PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 1
1.0 PENGENALAN
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Institut Pendidikan Guru (IPG) diguna pakai untuk
program perguruan Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan berdasarkan
P.U.(A) 388 (Peraturan-Peraturan Pendidikan 2010). Buku panduan ini bertujuan
membantu pensyarah menguruskan penilaian kerja kursus pelajar secara terancang,
sistematik dan berkualiti.
1.1 Rasional Dan Matlamat
Pelaksanaan kerja kursus merupakan keperluan untuk mengoptimumkan
perkembangan pelajar dalam aspek peningkatan ilmu dan keterampilan ikhtisas,
pemupukan nilai positif dan amalan profesional. Penilaian kerja kursus juga
membantu pelajar membina daya fikir yang kreatif dan inovatif.
Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mentaksir kebolehan pelajar dari segi
pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, keupayaan pelajar membuat
pemindahan pembelajaran dalam situasi dan konteks sebenar di sekolah serta
penerapan nilai-nilai dan etika keguruan. Pelaksanaan kerja kursus juga dapat
mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai bentuk
tugasan yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.
1.2 Objektif
Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mencapai objektif-objektif yang berikut :
(a) Menilai tahap prestasi pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan
program.
(b) Meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses
maklumat daripada pelbagai sumber, kecekapan memilih maklumat yang
relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna.
(c) Menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan perkembangan
intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order
Thinking Skills), kreatif, inovatif dan membina pemikiran kendiri
(independent thought).
(d) Menilai tahap prestasi pelajar dalam menghubung kait teori dan praktis
dengan menggalakkan transformasi dan integrasi ilmu, pengalaman dan
refleksi kendiri dalam konteks sebenar untuk meningkatkan keterampilan
ikhtisas.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 2
(e) Membantu pelajar mencari makna daripada pengalaman sendiri, mencari
kebenaran dalam kepercayaan, pengetahuan dan tindakannya bagi
meningkatkan kualiti diri dan kehidupan, seterusnya menjadi pengamal
refleksi.
(f) Membina kepekaan pelajar terhadap keperluan untuk menjadi seorang guru
yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak mulia sebagaimana
kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 KERANGKA PEMBINAAN ILMU
Rajah 1: Model Konseptual Kerja Kursus: Adaptasi daripada Davis (1993)
Pelaksanaan kerja kursus adalah berteraskan pembinaan ilmu berdasarkan Model
Konseptual Kerja Kursus (UPP, 2004). Model ini bertujuan menghasilkan insan
guru selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang
menekankan kepada penguasaan i lmu, kemahiran dan amalan n i la i -
n i la i keguruan, bag i perkembangan profesional keguruan dan sahsiah
guru yang unggul. Pembentukan insan guru ditentukan oleh dua fokus
utama iaitu ilmu berdasarkan teori dan ilmu yang dipraktikkan. Model ini
ILMU TERIMAAN
ILMU SUBJEKTIF
ILMU KONTEKSTUAL
ILMU BINAAN
INSAN GURU
TEORI PRAKTIS
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 3
menekankan proses pembinaan ilmu profesional keguruan secara sistematik
dan beransur maju (developmental) dengan mengintegrasi pengetahuan
berasaskan penyelidikan (research-based knowledge) dan pengetahuan
berasaskan pengalaman (experiential knowledge).
2.1 Persekitaran Pembelajaran
Pelaksanaan Kerja Kursus ini berlandaskan tiga persekitaran pembelajaran
yang dilalui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat pembinaan ilmu
kendiri yang mantap dan jati diri guru yang unggul. Persekitaran ini terdiri
daripada:
a) Situasi sebenar
Situasi sebenar bermaksud pelbagai konteks dan situasi untuk
mengamalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari bagi mengukuhkan
penguasaan dan pemindahan pembelajaran. Antara konteks dan pelbagai
situasi tersebut termasuklah mempraktikkan ilmu dan kemahiran di IPG,
prasekolah yang ada di IPG, sekolah dalam IPG, pengalaman berasaskan
sekolah, lawatan ke tempat-tempat dan situasi sekolah sebenar.
