i
FAKTOR DI ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK KE ATAS
PENGLIBATAN PARA PELAJAR TERHADAP AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR -
SATU KAJIAN KES
SITI SALWA BINTI MOHAMAD
Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran
akhirnya saya dapat menyempurnakan penulisan ilmiah ini dalam tempoh yang telah di
tetapkan.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan saya
rakamkan kepada Dr. Mohad Anizu Bin Haji Mohd Nor selaku pensyarah dan
pembimbing yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar yang berguna serta
teguran yang menbina sepanjang dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini. Semoga budi dan jasa baik beliau akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya para pelajar 1 SPS selaku subjek dalam kajian ini di atas kerjasama
yang diberikan sepanjang saya menjalankan kajian.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah bonda
dan mertua yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian ini.
Buat suami tercinta, Mohd Amran Bin Shariff sejuta penghargaan terima kasih diucapkan
kerana banyak bersabar dan memberi sokongan ketika saya mengalami keguguran disaat
akhir proses menyempurnakan kajian ini dilaksanakan. Sesungguhnya untuk
memperolehi sesuatu kejayaan itu menuntut pengorbanan.
Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan
oleh semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung sepanjang melaksanakan
kajian ini, semoga akan diberkati oleh Allah hendakNya. InsyaAllah.
DEDIKASI
iv
Teristimewa Buat
Ayahanda Bonda dan Mertua
Mohamad Bin Haron
Zainah Binti Mat
Shariff Bin Sabu
Rodziah Binti Hassan
Kekanda dan Adinda Tersayang
Nazidawati Bt Mohamad
Dan keluarganya
Suamiku tercinta
Mohad Amran Bin Shariff
Sahabat-sahabatku
SPS 05/09
Kalian pencetus Inspirasi
Pembakar Semangat
Sekalung Penghargaan Terima Kasih Diucapkan
v
ABSTRAK
Motivasi merujuk kepada tujuan untuk menggerakkan sesuatu dan keinginan aksi dalam aktiviti pendidikan luar. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas penglibatan para pelajar 1 SPS di UTM terhadap aktiviti pendidikan luar. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah berkaitan samaada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokkan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran. Kajian ini penting kerana ia dapat membantu semua pihak terutamanya para pelajar, pihak pengurusan Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan bermotivasi tinggi dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar apabila mereka berada di sekolah kelak. Untuk tujuan kajian seramai 24 orang pelajar 1 SPS, UTM yang juga merupakan bakal guru merangkap sebagai jurulatih telah dipilih untuk dijadikan responden. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik jenis Likert. Hasil keseluruhan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For Science Social). Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan tahap faktor motivasi intrinsik adalah lebih berpengaruh berbanding dengan faktor motivasi ekstrinsik. Ini kerana perbezaan min di antara kedua-dua faktor motivasi tersebut adalah 0.8. Diharapkan pada masa akan datang masih ada ramai lagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian dalam bidang psikologi ini khususnya kajian dalam jenis motivasi. Semua pihak haruslah melihat kajian ini dari sudut positif dan sama-sama berganding bahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan Luar dan Rekreasi di Negara ini supaya ianya setaraf pentingnya dengan bidang yang lain. Kesimpulan, faktor motivasi intrinsik lebih berpengaruh dari faktor motivasi ekstrinsik. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan yang positif untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang aktiviti pendidikan luar dari segi kemahiran dan secara tidak lansung mereka merasa cergas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran yang lumayan supaya apabila menjadi guru dan jurulatih kelak mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
vi
ABSTRACT
Motivation refers to the purpose to move something and the intention to do outdoor
education activities. Individual who has a motivation will eager to do a task that has been
assigned. Thus, this study was conducted in order to observe and identify the relationship
between intrinsic motivation and extrinsic motivation toward 1 SPS students at UTM in
doing outdoor education activities. Factors in intrinsic motivation are attitude, skill,
fitness and enjoyment. Meanwhile, extrinsic motivation consists of popularity, social
mobility, encouragement and reward factors. This study is important because it can assist
students, Faculty of Education administer as well as Ministry of Education in order to
produce a quality and motivated teacher to conduct outdoor education activity in school.
A total of 24 students from 1 SPS UTM were chosen as the respondent. They need to
answer Likert Type Questionnaires. The finding of the study was analyses using the
SPSS software For Windows version 16.0 (Statistical Package For Science Social). The
findings indicate that intrinsic motivation factors are more influence rather than extrinsic
motivation factor. This is because the difference mean between intrinsic motivation and
extrinsic motivation is 0.8. It is good to have more researcher who has interest to further a
psychology research focusing on motivation. All parties should realizes their
responsibility in order to increase the quality of country education especially in
’Pendidikan Jasmani’ and ’Pendidikan Luar dan Rekreasi’. As a conclusion, intrinsic
motivation is more influence rather than extrinsic motivation. This is because they have a
positive view in increasing their knowledge about skills to do outdoor education activity.
Thus, they can be a great teacher and give the best service without hoping any rewards.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
DEDIKASI iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Operasional 13
1.9 Kesimpulan 17
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Matlamat Pendidikan Luar 19
2.3 Objektif Pendidikan Luar 20
2.4 Konsep Pendidikan Luar 22
2.5 Motivasi 23
2.6 Kesimpulan 33
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 37
3.5 Sampel Kajian 38
3.6 Instrumen Kajian 38
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Kajian Rintis 42
3.9 Analisis Data 43
3.10 Jangkamasa Kajian 44
3.11 Kesimpulan 44
BAB VI ANALISIS DATA
ix
4.1 Pengenalan 45 4.2 Penganalisian Data 46
4.3 Dapatan dan Perbincangan 46
4.3.1 Data Demografi Responden 46
4.3.2 Analisis Deskriptif 51
4.4 Motivasi Intrinsik 52
4.5 Motivasi Ekstrinsik 56
4.6 Analisis Min dan Sisihan Piawai
Jenis-Jenis Faktor Motivasi Intrinsik 58
4.7 Analisis Min Dan Sisihan Piawai
Jenis-Jenis Faktor Motivasi Ekstrinsik 60
4.8 Analisis Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Motif Utama Penyertaan Para Pelajar 1 SPS
Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar 61
4.9 Analisis Min dan Sisihan Piawai
Bagi Melihat Perbezaan Pengaruh
Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik
Dalam Penglibatan Para Pelajar 1 SPS
Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar 63
4.10 Penutup 64
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65 5.2 Rumusan dan Perbincangan Dapatan Kajian 66
5.2.1 Latar Belakang Responden 66
5.2.2 Analisis Faktor-Faktor motivasi Intrinsik
dan Ekstrinsik Terhadap Penglibatan
Para Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti
Pendidikan Luar 66
5.2.2.1 Motivasi Intrinsik 66
5.2.2.2 Motivasi Ekstrinsik 69
5.3 Implikasi Dan Dapatan Kajian 72
5.3.1 Implikasi Terhadap Pelajar 73
5.3.2 Implikasi Terhadap Pihak
Pengurusan Fakulti Pendidikan 73
5.3.3 Implikasi Terhadap Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia 74
5.3.4 Implikasi Terhadap Sekolah 75
5.4 Cadangan 75
5.5 Penutup 77
xii
SENARAI JADUAL
No Jadual Halaman 3.1 Rajah Skala Pemeringkat Likert 39 3.2 Kajian Rintis - Pekali Alpha Cronbach 42 4.1 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jantina 47 4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut bangsa 47 4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut jarak tempat tinggal mereka dari
pusat kegiatan pendidikan luar 48
4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut umur 48
4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan tempoh mereka melibatkan diri
dalam kegiatan aktiviti luar 49
4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan umur mereka melibatkan diri
dalam kegiatan aktiviti luar 50
4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan keluarga mereka meminati
kegiatan aktiviti luar 51
xiii
4.8 Taburan responden mengikut min,peratus
dan frekuensi bagi mengenai aspek motivasi Intrinsik 52
4.9 Taburan responden mengikut min,peratus
dan frekuensi bagi mengenai aspek motivasi Ekstrinsik 56
4.10 Skor Min Dan Sisihan Piawai Lima Faktor
Motivasi Intrinsik Mengikut Keutamaan 59
4.11 Skor Min Dan Sisihan Piawai Lima
Faktor Motivasi Ekstrinsik Mengikut Keutamaan 60
4.12 Analisis Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Motif Utama Penyertaan Para Pelajar 1 SPS
Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar 62
4.13 Analisis Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Melihat Perbezaan Pengaruh Motivasi Intrinsik
Dan Motivasi Ekstrinsik Dalam Penglibatan
Para Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar 63
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini terdapat begitu banyak kegiatan bagi membentuk individu yang
lengkap samada dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Sukan adalah salah satu
bidang yang dapat membantu memperlengkapkan individu agar menjadi insan yang
berguna. Terdapat pelbagai jenis cabang sukan. Pendidikan luar merupakan salah satu
cabang di mana ia terdiri daripada aktiviti-aktiviti berunsurkan sukan dan rekreasi
seperti berkayak, berkhemah, mendaki gunung, dan sebagainya. Pendidikan luar dapat
menyemai perasaan muhibah dan integrasi nasional dikalangan generasi muda.
Pendidikan luar juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan.
Setiap individu tidak mungkin memperolehi pengalaman secara menyeluruh
dengan semata-mata mengikuti pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti pendidikan luar
yang terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping
mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, semangat bekerjasama
dalam kumpulan, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang
2
membawa ke arah kecemerlangan individu. Penggunaan persekitaran sebagai ”makmal
hidup” membolehkan pelajar menjalani proses-proses seperti lawatan sambil belajar,
lawatan ke taman atau hutan yang berdekatan dengan sekolah perkhemahan. Penyediaan
aktiviti yang terancang membolehkan penyertaan aktif pelajar melalui kaedah
pemerhatian, penyiasatan, penyelidikan, kerjasama, kesepaduan, meditasi dan kreativiti.
Pendidikan luar adalah tambahan kepada pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan secara formal. Contohnya isu pencemaran alam boleh diajar secara
formal dan diperkayakan dalam pendidikan luar. Pendidikan luar juga secara tidak
lansung merupakan satu proses pengayaan secara amali. Penggunaan persekitaran luar
untuk mencapai tujuan sistem pendidikan mengutamakan penglibatan peserta dengan
aktif ”experiental learning” yang melibatkan tiga komponen utama iaitu kognitif, afektif
dan psikomotor yang telah diintegrasikan dalam setiap aktiviti. Pengalaman bermakna
menyediakan motivasi untuk mencari dan mengaplikasikan pengetahuan yang baru dan
berterusan dengan penggunaan pelbagai deria.
Pendidikan luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif dengan
bijaksana. Pendekatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal akan
membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru. Alam semulajadi dan
persekitaran merupakan makmal hidup yang di dalamnya terdapat pelbagai maklumat
yang boleh memperkayakan lagi aspek kognitif, psikomotor dan efektif terutamanya
apabila maklumat ini boleh digabungjalinkan dengan pengetahuan dan amalan.
Seterusnya pendidikan luar juga akan dapat memperkayakan lagi pengalaman dan
memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat serta mewujudkan
toleransi dan keharmonian di kalangan masyarakat atau komuniti ke arah integrasi
nasional. Hakikat di atas disokong oleh para cendiakawan berdasarkan penyataan yang
berikut.
3
Antara punca serta sebab mengapa para pelajar dewasa ini terlibat dengan
kepincangan gejala sosial yang semakin tenat ialah kerana jiwa mereka kosong tanpa
sebarang pengisian ilmu, tidak mempunyai minat, kemahiran, ruang dan pemangkin
dalam aktiviti lasak atau rekreasi sebagaimana yang boleh diperolehi semuanya dalam
pendidikan luar ( Kementerian Belia dan Sukan, 1994).
Oleh itu, jalan penyelesaian ini perlu dicari dengan segera bagi mengelakkan
ianya bertambah parah dan menjadi nanah pada masyarakat khususnya negara. Setelah
dikaji dan diteliti ternyata kelemahan itu boleh kita atasi dengan memperkenalkan dan
memberi pendekatan terhadap pendidikan luar dalam kehidupan mereka agar boleh
dipraktikkan dalam aktiviti harian atau menjadi satu bidang kerjaya di masa hadapan.
Aplikasi matapelajaran seperti Geografi, Sejarah, Matematik, Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, Agama Islam dan Moral boleh diterapkan. Mendaki gunung dan
mengembara misalnya boleh dikaitkan dengan pengetahuan Sains, Geografi, Sejarah
serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Berkayak pula boleh dikaitkan dengan konsep
Hukum Newton, dalam Prinsip Archimedes, bacaan peta, kompas dan kaji cuaca.
Manakala melalui aktiviti snorkeling dan menyelam ’scuba diving’ dapat
mengaplikasikan pengetahuan biomerin, ekologi alam, Hukum Boyle dan ekoturisma.
Al-Quran merupakan sumber maklumat utama juga menerangkan tentang
perlunya penerokaan persekitaran dan alam semulajadi untuk mendapat ilmu
pengetahuan dan rahsia-rahsia yang perlu dibongkar serta dimanfaatkan oleh umat
manusia sejagat kerana setiap ciptaan Nya menunjukkan kebesaran kekuasaan Nya.
4
”Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bukit dan apa yang ada di antara
keduanya untuk permainan. Dan tidaklah keduanya Kami jadikan melainkan dengan
tujuan yang benar.” Surah Ad Dukhan ayat 38 - 39
Al-Quran juga menerangkan tentang kejadian gunung-ganang dan tumbuhan
yang cantik untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bagi umat manusia mempelajari
sesuatu darinya.
”Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-ganang
yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah
dipandang mata”. Surah Qaaf ayat 7
Laut merupakan satu lagi bentuk muka bumi yang Allah ceritakan di dalam Al-
Quran. Selain sebagai sumber rezeki kepada manusia, di dasar lautan juga tersembunyi
banyak ilmu, kekayaan dan keindahan yang mempamerkan keagungan ciptaan Nya.
Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, di perut laut juga tersembunyi hiasan yang
amat bernilai. Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bagaimana pentingnya menjaga
alam semulajadi yang banyak menyumbang kepada kehidupan umat manusia. Antara
lain ayat itu menyatakan :
”Dan Dialah Allah yang telah menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat
memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu
perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu
mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” Surah An-Nahl
ayat 14
5
Ada ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggalakkan manusia mencari,
mempelajari dan meneroka kejadian dan kehidupan di alam ini. Ini membuktikan
bahawa meneroka kehidupan dan mengkaji kejadian alam amat bermakna dan
bermanfaat kerana ia terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 164 yang bermaksud:
”Sesungguhnya pada kejadian di langit, bumi dan pada pertukaran malam dan
siang, pada kapal yang belayar di lautan dan membawa benda-benda yang bermanfaat
pada manusia, demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan tumbuh-tumbuhan di bumi ini”. Surah Al-Baqarah ayat 164
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Allah telah
memartabatkan manusia sebagai pemimpin/ khalifah di muka bumi ini. Salah satu cara
meninggikan martabat manusia adalah melalui pendidikan termasuklah juga pendidikan
luar. Pendidikan luar adalah satu program aktiviti yang menggabungkan penaakulan
minda, pengukuhan rohani dan ikhtiar hidup. Pembelajaran dilaksanakan dengan
menggunakan persekitaran dan alam semulajadi sebagai ilmu, menggunakan cabaran
alam sebagai ujian kendiri dan aspek keindahan alam sebagai penghayatan serta
kesedaran kekuasaan ciptaanNya.
”Dan Dialah menjadikan kamu sebagai penguasa di muka bumi ini. Dan
sebahagian kamu ditinggikan darjatnya daripada yang lain kerana Allah hendak menguji
kamu tentang perkara yang di kurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu
juga Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al An’Am ayat 6:165
Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang telah dihuraikan di atas, dapatlah
dirumuskan bahawa pendidikan luar boleh didefinasikan sebagai satu kaedah
gabungjalin antara pendidikan tradisional dan pendidikan moden untuk mewujudkan
6
satu proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan
afektif yang berkesan. Untuk tujuan ini persekitaran luar bilik darjah dijadikan sebagai
makmal hidup bagi mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar seseorang itu perlu
memperlengkapkan diri dari segi ketahanan diri. Ini meliputi penglibatan seseorang
dalam program pendidikan luar. Universiti atau maktab Perguruan hanya dipandang
sebagai suatu tempat mengeluarkan ijazah sahaja di mana mahasiswa dan bakal-bakal
guru hanya mengikuti kuliah, menduduki peperiksaan dan membuat latihan ilmiah
semata-mata. Mereka lebih cenderung belajar setakat ingin lulus sahaja. Keadaan ini
menyebabkan ramai dikalangan bakal-bakal guru di Universiti dan Maktab Perguruan
tidak melibatkan diri dalam aktivit-aktiviti pendidikan luar yang dianjurkan oleh badan-
badan tertentu di Universiti atau di Maktab Perguruan.
Suara-suara sumbang yang menyatakan mahasiswa-mahasiswa di universiti dan
bakal-bakal guru di Maktab Perguruan kurang berminat melibatkan diri dalam program
pendidikan luar telah menyebabkan suasana penerokaan ilmu sentiasa tertekan, kampus
di universiti dan maktab perguruan agak terasing dari realiti masyarakat dan
perkembangan menyeluruh siswa-siswa dan bakal-bakal guru dari segi watak dan
sahsiah tidak berlaku secara memuaskan. Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana
golongan ini merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk menjadi pemimpin
serta membangunkan negara kita berdasarkan pada tahap pendidikan yang ada pada
mereka. Tidak salah untuk mereka mengamalkan ”budaya buku” atau ”budaya bilik
7
kuliah” tetapi sekiranya mereka terus mengabaikan tanpa menyemai dan menyuburkan
minat pada kegiatan pendidikan luar, negara akan kekurangan tenaga penggerak yang
produktif bagi membantu membangunkan negara.
Kekurangan tenaga yang berkemahiran dilihat sebagai punca utama yang
menjadi batu penghalang bagi melaksanakan program pendidikan luar di sekolah-
sekolah. Tambahan pula jumlah guru-guru lelaki jauh lebih rendah daripada guru-guru
perempuan. Kebanyakan guru-guru perempuan kurang kemahiran profesional dalam
menjalankan program pendidikan luar. Ini dikuatkan lagi dengan faktor minat yang
kurang dalam diri mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Faridah Karim dan Mohamad Nor (1985), menyatakan sekolah-sekolah
menghadapi masalah kekurangan guru-guru berkelayakan dan berminat dalam
mengendalikan aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar bilik darjah. Menurut News Straits
Times, Ogos 1985 melaporkan terdapat ramai guru wanita di sekolah-sekolah
berbanding guru lelaki dan mereka ini tidak berminat dengan aktiviti luar bilik darjah
tetapi terpaksa juga mengendalikan aktiviti tersebut. Tanpa minat sudah tentu tiada
usaha akan dilakukan untuk menjalankan sesuatu kegiatan yang di luar naluri diri.
Dari sudut yang lain pula terdapat sesetengah pentadbir yang kurang arif tentang
program pendidikan luar. Mereka tidak dapat melihat kepentingan program lantas
8
kurang memberi komitmen yang sepenuhnya. Lebih sepuluh tahun yang lepas telah
terdapat satu laporan yang menyatakan aktiviti kokurikulum khususnya gerak kerja luar
bilik darjah kurang mendapat tempat yang sewajarnya berbanding dengan aspek
kurikulum.
Kajian ini tertumpu kepada Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Dalam Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor - satu kajian kes. Mereka terdiri
daripada pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
(SPS), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan di antara motivasi intrinsik dengan
ekstrinsik dalam mempengaruhi pelajar-pelajar berkenaan melibatkan diri dalam aktiviti
pendidikan luar. Motivasi mana yang lebih mempengaruhi mereka dalam penglibatan
aktiviti kegiatan luar. Faktor dalaman atau motivasi instrinsik adalah motivasi yang lahir
dalam diri seseorang dan merupakan penggerak utama bagi melakukan perkara-perkara
kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri sendiri (Harter, 1982).
Melalui kesedaran ini seseorang pelajar Tahun 1 SPS akan menjuruskan diri
mereka ke arah mana yang hendak di tuju. Faktor luaran atau motivasi ekstrinsik pula
ialah motivasi yang datang dari luar yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah,
hukuman, ugutan, arahan, penghargaan dan pengiktirafan (Singer, 1984).
Faktor ini juga boleh mempengaruhi penglibatan para pelajar Tahun 1 SPS
kepada kegiatan pendidikan luar. Selain itu persoalan lain yang boleh dikaitkan ialah
faktor yang mempengaruhi prestasi memperlengkapkan diri memperolehi kepuasan
kerja dalam profesyen kejurulatihan aktiviti pendidikan luar apabila mereka semua
menjadi guru kelak. Adakah mereka menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-
9
sungguh? Perkara ini ditimbulkan kerana tersiar di media cetak tentang beban kerja yang
berat tetapi insentif yang diperolehi tidak padan dengan apa yang telah dilakukan. Di
samping itu, aktiviti pendidikan luar ini juga sentiasa berhadapan dengan risiko yang
tinggi untuk terlibat dalam kemalangan semasa melakukan aktiviti pendidikan luar yang
berisiko tinggi seperti absailing, selam scuba, snorkeling dan sebagainya.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Meninjau faktor motivasi intrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar-
pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar.
1.4.2 Meninjau faktor motivasi ekstrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar-
pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar.
1.4.3 Mengenalpasti faktor diantara motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang
mempengaruhi penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan
terhadap aktiviti kegiatan luar.
10
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:
1.5.1 Sejauh mana faktor motivasi intrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar-
pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar?
1.5.2 Sejauh mana faktor motivasi ekstrinsik mempengaruhi penglibatan
pelajar-pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan
luar?
1.5.3 Sejauh mana faktor di antara hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik
dapat mempengaruhi penglibatan pelajar-pelajar Tahun 1 Program Sains
Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar?
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Kepada Pelajar
Kajian ini bertujuan untuk mempengaruhi faktor-faktor
penyertaan pelajar-pelajar Tahun 1 SPS yang bakal menjadi guru dalam
menyertai aktiviti pendidikan luar.
11
1.6.2 Pihak Pengurusan Fakulti Pendidikan
Diharapkan hasil kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak
pengurusan Fakulti Pendidikan dan pensyarah-pensyarah untuk mencari
dan membentuk guru-guru yang berminat dan layak untuk menjadi
jurulatih-jurulatih aktiviti pendidikan luar.
Hasil kajian juga diharap dapat digunakan oleh pihak pengurusan
Fakulti Pendidikan untuk memantapkan lagi ciri-ciri yang perlu ada pada
semua jurulatih-jurulatih aktiviti pendidikan luar. Di samping itu pihak-
pihak yang terlibat juga seharusnya tahu untuk merancang program yang
lebih sesuai dan menarik agar dapat menambahkan lagi penyertaan guru-
guru untuk menjadi jurulatih-jurulatih aktiviti pendidikan luar.
1.6.3 Pihak Kementerian Pendidikan
Hasil kajian ini juga dapat membantu kementerian untuk
menghasilkan guru yang berkualiti tinggi dalam mengendalikan
pendidikan luar apabila berada di sekolah.
12
1.7 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan tertentu di dalam kajian ini. Di antara batasan-
batasan tersebut adalah terdiri dari segi sampel kajian, kesungguhan responden
dan pengalaman lalu.
1.7.1 Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan sampel yang kecil iaitu seramai 24 orang pelajar
Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor yang merupakan bakal
jurulatih apabila ditempatkan disekolah setelah tamat pengajian kelak. Oleh itu
dapatan ini hanya menggambarkan untuk sekumpulan sampel sahaja dan ianya
tidak boleh digeneralisasikan kepada kumpulan yang besar.
1.7.2 Kesungguhan responden
Kesungguhan penglibatan responden terhadap aktiviti pendidikan luar
yang dijalankan juga mempengaruhi dapatan. Disamping itu, kesungguhan
responden menjawab soal selidik juga mempengaruhi dapatan.
13
1.7.3 Pengalaman Lalu
Kebanyakan di kalangan responden mempunyai pengalaman menyertai
aktiviti pendidikan luar lebih daripada dua tahun. Ini juga sedikit sebanyak akan
memberi kesan ke atas dapatan. Justeru data yang diperolehi pula hanyalah
berdasarkan reaksi responden terhadap soal selidik yang disediakan. Manakala
keputusan yang diperolehi pula mungkin dapat menggambarkan situasi yang
sebenar faktor-faktor penyebab penglibatan Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor terhadap aktiviti-aktiviti pendidikan luar.
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Motivasi
Menurut Singer (1984), motivasi sebagai alat, sumber ataupun
yang mampu mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu aktiviti,
mencapai matlamatnya dan seterusnya berusaha mengejar kejayaan yang
lebih cemerlang.
14
Seterusnya menurut Deci dan Ryan (1985), pemilihan lakuan
merujuk kepada persembahan tugas yang ingin dibuat. Secara
tradisional, teori-teori motivasi cuba menerangkan sebab-sebab tingkah
laku manusia dalam istilah-istilah berdasarkan keinginan biologi dan
sosial. Kenyataan ini turut disokong oleh Pargman, (1998).
1.8.2 Motivasi Instrinsik
Motivasi instrinsik ialah motivasi dorongan dalaman, iaitu lahir
dari dalam diri seseorang seperti kesedaran tentang potensi diri sendiri,
kejayaan, kepuasan dan keseronokan (Howe, 1988).
Motivasi sebagai alat, sumber ataupun yang mampu mendorong
seseorang itu untuk melakukan sesuatu aktiviti, mencapai matlamatnya
dan seterusnya berusaha mengejar kejayaan yang lebih cemerlang.
(Singer, 1984)
1.8.3 Motivasi Ekstrensik
Motivasi ekstrensik ialah dorongan luaran, berbentuk pemberian
ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, penghargaan dan pengiktirafan
(Singer, 1984)
15
1.8.4 Penyertaan
Kamus Dewan (1994) menyatakan ialah perbuatan menyertai
semua aktiviti berbentuk psikologi yang dijalankan sama ada di dalam
atau di luar kelas.
1.8.5 Ganjaran
Hadiah atau pemberian sesuatu yang berupaya seperti wang, piala,
sijil, dan pujian (Kamus Dewan , 1994)
1.8.6 Galakan
Dorongan, kata-kata peransang, nasihat dan semangat (Kamus
Dewan, 1994)
1.8.7 Pendidikan
Ee Ah Meng (1991), melihat pendidikan sebagai suatu proses
menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang
individu dari semua aspek; jasmani, akal, emosi, sosial, seni dan moral. Ia
juga merupakan segala tindak balas yang diambil oleh generasi tua
terhadap generasi muda yang belum bersedia untuk hidup bermasyarakat.
16
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1990), pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu.
1.8.8 Pendidikan Luar
Pendidikan luar adalah lebih berkesan menerusi pengalaman
lansung. Salah satu cara untuk membekalkan pengalaman itu melalui
pendidikan luar. Gough (1987), menyatakan pendidikan luar itu
merangkumi pertimbangan kepada aspek-aspek seperti:-
i) Keperluan pendekatan yang lebih sosialistik
ii) Keperluan masyarakat moden
iii) Implikasi ke arah pendidikan hari ini
L.B Sharp (1992), pelopor awal dalam pendidikan luar pula
menyatakan pendidikan luar sebagai satu pendekatan atau pembelajaran
yang menggunakan alam luar, persekitaran dan lain-lain bagi
menghasilkan pembelajaran. Penggunaan alam semulajadi sebagai bilik
darjah dan makmal hidup mampu memberikan pendidikan melalui
kognitif, psikologi dan afektif ke arah menghasilkan perubahan sikap.
Seterusnya pendidikan luar sebagai media untuk membina dan
mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta
melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan
bersatu padu. Pendidikan luar mengandungi unsur-unsur penyelidikan,
fizikal, kesihatan, etika dan perpaduan untuk mencapai matlamat tersebut.
17
1.9 Kesimpulan
Pendidikan luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif
dengan bijaksana. Pendekatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara teori dan
praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.
Alam semulajadi dan persekitaran merupakan makmal hidup yang di dalamnya
terdapat pelbagai maklumat yang boleh memperkayakan lagi aspek kognitif,
psikomotor dan efektif terutamanya apabila maklumat ini boleh digabungjalinkan
dengan pengetahuan dan amalan. Seterusnya pendidikan luar juga akan dapat
memperkayakan lagi pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan
individu yang sihat serta mewujudkan toleransi dan keharmonian di kalangan
masyarakat atau komuniti ke arah integrasi nasional.
