Download - Minit mesyuarat kali ke4
MINIT MESYUARAT KALI KE-4 RESONANS AZAM II
SEKRETARIAT AKADEMIK DAN ENGLISH SPEAKING ZONE
KOLEJ UNGKU OMAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Hari : Isnin
Tarikh : 11/11/2013
Waktu : 9.00 – 12.00 malam
Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar, Kolej Ungku Omar
Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan aluan dari Felo Penasihat Program
1.1 Yang Berbahagia Felo Penasihat Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone,
Komate a/p Ramaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang hadir.
2.0 Ucapan aluan dari Pengarah Program
2.1 Ketua pengarah projek, Nurul Fatihah bt Kamsan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa kerana hadir dan menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai perkembangan program.
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Bilangan kumpulan peserta yang sudah berdaftar untuk memasuki pertandingan iaitu 11
kumpulan.
3.2 Tempat dimana berlangsungnya pertandingan lakonan pada hari kejadian.
3.3 Mengesahkan tarikh program yang bakal dijalankan.
3.4 Bayaran street marketing yang perlu dipungut dari setiap ahli jawatnkuasa.
4.0 Masalah berbangkit
4.1 Panggung Seni, iaitu tempat yang dirancang untuk pertandingan dilangsungkan tidak
menerima tempahan tempat.
4.2 Program tidak dapat dilaksanakan di Panggung Seni seperti yang dirancang
disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
4.3 Bas Universiti Kebangsaan Malaysia tidak terima tempahan untuk perjalanan di
dalam universiti sahaja.
4.4 Tiada tempat untuk melangsungkan pertandingan lakonan kerana masalah masa dan
pengangkutan.
5.0 Cara menyelesaikan masalah
5.1 Mencari alternatif lain untuk mencari tempat pertandingan. Tempat yang dicadangkan
ialah Dewan Anwar Mahmud, dan Dewan Gemilang.
5.2 Mencari alternatif lain dimana memilih tempat yang berdekatan dengan Kolej Ungku
Omar bagi memudahkan perjalanan ulang-alik para ahli jawatankuasa dan para
peserta.
6.0 Ucapan penutup
6.1 Felo Penasihat berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama dan diharapkan
program bakal dapat dijalankan dengan lancar.
6.2 Yang Di-Pertua Pengarah Program Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone,
saudari Nurul Fatihah bt Kamsan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama
yang telah diberikan dan berharap ahli yang hadir akan terus bersama sehingga
program selesai.
7.0 Penangguhan mesyuarat
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 a.m. dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya
akan dimaklumkan kemudian.
Disediakan oleh,
………………………………
(NURMAIZATUL WAHIDA BINTI ROSLAN)
Setiausaha Resonans Azam II 2013