PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI
MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN
MALAYSIA 2012/13
SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM
NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN
NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB
SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN
2012/2013
(BAHASA MELAYU 910/5)
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
dapatlah penyelidik menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dengan segala
kemampuan yang ada serta dalam ruangan waktu yang agak terhad. Penyelidik
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasmani binti Saidin
selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah mencurahkan segala apa
yang beliau ada dalam memastikan penyelidik dapat melaksanakan tugasan ini
dengan sempurna. Komitmen dan sikap keprihatinan yang beliau pamerkan telah
menyuntik semangat penyelidik untuk menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima
kasih juga penyelidik ucapkan kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan
individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan istimewa penyelidik dedikasikan kepada
pihak-pihak ini kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi
kepada penyelidik. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Akhir
kata, penyelidik berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
terutamanya dalam bidang yang penyelidik kaji ini. Semoga tugasan ini diredhai
oleh Allah S.W.T.
Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim
Siti Syaza Syahirah bt Ruslan
Nur Yazsmin Fatin bt Yaacob
Nur Athirah bt Kamarolasnan
Julai 2013
3
1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang
laman sosial Facebook serta difinisi konesep-konsep penting yang digunakan
dalam kajian ini.
1.1 Latar Belakang
Dunia kini yang semakin maju dalam penghasilan teknologi-teknologi
canggih sememangnya memberikan keselesaan dalam kehidupan seharian
manusia. Perkembangan teknologi-teknologi canggih ini juga telah
menyebabkan ramai yang mempunyai dan mengemari telefon pintar. Telefon
pintar ini boleh memuatkan pelbagai aplikasi menarik termasuklah
‘Facebook’ yang juga merupakan sebuah laman sosial yang mampu
menghubungkan manusia ke serata dunia. Sejajar dengan perkembangan
teknologi yang semakin pesat, laman sosial Facebook sememangnya menjadi
medium untuk berkomunikasi di samping sebagai media hiburan belia masa
kini. Laman sosial Facebook ini juga memudahkan komunikasi antara satu
sama lain memandangkan aplikasinya sudah sedia ada di telefon-telefon
pintar dan komputer peribadi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan belia-
belia kini begitu taksub menggunakan laman sosial Facebook dalam
kehidupan seharian.
Laman sosial Facebook sememangnya aplikasi yang sangat popular
dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dan di seluruh dunia
4
khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook
ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan daripada laman-laman sosial
lain seperti ‘Myspace’, ‘Imesh’ dan lain-lain. Namun, populariti Facebook
meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 yang mencatatkan 100 juta
pengguna dan meningkat dari tahun ke tahun hingga ke hari ini kerana
aplikasi-aplikasi yang menarik berjaya menarik hati pengguna dunia siber.
Menyentuh soal bahasa yang digunakan di laman sosial ini
sememangnya majoriti pengguna menggunakan bahasa yang tidak baku atau
dikenali sebagai Bahasa Basahan. Bahasa ini mempunyai unsur-unsur
campuran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Dialek.
Dalam pada itu, singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara
meluas dalam laman sosial Facebook ini. Hal ini disebabkan bahasa
singkatan ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk ditaip dan mampu
menjimatkan masa.
Dari sudut pandangan negatif, pengunaan bahasa singkatan yang kerap
di laman sosial seperti Facebook sememangnya memberikan impak yang
sangat buruk terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar yang terbiasa
dengan tulisan-tulisan ringkas ini tidak mustahil akan terbawa-bawa ke
dalam dunia realiti yakni ketika dalam penulisan karangan dan lain-lain. Hal
ini kerana, bahasa yang diguna pakai dalam Laman Sosial Facebook ini tidak
baku, bahasa basahan, dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang
dilaksanakan, tidak mustahil penularan bahasa laman sosial ini terus menular
5
kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa
Melayu ini tercemar.
1.2 Definisi Konsep
Menurut Raja Masittah Raja Ariffin singkatan kata akan terbentuk apabila
suatu istilah tidak ditulis secara penuh iaitu satu huruf atau lebih telah
digugurkan. Sebagai contoh, MPR yang bermaksud Majlis Permusyawaratan
Rakyat.
Menurut Ateng Winarno pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu
kata atau lebih yang proses pengejaanya dilakukan dengan menyebut huruf
demi huruf yang berkaitan. Tamsilnya, DPR untuk Dewan Perwakilan
Rakyat, SMA untuk Sekolah Menengah atas dan sda bermaksud sama
dengan atas.