18
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Sorotan kajian adalah suatu usaha penulisan yang mengandungi pernyataan
masalah, fakta, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian lalu yang berkaitan dengan
tajuk kajian yang dibuat (Mohd Najib, 1999). Justeru itu di dalam bab ini pengkaji akan
membincangkan beberapa sorotan penulisan yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. Penulisan dalam bahagian ini akan dibuat pemecahan mengikut sub-sub
pecahan terhadap objektif kajian. Antara aspek yang dibincangkan adalah Faktor Di
Antara Motivasi Instrinsik dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Dalam Menjalankan
Aktiviti Kegiatan Luar Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor - satu
kajian kes. Bab ini juga bertujuan untuk meninjau lebih jauh berkaitan matlamat,
objektif, konsep pendidikan luar serta beberapa kajian yang berkaitan dengan konsep
motivasi.
19
2.2 Matlamat Pendidikan Luar
Matlamat adalah bermaksud suatu hasil umum dan lazimnya hanya diperolehi
pada jangka masa yang panjang. Objektif pula adalah sasaran khusus yang perlu dicapai
selepas sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Berbeza dengan
matlamat, objektif lebih spesifik dan khusus. Objektif pendidikan luar adalah
berteraskan tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Matlamat pendidikan kebangsaan jelas ingin melahirkan insan yang baik dan
sekaligus akan menjadi rakyat dan juga warganegara yang memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu serta menghayati ciri-ciri:
a) Percaya dan patuh kepada Tuhan
b) Berilmu Pengetahuan
c) Berakhlak mulia
d) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan Negara
e) Berbakti dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama,
bangsa dan negara.
Matlamat pendidikan luar adalah selaras dengan matlamat pendidikan
kebangsaan, iaitu untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan, kesedaran
dan amalan serta menghayati hubungannya dengan persekitaran dan alam semulajadi.
Sikap dan tingkah laku yang terpuji memperakui bahawa:
a) Alam semulajadi dan persekitarannya adalah ciptaan dan anugerah Nya
kepada manusia.
b) Menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk tujuan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam semulajadi dan persekitaran.
20
c) Mengamalkan sikap dan bertingkahlaku yang terpuji setiap kali
menggunakan sumber alam semulajadi dan persekitaran.
d) Sentiasa menghayati dan mengamalkan tanggungjawab kepada alam
semulajadi dan persekitaran adalah sebagaimana tanggungjawab kepada
diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
e) Menyedari bahawa tanggungjawab itu adalah bakti kepada pengekalan
warisan dan kesejahteraan negara demi kepentingan generasi akan
datang.
2.3 Objektif Pendidikan Luar
Objektif pendidikan luar adalah seperti berikut:
Objektif psikomotor merangkumi pencapaian komponen perlakuan fizikal atau
lakuan motor untuk melakukan kemahiran asas yang telah diajar melalui setiap aktiviti.
Umpamanya melalui aktiviti berkayak, peserta akan diajar pelbagai kemahiran asas
seperti mengimbang, mendayung, mengawal pergerakan kayak dan teknik menyelamat
sama ada di laut, sungai dan tasik. Oleh itu diakhir kursus ini peserta diharap mencapai
tahap kemahiran motor asas mengikut objektif yang ditetapkan.
21
Objektif psikomotor ditetapkan berbeza-beza mengikut kemampuan peserta
berteraskan kelasifikasi berikut:
i) Tahap pengalaman peserta
ii) Tahap kecederaan peserta
iii) Tahap kecergasan peserta
iv) Kumpulan jantina
v) Kumpulan umur
Objektif kognitif merangkumi komponen-komponen seperti kemampuan mental
menaakul, menganalisis dan mensintesiskan perlakuan motor dengan secara ilmiah atau
saintifik. Biasanya objektif ini dikaitkan dengan kesinambungan aspek kurikulum
(akademik) dengan kehidupan. Sebagai contoh, pengetahuan dalam aktiviti kembara
dihubungkan dengan pengetahuan mata pelajaran geografi. Dengan demikian objektif ini
mengukuhkan pemikiran yang analisis dan kritis. Pemikiran akan menjadi lebih kreatif
kerana teori dan praktikal bagi proses yang berlaku difahami secara serentak. Manusia
bukannya mesin yang berfungsi mengikut apa yang diprogramkan kerana manusia
mempunyai cita rasa dan akal fikiran untuk menghasilkan sesuatu perlakuan.
Objektif afektif pula merangkumi komponen penghayatan dan penerapan nilai-
nilai murni dalam kehidupan. Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat
untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
serta berketerampilan. Aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, kembara, mendaki dan
sebagainya dapat menyumbang ke arah objektif yang dimaksudkan. Sebagai contoh
dalam aktiviti berkayak dan mendaki gunung, semangat pasukan, kepimpinan, taat setia
dan kerjasama yang jitu amat diperlukan. Tanpa ciri-ciri di atas, berbagai konflik akan
timbul dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Dalam erti kata lain, objektif afektif
adalah objektif yang berteraskan pembinaan dalaman (instrinsik) yang berkaitan dengan
hukum alam, adat budaya dan agama.
22
2.4 Konsep Pendidikan Luar
Hooper (1978), menyatakan perkara-perkara yang perlu difahami yang sering
menjadi aset semasa aktiviti pendidikan luar dilaksanakan iaitu:
i) Kecergasan fizikal yang menekankan samaada hububgan
persembahan dengan kecergasan semasa melakukan aktiviti
semasa dengan mengambil berat perkembangan tubuh badan
untuk mengelakkan diri daripada penyakit.
ii) Pembelajaran motor yang mengambil berat tentang proses
bagaimana seseorang itu boleh mempelajari pelbagai kemahiran
semasa pendidikan luar dijalankan.
iii) Psikologi sukan yang menekankan mengenai individu. Fokus
utama dalam psikologi sukan ini adalah mempelajari kemahiran-
kemahiran semasa aktiviti pendidikan luar dan dapat pula
memberi tunjuk ajar kemahiran tersebut kepada peserta lain.
iv) Kesihatan merujuk kepada kesihatan keseluruhan fizikal dan
kesihatan mental.
v) Dapat menggunakan masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah.
23
2.5 Motivasi
Istilah ”motivasi” berasal daripada perkataan Latin ”movere” yang membawa
maksud ’to move’ atau untuk bergerak. Motivasi juga didefinasikan sebagai
pembolehubah yang mengarahkan seseorang untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang
akhirnya menuju kepada matlamat yang ingin dicapai. Tidak semua keadaan merupakan
satu motivasi kepada seseorang. Oleh itu bagi mendapatkan satu prestasi atau kemahiran
yang cemerlang memerlukan satu target atau matlamat yang optimum yang perlu
dirancang dengan sebaik mungkin. Motivasi tidak semestinya lebih banyak lebih baik,
tetapi sebaliknya berupaya untuk menangani masalah seseorang. Perkataan-perkataan
yang sering digunakan berkaitan dengan motivasi ialah dorongan, penentu dorongan,
maklumat, minat, keperluan motif sedar dan tidak sedar, minat intrinsic dan ekstrinsik,
insentif dan kehendak atau keinginan (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2002).
Menurut Sage, 1977 (Shaharudin Abdul Aziz, 2001) menyatakan motivasi
merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu. Dalam konteks ini, arah
merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu
situasi, manakala intensity usaha pula merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu
tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Atkinson (1964),
menyatakan motivasi adalah kekuatan dari dalam yang menggerakkan dan membawa
kepada suatu tingkah laku.
Sebagai rumusan keseluruhan berdasarkan kepada beberapa definisi di atas
dapatlah dijelaskan bahawa motivasi merujuk kepada faktor yang mampu mendorong,
menggerakkan dan merupakan satu ransangan terhadap seseorang individu atau
kumpulan untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Ia juga mungkin merujuk
kepada satu perubahan tingkah laku yang membawa kepada perlakuan baru bagi
mancapai sesuatu matlamat.
24
2.5.1 Jenis-Jenis Motivasi
Secara umumnya, terdapat dua jenis motivasi intrinsik (motivasi
dalaman) dan motivasi ekstrinsik (motivasi luaran). Secara tidak lansung
kedua-dua motivasi ini juga memainkan peranan yang penting di dalam
membentuk hala tuju penglibatan seseorang individu terhadap aktiviti
pendidikan luar.
2.5.1.1 Motivasi Intrinsik (Dalaman)
Motivasi intrinsik boleh diterangkan sebagai sesuatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka
berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri (Deci, 1975).
Motivasi juga dapat dikatakan sebagai istilah yang merujuk kepada
desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk
membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis desakan,
ransangan, keperluan, kehendak, kemahuan dan kuasa-kuasa lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Menurut Singer (1980), motivasi intrinsik ialah motivasi yang
timbul atau wujud dari dalam hati seseorang itu sendiri. Ia adalah free-
choice situation di mana seseorang itu dibenarkan memiliki apa sahaja
yang diminatinya tanpa sebarang peneguhan hadiah atau peneguhan lain.
Motivasi ini timbul dari keinginan dirinya sendiri untuk mencapai
matlamat-matlamatnya seperti kesedaran tentang potensi dirinya,
kejayaan, kepuasan dan keseronokan.
25
Menurut Harter (1982), motivasi intrinsik ialah motivasi yang
telah terbatin dan merupakan penggerak bagi melakukan perkara-perkara
untuk kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri sendiri. Mengikut
Weisz (1985), dalam Ames dan Ames (1984), individu yang mempunyai
persepsi bahawa diri mereka berkebolehan dalam sesuatu keadaan juga
mempunyai persepsi bahawa mereka dapat mengawal situasi itu.
Lazimnya, seseorang individu yang bermotivasi intrinsik akan
terus berkecimpung di dalam sesuatu aktiviti. Mereka tidak perlu diugut,
diberi rasuah atau diberikan hadiah untuk bertindak. Menurut Deci
(1975), motivasi intrinsik ialah punca utama motivasi, bukannya motivasi
ekstrinsik. Tingkah laku motivasi intrinsik ialah tingkah laku yang
diamalkan oleh seseorang individu supaya dia berasa yakin dan boleh
membuat keputusan sendiri.
2.5.1.2 Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik adalah penting dalam mempengaruhi
pencapaian atau penglibatan seseorang. Terdapat teori yang telah diterima
pada tahun-tahun sebelum 1970-an mengemukakan bahawa sekiranya
motivasi ekstrinsik diberikan kepada seseorang yang telah pun sedia
mempunyai motivasi intrinsik seperti pemberian ganjaran istimewa, maka
ganjaran ini akan mendorong meningkatkan lagi motivasi untuk
membentuk tingkah laku yang diingini untuk mencapai matlamatnya.
Akan tetapi, teori ini telah dibangkang atau tidak disetujui oleh Lepper
dan rakan-rakannya dalam kajiannya yang bertajuk ”Turning Play Into
26
work ’pada pertengahan tahun 1975. Menurut mereka, motivasi ekstrinsik
boleh menjejaskan motivasi intrinsik.
Menurut Deci (1975), teori kognitif cuba nebgatasi masalah
percanggahan pendapat tentang interaksi antara motivasi intrinsik dan
ekstrinsik. Interprestasi seseorang terhadap sesuatu hadiah adalah faktor
kritikal dalam motivasi jika dibandingkan dengan hadiah itu sendiri. Deci
mengemukakan pandangan dan nilai terhadap sesuatu hadiah yang boleh
mempengaruhi motivasi intrinsik, iaitu nilai kawalan dan informasi.
Manakala ganjaran ekstrinsik adalah lazim di dalam aktiviti
pendidikan luar, tetapi tidak dapat dikenal pasti bagi semua aktiviti
fizikal. Jika ditanya mengapa seseorang melibatkan diri di dalam aktiviti
pendidikan luar, kebanyakkannya akan memberi sebab-sebab intrinsik
seperti keseronokan, cabaran dan keinginan mencapai sesuatu. Walaupun
demikian, kedua-dua motivasi ini mempunyai perkaitan yang cukup jelas
di mana motivasi ekstrinsik akan membawa kepada perkembangan
kepuasan intrinsik.
2.5.2 Teori-Teori Motivasi
Terdapat beberapa teori yang sering diketengahkan oleh pakar-
pakar psikologi yang berkaitan dengan motivasi. Antaranya ialah teori
yang berkaitan dengan motivasi pencapaian.
27
Model Motivasi Pencapaian McCielland dan Atkinson (1974),
adalah merupakan satu teori yang mengupas berkenaan dengan
pendekatan motivasi pencapaian. Melalui model ini ia membicarakan
tentang motivasi pencapaian terbentuk berdasarkan dua konstruk iaitu
motif untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan. Menurut
Teori Keperluan Pencapaian oleh Atkinson (1974), setiap orang
mempunyai dua motif pencapaian iaitu motif untuk mencapai kejayaan
didefinisikan sebagai kapasiti untuk pengalaman perasaan bangga atau
kepuasan dalam pencapaian.
Motivasi pencapaian telah ditakrifkan oleh Murria (1938) sebagai
keinginan atau kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu
dengan cepat atau seberapa baik yang boleh. Ianya juga meliputi
keinginan untuk mencapai sesuatu yang sukar dengan cepat dan bebas.
Menyelesaikan masalah dan mencapai standard yang tinggi serta
menunjukkan kebolehan sendiri disamping mengatasi orang lain adalah
diantara perlakuan yang termasuk di dalam tingkah laku yang bermotivasi
pencapaian.
Manakala motif mengelak kegagalan ialah kapasiti untuk
pengalaman perasaan malu atau penghinaan sebagai turutan kegagalan.
(Gill, 1984). Menurut teori ini, motif seseorang itu terbahagi kepada dua
iaitu Pencapaian tinggi (High Achievers) dan Pencapaian rendah (Low
Achievers).
