Download - Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH
PENGENDALIAN
D20101037799
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.
ABSTRAK
Masalah setinggan merupakan masalah yang sering dihadapi di semua negara terutamanya di
negara dunia ketiga, dan negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah ini. Negara-
negara yang sedang membangun telah menyebabkan berlakunya pemusatan penduduk di
kawasan bandar utama kerana banyak sektor ekonomi yang bertapak di kawasan tersebut. Hal
ini telah menyebabkan peluang pekerjaan terbentang luas, lalu menyebabkan penduduk
tertumpu di kawasan tersebut. Penumpuan penduduk di sesuatu kawasan tekah menyebabkan
kawasan petempatan sedia ada tidak mencukupi lalu membawa kepada masalah setinggan.
Oleh itu, permasalahan ini telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan
Malaysia bagi menyelesaikannya. Perbincangan dalam makalah ini lebih menjurus kepada
masalah setinggan atau masalah petempatan haram yang berlaku di bandar Johor Bahru.
Selain itu, kajian ini turut membincangkan tentang cara pengendalian yang digunakan untuk
mengekang serta membasmi masalah ini daripada terus menular ke tahap yang lebih kritikal.
Kata kunci: Setinggan, perumahan, dan penempatan semula.
1
PENGENALAN
Konotasi perkataan setinggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu konotasi secara am dan
konotasi secara undang-undang. Konotasi setinggan secara am yang telah dicatatkan dalam
kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Edisi Ke-6, 2000) telah menyatakan
setinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah tanpa
kebenaran dan tanpa membayar sewa, terutamanya di tanah rizab kerajaan. Manakala
konotasi setinggan secara undang-undang pula telah tercatat dalam Kanun Tanah Negara
(KTN). Dalam seksyen 48 KTN, tercatat “tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperoleh
secara pegangan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk
selama mana sekalipun”. Secara keseluruhannya Setinggan dapat ditakrifkan sebagai aktiviti
penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak milik pihak lain
(sama ada rizab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dll)
secara tidak sah dari segi undang-undang.
Masalah setinggan ini merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan di sesebuah
negara, terutamanya di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Permasalahan
ini sering wujud di bandar-bandar maju seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan juga
Selangor. Namun begitu, kajian yang dijalankan adalah berpusatkan kepada bandar Johor
Bahru di Johor. Kewujudan masalah setinggan ini seolah-olah berangkai dengan isu sosio-
ekonomi. Hal ini dapat dikaitkan dengan pertambahan bilangan gejala sosial seperti kecurian
dan rompak apabila sesuatu kawasan itu mempunyai masalah setinggan. Manakala, masalah
setinggan ini juga dikatakan berkait rapat dengan isu ekonomi ialah dari segi peluang
pekerjaan dan kemiskinan. Sekiranya masalah setinggan ini tidak dibanteras dari peringkat
akal umbi lagi, masalah ini dikhuatiri boleh membantutkan pembangunan negara kita. Lantas
itu, satu anjakan paradigma terhadap pengendalian masalah setinggan ini harus diambil bagi
mengekangnya daripada terus berlarutan sehingga ke tahap yang lebih kritikal.
Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang berada dalam kategori negeri maju di
Malaysia. Oleh itu, negeri Johor turut dilanda masalah setinggan ini terutamanya di bandar
Johor Bahru. Masalah setinggan di Johor Bahru dikaitkan dengan proses perbandaran yang
berlaku dan juga kebanjiran penduduk dari yang datang mencari nafkah. Ketidakupayaan
golongan ini dalam memiliki rumah yang sah telah menyebabkan wujudnya setinggan. Kajian
terhadap masalah setinggan dan juga kaedah penyelesaian yang diguna pakai dalam
menyelesaikan masalah setinggan di negeri Johor telah mendominasi makalah ini.
2
BANDAR RAYA JOHOR BAHRU, JOHOR.
