Download - Nasi Lemak the best (Y)
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 1/21
Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura terutama
sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura.
Di Indonesia, nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera
Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa
lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini
nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang,
limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir [2]
Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara
di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan
nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.
Pemakanan Asal Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya.
Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para
pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh
kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang
tinggi untuk memebekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu
di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk
santapan mereka selepas membanting keringat.
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 2/21
Makanan popularPada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan
tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan
makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini
semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam
linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
Cara memasak
Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasilemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk
mewangikan lagi masakan.
Kontroversi Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar
pemakanan.
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia
dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.[3]
Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan
penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin
meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 3/21
DAPUR TANPA SEMPADAN... D U N I A M A S A K A N M E M A N G U N I K . D A R I B A H A N - B A H A N A S A S B O L E H
B E R T U K A R K E P A D A R I B U A N J E N I S M A S A K A N Y A N G B E R B E Z A R U P A ,
G A Y A D A N R A S A . . I T U L A H K E A J A I B A N N Y A . . . T I A D A S E M P A D A N U N T U K
B E R K O N G S I I L M U M E N G E N A I N Y A . . . . A M A R A N K E R A S ! ! ! ! D I L A R A N G
M E L A K U K A N P E N G A M B I L A N S E B A R A N G M A T E R I A L T E R U T A M A" G A M B A R " D A R I B L O G I N I T A N P A I Z I N D A R I P E M I L I K . . H A K C I P T A
T E R P E L I H A R A .
B E N A S H A A R I
S U N D A Y , F E B R U A R Y 2 4 , 2 0 1 3
NASI LEMAK ALA KAMPUNG...UNTUK HARI INI...
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Anda sehat?..Cm hari ni
cuma masak sekali saja, buat nasi lemak pagi tadi, sebab Bak tak sehat, dan dia
teringin nak makan nasi lemak. Memandangkan tak plan apa2, jadi cm cuma
buat benda2 yang asas, timun pun takde, cuma ada yang dah mula uzur, tu
pasal anda nampak hirisan timun mula kekuningan sudahh. Seperti biasa, cm
akan guna beras Basmathi untuk masak nasi lemak, selain sedap, sukatan untuk
cecairnya juga mudah. Guna beras biasa pun boleh, sukatan santan sama
dengan banyak mana air yang anda biasa masak. Tapi kan beras Basmathi
jenis lain, cm rasa perlu sukatan berlainan sedikit. Kalau Basmathi Moghul,
nisbah dia 1 : 1.5 iaitu 1 beras : 1.5 cecair, kalau beras Basmathi King Jasmine sukatan dia kurang sikit, 1 :
1.3 iaitu 1 beras : 1.3 cecair. Yang jenis lain cm tak pasti, sebab tak pernah guna lagi. Ini sebagai panduan
untuk anda dan juga cm pada masa akan datang...
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 4/21
Sebab cm macam rajin sikit, maka cm bungkus dengan daun pisang, konon2 macam yang jual di
warung2 kat kampung (eh, bandar pun ada gak kan style macam ni). Tapi daun pisang tu macam
tak ngam dengan kandungan nasi, cm rasa sebab terlebih muatan, grrrr...gasak lah kan, janji
nampak authentic Malaysian Nasi Lemak. Dan seperti biasa, bila dah tak cukup bahan2
sampingan, belasah guna apa yang ada saja. Sambal tumis ikan bilis, ikan tenggiri goreng kunyit,
telur rebus, hirisan timun dan ulam daun selom...rasa aneh tak?.. Ehemm cuba dulu baru tau sebab
keanehan itu mendatangkan rasa yang sungguh sensasi dan sedap. Satu lagi mungkin aroma dari
daun pisang yang buat nasi lemak lagi sedap. Anda boleh saja nak makan dengan lauk2 lain, tapi
nasi lemak sebenarnya wajib ada sambal tumis, ulam timun dan telur (samada rebus, telur dadar
atau telur mata lembu). Resipi macam yang cm pernah buat dulu, takde beza..Dan sebelum tu nak
share dengan anda yang ada anak2 kecil...petua yang bagus disini….
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 5/21
BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang serai, dititik
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar *
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*
1 inci belacan*
(*dik isar halus )
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 6/21
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan timun secukupnya
Daun selom (optinal)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice
cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih,halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa
hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna
chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak
menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi
masak anda boleh buat sambal tumis..
2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis
bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan
masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan).
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak
hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas
sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun
pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun,
telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus s
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 7/21
Saya : Selamat pagi , encik
Responden : Selamat pagi
Saya : Apakah nama encik ?
Responden : Nama saya Suhaimi bin Naim
Saya : Apakah umur encik ?
