Download - Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa 2
Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa
Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di
sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk
memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.
Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi
menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh
sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu,
guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan
mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran
berbahasa dengan baik.
Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat –peringkat.
Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk
memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan
berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal
bayi.Kanak-kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan
persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya.
Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori
intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori
ini dalam membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
Pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal ini akan dipelajari
oleh kanak –kanak sedikit demi sedikit dari yang mudah kepada kompleks dan yang
konkrit kepada yang abstrak.Sebagi seorang guru bahasa,adalah guru itu mestilah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan dan pembelajaran
bahasa oleh seorang kanak-kanak.
1
Teori Behaviourisme
Teori behaviourisme atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran
dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental.Aliran ini banyak dipengaruhi
oleh teori-teori dalam ilmu psikologi. Tokoh-tokoh berpendapat bahawa terdapat
hubungan yang rapat antara rangsangan dan gerak balas serta akan berlakunya
ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif.
Tokoh behaviouris seperti Bloomfiled, Edward Sapir, dan Brooks menganggap
pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk kebiasaan.Skinner dan
Braine pula telah melanjutan teori behaviouris dan menekankan kepentingan pengaruh
persekitaran dalam pembelajaran bahasa.Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan
diucapkan terbentuk disebabkan adanya rangsangan dalam bentuk bahasa dan bentuk
bukan bahasa.Bagi meneguhkan bentuk bentuk bahsa yang betul,bentuk-bentuk bahsa
mestilah diulangi berkali kali dan diberikan peneguhan positif oleh ibu-bapa,penjaga
dan pengasuh.Ini kerana proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam
pemerolehan bahasa.
Ciri-ciri behaviouris adalah seperti berikut :
i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan
antara rangsangan (stimulus) dengan gerak balas (respon)
ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran
iii. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif akan lebih
sering diulangi
iv. sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk pula kebiasaan
v. proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang
banyak untuk membentuk kebiasaaan.Penguasaan bahasa adalah proses
mekanis yang memerlukan daya mental .
vi. pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta
merta .Pengukuhan yang diwujudkan adalah melalui ganjaran yang diberikan
kepada murid.
2
vii. Latih tubi amat digalakkan dalam proses pembelajaran.Selain itu pengajaran
tatabahasa juga berdasarakan pendekatan induktif,iaitu dengar kemudian tutur.
viii. Pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru,rakan dan
suasana serta iklim bilik darjah.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa berdasarkan falsafah aliran behaviourisme
1. Kemahiran bahasa yang diutamakan ialah kemahiran lisan,kemahiran bahasa
tulisan merupakan yang kedua terpenting.
Ini bermaksud bahawa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan dengan
kemahiran lisan,kemudian diikuti dengan kemahiran bahasa tulisan.Oleh itu,guru
mestilah memastikan murid-murid dapat bertutur dalam bahasa melayu terlebih
dahulu sebelum dapat meneruskan pengajian secara lebih mendalam.Dalam hal
ini,murid mestilah menguasai sistem bunyi dan struktur bahasa kerana
kemahiran bahasa lisan merupakan asas bagi kemahiran bahasa yang lain,iaitu
membaca dan menulis.
2. Pengukuhan merupakan prasayarat penting dalam pembelajaran.
Pengukuhan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku
yang berkesan.Misalnya,dalam pembelajaran sosial kanak-kanak,apabila kanak
kanak mengucapkan terima kasih,meminta tolong dan selamat petang dengan
sopan,mereka diberikan kata kata pujian,motivasi serta galakan dan .Dengan
ini,mereka akan mengulangi perbuatan tersebut dan menjadi sebahagian
daripada kebiasaan.
3. Latihan pembelajaran yang dikukuhkan
Maksud latihan disini merujuk kepada latihan ulangan satu-satu gerak balas
dengan satu-satu rangsangan.Latihan dan latih tubi mestilah dilakukan dalam
keadaan yang bermakna agar murid murid tidak berasa bosan dan tertaik untuk
meneruskan aktiviti dalam jangaka masa yang lama.Oleh itu,bahan bantu
mengajar amat penting dan memerlukan perhatian yang rapi daripada guru.
3
Kekuatan Teori Behaviorisme
Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
Kelemahan Teori Behaviourisme
Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
4
Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.
Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.
5
Teori Mentalis
Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas,Brooks dan
Chomsky)Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner,
Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai
melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah
menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.Bagi meningkatkan kemahiran
bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga
mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.
Noam Chomsky memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif yang
bermaksud bahsa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi
manusia.Beliau juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa adalah suatu proses
pemikiran yang melibatkan mental.Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan
berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.Sistem
pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang
sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.Kata Noam Chomsky,manusia dilahirkan
bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat
ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan
(anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan
cara yang hampir sama )
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau
emosi kanak-kanak.
