemodenan Bahasa
Melayu. Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya
tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan
negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan haruslah
mencerminkan penggunaan bahasa yang menggambarkan keseluruhan masyarakat yang
mendiami negara Malaysia. Bahasa rasmi pula menekankan penggunaan bahasa dalam
situasi rasmi misalnya pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, acara
rasmi dan sebagainya. Kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam kalangan
pengguna bahasa kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam segala
urusan rasmi. Jelasnya bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi bahasa
16 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
rasmi tidak merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi hanya digunakan untuk
tujuan tertentu tanpa dikaitkan dengan nasionalisme.
Berdasarkan penelitian kajian, zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada
abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan
Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa
Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006:34) bahasa Melayu berubah sedikit demi
sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden. Peluang ini
cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan
melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya
terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu
juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam
pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti
syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku, majalah, jurnal dan
akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia
Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa
perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah
17 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia. Bagi meningkatkan penggunaan
bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan
sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunia
Kedua.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang
dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.
Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan
Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan
ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman dan peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga
yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya
usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa,
perkamusan, sebutan, laras dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Bagi
mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa
dan sastera Melayu telah diadakan. Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.
Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka
bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden
yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.
18 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
RUJUKAN
1. Abd Aziz Abd Talib. 1993. Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan
Contoh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa.
2. Anwar Ibrahim. 1989. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Azwan Wan Chik. 1985. Mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
4. Ismail Bin Dahaman, M.A. 1994. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
5. Kamarudin Hj. Husin. 1995. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
6. Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7. Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa
dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd
8. Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan
Pemelajaran, Jakarta: PT Rineka Cipta
9. Asmah Haji Omar. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1985.
19 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a
10. Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu lama dan baru. Petaling Jaya: International
Book Service, 1982.
11. Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu. Singapura:
Pustaka Melayu, 1966.
20 | U n i v e r s i t i T e r b u k a M a l a y s i a