Responden : Umur saya ialah 42 tahun
Saya : Apakah alamat gerai encik ?
Responden : No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur
Saya : Bolehkah saya menemubual puan tentang kerja kursus sejarah saya ?
Responden : Boleh apa salahnya.
Saya : Apakah tujuan perniagaan ini dijalankan adalah sebagai sumber pendapatan
Responden : Tujuan saya menjalankan adalah sebagai pendapatan utama keluarga saya
Saya : Berapakah kos pengendalian perniagaan anda untuk masa sebulan
Responden : Saya perlu membelanja RM 800 per cawangan termasuklah gaji dan kos untuk
bahan mentah
Saya : Pak Su adakah perniagaan ini sumber pendapatan utama keluarga anda ?
Responden : Ya , ini merupakan sumber pendapatan utama keluarga saya
Saya : Adakah perniagaan ini sebuah penerusan tradisi keluarga anda ?
Responden : Tidak, saya yang memulakan perniagaan ini hasil sokongan keluarga saya
Saya : Pada pendapat Pak Su, adakah perniagaan ini memenuhi permintaan penduduk ?
Responden : Ya, perniagaan ini dapat membantu ramai penduduk di sebelah pagi hari.
Saya : Berapa rangkaian perniagaan Pak Su memiliki cawangan untuk perniagaan ini
Responden : kesemuanya ada dua cawangan
Saya : Apakah cabaran yang dihadapi oleh Pak Su?
Responden : Saya menghadapi banyak pesaing dalam perniagaan ini seperti restoran BRJ
Saya :Apakah saranan dan harapan ?
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 8/21
Responden :Saya harap agar perniagaan ini akan berkembang dengan baik dan ramai orang akan
melibatkan diri dalam bidang ini
Saya : Terima kasih
Responden : Sama- Sama
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka surat
1 Tajuk kajian
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil kajian
Maklumat asas
- Nama/jenis kegiatan ekonomi
-Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
-Lokasi/ tempat kajian
-Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat
yang mengusahakan
Latar belakang
-Tujuan dijalankan
-Proses/cara pelaksanaan
-Produk yang dihasilkan
- Kos pengendalian
Sumbangan/ pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
-Sumber pendapatan
-Penerusan tradisi keluarga
-Memenuhi permintaan
-Prasarana dan rangkaian
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 9/21
Prospek
-Cabaran/kekangan yang dihadapi
-Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta
-Reaksi/penerimaan masyarakat
-Saranan dan harapan7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong saya membuat folio
Sejarah saya ini. Terdapat 3 pihak yang telah menolong saya membuat folio ini.
Antaranya ialah ibu bapa (Murali a/l Subramaniam dan Sundri a/l Vadivaloo) saya. Ini adalah
kerana mereka telah menolong saya mendapatkan maklumat untuk folio ini. Mereka juga sanggup berjaga dan
menemani saya pada waktu malam sementara saya menyiapkan folio ini.
Selain itu, ialah pengetua sekolah saya, Pn Hafsah binti Sharif .Beliau telah membimbing saya
sepenuhnya dalam folio ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau.
Seterusnya, secara tidak langsung ramai juga yang telah membantu saya membuat folio ini.
Antaranya, ialah guru Sejarah saya , Pn.Hassimah . Beliau telah menerangkan kepada saya cara-cara untuk
membuat folio ini. Beliau juga telah memberi beberapa maklumat kepada saya untuk membuat folio ini.
Pihak seterusnya ialah kawan saya Amir dan Aliff . Mereka telah banyak membantu saya membuat
projek ini. Mereka berkongsi maklumat mereka dengan saya. Kami juga telah bersama-sama membuat kajian
untuk menjayakan folio ini.
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 10/21
KAJIAN INI DAPAT MEMBANTU SAYA SERBA SEDIKIT:
1) Mengenali dan memahami kegiatan ekonomi tradisional negara
2) Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap negara
3) Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam masyarakat.
4) Menguasai kemahiran mencari,mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang kegiatan ekonom
tradisional
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 11/21
Guru menerangkan kaedah yang akan digunakan semasa mencari dan mengumpul maklumat seperti:
1) Temubual
2) Analisis dokumen
3) I n t e r ne t
Contoh temuramah :
Menemuramah orang sumber
Contoh analisis dokumen :
Memilih maklumat, dokumen yang berkaitanseperti fail kurikulum dankokurikulum dan menjadi
sekolah.
