SYARIAH COMPLIANT DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI
MALAYSIA KAJIAN HOTEL DE PALMA AMPANG,
SELANGOR
MD HAMZAIMI AZROL BIN MD. BAHARUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
a
PSZ 19: 16 (Pind. rl97)
CATATAI\ : * Potong yang mana tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
O Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atan disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
T]NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI
JUDUL: SYARIAH COMPLANT DALAM INDUSTRI PERHOTELANMALAYSIA KAJIAIY HOTEL DEPALMA AMPAhIG,SELAI\GOR
Saya
SESI PENGAJIAN z 20tll20l2
MD HAMZAIMI AZROL BIN MD BATIARUDIN(r{trRUT'BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai batran pertukaran antara institusi
1.
2.
3.pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( { )
67 5, KG PENGKALAN SENTOL22AAA JERTEH, TERENGGAhIUTEL: 014-8058820Tarikh: 2 JANUARI 2012
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMr 1972)
TERHAD fT;T#tr##ffffi1'#ffi*i,Hf,#'ff"1hff"
TIDAK TERHAD
tltlE
AIIMAD PUHAD BIN ALIMTarikh: 2 JANUARI 2012
(TAI\DATATYGAIT PE NULTS) CIAI\IDATAI\I
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya mengaku bahawa saya telah membac akarya ini dan pada pandagan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ISarah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)".
Tarikh :2JANUARI z0t2
SYARIAH COMPLIANT DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI MALAYSIA
KAJIAN HOTEL DE PALM AMPANG, SELANGOR
MD HAMZAIMI AZROL BIN MD BAHARUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
PENGAKUANI
oosaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan : ..ffi,.'.'-+.
Nama Penulis : MD HAMZAIMI AZROL BIN MD BAHARUDIN
: 2 JAhIUARI 2012
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta
selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi
kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan hingga ke noktah
terakhir.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad
Puhad bin Alim selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing dan memberi
tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan PSM ini. Begitu juga buat pihak Fakulti
Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel De Palma Ampang,
Selangor, kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam proses menyiapkan
kajian ini. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan
dalam segala hal yang dilakukan. Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan
yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini.
Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan diberkati Allah SWT. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap hotel halal.
Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan hotel halal di
Malaysia dan mengenalpasti masalah yang dihadapi untuk melaksanakan sistem
pengurusan hotel halal. Seramai 55 orang responden adalah pelanggan di hotel De
Palma Ampang, Selangor telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang
digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 55 item soalan. Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.834. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14.0 bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Hasil kajian menunjukkan terdapat
pengetahuan pelanggan terhadap hotel halal. Hasil kajian juga mendapati pengurusan
hotel halal di Malaysia ada dijalankan dan terdapat beberapa masalah yang dihadapi
untuk melaksanakan sistem pengurusan hotel halal.
vi
ABSTRACT
This research aims to identify the perception of consumers towards halal hotel. In
addition, it also seeks to identify halal hotel management in Malaysia and identify
the problems faced to implement halal hotel management system. A total of 55
respondents are customers of De Palma Hotel Ampang, Selangor were randomly
selected. The research instrument used is questionnaires form containing 55
questions. The value of the research instrument reliability was α = 0.834. The data
obtained are analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS) version
14.0 for frequencies, percentages and mean data. The results showed there was
customer’s knowledge towards halal hotel. The study also found that halal hotel
management in Malaysia is carried out and there are some problems to implement
the management system of halal hotel.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 10
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Halal dan Haram 14
2.2.1 Sumber Penentuan Hukum 19
2.3 Pengurusan 20
2.3.1 Pengurusan Barat dan Islam 22
2.3.2 Organisasi dan Pekerja Hotel 22
2.3.3 Pelanggan 25
2.4 Hotel Halal 26
2.5 Reka Bentuk dan Ruang
2.5.1 Bilik Air dan Tandas 27
2.5.2 Ruang Bilik 28
2.5.3 Ruang Ibadat atau Solat 29
2.5.4 Ruang Dapur, Makanan dan Restoran 30
2.5.5 Kemudahan Awam 31
2.6 Solat Jamak dan Qasar 32
2.7 Konsep dan Hak Pengguna 32
2.8 Etika Kerja dan Islam 35
2.9 Upah (Ujrah) dalam Islam 37
2.10 Konsep Makanan dalam Islam 38
2.11 Kesimpulan
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 40
3.3 Tempat Kajian 41
ix
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 42
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 44
3.6 Analisis Data 45
3.7 Prosedur Kajian
3.7.1 Kajian Rintis 46
3.7.2 Kajian Sebenar 47
3.8 Jangka Masa Kajian 47
3.9 Kesimpulan 49
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Data Bahagian A 51
4.3 Analisis Data Bahagian B, C dan D 56
4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian
4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Pengguna
Terhadap Hotel Halal 87
4.4.2 Mengenalpasti Pengurusan Hotel Halal
