Download - Pengacara Majlis
Oleh :
JABATAN BAHASA & SASTERA,
INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS
DEFINISI DAN KONSEP
Pengacara majlis dikenali juga sebagai pengerusi majlis.
Merupakan orang yang akan memaklumkan kepada tetamu tentang situasi yang berlaku sepanjang majlis mengikut urutan
waktu dan situasi seperti yang terkandung dalam buku program ( atur cara ) majlis semasa majlis dilangsungkan.
Peneraju majlis – menerajui sesebuah majlis.
“…Master of ceremonies (mc) is an individual who acts as a
host on a radio or television programme. Often spelled
emcee…”
Menurut R. Terry Ellimore (1991) :
DEFINISI DAN KONSEP (Sambungan)
berkebolehan serta memiliki nada suara dan intonasi yang sesuai; dan
pasangan tidak semestinya lelaki dan perempuan;
boleh lebih daripada seorang :
mempunyai ketinggian yang sama/hampir sama antara pasangan tersebut.
boleh menyediakan pengacara simpanan.
PERANAN PENGACARA MAJLIS
Peranan Pengacara Majlis dan Pengerusi Seminar, Forum atau Ceramah agak berbeza;
Kedua-duanya berperanan menghidupkan sesebuah majlis;
Walau bagaimanapun, pengerusi boleh terus bertindak sebagai pengacara, tetapi pengacara tidak boleh mengambil alih tugas pengerusi majlis;
Pengacara terikat dengan teks tetapi pengerusi forum/seminar/ ceramah boleh terkeluar daripada teks (boleh memberi ulasan).
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS
berpengetahuan tinggi – tentang adat istiadat, protokol, etiket;
boleh membezakan majlis;
pengacara majlis;
tahu peranan :
pengerusi majlis;
deejay.
peka dengan situasi majlis :
ketepatan masa – datang lebih awal;
tumpuan terhadap persembahan majlis;
tidak berbual – boleh alpa.
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS (Sambungan)
tidak mengetuk atau menghembus mikrofon;
peka terhadap tetamu kehormat dan tetamu jemputan;
sentiasa berada ditempatnya;
penampilan diri :
ekspresi muka – ceria, tidak berwajah serius;
pandangan mata;
gesture/bahasa badan/pergerakan badan.
cara berpakaian;
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS (Sambungan)
tidak kaku/gementar/panik – sentiasa bersikap tenang.
berdiri teguh/tegak;
tidak memegang skrip;
fizikal baik – tiada kecacatan;
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS (Sambungan)
berkebolehan/mampu berkomunikasi :
kesihatan baik :
mental baik;
fizikal baik – cergas dan cepat dalam pergerakan.
bersuara lunak;
sebutan jelas, fasih dan tidak tergesa-gesa;
berintonasi;
tidak tersekat-sekat/gugup (lancar).
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS (Sambungan)
kreatif berbahasa :
bijak menyusun kata-kata;
bijak menyusun ucapan.
persediaan :
penyediaan skrip/teks;
latihan;
makan ala kadar sebelum majlis;
bawa air kosong/mineral.
Majlis Konvokesyen Maktab Perguruan Perlis, Perlis Kali Ketiga, Tahun 2003
MASACUEANN
9:15 pagiApabila Tuan Pengarah BPG tiba di hadapan pintu masuk Dewan Besar MPPP, muzik gamelan dibunyikan. Pengacara majlis mengumumkan :
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIAPENGARAH PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
FORMAT PENULISAN TEKS (Sambungan)
Giliran
M/S 1
TEKS PENGACARA MAJLIS
Perlu ada teks pengacara majlis :
teks pengacara majlis perlu ditaip;
menggunakan kertas berukuran B5 posisi landskap;
perlu disemak oleh Jawatankuasa dan diluluskan oleh pengetua/pengarah/ ketua organisasi;
satu halaman hanya memuatkan satu pengumuman atau satu situasi sahaja;
gaya dan teks tertakluk kepada tahap majlis, sama ada rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi; dan
FORMAT PENULISAN TEKS
Kandungan teks :
Nama Majlis
Halaman
Masa : anggaran sahaja
Cue : catatan situasi yang berlaku untuk panduan pengacara majlis
Ann : Teks pengumuman berkaitan situasi oleh pengacara.
