PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL (820716-03-6150)
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia
Tarikh : 13 OKTOBER 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: LOT 773, KAMPUNG PERUPOK, 16300 BACHOK, KELANTAN. Tarikh : 13 OKTOBER 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : PM. Dr. Seth Bin Sulaiman
Tarikh : 13 Oktober 2004
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
10 OKTOBER 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………
Nama Penulis : NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL
Tarikh : 13 Oktober 2004
iii
DEDIKASI
Kepada Ayahanda, Awang @ Semail Bin Hamid dan Bonda, Hasnah Binti
Mohamed yang telah menjaga dan mendidik diriku agar menjadi seorang anak yang
berjaya...
Buat kekanda-kekandaku,
Zamzuri, Azhan, Fetia dan Hisyam
Dan
Buat Adinda-adindaku,
Muhammad Akhir, Siti Afiqah, Siti Aisya dan Mohd. Azat
dan yang teristimewa
Nurul Qamar Bin Hazni
Terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun
dalam menyiapkan projek ini penyelidik terpaksa menghadapi pelbagai cabaran,
namun berkat kesabaran yang ada, penyelidik berjaya menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr.
Seth bin Sulaiman di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta
masa yang telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Penyelidik juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang telah
memberi kerjasama yang amat baik semasa penyelidikan MPK dijalankan. Ucapan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan
sokongan dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang
membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang
dicurahkan diucapkan terima kasih.
v
ABSTRAK
Dalam proses pembelajaran, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang berkualiti mampu memberikan hasil yang luar biasa kepada sesiapa yang
menggunakannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran kendiri (MPK) yang
baik dapat dijadikan sebagai inovasi untuk bahan P&P yang berkualiti dan bermutu.
Pembinaan modul pembelajaran Kendiri (MPK) dan kajian ini telah dibuat adalah
untuk menilai status kesesuaian kedua-dua MPK Sains tingkatan empat yang
bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin
Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik)
dengan menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Penilaian MPK telah
dinilai secara penilaian formatif iaitu PFSS dan PFKK. Dalam PFSS, seramai empat
orang guru Sains telah terlibat dan lapan orang bakal guru (pelajar tahun 4 dan 5
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)) terlibat dalam PFKK. Penilaian
formatif yang dilakukan merentas dua pembolehubah bebas iaitu tempoh mengajar
dan jantina subjek. Satu set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) oleh Shaharom (1994) digunakan sebagai alat
kajian dan data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk
min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kedua-dua MPK yang dibina adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan P&P bagi
mata pelajaran Sains tingkatan empat. Penggunaan MPK banyak membawa implikasi
yang positif kepada pelajar, guru dan penggubal kurikulum dalam penggunaan
sebagai bahan P&P yang bermutu dan berkualiti.
vi
ABSTARCT
In the learning process, the use of good quality teaching-learning materials
will produce extraordinary good learning extreme. This research and development
project on Self- Instructional Modules (SIMs) on the topic Light, Colour and
Eyesight was undertaken to determine their effectiveness when used by form four
student. Two modules were developed namely, SIMs 1 entitlled Image Formation By
Mirror and Lens and SIMs 2 entilled Image Formation By Our Eye and Optical
Instrument using Core-Branch Model (Shaharom, 1994). The evalution of modules
uses One-To-One and Small Group Formative Methods. In One-To-One formative
method, four Science teachers and eight pre-service Science teacher were involved.