di Malaysia 89
4.4.3 Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi Untuk
Melaksanakan Sistem Pengurusan Hotel Halal 90
4.5 Kesimpulan 92
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 93
5.2 Perbincangan 93
5.2.1 Latar Belakang Responden 94
5.3 Rumusan
x
5.3.1 Persepsi Pengguna Terhadap Hotel Halal 96
5.3.2 Pengurusan Hotel Halal di Malaysia 97
5.3.3 Masalah Yang Dihadapi Untuk Melaksanakan
Sistem Pengurusan Hotel Halal 97
5.4 Cadangan Tindakan 98
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.6 Kesimpulan 101
BIBLIOGRAFI 102
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan nombor dalam Skala Likert 43
3.2 Agihan soalan mengikut klasifikasi persoalan kajian 44
3.3 Skala pemeringkatan Likert untuk min 45
3.4 Nilai skor min 46
3.5 Jangka masa kajian 48
4.1 Taburan responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan responden mengikut umur 52
4.3 Taburan responden mengikut status 52
4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 53
4.5 Taburan responden mengikut sektor pekerjaan 53
4.6 Taburan responden mengikut pengalaman kerja 54
4.7 Taburan Responden mengikut gaji 54
4.8 Taburan responden mengikut taraf hotel 55
4.9 Taburan responden mengikut bilangan ahli keluarga 55
4.10 Taburan responden mengikut sebab menginap di hotel 56
4.11 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 11 57
4.12 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 12 57
4.13 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 13 58
xii
4.14 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 14 59
4.15 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 15 59
4.16 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 16 60
4.17 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 17 61
4.18 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 18 61
4.19 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 19 62
4.20 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 20 63
4.21 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 21 63
4.22 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 22 64
4.23 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 23 65
4.24 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 24 65
4.25 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 25 66
4.26 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 26 67
4.27 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 27 67
4.28 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 28 68
4.29 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 29 69
4.30 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 30 69
4.31 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 31 70
4.32 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 32 71
4.33 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 33 71
4.34 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 34 72
4.35 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 35 73
4.36 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 36 73
4.37 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 37 74
4.38 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 38 75
4.39 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 39 75
xiii
4.40 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 40 76
4.41 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 41 77
4.42 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 42 77
4.43 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 43 78
4.44 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 44 79
4.45 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 45 79
4.46 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 46 80
4.47 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 47 81
4.48 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 48 81
4.49 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 49 82
4.50 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 50 83
4.51 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 51 83
4.52 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 52 84
4.53 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 53 85
4.54 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 54 85
4.55 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 55 86
4.56 Rumusan peratusan dan min bagi persepsi pengguna
terhadap hotel halal 87
4.57 Rumusan peratusan dan min bagi pengurusan hotel
halal di Malaysia 89
4.58 Rumusan peratusan dan min bagi masalah yang dihadapi
untuk melaksanakan sistem pengurusan hotel halal 89
4.59 Min keseluruhan bagi setiap objektif kajian 92
xiv
SENARAI SINGKATAN
DSM Jabatan Standard Malaysia
GHP Amalan Kebersihan Baik
HR Hadis Riwayat
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KS Kurang Setuju
MAIN Majlis Agama Islam Negeri
MAIPP Majlis Agama Islam Pulau Pinang
PKPM Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia
PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia
S Setuju
SAW Sallallahu ‘alaihi wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hotel merupakan sebuah institusi yang menyediakan tempat kediaman dan
bersifat sementara kepada pengunjung serta pelanggan. Bermula dari satu bilik yang
ringkas pada masa dahulu, sekarang hotel bertambah maju dengan menawarkan
kemudahan lain seperti televisyen, bilik mandi dan penghawa dingin. Selain itu,
kebanyakan hotel turut mempunyai kemudahan seperti telefon, jam loceng dan
sambungan internet. Kemudahan membuat minuman panas di dalam bilik juga
disediakan. Hotel yang lebih besar mempunyai kemudahan tambahan yang lain
seperti restoran, kolam mandi, taman kanak-kanak, perkhidmatan persidangan dan
majlis sosial.