Bilangan pengumuman
FORMAT PENULISAN TEKS
Perlu ada tiga lajur yang mengandungi aspek berikut :
MASACUEANN
MASACUEANN
9:20 pagiSetelah tetamu kehormat duduk di tempat duduk yang dikhaskan, buku program Konvokeyen MPPP Kali Ketiga 2003
diedarkan. Sebaik selesai buku program diedarkan,
pengacara majlis memulakan majlis dengan ucapan pembukaan :
ASSALAMU’ALAIKUM WRH. WBHSALAM SEJAHTERA
DAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS KONVOKESYEN
MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLISKALI KETIGA TAHUN 2003.
(Pause)
YANG BERBAHAGIADATO’ DR. HAJI AHMAD BIN LAZIM,
PENGARAH PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA;
(Pause)
YANG BERUSAHA DR. HAJAH ROHANA BT. YOB,
PENGARAH,MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS;
(Pause)
YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMAD BIN ABDULLAH,
TIMBALAN PENGARAH,MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS;
(Pause)
FORMAT PENULISAN TEKS (Sambungan)
Giliran
MASACUEANN
… sambunganPENGARAH-PENGARAH DAN TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAHMAKTAB-MAKTAB PERGURUAN;(Pause)
KETUA-KETUA JABATAN DANWAKIL KETUA-KETUA JABATANKERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI PERLIS;(Pause)
TAN SRI-TAN SRI, PUAN SRI-PUAN SRI,DATUK-DATUK, DAN DATIN-DATIN;(Pause)
PARA PENSYARAH;(Pause)
IBU-IBU DAN BAPA-BAPA;(Pause)
PARA GRADUAN;(Pause)
DAN TUAN-TUAN, PUAN-PUANHADIRIN YANG DHORMATI SEKALIAN.
FORMAT PENULISAN TEKS (Sambungan)
FORMAT PENULISAN TEKS (Sambungan)
MASACUEANN
10:00 pagiSetelah selesai ucapan Pengarah Maktab Perguruan Perlis, Perlis dan setelah pengarah duduk di tempat yang dikhaskan, pengacara majlis mengucapkan terima kasih.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH.
Seterusnya, ucapan Pengarah Pendidikan Guru. Pengacara majlis mengumumkan :
SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMMEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIADATO’ DR. HAJI AHMAD BIN LAZIM,PENGARAH PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAUNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANDAN SETERUSNYA MERASMIKANMAJLIS KONVOKESYENMAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLISKALI KETIGA TAHUN 2003.
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA,MEMPERSILAKAN.
Giliran
FORMAT PENULISAN TEKS (Sambungan)
MASACUEANN
10:00 pagiSetelah selesai ucapan Pengarah Maktab Perguruan Perlis, Perlis dan setelah pengarah duduk di tempat yang dikhaskan, pengacara majlis mengucapkan terima kasih.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH.
Seterusnya, ucapan Pengarah Pendidikan Guru. Pengacara majlis mengumumkan :
SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMMEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIADATO’ DR. HAJI AHMAD BIN LAZIM,PENGARAH PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAUNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANDAN SETERUSNYA MERASMIKANMAJLIS KONVOKESYENMAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLISKALI KETIGA TAHUN 2003.
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA,MEMPERSILAKAN.
Giliran
ATUR CARA PENTADBIRAN
Satu catatan lengkap dan terperinci tentang perjalanan keseluruhan majlis rasmi;
Catatan bermula dari tarikh bermulanya kerja-kerja persiapan majlis. Misalnya : dari mula persiapan pentas dan dewan hingga tamat majlis rasmi;
Perlu disiapkan seminggu sebelum tarikh majlis rasmi;
Perlu diedarkan kepada semua AJK, khususnya yang terlibat dan bertanggungjawab dengan persiapan majlis rasmi;
ATUR CARA PENTADBIRAN (Sambungan)
Tujuan :
sebagai panduan, peringatan dan semakan petugas-petugas yang terlibat dengan majlis rasmi;
untuk menentukan majlis berjalan mengikut peraturan dan protokol;
untuk mengelak daripada berlaku sebarang kepincangan dan ketidaklancaran perjalanan majlis;
untuk mengawal masa;
sebagai panduan pada masa akan datang; dan
sebagai rekod simpanan.
