PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH
TINGKATAN SATU
SITI NORAZHREEN BINTI AMIN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH
TINGKATAN SATU
SITI NORAZHREEN BINTI AMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _____________________________
Nama Penulis : SITI NORAZHREEN BINTI AMIN
Tarikh : 3 APRIL 2006
iv
DEDIKASI
Segala puji dan keagunggan pada MU ya Allah......
Sekalung budi...
Buat Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong, Puan Norah,
Dr Farahwahida Binti Hj.Mohd Yusof,
Dr. Jamaluddin Bin Harun, Puan Azean, dan semua pensyarah-
pensyarah yang pernah mendidik saya
Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan amat berharga
Tidak lupa pada Ayahnda Amin Bin Badra Dan Bonda Marsinah Binti Sobat
Adik Aizah dan Ziah Terima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.
Dan,
Buat sahabat-sahabat seperjuangan...
Minta maaf di atas segala kelemahan diri...
Bersama kalian tidak akan ku lupakan….
Hingga ke akhir hayat.
Assalamualaikum
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dipanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia -Nya dapatlah projek
perisian ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong selaku pensyarah
pembimbing, Dr. Farahwahida Binti Hj. Mohd Yusof, Pn. Norah, Dr Jamaluddin Bin
Harun dan semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Seterusnya buat iena, k.nuha, ieda, hanan, yati, k.elly, as, aisyah, sarah, serta rakan-
rakan seperjuangan yang mengenali diri ini diucapkan terima kasih di atas idea-idea dan
sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Dorongan dan sokongan dari kalian
amat saya hargai selagi masih ada hayat dikandung badan.
Semoga segala jasa anda semua diberkati Allah S.W.T seadanya.
vi
ABSTRAK
Kecanggihan teknologi maklumat dunia masa kini yang begitu pesat turut
melanda dunia pendidikan yang menyeru golongan pendidik agar mengubah kaedah
pengajaran dan cara penyampaian ilmu di dalam bilik darjah agar menjadi lebih menarik
dan bermotivasi. Justeru itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk membangunkan
sebuah perisian PBK yang bertajuk “Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Akidah Tingkatan Satu”. Isi kandungan bagi perisian PBK ini diambil dari sukatan
pelajaran Pendidikan Islam KBSM tingkatan Satu yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pembinaan perisian PBK ini berasaskan model reka bentuk ADDIE
dan berlandaskan teori pembelajaran Behavirisme dan Kognitivisme. Perisian ini
menggabungkan strategi pengajaran tutorial dan latih tubi. Sebuah perisian bahasa
gubahan iaitu Macromedia Authorware 7.0 serta beberapa perisian sokongan yang lain
seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Video Studio 9.0, SWISHmax 2.0 dan Sound
Forge 6.0 telah digunakan membangunkan perisian ini. Antara kelebihan perisian ini
ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar. Namun
begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dari segi pembinaan dan pempakejan yang
perlu diatasi. Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan perisian PBK ini menjadikan pelajar aktif dengan pembelajaran mereka.
