-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
1/9
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
2/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
Pembuangan e-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus dengan baik
boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Ini ialah kerana e-waste
mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum,
raksa, arsenik, kadmium, selenium, kromium heksavalen, penebat api (fire retardant)
dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar. Pada masa yang
sama, sisa ini merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak
dimanfaatkan dengan baik. Jika buangan ini diurus dengan baik, ianya juga dapat
memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan, kerana di dalam
e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas, perak dan lain-lain. Menurut
satu kajian, pasaran untuk e-waste di peringkat dunia dijangka meningkat daripada US$
6.9 bilion pada tahun 2009 kepada US$ 21 bilion pada 2020.
Sememangnya pengurusan buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini
amat mencabar dan seringkali menjadi isu nasional. Kebanyakan tapak pelupusan
sampah di Malaysia kini mempunyai hayat tampungan yang semakin berkurangan. Ini
disebabkan oleh numlah penjanaan bahan sisa pepejal dan pertambahan penduduk
yang semakin meningkat. Pada ketika ini, dianggarkan 18,000 tan sisa pepejal
dihasilkan setiap hari di seluruh Malaysia. Di Kedah misalnya sehingga tahun 2006
terdapat lebih kurang 11 buah tapak pelupusan sisa pepejal dan 50% daripadanya
mempunyai jangka hayat tidak lebih daripada empat tahun. Antara isu yang sering
timbul mengenai pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal adalah aspek penempatan
dan rekabentuknya yang tidak menepati spesifikasi kejuruteraan dan tidak menerapkan
konsep mesra alam. Hal ini mengundang pelbagai kesan buruk terhadap persekitaran
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
3/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
seperti bau busuk dan pelepasan air larut resap daripada tapak pelupusan sehingga
menjejaskan kualiti air sungai di kawasan berhampiran.
Dalam konteks buangan elektronik pula, ia memerlukan suatu sistem
pengurusan yang agak kompleks dan berbeza dengan pengurusan sisa pepejal harian.
Sejak tahun 1990, Kesatuan Eropah telah melarang pelupusan buangan elektronik
bersama dengan sisa pepejal harian. Terdapat beberapa sebab utama mengapa
buangan elektronik perlu di urus secara sistematik. Antaranya adalah kerana sisa
elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia dan alam sekitar. Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia dalam sisa
elektronik. Ini termasuklah beberapa jenis logam berat yang boleh membawa kesan
toksik kepada manusia seperti plumbum, raksa dan kadmium. Sisa elektronik juga
mengandungi Polychlorinated Biphenyls (PCBs) yang boleh membawa kesan
karsinogenik kepada manusia. Kajian yang dibuat oleh Basel Action Network (BAN),
daripada sejumlah 500 juta komputer, adalah didapati ianya mengandungi 2.8 billion
kilogram plastik, 716.1 juta kilogram plumbum dan 286,700 kilogram raksa. Secara
puratanya setiap sebuah monitor komputer mempunyai 6% plumbum yang
kebanyakkannya terdapat dalam kaca tiub sinar katod (CRT).
Sebab kedua kenapa sisa elektronik perlu diuruskan secara sistematik adalah
kerana peningkatan drastik jumlah bahan sisa elektronik. Jumlah tapak pelupusan yang
sedia ada kini amat terhad dan tidak sesuai untuk pelupusan sisa elektronik. Pelupusan
sisa elektronik kebiasannya memerlukan proses yang agak kompleks. Kaedah
pelupusan bahan sisa elektronik juga perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
4/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
ditetapkan. Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan e-
waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak memberi
kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat, di samping memperolehi
manfaat ekonomi. Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-
undang dan peraturan termasuk mengawal pengimportan E-Waste secara haram,
penggalakan aktiviti pemerolehan kembali buangan tersebut dan meningkatkan
kesedaran masyarakat.
Buangan elektronik kini dijadikan sumber bahan mentah untuk industri kitar
semula bagi mendapatkan bahan-bahan kimia yang bernilai untuk kegunaan lain.
Selain itu, buangan elektronik seperti komputer boleh diguna semula dengan kaedah
membaik pulih komputer lama. Konsep 3R (reuse, reduce, recycle) telah diterapkan
dalam usaha untuk mengelakkan bahan buanagan elektronik terus dilupus dan
mencemarkan alam. Bagaimanapun, kaedah pelupusan buangan elektronik perlu
mematuhi prosedur perundangan yang ketat. Di Malaysia, buangan elektronik perlu
mematuhi perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang ditadbir oleh Jabatan
Alam Sekitar. Buangan elektronik dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah
Kod SW110.
Pelupusan buangan eletronik perlu mengikuti pertauran-peraturan yang
ditetapkan. Konsep buaian hingga ke liang lahad diamalkan bagi memastikan tiada
sebarang ketirisan dalam pelupusan bahan buangan ini. Mengurus buangan elektronik
daripada ia terhasil sehingga ianya dilupuskan di tapak pelupusan selamat yang
dilesenkan oleh kerajaan. Dalam konteks antarabangsa, buangan elektronik telah
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
5/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
disenaraikan di bawah kod A1180 dan kod A2010 dibawah Perjanjian Basel. Perjanjian
Basel ini bermatlamat untuk menggerakkan masyarakat antarabangsa mengenai usaha
manjaga kesihatan manusia dan alam sekitar daripada kesan bahan buangan
berbahaya serta berusaha untuk mengurangkan penghasilan dan mengawal
pergerakkan buangan berbahaya rentas benua. Malaysia merupakan datu daripada 116
buah negara yang telah menandatangani Perjanjian Basel pada tahun 1989.
Pengurusan buangan elektronik di Malysia perlu dilihat sebagai suatu cabaran
besar. Ianya mampu dilaksanakan dengan kesedaran dan kerjasama antara semua
pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Selain daripada
polisi dan perundangan amalan mesra alam perlu diterapkan di semua peringkat untuk
memastikan risiko buangan elektronik ini dapat dikawal pada tahap minimum. Antara
amalan yang boleh dilakukan adalah dengan mengembalikan setiap barangan
elektronik yang lusuh kepada penjual. Amalan yang kedua pula adalah dengan
menukar barangan elektronik yang lama apabila membeli barangan yang baru. Amalan
ketiga pula adalah menghantar barangan elektronik yang lama ke pusat-pusat kitar
semula. Amalan yang keempat pula adalah penggunaan komputer di sektor awam
umpamanya perlu di servis secar berkala bagi memanjangkan hayat penggunaan
barangan elektronik.
Dasar dan strategi Kerajaan dalam pengurusan e-waste adalah sepertimana
termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. Menurut Peraturan ini, E-Waste boleh
didefinisikan sebagai peralatan elektronik dan elektrikal yang telah luput dan ianya
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
6/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
adalah salah satu daripada berbagai jenis buangan terjadual atau scheduled waste
dengan kod SW 110. Peraturan ini juga memperuntukkan untuk pemerolehan kembali
e-waste seboleh mungkin. E-waste yang tiada nilai komersial perlu dilupuskan di
tapak/premis yang dilesenkan oleh pihak JAS.
Sehingga kini, sebanyak 153 lesen telah dikeluarkan oleh JAS untuk kemudahan
pemerolehan kembali buangan terjadual di Malaysia, iaitu sebanyak 19 kemudahan
penuh perolehan kembali (full recovery facility) dan 134 kemudahan separa perolehan
kembali (partial recovery facility) termasuk 7 yang dilesenkan oleh JAS Sarawak
Kemudahan ini menjalankan aktiviti mengasingan bahan berguna di dalam e-waste
seperti logam, kaca dan plastik dan akhirnya memperolehi logam-logam spesifik seperti
tembaga, emas, perak dan sebagainya, untuk dijual pada harga yang lebih tinggi untuk
kegunaan-kegunaan lain yang juga akan memberi pulangan hasil yang sangat baik.
Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual 2005, kuantiti e-waste yang
dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan-kemudahan yang dilesenkan
telah meningkat dari 40,300 tan metrik pada 2006 kepada 134,000 tan metric pada
tahun 2009. Di Sarawak pula, dianggarkan 641 MT E-Waste terhasil untuk tempoh
Januari hingga Oktober 2010.
Di samping itu, pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B, Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste
secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan
denda tidak melebihi RM 500,000. Berikutan ini, sepanjang tahun 2009, sebanyak 28
illegal shipment telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja.
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
7/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
Kesemua shipment berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika
Syarikat, Korea Selatan, India, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand, Hong Kong,
Filipina, Singapura dan China. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat
komputer dan CRT (cathode ray tube). Selain itu, tindakan mahkamah telah diambil ke
atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009.
Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak
RM180,000.00 serta penjara mandatori selama satu hari.
E-Waste juga tersenarai sebagai buangan berbahaya di bawah Konvensyen
Basel Yang Mengawal Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan Berbahaya di bawah
Annex VIII dengan kod A 1180 dan A 2010, di mana Malaysia adalah parti kepada
Konvensyen tersebut. Bagi mengelakkan pengimportan E-Waste secara haram dari luar
negara pula, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu garis panduan bertajuk
Guidelines for the Classification of Used Electrical And Electronic Equipment In
Malaysia, 2008. Garis panduan ini menggariskan bahawa pengimportan E-Waste bagi
tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan adalah dilarang sama sekali. Walau
bagaimanapun, pengimportan Used Electrical And Electronic Equipment masih
dibenarkan bagi tujuan guna semula jika barangan berkenaan disahkan masih
berfungsi dengan baik atau berumur tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh ianya
dikeluarkan.
Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti
pemerolehan kembali, Kementerian dan pihak JAS dengan kerjasama semua pihak
juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan Alam Sekitar
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
8/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
dan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk meningkatkan kesedaran alam
sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste. Dalam Sambutan Minggu Alam
Malaysia 2010 (Peringkat Kebangsaaan) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2010,
pengurusan E-waste telah diberi tumpuan dengan penyertaan aktif oleh syarikat-
syarikat pemerolehan kembali ewaste, pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon
bimbit.
Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh,
Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan beberapa kempen kesedaran orang
ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste. Kempen yang pernah dan
sedang dijalankan menerusi kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia
(PIKOM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa
Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Syarikat Alam Flora Sdn.
Bhd. telah diadakan di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Kempen ini bertujuan dan memastikan E-
Waste yang terhasil akan dikutip, dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan
sampah. Ini dilakukan untuk mengelakkan kesan pencemaran jangka panjang akibat
dari kandungan logam-logam berat seperti raksa, nikel dan plumbum.
Selain itu, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan
telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong
kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk
di Putrajaya, agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit, institusi pengajian
tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama. Kempen ini adalah untuk
-
7/23/2019 Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Elektronik. Bincangkan
9/9
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.
menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong
kitar semula untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur.
Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste, Jabatan Alam
Sekitar sedang mengkaji menggubal peraturan atau take back policy khusus untuk
menggalakkan semua pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan elektronik
mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah luput untuk dikitar semula
atau dilupuskan secara selamat. Khususnya di Sarawak pula, disarankan agar kerja
sama erat dan kempen pengumpulan E-Waste ini dipergiatkan dengan lebih proaktif di
antara JAS Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan mahu pun Pejabat Residen
Bahagian dengan memperbanyakkan pusat 3P iaitu Pemungutan, Pengumpulan dan
Pengangkutan serta mengwujudkan kemudahan penuh atau separa perolehan kembali
E-Waste di semua Bahagian Sarawak.