SEMINARPERSURATAN PAHANGMenjejaf^ Warisan (Pafiang
Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif & Antologi
Khirul Bariah Arup
Oleh:Sdr. Abdul Halim Ali
27 - 28 Oktober 2001
Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan
Jlnjuran <Rersama:Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP)
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
<Dengan %erjasama Yayasan Pahang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang
P! hv-f#1 i iBfSSS
T M IB IIIl'T riim il BrttnW
Penyair Muda Wanita Pahang:Catatan Biograflktif & Antologi Khirul Bariah Arup
OlehSdr. Abdui Halim Ali
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pengenaian
Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA
(Subaxi Ahmad), M aznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi
dalam peta perpuisian M elayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad
Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an,
kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z.
Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an
dan 1990an.
Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang
dari sepuluh penyair baru yang beijaya mencapai tahap kematangan seperti Marsh N.O,
Yazid Idris, Nazri Sham, M aimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi.
Tidak kurang pula penulis-penulis m uda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib,
Khairul Bariah Arup, Abdul M utalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza
Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan lam-lainnya.
Masrli N.O. anak kelahiran Terengganu, merupakan tokoh penyair generasi paling
prolifik di negeri Pahang dan negara. Dengan dokongan idealisme angkatan generasi 21,
1
iVtarsli berjaya memantapkan diri dengan keupayaan sendin dalam dunia perpuisian
Tokoh-tokoh penyair muda Pahang lain yang berpotensi pula ialah Shahrulizam Talib,
Ami Masra, Yazid Idris, Nazri Sham, Amarizatul Noor Rahim, Abdul Mutalib Abd
Ghani, dan Khairul Bariah Arop. Dalam perkembangan terkini, saya meiihat tokoh muda
Sharulizam Talib dan Khirul Bariah Arup merupakan dua tokoh baru yang paling ke
depan dalam arus perpusian negara mengiringi beberapa tokoh lain yang sudah beqaya
mematangkan diri seperti' Ami Masra, Nazri Sham, Yazid Idris dan Marsli N.O.
Dunia perpuisian Pahang turut diserikan dengan penglibatan beberapa tokoh
penyair dari luar Pahang tetapi menetap dan bertugas di Pahang seperti Rahimidin
Zahari, Mohd Azli Lee Abdullah, Abdul Halim Ali dan Asmui Mustafa dan lain-lain.
Sumbangan penyair ini sedikit sebanyak menyaksikan Pahang tidak terus sep: dalam arus
perpuisian Melayu moden, khususnya di pantai timur. Mohd Azli Lee dan Abdul Halim
Ali merupakan dua tokoh yang banyak menyumbang kepada kelahiran penyair remaja
dengan mengendalikan secara aktif persatuan-persatuan penulis remaja. Pengalaman
yang dibawa dari Terengganu ternyata berfaedah dan dapat dimanfaatkan di negeri
Pahang, Mohd Azli memimpin Pertemuan Penulis Remaja Pantai Tjnur di Sekolah
Menengah Tengku Abdullah Pekan, manakala Abdul Halim Ali mengendalikan
Perkampungan Penulis Remaja Darul Makmur sejak tahun 1996 d? Sekolah Menengah
Kg. Awah, Maran.
Kelihatan ada sedikit lompang dalam perkembangan puisi di negeri ini, akibat
daripada kurangnya penglibatan kaum wanita. Tidak ramai penyair wanita yang dapat
dibanggai oleh negeri Pahang. Dalam pemerhatian saya, agak seciikit penyair wanita
kelahiran bumi Datuk Bahaman ini yang menggabung din dengan puisi. Mengimbaui
sejarah, sejak perkembangan genre puisi Melayu sejak tahun 1950an hingga kini, terbukti
jarang kedapatan nama-nama tokoh penulis wanita Pahang yang melibatkan diri secara
aktif dan konsisten. Maimunah Ali dan Maimunah Manan mungkin merupakan beberapa
tokoh penyair wanita di negeri ini yang dilihat sangat komited dan konsisten dalam
menghasilkan karya.
