Transcript
Page 1: PENGGUNAAN ‘SSP’ BAGI MENINGKATKAN …psv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/03/6.pdf · Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji sama ada penggunaan alat

PENGGUNAAN ‘SSP’ BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MELAKAR

CORAK DALAM AKTIVITI LIPATAN DAN GUNTINGAN

Connie Robert1 dan Mohd Taslim Abd Rahim

2

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji sama ada penggunaan alat

inovasi ‘SSP’ berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid melakar corak dalam aktiviti

lipatan dan guntingan. Seramai empat orang murid di sebuah sekolah kebangsaan dalam

daerah Batu Pahat dijadikan sebagai responden penyelidikan ini. Tinjauan awal telah

dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian diagnostik. Penggunaan alat

inovasi ‘SSP’ dijadikan sebagai alat rawatan dalam penyelidikan ini. Instrumen yang

digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian melalui video, pemerhatian melalui

gambar dan analisis dokumen hasil karya responden melalui borang senarai semak. Data yang

dikumpul dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Keputusan penilaian

berdasarkan pemerhatian melalui video dan gambar telah telah menunjukkan peningkatan

kemahiran murid dalam melakar corak. Penyelidikan ini juga mendapati bahawa alat inovasi

‘SSP’ telah dapat meningkatkan kemahiran murid melakar corak dalam aktiviti lipatan dan

guntingan. Kekuatan dan kelemahan penggunaan alat inovasi ‘SSP’ bersama cadangan

penyelidikan lanjutan juga dibincangkan dalam penyelidikan ini.

Kata kunci: Melakar corak, meningkatkan kemahiran, lipatan dan guntingan

Top Related