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan
sama.
6
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan
keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut
sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan
bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusiaOleh hal yang demikian,
teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
Terdapat beberapa kebaikan dapat pengaplikasian Teori Mentalis dalam proses
pemerolehan kanak- kanak.Antaranya adalah:
a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu
pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan
murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru
dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
Walaubagaimanapun,teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang
kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang
diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir
menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar
dan bertutur).
7
Guru yang mengaplikasikan teori mentalis ini dalam pengajaran dan
pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan
kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara
berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran
membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata,
dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid
berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.
Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10
kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai
kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin
menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran
akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria
tersebut.Secara keseluruhannya,teori mentalis ini wajar digunapakai untuk mencapai
objektif yang khusus dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih memfokuskan
penguasaan dan pencapaian objektif pada stu-satu masa pengajaran.
8
Teori Konstruktivis
Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori
yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk
memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini
mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu
menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat
mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula
hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa
hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan
penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana
pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat
memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya
mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh
tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai
kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya
kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi
ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui
pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
9
2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme
telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar
untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu
aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran
yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman
atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan
mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
10
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif
ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada
kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga
akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata
guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.Melalui
penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
sains.
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini,
guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.
Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai
kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa
proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan
dalam kehidupan.Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru
sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-
galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan
dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri
sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan
menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang
fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai
hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab
membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna.
Guru tidak boleh belajar untuk murid,murid yang membina fahaman sendiri.Oleh itu,
Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan
pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang
11
diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang
dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu
sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti
pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan
murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka
pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang
telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan
pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan
pembelajaran yang baru.
12
Teori Intraksionalisme
Setiap teori yang dikemukakan ada pra dan kontranya, terdapat kelebihan dan
kelemahannya, begitu juga teori interaksionisme dalam dunia sosial ini.
Kelebihan
1. Merupakan interaksi sosial harian.Manusia saling berinteraksi didalam suasana dan
situasi harian dan memanfaatkan hubungan sosial mereka.
2. Individu berada dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.Individu
berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau
matlamat.
3. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan
sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
4. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang
sangat pentin dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
Kelemahan
1. Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.
Ia hanya melihat pada satu aspek sahaja iaitu aspek interaksi sesama individu
masyarakat dan interaksi individu dengan kumpulan yang terlibat dalam sesuatu sistem.
Teori ini tidak melihat kepada aspek lain seperti masalah, konflik, fungsi dan peranan
sosial dalam kehidupan.
Walaubagaimana pun, teori interaksionisme ini hanyalah salah satu daripada
perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan
pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan
masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh
memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Tiada satu
perspektif dan teori yang memberi gambaran yang tepat dalam dunia sosial.
13
Teori Kognitif
Ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel yang
berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam
akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia. Mereka menumpukan kajian pembelajaran dalam proses penyelesaian
masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori
Pembelajaran Kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran
celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan
resepsi. Tokoh pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif yang juga dikenali
sebagai teori Gestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran
celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan
resepsi. Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusia
mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun
segala maklumat dalam ingatannya.
Tokoh-tokoh ini juga menekankan bahawa pembelajaran bukan percubaan
secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja
perhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara
pokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia
tidak dapat mengenalpasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun
melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku.
Mengikut kajian tokoh-tokoh ini, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah
berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk
mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil
inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
14
Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat
pembelajaran. Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang
berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis
pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk
mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat
tersebut.
Lima Peringkat Pembelajaran Gagne
1. Maklumat lisan – Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam
pembelajaran.
2. Kemahiran Intelek – Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses
pembelajaran dan pemikiran.
3. Strategi Kognitif – Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan
masalah (menguasai prosesnya)
4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis, berenang.
5. Sikap – mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role
modeldan perbincangan yang berhemah dan menarik.
Lapan Syarat Pembelajaran Gagne
1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi .
Contoh: bunyi loceng menandakan murid rehat
2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan.
Contoh: Pujian diberikan bagi memotivasikan murid
3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan.
Contoh: permainan bola jaring
4. Pertalian Bahasa, iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat
kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulisàmenyebut)
5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan pelbagai
rangsangan walaupun kecil.
Contoh: Bezakan haiwan, kenal ciri-ciri.
15
6. Pembelajaran Konsep – Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang
jelas.