Pertengahan tahun 1990an, muncul beberapa penyajak wanita muda seperti Khirul
Bariah Arup, Nor Afliza Arshad dan beberapa yang lain. Walau bagaimanapun, Khirul
Bariah Arup dilihat sebagai tokoh penulis wanita muda yang mempunyai potensi besar
yang akan mewamai wajah genre puisi di negeri Pahang. Menerusi Dewan Persuratan
Melayu Pahang (DPMP), Khirul Bariah mengorak langkah secara perlahan-lahan
membina dan mengakrabkan diri dengan dunia perpuisian tanah air. Kegigihan melontar
idea dan berbicara tentang persoalan kehidupan dalam sajak-sajaknya, telah
menghasilkan sebuah antologi persendirian beliau yang diberi nama ' Usrah Perjalanan .
Makalah Ini hanyalah satu catatan biografi dan analisis kreatif terhadap Khirul
Bariah Arup dan antologinya untuk melihat secara umum garapan pemikiran dan
mengenali suara penyair muda yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai penyair
terkenal, sebagai kata Rahimidin Zahari ' beliau (Khirul Bariah) sudah tentu akan
menyusuri nama-nama penyair wanita tanah air yang telah sedia ada sebelum ini seperti
Salmi Manja, Zurinah Hassan, Noraini Mohamad, Zaihasra, Zanariah Wan Ab Rahman,
Salmiah Ismail, Mahaya Mohd Yassin dan Siti Zaleha Hashim (Khirul Bariah
Arup.l999:iii)
Tentang Khirul Bairab Arup
Kliiral Bariah Arup dilahirkan pada 8 Mei 1975 di Jengka 4, Maran, Pahang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 4 dan Sekolah
Menengab Kebangsaan Jengka 6 di daerah yang sama. Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), Khirul Bariah memasuki dunia pekerjaan sebagai staf d:' Pejabat Risda
Maran dan kini bertugas pula di sebuah agensi Risda Smallholders Plantations Sdn Bhd,
Temerloh, Pahang.
Penglibatan Khirul Bariah dalam dunia perpuisian Melayu moden bermula pada
tahun 1995 dan menggabungkan dirinya dalam DPMP tidak lama selepas itu. Pada tahun
1997, bakat penulisan Khirul semakin menyerlah dan beberapa karya beliau mula
menghiasi beberapa buah media cetak seperti Utusan Zaman, Mingguan Malaysia,
Majalah Novel,Mingguan Tempo,URTV dan Berita Minggu. Sajak beliau yang pertama
beijudul 'Rindu hati p f tersiar di akhbar Mingguan Tempo.
Dalam tahunl998, beberapa buah puisinya tersiar pula di Dewan Sastera, satu-
satunya majalah Sastera bertaraf eiit di negara ini. Antara puisi beliau yang tersiar
beijudul 'Bersama Sutardji' pada bulan Julai 1998 dan 'Rindunya Sungai Pahang pada
4
bulan Oktober tahun yang sama. Mengimbau kata-kata Rozninah Azib, Editor Dewan
Sastera sewaktu pembentangan kertas kerja di Seminar Kritikan Sastera Melayu Serantau
pada Oktober 2001 di Park Royal, Kuala Lumpur, 'hanya karya yang bermutu dan
penulis-penulis yang eshtabahst dikhususkan bagi siaran Dewan Sastera'. Berdasarkan
kepada kata-kata ini, tidak syak lagi sajak-sajak Khirul yang tersiar di Dewan Sastera
merupakan sajak-sajak yang bermutu, dan berjaya pula menempatkan dirinya sebaris
dengan penyajak eshtabalist di majalah itu.
Khirul Bariah merupakan tokoh penyair muda yang bertuah di Pahang. Saya
menyebutkan begitu kerana dalam 'kemudaannya' itu beliau telah diberi peluang yang
luas oleh DPMP melibatkan diri dalam program-program kepenyairan baik di peringkat
kebangsaan atau serantau. Bermula bulan Julai tahun 1997, Khirul Bariah bersama
beberapa peserta lain mewakili DPMP dalam Perkampungan Penulis GAPENA Zon
Timur di Hotel Seri Malaysai Kuantan Pada bulan Disember puia, beliau terpilih
mewakili DPMP-GAPENA menyertai Perkampungan Penulis GAPENA-RIAU di Pulau
Rupat, Sumatera dan Pertemuan Sasterawan Nusantara IX/Pertemuan Sasterawan
Indonesia di Padang, Sumatera Barat.