Situasi sebenar boleh juga diwujudkan secara formal di IPG sendiri, untuk
tujuan mempraktikkan teori dan amali kemahiran sebenar sebagai bakal
guru. Sebagai contoh, pengendalian majlis rasmi di IPG boleh dianggap
sebagai situasi sebenar. Pengajaran mikro dan makro tidak boleh dianggap
situasi sebenar kerana konteks dan pelajar bukan sebenar.
b) Amalan Kemahiran Belajar (Learning How To Learn)
Sebagai bakal guru, pelajar perlu mengamalkan kemahiran belajar untuk
meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran, sesuai dengan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Amalan kemahiran belajar ini akan dapat
mengukuhkan profesionalisme keguruan dan pembinaan watak guru.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 4
c) Pembentukan Sikap
Insan guru yang ingin dibentuk atau dihasratkan perlu mempunyai nilai
murni, sahsiah guru dan mengamalkan Etika Keguruan. Pelaksanaan kerja
kursus dalam pelbagai situasi dan konteks membolehkan bakal guru melalui
pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas. Pelbagai cabaran ini akan
membantu pemupukan dan pembentukan nilai dan sahsiah guru yang
unggul.
2.2 Proses Pembinaan Ilmu
Proses perkembangan intelektual pelajar bermula dengan tahap pemerolehan ilmu,
penguasaan ilmu dan kemahiran, seterusnya kepada pembinaan ilmu baru dan
pembelajaran bermakna melalui integrasi pembelajaran dan pengalaman. Ini dapat
dicapai dengan menggunakan pemeringkatan proses pembinaan ilmu seperti
dijelaskan dalam Jadual 1: Struktur Pembinaan Ilmu.
2.3 Bimbingan
Pensyarah boleh memberi maklum balas semasa pelaksanaan kerja kursus
berdasarkan aspek berikut:
(i) menekankan proses membina kemahiran pembelajaran kendiri
(Independent Learning) yang bersifat ansur maju.
(ii) menekankan cara membuat rujukan dan penulisan teks ilmiah yang betul
bagi mengelakkan plagiat dan menghormati hak intelek individu.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 5
Jadual 1
Struktur Pembinaan Ilmu
JENIS ILMU
ASPEK
ILMU TERIMAAN (Received
Knowledge)
ILMU SUBJEKTIF
(Subjective Knowledge)
ILMU KONTEKSTUAL
(Contextual Knowledge)
ILMU BINAAN
(Constructed Knowledge)
KONSEP
Ilmu yang diterima benar berdasarkan autoriti
Ilmu yang diterima benar berdasarkan hujah dan bukti
Ilmu yang diterima benar mengikut konteks dan situasi
Ilmu yang terbina daripada hasil analisis dan refleksi kendiri berdasarkan himpunan ilmu, pengalaman dan nilai
CIRI-CIRI
Percaya tentang satu jawapan sahaja yang betul
Sedar tiada satu jawapan yang tetap untuk sesuatu perkara
Pelajar melihat kebenaran/ kefungsian ilmu dan kemahiran berdasarkan konteks/situasi
Pelajar mempunyai pendirian tentang sesuatu isu berdasarkan analisis sendiri yang dipengaruhi oleh nilai, pengalaman dan ilmu binaan kendiri
Semua ilmu yang diterima benar
Ilmu yang diterima benar berdasarkan hujah dan bukti
Ilmu yang diterima benar berdasarkan konteks/situasi
Ilmu dibina sendiri oleh pelajar
Pensyarah sebagai penyampai ilmu
Pelajar berhak memberi pandangan dan memberi bukti untuk menyokong pandangan
Pensyarah sebagai fasilitator
Pelajar berhak memberi pandangan dan memberi bukti untuk menyokong pandangan
Pensyarah sebagai fasilitator
Pelajar boleh mengingtegrasi ilmu yang dipelajari daripada pelbagai sumber dengan ilmu yang diperolehi daripada pengalaman dan refleksi kendiri
Pensyarah sebagai pembimbing dalam proses binaan ilmu.
CONTOH Menerima kaedah pembelajaran koperatif dalam
P & P adalah terbaik
Selepas merujuk pelbagai sumber, pelajar sedar terdapat banyak kaedah lain seperti induktif, deduktif dan pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam P & P
Setelah mengaplikasi kaedah pembelajaran koperatif dalam konteks dan situasi pembelajaran, pelajar mendapati pembelaajran koperatif hanya sesuai untuk topik tertentu sahaja. Bagi topik lain kaedah seperti ekspositori atau deduktif adalah lebih sesuai.
