Download - PENAMATAN_KONTRAK.pdf
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
1/15
Azeanita@2004 1
PENAMATAN/ PELEPASAN KONTRAK
KAEDAH PENAMATAN KONTRAK
Sesuatu kontrak boleh dilepaskan (ditamatkan)melalui beberapa kaedah.
Persetujuan semua pihak
Perlaksanaan syarat-syarat kontrak Kemungkiran
Kekecewaan kontrak (atau kontrak mustahildapat dilaksanakan)
Penguatkuasaan undang-undang
Persetujuan semua pihak
Pihak-pihak yang berkontrak bolehmelepaskan tanggungjawab masing-masing melalui persetujuan, sebagaimana
mereka sebelum ini mengikat hubunganberasaskan persetujuan.
Seksyen 63, AK: jika pihak-pihak yangberkontrak bersetuju menggantikan sesuatukontrak dengan kontrak yang baru, atau
bersetuju meminda kontrak, maka kontrakasal tidak perlu dilaksanakan.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
2/15
Azeanita@2004 2
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Persetujuan semua pihak
2 keadaan penamatan kontrak melaluipersetujuan:
Pihak berkontrak belum melaksanakansebarang tanggungjawab mereka
dalam kontrak itu.
Terdapat persetujuan baru antaramereka untuk melepaskan hak dantanggungan masing-masing
Mereka membuat kontrak baruhakdan tanggungan baru menggantikanhak dan tanggungan kontrak lama
Pihak berkontrak telah melaksanakansebahagian daripada hak dantanggungan masing-masing mengikut
kontrak.
Mereka boleh melepaskan hak dantanggungan masing-masing secaramutlak dan sepenuhnya.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
3/15
Azeanita@2004 3
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Persetujuan semua pihak
Mereka bersetuju menerima gantiperlaksanaan daripada pihak satu lagidengan bentuk perlaksanaan yangberlainan daripada yang sepatutnyadipenuhi mengikut kontrak asal.
Kes Pinnel
C berhutang 8 daripada P.
C kemudian membayar 5 pada P.
Mahkamah:
Jumlah itu tidak sesuai dan tidak
memuaskan - 8 tidak sama dengan 5. P boleh menuntut baki wangtersebut.
Tetapi jika C memberi seekor kuda,seekor burung helang, sehelai jubah,etc. pemberian ini sesuai danmemuaskan kerana nilai seekor kuda,
seekor burung helang atau jubah itukepada P mungkin memadai jika Pmahu menerimanya.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
4/15
Azeanita@2004 4
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Perlaksanaan syarat-syarat kontrak
Umumnya sesuatu kontrak bolehditamatkan apabila setiap pihak memenuhisepenuhnya tanggungjawab dan hakmasing-masing di dalam kontrak.
Jika satu pihak sahaja yang memenuhi
tanggungjawab tersebut, dan satu pihaklagi tidak memenuhinya, penamatan tidakboleh dilaksanakan.
Seksyen 38, AK: pihak-pihak dalam kontrakwajib melaksanakan janji masing-masing,kecuali pihak itu dilepaskan atau dimaafkanoleh mana-mana undang-undang.
Perkara-perkara lain berkaitan perlaksanaansyarat:
Dinyatakan dalam kontrak, pihakberkenaan sahaja yang mesti
melaksanakan, orang lain tidakdibenarkan, maka orang itu sahaja mestimelaksankannya.
Contoh: A berjanji melukis gambar B,maka A yang mestimelaksanakannya, bukan orang lain.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
5/15
Azeanita@2004 5
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Perkara-perkara lain berkaitan perlaksanaan
syarat:
Penerima janji bersetuju pihak lain (pihakketiga) melaksanakan tugas dalamkontrak itu, maka dibenarkan pihakketiga melaksanakan tugas tersebut.
Sesuatu kontrak menghendaki sesuatupihak melaksanakan janji pada masadan/atau tempat yang ditetapkan,maka masa dan/atau tempatmenjadi syarat penting kontrak tersebut.
Kes Himatsing & Co. lwn. P.P. Joitaram
Kes Hj. Hasnan lwn. Tan Ah Kian
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
6/15
Azeanita@2004 6
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Kemungkiran
Seksyen 40, AK: apabila suatu pihak dalamkontrak enggan melaksanakan kontrak ituseperti yang dijanjikan, maka pihak satu lagiboleh menamatkan kontrak tersebut.
Kekecewaan kontrak (atau kontrak mustahil
dapat dilaksanakan)
Seksyen 57(2), AK: sesuatu kontrak untukmelakukan sesuatu perbuatan yang selepaskontrak dibuat, menjadi mustahil, ataumenjadi tak sah oleh sebab suatu kejadianyang tidak dapat dicegah oleh pihak yangmembuat kontrak, maka kontrak itu menjadimustahil atau tak sah.
Beberapa keadaan diiktiraf mahkamahsebagai boleh mengecewakan kontrak:
Terdapat perubahan undang-undang
Perkara penting dalam kontrak musnah Kontrak bergantung kepada sesuatu
perkara atau kejadian pada masahadapan.
Berlaku kematian atau ketidakupayaanpihak dalam kontrak
Terdapat perubahan keadaan penting
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
7/15
Azeanita@2004 7
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Terdapat perubahan undang-undang
Contoh: A (Melayu) dan B (Cina) membuat
kontrak. A akan menjual tanahnya kepada B. Sebelum jual beli dibuat, tanah
berkenaan telah diisiytihar masuk kedalam Rizab Melayu yang melarangsebarang urusniaga kepada bukanMelayu.