Industri hotel kebiasaannya berkait rapat dengan industri pelancongan,
perdagangan dalam negeri dan antarabangsa. Malaysia sekarang negara yang sedang
membangun sangat menggalakkan industri pelancongan dan pelaburan terutama
daripada pelabur-pelabur asing, maka industri perhotelan juga telah menjadi semakin
penting bagi negara ini.
2
Dalam bidang perniagaan hotel persaingan tidak dapat dielakkan, sesebuah
hotel perlu memastikan perkhidmatan mereka adalah yang terbaik supaya para
pengunjung hotel dapat merasakan bahawa kedatangan mereka disambut dengan baik
dan penuh mesra. Oleh itu, pihak pengurusan hotel perlu memainkan peranan penting
dalam menjayakan operasi sesebuah hotel bagi memastikan kepuasan hati pelanggan.
Peranan pengurusan dalam industri perhotelan ialah untuk memastikan setiap
pelanggan disambut dengan baik. Hubungan yang erat diantara pihak pengurusan
dengan pelanggan seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi memastikan
semua keinginan atau keperluan pelanggan dapat dipenuhi. Semua nilai dan etika
yang mulia hendaklah diamalkan sesuai menurut pengurusan dalam Islam seperti
nilai kerjasama dalam mencegah kemungkaran yang berlaku dan sebagainya.
Bagi mengoperasikan sesebuah hotel dengan lebih berkesan, organisasinya
bergantung kepada kualiti pekerja, objektif dan strukturnya serta sumber-sumber
yang ada. Sumber-sumber tersebut boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sumber
bukan manusia dan sumber manusia. Sumber bukan manusia adalah merujuk kepada
aset fizikal, bahan mentah dan perkakasan atau semuanya boleh disebut sebagai
fasiliti-fasiliti hotel, manakala sumber manusia pula ialah kebolehan dan pengaruh
ahli organisasi dan pengurusan hotel.
Oleh itu, sumber bukan manusia dalam sesebuah hotel juga perlu diuruskan
dengan berkesan untuk memaksimumkan keberkesanan perkhidmatan yang
diberikan. Kualiti sumber bukan manusia atau sumber aspek fizikal adalah penting
kerana ia boleh mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hotel
kepada pelanggannya. Dalam keadaan di mana fizikal sesebuah hotel adalah tidak
memuaskan, tidak kira betapa mesranya pekerja-pekerja dalam hotel, pelanggan
hotel masih akan menganggap bahawa kualiti perkhidmatan hotel adalah rendah.
3
Dengan itu, didapati interaksi yang berlaku dalam sesebuah hotel bukan
sahaja dihadkan pada peringkat manusia dengan manusia (perkhidmatan pekerja
hotel kepada pelanggannya, hubungan pihak atasan dengan bawahan), malah juga
berlaku di antara manusia dengan aset fizikal hotel (penggunaan fasiliti hotel oleh
pelanggan, penyelenggaraan aspek fizikal hotel). Pengurusan hotel harus memastikan
hubungankait diantara manusia, aspek fizikal bangunan hotel dan proses kerja adalah
diuruskan dengan baik supaya kualiti perkhidmatan dan keperluan pelanggan dapat
dicapai dan dipenuhi.