Contoh: mengenal ciri-ciri haiwan mamalia
7. Pembelajaran hukum – Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk
hukum. Melibatkan rumus, prinsip, teori dan generalisasi (Contoh: Matematik)
8. Pembelajaran penyelesaian masalah – Melibatkan prinsip dan rumus untuk
menyelesaikan masalah situasi baru.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses
kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu,
teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan
bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada
proses pembelajara nmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang
sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran
kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-
kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang
memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah
dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
16
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat
semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-
perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia
dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang
berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-
masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun
tingkat umur mereka.
Tambahan pula, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut
memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi
pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu,
apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-
murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali
pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.
Kesimpulannya,pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak.
Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam
proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan
proses penanggapan dan pemprosesan maklumat. Teori ini juga menekankan proses
peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih
berkesan
17
Definisi strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
Strategi pengajaran
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara optimum. Menurut Kamus Dewan 1998, strategi pengajaran
bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Di dalam
konteks pendidikan pula,strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan pemilihan
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajran yang telah ditentukan. Seseorang panglima
tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau
menyerang kubu musuhnya.Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara
Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan
untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi
peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-
kaedah untuk menyerang pihak musuh.
Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita
mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar
angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah
yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi
peperangan,rancangan yang rapi sebelum peperangan itu dimulakan juga dinamakan
sebagai strategi.Oleh itu,boleh disimpulkan disini bahawa strategi adalah satu urutan
dan rancangan yang dibuat sebelum satu-satu perkara dijalankan.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan
sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada
lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan
adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan
musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada
18
pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja.
Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna
tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada
kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab
strategi permainan tidak sesuai.Dalam hal ini,guru mestilah sedar bahawa pemilihan
strategi pengajaran yang betul dan sesuai amat penting dalam mencapai objektif
ataupun sasaran.Ini kerana,dengan penggunaan strategi yang sesuai,objektif ataupun
matlamat tidak dapat dicapai oleh guru.
fvfv
19
Strategi Pengajaran
Pemusatan murid:Murid memainkan
perananpenting dalam proses
pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik
darjah guru merupkan pembimbing.
Pemusatan BBM:Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting
dimana interaksi berlaku antara murid dengan
bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan
pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang
digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana
perkembangan kognitif pelajar.
Pemusatan guru:Guru mengawal keadaan dan
berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran
ataupun aktiviti dimonopoli oleh guru.Menurut
Brpohy(1978),pendekatan ini merupakan suatu
pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Kamus
Dewan 1998, pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan-pendekatan wujud
berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran
di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan
untuk meneliti proses pengajaran.
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini
kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan
merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak
boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini
dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu
tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau
keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan
pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara efektif.
20
Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.
Jenis pendekatan induktif
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
21
Jenis-jenis pendekatan
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif Pendekatan integratif
Pendekatan eklektik
Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.
Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.
Pendekatan Deduktif
Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
Jenis pendekatan deduktif:
(a) Untuk penyelesaian masalah
Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya,
setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat
dengan menggunakan imbuhan “ber”.
22
(b) Untuk membuat generalisasi baru
Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid
mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu
untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
(c) Untuk membukti hipotesis
Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah
dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan
atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil
tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.
Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif
Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih
dahulu.
Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip,
teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
hipotesis yang telah didedahkan.
Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara
mendalam.
Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur
dengan tepat.
Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad
kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang
telah dipelajari.
Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau
menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti
soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
23
Kaedah Pengajaran
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu
siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik
dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Kaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi
kandungan, dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu pelajaran
itu tercapai. Kaedah merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkait
antara satu sama lain dan dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Contoh-contoh kaedah pengajaran yang boleh dikendalikan oleh
guru ialah kedah dapatan, projek, inkuiri, natural, nahu terjemahan, kaedah terus,
kaedah ajuk hafaz dan sebagainya.
Mengikut Edward M. Anthony(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada
sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih
untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu
pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran.
Kaedah oral-aural (dengar-tutur)
Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin(1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural
atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan diolag untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih
tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan
memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi
kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan
sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu.
Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk
dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.
24
Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan
dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit
pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu
adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah
pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula
latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu
baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Kaedah Bahasa Komuniti
Dalam kaedah bahasa komuniti, guru bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba
memahami pelajar melalui “caunsellor emphities”. Kamarudin Hj. Husin(1990) pula
menyatakan dalam pembelajaran bahasa ia adalah dianggap sebagai “social prosess”.
Pengajaran pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada
peringkat penglahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur
dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu
berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis.
Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Jean Piaget (1961), beliau mencandangkan
guru boleh menyediakan dan melakukan aktiviti mengikut kaedah bahasa komuniti.
Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan kecil untuk menyediakan bahan
perbualan atau cerita atau mengadaptasikan bahan sedia ada. Aktiviti seperti berdialog,
bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman tersebut didengar semula melalui
pita rakaman atau VCR. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan
perbualan bebas dalam masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang
telah dilalui. Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan
dan memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.