ATUR CARA PENTADBIRAN (Sambungan)
Format membina atur cara pentadbiran adalah seperti berikut: :
MASAAKTIVITITINDAKANSEMAKAN
ATUR CARA PENTADBIRAN (Sambungan)
CONTOH ATUR CARA PENTADBIRAN SUATU MAJLIS RASMI MASAAKTIVITITINDAKANSEMAKAN
Rabu25 Sept. 200218 Rejab 1423
Di dalam Dewan Besar MPPP :Latar hias pentas ditulis dengan :
MAJLIS KONVOKESYENMAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS
KALI KEDUA2002/1423
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
AJK Persiapan Pentas
AJK Teknik, Siar Raya dan Penggambaran, khususnya yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengendalikan alat pembesar suara atau amplifier dan peralatan video sudah berada di bilik kawalan. AJK berkenaan memeriksa alat amplifier berada dalam kedudukan baik (tiada kerosakan) serta memastikan peralatan yang diperlukan, termasuk pita rakaman Lagu Kebesaran Negeri Perlis berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Pastikan kedudukan kadar bunyi untuk pita rakaman Lagu Kebesaran Negeri Perlis atau apa-apa yang berkaitan dengannya (termasuk minus-one koir, jika ada) telah ditetapkan pada kadar yang sesuai.
AJK Teknik, Siar Raya dan
PenggambaranPengendali Amplifier
( ia Sound)
Di atas pentas, dihamparkan permaidani besar berwarna merah / ............... (jika perlu) dan diatur dengan enam buah settee dan kerusi mengikut protokol di atasnya. Settee Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis di tengah-tengah bahagian hadapan pentas, settee YAB Menteri Besar Perlis dan isteri, settee YBhg. Timbalan Pengarah Pendidikan Guru, dan settee YBsh. Pengarah Maktab Perguruan Perlis di susun mengikut protokol di bahagian belakang sedikit daripada settee diRaja dan dilekatkan dengan tanda nama (jika perlu). Pastikan kedudukan kerusi tidak terlalu ke hadapan hingga menjadikan laluan untuk para graduan agak sempit. Di hadapan settee/kerusi tersebut disediakan meja kecil untuk diletakkan jambangan bunga dan air mineral /100 Plus (jika perlu).
AJK Persiapan Pentas
AJK ProtokolAJK
Minuman/Jamuan
MASAAKTIVITITINDAKANSEMAKAN
Kedudukan settee / kerusi Tetamu Kehormat (VVIP) di atas pentas adalah seperti berikut :
Petunjuk:1 : Kerusi DiRaja Ke Bawah DYMM Pemangku Raja Perlis;2 : Kerusi DiRaja Ke Bawah DYMM Raja Puan Muda Perlis;3 : Kerusi YAB Menteri Besar Perlis;4 : Kerusi isteri YAB Menteri Besar Perlis;
AJK Persiapan Pentas
AJK Protokol
Dua buah kipas angin berdiri / penyaman udara bergerak diletakkan di sebelah kiri dan kanan bahagian hadapan platform diRaja.
AJK Persiapan Pentas
Rostrum DiRaja disediakan di sebelah kiri pentas. Satu pembesar suara (yang dibaluti alas/span berwarna kuning) disediakan di hadapan rostrum tersebut. Sebuah rostrum untuk bacaan doa, ucapan YBsh. Pengarah MPPP, dan ucapan YAB Menteri Besar Perlis disediakan di sebelah kanan pentas. Sebuah pembesar suara juga disediakan di hadapan rostrum tersebut.Beberapa buah pasu bunga yang bersesuaian disusun di hadapan kedua-dua rostrum tersebut bagi menghiasi dan mencantikkan kedua-dua rostrum berkenaan.
AJK Persiapan Pentas
AJK Persiapan Dewan
Di hadapan pentas, betul-betul di bahagian tengah pentas, diletakkan tangga yang dihamparkan dengan permaidani berwarna merah atau ........ dan dihiasi dengan pokok-pokok bunga pelbagai jenis dan warna di kiri dan kanan tangga.