Amalan pengurusan dalam kebanyakan organisasi di Malaysia belum lagi
mencapai tahap yang memuaskan, seolah-olah belum diberikan perhatian yang tinggi
atau secukupnya. Kebanyakan organisasi hanya melihat pengurusan fasiliti pada
tahap penyelenggaraan dan pembersihan sahaja belum lagi melaksanakan
pengurusan fasiliti yang komprehensif iaitu mengambil kira hak masyarakat Islam
serta kepentingan pengguna umum. Keadaan ini sebenarnya akan meningkatkan kos
dalam pengurusan fasiliti kerana tanpa perancangan dan pengurusan yang rapi dan
komprehensif, kos-kos seperti pengubahsuaian, penggantian, kos tenaga dan
sebagainya akan meningkat.
Penyediaan hospitaliti halal di hotel akan menjadi daya tarikan kepada
pengunjung muslim samada dari dalam atau luar negara. Oleh itu setiap hotel
perlulah menjalankan usaha-usaha bagi menyempurnakan kehidupan yang islamik
supaya pengunjung lebih berminat untuk menginap di hotel tersebut. Dalam
pengurusan halal ini terdapat beberapa aspek yang penting antaranya ialah dari segi
sumber sama ada makanan ataupun keperluan harian lain. Selain itu aspek yang perlu
diberikan penekanan ialah proses terhadap pembentukan sesuatu serta produk yang
dihasilkan. Perkembangan yang begitu cepat dalam bidang bioteknologi akan
berterusan menjana isu-isu yang mencabar etika dan keagamaan.
Namun, kajian yang berkaitan teknologi halal masih belum dapat menandingi
teknologi pemprosesan makanan pada hari ini. Industri perhotelan dan pelancongan
4
juga turut mendapat impak yang sama terutamanya dari aspek penyediaan bahan
makanan yang diyakini halal kepada pelancong-pelancong muslim khususnya. Oleh
itu penyelidikan dan analisis diperlukan untuk mendapatkan makanan yang
memenuhi piawai undang-undang pelabelan dan memastikan keaslian makanan halal
yang disediakan dalam industri perhotelan dan pelancongan. Isu berkenaan
penyediaan makanan halal ini turut mendapat perhatian yang serius oleh kerajaan
Malaysia sendiri sehingga direalisasikan dengan penguatkuasaan Akta Halal pada
tahun akan datang.
1.2 Latar belakang masalah
Halal dan haram sudah merupakan suatu isu yang baru dalam masyarakat
terutama yang berkaitan dengan industri hotel halal. Halal dan haram dalam syariat
Islam bertujuan untuk mewujudkan kebahagiaan bagi umat manusia. Rasulullah
SAW dengan jelas menyatakan bahawa yang halal itu jelas dan yang haram juga
jelas, diantara kedua-duanya ada perkara yang belum jelas hukumnya (syubhah),
ramai manusia tidak dapat mengenal pasti ia termasuk pada bahagian halal atau
haram.
Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai peranan yang utama
dalam menguruskan aspek-aspek penginapan berkonsepkan syariat Islam.
Pengurusan dan pengoperasian hotel, organisasi dan pekerja hotel dan aspek utama
sebuah hotel adalah fasiliti hotel yang disediakan sepatutnya memenuhi standard
keperluan pengguna terutama pengguna Islam. Namun, semua aspek ini masih belum
dikategorikan sebagai hotel „syariah compliant‟ sepenuhnya, terutama pusat
penginapan dan hotel yang kebanyakan daripadanya tidak ada arah kiblat, makanan
dihidangkan benar-benar halal, kemudahan tandas tidak mesra bagi pengguna
Muslim untuk membersihkan diri (Berita Harian, 2009).
5
Ciri-ciri komersial di dalam industri pelancongan yang dibina bagi
meningkatkan keuntungan melalui penyediaan sekitar yang santai seringkali
melangkaui batas-batas keagamaan yang sepatutnya (Henderson, 2003). Selain dari
itu, kegiatan negative seperti perjudian dan pelacuran di dalam premis hotel yang
sememangnya ditegah dalam Islam seringkali menjadi sebahagian daripada aktiviti-
aktiviti pelancongan dan kebanyakan pengurusan dan pengoperasian hotel juga
sering terlepas pandang dengan peraturan yang berkait rapat dengan masa solat serta
penyediaan makanan yang tidak halal oleh para pekerjanya (Hong, 1985).