25
Kaedah kod kognitif
J. B. Carroll(1998) berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan
dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky(2005) berpendapat
bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan
sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-
rumus bahasa ibuandanya dalam jangka mas yang singkat.
Pada umumnya Diller (1971) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai
andaian terhadap bahasa iaitu kaedah ini merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan
dengan peraturan-peraturan. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk berfikir dan
mempunyai peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. Melalui kaedah
ini, manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran
bahasa iaitu khusus bahasa kedua. Salah satu andaian ialah kaedah ini merupakan
proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa secara
sedar. Selain itu, kaedah ini dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama
seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Dalam pengajaran, guru lebih mengutamakan
pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka
menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai
struktur bahasa pada tafar kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan
bahasa akan berkembang secara automatik.
Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi
murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat-ayat pecahan digunakan dan
huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa
kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa
pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman
murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya, membandingkan struktur-struktur
ayat yang mengandungi imbuhan akhiran –kan dan –i bagi membolehkan murid-murid
26
memahami imbuhan transitif dan tak transitif. Setelah murid-murid memahami huraian
unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan pengukuhan.
Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang
konsep – konsep yang diajar.
Kesimpulannya, kaedah ini memberi gambaran bahawa kaedah ini
mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam
pengajaran bahasa. Ciri-ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa malalui
kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif
dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam
konteks penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa
berbanding kecekapan berbahasa
Kaedah Lingustik
Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori
dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik
menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-
pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain(1970),
mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa
yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain
seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan
metode-metode yang tertentu.
Ferdinand de Saussure (1913) adalah orang yang pertama menekankan bahawa
linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi
merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-
unit itu sendiri. Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar
pelajar menbunyikan perkataan. Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu
dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelumbang menurut gejala-gejala
27
serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek
yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama
tidak serupa, namun, ahli bahasa tetep merupakan orang yang berkebolehan untuk
menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa.
Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula dengan
aspek mudah Arbak Othman (1983) mengatakan salah satu daripada kegunaan ilmu
linguistik ialah terutamanya dari segi faedah yang diperolehi oleh seorang guru yang
mengajar dengan mempelajari ilmu linguistik itu.
Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai
banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetepi sumbangan linguistik yang paling
bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami sifat-sifat
bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat
menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka dapat belajar membunyikan
perkataan-perkataan apabila guru menggunakan kaedah linguistik ini. Ilmu linguistik ini
penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari segi penguasaan
isi yang yang disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu pengajaran.
Kaedah Nahu Terjemahan
Berdasarkan kaedah nahu terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Di
samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun 1960-an apabila ahli
linguistik iaitu Laurent Metzger (Kamarudin Hj. Husin, 2004) mula mengkaji bahawa
bahasa itu adalah satu sistem dan bukan semata-mata perkataan.
Apabila guru mempratikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat
melengkapkan pelajar dengan perebendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan
dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain itu, jika guru
28
menggunakan kaedah ini, guru dapat membentuk pelajar-pelajar membaca dan
menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan
pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah
satu teknik yang diperkenalakan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada undang-
undang nahu terdahulu. Selepas itu, guru akan memberi penerangan kepada pelajar
mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh kepada mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal.
Dalam pembelajaran bahsa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan
dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat ayat-ayat
dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang
yang telah dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar-pelajar dikehendaki
membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa kedua ke bahasa ibunda atau
sebaliknya.
Mengikut Mok Soon Sang(2004), beliau mengatakan kaedah ini dirancang
dengan tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukannya kemahiran bertutur. Dalam
erti kata yang lain, kaedah ini tidak mementingkan sebutan. Penggunaan bahasa
secara aktif tidak berlaku sewaktu pengajaran bahasa menggunakan kaedah ini.
Terdapat beberapa tujuan kaedah ini dijalankan iaitu pelajar dilatih untuk mengkaji dan
menghuraikan bahasa. Unsur-unsur bahasa yang dikaji dalam sesuatu pengajaran
bahasa merupakan ayat-ayat yang terpisah daripada konteks penggunaan. Selain itu,
pelajar juga diajar tentang unsur-unsur kekecualian dalam sesuatu bahasa supaya
mereka tidak membuat kesalahan tentang unsur-unsur tersebut.
29
Teknik Pengajaran
Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan,
simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran
di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;
- Umur
- Kebolehan
- Kecerdasan
- Minat
Teknik simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar
wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan
selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok
mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan
belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang
baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.
Teknik main peranan
Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan
mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui
aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini
dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur
atau tidak berstruktur.
