1
Modul Pembelajaran Kendiri – Penyata Kos Pengeluaran
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
3 (a) Perusahaan Perabot Ideal merupakan perniagaan yang terlibat dengan pengeluaran perabot pasang siap di pekan Anak Bukit, Kedah. Maklumat berikut diperoleh daripada rekod-rekod perakaunannya pada 31 Disember 2011.
RM
Stok pada 1 Januari 2011:
Bahan langsung 210 000
Barang siap 500 000
Kerja dalam proses 272 000
Alat-alat kecil 26 000
Jualan barang siap 1 920 000
Belian bahan langsung 429 800
Belian alat-alat kecil 110 000
Angkutan masuk bahan langsung 95 000
Belanja penyelenggaraan 125 000
Pulangan bahan langsung 18 000
Upah buruh 373 000
Gaji jurujual 196 000
Iklan 13 000
Mesin 650 000
Belanja am kilang 81 000
Insurans 106 000
Kadar bayaran kilang 69 000
Minyak pelincir kilang 55 000
Maklumat tambahan: Stok pada 31 Disember 2011 RM
Bahan langsung 205 000
Barang siap 478 000
Kerja dalam proses 321 000
Alat-alat kecil 19 000
Mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos
Belanja-belanja berikut akan diagihkan seperti berikut:
Kilang Pejabat
Insurans 70% 30%
Susut nilai mesin 70% 30%
Belanja penyelenggaraan 80% 20%
Angkutan masuk terakru RM6 000
Upah buruh diagihkan 80% sebagai kos buruh langsung dan 20% sebagai kos buruh tak langsung.
Anda dikehendaki menyediakan: i) Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2011. ii) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 (sehigga untung kasar sahaja). iii) Nyatakan maksud kerja dalam proses.
2
Ingat kembali format asas Penyata Kos Pengeluaran:
Kos Bahan Langsung
+
Kos Buruh Langsung
+
Belanja Langsung
= KOS PRIMA
+
Kos Overhed
+
Kerja Dalam Proses Awal
-
Kerja Dalam Proses Akhir
= KOS PENGELUARAN
Kos Bahan Langsung Stok awal bahan langsung x Belian bahan langsung x (-) Pulangan bahan langsung (x)
x (+) Angkutan masuk x
x (-) Stok akhir bahan langsung (x)
Kos bahan langsung x
Buruh Langsung / Gaji pekerja kilang / Gaji Operator Pengeluaran / Upah langsung
royalti / hak cipta / paten
Contoh kos overhed - Gaji pengurus kilang - Gaji penyelia kilang - Upah tak langsung - Sewa kilang - Insurans kilang - Belanja alat kecil - Susut nilai jentera / mesin / loji - Kadar bayaran kilang - Belanja alat tulis kilang - Belanja am kilang
Kos barang yang telah disiapkan. Angka ini akan dibawa ke Penyata Pendapatan.
3
Langkah menjawab soalan: 1. Mula-mula sekali, kelaskan butiran di dalam soalan mengikut kedudukan di dalam
format Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan dan tuliskan pembahagian kadar peratus untuk overhed kilang daripada maklumat tambahan.
RM
Stok pada 1 Januari 2011: - baki awal
Bahan langsung - kos bahan langsung 210 000
Barang siap - penyata pendapatan 500 000
Kerja dalam proses - kerja dalam proses awal 272 000
Alat-alat kecil - kos overhed (utk kira belanja alat kecil) 26 000
Jualan barang siap - penyata pendapatan 1 920 000
Belian bahan langsung - kos bahan langsung 429 800
Belian alat-alat kecil - kos overhed (utk kira belanja alat kecil) 110 000
Angkutan masuk bahan langsung - kos bahan langsung 95 000
Belanja penyelenggaraan - kos overhed (80% kilang) 125 000
Pulangan bahan langsung - kos bahan langsung 18 000
Upah buruh - buruh langsung 80%, buruh tak langsung 20% 373 000
Gaji jurujual - tidak diperlukan 196 000
Iklan - tidak diperlukan 13 000
Mesin - untuk kira susut nilai mesin (overhed) 70% kilang 650 000
Belanja am kilang - kos overhed 81 000
Insurans - kos overhed (70% kilang) 106 000
Kadar bayaran kilang - kos overhed 69 000
Minyak pelincir kilang - kos overhed 55 000
*Pelajar bolehlah menggunakan singkatan yang bersesuaian untuk pengkelasan di atas.