Seterusnya, Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan singkatan sebagai
salah satu hasil proses pemendekan yang berupa huruf atau gabungan huruf
sama ada yang dieja huruf demi huruf mahupun yang tidak dieja huruf demi
huruf. Sebagai analogi, PBB yang bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang dieja huruf demi huruf manakala dng yang bermaksud dengan
yang tidak dieja huruf demi huruf.
6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk
(a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dalam bahasa
singkatan laman sosial Facebook
(b) Mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa
singkatan laman sosial Facebook
(c) Menjelaskan penggunaan huruf, dan angka dalam bahasa singkatan laman
sosial Facebook
(d) Mengkelaskan jenis-jenis kata ganda yang kerap digunakan dalam bahasa
singkatan laman sosial Facebook
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk
(a) Memperbanyak dokumentasi mengenai singkatan bahasa khususnya
dalam laman sosial Facebook
(b) Menyediakan panduan untuk dijadikan rujukan umum mengenai bahasa
singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook
(c) Mendedahkan kepada masyarakat mengenai singkatan-singkatan yang
digunakan di laman sosial Facebook
(d) Memperjelaskan maksud-maksud perkataan tertentu yang diguna pakai
dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
7
4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam
proses penyingkatan sesuatu perkataan. Penggunaan huruf, angka dan simbol
dalam proses penyingkatan kata turut dikaji dalam kajian ini. Selain itu,
penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook ini turut dikelaskan.
5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang dipetik daripada
laman sosial Facebook dalam kalangan 50 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah
Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor. Oleh itu,
penggunaan bahasa singkatan di laman sosial Facebook ini tidak
mengambarkan penggunaanya oleh seluruh anggota masyarakat.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Segala kaedah, cara mendapatkan data, kaedah pemprosesan dan cara
persembahan dapatan kajian dijelaskan di bahagian ini.
8
6.1 Mendapatkan data
Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks.
Teks yang dimuat naik ke dalam Facebook penyelidik kumpulkan
daripada responden. Seramai 50 orang responden daripada pelajar
tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 diminta
memberikan 1 teks yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial
Facebook. Penyelidik telah memaklumkan 2 minggu lebih awal kepada
responden yang terlibat bagi mempercepatkan proses mengutip data.
6.2 Mengumpul data
Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah
mengedarkan borang kepada para responden supaya dapat menyalin
semula teks-teks yang telah dimuat naik berserta terjemahanya ke
dalam bahasa Melayu baku. Terjemahan ini sememangnya sangat
diperlukan agar pengkaji tidak tersilap ketika mengenal pasti maksud
asal perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 teks berserta
terjemahanya berjaya dikumpul dan ditaip semula yang bertujuan
memudahkan penyelidik untuk merujuk data tersebut.
9
6.3 Menganalisis data
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan
kepada aspek-aspek yang ingin dikaji iaitu pengguguran, percampuran
bahasa, penggunaan huruf dan angka, serta penggunaan kata ganda di
laman sosial Facebook.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu pengguguran,
percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka dan penggunaan kata ganda.
Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan empat aspek ini.
Perbincangan yang dilaksanakan ini berdasarkan data-data yang telah dikutip.
7.1 Pengguguran Vokal, Konsonan dan Suku Kata
Morfologi merupakan bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji
perkataan. Salah satu aspek perkataan yang merangkumi morfologi
ialah bentuk kata. Di dalam laman sosial Facebook, bentuk kata yang
sering digunakan ialah bentuk singkatan. Singkatan ini merangkumi
pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran ini
bertujuan menyingkatkan perkataan-perkataan ini agar mudah untuk
ditaip. Berikut merupakan jenis-jenis pengguguran yang digunakan
dalam proses penyingkatan.
10
Pengguguran Vokal
Contoh Bahasa Baku Vokal yang
digugurkan
dh dah a
bg bagi a,i
bt buat u,a
dpt dapat a
mcm macam a
sbb sebab e,a
bley boleh o
bkk buka u,a
nk nak a
jgn jangan a
jln jalan a
tp tapi a,i
Jadual 1 : Pengguguran vokal dalam bahasa singkatan laman sosial
11
Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila
vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal ini menjadikan
sesuatu perkataan itu lebih ringkas dan mudah untuk ditaip. Namun,
terdapat juga sesetengah perkataan yang digugurkan separuh huruf
vokalnya dan tidak digugurkan keseluruhanya. Tamsilnya, bley yang
bermaksud boleh telah memperlihatkan pengguguran satu vokal sahaja
iaitu vokal a manakala vokal e dikekalkan.