Penyertaan Khirul Bariah pada program-program tersebut dimanfaatkan
sepenuhnya dengan menghasilkan karya-karya puisi yang boleh saya sifatkan sebagai
sajak-sajak kembara yang kemudiannya dikumpulkan dalam antologi sulungnya
(Terdapat sejumlah sebelas buah sajak yang berlatarkan Pulau Rupat dan Sumatera dalam
antologinya itu) dan juga tersiar di Dewan Sastera dan akhbar-akhbar tempatan.
5
Program-program lain yang turut disertai oleh Khirul Bariah ialah FCem Sosio
Budaya Pahang. Dari program ini beliau berjaya mewakili Pahang ke peringkat
Kebangsaan yang diadakan di Terengganu pada bulan Mei tahun 1998. Beliau turut
terlibat dalam Perhimpunan Penulis Generasi Baru d, Genting Highlands sempena
Minggu Sastera 1998, Hari Puisi Nasionai di Negeri Sembilan pada bulan Janusri 1999,
Perkampungan Penulis GAP ENA-NUSANTARA di Kompleks Muara Sungai duyong
Melaka pada bulan April 1999, Persetemuan Sasterwan Nusantara X dan Pertemuan
Sasterawan Malaysia di Johor Baru pada bulan dan tahun yang sama.
Berdasarkan catatan pengalaman ini, saya merumuskan, Khirul Banah telah
memperolehi pengalaman luas mendampingi dan menjiwai dunia kepenyairan. Tidak
ramai kalangan tokoh penulis wanita muda di Pahang yang mendapat peluang atau
berpeluang mengintimkan diri dengan program-program seumpama ini, melainkan
mereka yang punyai bakat dan kesungguhan, minat dan keinginan, daya saing dan tingkat
pergorbanan yang tinggi serta komitmen yang berkekalan. Empat tahun pengalaman
mengharungi hidup sebagai manusia sastera, akhimya dikumpul dan dimatangkan
pemikiran menerusi penerbitan antologi persendman beliau pada penghujung tahun 1999.
Sesuatu yang sukar dilakukan oleh sebilangan besar penulis baru hari ini, tetapi mudah di
tangan Khairul Bariah. Di samping antologi persendiriannya yang sulung itu, beberapa
sajaknya juga termuat dalam antologi bersama yang diselenggarakan oleh Hamzah
Hamdani yang beijudul Gema Membelah Gema 12 serta Gema membelah gema 13 dan
antologi Bunga-bunga di taman desa, seienggaraan Abdul Halim Ali
6
Catatan Pengalaman diri daiam antologi ’ Usra/i Perjalanan
Antologi Usrah Perjalanan diterbitkan pada tahun 1999 oleh DPMP. Rahimidin
Zahari telah mengambil inisiatif meneliti dan memilih dari segumpulan sajak Khirul
Bariah dan diberi judul 'Usrah Perjalanan' berdasarkan salah sebuah sajak yang termuat
dalam antologinya. Antologi ni dilancar di Auditorium yang mulia im sempena Diolog
Pantai III pada bulan Oktober 1999 lalu. Antologi mi memuatkan sejumlah 76 buah sajak
yang dihasilkan sepanjang tempoh antara tahun 1995 hingga 1999.
Meneliti sajak-sajak yang termuat dalam antologi ini, khalayak dipersembahkan
dengan pelbagai tema, antaranya ialah tema kemasyarakatan, kehidupan, Islam dan
pengalaman diri. Nada kemanusiaan, kelslaman dan suara hati yang menderu dalam diri
menjadi runtunan pengalaman yang amat berharga bagi diri penyajak. Dari situlah
penyajak menjalin diksi dan memperelok perlambangan dalam setiap pengungkapan. .
