Transcript
Page 1: Penghargaan Hari Anugerah

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANGRuj Tuan :Ruj.Kami : SKUB.H.PK. 17/02/07 ( )

Tarikh : 19/04/2023Kepada,

Tuan Haji Ridzuan bin Md IsaPengurusLadang Ulu Bernam36500 Ulu BernamPerak Darul Ridzuan.

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN UNTUK HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK ULU BERNAM 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya bagi pihak murid-murid, ibu bapa, guru-guru, YDP PIBG dan AJKnya serta semua warga SK Ulu Bernam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan RM200.00(RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS SAHAJA) dari pihak tuan untuk Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Ulu Bernam bagi Tahun 2013.

3. Terima kasih juga diucapkan di atas keprihatinan tuan meminta En. K. Kammlesh, Penolong Pengurus Bahagian 1, Ladang Ulu Bernam mewakili tuan hadir di majlis kami itu.

4. Sumbangan, sokongan dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan sangat besar jasanya kepada murid-murid SK Ulu Bernam. Semoga Allah S.W.T jua yang dapat membalasnya

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

JOHANNIS BIN AMRINGuru BesarSK Ulu Bernam, Hilir Perak.

s.k. 1. YDP PIBG SK Ulu Bernam2. Mr. Loh Hang Pai Director, Ulu Bernam Estate..

SK. ULU BERNAM36500 ULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEK: ABA 5044 * TELFAX: 05-6366482 FAX: 05-6366014* e-mail : [email protected]


Top Related