Kontrak dikatakan kecewa.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
8/15
Azeanita@2004 8
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Beberapa keadaan diiktiraf mahkamah
sebagai boleh mengecewakan kontrak:
Perkara penting dalam kontrak musnah
Kes Taylor lwn. Caldwell C telah menyewakan dewan
muziknya kepada T beberapa hari.
Dewan telah terbakar sebelum Tmemulakan konsert.
Mahkamah: kontrak itu ditamatkankerana perkara penting (dewan) telahmusnah menyebabkan kontrak itukecewa.
Kontrak bergantung kepada sesuatuperkara atau kejadian pada masahadapan. Jika sesuatu perkara tidak berlaku,
kontrak dilepaskan.
Kes Krell lwn. Henry D bersetuju menyewa flat kepunyaan
F agar dia dapat menyaksikanperarakan King Edward VII.
Raja Gering, perarakan pada hari itudibatalkan.
Kontrak penyewaan dilepaskan dansewa tidak perlu dibayar.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
9/15
Azeanita@2004 9
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Beberapa keadaan diiktiraf mahkamah
sebagai boleh mengecewakan kontrak:
Berlaku kematian atau ketidakupayaanpihak dalam kontrak
kontrak berbentuk perkhidmatan,yang melibatkan diri pihak itu secara
langsung
Kes Condor lwn. The Baron Knights
C digaji bermain dram untuk 7 malamseminggu, selama 5 tahun.
C jatuh sakit, doktor menasihatkan Cbermain dram 4 malam seminggu.
Kontrak ditamatkan keranadisebabkan C sakit, dia tidak mungkindapat meneruskan kontraknya.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
10/15
Azeanita@2004 10
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Beberapa keadaan diiktiraf mahkamah
sebagai boleh mengecewakan kontrak:
Terdapat perubahan keadaan yangpenting
Terjadi sesuatu kejadian yang amatbesar kesannya ke atas kontrak
Kejadian berlaku diluar dugaan pihakberkontrak
Contoh
Bencana alam; banjir besar, gempa
bumi dalam kontrak membinabangunan
Kapal A membawa barang Btenggelam dipukul gelombang
Gudang X yang menyimpan barang Yterbakar.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
11/15
Azeanita@2004 11
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Beberapa keadaan tidak diiktiraf
mahkamah sebagai boleh mengecewakankontrak:
Dalam kontrak dengan jelas menyebutpihak-pihak akan melaksanakan kontrakwalau dalam apa keadaan sekalipun.
Kes Blackburn lwn. Allen (Ted) & Sons Ltd.
D bersedia membekalkan balak dariFinland, kepada P di England.
Balak dibekalkan terus dari Finland
dan D tiada stok di England. Semasa perang meletus di Finland, D
tidak dapat membekalkan balakkepada P.
Mahkamah: kontrak tidak bolehditamatkan kerana D bersedia
melakukannya dalam semuakeadaan.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
12/15
Azeanita@2004 12
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Beberapa keadaan tidak diiktiraf
mahkamah sebagai boleh mengecewakankontrak:
Sesuatu kejadian yang tidak diingini ituberlaku disebabkan oleh satu pihak.
Kes Maritime National Fish lwn. Ocean
Trawlers
R menyewa kapal menangkap ikandaripada A.
A memohon lesen kapal, tetapi tidak
memasukkan nama kapal yangdisewakan kepada R.
R tidak boleh menggunakan kapal itu.
R mendakwa A.
A tidak boleh mengatakan kontrakditamatkan kerana kekecewaan.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
13/15
Azeanita@2004 13
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Kekecewaan kontrak (atau kontrak mustahil
dapat dilaksanakan)
Kesan kekecewaan
Apabila sesuatu kontrak dilepaskankerana kekecewaan, kontrak tamatsecara automatik setakat itu.
Seksyen 57(3), AK: sebarang kerugiandialami oleh penerima janji, pembuat
janji perlu membayar sejumlah bayaran.
Contoh: X telah menyerahkan 50 kgdurian kepada Y sebelum kontrak
dikecewakan. Y perlu membayarharga 50 kg durian.
Seksyen 66, AK: sesiapa yang menerimafaedah daripada kontrak perlumemulangkan faedah itu ataumembayar pampasan.
Seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil1956:Jumlah wang yang telah diterima perludikembalikan setelah ditolakperbelanjaan yang dikeluarkan semasamelaksanakan kontrak itu
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
14/15
Azeanita@2004 14
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Penguatkuasaan Undang-undang
Boleh berlaku dalam beberapa keadaan:
Kontrak ditamatkan selepas tamattempoh kontrak itu perlu dilaksanakan.
Kaedah mengakhiri had masa (lapseof time)
Contoh:
A berkontrak dengan B. A akan
menyewa kereta B dari 1 Jan30 Jun1985.
Selepas 30 Jun 1985, kontrak luput danditamatkan.
Kontrak mudah (persetujuan secaralisan), kemudiannya digantikan dengankontrak bertulis (dimasukkan semuasyarat yang dipersetujui dalam kontraklisan sebelumnya).
Hak dan tanggungjawab di dalam
kontrak mudah (lisan) dilepaskan.
-
7/24/2019 PENAMATAN_KONTRAK.pdf
15/15
PENAMATAN KONTRAK DAN REMEDI
Penguatkuasaan Undang-undang
Boleh berlaku dalam beberapa keadaan:
Terdapat pindaan palsu dibuat kepadatarikh, nama pihak-pihak dan jumlah
wang dalam sesuatu dokumen kontrak. Perbuatan ini akan menamatkan
kontrak tersebut.
Jika pihak-pihak mati atau tidakberupaya, contohnya dalam kontrak
berbentuk perkhidmatan, kontrak itutamat.