Pada penelitian saya, pengalaman dir menghegemon. keseluruhan suara dalam
antologi ini. Pengalaman diri menjadi unsur kehadiran yang paling dominan dan
menunjangi idealisme persepsian penyajak. Tidak sedikit penyair yang kembali kepada
pengalaman diri dalam persajakan mereka. Usman Awang, Latiff Mohidin, A.Samad
Said anatara tokoh awal 60an yang paling akrab dengan pengalaman diri. Dari
pengalaman diri itu menjelmalah idealisme, ideologi dan pandangan hidup masing-
masing.
7
Mana Sikana (1994) percaya bahawa pengalaman adalah satu kuasa yang
menghidupkan diri pengarang dan karya mereka. Beliau m enolak tanggapan golongan
pemikir barat yang menolak biografi, sejarah dan pengalaman sebagai sumber
kepengkaryaan. Modems barat menolak pengarang sebagai salah satu entiti
kepengarangan. Demikian tegas Strukturalis Roland Barthes dengan momokan 'kematian
pengarang' (the death of author) lewat penolakannya terhadap diri pengarang.
Usrah Perjalanan kaya dengan pengalaman din penyajak yang banyak
menggabung diri pada alam di sekitar. Tidak kurang dari 35 buah dar keseluruhan sajak
membicarakan tentang pengalaman diri, baik pengalaman diri di tanah kelahiran, di tanah
seberang dan juga pengalaman mengharungi kehidupan sehari-harian. Antara sajak-sajak
yang menggambarkan pengalaman diri di tanah seberang ialah Bersama-sama Suterdji,
Entah (i), Entah (ii), Kaki, Kanvas kemaafan, Pantai Rindu,,Rupat:atas paksi diri,
Sandiwara dan Wajah-wajah. .
Pengalaman di tempat orang
Sajak Bersama-sama Suterdji mengisahkan pengalaman diri penyajak bersama tokoh
penulis Indonesia yang sama-sama terlibat dalam Perkampungan Penulis yang penyajak
serial, Ternyata pengalaman itu amat bererti buat penyajak terutama dalam usahanya
membina dan menempatkan diri dalam dunia kepenyairan. Dari Pak Suterdji penyajak
mendapat kata nasihat yang amat berguna buat dirinya. Kata penyajak;
Pak Suterdji
katamu 'kenali dirimu
dahulu dalam menggali ilmu
sastera yang tiada pernah padam’ [ baris 13 - 16 ]
{Usrah Perjdlanan.ha.hS)
Berada di tempat orang seringkali menjadi jarak yang mendekatkan kita k* sada
sendiri. Lamunan menjadi wahana yang sangat ampuh membujuk perasaan )i w
kita melakukan penilaian, pertanyaan yang kadangkala tidak teijawab tetapi serin ul
dijawab sendiri oleh hati kita. Demikianlah halnya berlaku kepada penyaiak ini sewaktu
berada di Pulau Rupat, Sumatera. Penyajak berasa lebih dekat kepada dirinya, bertar
dan menyoal hati. Katanya dalam Entah (i)\
telah lama
kakiku di gigi air
kocak kelam
entah masih berjari
atau kakiku hilang [ baris 1 -5 ]
(Usrah Perjalanan.h&Y. 15)
alam sajak Entah (ii) penyajak diamuk mengalami hal yang serupa;
. lama sudah
iii
9
badan dibalut 'lotion'
seinci dua inci
mata hari petang pandang menendang
entah jadi cair
atau saiut eraas [ baris 1 -6 ]
(Usrah Perjalanan.hal: 15)
Pengalaman di tempat orang tidak mungkin sama dengan pengalaman diri kita
hidup di tempat sendiri. Kata perpatah 'hujang emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendi'i lebih baik di negeri sendiri. Justeru, pengalaman indah beberapa ketika di tanah
seberang tidak sedikit mengurangkan rindu dan sayang penyajak kepada tanah airnya,
malah perasaan itu terus membuak tatkala kakinya mencecah di Kuala Lumpur. Perasaan
Ini digambarkan oleh penyajak dengan baik dan beraroma romantisme dalam puisinya
yang beijudul'Rindu Sungai Pahang'-, Lihat nukilan rindunya;
ingin aku pulang .