The pre-service teachers are in their Fouth dan Final year at UTM Faculty of
Education. The formative evaluation was based on two independents variables. They
are teaching duration and gender. A set of questionaire evaluating the suitability of a
Self-Instruction-Modules (SIMs) developed by Shaharom (1994) was used as
instrument of this study. Data obtained was analysed using descriptive statistic in the
form of mean, mean deviation, maximum and minimum. Result indicated the SIMs
developed were suitable to be used as Teaching-Learning material for form four
Science student. The SIMs have brought about many positive impication to students,
teachers and curriculum developed as users of quality SIMs.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Rangka Kerja Konsep 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Guru 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Istilah 11
1.8.1 Bahan Pengajaran 11
1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 11
1.8.3 Pembelajaran Bermodul 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Teori-Teori Berkaitan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 14
2.1.1 Penilaian Formatif 14
2.1.1.1 Fasa Pertama : PFSS 14
2.1.1.2 Fasa Kedua : PFKK 15
2.1.1.3 Fasa Ketiga : PFPP 15
2.2 Model-Model Pembinaan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 16
2.2.1 Model Burns 16
ix
2.2.2 Model Klingstedt 17
2.2.3 Model Eijil 18
2.2.4 Model Meyer 19
2.2.5 Model Teras-Cabang Shaharom 21
2.2.5.1 Rasional 22
2.2.5.2 Aktiviti Utama 22
2.2.5.3 Praujian 23
2.2.5.4 Objektif Pembelajaran 23
2.2.5.5 Isi Kandungan dan Aktiviti
Pembelajaran Teras 23
2.2.5.6 Ujian Diagnostik 23
2.2.5.7 Bahagian Pemulihan 24
2.2.5.8 Bahagian Pengayaan 24
2.2.5.9 Maklum Balas 24
2.2.5.10Rujukan 24
2.3 Perbandingan Di Antara Model-Model Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) 25
2.4 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994) 26
2.5 Dapatan Kajian 30
2.5.1 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian
MPK Dalam Bidang pendidikan Sains
(MPK oleh Penuntut UTM) 31
2.5.2 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian
MPK Dalam Bidang pendidikan Fizik
(MPK oleh Penuntut UTM) 32
2.6 Ringkasan 33
x
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34
3.1 Reka Bentuk Kajian 35
3.2 Tajuk-Tajuk MPK 35
3.2.1 MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh
Cermin Satah dan Kanta 35
3.2.2 MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh
Mata dan Alatan Optik 36
3.3 Subjek Kajian 36
3.4 Alat Kajian 36
3.5 Kaedah Analisis Data 37
3.6 Tatacara Kajian 38
3.6.1 Kajian Tahap Satu : Pembinaan MPK 39
3.6.2 Kajian Tahap Kedua 41
3.6.3 Kajian Tahap Tiga : Analisis Data
Dan Maklumat 44
3.7 Andaian 45
3.8 Batasan Kajian 46
3.9 Ringkasan 46
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan 47
4.1 Hasil Kajian Rintis 49
4.2 Hasil Kajian Formatif 50
4.2.1 Persoalan Kajian 1 50
4.2.2 Persoalan Kajian 2 52
4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 53
xi
4.3.1 Persoalan Kajian 3 53
4.3.2 Persoalan Kajian 4 55
4.4 Penilaian Formatif Merentas Jantina 57
4.4.1 Persoalan Kajian 5 57
4.4.2 Persoalan Kajian 6 59
4.5 Ringkasan 61
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 64
5.1 Perbincangan 65
5.2 Kesimpulan 68
5.3 Implikasi 69
5.4 Cadangan 71
5.3 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 73
RUJUKAN 75
LAMPIRAN A 79
LAMPIRAN B 83
LAMPIRAN C 84
LAMPIRAN D 89
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan Model-Model MPK 25
3.1 Skala Likert 31
4.1 Skala Pemeringkatan untuk soal selidik
Kesesuaian MPK 49
4.2 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh
guru mata pelajaran Sains 51
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal
guru mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN) 52
4.4 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru
mata pelajaran Sains merentas tempoh mengajar 54
4.5 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal guru
mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN)
merentas tempoh mengajar 56
4.6 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru
mata pelajaran Sains merentas jantina 58
4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal guru
mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN)
merentas jantina 60
5.1 Analisis PFSS dan PFKK dengan pemboleh ubah
bebas 67
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 8
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 22
2.2 Pelaksanaan proses pembelajaran MPK 28
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 38
3.2 Rangka Kerja Kajian Tahap Satu 39
3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 40
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 42
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif 43
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN BUTIRAN
JPK Jadual Pemeringkatan Kesesuaian
MPK Modul Pengajaran Kendiri
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PFSS Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFPP Penilaian Formatif Peringkat Percubaan dalam Keadaan
Sebenar (Field Trial)
SIMs Self Instructional Modules
SPN Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Pengesahan MPK 1 dan MPK 2 79
B Pengesahan Guru 83
C Soal Selidik Kesesuaian MPK 84
D Jadual Skala Pemeringkatan untuk Soal Selidik
Kesesuaian MPK (Guru) 89
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Di dalam dunia pendidikan, secara tradisionalnya proses pengajaran dan
pembelajaran adalah berkonsepkan kepada penyampaian dan penerimaan maklumat.