Maklumat tambahan: Stok pada 31 Disember 2011 RM - baki akhir
Bahan langsung 205 000 - kos bahan langsung
Barang siap 478 000 - penyata pendapatan
Kerja dalam proses 321 000 - kerja dalam proses akhir
Alat-alat kecil 19 000 - kos overhed (utk kira belanja alat kecil)
Mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos 650000 x 10% x 70% = 45500
Belanja-belanja berikut akan diagihkan seperti berikut:
Kilang Pejabat
Insurans 70% 30%
Susut nilai mesin 70% 30%
Belanja penyelenggaraan 80% 20%
Angkutan masuk terakru RM6 000 95000 + 6000 = 101000
Upah buruh diagihkan 80% sebagai kos buruh langsung dan 20% sebagai kos buruh tak langsung.
Tips: Kerja pengiraan overhed boleh terus dilakukan ketika menyediakan jawapan untuk menjimatkan masa.
Kadar peratus pejabat tidak
diperlukan kerana Penyata
Pendapatan hanya setakat
Untung Kasar sahaja.
4
2. Susun jawapan akhir mengikut format penyata menggunakan pengkelasan yang telah pelajar buat tadi. Tunjukkan langkah pengiraan terus di dalam jawapan.
i) Jawapan Penyata Kos Pengeluaran
Perusahaan Perabot Ideal
Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
RM RM
KOS BAHAN LANGSUNG:
Stok awal bahan langsung 210 000
Belian 429 800
(-) Pulangan bahan langsung (18 000)
411 800
+ Angkutan masuk (95 000+6 000) 101 000
512 800
722 800
(-)Stok akhir bahan langsung (205 000)
Kos bahan langsung 517 800
KOS BURUH LANGSUNG:
Upah buruh langsung (80% x 37 300) 298 400
KOS PRIMA 816 200
KOS OVERHED:
Belanja alat-alat kecil (26 000 + 110 000 - 19 000) 117 000
Belanja penyelenggaraan kilang (125000 x 80%) 100 000
Upah buruh tak langsung (20% x 373 000) 74 600
Susutnilai mesin kilang (650000 x 10% x 70%) 45 500
Lnsurans (106 000 x 70%) 74 200
Belanja am 81 000
Kadar bayaran 69 000
Minyak pelincir kilang 55 000
Kos overhed 616 300
1 432 500
+ Kerja dalam proses awal 272 000
1 704 500
(-) Kerja dalam proses akhir (321 000)
KOS PENGELUARAN 1 383 500
*Soalan ini tiada butiran belanja langsung
Belanja alat kecil =
Baki awal alat kecil
+ belian alat kecil
- Baki akhir alat kecil
Kerangka format:
Kos Bahan Langsung
+
Kos Buruh Langsung
+
Belanja Langsung*
= KOS PRIMA
+
Kos Overhed
+
Kerja Dalam Proses Awal
-
Kerja Dalam Proses Akhir
= KOS PENGELUARAN
Angka soalan
didarabkan
dengan
pembahagian
kadar peratus
kilang dari
maklmat tambahan
5
ii) Jawapan Penyata Pendapatan
Perusahaan Perabot Ideal Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
Jualan 1 920 000
(-) Kos Jualan:
Stok awal barang siap 500 000
+ Kos Pengeluaran# 1 383 500
1 883 500
(-) Stok akhir barang siap 478 000
Kos Jualan 1 405 500
Untung Kasar 514 500
# Format ini adalah format Penyata Pendapatan yang biasa. Tempat Belian di bawah kos jualan digantikan
dengan butiran Kos Pengeluaran.
iii) Jawapan soalan teori – Kerja dalam proses ialah barang separuh siap.
Selamat mengulangkaji
Angka kos pengeluaran
dari jawapan Penyata
Kos Pengeluaran