Perbincangan tentang masalah setinggan dalam makalah ini ditumpukan kepada bandar Johor
Bahru di Johor. Bandar raya Johor Bahru ini merupakan ibu negeri kepada negeri Johor yang
terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru juga merupakan bandar raya kedua
terbesar di dalam negara Malaysia selepas bandar raya Kuala Lumpur.
Terdapat tiga fungsi penting bandar raya Johor Bahru ini adalah sebagai pusat
perindustrian, perdagangan dan pelancongan. Sektor pelancongan merupakan penyumbang
utama kepada ekonomi Johor Bahru kerana disumbangkan oleh 60% pelancong dari negara
Singapura. Pembangunan dari sektor perindustrian turut berkembang seiring dengan
perkembangan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kilang yang
beroperasi di sekitar bandar raya Johor Bahru yang merancakkan lagi perkembangan dalam
sektor perindustrian ini.
Dari segi geografinya pula, bandar raya Johor Bahru ini terletak di latitud 1˚29’U dan
di longitud 103˚44’T. Bandar raya Johor Bahru ini bertempat di pinggir Selat Tebrau yang
memisahkan Malaysia dengan Singapura. Keluasan bandar raya Johor Bahru adalah 185 km2.
Bandar raya ini dikelilingi tanah pantai jenis paya dan juga dikelilingi sistem sungai seperti
Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau. (Rujuk Lampiran 1)
MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BHARU
Menurut banci tahun 2000, kini penduduk Malaysia telah mencapai 23.27 juta orang
berbanding dengan banci penduduk pada tahun 1991 yang hanya mempunyai 18.38 juta
orang penduduk. Pertambahan penduduk seramai 4.9 juta orang penduduk atau dengan kadar
pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 2.6 juta orang dalam tempoh sepuluh tahun. Hal
ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk bandar dari 50.7% pada tahun
1991 kepada 62.0% pada tahun 2000. Proses urbanisasi yang hanya tertumpu pada
pembangunan industri, pelaburan, infrastruktur, perkhidmatan sosial dan ekonomi telah
menyebabkan peluang ekonomi tertumpu di pusat-pusat bandar sahaja. Hal ini demikian telah
menyebabkan pertambahan penduduk bandar dan menyebabkan pembekalan perumahan yang
sedia ada tidak mencukupi. Lantas itu, perkara ini telah menyebabkan berlakunya masalah
setinggan.
3
Abram (1966) telah mengkategorikan penduduk setinggan kepada lima kategori
utama (Abdul Aziz Husin, 2004). Antaranya ialah setinggan penyewa, setinggan pemilik,
setinggan pengeras, setinggan tuan tanah, setinggan spekulator dan juga setinggan pekerjaan.
Masalah setinggan yang paling banyak berlaku di Johor Bahru setinggan penyewa, setinggan
pemilik dan setinggan spekulator. Setinggan penyewa merupakan penduduk yang paling
miskin dan mereka ini menduduki rumah yang disewa daripada penduduk setinggan lain. Hal
ini demikian kerana kebanyakannya daripada mereka merupakan golongan yang baru
berpindah dari luar bandar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk
menyewa di tempat yang sah. Manakala setinggan pemilik pula bermaksud penduduk di
kawasan tersebut merupakan pemilik kepada rumah yang didiami tetapi bukan pemilik
kepada tanah tapak rumah tersebut. Seterusnya ialah setinggan spekulator yang bermaksud,
penduduk di kawasan setinggan tersebut sengaja tidak mahu berpindah daripada kawasan
tersebut kerana mereka mahukan pampasan daripada tuan tanah atau pihak kerajaan.