Pengguguran konsonan
Contoh Bahasa Baku konsonan yang
digugurkan
bole boleh h
ari hari h
ujan hujan h
da sudah h
angan jangan j
ta tak k
umah rumah r
Jadual 2 : Pengguguran konsonan dalam bahasa singkatan laman sosial
12
Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan
adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhiran
perkataan. Manakala huruf konsonan yang berada ditengah perkataan
tidak digugurkan dan akan dikekalkan bagi membolehkan perkataan
tersebut dibentuk. Sebagai contoh, bole, da, ujan yang memperlihatkan
pengguguran konsonan di awal dan akhir perkataan sahaja.
Pengguguran suku kata
Contoh Bahasa Baku Suku kata yang
digugurkan
lau kalau ka
de ada a
pe apa a
gi pergi per
tol betul be
ni ini i
kol pukul pu
lom belum be
Jadual 3 : Pengguguran suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial
13
Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama
dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang digugurkan akan
memendekan sesuatu perkataan yang akan menjadikanya lebih singkat
dan amat releven untuk digunakan di laman sosial.
7.2 Percampuran Bahasa
Di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook, terdapat juga
campuran bahasa asing yang bertujuan untuk menyingkatkan dan
permudahkan sesuatu perkataan. Namun, penggunaan bahasa
campuran ini juga digunakan akibat terbiasa dan terikut-ikut oleh para
pengguna laman sosial tersebut. Antara bahasa campuran yang sering
digunakan di dalam laman sosial Facebook adalah Bahasa Inggeris,
Bahasa Slanga, Bahasa Daerah dan Bahasa Pasar. Jadual-jadual
dibawah akan menghuraikan jenis percampuran bahasa, contoh dan
maksud sebenar perkataan tersebut.
7.2.1 Bahasa Inggeris
Contoh Bahasa Baku Maksud
tonite tonight malam ini
gudnyte good night selamat malam
oohseem awesome hebat
14
I I saya
u you awak
topup top up tambah nilai
buzy busy sibuk
respon response bertindak balas
daet diet makanan seimbang
Jadual 4 : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam laman sosial Facebook
Bahasa Inggeris sememangnya kerap digunakan di dalam dunia siber
namun perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila Bahasa Inggeris
tersebut dimelayukan dan digunakan bersama-sama dengan Bahasa
Melayu. Berdasarkan jadual 4, terdapat beberapa perkataan yang
digunakan secara kerap. Antara perkataan yang sering digunakan
adalah I dan U. Kebiasaanya, perkataan ini kerap digunakan kerana
mempunyai perkataan yang ringkas iaitu satu huruf sahaja. Oleh itu,
percampuran Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk menyingkatkan
perkataan dan mampu memudahkan pengguna laman sosial tersebut
untuk berkomunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris ini juga
memperlihatkan sesetangah ataupun hampir semua yang diubah
ejaannya. Sebagai analogi, busy yang menukarkan s kepada z sekaligus
menjadikannya kepada buzy. Walaupun ejaan ditukar, sebutan asal
15
perkataan tersebut tidak berubah. Terdapat juga sesetengah huruf
digugurkan. Sebagai contoh, response ditukar menjadi respon yang
memperlihatkan konsonan s dan vokal e digugurkan.
7.2.2 Bahasa Slanga
Contoh Maksud
sedih gila terlalu sedih
der abang
awex teman wanita
brader abang
bro abang
pkwe teman lelaki
kantoi sesuatu perkara yang telah
diketahui
Jadual 5 : Penggunaan Bahasa Slanga dalam laman sosial Facebook
Berdasarkan analisis yang dibuat, bahasa slanga juga merupakan antara
bahasa campuran yang amat popular yang digunakan oleh pelajar di
laman sosial Facebook. Sesetengah bahasa slanga yang digunakan ini
sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan-golongan tua
kerana bahasa slanga ini sangat fleksibal dengan golongan muda
kerana bahasa ini hanya ditutur oleh golongan remaja. Bahasa slanga
16
ini turut digunakan dalam menyingkatkan sesuatu perkataan seperti bro
yang mewakili brother. Bahasa slanga di laman sosial Facebook ini
juga dilihat tidak menggunakan ejaan asal sebaliknya menukar
sebahagian ejaannya. Contonya brother ditukar menjadi brader.
Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa
basahan dan tidak formal.
7.2.3 Bahasa daerah
Jenis Contoh Bahasa Baku
Dialek Kelantan
Johor Darul
Takzim@JDT ? puok
kawe tunggu puok
mu..gomo klate gomo.
Johor Darul
Takzim ? kumpulan
saya akan menunggu
kumpulan anda.
Maju Kelantan
Maju !
Dialek
Terengganu
..mase tu ah ade ari
sukang..mase tu ah
nok wak prekse..
Masa ada hari sukan
masa tu lah juga nak
buat peperiksaan.
Jadual 6 : Penggunaan bahasa daerah/dialek dalam kalangan pelajar di
laman sosial Facebook
17
Dialek secara umumnya dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa
yang berbeza daripada bahasa standard. Di laman sosial Facebook,
penggunaan dialek daerah negeri asal dalam kalangan pelajar juga
sememangnya meluas walaupun pelajar tersebut telah menetap di
negeri lain seperti di Johor. Dialek-dialek ini dapat dibezakan dari
aspek kata ganti nama diri, sebutan, kosa kata dan ejaan. Sebagai
contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu
sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ini adalah
disebabkan faktor keselesaan yang memperlihatkan keselesaan
menggunakan bahasa asal mereka.
7.2.4 Bahasa Pasar
Contoh Bahasa Baku/Maksud
Taiko sangat ke lu? Meh itu
olang wa kasi bantai sama
dia !
Hebat sangat ke awak? Mari sini
bergaduh dengan saya !
Bnyk comel kau pnye mke
nak arahII aq !
Amboi ! jangan suka-suka mahu
arah orang lain.
Lu wat gua bikin pnas la
derrr……
Awak buat saya marah !
Jadual 7 : Penggunaan Bahasa pasar di laman sosial Facebook
18
Bahasa pasar digunakan secara meluas di dalam laman sosial Facebook
terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain bertujuan untuk
menyingkatkan perkataan, bahasa ini turut digunakan dalam memberi
sindiran/kata sinis kepada individu yang ingin ditujukan atau pun
dengan tujuan gurauan. Bahasa yang digunakan ini tidak menepati
hukum D-M misalnya itu olang. Kata banyak juga turut digunakan
sebagai kata penguat. Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa
perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan
jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu.
7.3 Penggunaan huruf dan angka dalam proses penyingkatan
perkataan
Berdasarkan data yang dikutip, didapati terdapat ramai pelajar yang
gemar menggunakan huruf dan angka dalam menyingkatkan sesuatu
perkataan. Hal ini disebabkan penggunaan huruf dan angka dapat
menggantikan satu perkataan lengkap yang memperlihatkan tiada
perubahan makna yang terjadi. Namun, penggunaan huruf dan angka
kadang-kala mampu menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai
makna yang sama.
7.3.1 Penggunaan huruf
Contoh Perkataan Asal
19
k ok
n and
p tapi
g pergi
y yang
x tak
p pergi
k ke
Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial
Berdasarkan jadual 8, pelajar juga gemar menggunakan huruf dalam
proses penyingkatan perkataan. Kebiasaanya, hanya huruf pertama
sahaja yang dikekalkan dan selebihnya digugurkan. Namun, terdapat
persamaan makna dalam penggunaan huruf ini bagi tujuan
penyingkatan. Sebagai contoh, terdapat 2 perkataan yang
menggunakan k sebagai singkatan. Antaranya ialah ok dan ke. Kedua-
dua perkataan ini menggunakan k sebagai singkatan dan bagi yang
kurang memahami dengan bahasa singkatan laman sosial Facebook
mungkin akan tersalah tafsir. Begitu juga dengan p yang membawa
maksud pergi dan tapi.
20
7.3.2 Penggunaan angka
Contoh Perkataan Asal
I2 itu
2 tu
Off9 offline
Jadual 9 : Penggunaan angka
Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya
kerap digunakan dalam laman sosial Facebook. Kadang- kala, angka
dan huruf dicampur bagi mewujudkan singkatan kata. Sebagai analogi,
i+2 = itu dan off+9 = offline. Namun, penggunaan angka sahaja turut
digunakan seperti 2 yang bermaksud tu.
7.4 Penggunaan kata ganda dalam laman sosial Facebook
Jenis Kata
Ganda
Contoh Bahasa baku
Penggandaan separa
-lelama
-memalam
-tetiba
lama-lama
malam-malam
tiba-tiba
21
Penggandaan penuh -mkn2
-skolah2
makan-makan
sekolah-
sekolah
Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis
Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam
laman sosial Facebook. Merujuk jadual 10, terdapat 2 jenis
penggandaan yang kerap digunakan di dalam laman sosial Facebook
iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Namun,
penggandaan ini tidak menepati ciri-ciri morfologi kerana tidak
mempunyai ciri-ciri sebenar pergandaan. Sebagai contoh, pergandaan
penuh diubah menjadi penggandaan separa seperti tiba-tiba yang
bertukar menjadi tetiba. Penggandaan penuh juga tidak ditulis secara
penuh yang hanya memperlihatkan penggunaan angka sebagai
petunjuk penggandaan. Tamsilnya, mkn2 dan skolah2 yang mengikut
ejaan bahasa melayu yang betul adalah makan-makan dan sekolah-
sekolah.