Pelajar dapat menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu kaedah P & P berdasarkan pengalaman, penilaian kendiri dan himpunan ilmu yang dimilikinya
Pelajar dapat menghasilkan menentukan kaedah terbaik untuk P & P bagi tajuk tertentu.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 6
3.0 CIRI-CIRI KERJA KURSUS
Pelaksanaan kerja kursus merangkumi ciri-ciri yang berikut :
(a) mengambil kira skop kandungan dan hasil pembelajaran kursus/kurikulum
yang ditetapkan.
(b) membantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar sesuai dengan
kebolehannya.
(c) penilaian bersifat autentik (pengalaman sebenar).
(d) tugasan kerja kursus bersifat terbuka, mencabar dan melibatkan pemikiran
aras tinggi (higher order thinking skills).
(e) mementingkan amalan refleksi dalam proses pembinaan ilmu.
(f) meningkatkan daya kreativiti dan inovasi.
(g) meningkatkan tahap kesedaran keperluan profesionalisme keguruan.
4.0 BENTUK KERJA KURSUS
Kerja kursus terdiri daripada tiga bentuk iaitu:
4.1 Projek – Merupakan bentuk kerja kursus yang melibatkan satu set aktiviti
yang berkait dengan hasil pembelajaran pelajar. Bagi kursus major dan
elektif, tugasan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh 4 hingga 6
minggu manakala bagi kursus bukan major (Wajib dan Pengajian
Profesional), tugasan projek dilaksanakan dalam tempoh 2 hingga 4
minggu. Projek yang digubal dapat menguji kefahaman pelajar dalam
kemahiran mencari bahan, merancang, menganalisis, menghubungkait dan
menilai maklumat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti serta
menepati ciri-ciri kerja kursus. Contoh-contoh projek adalah seperti yang
tertera dalam Jadual 2.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 7
Jadual 2
Contoh-contoh Projek
1. Penghasilan Produk
Alat bantu mengajar
Model 3-dimensi / replika / prototaip
Pakej / modul / kit pembelajaran
Hasil seni (contoh: gubahan lagu / lukisan, arca)
Brosur / Prospektus / Pamplet
Instrumen / item ujian
Mural
Lanskap / taman Matematik / Sains
Portfolio
Dokumentari / iklan
Video, bahan digital multimedia
2. Kajian/laporan
Laporan kajian (kes, tindakan)
Laporan amali sains
Laporan temubual
Projek penyiasatan
Laporan lawatan
Laporan pemerhatian
3. Ulasan Kritis
Artikel / jurnal
Video klip
Buku
4. Ujian Kertas dan Pensel
Kuiz (hanya sebahagian daripada pentaksiran projek)
5. Penulisan
Catatan log
Penulisan jurnal
Esei (contoh:reflektif,deskriptif)
Refleksi (berdasarkan model tertentu Contoh Model Schon)
Kertas kerja
Kertas cadangan kajian
Ringkasan eksekutif
6. Kerja Amali
Amali sains
Ujian lisan
Ujian vokal
Pergerakan motor
Penggunaan alatan muzik
7. Persembahan
Main peranan
Teater / drama / pentomen
Syarahan / pidato
Pembentangan
Mini konsert / ensembel
Pengajaran mikro
8. Penganjuran
Forum
Pertandingan(cerita, nyanyian, musabaqah, nasyid, poster)
Pameran / ekspo
Seminar
Sukan
Outdoor maths
Hari Keusahawanan
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 8
4.2 Ujian Amali – Ujian Amali dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan
kemahiran. Ujian amali ini bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran
psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap yang dipamerkan
secara langsung semasa ujian dijalankan atau melalui penghasilkan produk.
Panduan khusus pelaksanaan ujian amali ini hendaklah merujuk kepada
Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali yang berkaitan.
4.3 Ujian Akhir Kursus (UAK) – Ujian Akhir Kursus dilaksanakan untuk
menguji penguasaan pelajar terhadap teori yang dipelajari dalam kursus
tersebut. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) diguna sebagai panduan
menyediakan soalan pada aras dan kemahiran tertentu. Jika sesuatu kursus
yang tidak mempunyai JSU, pensyarah kampus perlu menyediakannya.