vii
ABSTRACT
The rapid growth of information technology has urged educationalist and
teachers to change their traditional way of teaching into a more interactive and
motivation may to suit the need to integrated technology in the learning process. These
changes are vital as strategy of teaching need to go hand by hand with the changes in the
information technology field. Therefore, the researcher takes an initiative to develop
Computer Aided Learning (CAL) software which titled “Computer Aided Learning
(CAL) Akidah Form One”. The contents of this CAL software were taken from the
syllabus of Pendidikan Islam KBSM form one prepared by the Ministry of Education,
Malaysia. This CAL software based on ADDIE’s models and also based on
Behaviorism, Cognitivsm learning theory. Two strategies of Computer Aided Learning
(CAL) such as tutorial and exercise is used in developing this CAL software. The main
software used in developing this CAL software is Macromedia Authorware 7.0 and
several after supporting software such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Video Studio
9.0, SWISHmax 2.0 and Sound Forge 6.0. Some of the advantages of this software is it
can make the learning process more attractive to the student. In the development process
are a few problems occurred in developing and packaging of this software that needs to
be solved. Generally, the teaching and learning process which uses this CAL software
can help student to be actively involve in their learning process.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Tesis
Judual
Perakuan Penyelia i
Halaman Judul ii
Perakuan Pelajar iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Senarai Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Singkatan xv
Senarai Lampiran xvi
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah. 9
1.3 Rasional Kajian. 10
1.4 Objektif Kajian. 11
ix
1.5 Skop Kajian 11
1.6 Kepentingan Projek 12
1.7 Definisi Istilah 15
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan
2.1 Pengajaran Dan Pembelajaran
Berkesan 22
2.2 Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran 23
2.3 Kajian-Kajian Lepas 27
2.4 Pendidikan Akidah 31
2.5 Pengertian PBK 33
2.6 Stategi Pengajaran PBK 37
2.7 Teori Pembelajaran 43
2.8 Aplikasi Teori Pembelajaran
Ke Atas PBK 46
2.9 Penggunaan Multimedia Dalam PBK 48
2.10 Aplikasi Interaktiviti Multimedia
Dalam PBK 52
BAB III REKABENTUK PERISIAN
3.0 Pendahuluan
3.1 Pengenalan Reka Bentuk 55
3.2 Perancangan Pembinaan Perisian 56
Berdasarkan Model Reka Bentuk Dan
Teori Pengajaran Dan Pembelajaran
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 57
x
3.2.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 57
3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 58
3.2.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 58
3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 59
3.3 Pelaksanaan Model ADDIE 59
3.3.1 Fasa Analisis 59
3.3.2 Fasa Rekabentuk (Design) 62
3.3.3 Fasa Pembangunan (Development) 67
3.3.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 67
3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 68
BAB IV FASA PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN
4.0 Pendahuluan
4.1 Pakej perisian 72
4.2 Panduan Pengguna 72
4.3 Hasil Pembangunan Perisian 73
4.3.1 Cartalir Perisian 73
4.3.2 Skrin paparan 74
4.4 Ciri-ciri multimedia yang digunakan 93
4.5 Ciri-Ciri Interaktif 95
4.6 Hasil Dapatan Penilaian 96
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Perbincangan 99
5.2 Rumusan 100
5.3 Cadangan 102
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Langkah dan penyelesaian masalah 41 3.1 Konfigurasi Asas Sistem Komputer
Untuk Pengarangan Perisian PBK 65
4.1 Hasil Penilaian Perisian: Kumpulan
Pelajar 95
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Shanon & Weaver 23 3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Reka
Bentuk Model ADDIE 57
3.2 Isi Kandungan Pelajaran Akidah
Tingkatan 1 61
4.1 Cartalir (flowchart) 73
4.2 Skrin montaj 74
4.3 Skrin Masukan Nama 75
4.4 Skrin Loading 75
4.5 Pengenalan Tajuk Isi Pelajaran 76
4.6 Skrin Paparan Objektif 77
4.7 Menu Utama 77
4.8 Menu pilihan nota 78
4.9 Pilihan Latih Tubi 79
4.10 Arahan soalan 79
4.11 Soalan Objektif 80
4.12 Soalan Subjektif 80
4.13 Respon Soalan Padanan 81
4.14 Respon Soalan Objektif Benar 81
4.15 Respon Jawapan Subjektif Benar 82
4.16 Respon Jawapan Padanan Benar 82
4.17 Respon Soalan Objektif Salah 83
4.18 Respon Jawapan Subjektif Salah 83
4.19 Respon Jawapan Padanan Salah 83
xiv
4.20 Rekod Markah Penilaian Uji Minda 84
4.21 Sesi Uji Minda 85
4.22 Keputusan Markah 85
4.23 Kedudukan markah 86
4.24 Penutup Sesi Uji Minda 86
4.25 Menu Pilihan Info 87
4.26 Sukatan Pelajaran 87
4.27 Paparan Bantuan 88
4.28 Paparan Pilihan Online 88
4.29 Pembangun Perisian 89
4.30 Menu Pilihan Glosari 90
4.31 Contoh Pilihan Huruf ‘A’ 90
4.32 Rehat Minda 91
4.33 Skrin pilihan tamat 92
xv
SENARAI SINGKATAN /TATANAMA
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A CARTA ALIR PERISIAN 113-117
B PENILAIAN PAKAR 118-119
C SOAL SELIDIK PENILAIAN 120-121
2
Menurut Zaidatun Tasir (2004: 1) perubahan yang dialami dalam dunia
pendidikan dari masa ke semasa mengikut perubahan zaman seiring perkembangan yang
dibawa oleh teori pembelajaran dan teknologi khususnya teknologi komputer. Perubahan
yang dialami ini merupakan satu usaha yang murni iaitu ke arah memartabatkan bidang
pendidikan itu sendiri.
Situasi ini dapat digambarkan melalui proses pendidikan yang dahulunya
berasaskan kepada penerangan yang berbantukan papan kapur berubah kepada
penggunaan alat berasaskan teknologi. Secara tidak langsung, pengajaran selama ini
hanya berpusatkan guru berubah kepada berpusatkan pelajar. (Ahmad Muhaimin: 2004:
3).
Buktinya pada 1996, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Sekolah Bestari
merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi flagship dalam Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Corridor atau MSC). Sekolah Bestari merupakan satu inovasi dalam
pendidikan. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi pelaksanaanya
dengan cara bestari. Keadaan ini memberi peluang setiap pelajar membina potensi
intelek dengan cara yang paling sesuai mengikut pedagogi yang dapat kita aplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek (JERI) sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara
(Teng Lung Kiu dan Zaidatol Aklamiah Lope Phie: 2004: 15).
Pelaksanaan Sekolah Bestari telah memberi penekanan kepada penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perubahan berlaku pada
pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
pengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer yang dirancang khas untuk
memenuhi keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan, pengetahuan dalam jangka
masa tertentu. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer sangat
dititikberatkan dalam mempertingkatkan mutu pendidikan negara kita.
3
Fungsi komputer dalam pendidikan, di antaranya ialah komputer bertindak
sebagai medium untuk membantu proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
(Baharuddin Aris et al.: 2000: 3). Beberapa pendekatan dan strategi yang boleh
digunakan oleh semua guru bagi memaksimumkan penggunaan komputer dalam
pendidikan agar proses pendidikan lebih bersifat interaktif. Teknologi komputer dalam
pendidikan merupakan istilah yang berkaitan dengan multimedia. Ianya dicapai daripada
perkembangan teknologi komputer itu sendiri. Perkembangan dalam teknologi
multimedia menjanjikan potensi besar untuk mengubah cara seseorang belajar, cara
mendapatkan maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dan
sebagainya. Sumber maklumat tidak lagi terikat dengan penulisan buku semata-mata
tetapi ianya lebih luas lagi. Oleh itu, ianya perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap
golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan supaya ianya dapat dimanfaatkan
dengan lebih berkesan (Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir: 2003: 23).
BAB I akan diteruskan dengan latar belakang masalah kajian, masalah yang
hendak dikaji (pernyataan masalah), Skop isi kandungan pelajaran yang dibangunkan,
objektif yang menjadi perkara penting yang hendak dicapai dan seterusnya definisi
maksud istilah-istilah yang sering digunakan sepanjang penulisan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan di negara kita tidak dapat mengelak dari mengalami perubahan
apabila kemerdekaan dicapai. Bermula dengan sistem Pendidikan Pondok dan Madrasah
yang menekankan pendidikan Islam telah menjadi tumpuan utama bagi orang Melayu
dalam memberikan Pendidikan kepada anak-anak mereka. Manakala sistem pendidikan
di arus perdana lebih banyak meraikan keperluan pihak penjajah.
4
Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2005: 18-19), apabila Akta Pendidikan 1961 telah
digubal. Bermulalah Pendidikan Islam diperkenalkan secara formal pada awal tahun 70-
an sehingga kini. Kesedaran mengenai agama Islam di kalangan orang Melayu semakin
meningkat. Kegiatan dakwah dari kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individu
muslim semakin nyata sama ada dalam bentuk seminar ataupun bengkel. Islam tidak
hanya dibicarakan sebagai agama semata-mata tetapi ianya meliputi sifat cara hidup
muslim yang semakin berkembang subur. Kecenderungan melihat Islam sebagai sumber
ketamadunan menyebabkan sistem pendidikan negara memberikan refleksi yang positif
terhadap kebangkitan ini.
Menurutnya lagi, pada tahun 1987, sistem pendidikan negara telah mempunyai
falsafah Pendidikan sendiri yang amat unik dan pendekatan bersepadu dalam pendidikan
mula di perkembangkan. Matlamat menghasilkan ‘insan seimbang dan harmonis’
menjadi tunjang falsafah dan pendidikan Islam mula mendapat dokongan nyata dengan
terbinanya berpuluh-puluh sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), Sekolah-
Sekolah Tahfiz, Maahad-Mahaad pengajian Islam secara khusus, pengenalan subjek
agama Islam yang bersifat menjurus seperti Tasawwur Islam, Syariah Islam dan
sebagainya. Selain itu muncul institusi pendidikan yang bercorak agama yang
dibangunkan oleh pihak Swasta.
Istilah pendidikan yang dikaitkan dengan pendidikan Islam ialah ta’lim, ta’dib
dan tarbiyyah, sebagaimana pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w (Hassan
Langgulung: 1991: 5). Namun pendapat yang lain mengatakan bahawa Pendidikan Islam
adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia yang
bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah (Abdul Halim El-Muhammady: 1993: 14).
Manakala menurut Hassan Langgulung (1997: 8), proses pendidikan sebenarnya ditinjau
dari dua aspek. Pertamanya aspek kemasyarakatan yang melihat proses pendidikan
kemsyarakatan. Proses ini menekankan pendidikan warisan bererti ilmu itu berpindah
dari satu generasi ke satu generasi yang lain mengandungi nilai kemasyarakatan yang
terpelihara. Keduanya pendidikan individu iaitu proses pengembangan potensi yang
dimiliki dalam diri individu.
5
Apabila pertembungan tradisi dalam dunia pendidikan dengan kemajuan
teknologi menyebabkan berlakunya perubahan dalam beberapa aspek yang menjadi
amalan dan rutin normal dalam sesebuah corak pendidikan. Inilah perkembangan yang
berlaku dalam dunia pendidikan yang sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan
zaman. Oleh itu, penekanan aspek method dan teori pengajaran serta pembelajaran perlu
diberi perhatian yang sewajarnya. Pelbagai usaha digembeling bersama untuk
merealisasikan falsafah Pendidikan Islam yang menekankan bahawa pendidikan adalah
satu usaha yang berterusan. Untuk itu Abdullah Ishak (1995: 211), berpendapat bahawa
menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan alat
penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan pelajar.
Kini isu kesepaduan ilmu dalam Pendidikan Islam telah lama diperdebatkan sama
ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Menurut Tajul Ariffin Bin Nordin
(1993: 37), proses Pendidikan Islam tidak boleh dianggap sebagai satu mata pelajaran
agama semata-mata yang hanya membincangkan khusus perkara-perkara yang berkaitan
dengan aspek agama sahaja seperti Tauhid, Ibadah, Akhlak. Akan tetapi ianya perlu
dikaitkan dengan kehidupan manusia sehari-hari. Maka, dengan itu manusia akan
sentiasa berusaha menggunakan kebaikkan yang ada di dunia untuk mencari keredhaan
Allah S.W.T. di akhirat.
Namun apa yang berlaku ialah sistem pendidikan masa kini bersifat terpisah di
antara ilmu akademik dengan ilmu agama. Sehingga kini, di sekolah-sekolah harian
mempunyai dua aliran yang berbeza iaitu aliran Sains dan aliran Sosial. Ilmu agama
diletakkan di bawah aliran Sosial. Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
berlaku pemisahan di antara ilmu agama Islam dengan ilmu Sains. Corak pendidikan ini
telah mempengaruhi kefahaman pemikiran masyarakat Islam di sini khususnya. Oleh itu,
kefahaman seperti ini haruslah diperbetulkan. Pendidikan Islam haruslah diberikan nafas
baru dimana perlunya membuat kesepaduan ilmu. Maksud kesepaduan ilmu di sini ialah
pendidikan Islam haruslah diserapkan di dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu Sains,
Matematik, Geografi dan sebagainya. Inilah reformasi yang perlu dilakukan dalam dunia
6
pendidikan Islam agar bersedia menyahut cabaran yang terkandung di dalam wawasan
2020.
Kemajuan demi kemajuan yang kita rasai membuatkan struktur kehidupan
manusia juga berubah. Ini bermakna setiap apa yang dicapai ianya saling berkaitan dan
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kemajuan teknologi yang dicapai telah
memudahkan sebahagian urusan kehidupan manusia. Contohnya Pelajar sekolah masa
kini terdedah dengan penggunaan komputer, internet sama ada di rumah, sekolah
mahupun di Siber Cafe. Menurut Zoraini Wati Abas (1993: 107), keadaan sekarang jauh
berbeza. Dahulu kita dilahirkan dalam dunia serba mekanikal tidak seperti sekarang di
mana anak-anak dilahirkan dalam dunia serba elektronik. Anak-anak sudah sebati
dengan komputer dalam hidup mereka. Maka seharusnyalah golongan pendidik
mengkaji bagaimana kemajuan teknologi dapat kita seiringkan dengan keperluan dalam
dunia pendidikan masa kini. Iaitu penggunaan komputer dalam dunia pendidikan.
Pendekatan yang dapat kita gunakan dalam Pendidikan Islam ini dapat dipelbagaikan
sesuai dengan kecanggihan yang terdapat dalam teknologi komputer itu sendiri.
Contohnya penggunaan Video untuk menerangkan cara-cara menunaikan solat dengan
tertib yang betul.
Pengajaran guru bersifat sehala membuatkan pelajar pasif dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran hanya berpusatkan pelajar. Pelajar hanya
menerima konsep dan menghafal apa yang diterima oleh guru. Ini terbukti apabila
kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam lebih selesa mewarisi tradisi pengajaran yang
disampaikan oleh guru-guru sejak turun temurun. Sedangkan suasana dan persekitaran
berbeza seiring dengan perubahan zaman dari masa kesemasa. Oleh itu, guru pendidikan
Islam khususnya perlu melakukan anjakan paradigma terutamanya dari aspek metode
pengajaran. Desakan dari kemajuan teknologi komputer menjadi satu keperluan kepada
guru-guru ini untuk merubah situasi pengajaran kepada metode yang lebih bersifat
interaktif. Sekiranya guru-guru masih berada ditakuk yang lama pastilah keadaan ini
akan menimbulkan perasaan kurang minat pelajar terhadap ilmu yang hendak
disampaikan oleh guru. Justeru sesuatu konsep yang sepatutnya mudah dikuasai oleh
7
pelajar menjadi sukar. Selain kecerdasan yang pelbagai berbeza setiap individu pelajar
dalam kelas menjadikan pengajaran sehala yang disampaikan oleh guru hanya boleh
diterima oleh sesetengah pelajar sahaja.
Tanggapan bahawa pendidikan Islam hanya sekadar untuk memberi pengetahuan
semata-mata haruslah ditolak. Apa yang lebih penting ialah pelajar-pelajar perlu diajak
berfikir mengenai apa yang dipelajarinya dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pelajar terlibat secara aktif, kognitif pelajar
juga aktif dalam usaha memahami isi pelajaran. Seterusnya pelajar dapat mengaitkan apa
yang yang dipelajari dengan kehidupan mereka.
Menjadikan komputer sebagai alat yang boleh membantu pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna bukanlah membawa kefahaman masyarakat, mengenai
pendidikan Islam sebelum ini kurang baik. Sebenarnya usaha yang perlu dilakukan oleh
golongan pendidik ialah menyahut cabaran dunia masa kini lebih terdedah dengan arus
globalisasi yang begitu membimbangkan. Terutamanya banyaknya unsur negatif yang
diperolehi pelajar sehingga boleh membawa kepada kerosakan akidah. Maka, salah satu
usaha yang dapat membendung keadaan tersebut adalah dengan menggunakan
kecanggihan teknologi ke arah yang lebih bermanfaat kepada kehidupan umat Islam itu
sendiri.
Menyentuh permasalahan akidah umat Islam masa kini, semakin meruncing
dengan munculnya pelbagai ajaran, kefahaman serta pegagangan yang membawa kepada
kesesatan. Semua yang berlaku bertujuan untuk mencemarkan kesucian agama Islam
dari landasan yang sebenarnya. Sekiranya umat Islam alpa dan tidak berpegang teguh
pada akidah Islam sudah pasti diri umat islam mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang boleh merosakkan akidah mereka.
Selain itu, masalah sosial yang yang melibatkan umat Islam umpama cendawan
tumbuh selepas hujan. Apa yang dibuat oleh golongan ini sangat bertentangan dengan
akidah Islam. Bagaimana keadaan generasi akan datang sekiranya generasi muda Islam
8
kini tidak menghayati Islam dalam kehidupannya. Penghayatan akidah Islam yang
sebenar amat penting dan perlu ditekankan dalam diri individu muslim. Sekolah
merupakan salah satu cara untuk memberikan kefahaman dan penghayatan akidah Islam
yang sebenar.
Di Malaysia salah satu institusi yang bertanggungjawab untuk membendung
masalah berlaku adalah sekolah. Oleh itu sistem pendidikan haruslah bijak menghadapi
masalah ini. Salah satu sudut, tindakan yang diambil oleh pihak guru-guru pendidikan
Islam khusunya. Guru-guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan
pendekatan serta teknik agar pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sehingga tercapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sekiranya
guru gagal menarik perhatian pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran, maka pengajaran guru itu tidak dapat meninggalkan kesan. Apabila
pelajar tidak menghayati apa yang dipelajarinya sudah tentu pelajar tidak mengaitkan apa
yang dipelajari dalam pembentukan diri seorang muslim. Selain itu, mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir negatif yang diperolehi dari persekitaran, pengaruh rakan sebaya
dan sebagainya. Maka dengan sebab itu pendidikan akidah merupakan pendidikan yang
sangat penting yang perlu diberikan peringkat awal kanak-kanak lagi.
Jestru, segala kelemahan haruslah dikenalpasti dan difikirkan bersama untuk
mencari jalan bagaimana teknologi masa kini dapat membantu pengajaran guru lebih
interaktif supaya guru dapat mengembangkan afektif (kefahaman), kognitif (pemikiran)
dan Psikomotor (tingkah laku) pelajar. Seterusnya menjadikan situasi pembelajaran yang
sukar difahami oleh pelajar boleh membawa kepada mudah dan lebih bermotivasi (Ee Ah
Meng: 2002: 69).
Kesepaduan ilmu yang telah dibincangkan tadi membawa kefahaman kita bahawa
Pendidikan Islam adalah sesuai sepanjang zaman dan meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu pada
penggunaan papan kapur sahaja malah dengan adanya penggunaan komputer dengan
9
gabungan elemen-elemen multimedia ini ianya lebih kepada pembentukan imej
pendidikan bersifat fleksibel, inovatif dan kreatif.
1.2 Pernyataan Masalah.
Pembelajaran subjek akidah di sekolah kebanyakannya masih bersifat sehala dan
berpusatkan guru. Guru-guru Pendidikan Islam khususnya juga gemar mengekalkan cara
penyampaian yang bersifat sehala sedangkan pelajar-pelajar masa kini mempunyai
peribadi yang aktif dan lebih berminat dengan suasana pembelajaran aktif. Selain itu,
pelajar kini sudah terdedah dengan sumber teknologi seperti penggunaan komputer dan
akses internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Suasana pembelajaran masa kini telah berubah. Sumber teknologi dijadikan
sebagai salah satu alat untuk menyampaikan maklumat. Kebanyakan guru-guru
Pendidikan Islam tidak berpeluang untuk membuat perubahan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka. Perkara ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan
maklumat mengenai keberkesanan serta pentingnya pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer. Ditambah dengan kelemahan memiliki kepakaran dan kemahiran
dalam perisian tertentu untuk menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan
komputer.
Atas alasan inilah pembangun cuba untuk membangunkan sebuah perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sabagai salah satu usaha untuk mengatasi
sedikit sebanyak masalah yang timbul dalam peroses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam khususnya pembelajaran subjek akidah Islam.
10
1.3 Rasional Kajian.
Kesedaran menggunakan kemajuan teknologi komputer dalam pendidikan
semakin meluas di kalangan pengurusan akademik, guru-guru-guru mahupun pelajar di
sekolah. Terhasilnya perisian pembelajaran interaktif yang berada di pasaran masa kini
telah mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat. Keadaan ini ditambah dengan
kesibukan ibu bapa bekerja sudah pasti masa lebih untuk pendidikan anak-anak menjadi
terhad. Di antara usaha dilakukan untuk pendidikan anak-anak mereka ialah
memanfaatkan kemudahan teknologi dengan membeli perisian yang berasaskan
pembelajaran di pasaran.
Suasana ini membuktikan bahawa pembelajaran melalui perisian telah mendapat
tempat di dalam masyarakat Malaysia khususnya. Namun, kebanyakkannya perisian
yang terdapat di pasaran masa kini adalah berasaskan kepada pembelajaran Bahasa
Inggeris, Sains, Matematik tetapi masih kurang terdapatnya perisian pembelajaran
pendidikan Islam.
Seterusnya pelaksanaan sesi pembelajaran berbantukan komputer akan memberi
galakkan ke atas golongan pendidik untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi
komputer sebagai alat pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran pendidikan Islam. Namun realiti yang berlaku sekarang
ialah penggunaan komputer dalam Pendidikan Islam di sekolah masih belum meluas lagi
penerokaanya. Hanya sebilangan sekolah sahaja yang aktif dengan PBK khususnya
sekolah yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan komputer.
11
1.4 Objektif Kajian.
a. Memabangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) tajuk
Asas Akidah Islam Tingkatan satu mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Model Reka Bentuk Perisian Berbantukan
Komputer (PBK).
1.5 Skop Kajian
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan
Satu Bahagian Ulum Syariah perkara Akidah meliputi empat tajuk utama iaitu:
i. Konsep Akidah
ii. Asas Akidah Islam
iii. Konsep Mukmin Dan Muslim
iv. Rukun Iman Teras Akidah Islam
v. Dalil Kewujudan Allah S.W.T.
Pembangun perisian hanya memfokuskan dua tajuk sahaja iaitu Konsep Akidah
dan Asas Akidah Islam.