Negeri Johor merupakan negeri kedua tertinggi jumlah bilangan keluarga setinggan
yang masih belum dipindahkan sehingga Disember 2007 berbanding dengan negeri lain yang
berada di semenanjung Malaysia. Jumlah keluarga setinggan yang masih ada di Johor adalah
sebanyak 11,411 orang ( Rujuk Lampiran 2). Kawasan yang sering dikaitkan dengan masalah
setinggan di negeri Johor ini ialah Kampung Semangat (rujuk Lampiran 3), Kampung Denai
Pinggiran (rujuk Lampiran 4), Kampung Desa Melayu (rujuk Lampiran 5), Kampung Desa
Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak (rujuk Lampiran 6),
Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah. Kesemua lokasi kawasan setinggan
ini berada dalam lingkungan kawasan bandar raya Johor Bahru. Kewujudan kampung-
kampung setinggan di Johor Bahru ini telah cukup untuk membuktikan bahawa isu atau
masalah rumah setinggan ini memang berada pada tahap yang membimbangkan dan ia akan
menjadi lebih kritikal jika tidak diselesaikan (rujuk Lampiran 7).
Kampung-kampung setinggan yang disenaraikan ini banyak didiami oleh penduduk
tempatan, tetapi ada juga yang didiami oleh warganegara asing seperti Kampung Tok Siak.
Kewujudan perkampungan setinggan ini telah menimbulkan banyak masalah termasuklah
masalah kemiskinan, peningkatan gejala sosial, kawasan penagihan dadah, samseng, dan taraf
pendidikan yang rendah. Selain itu, keadaan persekitarannya yang tidak mesra alam seperti
sistem kumbahan yang tidak sistematik dan pembinaan rumah yang tidak terancang telah
menyebabkan kecacatan pemandangan memberikan imej yang kurang baik kepada
masyarakat umum. Oleh itu, kaedah pengendalian yang drastik perlu dilakukan.
4
MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BAHRU: MASALAH YANG
DIUNDANG
Masalah setinggan di Johor Bahru telah mengundang kepada banyak masalah. Antaranya
ialah masalah pencemaran, penularan wabak penyakit, dan peningkatan kes sosial. Masalah-
masalah ini telah menyebabkan kecacatan dalam urbanisasi bandar Johor Bahru. Lantas itu,
langkah-langkah yang bersesuaian yang drastik perlu dilaksanakan bagi membasmi masalah
setinggan ini dan sekali gus menyelesaikan masalah yang diundang oleh kewujudan kawasan
setinggan ini.
Masalah pertama yang diundang oleh masalah setinggan ialah masalah pencemaran.
Pembinaan rumah-rumah yang tidak terancang di kawasan haram telah menyebabkan
pengurusan sisa pepejal di kawasan setinggan tidak terurus. Hal ini telah menyebabkan
berlakunya pencemaran darat iaitu, sisa-sisa domestik telah dibuang merata-rata tempat dan
tidak diuruskan dengan betul. Selain itu, pengurusan sisa domestik yang tidak teratur ini turut
menyebabkan berlakunya pencemaran air. Ironinya, penduduk di kawasan setinggan ini suka
mengambil jalan mudah untuk mengendalikan sisa domestik mereka dengan membuangnya
di sungai berhampiran, maka hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran darat dan
air. Buktinya dapat dirujuk Lampiran 8.
Masalah kedua pula ialah penularan wabak penyakit. Kawasan petempatan setinggan
ini dibina secara tidak terancang telah menyebabkan sistem kumbahan di kawasan ini juga
tidak teratur. Hal ini demikian memudahkan lagi penularan wabak penyakit seperti denggi,
taun, keracunan makanan, dan sebagainya. Bukti yang jelas dapat dilihat ialah melalui jurnal
yang bertajuk “Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Centre
and Selangor State, Malaysia”. Walaupun jurnal ini tidak menyatakan kawasan Johor Bahru
turut tersenarai dalam masalah denggi di kawasan setinggan ini, tetapi kita sedia maklum
bahawa Johor Bahru juga merupakan kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan serta
terdapat banyak petempatan setinggan. Lantas itu, Johor Bahru juga dapat dikaitkan dengan
masalah denggi ini.