Maslow (1954), telah menghuraikan teori motivasi mengikut
hierarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas
atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul
28
keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Keperluan
fisiologi ialah seperti keperluan kepada udara, air, makanan, pembuangan
kotoran badan dan lain-lain. Keperluan untuk keselamatan termasuklah
merasa dilindungi dan tidak terancam. Peringkat yang ketiga ialah
keperluan kasih sayang seperti ingin disayangi oleh ibu bapa atau
diterima oleh rakan sebaya dalam kumpulan. Keperluan penghargaan
juga penting seperti pujian, pemberian hadiah kerana kejayaan dan
sebagainya. Keperluan peringkat yang tertinggi ialah peringkat sempurna
kendiri. Pada peringkat ini, seseorang akan cuba memenuhi potensi yang
dipunyai ke tahap yang paling maksimum. (Kagen dan Havemann, 1976)
Teori penilaian kognitif oleh Deci (1975), menyatakan tentang
perhubungan antara ganjaran intrinsik dan ekstrinsik. Teori ini
menyatakan bahawa penafsiran seseorang individu merupakan aspek
yang penting dalam motivasi. Dua aspek ganjaran yang dikatakan boleh
menjejaskan motivasi intrinsik iaitu aspek yang mengawal dan aspek
yang memberi maklumat. Oleh yang demikian, sekiranya aspek
mengawal terhadap ganjaran itu tinggi, maka individu akan mengganggap
ganjaran tersebut mengawal tingkah lakunya. Sebaliknya jika aspek
mengawal ganjaran adalah rendah maka individu tersebut tidak
mengganggap ganjaran itu akan menjejaskan tingkah lakunya. Oleh yang
demikian, keyakinan mereka akan bertambah. Mengikut teori ini, apabila
aspek mengawal itu tinggi maka ganjaran boleh meruntuhkan motivasi
intrinsik.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002), telah mengemukakan
Teori Atribusi. Melalui teori ini, ia telah menjelaskan bahawa motivasi
mempunyai matlamat untuk memahami kenapa sesuatu terjadi dan
mengenai kepercayaan seseorang tentang faktor yang menyebabkan
29
kejayaan dan kegagalan. Seseorang individu biasanya meletakkan faktor
kejayaan atau kegagalan kepada empat perkara iaitu kebolehan, usaha,
nasib dan kesukaran tugasan.
2.5.3 Kajian-Kajian Berkaitan
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan motivasi memberi
kesan kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu bidang. Habibah Elias
(1993) dalam tulisannya bertajuk ’Latihan Motivasi Pencapaian dan
Kesannya Ke Atas Prestasi Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap
Pelajar-Pelajar Peringkat Universiti’. Menurut input latihan motivasi
pencapaian yang mengandungi ciri-ciri persaingan, cabaran,
kecemerlangan, tanggungjawab, usaha dan kejayaan adalah amat sesuai
kerana ianya telah meningkatkan pembolehubah-pembolehubah tertentu
seperti prestasi peperiksaan dalam kursus-kursus kuantitatif dan kreatif,
kebiasaan dan sikap pelajar.
Walaupun ianya tidak menerangkan secara lansung perkaitan
antara motivasi dengan penglibatan jurulatih-jurulatih dalam aktiviti
pendidikan luar namun ianya boleh dijadikan panduan kepada
perancangan dan pelaksanaan serta menarik minat untuk menyertai
sesuatu bidang yang diceburi secara rela atau paksarela. Ini kerana kajian
menunjukkan terdapat perubahan dari segi sikap dan kebiasaanya pelajar-
pelajar universiti ke arah positif. Keberkesanan kajiannya telah
menyokong kepada Teori Motivasi Pencapaian Afektif McClelland
(1961) dan Teori Motivasi Pencapaian Kognitif Weiner (1974). Teori-
teori tersebut boleh disesuaikan dan diterimapakai kepada individu
30
tertentu sebagai prinsip-prinsip psikologi dalam menghadapi masalah
tingkahlaku manusia dalam persekitaran sosial.
Antara kajian lain yang dibuat berkaitan dengan motivasi ialah
”Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal
Models” oleh Barron (2001). Hasil kajiannya menyatakan tujuan
pencapaian menggambarkan kehendak seseorang individu dalam
mencapai apa yang dikehendaki. Seseorang individu boleh
memotivasikan dirinya untuk dua tujuan yang berbeza iaitu
meningkatkan kebolehan dengan belajar bersungguh-sungguh atau
menambahkan penilaian diri dengan memberi persembahan terbaik dan
membuat perbandingan dengan orang lain. Katanya lagi, usaha dilihat
sebagai satu komponen utama kepada kejayaan. Oleh sebab itu seseorang
individu perlu mencari cabaran dan meneruskan pencapaian tanpa
mengira kesalahan atau menghadapi kepayahan. Namun begitu seseorang
individu yang mendekati tujuan persembahan akan lebih mengambil berat
tentang keupayaan mereka berbanding dengan orang lain dan mungkin
akan mengelakkan cabaran kerana takut untuk menunjukkan tahap
keupayaan yang tinggi. Sebagai penyelesaian, mereka mungkin akan
menarik diri daripada menghadapi kegagalan.
Harackiewicz dan Elliot (1993), berpendapat bahawa sebarang
tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi. Individu yang
berada pada tahap rendah pencapaiannya menunjukkan motivasi yang
tinggi dalam tujuan penguasaan manakala individu yang tinggi dalam
pencapaian orientasinya akan lebih berminat kepada tujuan persembahan.
Kebanyakan teori-teori tersebut masih lagi hangat diperdebatkan namun
kesimpulan awal boleh dibuat bahawa mereka yang mempunyai motivasi
31
yang tinggi akan menghasilkan kesan penguasaan untuk jangka panjang
berbanding dengan individu yang kurang motivasinya.
Bagi hasil kajian Yusof Ismail (1989), yang bertajuk ’Personality
and Sports Motivation Among Varsity Athletes’, menyatakan bahawa
pelajar universiti yang melibatkan diri dalam sukan akan menjadi lebih
peka kepada persekitaran. Keadaan ini disebabkan perbezaan pencapaian
motivasi yang mereka miliki. Keadaan ini juga bukan sahaja melibatkan
atlit tetapi juga jurulatih. Masa yang diluangkan bersama jurulatih telah
menunjukkan terdapatnya perbezaan dalam mutu pencapaian. Jurulatih
lebih banyak mementingkan pergerakan yang agresif dalam menerapkan
sikap ingin berjaya dan juga sikap kerjasama dalam motivasi. Kajian juga
melihat kepada pencapaian motivasi telah dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti latihan fizikal, luahan emosi serta faktor sosial.
Maslow (1954), telah menghuraikan teori motivasi mengikut
hierarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas
atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul
keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Keperluan
fisiologi ialah seperti keperluan kepada udara, air, makanan, pembuangan
kotoran badan dan lain-lain. Keperluan untuk keselamatan termasuklah
merasa dilindungi dan tidak terancam. Peringkat yang ketiga ialah
keperluan kasih sayang seperti ingin disayangi oleh ibu bapa atau
diterima oleh rakan sebaya dalam kumpulan. Keperluan penghargaan
juga penting seperti pujian, pemberian hadiah kerana kejayaan dan
sebagainya. Keperluan peringkat yang tertinggi ialah peringkat sempurna
kendiri. Pada peringkat ini, seseorang akan cuba memenuhi potensi yang
dipunyai ke tahap yang paling maksimum (Kagen dan Havemann, 1976).
32
Azizah Nordin (1990), telah membuat kajian tentang masalah
dalam pelaksanaan aktiviti di tiga buah sekolah di daerah Gombak yang
mana sampel-sampelnya terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang
guru kurikulum dan 270 orang pelajar di setiap sekolah yang berasingan.
Dengan menggunakan kaedah perbincangan, temubual dan soal selidik,
segala data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan
kekerapan dan khi kuasa dua. Kajian ini mendapati sekolah yang dikaji
menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Guru-guru
juga didapati tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan aktiviti
kokurikulum dan ditambah pula faktor kekurangan minat. Majoriti pelajar
melibatkan diri dalam organisasi pendidikan luar dan mana-mana mereka
yang aktif adalah hasil dorongan dalam diri selain guru-guru, ibubapa dan
rakan-rakan.
McClelland, Atkinson, Clark dan Lowell di dalam Auvergne
(1983), bersetuju bahawa motivasi pencapaian adalah satu sebab atau
haluan dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan disebabkan
adanya norma dalaman dan sebagai satu kecenderungan untuk mereka
bertindak dengan baik.
Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993), telah mengkaji tentang
faktor penglibatan pelajar tingkatan empat di Malaysia dalam aktiviti
rekreasi. Kajian ini mendapati bahawa tahap penglibatan pelajar-pelajar
tingkatan empat dalam aktiviti-aktiviti rekreasi adalah kurang
memuaskan. Faktor-faktor minat adalah lebih dominan daripada faktor
masa dalam mencorak tingkah laku rekreasi pelajar. Kajiannya
mencadangkan agar kemudahan rekreasi yang ada di sekolah-sekolah
boleh digunakan oleh pelajar-pelajar (dengan pengawasan orang dewasa)
di masa cuti sekolah seperti cuti hujung minggu, penggal atau semester.
33
Muhammad Rafee (1990), mengkaji faktor-faktor mahasiswa dan
mahasiswi program Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dalam
kegiatan luar bilik kuliah. Penilaian yang dilakukan dengan menggunakan
borang soal selidik yang mengandungi faktor-faktor bebanan akademik,
kepimpinan, aktiviti yang diadakan dan rakan sebaya. Hasil kajian
mendapati semua faktor yang dikaji mempengaruhi penglibatan mereka
dalam aktiviti kegiatan luar bilik kuliah.
2.6 Kesimpulan
Penglibatan seseorang individu di dalam semua jenis aktiviti pendidikan
luar banyak dipengaruhi oleh faktor psikologi dan fizikal. Tanpa kekuatan
motivasi penglibatan dalam aktiviti luar tidak akan membuahkan hasil
sebagaimana yang diharapkan. Walaupun motivasi ekstrinsik lebih
menunjukkan kesan pada peringkat awalnya namun ia akan menjadi barah
sekiranya menjadi pegangan kepada setiap individu.
Berasaskan kepada kajian-kajian lepas, ramai pengkaji-pengkaji dan ahli-
ahli psikologi telah memberi definisi, teori dan kajian-kajian yang berkaitan
mengenai motivasi. Walaupun mereka ini telah memberi definisi dan teori-teori
yang berlainan tetapi secara keseluruhannya konsep asas tentang motivasi
masih sama. Keadaan ini memberi gambaran kepada kita bahawa faktor-faktor
motivasi memainkan peranan yang amat penting yang mempunyai pengaruh
yang amat besar dalam menetukan tahap penglibatan dan juga pencapaian
seseorang individu. Justeru itu amat bertepatan sekali langkah pengkaji
membuat penyelidikan ini dengan lebih mendalam dan lebih spesifik lagi
kerana banyak dapatan baru boleh dirumuskan bagi kegunaan tenaga-tenaga
pengajar untuk aktiviti pendidikan luar.
34
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini penulisan adalah lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai
tatacara kajian. Menurut Mohd.Najib Abdul Ghafar (2003), metodologi kajian merujuk
kepada tatacara melaksanakan kajian. Aspek-aspek yang akan diperjelaskan dalam
metodologi kajian adalah menerangkan bagaimana mengkaji yang meliputi beberapa
perkara, iaitu reka bentuk kajian, populasi sampel dan tempat instrumentasi, analisis data
dan kalender kajian.
Menurut Majid Konting (1990), kegagalan menggunakan kaedah mengumpul
data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur. Dengan
lain perkataan, kaedah atau metodologi kajian adalah cara yang dapat menetukan sesuatu
kajian itu perlu dilakukan yang memperolehi dapatan dan keputusan kajian yang sah dan
boleh dipercayai.
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menegnal pasti Faktor Di Antara
Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Ijazah
35
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Dalam Menjalankan Aktiviti
Kegiatan Luar Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor - satu kajian kes.
3.2 Rekabentuk Kajian
Menurut Majid Konting (1990), reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah
tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah.
Kajian ini berbentuk deskriptif secara tinjauan yang menggunakan borang soal selidik
untuk mengumpulkan maklumat. Data yang dikumpulkan akan dianalisis secara
deskriptif dan inferensi.
Rekabentuk kajian deskriptif adalah melihat gambaran beberapa situasi
antaranya untuk melihat dapatan secara kekerapan dan peratusan dan taburan min bagi
pembolehubah bebas dan melihat dapatan secara terperinci. Kajian kolerasi pula adalah
Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar
Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Dalam
Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,
Johor - satu kajian kes. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Menurut Majid Konting (1990), kajian kolerasi
merupakan kajian yang mengkaji perkaitan pembolehubah dan pengkaji juga dapat
mengetahui dan menentukan variasi yang berlaku pada satu pembolehubah dan
kaitannya dengan variasi yang berlaku pada satu pembolehubah lain. Jelas beliau lagi
kajian kolerasi amat popular dalam pengkajian dunia pendidikan. Tujuan kolerasi adalah
36
untuk menyiasat setakat mana variasi dalam sesuatu faktor seimbang dengan variasi-
variasi atau faktor-faktor lain berdasarkan kepada pekali kolerasi.
Menurut Mohd. Najib (2003), menyatakan bahawa pembolehubah adalah
peristiwa atau objek yang dinilai yang boleh berubah-ubah. Pembolehubah bersandar
adalah hasil yang diramalkan akibat sesuatu perubahan kejadian, manakala
pembolehubah tak bersandar adalah tindakan atau kejadian yang mempengaruhi produk
atau hasil. Dalam kajian ini pembolehubah bersandar ialah Penglibatan Para Pelajar 1
SPS Dalam Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di UTM, Skudai Johor Bahru dan
pemboleh ubah tidak bersandar ialah motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk lapangan (field study).
Kebaikan kajian adalah seperti berikut:
3.2.1 Ianya sesuai untuk mengetahui proses dan perubahan kehidupan seharian
memandangkan ia dilakukan dalam persekitaran semulajadi.
3.2.2 Keadaan realistiknya menjadikan kajian lapangan dijalankan secara
fleksibel, dinamik dan tidak statik. Kajian sedemikian membenarkan
pembolehubah dimanipulasikan untuk mendapatkan keputusan secara
empirikal.
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perkaitan Faktor Di Antara Motivasi
Intrinsik dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar 1 SPS Dalam Menjalankan
Aktiviti Kegiatan Luar Di Pusat Ko Kurikulum, Johor Bahru- satu kajian kes. Alat
kajian adalah terdiri daripada 27 item soalan. Kajian soal selidik ini mengandungi 3
bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan profil
diri responden. Bahagian B merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi Intrinsik,
37
manakala bahagian C merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi Ekstrinsik.
Maklumat dan data populasi kajian dikumpulkan melalui borang soal selidik yang
diedarkan.
3.3 Tempat Kajian
Tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah di UTM, Skudai Johor.
Rasional pemilihan tempat berkenaan kerana ianya merupakan tempat para pelajar 1
SPS menjalankan aktiviti pendidikan luar.
3.4 Populasi Kajian
Menurut Mohd Najib (2003), populasi ialah sekumpulan masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Soal selidik adalah kaedah kajian yang paling popular,
mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data yang senang diproses untuk
dianalisis (Mohd. Najib, 2003).
Kajian soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A merupakan profil diri pelajar. Bahagian B merupakan soal
38
selidik berkaitan dengan motivasi intrinsik, manakala bahagian C merupakan soal
selidik berkaitan dengan motivasi ekstrinsik.