30
Teknik latih tubi
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti
secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep
baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan
seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani
yang dipelajari.
Teknik demonstrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang
menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi
pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk
melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat
melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta
segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan
menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh
mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.
Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian
masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam
kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan
prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu
1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
A. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan
perjalanan aktiviti berjalan lancar.
31
B. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
C. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
D. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
Contoh teknik mengajar kemahiran asas
Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran
dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.
Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul.
Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana
perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu;
iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola
, dan sebagainya.
32
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5
Tarikh : 16 Ogos 2012
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Minggu Kemerdekaan
Tajuk : Malaysia Merdeka
HASIL PEMBELAJARAN
Fokus utama (Kemahiran membaca,bertutur dan mendengar)
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca
Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan (Kemahiran Menulis)
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk
Aras 1(ii) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Objektif Pelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid:
i. Mendeklemasikan teks prosa dengan lancar.ii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tungal menggu menggunakan
perkataan dalam prosa.iii. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk ayat tunggal yang dibina.
33
Pengisian kurikulum:
Ilmu :Pendidikan Moral dan SivikNilai Murni :Patriotisme,Kesyukuran dan Semangat
bermasyarakat
Sistem Bahasa :
i. Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betulii. Tatabahasa : Kata hubungiii. Kosa Kata : perjuangan,prajurit,tanah air
Kemahiran Bernilai Tambah :
i. Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Muzik,Interpersonalii. Kemahiran Berfikir : Membanding beza,Menilai dan Mengenal sebab dan
akibatiii. Kajian Masa Depan : Dapat meramal apa akibatnya sekiranya tiada
semangat kemasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia
Bahan Bantu Mengajar :
i. Petikan Teksii. Kotak ajaibiii. Kad Manila iv. Pen Markerv. Bendera Malaysia
Pengetahuan sedia ada :
i. Murid faham akan erti kemerdekaan serta kepentingan perjuangan untuk megekalkan kemerdekaan tersebut
ii. Murid tahu bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan
34
Langkah-langkah pengajaran
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set induksi
5 minit
Bendera Malaysia
1. Guru masuk ke kelas
dengan mengibarkan
bendera Malaysia
2. Guru
mendeklemasikan
pantun dua rangkap
Bahan Bantu:
Bendera Malaysia
Langkah 1
(15 minit)
Teks Prosa :
Malaysiaku Merdeka
Contoh kosa kata:
i. Prajurit
ii. Perjuangan
iii. Patriotik
1. Guru mengedarkan
teks prosa
kemerdekaan.
2. Murid diminta
membaca teks
secara senyap.
3. Beberapa orang
murid dipanggil untuk
mendeklemasikan
prosa di hadapan
kelas
4. Murid diminta
menggariskan
beberapa kosa kata
penting.
5. Guru mengedarkan
kamus kepada murid.
Bahan Bantu:
Teks prosa
kemerdekaan dan
kamus
Teknik:
Bacaan mekanis
35
Langkah 2
(10 minit)
Sesi Soal Jawab:
1. Apakah yang menjadikan
Malaysia sebuah negara
yang unk dan makmur
pada hari ini ?
2. Mengapakah
kemerdekaan mestilah
dinikmati dan dijaga ?
3. Apakah erti kemerdekaan
kepada murid ?
Penerapan nilai murni:
i. Patriotisme
ii. Semangat
kemasyarakatan
1. Guru bersoal jawab
dengan murid
2. Murid bebas
memberi apa sahaja
jawapan yang
relevan
3. Guru
membincangkan
jawapan yang diberi
dengan murid yang
lain .
Soal jawab
secara lisan
KBT:Kajian masa
depan dan
kemahiran berfikir
Langkah 3
(15 minit )
1. Membina dan menulis
ayat tunggal .
2. Faham akan maksud dan
penggunaan perkataan
baru yang dipelajari
daripada teks .
1. Guru mengedarkan
kotak ajaib.
2. Setiap murid
dikhendaki
mengambil dua kad
perkataan daripada
kotak ajaib.
3. Murid dikhendaki
membina ayat
tunggal berdasarkan
kad yang dipilih.
4. Murid diminta
menulis ayat tunggal
di kad manila yang
dilekatkan di papan
hitam.
Bahan
bantu:Kotak
ajaib,kad manila
dan pen marker
36
Langkah 4
(10 minit)
1. Membina dan menulis
ayat majmuk.
Tatabahasa:
Kosa kata dan kata hubung
i. prajurit
ii. kemerdekaan
iii. agar
iv. apabila
v. manakala
1. Murid diminta
membina ayat
majmuk
menggunakan ayat
tunggal yang ditulis
di kad. manila
2. Murid membina kata
majmuk.
3. Guru membimbing
aktiviti murid.