Contoh sumber internet:
Mengambil maklumat dari ‘google
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 12/21
Saya telah membuat kajian ke atas kegiatan ekonomi tradisional iaitu nasi lemak. Nasi lemak
merupakan makanan yang popular di kalangan orang Melayu. Kegiatan ekonomi ini merupakan kegiatan yang
telah lama wujud dari zaman dulu lagi. Dulu, nasi lemak merupakan makanan kepada pesawah padi sebagai
pembekal tenaga. Kawasan kegiatan ekonomi dijalankan adalah di Taman Alam Damai , Cheras.
Lokasi bagi kerja kursus yang sedang dikaji oleh saya adalah Taman Alam Damai, Cheras , Kuala
Lumpur. Nama pengusaha Nasi lemak ialah Pak Su beliau berumur 42 tahun. Alamat gerai beliau ialah No.1,
Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur
Tujuan kegiatan ini dijalankan adalah sebagai sumber pendapatan kepada keluarga. Selain itu, kegiatan
ini dijalankan untuk melahirkan satu kesedaran kepada para penduduk tentang nasi lemak
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 13/21
Proses pelaksanaan ialah
Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang
besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga
pekat (30-60 minit).
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia
dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api
kecil sehingga masak.
Boleh dihidan kan den an telur rebus, ikan bilis oren dan timun toskan
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 14/21
Produk yang dihasilkan
Kos pengendalian kegiatan ini adalah sebanyak
Kos upah + Kos Bahan = Kos Pengeluaran
2( RM 250.00) + RM 300.00 = RM 800.00(per cawangan)
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 15/21
SUMBANGAN DAN HARAPAN
Sumber pendapatan
Menurut Pak Su, perusahaan nasi lemak ini merupakan sumber pendapatan utama keluarganya. Pak Su juga
berkata bahawa dia mampu menyara keluarganya hanya dengan perniagaan ini. Hal ini demikian kerana usaha
Pak Su yang bekerja tanpa kenal penat lelah dari awal pagi lagi.
Pak Su juga berkata bahawa perniagaan ini merupakan pewarisan tradisi keluarganya iaitu daripada
moyangnya, iaitu datuk ayahnya. Selain itu Pak Su berkata bahawa dia berbangga menjalankan perniagaan ini
yang diwarisi oleh keluarganya secara turun temurun.
Kegiatan ekonomi telah memenuhi permintaan penduduk tempatan dan juga penduduk dari taman
berdekatan. Hal ini demikian, kegiatan ekonomi ini telah memenuhi permintaan orang ramai untuk makanan
tradisional yang sedap.Pak Su juga berkata bahawa dia mempunyai beberapa cawangan gerai nasi lemak ini.
Antaranya adalah di Taman Connaught, Cheras
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 16/21
Prospek
Antara cabaran yang dihadapi oleh Pak Su ialah persaingan dengan pihak lain. Sebagai contohnya ialah
Restoran BRJ yang terletak berdekatan gerai Pak Su. Hal ini demikian kerana ramai penduduk memilih restoran
yang popular daripada gerai – gerai kecil.
Selain itu, Pak Su juga mengatakan bahawa beliau telah mendapatkan bantuan kewangan daripada bank
swasta iaitu Maybank. Beliau amat berterima kasih dengan bank tersebut atas bantuan yang diberi oleh
Reaksi penduduk terhadap perniagaan ini ialah amat menggalakan. Mereka member banyak sokongan
kepada Pak Su untuk menjalankan perniagaanya. Di Samping itu, Pak Su berharap agar perniagaannya dapat
memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kegiatan ekonomi tradisional ini
Sebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui
dengan lebih mendalam tentang produk tempatan khususnya Nasi lemak . Melalui tugasan ini saya memahami
perlunya kerjasama dan kerja berpasukan untuk mengumpul maklumat demi menyiapkan tugasan ini.
Selain itu kegigihan pengusaha kilang ini amat-amat saya kagumi dan patut dicontohi oleh semua pihak. Kita
perlu berbangga dengan usaha-usaha penduduk tempatan khususnya En.Mat Ismail bin Jusuh yang berusaha
mempertahankan makanan warisan ini.
Akhir sekali mengeluarkan sesuatu produk yang mampu menjana ekonomi setempat serta menyediakan peluang
pekerjaan kepada orang tempatan. Di Samping itu, kegiatan mampu menambahkan pendapatan negara
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 17/21
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 18/21
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 19/21
BUKU
Masariah Mispari,1996, Resepi Sihat, Pilihan Bijak, Petaling Jaya, V RSACOMM
MAJALAH
Mingguan Wanita, 28 Januari – 3 Februari ,2011
INTERNET
ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
www.tiffinbiru.com/.../nasi-lemak-ala-kampunguntuk-... hari ini
ORANG SUMBER
Pak Suhaimi bin Naim, 42 tahun, No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 20/21
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)
http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 21/21