Download - Pengertian Takaful
-
7/29/2019 Pengertian Takaful
1/6
Pengertian Takaful
Definisi TakafulDalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan Takaful ialah kafala yang bererti
untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana Takaful merupakankatanama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya juga bererti
saling menjamin, menjaga atau memelihara.Menurut Akta Takaful 1984, Takaful
ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama
yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika
diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi
sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama
dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk
membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini,
syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalseliaoleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan
syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda
boleh semak ke laman List of Takaful Operator.Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada
hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama
di kalangan peserta.
1. Al-QasamahMemelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhurulama,
apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak
ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika
tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah
sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas
tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan
meragukan.2. AqilahDi bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli
masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk
membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.3. Tabarru
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0 -
7/29/2019 Pengertian Takaful
2/6
Tabarru bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua
peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang
sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru yang diperkenalkan ialah Tabarru
(derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yangingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya.
Pengendali menetapkan kadarTabarru demi memastikan tabung Tabarru yang
disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua
pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang
peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan
mestilah sepadan dengan risiko tersebut.4. Al-WakalahAl-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan
seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan
sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk
menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu
pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta
menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak
kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika merekamemerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana
bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta ,
tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.
5. MudharabahMudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak
antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaandengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian
keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai
pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula
sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan
Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan
diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.
-
7/29/2019 Pengertian Takaful
3/6
Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Apa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab kafala yang bermaksud jamin
dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telahdigunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjianantara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabilaberlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salahsatu daripadanya ialah penggunaan konsep Aqilah yang digunapakai olehmasyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentukkesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlakupergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuhakan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh.Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh.Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.
Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan(Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan
untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara iaitu terhindar daripadaunsurRiba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidakterlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengankonsep Tabarru(derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsepmuamalah Islam iaitu konsep Mudharabah dan Wakalah.
Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antaramereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantumembantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan olehpeserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayarpampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.
Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminandan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanyaterdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripadabeberapa sudut berikut:
1. Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainyasementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa
-
7/29/2019 Pengertian Takaful
4/6
Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insuransmengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insuransdan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
1. Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrakpertukaran (Muawadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takafulmenggunakan kontrak derma (Tabarru)
1. Kontrak-kontrak lainDalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selainkontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi)
dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
1. Tanggung jawab pemegang polisiPeserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara
semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premiumkepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad dikalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antarapenginsurans dan pemegang polisi.
1. Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumenpelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atassyarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan iniadalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh SuruhanJaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenisinstrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburanke atas syarikat perjudian dan arak.
1. Perjalanan operasi1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang
bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasukpelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yangberperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikatinsurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat
MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanyamemberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namunperjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua modelperniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi)dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takafulmenggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan olehSyarikat Takaful Malaysia Berhad.
3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidakakan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan kedalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
-
7/29/2019 Pengertian Takaful
5/6
4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapisyarikat insurans hanya membayar cukai.
1. Aspek perundanganPengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat
insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans.
Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagimenjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islammenolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industriTakaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan
subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.
TAKAFUL MENURUT ISLAM
Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong
di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi
kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat
Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan
berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan
lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di
dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan
janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan.
Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah.
Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang
menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful,
membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hokum
tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-
Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Rais Al-Mal) mereka untuk
diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan
takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara.
Antaranya ialah:
a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat
Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul.
b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk
ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan
peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.
c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi
dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim
dan pelan berkenaan.
Jenis Takaful
-
7/29/2019 Pengertian Takaful
6/6
Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:
i) Takaful Am
ii) Takaful Keluarga
i) Takaful Am
Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan,
syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi
kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan
barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.
ii) Takaful Keluarga
Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau
kecederaan ke atas diri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu
bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan
membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas
diri sendiri.
Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan
syariat Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang
positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa.
Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang
jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai
langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.