Ini bermakna guru menyampaikan isi pelajaran manakala para pelajar hanya
menerima isi pelajaran tersebut tanpa mengambil kira tahap pemahaman para pelajar
setelah proses pembelajaran. Tetapi pada tahun 1990, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengorak langkah baru bagi mempertingkatkan lagi mutu
dunia pendidikan apabila terhasilnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut
Robiah Bt Saidin (2001a), pernyataan matlamat dan objektif Wawasan 2020 juga
adalah contoh corak pembangunan yang diingini untuk masa hadapan bagi negara
Malaysia di alaf baru. Ini semua akan menggambarkan komitmen yang lebih mantap
dan berkualiti bagi menjayakan bidang pendidikan di Malaysia sebagai sebuah pusat
kecemerlangan ilmu. Selain itu, reformasi pendidikan melalui program KBSR dan
KBSM juga merupakan salah satu anjakan paradigma dalam usaha untuk
mempertingkatkan kualiti bidang pendidikan. Maka, selari dengan bagaimana
pentingnya peranan pendidikan, kerajaan Malaysia telah memperuntukan belanjawan
yang agak besar untuk membangunkan institusi pendidikan. “Contohnya pada tahun
1996, jumlah perbelanjaan pendidikan adalah hampir kepada 20% daripada jumlah
perbelanjaan negara (Kementerian Pendidikan 1996) (Robiah Bt Saidin, 2001b)”.
Tetapi, apa yang ingin difokuskan di sini ialah “memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu” seperti yang tersurat di dalam
2
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) adalah berkait rapat bagi proses pengajaran dan
pembelajaran secara bermodul (Shaharom, 2000). Ini bermakna dengan cara
pembelajaran yang berkesan akan melahirkan para pelajar yang cemerlang dan
gemilang.
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru adalah penting
dalam memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Ini adalah untuk melaksanakan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), guru merupakan pejuang yang utama dalam memberi
pendidikan kepada anak bangsa.
Sebagai pendidik yang akan menentukan hala tuju para pelajar, guru
hendaklah lebih peka dengan perubahan dunia pendidikan yang sentiasa berubah
mengikut peredaran masa dan pelbagai ledakan ilmu. Oleh itu, kaedah dan teknik
pengajaran secara tradisional “chalk and talk” hendaklah diberi sentuhan atau nafas
baru dengan mempelbagaikan lagi gaya pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan
menarik minat dan merangsang minda pelajar untuk terus belajar. Dengan demikan,
penggunaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran mampu memberi kelainan di dalam dunia pendidikan.
Pengunaan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran diperkuatkan
lagi dengan kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Ini adalah kerana
kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar adalah berbeza di antara satu sama lain
walaupun mereka menerima input yang sama. Kecerdasan mereka dipengaruhi oleh
3
latar belakang keluarga, keadaan sosial, kedudukan geografi, gaya pembelajaran,
tingkah laku, kesediaan dan sebagainya.
Dengan itu, penggunaan MPK sebagai bahan yang sistematik dan terancang
amat diperlukan supaya dapat memaksimumkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada hari ini, seharusnya para pelajar telah mempelajari dan menguasai
kemahiran-kemahiran belajar seperti membaca, menulis, mengira, menganalisis,
berfikir dan sebagainya. Penguasaan kemahiran ini dengan baik adalah sangat
penting kerana ia menjadi asas kepada penerimaan sesuatu proses pembelajaran.
Pelajar juga mesti mengikuti arus kemodenan dan perkembangan dunia pendidikan
yang berubah dari semasa ke semasa di mana menurut Robiah Bt Saidin (2001c),
pendidikan adalah kunci pembangunan sesebuah negara. Tambahan lagi, dunia
pendidikan pada hari ini adalah mencabar dan merupakan medan perjuangan para
pelajar untuk bersaing di antara mereka bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang
dan mendapat tempat di dalam alam pekerjaan nanti. Selain itu, para pelajar juga
harus mempunyai daya tahan yang kuat dari segi mental dan fizikal serta berfikiran
kreatif dan kritis untuk menghadapi cabaran didalam dunia pendidikan.
Tetapi, ada juga segelintir para pelajar yang tidak dapat menguasai
sepenuhnya kemahiran-kemahiran ini. Antara faktornya adalah pelajar tersebut
lambat menerima sesuatu di dalam proses pembelajaran dan bahan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang tidak bermutu. Dengan itu, para pelajar ini tentunya akan
jauh ketinggalan di belakang dalam pembelajaran mereka berbanding rakan-rakan
mereka yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu pendekatan yang masih
bersesuaian yang digunakan ialah menerusi pembelajaran bermodul. “Pembelajaran
bermodul Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk
membolehkan para pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan keperluan
4
kendiri” (Shaharom, 1994). Ini selari dengan hasrat kerajaan iaitu untuk
membangunkan sistem pendidikan yang bermutu taraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
(Kementerian Pendidikan, 1995).
Dalam memastikan bahan P&P yang bermutu digunakan dalam proses
pembelajaran, ciri-ciri seperti gambar rajah yang jelas dan menarik, ada perbezaan isi
pelajaran yang penting seperti digaris fakta yang penting dan isi kandungan yang
memenuhi sukatan pelajaran patut diambil perhatian serius. Oleh itu, dengan
menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sebagai bahan P&P amatlah wajar.