ATUR CARA PENTADBIRAN (Sambungan)
CONTOH ATUR CARA PENTADBIRAN SUATU MAJLIS RASMI
216 5 3 864
9
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
3. Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Pemangku-pemangku Raja
4. Tuan-tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
6A. Kehormat : Bakal-bakal Raja (termasuk Tengku Mahkota atau Raja Muda
7. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (SSM)
10A. Kehormat Dato’ Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin
11. Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara
12. Yang Dipertua Dewan Negara
13. Yang Dipertua Dewan Negeri
14. Ahli-ahli Jemaah Menteri
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
15. Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (High Commissioners)
Duta-duta Besar (Ambassadors)
16. Yang Arif Hakim-hakim Besar
Menteri-menteri yang mutlak
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi
Kuasa-kuasa Usaha
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
17. Ketua-ketua Pembangkang Parlimen
17A. Kehormat : Y.A.B. Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
18. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara
19. Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Agung
20. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara
21. Setiausaha-setiausaha Parlimen
22. Peguam Negara
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
23. Panglima Angkatan Tentera
24. Yang Amat Setia Ketua Polis Negara
25. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
26. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
27. Pegawai-pegawai Turus II, III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
28. Gabenor Bank Negara
29. Datuk Bandar Kuala Lumpur
30. Sahibul Samaah Mufti Wilayah Persekutuan
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
31. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
32. Datuk Paduka Maharaja Lela
33. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (PMN)
34. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (PSM)
35. Profesor-profesor DiRaja dan Ahli-ahli Panglima Setia DiRaja (PSD)
36. Pengerusi Jawatankuasa Majlis-majlis Rasmi Kerajaan
37. Ahli-ahli Dewan Negara
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
38. Ahli-ahli Dewan Rakyat
38A. Kehormat : Speaker Dewan Undang Negeri
39. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan
40. Pegawai-pegawai Kerajaan Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan Pegawai Angkatan Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
41. Panglima-panglima Tentera Panglima Tentera Darat Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Udara
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
42. Pegawai-pegawai Kerajaan Tingkatan Tertinggi ‘B’ dan Pegawai Angkatan Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
43. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
44. Wakil Tempatan Bangsa-bangsa Bersatu
45. Naib Canselor Universiti-universiti
Pengerusi-pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan
Ketua-ketua Pengarah Badan-badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
45A. Kehormat : Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan-kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Negeri Sabah dan Sarawak
46. Pegawai-pegawai Kerajaan Tingkatan Tertinggi ‘C’ dan Pegawai Angkatan Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
47. Pegawai-pegawai Kerajaan Tingkatan Tertinggi ‘D’ dan Pegawai Angkatan Tentera dan Polis yang setaraf dengannya dan Pengurus-pengurus Besar Badan Berkanun Persekutuan
47A. Kehormat : Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN( Warta Kerajaan PU(B) 456 3/10/85 )
48. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (JMN)
49. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota
50. Ahli-ahli Johan Setia DiRaja
51. Setiausaha-setiausaha Politik
52. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘E’, ‘F’ dan ‘G’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
53. Konsul-konsul Negeri yang tiada Perwakilan Diplomatik di Malaysia
TUGASAN
Anda telah dipilih untuk menjadi pengacara majlis dalam salah satu majlis seperti di bawah. Sediakan satu teks ucapan anda selaku pengacara majlis menggunakan format yang ditetapkan.
Majlis perkahwinan;
Hari Kecemerlangan Sekolah;
Majlis Perasmian Olahraga Tahunan;
Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan;
Majlis Perasmian Hari Keluarga MPPP;
Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan;
Majlis Jamuan Tahunan.
MUSALMAH MANIS BERKACA MATA,LESUNG PIPIT MANIS ORANGNYA;PANGGILAN HORMAT BUDAYA KITA,SOPAN SANTUN CERMINAN BANGSA.
MUSALMAH MANIS PERGI KE DAIK,SAMPAI KE DAIK HARI PUN PETANG;
MULUT MANIS HATI PUN BAIK,SAMPAI MATI DIKENANG ORANG.