Masalah seterusnya ialah peningkatan kes sosial. Kawasan setinggan ini kebiasaannya
didiami oleh penduduk yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan menyebabkan
mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, mereka mengambil mudah dengan
melakukan jenayah bagi mendapatkan rezeki untuk menampung kos hidup yang tinggi di
bandar. Perbuatan mereka ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes sosial seperti
5
mencuri, meragut, pecah rumah dan juga merompak. Selain itu, masalah sosial seperti buli,
gangster dan juga penagihan dadah turut meningkat. Hal ini demikian, anak-anak di kawasan
ini tidak membesar di persekitaran yang betul menyebabkan mereka terpengaruh dengan
budaya sekeliling yang kurang sihat, maka berlakulah peningkatan masalah sosial akibat
daripada kewujudan kawasan setinggan. Penyataan ini disokong oleh Dr. Hajah Asiah dalam
laporannya yang bertajuk, “Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan, Kajian Kes: Bandar
Raya Johor Bahru”
KAEDAH PENGENDALIAN SETINGGAN DI JOHOR
Antara kaedah pengendalian yang telah diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menangani
masalah setinggan di Johor Bahru termasuklah memberi pemilikan tanah, memberi Lesen
Pendudukan Sementara(LPS), perpindahan ke rumah kos rendah (PPR), dan penguatkuasaan
undang-undang tanah. Manakala, secara amnya, pihak kerajaan persekutuan Malaysia telah
melaksanakan dua program dalam membasmi kewujudan kawasan setinggan ini. Program
pertama yang diperkenalkan ialah program sifar setinggan yang bertindak untuk
mengosongkan kawasan setinggan. Seterusnya ialah program perumahan awam yang
melibatkan pembinaan perumahan awam kepada penduduk setinggan. Kedua-dua program ini
turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor.
Kaedah memberi pemilikan tanah merupakan kaedah paling lazim yang dilakukan
oleh kerajaan negeri Johor. Melalui kaedah ini, kerajaan negeri telah membuat keputusan
untuk menempatkan semula penduduk setinggan di atas tanah yang telah mereka ceroboh.
Hal ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan daripada membayar pampasan
dan memindahkan golongan ini ke kawasan lain. Sekurang-kurangnya kerajaan hanya rugi
dari segi nilai tanah, kerana kerajaan negeri menukar pemilikan tanah kepada tanah tidak
bertuan kepada tanah bertuan. Kaedah ini telah diaplikasikan oleh kerajaan negeri Johor ke
atas kawasan setinggan di Kampung Seri Serdang, Kampung Sri Jaya Baru, Kampung
Sentosa Dua, Kampung Sri Aman, dan Kampung Melayu Gelang Patah.
Seterusnya ialah kaedah memberi Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Dalam
kaedah ini, kerajaan negeri Johor telah memberikan LPS ini kepada penduduk di kawasan
setinggan supaya mereka tidak menjadi penduduk haram di kawasan tersebut. Lesen yang
diberikan bertujuan untuk membenarkan penduduk setinggan tinggal di kawasan tersebut
6
tetapi apabila tanah tersebut boleh diambil semula oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan
membayar sebarang wang pampasan. Oleh itu, kaedah ini dilihat dapat menjimatkan kos dari
segi membayar pampasan kepada penduduk setinggan. Kaedah ini telah diguna pakai bagi
kawasan setinggan di Kampung Tawakkal, Kampung Paya Kenangan Kampung Bunga Ros,
Kampung Ulu Pandan, dan Kampung Lembah Murni.