Ini kerana MPK mementingkan isi kandungan adalah memenuhi sukatan pelajaran
yang telah digariskan oleh kementerian Pendidikan Malaysis (KPM), gambar rajah
yang berwarna dan objektif pembelajaran dinyatakan dengan jelas. MPK memastikan
gambar rajah yang berwarna , menarik dan mampu memberikan maklumat yang
tepat digunakan di dalamnya. Ini kerana penggunaan teks yang banyak akan
membuatkan pelajar cepat bosan untuk meneruskan pembelajaran. Dalam buku
rujukan Fokus Ungu Masteri SPM (2003) terbitan Pelangi Sdn. Bhd, gambar rajah di
dalam bab Cahaya, Warna dan Penglihatan sahaja yang berwarna. Selain itu, fakta
yang penting dalam isi kandungan MPK perlu dibezakan seperti tulisannya
dicondongkan. Perbezaan ini akan memudahkan para pelajar terutamanya pelajar
yang sederhana dan lemah mengetahui isi pelajaran yang perlu diberi penekanan
(penting).
Objektif pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam proses
P&P kerana ia akan memberi maklumat mengenai apa yang akan dipelajari dalam
sesuatu bab kepada para pelajar. Menurut Abu Hasssan Kassim (1999a), pelajar
boleh melaksanakan pengajaran kendiri dengan berkesan jika objektif yang sesuai
dinyatakan dimana pelajar mampu mengada dan melaksanakan aktiviti pengajaran
kendiri. Dengan itu dalam MPK, objektif pembelajaran telah dinyatakan sebelum
para pelajar mengikuti proses pembelajaran. Objektif pembelajaran dinyatakan
dengan tepat berdasarkan Sukatan Pelajaran KBSM (2003). Maka, pelajar dapat
mengetahui isi pelajaran yang patut dikuasai oleh mereka di dalam setiap bab.
5
Dengan itu, adalah menjadi tugas guru dan ibu bapa dalam usaha untuk
memastikan bahan P&P yang digunakan oleh para pelajar adalah berkualiti. Jangan
hanya terpikat kepada keadaan fizikal atau luaran yang cantik sesuatu bahan P&P
sahaja. Bahan P&P yang cantik, tidak menjaminkan kualiti yang ‘cantik’ seperti
rupanya.
1.2 Pernyataan Masalah
Tahap pembelajaran seseorang pelajar adalah bergantung kepada beberapa
faktor. Antaranya ialah tahap kecerdasan, minat, keadaan persekitaran, gaya
pembelajaran dan sebagainya. Ini membuatkan ada segelintir pelajar yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka khususnya bagi mata pelajaran
Sains. Dengan itu, salah satu usaha yang telah digunakan oleh para pendidik untuk
mengatasi masalah ini ialah dengan pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK).
1.3 Objektif Kajian
Bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan
objektif pengajaran serta selaras dengan kehendak dan matlamat atau Huraian
Sukatan Pelajaran Malaysia. Bahan pengajaran yang sesuai dapat membantu guru
serta membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
baik. Oleh itu, diantara objektif projek ini ialah :
1. Membina dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Sains
tingkatan empat yang bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan iaitu MPK 1:
Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan
Imej Oleh Mata dan Alatan Optik berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains
Tingkatan Empat Kementerian Pendidikan Malaysia (2003).
6
2. Menilai kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan yang dibina untuk
pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains.
3. Membandingkan kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan untuk
pelajar tingkatan empat oleh guru mata pelajaran Sains dan bakal guru
(pelajar tahun 4 dan tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)) merentas tempoh mengajar.
4. Membandingkan kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan untuk
pelajar tingkatan empat oleh guru mata pelajaran Sains dan bakal guru
(pelajar tahun 4 dan tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)) merentas jantina.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
adalah seperti berikut:
1. Adakah PFSS oleh guru mata pelajaran Sains terhadap MPK Cahaya, Warna
dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta
dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina
menunjukkan ianya sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan
Pembelajaran dalam mata pelajaran Sains tingkatan empat?
2. Adakah PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4 dan
tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains )) terhadap MPK
Cahaya, Warna dan Penglihatan ( MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin
Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan
Optik ) yang dibina menunjukkan ianya sesuai digunakan sebagai bahan
Pengajaran dan Pembelajaran dalam mata pelajaran Sains tingkatan empat?
7
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan
Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan
MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam
PFSS oleh guru mata pelajaran Sains merentas tempoh mengajar?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan
Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan
MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam
PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4 dan tahun 5
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains )) merentas tempoh
mengajar?
5. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan
Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan
MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam
PFSS oleh guru mata pelajaran Sains merentas jantina?
6. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan
Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan
MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam
PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4dan tahun 5
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )) merentas jantina?