Pasaran hari ini dibanjiri dengan pelbagai jenis makanan dan barangan
pengguna serta perkhidmatan yang ragu-ragu status kehalalan sumber, proses dan
produk yang dihasilkan. “Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai
juadah berbuka puasa di beberapa buah hotel sekitar Lembah Klang di kesan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah menjalankan operasi khas”
(Harian Metro 13 Ogos 2010). Selain itu terdapat juga barangan dan makanan yang
membahayakan kesihatan para pengguna. Menurut mazhab Syafi’e, kesemua
makanan yang mengandungi alkohol adalah tidak tulen dan oleh itu tidak dibenarkan
pengambilannya (Sharqa, 1992:62). Bagaimanapun, banyak perisa cecair seperti
vanilla mengandungi alkohol (Othman, 2000:133). Justeru itu, kesedaran masyarakat
berkaitan isu halal perlu dipertingkatkan. Allah SWT berfirman,
Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Al-Baqarah 2:168)
6
Industri perhotelan semakin hari semakin pesat berkembang di negara kita.
Hal ini berlaku disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak
pengurusan hotel yang akan menyenangkan serta memudahkan sesuatu aktiviti
dijalankan oleh masyarakat disana. Disamping itu, usaha-usaha pihak pengurusan
hotel sentiasa ditingakatkan bagi memajukan ekonomi negara melalui industri
pelancongan yang berkait rapat industri perhotelan. Namun begitu pihak pengurusan
hotel tidak begitu mengambil berat soal halal dan haram yang menjadi sesntiviti
kepada umat Islam.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bertindak menggantung sijil
halal yang diberikan kepada sebuah hotel empat bintang selepas ia didapati
menjadikan satu ruang di dalam hotel tersebut untuk memanggang babi (Utusan
Malaysia 20 Januari 2003). Penyediaan makanan di hotel-hotel juga meragukan
masyarakat Islam tentang status kehalalannya. Selain daripada itu terdapat juga
sesetengah hotel yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan haram yang lain
seperti khidmat seks. Hal sebegini akan merencatkan perkembangan hotel terutama
sekali kepada masyarakat Islam. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak JAKIM
serta Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menangani perkara-perkara
tersebut.
1.3 Penyataan masalah
Permohonan halal keatas satu-satu hotel menjadi daya tarikan kepada umat
Islam terutamanya untuk menjadikannya hotel pilihan sedangkan status itu
sebenarnya halal pada masa pemeriksaan daripada JAKIM sahaja selepas sahaja
daripada itu, mereka menjalankan seperti biasa. Hal ini demikian menyebabkan
terdapat hotel-hotel yang ditarik balik sijil halal yang diluluskan kepada hotel
tersebut sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang yang melibatkan hotel bertaraf
7
empat dan lima bintang yang mana chefnya memasukkan wain didalam makanan.
(Utusan Malaysia, 12 Mei 2010)
Sikap pihak pengusaha, yang hanya memaksimumkan keuntungan di sebalik
label halal di mana para pengguna Islam pula menjadi mangsa. Selain itu terdapat
juga kesamaran para pengguna terhadap perkhidmatan di hotel membuatkan
penyelidik menjalankan kajian tentang pengurusan hotel halal di Malaysia yang
melibatkan aspek-aspek pengurusan, sumber, proses dan produk yang dihasilkan
daripada pihak hotel.
1.4 Objektif kajian:
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti persepsi pengguna terhadap hotel halal.
ii. Mengenal pasti pengurusan hotel halal di Malaysia.
iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi untuk melaksanakan pengurusan
hotel halal.
1.5 Persoalan kajian:
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut:
i. Apakah terdapat pengurusan hotel halal di Malaysia?
ii. Apakah persepsi pelanggan terhadap hotel halal?
iii. Apakah masalah yang dihadapi untuk melaksanakan pengurusan hotel
halal?