PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI KALANGAN PELAJAR-
PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SASTERA
TRACY RESLY ANAK NGUTIP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan yang Maha Agung, kerana di atas cinta kasih dan dorongan
RohKudusnya maka saya dapat menyelesaikan projek ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada penyelia pembimbing, Profesor
Madya Aziz Bin Nordin di atas kesabaran beliau untuk membimbing dan memberi tunjuk
ajar sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa bimbingan ikhlasnya, projek ini tidak akan
terhasil.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengetua
Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor di atas kesediaan beliau untuk
membenarkan saya menjalankan kajian di sekolah berkenaan.
Tidak lupa juga kepada guru panitia sains sekolah berkenaan dan juga guru-guru
mata pelajaran sains di atas kerjasama yang diberikan. Kerjasama yang diberikan amat
saya hargai.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu
dan memberikan pertolongan sepanjang tempoh projek ini disiapkan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Pemahaman konsep merupakan salah satu faktor yang penting bagi memperolehi
kejayaan dan pencapaian yang baik dalam pembelajaran terutamanya dalam
menyelesaikan sesuatu masalah sains. Namun, ramai di kalangan pelajar-pelajar masih
menghadapi masalah untuk memahami dan menguasai konsep dan kemahiran yang
mereka pelajari di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan
dengan tujuan untuk meninjau dan mengenal pasti kefahaman 80 orang pelajar tingkatan
4 aliran sastera terhadap konsep pembahagian sel. Penentuan tahap pemahaman
mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-
soalan ujian kefahaman yang berbentuk soalan objektif serta subjektif yang terdapat
dalam soal-selidik. Ide-ide awal mengenai konsep pembahagian sel dikumpulkan dan
dianalisis secara manual. Keputusan yang diperolehi diringkaskan dalam bentuk jadual
kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap konsep
pembahagian sel adalah berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan
sebagai panduan kepada guru-guru dan para pelajar untuk mengetahui dan mengatasi
kelemahan-kelemahan pelajar terhadap konsep berkenaan sebagai rumusan, kesilapan
konsep ini perlu dikenalpasti dan diperbetulkan agar pelajar tidak terus membawa konsep
yang salah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
BAB II SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pendahuluan 17
viii
2.2 Kurikulum Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). 18
2.3 Pembelajaran Konsep Menerusi Eksperimen 20
2.3.1 Teknik Pengendalian Kaedah Eksperimen 23
2.4 Satu Tinjauan Umum Ke Atas Kajian Yang
Berkaitan. 27
2.4.1 Kajian Mengenai Pemahaman Konsep
Genetik Di Kalangan Pelajar. 30
2.4.2 Satu Tinjauan Umum Ke Atas Kajian
Berkaitan Dengan Pemahaman Konsep. 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN 33
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Populasi Kajian 35
3.4 Sampel kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Tempat Kajian 36
3.7 Tatacara Kajian 36
3.8 Tatacara Pengumpulan Data 36
3.9 Analisis Data 38
BAB IV ANALISIS DATA 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data 39
4.3 Analisis Persoalan Kajian 39
4.3.1 Analisis Maklumat Diri Para Pelajar 40
ix
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah
Kefahaman Awal Para Pelajar Mengenai
Konsep Sel Dan Peranannya Dalam Bidang
Genetik. 43
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 2: Adakah Para
Pelajar Mengenal Pasti Bahawa Terdapat
Perbezaan Yang Jelas Di Antara Proses
Mitosis Dan Meiosis Dalam Pembahagian
Sel. 49
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 3: Mengenal Pasti
Sama Ada Para Pelajar Dapat
Menghubungkaitkan Kepentingan Proses
Mitosis dan Meiosis Dalam Benda Hidup. 55
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 63
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan 63
5.3 Implikasi Kajian Kepada Pendidikan 64
5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Lagi Tahap
Pemahaman Pelajar Terhadap Konsep Mitosis
Dan Meiosis. 64
5.4.1 Cadangan Kepada Pendidik 65
5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 66
5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. 66
5.6 Penutup 67
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Jenis Jantina 40
Jadual 4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis
Bangsa 40
Jadual 4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan
Gred Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
Dalam Mata Pelajaran Sains. 40
Jadual 4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Minat
Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains. 41
Jadual 4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pengetahuan Pelajar Mengenai Bidang Sains
Dan Teknologi. 41
Jadual 4.6 Taburan Peratusan Responden Mengenai
Pemahaman Pelajar Mengenai Takrifan Istilah Sel. 43
Jadual 4.7 Taburan Peratusan Responden Mengenai Kebolehan
Kita Melihat Struktur Sel Dengan Mata Kasar
Beserta Dengan Sebabnya. 44
Jadual 4.8 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Pengetahuan Mengenai Jenis Sel. 44
xii
Jadual 4.9 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Pemahaman Pelajar Mengenai Alat/radas Yang Sesuai
Digunakan Untuk Memerhatikan Struktur Sel. 45
Jadual 4.10 Taburan Peratusan Berkaitan Dengan Pemahaman
Pelajar Mengenai Komponen/Struktur Asas Yang
Boleh Dijumpai Di Dalam Sesuatu Sel. 45
Jadual 4.11 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Pemahaman Pelajar Tentang Sama Ada Semua Sel
Dalam Benda Hidup Boleh Membahagi. 46
Jadual 4.12 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Pemahaman Pelajar Tentang Bagaimanakah Pokok
Yang Ditanam Boleh Membesar. 46
Jadual 4.13 Taburan Peratusan Responden Mengenai Istilah
Kromosom 47
Jadual 4.14 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Pemahaman Mengenai Kedudukan Kromosom Di
Dalam Sel. 47
Jadual 4.15 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan
Kedudukan Bahan Genetik Yang Menjadi Bahan
Pewarisan. 48
Jadual 4.16 Taburan peratusan Responden Memahami Aspek
Perbezaan Antara Proses Mitosis Dan Meiosis. 49
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah mencapai taraf sebagai
sebuah negara maju dari segi pelbagai aspek menjelang tahun 2020. Terdapat 9
cabaran yang perlu diharungi oleh masyarakat Malaysia dan salah satu
daripadanya ialah:
“ Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
yang tinggi dan memandang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi
sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan”.
Demi membangunkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020,
negara amat memerlukan lebih ramai ahli masyarakat saintifik terlatih dalam
pelbagai bidang sains dan teknologi.
Kementerian Pendidikan memberi penekanan yang lebih kepada mata
pelajaran sains. Oleh itu, mata pelajaran ini telah dijadikan sebahagian daripada
mata pelajaran yang penting dalam pendidikan di semua sekolah rendah hingga
ke peringkat menengah atas. Kepentingan pendidikan sains dalam proses
2
pembangunan negara ternyata dapat dilihat daripada ketetapan yang dibuat dalam
menggariskan cita-cita dalam Rukun Negara iaitu menjadikan masyarakat yang
progresif dengan menggunakan sains dan teknologi (Tamby Subahan Mohd
Meerah, 1987).
Bidang sains merupakan bidang ilmu yang menekankan pembinaan konsep
yang membolehkan para pelajar dapat memahami segala fenomena alam di
sekeliling mereka. Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa
matlamat pendidikan sains adalah untuk mempertingkatkan kefahaman para pelajar
mengenai konsep-konsep asas sains agar para pelajar dapat memahami dan
berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu sains juga bertujuan untuk
mengembangkan kebolehan para pelajar agar dapat menggunakan pengetahuan yang
telah dipelajari untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah kehidupan
harian. Mata pelajaran sains dalam KBSM telah dilaksanakan pada tahun 1989
selaras dengan perubahan kurikulum pendidikan negara daripada Kurikulum Lama
Sekolah Menengah (KLSM) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Melihat pentingnya sains dalam pendidikan telah mendorong pihak
Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Sains Sekolah Rendah pada
tahun 1994 menggantikan mata pelajaran sains sejak 1983 lagi. Kurikulum sains
digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan
berakhlak mulia untuk membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram,
dinamik dan progresif supaya lebih bertangungjawab terhadap alam sekeliling dan
3
mengagumi penciptaan alam (Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim Kamaruddin,
1997).
Sepertimana yang terdapat dalam objektif Kurikulum Sains Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM); adalah diketahui bahawa objektif mata pelajaran sains
ialah untuk membolehkan para pelajar supaya memperolehi pengetahuan dan
kefahaman tentang konsep dan prinsip sains serta mengaitkan konsep dan prinsip
sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka.
Pembelajaran bermakna amatlah penting agar dapat membantu para pelajar
untuk memahami apa saja konsep sains dengan lebih mudah dan secara tidak
langsung akan mengekalkan daya ingatan dalam jangkamasa yang lama. Sesuatu
ilmu pengetahuan sains akan menjadi lebih bermakna kepada para pelajar
sekiranya mereka dibantu untuk menyumbangkan fakta dan konsep, membuat
perkaitan di antara pembelajaran baru dengan ilmu pengetahuan sedia ada
mereka.
Matlamat pendidikan sains adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar
terhadap konsep asas sains di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Didapati bahawa proses
perkembangan sesuatu konsep dalam diri seseorang individu itu berlaku secara
perlahan dan kompleks. Proses pembelajaran didapati berlaku dengan cara pelajar
akan menemui konsep baru dan seterusnya mengubahsuaikan konsep tersebut dengan
pengalaman yang telah sedia ada. Melalui pengetahuan dan interaksi pelajar dengan
4
persekitarannya maka, para pelajar dapat membina satu konsep pemikiran akal.
Kebanyakan para pelajar beranggapan bahawa konsep yang terbentuk tadi telah teruji
kesahihannya. Oleh sebab itulah apabila pelajar-pelajar bertemu dengan pengalaman
baru, pengetahuan sedia ada tidak akan disisihkan malah konsep sedia ada akan
dikonsepkan kembali. Ini adalah untuk memastikan bahawa konsep yang telah dibina
oleh pelajar bertepatan dengan teori sains ataupun dengan teori yang telah diajar oleh
guru. Ini bermakna sesuatu konsep telah direkabentuk semula melalui setiap
perubahan pengalaman. Pembinaan konsep adalah boleh dianggap sebagai suatu
proses yang berterusan, aktif dan kreatif bagi membezakan dan menyepadukan
domain konsep yang sedia ada.
Berdasarkan Fahaman Konstruktivisme, sesuatu konsep itu tidak boleh dipelajari
hanya melalui penerangan yang disampaikan oleh guru; tetapi perlulah diabstrakkan
oleh para pelajar daripada pengalaman sendiri. Jadi, adalah didapati bahawa
pendekatan yang dianggap sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains
KBSM adalah berbentuk inkuiri-penemuan sama ada secara induktif ataupun
deduktif. Oleh sebab itu, maka guru haruslah berusaha untuk mengajarkan sesuatu
konsep itu dengan cara menyediakan pengalaman kepada para pelajar dalam aktiviti-
aktiviti yang akan memudahkan cara pelajar untuk membina sesuatu konsep tertentu
ke dalam pemikiran mereka. “Menurut Krasilchik (1990), according to defenders of
this position, based on knowledge of the scientific discoveries, scientific concepts and
phenomena come to have meaning to youths and are thus more easily and lastingly
assimilated”.
5
Walau bagaimanapun, didapati bahawa tidak semua konsep sains itu boleh diajar
secara inkuiri kerana pendekatan secara pendedahan konsep boleh juga digunakan
untuk mana-mana tajuk yang dianggap sesuai.
Para pelajar hendaklah diberi peluang untuk mengalami sendiri sesuatu
pengalaman dalam proses pembelajaran yang bermakna, sesuai dengan minat dan
sikap para pelajar yang sentiasa ingin tahu mengenai peristiwa yang berlaku di
sekeliling mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran sains haruslah dilihat sebagai
penstrukturan semula ide-ide atau konsep sains yang betul (Wan Salihin Abdullah
dan Mohd Yusof Arshad, 1996). Melalui pengalaman sesuatu konsep asal yang
dibawa oleh pelajar dibina kembali menjurus ke arah konsep sebenar yang difahami
oleh ahli-ahli sains. Didapati juga bahawa faktor kematangan pemikiran para pelajar
adalah dianggap sebagai faktor yang dapat mempengaruhi pembelajaran para pelajar.
Dalam pembelajaran sains, aspek kematangan pemikiran penting kerana sebahagian
besar konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah adalah berbentuk abstrak. Para
pelajar akan menghadapi masalah untuk mempelajari konsep sains sekiranya mereka
masih berada dalam tahap pemikiran yang rendah (konkrit).
6
1.2 Latar belakang Masalah
Idea yang diperolehi oleh kanak-kanak atau para pelajar mengenai fenomena
yang berlaku di sekitar mereka telah memberi pengalaman yang tersendiri yang
dikenali sebagai kerangka alternatif. Mengikut fahaman konstruktivisme, minda
pelajar bukanlah ibarat tin kosong tetapi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara aktif. Pelajar membina ide hasil daripada interaksi mereka dengan pengalaman
harian atau sedia ada dan berkemungkinan menghasilkan pelbagai ide yang selari
dengan ahli sains (Wan Salihin Abdullah dan Mohd Yusof Arshad, 1996).