5.0 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Kerja kursus yang terdiri daripada projek, amali dan ujian akhir kursus perlu
dilaksanakan mengikut prosedur tertentu yang sistematik seperti dalam carta alir
Pelaksanaan Kerja Kursus (Rajah 2) bagi memastikan ianya konsisten dan
mematuhi standard yang diharapkan.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 9
Menerima Arahan Ketua Jabatan Akademik
Membina JST, Menggubal Soalan Tugasan dan Rubrik mengikut Proforma
il Pembelajaran Kursus
Memurnikan Soalan Tugasan dan Rubrik Peringkat Jabatan
Pengesahan soalan tugasan dan rubrik oleh KJA
Mengedar/Memberikan Taklimat Tugasan Kepada Pelajar
Mengumpul hasil tugasan pelajar
MenyemakSampel Hasil Tugasan
Pemeriksaan
Konsisten
Konsisten
dalam
Penandaan
Buat penambahbaikan
kepada rubrik
Meneruskan Penyemakan Akhir Hasilan Kerja Kursus
Ya
Tidak
Moderasi Markah Kerja Kursus (Pusingan I)
MULA
Markah
Konsisten
Tidak
Ya
Merekod Markah Akhir Dalam BKKP
TAMAT
Moderasi pusingan II
Penyelarasan
markah
Kawal Mutu oleh
iEE
oleh iEE
Merekod Markah Dalam Borang Markah Kerja Kursus
Tidak
Ya
Rajah 2 : Carta Alir Pelaksanaan Kerja Kursus
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 10
5.1 Prosedur Pentaksiran Projek
Penggubalan tugasan projek dibuat berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditetapkan dalam pro forma/sukatan pelajaran. Peruntukan masa, bebanan
dan kerencaman tugasan sangat bergantung kepada jenis kursus (sama
ada kursus Major, Elektif, Wajib, Pengajian Profesional) dan jumlah jam
kredit kursus seperti yang ditetapkan dalam pro forma/sukatan pelajaran.
Selain itu wajaran kerja kursus yang ditetapkan juga harus dipatuhi.
Persediaan pentaksiran projek harus dilaksanakan mengikut prosedur yang
merangkumi tiga peringkat seperti berikut:
(i) penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST)
(ii) penggubalan tugasan
(iii) penggubalan rubrik/skema pemarkahan
5.1.1 Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST)
Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) merupakan satu spesifikasi pentaksiran
projek yang akan dilaksanakan. JST disediakan dalam bentuk matrik dua
paksi – menegak dan melintang. Paksi menegak mengandungi topik-topik
yang hendak dinilai melalui tugasan projek. Paksi melintang mengandungi
spesifikasi tugasan yang terdiri daripada huraian tugasan, wajaran dan
kriteria penilaian (Rujuk Lampiran 1).
Dalam pembinaan JST, penggubal perlu melaksanakan tindakan berikut :
(a) Menentukan Objektif Tugasan
Penentuan objektif tugasan projek dibuat berdasarkan hasil pembelajaran
proforma/sukatan pelajaran kursus berkenaan. Ia merupakan suatu
pernyataan mengenai pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai
pelajar melalui pelaksanaan projek berkenaan.
(b) Menganalisis Proforma/Sukatan Pelajaran
Tujuan menganalisis proforma/sukatan pelajaran adalah untuk menentukan
tajuk-tajuk yang akan diuji bagi mencapai hasil pembelajaran berkenaan.
Skop kandungan proforma/sukatan pelajaran yang diuji mestilah merentasi
beberapa topik utama. Penggubal juga perlu mengunjurkan kemahiran
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 11
dan keterampilan yang perlu dikuasai oleh pelajar agar tugasan kerja
kursus yang dikemukakan dapat membantu pelajar menguasai pemahaman
baharu.
(c) Menentukan Set Aktiviti/Tugasan
Penggubal perlu menentukan bilangan aktiviti/tugasan yang perlu
disempurnakan oleh pelajar berdasarkan objektif projek dan tajuk-tajuk
yang dinilai.
Tugasan projek yang tersedia harus berciri pemikiran beraras tinggi dan
mencerminkan pemeringkatan ilmu secara hierarki daripada tahap
pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, dan pemindahan
pembelajaran. Bukti-bukti pembelajaran pelajar dalam pelaksanaan
tugasan-tugasan ini perlu jelas dan realistik serta dicatatkan dalam JST.