Teknik:Latih tubi
*Menjana idea
murid untuk
mengembangkan
kosa kata
Penutup
(5 minit)
Rumusan : Kognitif
1. Penghayatan nilai
kemerdekaan kepada
rakyat Malaysia
2. Kepentingan hidup
secara muafakat dan
mengamalkan prinsip
rukun negara dalam
kehidupan seharian
1. Guru membimbing
murid untuk
membuat rumusan
tentang pelajaran
pada hari ini
2. Murid menyatakan
apa nilai murni yang
dipelajari pada hari
ini.
3. Guru membantu
murid melekatkan
kad manila di papan
bulletin kelas.
37
PENULISAN
AKADEMIK
PENULISAN AKADEMIK
38
Bidang pengajaran Bahasa Malaya memerlukan perancangan yang rapi serta
diikuti dengan cara penyampaian yang sistematik agar kandunganya dapat dilahirkan
kepada murid dengan betul.Oleh itu, guru bahasa mestilah kretif dalam mengolah cara
pengajarannya dengan mevariasikan kaedah den pendekatan pengajaran.Selain
itu,pelbagai strategi dan teknik juga boleh dicuba oleh guru untuk menarik minat pelajar
dan mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.Penggunaan dan pengolahan teknik serta pendekatan ini akan menceriakan lagi
suasana bilik darjah serta membantu melancarkan proses pembelajaran di sekolah.
Kini,soal mengajar bahasa dengan berkesan dan kreatif sentiasa menjadi satu
hal yang menyusahkan para guru.Ini kerana,mengajar bahasa kepada para murid
semakin hari semakin mencabar.Hal ini juga disebabkan oleh kurangnya minat murid
terhadap penghayataan bahasa.Justeru,guru bahasa terpaksa bersungguh-sungguh
memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menarik minat para pelajar untuk
menumpukan perhatian di dalam kelas dan meneruskan pengajian.Selepas mendalami
definisi dan memahami konsep strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran
Bahasa Melayu saya telah mengaplikasikannya dalam Rancangan Pengajaran Harian
yang disediakan untuk mengajar kelas tahun lima. Dengan ilmu yang saya perolehi
itu,saya telah merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan jayanya.
Penggunaan strategi pengajaran yang betul dapat merangsang pemikiran murid
dan menarik perhatian murid dalam kelas.Strategi pengajaran didefinisikan sebagai
kebijaksanaan pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah
ditentukan.Terdapat elemen dapat melaksanakan strategi pengajaran yang
berkesan,yang pertama adalah pengajaran yang berpusatkaan guru,dimana Guru
mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun aktiviti
dimonopoli oleh guru.Melalui pemusatan murid pula, Murid memainkan perananpenting
dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan
pembimbing.Yang terakhir adalah pemusatan bahan,iaitu bahan pelajaran memainkan
peranan yang penting dimana interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru
39
dengan bahan.Untuk menjadikan pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang
digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana perkembangan kognitif pelajar.
Dalam rancangan pengajaran harian saya,saya telah menggunakan dua strategi
pengajaran.Ini kerana saya mahu mempelbagaikan cara pendedahan maklumat kepada
murid mengikut kesesuaian maklumat yang diberikan.Apabila saya menggunakan
strategi pemusatan guru,saya telah memastikan para pelajar akur pada arahan saya
supaya membaca teks prosa dengan senyap dan menghayati teks
tersebut.Seterusnya,saya telah menyuruh mereka membina ayat tunggal dan ayat
majmuj tanpa bantuan rakan –rakan serta buku teks.Dalam pemusatan bahan
pula,saya telah memaksimumkan penggunaan teks prosa pilihan dalam mencapai hasil
pembelajaran pada hari itu.Saya telah menggunakan kad perkataan yang diambil
daripada teks sebagai kosa kata untuk murid bagi aktiviti membina dan menulis ayat
tunggal serta ayat majmuk.Bukan itu sahaja,penggunaan kotak ajaib telah berjaya
menarik minat murid dan memberi satu kelainan kepada proses pengajaran.Murid
berasa lebih teruja untuk menjalankan aktiviti walaupun ia hanya aktiviti penulisan dan
pembinaan yang lazim dilakukan di sekolah.
Pendekatan pengajaran yang baik akan membantu keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.Pendekata disini merujuk kepada arah atau hala yang diambil oleh
guru untuk menuju sasaran( objektif pembalajaran).Oleh itu,pemilihan pendekatan
pengajaran mestilah dilakukan dengan teliti agar murid senang untuk memahami
konsep yang ingin disampaikan oleh guru.Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran
bahasa melayu iaitu,induktif,deduktif,eklektik dan komunikatif.Pendekatan induktif
bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960),
pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan
memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan deduktif pula merupakan
jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Dalam penggunaan
pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal
pengajaran.
