Transcript
Page 1: Menterjemah unsur budaya

Dr. Maheram AhmadJabatan Pengajian Arab dan Tamadun

IslamFakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

Page 2: Menterjemah unsur budaya

DEFINISI BUDAYAKamus Dewan edisi ketiga, perkataan budaya diberikan tiga makna, iaitu:

1) tamadun, peradaban; 2) kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya); dan

3) bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan (1994: 180).

Page 3: Menterjemah unsur budaya
Page 4: Menterjemah unsur budaya

DEFINISI BUDAYADalam bukunya A Texbook of

translation, Newmark (1988: 94) mentakrifkan budaya seperti yang berikut: “ ...the way of life and its manifestations that are peculiar to a community that uses a particular language as its means of expression”.

Page 5: Menterjemah unsur budaya

KESIMPULANSemua perkara yang menyangkut manusia dan kehidupannya adalah budayanya.

Ia meliputi cara berfikir, cara bertindak, cara membuat sesuatu, cara bercakap, cara berpakaian, makanan, tempat tinggal, adat resam dan sebagainya.

Budaya akan diwarisi oleh generasi seterusnya. Ia akan kekal lama dan sentiasa diingat.

Page 6: Menterjemah unsur budaya
Page 7: Menterjemah unsur budaya
Page 8: Menterjemah unsur budaya

BUDAYA EKOLOGImengkaji makhluk hidup di habitatnya

ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu (Saberi Othman 1986: 1).

Page 9: Menterjemah unsur budaya
Page 10: Menterjemah unsur budaya

CONTOH PERBEZAAN BUDAYABudaya Arab Budaya MelayuPermukaan bumi:

KeringBerbatu batanBerpadang pasirMusim sejuk

Permukaan bumi:Hutan tropikaPemandangan

menghijauTaburan hujan

yang tinggi Banjir yang

besar

Page 11: Menterjemah unsur budaya

CONTOH LAIN…Banyak tumbuhan yang tumbuh di Tanah

Arab tidak dikenali oleh bahasa Melayu. Pokok د[2] , [1]األترّج�ةَل�الِغ dan [3]ة� �ِح�َّي َّي الَّش�misalnya tidak mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan pokok rambutan, durian, manggis dan sebagainya tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa Arab.

[1] Sejenis pohon lemon (al-Munjid fi al-lughah wa al-a،lam 1992: 2)

[2] Sejenis pohon berduri yang dijadikan perhiasan rumah (Ibid: 557)

[3] Sejenis pokok bunga, tumbuh subur di kawasan yang mempunyai iklim sederhana (Ibid: 411)

Page 12: Menterjemah unsur budaya

BUDAYA SOSIALBerkait dengan adat resam dan

kepercayaan masyarakat itu. Nama bagi pakaian, kenderaan,

lauk-pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat Melayu. Begitu jugalah sebaliknya.

Misalnya, pulut kuning dalam masyarakat Melayu.

Page 13: Menterjemah unsur budaya

BUDAYA IDEOLOGIBerkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik.

Biasanya, hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.

Page 14: Menterjemah unsur budaya

KAEDAH PENTERJEMAHANBudaya asal dikekalkan dalam teks terjemahan.

Budaya asal disesuaikan dengan budaya sasaran.

Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.

Page 15: Menterjemah unsur budaya

KESIMPULAN.. Perbezaan budaya antara dua masyarakat

ini membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu dan ada kalanya tidak ada padanan langsung. Jadi, penyelesaian terbaik ialah dengan menyesuaikan atau menggantikan budaya asal itu dengan budaya sasaran atau mengekalkan budaya sumber itu dengan cara menerangkan konsep budaya itu secara lebih jelas. Ada baiknya juga kalau diterangkan dalam catatan bawah / nota kaki.

Page 16: Menterjemah unsur budaya

Samb…Pembaca sasaran tidak akan mengetahui

budaya asal sekiranya cara pertama digunakan, tetapi sekurang-kurangnya pembaca sasaran akan dapat memahami teks terjemahan itu dengan lebih mudah. Cara kedua pula membolehkan pembaca sasaran mengetahui budaya sumber dan dengan itu, ilmu pengetahuannya akan menjadi semakin bertambah. Dia tidak lagi terkongkong oleh budayanya sendiri, malah boleh menghayati budaya orang lain.

Page 17: Menterjemah unsur budaya

KESIMPULAN Kesukaran menterjemah unsur

budaya ini boleh dikurangkan atau ditiadakan sekiranya alat bantu yang diperlukan oleh penterjemah (KAMUS) senang dicapai.

Tidak ada kamus yang betul-betul lengkap yang boleh membantu para penterjemah.

Page 18: Menterjemah unsur budaya

Samb… Selain kamus, penterjemah juga

boleh mengambil langkah-langkah, iaitu:

Bertanya terus kepada orang yang mengetahui bahasa sumber (bahasa Arab).

Bertanya terus kepada orang yang pernah tinggal di negara Arab dan bergaul dengan masyarakatnya.

Bertanya terus kepada orang Arab sendiri, sekiranya mereka senang dijumpai.

Page 19: Menterjemah unsur budaya

KESIMPULANUnsur budaya boleh menimbulkan masalah kepada penterjemah, khususnya yang melibatkan budaya ekologi dan budaya sosial, manakala aspek budaya ideologi, khususnya yang melibatkan kepercayaan kepada al-Qur’an dan al-Hadith agak mudah untuk diselesaikan.

Page 20: Menterjemah unsur budaya

KESIMPULANPerbezaan budaya antara dua

bahasa ini boleh membuatkan proses penterjemahan menjadi agak sukar dan lambat. Ia akan menjadi bertambah rumit kalau kemampuan penterjemah pula terbatas.

Page 21: Menterjemah unsur budaya

Top Related