(d) Menentukan Pemberatan Pemarkahan
Pemberatan pemarkahan bagi projek ditentukan berdasarkan tahap
kesukaran dan kerencaman tugasan itu yang terlibat dalam projek
berkenaan. Pemberatan markah bagi aras pengetahuan dan kefahaman
tidak melebihi 20% daripada keseluruhan projek.
5.1.2 Penggubalan Tugasan Projek
Berdasarkan JST yang telah lengkap, penggubal dikehendaki menyediakan
tugasan projek bagi mencapai objektif projek berkenaan. Tugasan yang
disediakan mestilah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum diedarkan
kepada pelajar.
Tugasan projek umumnya terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
(a) Rangsangan - menjelaskan isu atau permasalahan yang dikemukakan
untuk merangsang dan mencetuskan pemikiran pelajar. Rangsangan perlu
berkaitan dengan tugasan yang akan dilaksanakan dan menggalakkan
pemikiran, bukan hanya berbentuk satu pernyataan semata-mata.
Rangsangan juga harus dapat ditafsir dan dianalisis oleh pelajar dengan
jelas.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 12
(b) Soalan Tugasan - aktiviti atau set aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh
pelajar dalam menyempurnakan kerja kursus. Tugasan projek yang perlu
dilaksanakan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Bagi projek yang saling
berkait, bilangan sub tugasan harus mencakupi kehendak tugasan projek
tersebut. Bagi projek tunggal (stand alone), bentuk soalan tugasan adalah
lebih ringkas dan tidak mengandungi sub tugasan. Soalan perlu
merangsang pemikiran aras tinggi, menggalakkan pelajar mengemukakan
pendirian sendiri dan menerapkan unsur-unsur nilai.
(c) Arahan Pentadbiran - keperluan dan arahan yang harus dipenuhi dan
dipatuhi oleh pelajar dalam menyempurnakan kerja kursus. Arahan
pentadbiran perlu jelas, mudah difahami dan merangkumi semua keperluan
tugasan termasuk aspek kawalan mutu tugasan tersebut.
(d) Kandungan Tugasan Projek
Setiap set tugasan kerja kursus mesti mengandungi aspek-aspek berikut :
(i) Nama Institut dan Program
(ii) Nama Kursus/Kod Kursus
(iii) Tempoh projek
(iv) Hasil Pembelajaran Kursus
(v) Objektif projek yang eksplisit
(vi) Soalan Tugasan dengan wajaran markah
(vii) Panduan Pelaksanaan - huraikan kehendak atau keperluan tugasan
dengan jelas
Contoh tugasan projek dalam Lampiran 2 dan Lampiran 3.
5.1.3 Penyediaan Rubrik atau Skema Pemarkahan (SP)
Rubrik atau Skema Pemarkahan perlu disediakan selari dengan JST dan tugasan
(Rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 5). Rubrik atau skema pemarkahan terdiri
daripada komponen berikut :
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 13
(a) Aspek-aspek yang dinilai berdasarkan tahap pembelajaran yang diuji dan
pemberatan aspek-aspek tersebut.
(b) Kriteria pentaksiran yang digunakan sebagai asas pemarkahan tugasan dan
huraian prestasi /deskriptor yang dikategori mengikut skala.
(c) Skema pemarkahan perlu disediakan untuk pentaksiran yang berbentuk
ujian/UAK.
(d) Kriteria penilaian mesti eksplisit dan mudah difahami (Rujuk Jadual 3).