40
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini
sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Pendekatan
komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.Ketika
saya mengajar tempoh hari,saya telah menggunakan pendekatan induktif.Pertama
sekali saya telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada murid mengenai tema
dan tajuk pengajaran pada hari itu.Ini adalah apabila saya masuk ke kelas sambil
mengibarkan Jalur Gemilang dan berpantun.Pelbagai jenis reaksi telah dtunjukkan oleh
pelajar,ada yang tertawa dan ada juga yang memberikan perhatian apabila saya
berpantun.Oleh itu,murid memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan
oleh saya pada hari itu.Saya yakin bahawa dengan penggunaan pendekatan yang
betul,kecenderungan murid akan sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru.Murid-murid teruja untuk mengetahui
apakah yang bakal dipelajari oleh mereka nanti,dan mereka juga tertanya-tanya akan
perihal aktiviti mereka pada hari itu.Penggunaan bahan mengajar seperti teks prosa
dan bendera telah membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih
jelas.Tambahan pula,gabungan pendekatan induktif dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai telah berjaya membantu perkembangan kognitif,jasmani dan
rohani para pelajar.
Seterusnya,teknik pengajaran adalah satu alat yang digunakan oleh guru
bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan
seirama dengan pendekatan yang dianuti.Tujuan penggunaan teknik pengajaran adalah
untuk menarik minat pelajar serta membangkitkan perasaan ingin tahu.Apabila guru
bahasa bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar,guru akan
berjaya mengekalkan perhatian murid sepajang proses pembelajaran.Terdapat
beberapa teknik pengajaran yang booleh digunakan oleh guru,iaitu teknik main
peranan,permainan bahasa,latih tubi,bercerita,simulasi serta drama.Teknik main
peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
41
dianggap penting. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari
bahasa melalui teknik permainan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya dan ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu.Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian pelajar.Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi
yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-
murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Teknik latih tubi merupakan pilihan saya kerana ia dapat membantu pelajar
mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekalannya.Pada mulanya
pelajar telah mengalami proses mendegar dimana saya memilih beberapa orang murid
secara rawak untuk mendeklemasi puisi di hadapan kelas,seterusnya mereka telah
memikirkan maksud perkataan saerta tugasnya dalam situasi yang menggunakan
perkataan –perkataan tersebut.Mereka juga telah menggunakan kamus untuk
mengesahkan maksud perkataan tersebut.Akhirnya,apabila mereka mahir dengan
penggunaan perkataan baru tersebut,mereka membina ayat tunggal dan latihan
pengukuhan yang digunakan ialah pembinaan ayat majmuk daripada ayat tunggal
tersebut.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu
42
pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan
dipilih.Terdapat lapan jenis kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.Saya telah menggunkan kaedah oral-
aural dimana pelajar dapat memperkembang dan memperasah keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.Ini dapat membantu pelajar mengembangkan
kosa kata dan memberi nafas baru dalam penulisan mereka.Apabila murid-murid
mencari makna perkataan menggunakan kamus dan seterusnya membina ayat
menggunakan perkataan baru tersebut,secara tidak langsung mereka sedang
memperbaiki kemahiran berbahasa mereka.
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kaedah, teknik, strategi serta
pendekatan yang boleh digunapakai oleh guru untuk menceriakan dan meningkatkan
lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru mestilah sedar bahwa apa
sahaja langkah yang diambil mestilah bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Hal ini
kerana murid-murid mempuyai kemampuan mereka yang tersendiri,bukan semua boleh
diajar dengan menggunakan teknik ataupun strategi yang sama.Oleh itu,guru mestilah
prihatin akan kemampuan kognitif murid dan merancang pelan perancangan
pengajaran yang paling sesuai agar semua murid dapat mencapai hasil pembelajaran
dengan jayanya.
43
PENULISAN
REFLEKTIF
PENULISAN REFLEKSI
Sepanjang saya membuat kerja tugasan ini saya telah berjaya menimba ilmu
dan pengalaman yang tidak ternilai harganya.Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menolong
saya secara langsung dan tidak langsung.Pertama sekali,sebelum saya menyediakan
rancangan pengajaran harian,saya telah membuat kajian dengan mendalami
44
mengenai teori pemerolehan bahasa dan pengaplikasiannya dalam pengajaran Bahasa
Melayu.Saya dapati bahawa terdapat empat teori pemerolehan bahasa.Saya telah
menggunakan teori behaviourisme yang menekankan menekankan kepentingan
persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental dan gerak balas
serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran
ataupun peneguhan positif.Oleh itu, saya telah menggunakan teori behaviourisme
sebagai panduan ketika menyediakan rancangan pengajaran harian dan apanila saya
melaksanakan mikro teaching di sekoloh sewaktu menjalankan Pengalama Berasakan
Sekolah(PBS) yang ke-empat di Sekolah Kebangasaan Taman Ria,Sungai Petani.