Langkah yang turut diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menangani masalah
setinggan termasuklah memindahkan penduduk di kawasan setinggan ini ke kawasan
perumahan kos rendah yang telah disediakan atau dikenali juga sebagai Program Perumahan
Rakyat (PPR). Dalam kaedah ini, semua kos dan perbelanjaan untuk pembinaan kawasan
penempatan baru akan ditanggung oleh pihak yang ingin memajukan kawasan setinggan
tersebut. Oleh itu, kos yang tinggi telah digunakan bagi melaksanakan kaedah ini. Antara
kampung yang terlibat dengan PPR ini ialah Kampung Laut, Batu 10 Skudai dan Kampung
Lembah Jaya, Tebrau.
Kaedah penguatkuasaan undang-undang tanah turut dilaksanakan kerajaan negeri
Johor dalam menangani masalah setinggan. Penguasaan undang-undang tanah di bawah
seksyen 425, Kanun Tanah Negara tahun 1965 telah menyatakan tindakan perlu diambil
terhadap penduduk di kawasan setinggan terutamanya terhadap warga asing yang mendiami
kawasan tersebut. Warga asing ini kebanyakannya terdiri daripada Indonesia, Myanmar,
Kemboja, India, Bangladesh, dan sebagainya. Rakyat tempatan yang menceroboh tanah rizab
kerajaan sememangnya satu perbuatan yang salah dari sisi undang-undang dan inikan pula
warganegara asing yang kebanyakannya terdiri daripada pendatang tanpa izin (PATI).
Kesalahan yang dilakukan mereka ini memang tidak dapat dimaafkan, dan memang wajar
penguatkuasaan kanun tanah negara dilaksanakan kerajaan negeri Johor dalam
menyelesaikan masalah ini. Kampung setinggan yang dikenal pasti penduduknya ialah warga
asing ialah Kampung Pertanian Masai, Kampung Pasir Dalam, Kampung Sungai Tiram dan
Kampung Sc Batu 2.
Seterusnya, kita melihat kepada pengenalan kepada program sifar setinggan. Program
ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun
2005 bagi membasmi setinggan di kawasan bandar dan lain-lain yang terlibat dengan masalah
setinggan ini. Pelancaran program ini adalah melibatkan semua negeri yang ada di Malaysia
termasuklah Sabah dan Sarawak. Kerajaan negeri Johor juga tidak terkecuali dalam
melaksanakan program ini bagi membasmi masalah setinggan. Bancian penduduk di kawasan
7
setinggan telah dilaksanakan bagi mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar penduduk
setinggan yang wujud dan tindakan membasmi akan dilakukan dengan mengambil kira dari
segi semua aspek, termasuklah kos pelaksanaan dan kebajikan penduduk. Pelaksanaan
kaedah ini melibatkan keseluruhan bandar raya Johor Bahru dan juga negeri Johor.
Langkah terakhir ialah melalui program perumahan awam. Program ini telah dirangka
oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan kerjasama Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan untuk membuat penempatan semula penduduk di kawasan setinggan
seluruh negara. Antara kaedah yang digunakan ialah mewujudkan Program Perumahan
Rakyat Bersepadu, serta Program Perumahan Rakyat Dasar Baru untuk disewa dan dimiliki.
Pelaksanaan program perumahan ini adalah sejajar dengan pelaksanaan program sifar
setinggan sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah setinggan yang berlaku.
KESIMPULAN
Kesimpulannya masalah setinggan ini tidak boleh dipandang enteng kerana kegagalan
dalam pengendaliannya akan membawa impak yang besar terhadap pembangunan negara
kita. Hal ini demikian kerana, masalah setinggan ini merupakan masalah berangkai yang akan
mendatangkan banyak kesan terhadap aspek-aspek lain apabila gagal dikendalikan dengan
baik. Seterusnya merujuk kepada kaedah pengendalian masalah setinggan oleh kerajaan
negeri Johor, saya merasakan kaedah yang sedia ada adalah sudah memadai tetapi cuba
kurang dari segi pelaksanaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui, sehingga kini masih lagi
wujud kawasan setinggan di Johor Baharu. Kawasan setinggan yang wujud ini semakin
bertambah-tambah dan kawasan setinggan yang sedia ada juga masih terbentang elok kerana
tiada tindakan yang diambil pihak kerajaan negeri Johor.