Jadual 3 Contoh Kriteria Penilaian
BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA
1
Penguasaan Kandungan
- ketepatan isi - kesesuaian penggunaan konsep/teori yang
berkaitan - liputan skop yang luas dan menyeluruh - menunjukkan penguasaan prosedur - menunjukkan kemahiran kandungan - mencerakin isi dengan jelas - dapat menunjukkan perkaitan antara ilmu
berbeza yang dipelajari
2
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
- menjana pengetahuan, ilmu atau teori baharu - keupayaan membuat perkaitan antara
konsep/teori - sokongan hujah dengan bukti dan rujukan - dapat menganalisis situasi - dapat memberi cadangan penyelesaian masalah - menimbulkan sesuatu pandangan kendiri - membuat hipotesis atau rumusan berdasarkan
analisis terhadap permasalahan/isu/situasi - membuat jangkaan masa hadapan - mampu membuat banding beza - menunjukkan kemahiran mensintesis - mampu membuat hujahan berdasarkan
kandungan dan ilmu yang telah diperoleh - meluaskan skop perbincangan daripada sesuatu
isu/isi secara mendalam - dapat mencungkil pemikiran pembaca
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 14
BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA
3
Pemindahan Pembelajaran
- boleh mengguna pakai hujahan/pengetahuan dalam konteks sebenar
- membuat aplikasi, adapatasi, asimilasi kandungan dalam konteks dan situasi sebenar
- ketepatan pemilihan bahan atau ilmu semasa membuat pemindahan pembelajaran
- menghasilkan produk sebenar - mampu membuat pertimbangan dan
pengubahsuaian secara praktikal dalam situasi sebenar
- dapat menunjukkan integrasi teknologi dalam proses pemindahan pembelajaran
- kesedaran makna dalam kehidupan sebenar tentang ilmu yang telah dikuasai dan dihujahkan
4
Pengelolaan
- struktur yang jelas dengan mengaitkan satu
bahagian dengan bahagian yang lain secara logik dan koheren
- susun atur atau susun letak yang sesuai, menarik dan praktikal
- aspek pengurusan dapat dilaksanakan dengan sistematik
- laras bahasa yang sesuai dengan tujuan penulisan/aktiviti
- penggunaan perbendaharaan kata yang luas, pelbagai dan sesuai
- struktur ayat yang betul dengan lenggok bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan
- persembahan yang menarik, inovatif, dengan reka bentuk yang baik
- menunjukkan kemahiran teknikal dan teknologi - penggunaan alat pandang dengar atau bahan
bantu mengajar - penulisan menunjukkan kemahiran membuat
rujukan
5
Nilai Keguruan
- Memiliki ciri kepimpinan. - Mempunyai kemahiran TMK (ICT). - Mempunyai kefasihan berbahasa secara lisan
dan tulisan. - Memiliki kemahiran interpersonal dan
intercultural. - Berupaya menterjemah dan menyelesaikan
masalah. - Menunjukkan kemahiran pemikiran yang
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 15
BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA
kreatif dan analitikal. - Kebolehan mendapatkan dan menilai
maklumat dari pelbagai punca. - Menggunakan strategi yang berkesan untuk
mencapai matlamat sasaran. - Bekerjasama dan produktif. - Pengurusan masa yang baik. - Berupaya mengendalikan pembelajaran secara
kendiri - Bersedia menerima teguran dan pandangan
orang lain
Nota : Kriteria penilaian ini harus diubah suai mengikut kesesuaian tugasan.
5.2 Prosedur Pentaksiran Amali
Ujian amali dilaksanakan bagi kursus Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan
Muzik, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani manakala Bahasa Arab
dan Bahasa Inggeris ditaksir melalui Ujian Lisan.
Pengurusan ujian amali melibatkan pembinaan soalan dan rubrik yang dikendalikan
oleh IPG Kampus Penyelaras. Soalan dan rubrik akan dihantar ke IPG kampus
yang menawarkan kursus berkenaan untuk dilaksanakan. Penilai ujian amali
dilantik dalam kalangan pensyarah yang mempunyai pengalaman luas dalam
bidang berkenaan. Pemantau ujian amali pula dilantik dalam kalangan ketua
jabatan/ pensyarah kanan IPG Kampus.
5.3 Prosedur Pentaksiran Ujian Akhir Kursus (UAK)
Ujian Akhir Kursus (UAK) adalah satu bentuk penilaian kertas dan pensel
berdasarkan pro forma/sukatan pelajaran. Prosedur penggubalan soalan adalah
mengikut Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema
Pemarkahan IPG (Jun, 2012).
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 16
6.0 PEMERIKSAAN KERJA KURSUS
6.1 Penyelarasan Sebelum Pemeriksaan
(a) Penyelaras kursus/ketua pemeriksa memilih sekurang-kurangnya dua
sampel tugasan kerja kursus secara rawak.
(b) Semua pensyarah kursus/pemeriksa menyemak sekurang-kurangnya dua
sampel yang dipilih berdasarkan rubrik untuk memastikan semua elemen
penilaian ditanda dan digredkan.
(c) Markah muktamad hendaklah dicapai mengikut persetujuan antara
pemeriksa.
(d) Rubrik boleh ditambah baik dengan persetujuan antara pemeriksa jika
perlu.
(e) Pemeriksa akan meneruskan proses penandaan berpandukan rubrik yang
dipersetujui oleh panel.