22
8.0 RUMUSAN KAJIAN
Rumusannya, kajian ini dapat mempamerkan penggunaan bahasa
Melayu yang tidak mengikut ciri-ciri sebenar. Singkatan-singkatan
yang dibuat ini juga mempunyai pelbagai kelemahan. Responden juga
didapati mencampurkan pelbagai jenis variasi bahasa untuk
menyingkatkan sesuatu perkataan. Dalam aspek morfologi pula,
hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan
laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri morfologi
sebenar. Bagi pelajar tingkatan 5, pelbagai impak akan terjadi
sekiranya mereka tetap mengamalkan bahasa singkatan laman sosial
Facebook ini. Tidak mustahil mereka akan terbawa-bawa bahasa ini
sehingga ke dalam peperiksaan lantas menyebabkan kejatuhan
martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak-pihak berwajib perlu
memaksimakan peranan mereka agar fenomena ini berjaya dihapuskan.
9.0 PENUTUP
Sejajar denga perkembangan teknologi terkini, laman sosial
sememangnya merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi
dalam kehidupan seharian. Namun, hukum bahasa juga perlu dititik
beratkan agar kesucian bahasa ibunda kita terpelihara. Oleh itu,
23
pelbagai kajian perlu dijalankan mengenai penggunaan bahasa
singkatan laman sosial Facebook agar terhasilnya bahasa-bahasa laman
sosial yang menepati ciri-ciri sebenar bahasa Melayu. Kajian ini juga
sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat agar dapat menggunakan
bahasa singkatan laman sosial Facebook dengan betul dan menepati
hukum bahasa Melayu.
BIBLIOGRAFI
Buku
Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd.
Karim, N. S., 2008. Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karim, N. S. & Hashim, S., 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..
Kridalaksana, H., 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia Edisi Kedua. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Parsidi, A., 1992. Kamus Akronim, Inisialisme dan Singkatan. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti.
Pustaka, D. B. d., 2008. Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .
Winarno, A., 1991. Kamus Singkatan dan Akronim Baru dan Lama. Yogyarkarta: Kanisius.
Bahan Internet
Salleh, A., 2009. Tatabahasa : Morfologi Bahasa Melayu. Diakses pada 27 Julai 2013, daripada http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-bukit-mewah.html
24
Lampiran 1
Senarai data teks yang dikutip daripada responden
BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook
Bahasa Baku
1 Hari nih aku berbukak puasa berasaskan ayam.. hahaha. Hilang program daet tp yg penting tomyam mak oohhseem sedapnya..
Hari ini aku berbuka puasa makanan berasaskan ayam. Hahaha. Hilang keinginan untuk mengambil makanan seimbang tetapi yang penting tomyam mak sangat sedap.
2 Gudnyte all .. esok ada meting penting nak kena hadir. hahaha
Selamat malam semua. Esok ada perjumpaan penting yang perlu hadir.hahaha
3 Jom gi bazaar tmn kote masai, spe nk join.. jom2. Slmt brbuka puasa kpda awq smua n skeluarga.
Mari pergi bazar Taman Kota Masai. Siapa mahu ikut ? Mari-mari. Selamat berbuka puasa kepada awak semua dan keluarga.
4 Byk sehh topup aq.. time aq ade topup, die buzy,, x tau nak call sape,, si die off phone plak,, kalo x, memang x ar aq on9..
Banyak sungguh kredit prabayar aku. Ketika kredit prabayar aku banyak masa ni pula dia sibuk. Tak tahu mahu telefon siapa. Kalau tidak aku memang tidak mahu online.
5 Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia!
Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya !
6 Some fun tonite.. kepale nga semak!
Sedikit hiburan malam ini. Kepala tengah pening.
7 Lu wat gua bikin pnas la Awak buat saya marah !
25
dher…8 Bnyk comel kau pnye mke
nak arahII aq!Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain.
9 Ohhh. Haha. Relaks brader Ohhh. Sabar abang.10 Menu berbuka ari ni ialah
chicken chop n air cikong ais. Yumm2 . #slamat berbuka puasa semua
Menu berbuka hari ini ialah ‘Chicken Chop’ dan air cikong ais. Selamat berbuka puasa semua.
11 ‘perut oh perut’. Gua tahu luu tengah senakk. Lu relaks ahh skit, dah nak buka dah ni.’ Berbual dgn perut pon jadi. haha
Perut oh perut, saya tahu awak tengah sakit. Awak sabar lah sekejap, dah nak buka puasa sebentar lagi. Berbual dengan perut pun boleh jadi. Haha.
12 Bro ada Nampak kerja sekolah gua x? hilang lah. Haha. Macam mnew nak buat nie
Abang ada Nampak kerja sekolah saya tak? Hilang pula. Haha. Macam mana mahu buat ni?
13 Dia ajk aq p uma cikgu tp die ley k tmpat len
Dia ajak aku pergi rumah cikgu tapi dia boleh pergi tempat lain pula.
14 Hahaha!!! Kantoi sudahh Hahaha!!! Kami sudah tahu.15 Esok smua skola2 kt johor
ditutup. Mknenye ujian geografi pun tkde laaa. Yesss!
Esok semua sekolah-sekolah di Johor ditutup. Bermakna ujian geografi pun tiada.
16 K now sy study tol2. T result mesti gempak
Ok. Sekarang saya belajar sungguh-sungguh, nanti keputusan mesti menakjubkan.
17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti lgi..
Mari jalan cari teman wanita. Hari ini cuti lagi.
18 Kdt xd, nk g kdai ujan.. cdey nye
Kredit tiada, mahu ke kedai hujan pula. Sungguh sedih.
19 Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aq still okey. Tak de pape pun
Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aku masih ok. Tiada apa-apa pun.
20 Hari-hari gado, nanti lelame aq benci jugak die tu
Hari-hari bergaduh, nanti lama-lama aku benci dia.
21 Orait da nuck tito.. eh ta nuck off9 jewk.. k tata agan lpew shur
Alright, sudah mahu tidur. Eh tak mahu offline je. Ok selamat tinggal jangan lupa sahur.
22 Lps exam td tetibe ada org menangis, knape tah?
Lepas peperiksaan tadi tiba-tiba ada orang menangis, Kenapa entah?
23 Kol brape ni dh. Aq lom siap lg! habisss lahh
Pukul berapa sekarang ini? Aku belum siap lagi ! Habis la.
26
24 Sy study, p slalu fail, hmmm nk g tuisen tk mampu.
Saya belajar tapi selalu gagal. Hmmm mahu pergi tuisyen pula tidak mampu.
25 Bak kta ustz.. x gne pose lau x solt.. so buln pose ni setn x de..kita bolh brubah .. percye la..
Bak kata ustaz, tiada guna puasa kalau tidak solat. Jadi bulan puasa ini syaitan tiada. Kita bolehlah berubah. Percaya la.
26 Sy tak manje mcm pkwe awk semua. Hye hari jumaat
Saya tidak manja seperti teman lelaki awak semua. Hai hari Jumaat.
27 mcm2 alasan yg diberikan. Aq cme nk thu knpe qo buat mcm tu. Klau qo tak nak pon jgn la buat mcm tu. Bgi thu saje . aq x marah. Terima kasih lah sbb dah buat mcm tu
Pelbagai alasan yang diberi. Aku cuma mahu tahu mengapa kau buat macam itu. Kalau kau tak mahu sekali pun jangan la buat macam itu. Bagi tahu sahaja, Aku tidak marah. Terima Kasih kerana sudah buat begitu.
28 Adakah patut tuan e2 marahkan aku? Tidak ka dia tahu aku ne seorg yang comel? Hek3!. Storynya like this, aku sdh hantar quotation isnin lps tp no respon drp tuan e2. Tp td all of a sudden ketika diriku sdg berangan2 mjd org dia kol n aku bgtahu la tempahan sdh pn ditutup tp dia ckp pula aku pilih customer..aiks! Sapa faster dia dapat la kn. Why pla u angry2? Omaigot.. Tell me oi oi.. Who lives in the pineapple under the sea??
Patutkah tuan itu memarahi aku? Tidakah dia tahu bahawa aku seorang yang comel? Hek hek hek! Ceritanya begini, aku telah pun menghantar quotation pada isnin yang lepas tadi tiada maklum balas daripada dia. Tapi tadi tiba-tiba dia menelefon dan aku beri tahu bahawa tempahan sudah ditutup. Kemudian dia mengatakan bahawa aku memilih pelanggan. Siapa cepat dia dapat lah.
29 bulan pose ni aq belajr kurang masuk la....tapu insyallah pas pose aq akan bangkit,,,, “SALAM RAMADHAN 3 N SELAMAT BERBUKA”
Di bulan puasa ini aku belajar kurang faham. Tapi insyallah selepas puasa aku akan bangkit. Salam Ramadhan ke-3 dan selamat berbuka.
30 Masa study agama,, topik mahar....ustazah ad kata yg, mahar itu @ mas kahwin y d beri lelaki kpd perempuan umpama kasih syg dy kt peremmpuan 2....so ag tinggi nilai mas
Ketika belajar subjek agama islam, topik yang dipelajari adalah Mahar. Ustazah mengatakan bahawa mas kahwin yang diberi oleh lelaki kepada wanita umpama kasih saying mereka terhadap
27
kwin y dy bg, mkneny sgt syg la die kt perempuan 2.....so laky pd zaman skrg niew kne beruntung sbb dpt perempuan y zaman mahal mas kwin skrg niew....hahahaha....
wanita tersebut. Jika nilai mas kahwin itu lagi tinggi bermakna lelaki tersebut sangat saying terhadapt wanita itu. Jadi, lelaki zaman sekarang beruntung kerana dapat perempuan yang mas kahwinya mahal.
31 Awk,, ajr sy dlm study boleh x?
Awak ajar saya dalam pelajaran bpleh tak?
32 Yeahh. Hujan lebat #untung la ygkt umah bley tdo
Yeahh. Hujan lebat. Untung bagi siapa yang di rumah boleh tidur.
33 belajar dulu baru bercinta tp sume owg nak rase cinta .. so belajar sambil bercinta . hati2
Belajar dahulu baru bercinta. Tapi semua orang ingin merasakan cinta. Jadi belajar sambil bercinta perlu berhati-hati.
34 Dh kenyang kn brbuka td? Ha? Pe ag . g la solat magrib . tggu pe ag
Sudah kenyang berbuka tadi? Apa lagi, pergi solat Maghrib mahu tunggu apa lagi?
35 Mlm ni ade mkn2 kat ruma aku. Jemput dtg semua!
Malam ini ada majlis di rumah aku. Semua dijemput hadir.
36 Johor Darul Takzim @JDT puok kawe tunggu puok mu. Gomo kelate gomo
Johor Darul Takzim ? kumpulan saya akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju !
37 Bru je bley jln Baru sahaja boleh berjalan.38 Kalau kita sedih pun buat
apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sedih gila
Kalau kita sedih pun buat apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sangat sedih.
39 Buat homework sambil dengar lagu rayoo
Buat kerja sekolah sambil mendengar lagu raya.
40 Kejayaan kite tletak pada usaha sndiri. Kejayaan y baik i2 dtng dri kite sendiri. selagi kite berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan i2 terbentang luas di hadapan mata. So,, berusaha la bersungguh2 untuk mengapainya. Bukan hnye ngn angan2 kosong sahaja. Semua i2 terletak pada hati kita n kekuatan kite. Insyaallah jika kita
Kejayaan kita terletak pada usaha sendiri. Kejayaan yang baik itu datang dari kita sendiri. Selagi kita berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan itu terbentang luas di hadapan mata. Jadi, berusaha bersungguh-sungguh untuk mengapainya. Bukan hanye ngn angan-angan kosong sahaja. Semua itu terletak pada hati kita dan kekuatan
28
mampu, allah akn mmpermudhkan sgala usaha kite. Ianya tidak akn kmane2. aminn
kita. Insyaallah jika kita mampu, Allah S.W.T akan mempermudahkan segala usaha kita. Ianya tidak akan ke mane-mana. Amin.
41 Exam mid-year ambex report card rombak kelas audit total,. Haisy banyak ny,. Semua ny menakut arn,. Rombak kelas + audit,. Mieza taa naa turun kelas,. Mieza rase mieza daa mule rapat n kowang-2 semue,. Daa macam adeq beradeq,. Balek lambat same-2, then solat zohor same2,. Study same-2,. Daa mcm dekat asrama arn,. Hmm,. Taa naa rombak kelas boleyh?,. Nanti sape naa ajar mieza macam kowang?
Perperiksaan pertengahan tahun ambil kad penyata rombakan kelas Perubahan secara keseluruhan.Banyaknya, semua ini menakutkan. Rombak kelas+ audit, Mieza sudah merasakan seakan ingin turun kelas. Mieza rasa Mieza sudah mula rapat dengan semua seperti adik-beradik, pulang lewat bersama-sama, solat Zohor bersama-sama, belajar bersama-sama seakan-akan berada di asrama. Hmm, Boleh tak kalau tiada rombakan kelas? Nanti siapa mahu mengajar Mieza seperti kalian?