Kadangkala kerangka alternatif yang diperolahi oleh para pelajar ini adalah tidak
selaras dengan idea sains yang diajar oleh para guru. Namun menurut beberapa ahli
konstruktivisme terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan sedia ada pelajar (Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim
Kamarudin, 1997).
Ramai pelajar menunjukkan kegagalan mereka untuk membuat perkaitan di
antara konsep-konsep yang sedia ada dalam minda dengan konsep baru yang
dipelajari meskipun mereka telah mempunyai pengetahuan mengenai konsep tersebut.
Keadaan inilah yang menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk menghafal
sesuatu konsep yang dipelajari tanpa memahami konsep tersebut secara bermakna.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kegagalan pihak guru atau kaedah pengajaran
7
yang digunakan untuk membuat perkaitan yang tepat di antara konsep-konsep yang
dipelajari.
Namun sejak akhir-akhir ini didapati bahawa para penyelidik mula mengambil
kira bahawa para pelajar telah mempunyai asas-asas tertentu terhadap sesuatu
fenomena alam semulajadi yang akan mereka bawa ke dalam bilik darjah hasil
daripada pengalaman mereka setelah berinteraksi dengan persekitaran.
1.3 Penyataan Masalah
Salah satu daripada objektif dalam pendidikan sains KBSM di Malaysia
bertujuan untuk membolehkan para pelajar mendapat pengetahuan dan kefahaman
tentang konsep dan prinsip sains supaya fakta-fakta sains yang diperolehi tidak
bercanggah dengan fenomena hidup seharian. “Mengikut Poh Swee Hiang (1994),
konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan daripada fakta-fakta atau
pengalaman-pengalaman yang spesifik”.
Apabila seseorang pelajar mempelajari sains, mereka akan mendapat
pengetahuan sains di mana pengetahuan sains tersebut terdiri daripada konsep, fakta,
teori dan hipotesis. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai konsep-konsep dalam
sains bermakna tidak dapat pengetahuan sains yang dipelajari. Konsep sains adalah
ide yang menggabungkan beberapa fakta sains. Sesuatu konsep mewakili pelbagai
8
fakta yang berkaitan (Shaharom, 1989). Kurangnya penguasaan pelajar terhadap
konsep-konsep sains boleh menyebabkan berlakunya miskonsepsi dalam diri mereka
apabila mereka cuba menstrukturkan kembali ide lama yang sedia ada dengan
pengalaman yang baru mereka pelajari.
Pemahaman konsep yang lemah untuk tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran
sains merupakan salah satu sebab mengapa para pelajar gagal untuk menyelesaikan
masalah sains (Lazarowitz, et.al 1992). Pelajar-pelajar yang memahami sesuatu
konsep yang diajar akan memberikan jawapan yang sama ketika soalan yang sama
diajukan walaupun jawapan yang diberikan sebelumnya adalah salah. Keadaan ini
dibuktikan oleh hasil kajian yang dijalankan oleh Sawrey, (1990).
Hampir semua konsep sains yang dipelajari oleh para pelajar di dalam bilik
darjah merupakan konsep yang berbentuk abstrak contohnya seperti haba, suhu, jisim
dan sebagainya. Pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar tentang sesuatu konsep
sains itu sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahaminya.
Permasalahan akan timbul apabila wujudnya salah tanggapan konsep (miskonsepsi)
dalam diri pelajar tersebut. Antara miskonsepsi yang seringkali dihadapi oleh pelajar
di dalam mata pelajaran sains teras adalah di bawah tajuk variasi dan keturunan yang
menekankan kepada konsep genetik. Menurut Lazarowitz et. al (1992), konsep
genetik merupakan salah satu topik yang paling sukar dipelajari oleh pelajar di dalam
mata pelajaran sains. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Norazlina Abd.
Khir (2002) mendapati kefahaman para pelajar tentang konsep genetik dalam
9
tingkatan 4 aliran sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah Johor
Bahru masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
Oleh sebab itulah, banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti
konsep-konsep sains yang dianggap sukar untuk difahami dan sering
disalahfahamkan oleh para pelajar. Sebagai langkah pertama cubaan untuk
menentukan konsep-konsep yang difahami oleh para pelajar akan dilakukan. Ini
bertujuan untuk menolong para guru untuk menilai kefahaman dan kelemahan para
pelajar dalam memahami mata pelajaran sains untuk setiap tajuk yang akan diajarkan.