mendakapmu sungai pahang
pada dada masa dan realiti
bukti kesabaran teris
bakal kesabaran terisi
bakal kukuhlah keimanan
ini nanti di hati. [baris 12-18]
(Usrah Perjalanan .hal: 3 8)
10
Pengalaman di kampung halaman
Penyajak juga banyak menimba pengalaman diri dan kehidupan di kampung
halaman. Kampung halaman adalah dunia ketiga yang berada dalam lingkaran kehidupan
manusia selain diri dan keluarga kita. Sajak Usrah perjalanan menyingkap pengalaman
diri penyajak dengan Kampung Luit, kampung kelahiran orang tuanya. Penyajak teringin
untuk kembali menghuni kampung tanah kelahiran orang tuanya itu, namun pengalaman
diri mengenalkan kehidupan penduduk Kampung Luit yang penuh pergoiakan yang telah
menyebabkan penyajak tidak yakin pada dirinya sendiri untuk hidup aman di situ. Kata
penyajak;
desa kelahiran ayahdabonda
ingin kujadikan peneman setia '
itupun andai kubisa
kerana dasarmu, Luit
penuh pergoiakan yang entah
bilakan padam! [baris 11-16]
(Usrah Perjalanan.hal:59)
Pengalaman dengan manusia lain
Dalam pengalaman dirinya, penyajak juga telah menyaksikan manusia yang telah
hilang kemanusiaan diri, kerana tenggelam dalam arus kealpaan, Kealpaan telah
membeenarkan manusia melakukan kemaksiatan. Lihat nukilan penyajak dalam 'alpa';
ada semacam pesta
di tengah lautan manusia alpa
11
di pekat wanna malam
di hi tarn nafsu dug ana
di pantai dinifaari libur [ baris 1-5]
( Usrah P erja ia n a n h a b l)
Penyajak tidak melihat kealpaan bangsanya secara sambil lain, sebaliknya melihat
dengan pencil ketnsafan dan sikap tanggungjawab sesama bangsa, sesama manusia dm
sesama agama. Jtistemi, penyajak tidak inpa mengungkapkan kata-kata nasfliat dan
paimgallan Tuhan akan masa yang teibuang akibat kealpaan itu. Di sinilah penyajak
menemukan peatingnya masa yang tneniii pengalaman dan kehidupan rnannsia lain dan
dirinya sendiri. Sajak Bsmi masa mefangfatmkan tanggungjawab keinsanan dan
kenmasiliiman penyajak teiiiailap manusia lain (sebangsa) yang dianggap- sudah, jauh
teaJlpaaEi dan perln bamgkit memanfaaikan masa yang ada. Katanya;
te g u A h anak Ibangsaba "
feangffinilali. 4m lena yang panjang
taagpnflali dari mimpi yang isdali
TOBunfeaftaEJ sdbuah masa
yang teraras fomat manat manusia
n m s b i aah di kettdopan
sdteltaira. meajetaanya alam sama. [baris 7 — 13]
(iUsrok PesjaiammJnsa§,~%3}
Ptemgalamami yamg dilate oteh seseorang tidak sama dan suasama yang dinadapi pula
irejseaana dam beefeagm.. DemiMan jttga, latar yang meijjadi sranntar peaglalman dan
pemupukan pengalaman itu. M anusia-manusia lain, perasaan dalam diri, dorongan nafsu,
pergaulan, kepasrahan diri adalah antara sumber pembenihan pengalaman diri kita. Kata
orang-orang berilmu 'pengalaman adalah guru yang mematangkan kehidupan'. Dar
pengalaman diri kita dapat mengenaii kehidupan, membentuk sikap dan melakar
pemikiran buat mengejap diri mengharungi hari-hari mendatang. Pada pengamatan saya,
penyajak (Khirul Bariah) telah melalui sebahagian besar daripada rentetan pengalaman
kehidupan itu sebagaimana yang diunggap dalam sajak-sajaknya di dalam antologi ini.