8
LAMPIRAN
Lampiran 1: Peta Johor Bahru, Johor.
Sumber: Blog Travelog (http://isatravelog.blogspot.com/p/peta.html)
9
BIL NEGERI BIL. KELUARGA SETINGGAN YANG BELUM DIPINDAHKAN
1 W.P.KUALA LUMPUR 11,1812 W.P.LABUAN 1,0683 SELANGOR 3434 JOHOR 11,4115 PULAU PINANG 6,3706 PERLIS 2,2667 KEDAH 3,4438 PERAK 14,2829 MELAKA 3610 NEGERI SEMBILAN 39911 PAHANG 97412 TERENGGANU 69913 KELANTAN 1,06914 SARAWAK 9,33915 SABAH 23,692
Jumlah 86,572
Lampiran 2: Statistik Bilangan Keluarga Setinggan yang Masih Belum Dipindahkan
di Seluruh Negara Sehingga Disember 2007.
Sumber: Diperoleh dan Diubahsuai Dari Jabatan Perumahan Negara, Ogos 2008.
Lampiran 3: Kawasan setinggan di Kampung Semangat, Kempas, Johor Bahru.
Sumber: Artikel “Illegals rent ex-squatters' homes” oleh Chuah Bee Kim (Mac, 2011)
10
Lampiran 4: Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru.
Seumber: Artikel “Isu Kampung Denai Pinggiran: Pintu Perubahan di Johor” oleh
Abu Safuan.
Lampiran 5: Kampung Desa Melayu, Stulang, Johor Bahru.
Sumber: Blog EDL dan Setinggan di (http://edldansetinggan.blogspot.com).
11
Lampiran 6: Kampung Tok Siak, Stulang, Johor Bahru.
Sumber: Artikel “Usaha capai sifar setinggan” oleh Jaafar Ahmad.
12
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU(MBJB)