Didapati juga ramai di antara para pelajar yang tidak dapat membuat hubungkait
antara konsep yang baru dipelajari dengan konsep sedia ada mereka. “Menurut Beal
dan Prescott (1994), untuk membolehkan para pelajar memahami tentang sesuatu
konsep dan berdasarkan kajian yang lepas, mendapati bahawa para pelajar perlulah
mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu konsep sains. Maka, cara
untuk menguji pengetahuan sedia ada dalam diri setiap pelajar itu amatlah penting
agar mereka dapat menyedari pemahaman masing-masing”.
Pemahaman para pelajar mengenai konsep sains amat memberi kesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains. Sains merupakan suatu ilmu yang
berbentuk fakta kerana ilmu sains diperolehi berdasarkan hasil kajian yang telah
dicatatkan daripada hasil suatu eksperimen. Pembelajaran sains sebenarnya sangat
menarik kerana para pelajar dapat menjalankan penyelidikan di dalam makmal. Hal
10
ini penting kerana dengan menggunakan kaedah amali, kita dapat mengetahui
kesahihan sesuatu teori (Jamaludin Mohamad,1997).
Adakah kefahaman terhadap sesuatu konsep sains dianggap sangat penting
kepada para pelajar ? Keadaan inilah yang menyebabkan penulis merasakan perlunya
satu kajian perlu dibuat ke atas para pelajar mengenai pemahaman konsep sains.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk;
1. Mengenal pasti kefahaman awal atau sedia ada para pelajar mengenai konsep
sel dan peranannya dalam bidang genetik.
2. Mengenal pasti bahawa terdapatnya perbezaan yang jelas antara proses
mitosis dan proses meiosis dalam pembahagian sel.
3. Mengenal pasti sama ada para pelajar dapat menghubungkaitkan kepentingan
proses mitosis dan meiosis dalam benda hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dilakukan adalah untuk menjawab beberapa soalan berikut:
1. Apakah kefahaman awal atau sedia ada para pelajar mengenai konsep sel dan
peranannya dalam bidang genetik.
11
2. Adakah para pelajar mengenal pasti perbezaan yang jelas antara
proses mitosis dan proses meiosis dalam pembahagian sel.
3. Mengenalpasti sama ada para pelajar dapat menghubungkaitkan kepentingan
proses mitosis dan meiosis dalam benda hidup.
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 73 B Jadual Kerja Penyelidikan 95 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 97
xiv
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
K - Kekerapan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KLSM - Kurikulum Lama Sekolah Menengah
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
xiii
Jadual 4.17 Taburan Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Konsep
Pembahagian Sel. 55
Jadual 4.18 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan
Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 3. 57
Jadual 4.19 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan
Yang Salah Untuk Soalan Subjektif 3. 58
Jadual 4.20 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan
Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 4. 58
Jadual 4.21 Jadual menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan
Yang Salah Untuk soalan Subjektif 4. 59
Jadual 4.22 Jadual Menunjukkan Responrespon Bagi Jawapan
Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 5. 59
Jadual 4.23 Jadual Menunjukkan respon-respon Bagi Jawapan
Yang Salah Untuk Soalan Subjektif 5. 60
x
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik 73
LAMPIRAN B: Jadual Kerja 95
LAMPIRAN C: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 97
vi
ABSTRACT
Concept understanding is one of the important factors to succeed and have good
achievement in learning especially in solving sciences’ problems. However, many
students still facing the problem of setting understand and grasp the concepts and skills
that they had learnt in the classroom. Therefore the purpose of this study is to look out
and identify the understanding level on the cell division concept of form four students in
arts stream. The determination of understanding level on the genetic concept was
determined through an experiment, objective and subjective comprehension questions in
the questionnaire that have been distributed to the students. The idea of the cell division
concept is gathered up and analyzed by computer manually. The result obtained was
concluding into frequency tables and percentages. The result of the study showed that,
student’s understanding on cell division concept was moderate. A few suggestions had
been suggested as guidance to the teachers and also to the students’ forward the cell
division concept. As the conclusion, the misconception of the concept should be
identified and corrected so that the students will not bring out the misconception to the
higher level of education.
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat kedua ibu bapaku yang amat ku hormati.
Buat ayah, Ngutip Anak Bidu
Terima kasih di atas pengorbanan, dorongan dan sokongan selama ini.
Buat ibu, Nyupeh Anak Giak
Terima kasih kerana amat memahami, pemberi semangat dan nasihat.
Tidak lupa buat abang dan kakak sekalian
kerana sentiasa memberi semangat untuk terus maju ke hadapan.
Kalian semua amat berharga buat saya.
Terima kasih atas segalanya