Pengalaman diri seorang muslim
Pengalaman diri penyajak kelihatan amat sebati dengan jatidiri Kelslamannya.
Justeru, kontektualiti penyajakannya amat jelas sekali, apabila beliau dengan sedar
menghubung pengalaman hidup dengan kebesaran Allah, kehidupan selepas mati dan
perkara-perkara yang berhubungkaii dengan Islam secara khusus. Sajak-sajak seperti
Bulan tidak senyum lagi, Demi masa, Kanvas kemaafan, Menuju daerah itu, Milik-
Mu,Pintu, Pantai rindu, Sedar atau tidak, Saat kuhadap suatu subuh yang bening, Sam.
kekesalan kembali, Taubat, Wasiat untuk wanita, Zaman keberangkatan, Tanda abad dan
sesaat waktu terhenti merupakan sajak-sajak yang membicarakan persoalan keagamaan
(Islam), sarat dengan nada pujian terhadap Tuhan dan suara-suara penyesalan.
Manusia memuji Tuhan kerana banyak sebab, antaranya kerana keimanm,
bangkit dari keinsafan, menyedari kekecilan diri dan kerana kesyukuran. Mereniingi,
Usrah Perjalanan, maka kita akan temui kedalaman pengalam an penyajak mengharungi
kehidupan sebagai seorang muslim dan keintiman naiurinya menjiwai m akna hamba yang
sedar dan sentiasa menginsafi diri di hadapan Allah. Sajak Demi masa adalah runtutan
rasa tanggungjawab yang terheret oleh sikap kesal terhadap manusia sebangsa dan
seagama yang sering mensia-siakan masa yang dikumiakan oleh Allah. Sebagai insan
muslim, penyajak cukup kenal dan memahami makna ayat-ayat Al-Quran Surah Al-Asr
yang bermaksud;
'Demi masa, sesunggutmya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang
Yang beriman dan beralam soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan
Berpesan-pesan dengan kesabaran. ’
Lalu, dalam kesedaran diri itu, penyajak melontarkan kata nasihat dan madah bujukan
agar manusia kembali kepada kebenaran dan menghargai dan memanfaatkan masa yang
di telah lama disia-siakan oleh mereka yang sebangsa dan seagama dengannya. Tidak
mudah untuk seseorang lain menasihati manusia lain dalam soal-soal agama, melainkan
tugas itu seringkalinya dilakukan oleh golongan ulama dan orang-orang yang tinggi ilmu
agama. Namun, pengalaman diri dan kemumian iman telah menjadi kekuatan kepada din
penyajak untuk memberi nasihat dan menyampai seruan Islam itu.
Dalam mengharungi hidup, penyajak menemui makna rindu, sayang, iman dan
taqwa. Bagi penyajak rindu dan sayang sebenamya adalah milik Allah yang abad
Manusia yang merasai dan menikmatinya adalah kumia Tuhan dari luasnya lautan kasih
dan sayang-Nya. Justeru, manusia seharusnya pula menyediakan iman dan taqwa dalam
14
din sebagai ja lan untuk kem bali kepada Allah dan menyerahkan pengabdian hanya
kepada-Nya. Dem ikian nukil penyajak dalam sajaknya yang beijudul Milik-Mu\
Rindu yang terungkai
di ranting masa
milik-Mu abadi
miliki-Mu azali
milik-Mu hakiki
Sayang yang tercipta
adalah milik-Mu
kasih yang terkalung
adalah milik-Mu .
mesra yang terjalin
tetap milik-Mu.
Iman dan taqwa
galur ke rumah milik-Mu [baris 1-13]
Pengalaman diri menyedarkan penyajak terhadap hak milik segala sesuatu itu hanya di
sisi Allah. Lantas, tidak hairan, penyajak dengan penuh kesedaran menumpahkan
kerendahan diri dengan menghitung diri. berdoa dan bermunajat kepada Allah.
Demikianlah luahan diri penyajak dalam sajaknya Sciat kekesalan kembali.