42 Budok2 tikatang lime tengoh serabok wok lake orr minggu depang ade pecubaang spm. Mase tu ah ade ari sukang . mase tu ah nok wak prekse. Muka sorang2 pe ge menda doh hoo . debo ngat mok hoo . macang ge nok prekse doh2 je. Mase bnyak agi eyy dang agi eyh kalu nok buleh 10A++ tuh.. dok soh beng wak bolok ngat ahh kang pa pital kang. Haha. Pentnya jd pelajar form 5! Cptlah hendaknye hbis form 5 nii
Semua pelajar tingkatan 5 pening kerana minggu depan ada peperiksaan percubaan SPM. Masa itulah nak buat hari sukan. Masa tulah juga nak adakan peperiksaan. Semua bermimikkan muka kepenatan. Mungkin kerana gementar seperti sudah mahu menduduki periksa SPM sebenar. Banyak masa lagi perlu belajar kalau nak dapat 10A. Jangan terlalu pening nanti masuk hospital pula. Cepatlah habis tingkatan 5 ni. Penat jadi pelajar tingkatan 5.
43 aq nk tgk bola bleyy plak kdai mamak ny bkk crite do re mi plakk.
Aku mahu menonton bola sepak tapi restoran mamak ini bukak cerita Do Re Mi pula.
44 Jage perut .. 2 je aq kne Jaga perut itu sahaja aku perlu
29
uat . parut dah ok. Dlm perut je belum
buat. Parut sudah sembuh, dalam perut sahaja belum.
45 Selamat petang all, bowink tol hari nie
Selamat petang semua. Bosan sungguh hari ini.
46 Mesej ayah me : ayah akak takotlah sebab spm dh nk dekatAyah : baguslah ade rse takot..bt yg terbaik tau..klu dpt straight A ayah bg hadiahMe : ok ayah inshaallah..akak bt yg terbaik..*mudah2 an dapat straight A nnti ayh nk bagi hadiah!hehe..
Mesej daripada ayahSaya: Ayah, kakak takut kerana SPM bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Ayah: Bagus jika masih ada rasa takut. Buat yang terbaik dan jika kakak dapat semua A ayah akan beri hadiah.Saya: ok ayah, inshaallah akak akan lakukan yang terbaik.*Semoga mendapatkan A secara keseluruhan dan menerima hadiah dari ayah.
47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , setiap hari nak pegi bazar yang lain2 , nak pegi semue bazar yang ade kat johor nhe, tapi rasenyee macam tk bole jerkk#Bazar Ramadhan
Jika berkesempatan di dalam bulan puasa ini, setiap hari saya akan pergi di setiap bazar ramadhan yang terdapat di Johor. Tapi rasanya seperti tidak akan mendapat kesempatan ini.
48 Jiran aku buka lagu raya lha woi ! haihh mcm dh tk sabar betul nk raya ni
Jiran aku mainkan lagu raya. Seperti tidak sabar mahu raya.
49 OMG. Tdi I kne ckap kat depn smue owg. Perghh. Gemuruh.. gementarr.. aq tdi da mcm owg kat Eskimo sebab sejuk gemuruh punya pasal. Xpi aq n geng x menang . sowy geng
Oh My God. Tadi saya berucap depan semua orang. Sungguh gemuruh dan gementar. Aku tadi seperti orang di Eskimo kerana sejuk dan gemuruh, Tapi aku dan kawan tidak menang. Maafkan kami kawan.
50 Jauh dimata, dekat dihati. Saya tidur awal malam ni. Kaitan ? Jom mandi. #celaru
Jauh di mata dekat di hati. Mala mini saya tidur awal. Kaitan? Mari mandi.
30
Lampiran 2
Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian
31
32
Perkataa
n asal
Ejaan
baku/maksud
Perkataan
asal
Ejaan
baku/maksud
dpt dapat I2 itu
mcm macam 2 tu
sbb sebab Off9 offline
bley boleh n and
bkk buka p tapi
nk nak g pergi
jgn jangan y yang
jln jalan x tak
tp tapi p pergi
bole boleh k ke
ari hari ni ini
ujan hujan kol pukul
da sudah lom belum
angan jangan tonite tonight
ta tak gudnyte good night
umah rumah oohseem awesome
lau kalau I I
de ada u you
pe apa topup top up
33