13
BIL
NAMA KAWASANBILANGAN RUMAH
STATUS TANAH
1
i. Kg. Melayu Sepakat
757Tanah
Kerajaan
ii. Kg. Berkatiii. Kg. Al-Ikhsaniv. Kg. Baktiv. Kg. Stulang Baru
2 Kg. Bunga Ros 48Tanah
Kerajaan
3 Kg. Paya Kenangan 22Tanah
Kerajaan
4 Kg. Pasir Tebrau 27Tanah
Kerajaan
5 Kg. Lembah Murni 27Tanah
Kerajaan
6 Kg. Denai 1 11Tanah
Kerajaan
7 Lorong Aman 37Rizab
Sungai
8 Lorong Masjid 29Tanah
Kerajaan
9 Kg. Permatang 5 44Tanah
Kerajaan
10 Lembah Bistari 39Tanah
Kerajaan
11 Kg. Tenang 20Tanah
Kerajaan
12 Kg. Muafakat 88Rizab Jab. Haiwan
13 Kg. Padu 20Tanah
Kerajaan
14 Kg. Tahana 47Tanah
Kerajaan
15 Kg. Bukit Alif 27Rizab Kaw.
Lapang
16 Kg. Kencana A 45Tanah
Kerajaan
17 Kg. Kencana B 21Tanah
Kerajaan
18 Kg. Skudai Kiri 827Tanah
Kerajaan
19 Kg. Usaha Jaya 22Rizab
KUSTA
20Kaw. Sekitar Hospital Permai
1300Rizab Hops. Permai
21 Kg. Pasir Brunai 163 Tanah
14
Kerajaan
22 Kg. Pengkalan Rinting 115Tanah
Kerajaan
23 Kg. Sri Serdang 79Tanah
Kerajaan
24 Kg. Serdang Baru 105Tanah
Kerajaan
25 Kg. Sri Jaya 126Tanah
Kerajaan
26 Kg. Bukit Batu 216Tanah
Kerajaan
27 Kg. Desa Melayu 272Tanah
Kerajaan
28 Kg. Desa Jaya 212Tanah
Kerajaan
29 Kg. Desa Makmur 172Tanah
Kerajaan
30 Kg. Tengah 50Tanah
Kerajaan
31 Kg. Belantik 182Tanah
Kerajaan
32Kg. Melayu ( Jln Budiman)
120Tanah
Kerajaan
33Kg. Sri Makmur Plentong
123Tanah
Kerajaan
34Kg. Laut batu 10 & 11 Skudai
360Tanah
Kerajaan
35 Kg. Sri Purnama 87Tanah
Kerajaan
36 Kg. Pasir Tebrau 33Tanah
Kerajaan
37 Kg. Baru Ulu Pandan 49Tanah
Kerajaan
38 Kg. Baru Pandan 88Tanah
Kerajaan
39 Kg. Jaya Sepakat 25Tanah
Kerajaan
40 Sekitar Sg. Plentong 54Tanah
Kerajaan
TOTAL 6089
Lampiran 7: Senarai Rumah Setinggan di Kawasan Johor Bahru
Sumber: Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Negeri Johor (28 Julai 2009)
15
BIBILIOGRAFI
Dr. Hajah Asiah Othman (2006). Laporan Akhir Penyelidikn Jangka Pendek ”Implikasi
Pencerobohan Tanah Kerajaan. Kajian Kes: Bandar Raya Johor Bharu”. Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Johor. M/surat (29-44).
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan: Isu
Pengurusan, Undang-undang dan Pembangunan Harta Tanah.
Haji Salleh Buang (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan pelbagai undang-undang
berkaitan tanah, satu tinjauan. Seminar pentadbiran dan perundangan untuk pegawai
daerah/ pentadbir tanah semenanjung Malaysia pasa 15-16 Disember 2003.
Hamid Saad (1988). Petempatan dan Asas Pertapakan Bandar: Rujukan kepada
Semenangjung Malaysia Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Jamaluddin Husin (2004). Projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah. Akbar Berita
Harian pada 2/1/2004.
Katiman Rostam (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
C.D.Chen, B.Seleena, W.A.Nazni, H.L.Lee, S.M.Masri, Y.F.Chiang and M.Sofian-Azirun
(2006). Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Cebtre
and Selangir State, Malaysia. Dengue Bulletin: Vol-30.
16
Azlinor Sufian dan Nor Asiah Mohamad (2009). Squatters and Affordable Houses ini Urban
Areas: Law and Policy in Malaysia. Theorical and Empirical Researches in Urban
Management. Number 4(13)/ November 2009.
Yaso Nadarajah. Life Under the Freeway in Malaysia: Community Resilience amidst
Modernization in Contemporary Malaysia. Dislocation: Local Global.
Badrul Hisham b. Baharuddin. Pengurusan Bandar. Diperoleh dari pdf Pengurusan Bandar
(http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/PENGURUSAN%20BANDAR)
Sumber Internet: Malaysia Achiving The Millennium Development Goals: Suxxesses And
Challenges. Diterbitkan Economic Planning Unit, Prime Minister’s
Department,Malaysia.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. ( 28 Julai 2009). Laporan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor.
17
HGM 3043:
GEOGRAFI BANDAR DAN METROPOLITAN
Tajuk:
No. Matrik : D20101037799
No.Kad pengenalan : 901228-03-5882
Semester : Sem 3 sesi 2011/2012
Program : AT-33 Pendidikan Geografi
Nama Pensyarah : Dr. Mazdi Bin Marzuki
18
Tugasan Individu
PILIH SEBUAH BANDAR DI MALAYSIA DAN BINCANGKAN MASALAH
SETINGGAN DI BANDAR TERSEBUT.
“MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH PENGENDALIAN”.
19