Pengalaman memupuk cinta
Pengalaman diri penyajak bersama teman-teman dan kehidupannya di kampung
halaman turut diungkap dengan baik. Umpamanya sajak Hujan sepetang, Ingatan yang
15
kian tercicir, Sahaba dan Usrah perjalanan. Sebagai anak watan Pahang Darul Makmur,
penyajak juga tidak pemah lupa kepada budi dan jasa negerinya yang telah menumbuh
dan mendewasakan pengalaman dinnya. Lalu ditumpahican rasa kagum dan cinta yang
tidak berbelah bagi terhadap tanah air nya itu. Semua ini dinukilkan oleh penyajak dalam
sajak Bumi bertuah, iaitu sajak yang telah membawa penyajak memenangi hadiah kedua
Sayembara Menulis Puisi Anjuran angkatan Seniman Pahang tahun 1998.
Negeri tercinta tanah ibunda
Melahirkan pahlawan dan srikandi pewaris setia
Mendukung amanat kesejahteraan
Dari generasi ke generasi
Bermatlamatkan wawasan kebahagiaan. [ baris 1-5]
Susurilah sungainya yang panjang
Sepanjang kasin tertumpah
Setia dan taat tidakkan terbelah
Pada bumi bertuah, Pahang. [baris 12-15]
( Usrah Perjalanan.hd.\:62)
Cinta kepada tanah air seringkali dikaitkan dengan pengalaman hidup di tanah air itu
sendiri. Manusia sanggup bermandi darah dan mengorban nyawa demi kecintaan
terhadap tanah air. Penyajak mempunyai persepsi yang sama, Cuma tumpahan
pengorbanannya dibuktikan dengan lontaran kata cinta, rindu, taat dan kasih yang tidak
berbelah bagi lewat diksi-diksi puitisnya.
16
Kesimpulan
Meneliti antologi ini, kita akan temui gugusan pengalaman diri penyajak yang
tercipta dari lenggang lengguk kehidupannya sebagai seorang penyajak. Di sinilah juga
kita dapat menafsir citra rasa seorang penyajak muda yang sering diombak kemahuan
untuk menjadi manusia yang bijak mengatur perjalanan hidup, tahu memeta dan
menyaring pengalaman agar setiap yang menjadi pengalaman itu benar-benar berguna
untuk diri dan kehidupannya di masa kini dan masa-masa akan datang.
Sebaga: seorang penyajak muda yang masih memerlukan banyak waktu untuk
membina dir , Khirul Bariah kelihatan masih belum bersedia untuk memasuki dunia
falsafah dan kelihatan masih berada pada jarak yang agak terpisah dengan isu-isu yang
bersifat global dan sejagat. Meskipun ada sedikit percubaan ke arah itu, namun ia mudah
terkesan kerana pengarah konvensi yang ada pada stail penulisannya yang menyebabkan
banyak pengungkapannya terperangkap dalam mainan rasa dan pengalaman diri.
Usrah Perjalanan mungkin menjadi landasan pertama kepada peijalanan-
peijalanan lain bagi diri penyajak pada masa akan datang, dan yang pasti peijalanan-
peijalanan itu tentunya akan menemukan pengalaman baru di luar diri yang lebih
bermakna dan mencabar idealisme kepenyajakannya. Di waktu itu, penyajak terpaksa
berhadapan dengan tanggurrgjawab besar membangun dan membina wajah kepenyajakan
di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya, di samping berusaha membina keperibadian
dan mencari kemerdekaan diri sendiri sebagaimana tokoh-tokoh penyair wanita seperti
17
Zurinah Hassan, Siti Zaleha Hashim, Salmi Manja atau sekurang-kurangnya segandir
dengan Mahanie Sulong, yang sudah lama berpaut pada pohon kematangan.
Bafaan Bacaan:
Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof (Pngr).1990. Puisi Baharu Melayu. 1961-1986. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Pustaka.
Khirul Bariah Arup. 1999.Usrah Perjalanan. Pahang. Terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang.
Mana Sikana.1994.Mencari Keunggulan Dinamika Teks dalam Othman Putih (Pngr). Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hashim Ismail (Pngr). 1999. Sabda Alam I. Pahang. Terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang.
Rozninah Abd Azib.2001.
18
on