(f) Sekiranya seorang pensyarah sahaja yang menyemak tugasan kerja
kursus, penyemakan tugasan hendaklah dilakukan bersama-sama ketua
jabatan akademik/ pensyarah kanan yang dilantik.
6.2 Proses Pemeriksaan
Pemeriksa hendaklah menanda semua tugasan dengan memberi komen dan
justifikasi ke atas markah yang diberikan dalam Borang Maklum Balas Kerja Kursus
(Rujuk Lampiran 6). Seterusnya markah diisi ke dalam Borang Markah Kerja
Kursus (Rujuk Lampiran 7).
6.3 Moderasi
Moderasi dilaksanakan untuk menyelaraskan pemarkahan kerja kursus kepada
suatu piawai yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
serta kualiti kerja kursus yang dihasilkan oleh pelajar.
Prosedur pelaksanaan moderasi adalah seperti langkah-langkah dalam Jadual 4.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 17
Jadual 4 Prosedur Pelaksanaan Moderasi
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
A. Sebelum Moderasi
(i) Setiap pemeriksa perlu memilih tiga tugasan markah tertinggi,
tiga tugasan markah sederhana dan tiga tugasan markah
rendah sebagai sampel moderasi.
(ii) Pemeriksa mengisi markah sampel dalam Borang
Moderasi (Rujuk Lampiran 8).
(iii) Sekiranya seorang pensyarah sahaja yang menyemak
tugasan kerja kursus, moderasi dilakukan oleh pensyarah
yang dilantik oleh ketua jabatan akademik.
B. Semasa Moderasi
(i) Panel pemeriksa seterusnya menjalankan moderasi.
(ii) Pemeriksa kedua/moderator akan menyemak semula sampel
tugasan dan mengisi markah dalam Borang Moderasi.
(iii) Jika perbezaan markah dalam pusingan pertama kurang
daripada 5, maka markah pemeriksa pertama (asal) dikekalkan.
(iv) Jika perbezaan markah adalah lima atau lebih (≥5), maka
semakan pusingan kedua hendaklah dilaksanakan oleh ketua
pemeriksa.
(v) Jika markah ketua pemeriksa dalam semakan kedua kurang
daripada lima, maka markah pemeriksa asal dikekalkan.
(vi) Jika masih terdapat perbezaan markah lima atau lebih(≥5) dalam
pusingan kedua, maka penyelarasan markah hendaklah dilakukan.
(Rujuk contoh pengiraan markah penyelarasan pada Borang
Moderasi yang dilampirkan (Rujuk Lampiran 9a dan 9b).
(vii) Panel pemeriksa mesti bersetuju dengan markah penyelarasan
tersebut untuk mendapat markah akhir kerja kursus.
(viii) Bagi kes gagal, penandaan oleh ketua pemeriksa perlu
dilakukan.
Pemeriksa
Ketua
Pemeriksa
KJ Akademik
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 18
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
C. Selepas Moderasi
(i) Pemeriksa asal perlu membuat penyelarasan markah yang
dipersetujui bagi setiap kelompok. Jika terdapatnya ketidaktekalan
dari segi pemarkahan, maka markah asal perlu ditambah atau
diturunkan.
(ii) Markah akhir kerja kursus mestilah direkod pada Borang Markah
Kerja Kursus (Rujuk Lampiran 7) pada ruang ’Markah selepas
moderasi’
(iii)Bagi kes gagal, Ketua pemeriksa perlu mengisi Borang Kes Gagal
(Rujuk Lampiran 10).
(iv) Ketua pemeriksa dikehendaki mengisi borang Laporan Panel
Moderasi Kerja Kursus (Rujuk Lampiran 11).
7.0 KAWALAN MUTU
7.1 Format Kerja Kursus
Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus, beberapa perkara yang
berikut perlu dititikberatkan dan menjadi panduan agar persembahan hasil kerja
kursus menepati piawai yang ditetapkan.
(a) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan
ilmiah.
(b) Hasil kerja kursus hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 11
dan langkau satu setengah baris.
(c) Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan
(contoh : American Psychological Association atau APA).
(d) Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan
dimasukkan dalam senarai kandungan.