3.5 Sampel Kajian
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 24 orang pelajar yang
merupakan pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
(SPS), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Kedua-
dua jantina melibatkan diri di dalam kajian ini. Semua respoden diminta mengisi borang
soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik. Semua responden dikehendaki melibatkan
diri dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat yang penuh dan diharapkan tiada ralat
persampelan akan berlaku.
3.6 Instrumen Kajian
Menurut Majid Konting (1998), alat ukur boleh digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu konsep yang dikehendaki dalam sesuatu
penyelidikan. Selain itu, sesuatu alat ukur yang digunakan mestilah dapat mengukur
apa yang sepatutnya.
39
Instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah
soal selidik yang mengandungi faktor-faktor motivasi yang berdasarkan kajian oleh
Gill, et. Al. (1983) dan kajian oleh Longhurst dan Spink (1987). Soal selidik ini
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
3.6.1 Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan biodata
responden.
3.6.2 Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi
Intrinsik.
3.6.3 Bahagian C mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi
Ekstrinsik
Setiap item soalan akan diubahsuai dengan diberikan skor mengikut Skala
Pemeringkatan Likert dalam Majid Konting (1998). Skor akan diberi secara
meningkat seperti yang dinyatakan di bawah:
JADUAL 3.1: Rajah Skala Pemeringkat Likert
Respon Skor Simbol
Sangat tidak setuju 1 STS
Tidak setuju 2 TS
Tidak Pasti 3 TP
Setuju 4 S
Sangat setuju 5 SS
40
Terdapat kebaikan menggunakan model ini di dalam pengukuran tinjauan.
Kebaikannya ialah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi disebabkan ia
mengandungi skala jawapan yang meluas seperti yang terdapat di dalam soal selidik
yang dijawab oleh responden. Dengan menggunakan skala likert, penyelidik dapat
mengukur tahap penglibatan jurulatih-jurulatih di dalam aktiviti pendidikan luar.
3.7 Prosedur Kajian
Dalam kajian ini, maklumat primer akan dikumpulkan melalui soal selidik yang
telah dijawab oleh 24 orang pelajar 1 SPS. Kebenaran menjalankan kajian ini perlulah
diperolehi terlebih dahulu daripada pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Luar
(SPR 1832) Prof Madya Dr Abdul Hafidz bin Hj Omar.
Sementara menunggu keputusan permohonan saya telah membuat kajian rintis
kepada seramai sepuluh orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4 Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Rasional saya membuat kajian rintis terhadap pelajar
tahun 4 ini kerana mereka pernah mengambil silibus Pendidikan Luar (SPR 1832), telah
menjalani latihan mengajar dan mempunyai pengalaman tentang jurulatih pendidikan
luar.
41
Setelah semua kebenaran diperolehi, barulah penyelidik akan memulakan kajian
dengan mengadakan sesi pertemuan dengan pelajar 1 SPS. Sebanyak 24 set borang soal
selidik diedarkan diedarkan kepada responden untuk dijawab secara jujur dan ikhlas.
Matlamat serta objektif ujian akan diterangkan terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum
responden menjawab soalan soal selidik yang diberi.
Responden akan diingatkan dan dinasihatkan agar dapat memberi kerjasama
sepenuhnya kepada penyelidik semasa sesi pentadbiran ujian dijalankan. Responden
juga akan diingatkan bahawa soal selidik ini bukanlah satu bentuk ujian atau penilaian.
Maklumat diri responden akan dirahsiakan. Oleh itu responden tidak perlu berasa gusar.
Tempoh masa yang secukupnya akan diberi untuk menjawab soal selidik tersebut.
Setelah data diperolehi hasil penyelidikan ini akan diproses dan dianalisis secara
terperinci dengan menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical
Package For Science Social) untuk melihat pekali kebolehpercayaan. Setelah data di
analisis pengkaji akan menyediakan laporan akhir seterunya menghantar kepada
pensyarah. Pengkaji turut melakukan penyemakan data setelah mendapat maklum balas
daripada pensyarah. Seterusnya pengkaji akan menyediakan kertas kerja dan membuat
sinopsis kajian untuk sesi pembentangan semester tahun akhir. Proses yang terakhir
ialah pengkaji akan memperbaiki penulisan kajian sebelum penyerahan projek akhir
dilakukan dan dijilidkan menjadi sebuah buku.
42
3.8 Kajian Rintis
Pengkaji membuat kajian rintis untuk menguji kebolehpercayaan alat yang
dibina. Soal selidik diedarkan kepada 10 orang yang dipilh secara rawak yang terdiri
daripada pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan),
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dan mereka ini bukan
terdiri daripada sampel sebenar kajian. Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum
melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel
yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji.
Tujuan kajian Rintis dijalankan adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan
kesahan item-item soal selidik serta untuk memastikan item soal selidik benar-benar di
fahami oleh sampel kajian yang sebenar nanti. Hasil daripada kajian rintis dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For
Science Social) untuk melihat pekali kebolehpercayaan. Hasil daripada kajian rintis
tersebut didapati bahawa secara keseluruhannya nilai pekali Alpha adalah 0.80 berada
pada tahap keboleh percayaan yang baik. Menurut Najib (1999), pekali Alpha Cronbach
yang digunakan dalam kajian rintis seperti yang terdapat dalam rajah di bawah:
RAJAH 3.2 Pekali Alpha Cronbach
Markah Tahap
0.0 – 0.2 Rendah – ubah semua item
0.2 – 0.8 Sederhana – ubah sebilangan item
0.8 – 1.0 Tinggi – item boleh diterima
43
3.9 Analisis Data
Sumber data dan maklumat kajian ini diperolehi melalui data premier. Kaedah
ini berdasarkan soal selidik yang diisi oleh responden di mana data-data ini akan
dikumpul dan di analisis secara terperinci. Mengikut Rahimah Abdul Aziz (1991),
sumber primer adalah data yang dikumpul daripada kerja lapangan dan digunakan
sendiri oleh penyelidik atau mana-mana sumber yang wujud dalam sesuatu masa yang
tertentu.
Semua data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis secara terperinci dengan
menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For Science
Social). Bagi menganalisis biodata responden, kaedah statistik deskriptif akan digunakan
untuk mendapatkan bilangan dan peratusan responden bagi setiap item yang dianalisis
dalam bentuk jadual.
Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan taburan peratusan, skor min
dan sisihan piawai. Selain daripada itu, skor min dan sisihan piawai digunakan untuk
menentukan faktor-faktor motivasi yang terpenting yang mempengaruhi penglibatan
jurulatih-jurulatih terhadap aktiviti pendidikan luar.
44
3.10 Jangkamasa Kajian
Penyelidik bermula pada awal bulan Mac dengan pemilihan tajuk awal projek
yang diluluskan oleh penyelia projek. Seterusnya proses pengumpulan bahan kajian
dilakukan dan disusuli dengan kerja-kerja penulisan. Kerja-kerja penulisan bab 1 dan
bab 3 akan disiapkan pada awal bulan Oktober. Seterusnya proses menyediakan
kelengkapan untuk melakukan ujian akan dilakukan dan dilaksanakan pada bulan
Januari. Setelah selesai pengumpulan data-data kajian, kerja menganalisis data dilakukan
dalam bab 4 dan bab 5 sepanjang Februari, Mac dan April. Pada awal bulan April, sesi
pembentangan projek akan dilaksanakan dan disusuli dengan penyempurnaan projek ini.
3.11 Kesimpulan
Di dalam bab metodologi ini akan menjadi garis panduan kepada penyelidik
kerana bab ini menerangkan beberapa langkah yang akan dilakukan semasa proses
membuat kajian. Prosedur yang dirancang ini adalah untuk memudahkan proses
penyelidikan dijalankan dan dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam bab ini juga
diterangkan mengenai reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, instrumen
kajian, prosedur kajian, kajian rintis dan analisis data. Ia juga dapat dijadikan garis
panduan atau petunjuk untuk meneruskan penyelidikan supaya tidak tersasar dari skop
dan batasan kajian yang telah ditetapkan.
45
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini mengemukakan hasil yang telah dikumpul dan dianalisis
berkaitan dengan persoalan kajian yang merupakan sebab utama mengapa kajian
ini dijalankan. Dapatan hasil kajian telah dilakukan secara deskriptif.
Pembentangannya adalah disusun berdasarkan kepada turutan persoalan kajian.
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik dalam penglibatan responden-responden
terhadap aktiviti pendidikan luar. Dalam kajian ini, satu set borang soal selidik
digunakan untuk mengetahui hubungan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik
dalam penglibatan responden terhadap aktiviti pendidikan luar. Bab ini
seterusnya membincangkan dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan maklum
balas responden terhadap soal selidik yang diedarkan. Dapatan dan hasil kajian
ini akan dibincangkan dan dirumuskan bagi menjawab semua persoalan kajian.
46
4.2 Penganalisisan Data
Data-data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis menggunakan
statistik deskriptif. Statistik ini merangkumi analisis kekerapan dan peratusan
bagi menjelaskan demografi respondendan semua dapatan bagi setiap
pembolehubah yang dikaji.
4.3 Dapatan dan Perbincangan
4.3.1 Data Demografi Responden
Responden kajian ini terdiri daripada 24 orang pelajar Tahun 1
Program Sains Sukan, Fakulti Pendidikan UTM Skudai, Johor. Data
mengenai demografi responden bagi kajian ini akan dibahagikan kepada
beberapa aspek iaitu : jantina, kaum, jarak tempat tinggal dari pusat
kegiatan pendidikan luar, umur, tempoh mula melibatkan diri dalam
aktiviti pendidikan luar, umur mula libatkan diri dalam pendidikan luar
dan minat keluarga dalam pendidikan luar.
47
JADUAL 4.1: Taburan Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Jantina
Jantina Frekuensi (f) Peratus (%)
Lelaki 16 66.67
Perempuan 8 33.33
Jumlah 24 100
Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jantina. Jumlah keseluruhan responden adalah 24 orang
pelajar 1 SPS Program Sains Sukan yang mana 16 orang (66.67%)
terdiri daripada pelajar lelaki manakala 8 orang (33.33%) terdiri
daripada pelajar perempuan.
JADUAL 4.2: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
Bangsa Frekuensi Peratus (%)
Melayu 22 91.67
Cina 2 8.33
Jumlah 24 100
Jadual 4.2 pula menunjukkan taburan bilangan dan peratus
responden berdasarkan bangsa. Seramai 22 orang responden (91.67%)
berbangsa Melayu dan 2 orang (8.33%) berbangsa Cina.
48
JADUAL 4.3: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jarak Tempat Tinggal Mereka Dari Pusat
Kegiatan Pendidikan Luar
Jarak Dari Pusat Kegiatan Frekuensi Peratus (%)
1-5 km 14 58.33
6-10 km 1 4.17
16 km ke atas 9 37.5
Jumlah 24 100
Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
berdasarkan jarak tempat tinggal dari pusat kegiatan pendidikan luar.
Seramai 14 orang responden (58.33%) yang jarak tempat tinggal mereka
dari pusat kegiatan pendidikan luar antara 1-5km. Terdapat seorang
responden (4.17%) yang jarak tempat tinggal mereka dari pusat kegiatan
pendidikan luar antara 6-10km. Seramai 9 orang responden (37.5%) yang
jarak tempat tinggal mereka dari pusat kegiatan pendidikan luar antara
16km ke atas.
JADUAL 4.4: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
Umur Frekuensi Peratus (%)
20-25 tahun 24 100
Jumlah 24 100
Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
berdasarkan umur. Keseluruhan responden berumur diantara 20-25 tahun
(100%).
49
JADUAL 4.5: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Berdasarkan Tempoh Mereka Melibatkan Diri Dalam
Kegiatan Aktiviti Luar
Mula Terlibat (Tahun) Frekuensi Peratus (%)
1-5 tahun 6 25
6-10 tahun 12 50
11-15 tahun 6 25
Jumlah 24 100
Jadual 4.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
berdasarkan tempoh mereka melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar. Seramai
6 orang responden (25%) mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar pada
1-5 tahun yang lalu. Terdapat 12 orang responden (50%) mula melibatkan diri
dalam kegiatan aktiviti luar pada 6-10 tahun yang lalu. Seramai 6 orang
responden (25%) mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar pada 11-15
tahun yang lalu.
50
JADUAL 4.6: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Umur Mereka Melibatkan Diri Dalam Kegiatan Aktiviti Luar
Mula Terlibat (Umur) Frekuensi Peratus (%)
5-10 tahun 7 29.17
11-15 tahun 12 50
16-20 tahun 5 20.83
Jumlah 24 100
Jadual 4.6 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
berdasarkan umur mereka mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar.
Seramai 7 orang responden (29.17%) mula melibatkan diri dalam kegiatan
aktiviti luar pada umur di antara 5-10 tahun. Terdapat 12 orang responden (50%)
mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar pada umur di antara 11-15
tahun. Seramai 5 orang responden (20.83%) mula melibatkan diri dalam kegiatan
aktiviti luar pada umur di antara 16-20.
51
JADUAL 4.7: Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Keluarga Mereka Meminati Kegiatan Aktiviti Luar
Aktiviti pendidikan luar Frekuensi Peratus (%)
Minat 20 83.33
Tidak berminat 4 16.67
Jumlah 24 100
Jadual 4.7 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden
berdasarkan keluarga mereka meminati kegiatan aktiviti luar. Seramai 20 orang
responden (83.33%) yang mana keluarga mereka meminati kegiatan aktiviti luar.
Terdapat 4 orang responden (16.67%) yang mana keluarga mereka tidak
meminati kegiatan aktiviti luar.
4.2.2 Analisis Deskriptif
Perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan analisis dalam bentuk
min, peratus dan frekuensi bagi mengetahui pandangan responden berkenaan
dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kesemua item yang
dikemukakan mempunyai format skala likert lima mata yang mempunyai
jawapan sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
Bagi memudahkan analisis, format jawapan telah diinterpretasi semula
menjadi 3 bahagian sahaja iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Dalam
bahagian B terdiri daripada 10 soalan berkaitan dengan motivasi intrinsik dan
10 soalan berkaitan dengan motivasi ekstrinsik.
52
Untuk melihat secara lebih dekat tentang hubungan motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik dalam penglibatan pelajar-pelajar Tahun 1 Program Sains
Sukan, UTM Skudai terhadap aktiviti pendidikan luar, pengkaji telah
mengkelaskan keutamaan skor jenis-jenis faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik
yang terdapat dalam borang soal selidik. Antara faktor tersebut ialah :
4.2.2.1 Faktor Intrinsik:
i. Minat (item 1)
ii. Kecergasan (item 3)
iii. Kemahiran (item 6)
iv. Keseronokan (item 5)
v. Sikap (item 2)
4.2.2.2 Faktor Ekstrinsik:
i. Ganjaran (item 2)
ii. Dorongan (item 1)
iii. Populariti (item 10)
iv. Mobiliti sosial (item 9)
v. Pujian (item 7)
4.4 Motivasi Intrinsik
Sebanyak 10 item telah dikemukakan untuk aspek ini. Item-item tersebut
bermula daripada item 1 hingga item 10. Hasil analisis untuk aspek ini adalah seperti
dalam Jadual 4.8 di bawah menunjukkan keseluruhan analisis terhadap aspek motivasi
Intrinsik.
53
JADUAL 4.8: Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan Frekuensi
Mengenai Aspek Motivasi Intrinsik.
Item Pernyataan item Setuju
% F
Tidak
Pasti
% F
Tidak
Setuju
% F
Min
1. Saya sangat meminati kegiatan aktiviti
luar
95.8 23 4.2 1 0 0 4.5
2. Kegiatan aktiviti luar dapat membina
sikap dan personaliti saya
95.8 23 4.2 1 0 0 4.4
3. Setiap pergerakan dalam kegiatan
aktiviti luar meningkatkan kecergasan
fizikal
100 24 0 0 0 0 4.5
4. Saya menyertai kegiatan aktiviti luar
kerana ingin bersama kawan-kawan
62.5 15 29.2 7 8.3 2 3.7
5. Saya suka aksi-aksi yang terdapat
dalam kegiatan aktiviti luar
91.7 22 8.3 2 0 0 4.4
6. Saya amat berminat dalam mempelajari
teknik dan kemahiran baru dalam
kegiatan aktiviti luar
100 100 0 0 0 0 4.5
7. Saya mendapat kepuasan yang
sepenuhnya apabila selesai melakukan
kegiatan aktiviti luar
87.5 21 12.5 3 0 0 4.3
8. Bentuk fizikal saya amat sesuai bagi
menjalani kegiatan aktiviti luar
75 18 25 6 0 0 4.1
9. Saya berminat dengan aktiviti luar
kerana ia dapat melepaskan ketegangan
dan tekanan hidup
87.5 21 12.5 3 0 0 4.3
10. Kegiatan aktiviti luar dapat
meningkatkan kecergasan mental
100 100 0 0 0 0 4.5
Purata peratusan / min 89.6% 9.6% 0.8% 4.3
54
Berdasarkan kepada item 1, seramai 23 orang responden (95.8%) bersetuju
bahawa mereka sangat meminati kegiatan aktiviti luar. Responden yang menjawab tidak
pasti adalah seorang (4.2%), manakala tiada responden tidak bersetuju dengan
pernyataan ini. Berdasarkan item 3, semua responden (100%) bersetuju dengan
pernyataan setiap pergerakan dalam kegiatan aktiviti luar akan meningkatkan kecergasan
fizikal mereka. Tiada responden yang menjawab tidak pasti dan tidak bersetuju.
Manakala item 4 pula, seramai 15 orang responden (62.5%) bersetuju bahawa mereka
menyertai kegiatan aktiviti luar kerana ingin bersama kawan-kawan. Seramai 7 orang
responden (29.2%) yang tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Manakala 2 orang
responden (8.3%) lagi tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Merujuk kepada item
6, semua responden (100%) bersetuju dengan kenyataan mereka amat berminat dalam
mempelajari teknik dan kemahiran baru dalam kegiatan aktiviti luar. Tiada responden
yang memberi jawapan tidak pasti dan tidak setuju. Seterusnya dalam item 10 juga
didapati semua responden (100%) bersetuju dengan kegiatan aktiviti luar dapat
meningkatkan kecergasan mental. Tiada responden yang memberi jawapan tidak pasti
dan tidak setuju.
Terdapat empat item yang mempunyai min tahap yang tertinggi. Antara item
tersebut ialah item 1,item 3, item 6 dan juga item 10. Item 1 iaitu “Saya sangat meminati
kegiatan aktiviti luar” mencatatkan min iaitu 4.5. Begitu juga dengan item 3 yang
berbunyi “Setiap pergerakan dalam kegiatan aktiviti luar meningkatkan kecergasan
fizikal” telah mencatatkan min sebanyak 4.5. Seterunya item 6 iaitu ”Saya amat
berminat dalam mempelajari teknik dan kemahiran baru dalam kegiatan aktiviti luar”
turut mencatatkan tahap min yang tinggi iaitu 4.5. Akhir sekali, item 10 juga turut
mencatatkan tahap min yang tinggi iaitu 4.5 di mana kenyataannya yang berbunyi ”
Kegiatan aktiviti luar dapat meningkatkan kecergasan mental”. Manakala item 4 iaitu ”
Saya menyertai kegiatan aktiviti luar kerana ingin bersama kawan-kawan” merupakan
min tahap yang sederhana iaitu 3.7. Tiada min terendah bagi dapatan hasil analisis kajian
55
ini. Min keseluruhan bagi aspek motivasi intrinsik (dalaman) adalah 4.3 iaitu berada
pada tahap yang tinggi di mana 89.6% responden yang bersetuju dengan setiap item
dalam pernyataan kajian 1 ini. Pada keseluruhannya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
pelajar-pelajar 1 SPS Program Sains Sukan Fakulti Pendidikan, UTM Skudai menyertai
aktiviti luar adalah berdasarkan minat mereka sendiri tanpa mengharapkan sebarang
habuan mahupun ganjaran yang lumayan.
56
4.5 Motivasi Ekstrinsik
Sebanyak 10 item telah dikemukakan untuk aspek ini. Item-item tersebut
bermula daripada item 1 hingga item 10. Hasil analisis untuk aspek ini adalah seperti
dalam Jadual 4.9 di bawah menunjukkan keseluruhan analisis terhadap aspek motivasi
ekstrinsik.
JADUAL 4.9: Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan Frekuensi
Mengenai Aspek Motivasi Ekstrinsik
Item Pernyataan item Setuju
F %
Tidak
Pasti
F %
Tidak
Setuju
F %
Min
1. Saya selalu mendapat galakan dan
dorongan daripada keluarga dalam
menjalani latihan aktiviti luar
79.2 19 20.8 5 0 0 4.2
2. Saya melibatkan diri dalam kegiatan
aktiviti luar untuk mendapatkan
pengiktirafan seperti anugerah,
kenaikan pangkat dan lain-lain
29.2 7 29.2 7 41.6 10 2.8
3. Saya melibatkan diri dalam aktiviti
luar untuk mendapat hadiah seperti
medal dan sijil
33.3 8 25 6 41.7 10 2.9
4. Saya menyertai aktiviti kegiatan luar
kerana suka dengan jurulatihnya
16.6 4 54.2 13 29.2 7 2.9
5. Saya meminati kegiatan luar kerana
ada peluang menerokai aktiviti luar
95.8 23 4.2 1 0 0 4.3
57
6. Saya suka dengan kemudahan dan
peralatan yang digunakan dalam
aktiviti kegiatan luar
66.7 16 25 6 8.3 2 3.8
7. Saya bangga dengan pujian yang
diberi atas kemahiran saya di dalam
aktiviti kegiatan luar
50 12 20.8 5 29.2 7 3.3
8. Saya menyertai kegiatan aktiviti
untuk memenuhi masa lapang secara
berfaedah
95.8 23 4.2 1 0 0 4.4
9. Saya akan mendapat ramai kawan
apabila menyertai kegiatan aktiviti
luar
91.7 22 8.3 2 0 0 4.3
10. Saya menyertai kegiatan aktiviti luar
agar saya dikenali ramai
37.5 9 37.5 9 25 6 3.2
Purata peratusan / min
59.6 %
22.9 %
17.5 %
3.6
Berdasarkan kepada item-item di atas, Item 8, seramai 23 orang (95.8%)
responden menunjukan jumlah tertinggi yang bersetuju bahawa mereka menyertai
kegiatan aktiviti luar untuk memenuhi masa lapang secara berfaedah, seorang
responden (4.2%) menyatakan tidak pasti dan tiada responden yang tidak bersetuju
dengan pernyataan ini.
Seterusnya, item 2 pula menunjukkan jumlah yang terendah di mana hanya 7
orang responden (29.2%) bersetuju bahawa mereka melibatkan diri dalam kegiatan
aktiviti luar untuk mendapatkan pengiktirafan seperti anugerah, kenaikan pangkat dan
lain-lain. Ini diikuti pula dengan 7 orang responden (29.2%) menyatakan tidak pasti dan
10 orang responden (41.6%) menjawab tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan.
58
Hasil analisis Jadual 4.9 di atas, item 8 iaitu “Saya menyertai kegiatan aktiviti
untuk memenuhi masa lapang secara berfaedah.” Berada pada tahap min yang tertinggi
iaitu 4.4 manakala item yang ke 2 iaitu “Saya melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti
luar untuk mendapatkan pengiktirafan seperti anugerah, kenaikan pangkat dan lain-
lain” merupakan min tahap yang rendah iaitu 2.8. Min keseluruhan bagi kajian Motivasi
Ekstrinsik ini adalah 3.6. Dapatan ini juga menunjukkan purata 59.6% responden
bersetuju dengan setiap item dalam pernyataan ini bahawa motivasi ekstrinsik menjadi
pendorong kepada diri mereka untuk menyertai aktiviti pendidikan luar.
4.6 Analisis Min dan Sisihan Piawai Jenis-Jenis Faktor Motivasi Intrinsik
Analisis ini akan melihat keutamaan skor jenis-jenis faktor motivasi intrinsik
terhadap penglibatan responden dalam aktiviti pendidikan luar. Data juga dianalisa
menggunakan kaedah min dan sisihan piawai bagi melihat keutamaan pengaruh motivasi
intrinsik terhadap responden. Min yang tertinggi bagi setiap item dianggap sebagai
faktor utama bagi meransang motivasi terhadap responden dalam penglibatan terhadap
aktiviti pendidikan luar. Maklumat lengkap dinyatakan dalam jadual di bawah.
59
JADUAL 4.10: Skor Min dan Sisihan Piawai Lima Faktor Motivasi
Intrinsik Mengikut Keutamaan
Lima Faktor N Min Sisihan Piawai (std)
Kecergasan 24 4.5 0.5
Kemahiran 24 4.5 0.5
Minat 24 4.4 0.7
Sikap 24 4.3 0.7
Keseronokan 24 4.0 0.8
Berdasarkan kepada jadual 4.10 di atas didapati faktor kecergasan
merupakan faktor yang paling utama yang menggalakkan responden melibatkan
diri di dalam aktiviti pendidikan luar. Skor minnya ialah 4.5 dan sisihan piawai
menunjukkan 0.5. Ini diikuti oleh faktor kemahiran yang menunjukkan nilai min
yang tertinggi juga iaitu nilai minnya 4.5 dan sisihan piawainya bersamaan
dengan 0.5. Faktor minat merupakan faktor yang kedua tertinggi iaitu nilai min
bersamaan dengan 4.4 manakala sisihan piawainya ialah 0.7. Faktor ketiga ialah
faktor sikap dengan nilai min 4.3 dan sisihan piawai bersamaan 0.7. Faktor
keseronokan juga tidak kurang penting dalam mempengaruhi penglibatan
responden seperti yang digambarkan di dalam jadual di atas. Namun begitu
faktor ini merupakan faktor yang paling kurang dipilih oleh responden
berbanding dengan faktor-faktor yang lain. Nilai minnya ialah 4.0 dan sisihan
piawai bersamaan dengan 0.8.
60
4.7 Analisis Min dan Sisihan Piawai Jenis-Jenis Faktor Motivasi
Ekstrinsik
Analisis seterusnya juga akan melihatkan keutamaan skor jenis-jenis
faktor motivasi ekstrinsik terhadap tahap penglibatan jurulatih-jurulatih terhadap
aktiviti pendidikan luar. Data dianalisis juga menggunakan kaedah min dan
sisihan piawai bagi melihat keutamaan pengaruh motivasi ekstrinsik terhadap
responden. Min yang tertinggi bagi setiap item di anggap sebagai faktor utama
bagi meransang motivasi responden di dalam penglibatan mereka terhadap
aktiviti pendidikan luar. Maklumat lengkap dipaparkan pada jadual 4.11 di
bawah ini.
JADUAL 4.11: Skor Min dan Sisihan Piawai Lima Faktor Motivasi
Ekstrinsik Mengikut Keutamaan
Lima Faktor N Min Sisihan Piawai (std)
Mobiliti Sosial 24 4.3 0.6
Dorongan 24 3.6 0.9
Pujian 24 3.3 0.2
Popular 24 3.2 0.7
Ganjaran 24 2.9 0.4
Berdasarkan kepada jadual 4.11 dapatlah dihuraikan bahawa faktor
mobiliti sosial merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi penglibatan
responden di dalam menjalankan aktiviti pendidikan luar. Nilai min bagi faktor
mobiliti sosial ialah 4.3 dan sisihan piawainya pula bersamaan dengan 0.6.
Faktor dorongan berada di dalam kedudukan kedua terpenting dengan nilai min
sebanyak 3.6 dan sisihan piawainya ialah 0.9. Seterusnya Faktor pujian
61
merupakan faktor ketiga terpenting di mana minnya ialah 3.3 manakala sisihan
piawainya pula adalah 0.2. Hal ini diikuti pula dengan faktor popular yang
berada pada kedudukan keempat di mana nilai minnya adalah 3.2 dan sisihan
piawainya ialah 0.7. Faktor ganjaran yang terdapat dalam soalan motivasi
ekstrinsik pula merupakan faktor kelima penting dengan nilai minnya sebanyak
2.9 dan sisihan piawainya pula ialah 0.4.
4.8 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Motif Utama Penyertaan Para
Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar
Analisis ini akan melihatkan keutamaan skor jenis-jenis faktor motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik terhadap tahap penglibatan jurulatih-jurulatih
terhadap aktiviti pendidikan luar. Data dianalisis juga menggunakan kaedah min
dan sisihan piawai bagi melihat keutamaan pengaruh kedua-dua jenis motivasi
terhadap responden. Min yang tertinggi bagi setiap item di anggap sebagai faktor
utama bagi meransang motivasi responden di dalam penglibatan mereka terhadap
aktiviti pendidikan luar. Maklumat lengkap dipaparkan pada jadual 4.12 di
bawah ini.
62
JADUAL 4.12: Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Motif Utama
Penyertaan Para Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti Pendidikan
Luar
Keutamaan Jenis Faktor Jenis Motivasi Min Sisihan Piawai
1 Kecergasan Intrinsik 4.5 0.5
2 Kemahiran Intrinsik 4.5 0.5
3 Minat Intrinsik 4.4 0.7
4 Sikap Intrinsik 4.3 0.7
5 Mobiliti sosial Ekstrinsik 4.3 0.6
6 Keseronokan Intrinsik 4.0 0.8
7 Dorongan Ekstrinsik 3.6 0.9
8 Pujian Ekstrinsik 3.3 0.2
9 Popular Ekstrinsik 3.2 0.7
10 Ganjaran Ekstrinsik 2.9 0.4
Berdasarkan kepada data yang diperolehi seperti dalam jadual di atas, analisis
mendapati motivasi intrinsik bagi item kecergasan dan kemahiran yang kedua-duanya
mempunyai min 4.5 dan sisihan piawai 0.5 merupakan motif yang paling utama dalam
penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti pendidikan luar. Motif kedua yang
berpengaruh dalam meransang penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti
pendidikan luar ialah minat di mana nilai minnya ialah 4.4 dan sisihan piawainya ialah
0.7. Motif yang seterusnya ialah faktor sikap di mana nilai minnya ialah 4.3 dan sisihan
piawainya ialah 0.7. Keempat-empat motif ini merupakan jenis faktor di dalam
kelompok motivasi intrinsik. Seterusnya kelompok motivasi ekstrinsik bagi item
mobiliti sosial nilai minnya ialah 4.3 dan sisihan piawainya ialah 0.6. Item keseronokan
dalam kelompok motivasi intrinsik mempunyai nilai min 4.0 dan sisihan piawainya ialah
0.8. Item dorongan, pujian, popular yang merupakan kelompok motivasi ekstrinsik
berada pada tahap bawah dan kurang disokong oleh responden. Akhir sekali, item
63
ganjaran dalam kelompok motivasi ekstrinsik berada pada kedudukan terakhir pilihan
responden yang mana minnya adalah 2.9 dan sisihan piawai ialah 0.4.
4.9 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Perbezaan Pengaruh
Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Dalam Penglibatan Para
Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar
Berdasarkan data yang diperolehi dibuat menggunakan kaedah min dan
sisihan piawai bagi melihat faktor yang paling berpengaruh yang meransang
penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti pendidikan luar. Min yang tertinggi
dianggap faktor yang paling berpengaruh manakala min yang terendah dianggap
sebagai faktor yang kurang berpengaruh. Maklumat yang lebih lengkap boleh dilihat
pada jadual di bawah.
JADUAL 4.13 : Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Perbezaan
Pengaruh Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Dalam
Penglibatan Para Pelajar 1 SPS Terhadap Aktiviti Pendidikan
Luar
Jenis Motivasi Min Sisihan piawai
Intrinsik 4.3 3.2
Ekstrinsik 3.5 2.8
Berdasarkan pada jadual 4.13 di atas, analisis menunjukkan min keseluruhan
faktor motivasi intrinsik ialah bersamaan dengan 3.2 dan sisihan piawai pula bersamaan
dengan 3.2. Manakala faktor bagi motivasi ekstrinsik pula min ialah bersamaan dengan
64
3.5 dan sisihan piawainya bersamaan dengan 2.8. Ini menunjukkan bahawa motivasi
intrinsik lebih mempengaruhi penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti
pendidikan luar berbanding dengan motivasi ekstrinsik. Analisis kedua-dua skor
menunjukkan perbezaan min yang diperolehi iaitu sebanyak 0.8.
4.10 Penutup
Pada keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang analisis data
serta keputusan kajian yang di lakukan di UTM dengan melihat secara khusus
tentang faktor motivasi manakah yang mempengaruhi para pelajar 1 SPS. Maklumat
diperolehi berdasarkan pengedaran soal selidik. Secara umumnya data-data telah
dapat dianalisis dengan sempurna menerusi penggunaan program SPSS for window
release 16.0. Melalui penggunaan secara statistik diskriptif, kesemua persoalan
kajian telah pun dibuat.
Seterusnya di dalam Bab V, pengkaji akan membuat perbincangan dan
rumusan serta memberikan cadangan-cadangan untuk kajian akan dating bagi
membolehkan fakulti pendidikan menghasilkan bakal jurulatih yang berkualiti
tinggi.
65
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan rumusan-rumusan yang telah diperolehi dalam
kajian ini. Asas perbincangan akan menumpukan tafsiran mengenai persoalan
kajian hujah-hujah serta huraian yang dikemukakan akan dikaitkan dengan
tujuan-tujuan kajian dan kajian-kajian lepas. Keputusan keseluruhan kajian akan
dibentangkan dan cadangan-cadangan yang bernas akan disyorkan.
Kemungkinan wujud masalah yang sama pada populasi yang lain boleh dianggap
sebagai sah. Pengkaji juga cuba akan mengaitkan masalah yang timbul dengan
persekitaran semasa bagi keputusan yang menyeluruh.
66
5.2 Rumusan dan Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Latar Belakang Responden
Pelajar 1 SPS di dapati bahawa pelajar lelaki lebih ramai daripada
pelajar perempuan. Di dalam 1 SPS terdiri daripada sedikit pelajar Cina
dan selebihnya adalah pelajar Melayu. Separuh daripada pelajar
berkenaan tinggal di dalam kampus UTM dan selebihnya tinggal di luar
kampus.
5.2.2 Analisis Faktor-Faktor Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap
Penglibatan Para Pelajar 1 SPS Dalam Aktiviti Pendidikan Luar
5.2.2.1 Motivasi Intrinsik
Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi intrinsik
iaitu faktor sikap, faktor minat, faktor kemahiran, faktor
kecergasan dan faktor keseronokan. Hasil kajian mendapati
bahawa responden mempunyai pandangan yang positif terhadap
penglibatan mereka terhadap aktiviti pendidikan luar setelah
menjalani program program pendidikan luar berkenaan. Nilai min
keseluruhan item-item yang berada di bawah kelompok motivasi
intrinsik adalah tinggi. Perkara ini terjadi kerana semua pelajar 1
SPS yang menjalani aktiviti pendidikan luar ini merupakan bakal
guru. Aktiviti-aktiviti pendidikan luar merupakan satu perkara
67
yang wajib ada dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di
negara kita. Seorang guru yang mempunyai kemahiran dalam
melakukan aktiviti pendidikan luar merupakan satu kelebihan
yang membolehkan guru-guru berkenaan mudah naik pangkat
atau kerjaya mereka senang meningkat naik. Ini kerana kemahiran
yang ada pada guru-guru berkenaan telah membolehkan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menggunakan tenaga luar
untuk menjayakan sebarang program aktiviti pendidikan luar yang
melibatkan pelajar-pelajar. Ini secara tidak lansung dapat
menjimatkan perbelanjaan kerana guru-guru merangkap jurulatih
tidak perlu dibayar perkhidmatan mereka kerana mereka
semuanya dikira menjalankan tugas.
Item 1, item 3, item 6 dan item 10 menunjukkan nilai min
yang paling tinggi. Responden bersetuju dengan kenyataan ” Saya
sangat meminati kegiatan aktiviti luar”, ” Setiap pergerakan
dalam kegiatan aktiviti luar meningkatkan kecergasan fizikal”, ”
Saya amat berminat dalam mempelajari teknik dan kemahiran
baru dalam kegiatan aktiviti luar” dan item yang kesepuluh
berbunyi ” Kegiatan aktiviti luar dapat meningkatkan kecergasan
mental”. Daripada data yang diperolehi mendapati responden
amat memahami betapa aktiviti pendidikan luar mempunyai
banyak kelebihan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan
seharian mereka. Kemahiran-kemahiran dan suasana yang
berlainan semasa menjalani program pendidikan luar banyak
membantu responden menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
68
Penetapan visi dan matlamat merupakan perkara pokok
sesuatu perlakuan. Matlamat yang berlandaskan hasilan dan
prestasi menjadi kemuncak kepada sesuatu usaha dan
perancangan. Bagi setiap individu yang melibatkan diri dalam
aktiviti pendidikan luar, menguasai sesuatu kemahiran aktiviti
adalah matlamat utama. Di sinilah ia perlu mempunyai
ketenangan mental, ketahanan emosi, keyakinan diri dan memberi
galakan kepada diri sendiri untuk memperolehi kemahiran yang
diingini.
Dapatan kajian ini disokong oleh Hooper (1978), yang
mana beliau menekankan faedah yang diperolehi dalam aktiviti
pendidikan luar seperti kecergasan fizikal, pembelajaran motor,
kesihatan dan menggunakan masa dengan penuh berkualiti.
Item-item lain yang kebanyakannya responden turut
memberi reaksi yang positif dan memperolehi hasil dapatan yang
tinggi. Ini menunjukkan responden begitu memahami mengapa
mereka harus melibatkan diri dalam program aktiviti pendidikan
luar.
Dapatan bagi kajian yang dijalankan ini disokong oleh
Barron (2001). Hasil kajiannya menyatakan tujuan pencapaian
menggambarkan kehendak individu untuk mencapai apa yang
dikehendaki.
69
Begitu juga dengan teori McClelland, Atkinson, Clark dan
Lowell (1983), yang menyatakan terdapat hubungan dan
perubahan positif antara motivasi dengan pencapaian dalam
mencapai sesuatu kejayaan. Berlainan pula dengan dapatan kajian
oleh kajian Maslow (1954), yang mana telah menghuraikan teori
motivasi mengikut hierarki keperluan.
Berkisar kepada apa yang diperolehi daripada kajian,
dapatlah dirumuskan bahawa individu-individu yang berjaya
dalam bidang yang diceburi memerlukan motif penyertaan dari
dalam diri untuk berjaya. Walaupun ada ganjaran-ganjaran luar
yang hebat menanti namun ia tidak dapat mengatasi kepentingan
dalaman yang ada pada diri seseorang. Bagi maksud pembinaan
motivasi dalaman, ia memerlukan teknik, kaedah dan program
yang terancang dari kalangan pakar disamping penerimaan
individu itu sendiri. Penglibatan individu-individu yang
bermotivasi dalam sesuatu aktiviti pendidikan luar akan
meransangkan peningkatan prestasi. Hal ini boleh dicapai dengan
menerapkan aspek motivasi dalam latihan dan persediaan aktiviti.
5.2.2.2 Motivasi ekstrinsik
Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi
ekstrinsik iaitu faktor popular, faktor mobiliti sosial, faktor
dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian. Hasil kajian
mendapati responden mempunyai pandangan bahawa hubungan
motivasi ekstrinsik memberi pengaruh yang sederhana kepada
70
mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan
motivasi ekstrinsik kurang mempengaruhi responden terhadap
aktiviti pendidikan luar berbanding dengan motivasi intrinsik. Hal
ini kerana, sekiranya faktor–faktor motivasi ekstrinsik menguasai
diri ia akan menjadi barah bagi yang menjadikannya sebagai
pegangan terhadap setiap individu. Teori ini telah dipersetujui
oleh oleh Lepper dan rakan-rakannya dalam kajiannya yang
bertajuk ”Turning Play Into work ’pada pertengahan tahun 1975.
Menurut mereka, motivasi ekstrinsik boleh menjejaskan motivasi
intrinsik. Ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh seseorang
individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam
penyertaan aktiviti pendidikan luar. Setiap ganjaran mahupun
faktor luaran lain yang diperolehi hendaklah dianggap sebagai
bonus tambahan yang mempercepatkan lagi peningkatan
kemahiran atau prestasi. Hal ini amat dibimbangi jikalau perkara
ini dijadikan matlamat utama, ianya akan merosakkan prestasi
atau kemahiran individu itu sendiri dalam penglibatannya
terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara ini bertepatan dengan
hasil kajian apabila mendapati responden memberi tindak balas
yang kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor luaran
terhadap aktiviti pendidikan luar.
Item 5 dan item 8 menunjukkan nilai min yang tinggi bagi
faktor motivasi ekstrinsik. Responden bersetuju dengan kenyataan
” Saya meminati kegiatan luar kerana ada peluang menerokai
aktiviti luar” dan ” Saya menyertai kegiatan aktiviti untuk
memenuhi masa lapang secara berfaedah”. Daripada data yang
diperolehi, responden menunjukan betapa aktiviti pendidikan luar
mempunyai banyak kelebihan yang boleh dikaitkan dengan
kehidupan seharian mereka. Responden menyedari dengan
71
menyertai aktiviti pendidikan luar mereka akan memperolehi
pelbagai ilmu dan pengalaman baru supaya dapat digarapkan ilmu
tersebut apabila mereka ditempatkan di sekolah kelak. Selain itu
jelas menunjukkan mereka bijak untuk memilih dan meluangkan
masa dengan pelbagai aktiviti yang lebih bermanfaat. Program
pembentukan motivasi secara lansung seperti pembentukan imej
kendiri positif, ketahanan emosi dan pemikiran kreatif akan dapat
mengatasi sikap individu yang kurang yakin terhadap dirinya
sendiri. Apabila pelajar dapat menggabungjalinkan keupayaan
mental, pengetahuan dan kemahiran dengan baik maka
prestasinya akan terus meningkat.
Item-item lain yang kebanyakkannya menunjukkan
responden kurang terpengaruh dengan faktor luaran seperti untuk
mendapatkan pujian, dorongan mahupun ganjaran ketika mereka
menyertai aktiviti pendidikan luar. Hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan nilai min yang sederhana di mana responden lebih
teransang untuk menyertai aktiviti pendidikan luar dengan minat
yang lahir dari mereka sendiri tanpa perlu sebarang paksaan,
untuk mendapat pujian mahupun memperolehi ganjaran yang
lumayan.
Dapatan kajian ini disokong oleh Harackiewicz dan Elliot
(1993). Mereka berpendapat bahawa sebarang tujuan adalah
bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang
mempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan
jangka panjang berbanding individu yang kurang bermotivasi.
72
Dapatan ini juga berlainan dengan kajian yang dilakukan
oleh Yusof Ismail (1989), yang menyatakan pelajar yang
melibatkan diri dalam sukan dan mendapat dorongan yang lebih
daripada jurulatih menjadi lebih peka pada persekitaran serta
menunjukkan perbezaan dalam mutu pencapaian
Dapatan ini tidak disokong oleh Muhammad Rafee (1990),
di mana faktor luaran seperti rakan sebaya, aktiviti yang diadakan
mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti pendidikan luar.
5.3 Implikasi Dan Dapatan Kajian
Hasil daripada kajian ini menunjukan bahawa terdapat hubungan antara
motivasi dengan pencapaian selari dengan teori yang diperkenalkan oleh
McClelland, Atkinson, Clark dan Lowell (1983), di mana mereka bersependapat
bahawa motivasi pencapaian adalah satu sebab atau haluan dalam mencapai
kejayaan dalam sesuatu pertandingan disebabkan adanya norma dalaman dan
sebagai satu kecenderungan untuk mereka bertindak dengan baik. Hasil kajian
menunjukkan min bagi motivasi intrinsik lebih tinggi berbanding dengan min
bagi motivasi ekstrinsik.
73
Implikasi daripada kajian ini boleh ditujukan kepada beberapa pihak yang
signifikan, khususnya kepada pelajar, pihak pengurusan Fakulti Pendidikan dan
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.3.1 Implikasi Terhadap Pelajar
Semua pelajar mempunyai matlamat yang sama iaitu
memperolehi kejayaan dan kepuasan dalam menyertai aktiviti pendidikan
luar. Walaubagaimanapun mereka menyedari bahawa masalah motivasi
yang menyebabkan penyertaan terhadap aktiviti pendidikan luar berada di
tahap yang sederhana. Sekiranya mereka menyedari tentang motivasi,
mereka seharusnya selari iaitu meningkatkan motivasi intrinsik dan juga
motivasi ekstrinsik agar memperolehi kecenderungan untuk menyertai
aktiviti pendidikan luar seterusnya mencapai kejayaan dalam aktivti yang
diceburi.
5.3.2 Implikasi Terhadap Pihak Pengurusan Fakulti Pendidikan
Pihak pengurusan dan pentadbiran fakulti pendidikan di IPTA
mahupun maktab serta institusi perguruan yang lain perlulah mengadakan
kursus dan latihan yang berterusan bagi bakal guru seterusnya mereka
yang bakal menjadi jurulatih supaya mempunyai pengetahuan yang luas
dan berkemahiran dalam bidang aktiviti pendidikan luar agar mereka
lebih bersedia dan dapat memberi khidmat tugas yang terbaik apabila
ditempatkan di sekolah kelak.
74
Pelaksanaan program pendidikan luar hendaklah dijalankan secara
berterusan agar segala kemahiran yang terdapat pada aktiviti pendidikan
luar dapat disampaikan pada pelajar-pelajar dengan lebih cepat dan
berkesan.
Mewajibkan aktiviti pendidikan luar bagi pelajar-pelajar yang
menyertai kegiatan ko-kurikulum. Ini secara tidak lansung guru-guru
perlu menguasai kemahiran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan aktiviti
pendidikan luar. Oleh itu bakal guru perlu melengkapkan diri dengan
ilmu pendidikan luar sewaktu mereka masih menuntut di IPTA, maktab-
maktab mahupun institiut perguruan.
5.3.3 Implikasi Terhadap Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengadakan kursus dan
latihan yang berterusan bagi yang telah menjadi guru merangkap
jurulatih-jurulatih supaya mempunyai pengetahuan yang luas dan
berkemahiran dalam bidang aktiviti pendidikan luar.
Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
diberi penilaian seperti mana mata pelajaran yang lain dan program
pendidikan luar wajib disertai dan akan dinilai dari aspek amali sebagai
syarat lulus bagi mata pelajaran tersebut.
75
Kementerian Pendidikan hendaklah menambahkan peruntukan
untuk mengadakan program Pendidikan luar bagi peringkat sekolah. Bagi
peringkat kebangsaan pula, hendaklah menghantar kursus guru-guru yang
berkelayakan bagi mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan aktiviti
pendidikan luar di dalam negeri mahupun di luar negeri
5.3.4 Implikasi Terhadap Sekolah
Setiap sekolah sekurang-kurangnya perlu mempunyai seorang
guru yang berkelayakan merangkap jurulatih bagi aktiviti pendidikan
luar.
5.4 Cadangan
Berikut ini dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberi perhatian apabila
hendak melakukan kajian yang selanjutnya
5.4.1 Sampel yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada para pelajar 1
SPS Program Sains Sukan Fakulti Pendidikan UTM, Skudai yang
merupakan bakal guru. Dicadangkan untuk kajian selanjutnya dilakukan
pada jurulatih-jurulatih yang sebenar terdiri daripada guru-guru.
76
5.4.2 Saiz sampel yang kecil iaitu seramai 24 orang tidak boleh memberi
keputusan yang benar-benar menyeluruh. Oleh itu di cadangkan supaya
kajian yang akan datang dibuat dengan melibatkan lebih ramai responden
yang berkaitan. Dalam kes ini dicadangkan kajian-kajian ke atas semua
Pusat Ko Kurikulum seluruh negeri di Malaysia.
5.4.3 Terdapat banyak lagi faktor motivasi selain daripada yang terdapat dalam
kajian ini. Oleh itu adalah lebih baik jika sekiranya kajian terhadap
faktor-faktor motivasi yang lain dikaji untuk memberi alternatif yang
mencukupi kepada responden terhadap faktor motivasi yang benar-benar
mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti pendidikan luar.
5.4.4 Pengkaji yang akan datang boleh juga menambah item-item soalan
berdasarkan temuduga dan soalan terbuka. Penambahan ini akan dapat
memberi gambaran yang lebih tepat dan jelas mengenai perasaan dan
persepsi sebenar penglibatan mereka dalam aktiviti pendidikan luar.
Pengkaji akan datang juga boleh menjalankan pemerhatian dan temuduga
spontan ke atas jurulatih-jurulatih sebelum atau selepas soal selidik
diedarkan.
5.4.5 Pihak Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran Negeri atau
Daerah perlu menyediakan satu program atau kursus yang dapat
membantu dan memberi kesedaran kepada guru-guru atau jurulatih-
jurulatih tentang pembinaan program motivasi dalam aktiviti pendidikan
luar.
77
5.5 Penutup
Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa pada masa akan datang masih ada
ramai lagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian dalam
bidang psikologi ini khususnya kajian dalam jenis motivasi. Semua pihak
haruslah melihat kajian ini dari sudut positif dan sama-sama berganding bahu
dan sedar akan tanggungjawab masing-masing bagi meningkatkan kualiti
pendidikan negara khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Luar dan Rekreasi di Negara ini supaya ianya setaraf pentingnya dengan bidang
mata yang lain.
Harapan pengkaji semoga kajian yang telah dijalankan ini akan memberi
kesedaran yang mendalam kepada semua pihak bahawa betapa pentingnya
program Pendidikan Luar terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di
negara ini. Semua pihak harus sedar dan mengorak langkah untuk bekerjasama
dalam menambah lagi penglibatan pihak-pihak pentadbiran dalam program
pendidikan luar. Ini adalah kerana tidak timbul fikiran yang remeh temeh dan
sekadar buat melepaskan batuk ditangga sahaja supaya program pendidikan luar
akan berjalan dengan lebih lancar, tersusun dan berkesan.
78
RUJUKAN
Atkinson, J.W. (1964). An Introduction to Motivation. New York: Van Nostrund
Atkinson, J.W (1964). Motivation Determinats of Risk-taking behavior. In J.W.
Atkinson & J.T. Feather (Eds.) (1964). A Theory of Achievement Motivation (pp.11-
31) New York: Wiley.
Ames, C, & Ames, R. (Eds) (1984b). Research on Motivation In Education: Vol. 1.
Student Motivation. New York: Academic Press
Azizah Nordin (1990). Masalah Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kurikulum, Kuala
Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia
Barron (2001). ”Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal
Models”. New York
Cofer. (1972). Motivation and Emotion. Scott Foresman : Glenview
Cox, R.H. (1998). Sport Psychology: Concept and aplication Edisi 4. Boston: WCB
McGraw-Hill
79
Deci, E.L & Ryan, R.M (1985). Intrinsic Motivation and Self Determination in
Human Behavior. New York, NY: Plenum Press.
Gill, D.L, Gross, J.B & Huddleston, S (1983). Participation motivation in Youth
Sports. International Journal of sport psychology, 14, 4-14
Habibah Elias (1993) ’Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi
Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat Universiti’.
Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), K.L
Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York: Harper and Row
McClelland, Atkinson, Clark dan Lowell (1983). Human Motivation. New York:
Scott Foresman
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd Najib Abdul Gahafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
80
Mohd Sofian Omar Fauzee 2001. Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Praktikal.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee 2002. Pendekatan Psikologi Dalam Menangani Masalah
Atlit. Selangor : Karisma Publications Sdn Bhd.
Mohd Salleh Aman 2004. Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya
Mohd Sofian Omar Fauzee 2003. Sosio- Psikologi. Sukan dan Kegiatan Fizikal.
Selangor : Karisma Publications Sdn Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee 2002. Psikologi Sukan Konsep Dalam Latihan Dan
Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee 2002. Psikologi Sukan Daya Tahan Mental Dan Emosi
di Kalangan Atlet. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee 2004. Psikologi Kejurulatihan. Selangor : Karisma
Publications Sdn Bhd.
Muhammad Rafee (1990), Mengkaji Faktor-Faktor Mahasiswa Dan Mahasiswi
Program Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Dalam Kegiatan Luar Bilik
Kuliah: Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia
81
Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2002. Psikologi Pendidikan. Pendekatan
Kontemporori. McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Shaharudin Abd Aziz 2001. Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Singer, R.N 1984, Motivation In Sport. International Journal Of Sport Psychology,
8, 40-62, Florida U.S.A:Sport Consultant International, Inc
Singer, R.N. 1984. Sustaining Motivation in Sport-The Youth in Sport, Psychological
considerations series. Orlando, Florida U.S.A:Sport Consultant International, Inc
Tafsir Al Quran
Wee Eng Hoe 1998. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(Pengkhususan). Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Yusof Ismail (1989), ’Personality and Sports Motivation Among Varsity Athletes’:
Selangor, Universiti Putra Malaysia
82
Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993), Faktor Penglibatan Pelajar Tingkatan Empat
Di Malaysia Dalam Aktiviti Rekreasi.: Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan
Malaysia
83
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 SKUDAI,
JOHOR
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Soal selidik yang dikemukakan ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas
mengenai Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan
Pelajar-Pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
(SPS) Dalam Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai, Johor - satu kajian kes. Segala maklumat yang diberikan adalah
rahsia dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.
Saudara/ saudari diminta untuk menjawab item-item di dalam soal selidik ini
dengan penuh keikhlasan hati dan jujur. Kerjasama daripada pihak saudara/ saudari
di dahului dengan ucapan terima kasih.
SEKIAN TERIMA KASIH
Disediakan oleh,
SITI SALWA BINTI MOHAMAD
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
AP 050461
84
BAHAGIAN A
Biodata Responden
Arahan: Tandakan ( / ) dan isi pada ruang kosong yang disediakan.
1. Jantina L
P
2. Bangsa Melayu
Cina
India
Lain-lain
3. Berapa km jarak tempat tinggal anda dari pusat kegiatan pendidikan luar?
1 - 5 km 11 – 15km
6 - 10 km 16 km ke atas
4. Berapakah umur anda? 20-25 tahun 31-35 tahun
26-30 tahun 36 tahun ke atas
5. Sudah berapa lamakah anda mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti
luar? 1-5 tahun 11-15 tahun
6-10 tahun 16 tahun ke atas
6. Pada umur berapa anda mula melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar?
5-10 tahun 16-20 tahun
11-15 tahun 21 tahun ke atas
7. Adakah keluarga anda meminati kegiatan aktiviti luar? Ya
Tidak
85
BAHAGIAN B
Kajian ini untuk meninjau sejauh mana motivasi intrinsik dan ekstrinsik dan hubungan
kedua-duanya bagi mempengaruhi penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti
kegiatan luar.
Arahan : Pilih satu daripada lima jawapan yang diberikan. Bulatkan jawapan anda pada
nombor yang disediakan.
Sangat tidak setuju STS 1
Tidak Setuju TS 2
Tidak Pasti TP 3
Setuju S 4
Sangat Setuju SS 5
86
I) Motivasi Intrinsik
STS TS TP S SS
1. Saya sangat meminati kegiatan aktiviti luar 1 2 3 4 5
2. Kegiatan aktiviti luar dapat membina sikap dan
personaliti saya.
1 2 3 4 5
3. Setiap pergerakan dalam kegiatan aktiviti luar
meningkatkan kecergasan fizikal.
1 2 3 4 5
4. Saya menyertai kegiatan aktiviti luar kerana ingin
bersama kawan-kawan.
1 2 3 4 5
5. Saya suka aksi-aksi yang terdapat dalam kegiatan
aktiviti luar.
1 2 3 4 5
6. Saya amat berminat dalam mempelajari teknik dan
kemahiran baru dalam kegiatan aktiviti luar.
1 2 3 4 5
7. Saya mendapat kepuasan yang sepenuhnya apabila
selesai melakukan kegiatan aktiviti luar.
1 2 3 4 5
8. . Bentuk fizikal saya amat sesuai bagi menjalani
kegiatan aktiviti luar.
1 2 3 4 5
9. Saya berminat dengan aktiviti luar kerana ia dapat
melepaskan ketegangan dan tekanan hidup.
1 2 3 4 5
10. Kegiatan aktiviti luar dapat meningkatkan
kecergasan mental.
1 2 3 4 5
87
II) Motivasi Ekstrinsik
STS TS TP S SS
1. Saya selalu mendapat galakan dan dorongan daripada
keluarga dalam menjalani latihan aktiviti luar
1 2 3 4 5
2. Saya melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar
untuk mendapatkan pengiktirafan seperti anugerah,
kenaikan pangkat dan lain-lain.
1 2 3 4 5
3. Saya melibatkan diri dalam aktiviti luar untuk
mendapat hadiah seperti medal dan sijil.
1 2 3 4 5
4. Saya menyertai aktiviti kegiatan luar kerana suka
dengan jurulatihnya.
1 2 3 4 5
5. Saya meminati kegiatan luar kerana ada peluang
menerokai aktiviti luar .
1 2 3 4 5
6. Saya suka dengan kemudahan dan peralatan yang
digunakan dalam aktiviti kegiatan luar.
1 2 3 4 5
7. Saya bangga dengan pujian yang diberi atas
kemahiran saya di dalam aktiviti kegiatan luar.
1 2 3 4 5
8. Saya menyertai kegiatan aktiviti untuk memenuhi
masa lapang secara berfaedah.
1 2 3 4 5
9. Saya akan mendapat ramai kawan apabila menyertai
kegiatan aktiviti luar.
1 2 3 4 5
10. Saya menyertai kegiatan aktiviti luar agar saya
dikenali ramai.
1 2 3 4 5