Selepas itu,saya telah meyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk
mengajar pelajar tahun lima di sekolah tersebut.Ini dilakukan setelah saya berjumpa
dan mendapat kebenaran daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah
tersebut.Beliau telah membenarkan saya membuat micro teaching dan saya juga telah
diberikan seorang guru pembimbing unruk membantu dan membimbing saya sepanjang
saya berada di sekolah tersebut.Ketika saya menyediakan rancangan pengajaran
tersebut,saya telah mengambil kira semua aspek yang perlu diberikan perhatian dalam
satu penghasilan rancangan pengajaran yang lengkap seperti hail pembelajaran,bahan
bantu mengajar,agihan masa untuk setiap aktiviti serta pendekatan dan teknik
penajaran.Tambahan lagi,saya juga telah memikirkan cara untuk menjadikan
pendekatan tersebut menarik dan terbaik kerana saya sedar bahawa murid-murid
tersebut tidak mengenali saya.Oleh itu,mereka mungkin tidak akan mempunyai
kepercayaan terhadap saya dan memberikan kerjasama yang terbaik ketika saya
mengajar.Justeru,saya mestilah mempunyai satu set induksi yang baik agar saya dapat
menarik minat pelajar supaya mengikuti pembelajaran pada hari itu.
Setelah menghasilkan rancangan pengajaran harian tersebut,saya telah
meminta pandangan guru pembimbing saya mengenai tugasan saya itu.Beliau telah
memberikan pandangan dan komen supaya saya dapat memperbaiki kerja saya
tersebut,dan slepas berbincang dengan beliau kami telah memilih hari Selasa untuk
saya menjalankan Pengajaran Mikro saya.Walau bagaimanapun,oleh kerana saya
kuarang sihat sepanjang saya menjalankan PBS,saya membuat pengajaran itu
45
bersama rakan saya.Ini adalah kerana,saya telah mengalami kemalangan seminggu
sebelum itu dan masih lagi tidak pulih sepenuhnya ketika menjalankan PBS.Namun
begitu,saya telah berjaya membuat pengajaran mikro dengan jayanya.Masalah yang
saya hadapi ketika menjalankan pengajaran mikro saya ialah pengurusan kelas.Saya
tidak dapat dapat mengawal kelas dengan baik,terutamanya apabila saya berpantun
dikelas sebagai pengisian set induksi saya,saya dapati ada pelajar yang membuat
bising dan tidak memberikan kerjasama.Oleh sebab itu,langakah penyelesaian bagi
masalah saya itu adalah saya perlulah mengenali pelajar saya terlebih dahulu sebelum
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mereka.Ini akan membantu
saya mengenali sifat dan perlakuan mereka,dan seterusnya saya dapat merancang
pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan dan perlakuan mereka.
Perasaan saya apabila saya telah merancang satu rancangan pengajaran yang
benar-benar lengkap setelah dinilai dan disemak oleh guru adalah sangat puas hati dan
gembira,Ini kerana selalunya rancangan pengajaran yang disediakan hanyalah untuk
tujuan latihan dan rujukan di dalam kelas sahaja,tetapi pada kali ini saya telah
mengaplikasikannya dalam kelas dengan melaksanakan pengajaran tersebut.Guru
pembimbing saya juga telah banyak membantu memberikan tunjuk ajar mengenai cara-
cara pendekatan yang harus digunakan apabila saya mengajar kelak.
Saya sedar bahawa,penerapan nilai murni merupakan satu komponen yang
amat penting dan tidak boleh diabaikan dalam setiap pengajaran saya.Saya juag
mempelajari bahawa,setiap pelajar mempunyai keperluan mereka sendiri,sebagai
seorang guru saya mestilah prihatin dan adil terhadapa pelajar saya.Saya mestilah
faham akan kemampuan dan keperluan mereka serta adalah tanggungjawab saya bagi
memastikan semua murid saya dapat mencapai objektif pelajaran disamping
menerapkan nilai- nilai yang positif kedalam jiwa mereka.
Kesimpulannya,pengalaman saya membuat pengajaran mikro secara sistemaik
ini telah memberikan saya satu pandangan baru terhadap profession perguruan.Saya
sedar bahawa menjadi seorang guru bukan sahaja mengenai mengajar pelajar
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan,ia adalah lebih daripada
46
itu ,guru mestilah berkorban dan berusaha sebaik boleh untuk melahirkan insan yang
cemerlang dari segi aspek jasmani,rohani dan sosial.
47
48
49