(e) Bahagian kulit luar kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat
berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 19
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Mata Pelajaran
vi. Nama Pensyarah Kursus
vii. Tarikh Serah
7.2 Kawalan Mutu oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE)
Selain daripada moderasi rutin oleh pensyarah, iEE juga berperanan dalam
memastikan mutu kerja kursus mematuhi standard yang ditetapkan. iEE harus
menyemak taburan markah kerja kursus di peringkat akhir sebelum markah
tersebut dimasukkan ke dalam Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP). iEE
akan memilih sampel secara rawak kerja kursus yang perlu diselaraskan
markahnya berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
(i) kerja kursus yang ramai pelajarnya mendapat A
(ii) kes-kes atas pagar/border line
(iii) kerja kursus yang ramai pelajarnya gagal
8.0 PENUTUP
Pelaksanaan kerja kursus dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkan pengajaran
dan pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran. Dalam
konteks penilaian, tugasan kerja kursus menyediakan maklum balas mengenai
perkembangan intelektual pelajar. Pembinaan budaya ilmu juga dapat dipupuk melalui
perkongsian maklumat secara pintar dalam kalangan pelajar, pelajar dengan pensyarah
dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan dan aktiviti kerja kursus. Pelaksanaan
kerja kursus ini diharapkan dapat menyemai usaha-usaha penjanaan ilmu binaan dalam
kalangan pelajar bagi menyediakan bakal guru profesional yang berilmu, reflektif dan
inovatif.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 20
BIBLIOGRAFI
Airasian, Peter, W.,(2008), Classroom assessment,( 6nd ed.). New York: McGraw Hill Inc.
Anderson L. W. and Krathwohl, D. R. (2000). A Taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom’s Tazanomy of educational objectives. Boston: Ally & Bacon.
Banks, S. R. (2005). Classroom assessment: Issues and practices. Boston: Pearson. Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: Cognitive domain.
New York: Longman Inc. Davis, B. G. (1993). Tools for teaching. Jossey-Bass Publishers: San Francisco. Gagne,M Robert. (1985).The conditions of learning.USA:Holt,Rinchart and Winston Haladyana, T. M. (1997). Writing test items to evaluate higher order thinking. Boston: Allyn
and Bacon. Shute, J.S. & Smith, P.J. (1993). Knowledge-based search tactics. Information processing
& management.Volume29,Issue 1, January–February 1993, Pages 29–45 .Elsevier Mabry, L. (1999). Portfolios Plus: A critical guide to alternative assessment. California:
Corwin Press. Shulman ,L.S.,and Keislar,E.R. (1966) - Learning by discovery: a Critical
appraisal.Chicago:Rand, McNally. Unit Peperiksaan & Penilaian (2004). Buku panduan kerja kursus berasaskan Ilmu(KKBI).
Bahagian Pendidikan Guru Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Berkuat kuasa Januari 2006, Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, Edisi Pelajar.
Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Berkuat kuasa Januari 2008, Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, Kursus Praperkhidmatan.
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 21
PENGHARGAAN
Dr. Noriati binti A.Rashid (Penasihat) Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM
En. Mohd Radzuan bin Hj. Mohamad Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
Dr. Lee Leh Hong Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
En. Anuar bin Mohd Zain Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
Pn. Hajah Hazina binti Zakaria Ketua Penolong Pengarah (Bersara) Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM
Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar IPGK Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur
Haji Abd Hadi bin Mohamad IPGK Tengku Ampuan Afzan, Pahang
Pn. Teh Kim Hong IPGK Pulau Pinang
Cik Lisa Yip Shukye IPGK Kent, Sabah
Pn. Rashidah binti Elias IPGK Dato’ Razali Ismail, Terengganu
Cik G.Boovaneswari IPGK Perempuan Melayu, Melaka
Pn. Norulazilah binti Md. Nordin IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Mokhtar bin Isham IPGK Pendidikan Islam, Selangor
Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
Pn. Jamilah binti Ismail IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Pn. Norijah binti Mohamed IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Badrol Hisham bin Abdullah Ishak IPGK Ipoh, Perak
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
Jun 2012 22
PANEL PEMURNIAN DAN PENYUNTING
Dr. Noriati binti A.Rashid (Penasihat) Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM
En. Mohd Radzuan bin Hj. Mohamad Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
Dr. Lee Leh Hong Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
En. Anuar bin Mohd Zain Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM
Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
Dr. Munira binti Mohsin IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Hjh. Radziah binti Muhamad IPGK Tun Hussein Onn, Johor
Pn. Teh Kim Hong IPGK Pulau Pinang
Pn. Norulazilah binti Md. Nordin IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur